12884991 Bab 5 Pelan Perniagaan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 12884991 Bab 5 Pelan Perniagaan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,938
  • Pages: 10
Topik 5: Pelan Perniagaan Pengenalan Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik, komplek dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Dalam untuk meraih dan memastikan kelebihan dalam persaingan, seorang usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mestilah menyediakan perancangan perniagaan yang dapat meyakinkan dan menarik minat para pelabur. Para pelabur lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melabur di dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya perancangan perniagaan itu realistik dan akan di ramalkan akan membawa keuntungan kepada perniagaan. Apabila pengurusan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan mempunyai keyakinan kepada pasaran, barangan dan perkhidmatan syarikat. Ketelitian pada pelan perniagaan akan menghasilkan kecekapan pengurusan, pengalaman dan latarbelakang perniagaan. 5.1 Apa itu Pelan Perniagaan? Pelan Perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan bermaksud untuk menyertainya. Walaupun usahawan telah bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan, pelan perniagaan yang telah dibuat dengan teliti membolehkan usahawan untuk menilai semula perniagaan yang sedang dijalankan atau melakikan pertimbangkan untuk membuka perniagaan baru. Walaubagaimanapun pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat, dipersembahkan dalam format perniagaan piawai yang logik dan realistik. Pelan perniagaan mestilah menceritakan idea dan cita-cita dengan jelas. Untuk menyempurnakan perkara ini, pelan mestilah termasuk tiga perkara yang dinyatakan: i)

Fokus kepada bukti, ianya menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.

ii)

Memahami sasaran pelanggan yang usahawan tentukan dengan mengenalpasti dan menyenaraikan pelanggan yang diharapkan.

iii)

Untuk memenuhi kehendak para pelabur dan pemberi hutang sebelum salah satu daripada mereka bersedia untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.

Menurut Patricia Utton (2001), pelan perniagaan ialah satu program yang lengkap ataupun lakaran peta setiap yang dapat dibayangkan perkara-perkara yang usahawan perlu ambil semasa mengemukakan sesuatu perniagaan. Ianya meliputi banyak hal, pelan dapat menjelaskan apa yang usahawan bertujuan untuk melakukan, bagaimana hendak melakukannya, bila usahawan hendak melakukannya, dimana hendak melakukannya dan mengapa usahawan percaya yang ideanya bernas dan dapat membuat keuntungan

1

daripadanya. Kesimpulannya, ianya merupakan petunjuk yang tersusun untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan perniagaan. Disamping itu, pelan perniagaan merupakan peralatan yang sesuai untuk menyemak faktor dan pengujian meliputi praktikal idea sebelum di masukkan di dalam tindakan. Ianya memberi usahawan peluang untuk harapan yang realistik dan tindakan ke atas perniagaan yang dijalankan. Dengan kata lain, ianya menolong usahawan untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya, dan perkara terperinci yang usahawan perlu mengambil berat ialah peluang untuk meraih keuntungan dan ancaman yang harus dihadapi. Semua perkara ini akan menentukan bagaimana mereka akan mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang perniagaan. Pada amnya, usahawan perlu untuk menyediakan pelan perniagaan yang berkesan untuk perkara seperti: a) Ianya memaksa usahawan untuk menyusun pemikiran mereka dalam bentuk logik dan berstruktur. b) Ianya membantu mereka untuk mencipta rangka kerja perniagaan dengan mengenalpasti aktiviti, tangungjawab dan objektif yang hendak dicapai. c) Ianya mendorong usahawan untuk melihat sesuatu secara realiti dan mencari kelemahan yang ada sebelum ianya benar-benar berlaku. d) Ianya menolong usahawan untuk membuat strategi untuk mencapai semua objektif. e) Ianya bertindak sebagai pelan tindakan kerja atau garis panduan dalam menjalankan perniagaan mereka. f) Ia membolehkan mereka untuk mengenalpasti sekatan yang mungkin akan mereka hadapi apabila menjalankan perniagaan.

5.2 Kepentingan dalam Pelan Perniagaan Pelan perniagaan adalah sangat penting kepada usahawan untuk pelbagai masalah: 1. Meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan Pelan perniagaaan yang lengkap boleh dikenali melalui pencapaian yang sepatutnya dicapai didalam perniagaan. Pelan perniagaan akan menentukan perubahan yang sepatutnya diambil untuk memastikan kejayaannya. Setiap perubahan yang perlu diambil mestilah mengambil kira struktur organisasi, pengenalan kepada teknologi baru, teknik pengeluaran terbaru dan program

2

terbaru untuk kepentingan meningkatkan komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, dengan ini ia meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan. 2. Membina Misi Perniagaan Pelan perniagaan boleh menjelaskan misi dan visi perniagaan. Ini membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan. Misi dan Visi akan berfungsi seperti rumah api untuk membolehkan usahawan benar-benar tahu kemana mereka akan bergerak. Usahawan mestilah memberitahu misi dan visi kepada para pelabur untuk mendapat keyakinan daripada mereka. 3. Menentukan Pesaing Utama Pelan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama meraka, kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk menghadapi mereka. Semua ini akan dilakukan oleh penganalisa untuk mengenalpasti pengeluaran pesaing ataupun perkhidmatan bahagian pemasaran mereka. Usahawan perlu mengenalpasti semua pesaing untuk setiap produk dan perkhidmatan dan cuba untuk menentukan berapa lama masa diambil sebelum pesaing baru masuk kedalam pasaran. 4. Menentukan Jalan yang betul untuk Menguruskan Perniagaan Pelan perniagaan memberi ruang kepada para usahawan dan pekerjanya untuk membina strategi yang efektif untuk menjalankan perniagaan. Mereka boleh menentukan siapa, bila dan bagaimana untuk menawarkan pengetahuan mereka, kepakaran dan kemampuan dalam menjalankan perniagaan. Usahawan mesti juga menentukan bahawa produk dan perkhidmatan mereka selari dengan citarasa pelanggan, polisi kerajaan dan sebarang perubahan dalam persekitaran perniagaan. 5. Meningkatkan Keyakinan Pemegang Saham Setiap pelabur yang berminat didalam perniagaan berkeinginan untuk mengetahui kekuatan syarikat seperti kewangan, sumber kekayaan dan keadaan syarikat. Maklumat ini diperlukan untuk para pelabur menentukan pulangan mereka terhadap pelaburan yang dikeluarkan. Seperti contoh, sebelum sesuatu institusi kewangan bersetuju untuk memberi pinjaman yang diperlukan oleh usahawan samada untuk memulakan ataupun memperkembangkan perniagaan, mereka mestilah hendak tahu harapan terhadap perniagaan itu, dan kemampuan untuk

3

mereka membayar semula pinjaman. Dalam hal yang berlainan, pembekal juga perlu tahu kekuatan kedudukan kewangan usahawan sebelum mereka membuat persiapan untuk memberi hutang terhadap barangan mereka. Agensi kerajaan juga perlu tahu latar belakang dan keseluruhan berkaitan perniagaan sebelum mereka memberi kebenaran untuk syarikat berkenaan beroperasi. 6. Menentukan Rintangan (Kekangan) Dalam Perniagaan Semasa menjalankan perniagaan, usahawan akan menghadapi banyak rintangan. Rintangan ini akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan kemajuan usahawan sekiranya ianya tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, usahawan perlu tahu apakah rintangan yang bakal dihadapi sebelum menjalankan perniagaan dan mengambil tindakan yang perlu untuk menghadapinya. Usahawan tahu sejauh mana rintangan akan menjejaskan dirinya dan perniagaannya. 7. Sebagai Alat Pengukur Kejayaan Pelan perniagaan merupakan peralatan operasi yang mana, sekiranya disediakah dengan betul, akan membantu usahawan dengan lebih berkesan untuk mencapai kejayaan. Pelan perniagaan akan memberi usahawan untuk menetapkan sasaran yang realistik bagi mencapai kejayaan. Walaubagaimanapun, pelan perniagaan akan menyediakan penilaian asas dan mengawal kemajuan syarikat di masa hadapan, dalam hal keuntungan, kos dan kualiti. Ianya juga digunakan untuk mencapai target, untuk menganalisa kehendak pelanggan, kekuatan pesaing dan keadaan ekonomi dalaman dan luaran. 5.3 Siapa yang memerlukan Pelan Perniagaan? Pelan perniagaan sangat penting kepada pelbagai pihak. Diantara yang memerlukan pelan perniagaan adalah: a) Kumpulan Pengurusan Pelan perniagaan membolehkan kumpulan pengurusan memikirkan masa, usaha dan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan matlamat syarikat. Ia dapat memberikan mereka peluang untuk melakukan analisis kritikal situasi yang akan menghalang perjalanan perniagaan. Selain dari itu, ia juga boleh memberikan gambaran awalan perubahan yang mungkin akan berlaku dimasa hadapan. Kumpulan pengurusan juga mesti menganalisa sebab musabab kejayaan dan kegagalan syarikat, ancaman dan peluang yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Oleh itu, kumpulan pengurusan perlu membina dan memeriksa strategi dan kelebihan yang sepatutnya perlu dinyatakan dan dikatakan secara jelas untuk memastikan perkembangan syarikat. Pihak kumpulan pengurusan bertanggungjawab untuk menetapkan tanda aras (benchmark) yang sesuai supaya

4

syarikat mengetahui mereka telah mencapai kejayaan. Selain dari itu, pelan perniagaan akan memudahkan kumpulan pengurusan untuk mengenal pasti kesukaran dan halangan yang dihadapi oleh para pekerja untuk mencapai sasaran. b) Pemegang Saham (Pelabur) Pelan perniagaan juga amat penting kepada pemegang saham. Mereka perlu mengetahui bagaimana syarikat akan diselenggarakan (diuruskan) kerana kelulusan mereka adalah diperlukan sekiranya terdapat perubahan kepada sasaran dan strategi syarikat. Ini kerana mereka perlu mengetahui sebarang keputusan (ketetapan) baru sebelum mereka boleh meluluskan. Pelan Perniagaan merupakan dokumen yang penting sekali bagi mereka kerana mereka memainkan peranan penting untuk menilai secara kritikal terhadap draf pelan tersebut. Usahawan mesti menyatakan kepada mereka pasaran di masa hadapan, seperti mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk pelabur baru atau perniagaan baru dalam usaha memastikan perniagaan tersebut menarik perhatian pelabur. c) Bank atau Pemberi Pinjaman Sebelum sebarang permohonan diluluskan, bank akan melakukan penelitian terhadap pelan perniagaan usahawan tersebut. Pelan tersebut akan memberikan mereka tanda atau petunjuk mengenai pulangan yang boleh mereka perolehi dari pinjaman yang diberikan dan membolehkan mereka menyukat (mensasarkan) keadaan pelaburan dan keuntungan yang akan diperolehi dalam tempoh masa yang munasabah. Pelan perniagaan juga boleh memberikan bank idea mengenai strategi dan keutamaan perniagaan tersebut. Ini haruslah jelas tertulis (dinyatakan) di dalam pelan dan mestilah dilaksanakan dengan tetap pada keseluruhan strategi polisi jabatan, objektif tugasan dan keperluan laporan. Dari pelan perniagaan, bank juga akan dapat memastikan sama ada usahawan tersebut boleh memperolehi geran (grants) kerajaan dan cukai insentif. d) Pengguna Pengguna juga berminat untuk mengetahu pelan perniagaan mengenai syarikat tersebut yang mana mungkin akan mempengaruhi keputusan mereka untuk mengunakan produk atau perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan. Isu yang menarik perhatian termasuklah kualiti dan keselamatan terhadap produk syarikat tersebut. Untuk mendapatkan keyakinan pengguna, pelan perniagaan mestilah juga disertakan dengan harga produk, ketahanan, ciri-ciri, dan sokongan tambahan atau perkhidmatan lepas jualan (after sales services). Pengguna akan berasa lebih yakin sekira produk tersebut menggunakan teknologi baru, diluluskan oleh pihak tertentu seperti SIRIM dan JAKIM, dan selaras (selari) dengan budaya mereka (pengguna). e) Pembekal Pembekal memerlukan pelan perniagaan tersebut untuk menimbangkan kelulusan dalam memberikan hutang (kredit) perniagaan. Pembekal juga ingin melihat kebolehan perniagaan tersebut membayar balik hutang mereka dalam masa yang

5

ditetapkan. Pelan perniagaan yang baik berupaya memberikan gambaran jelas mengenai kemampuan perniagaan tersebut. f) Para Pekerja Kebanyakkan bakal pekerja memerlukan informasi (maklumat) mengenai pembangunan dan prestasi syarikat sebelum mengambil keputusan untuk memasuki organisasi tersebut. Mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada pelan perniagaan. 5.4 Elemen Penting Untuk Pelan Perniagaan Yang Baik Setiap pelan perniagaan yang berjaya perlu disertakan sekali dengan perkara di bawah keana ia merupakan element penting untuk menunjukkan Pelan Perniagaan yang dihasilkan adalah yang terbaik. a) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary) Ringkasan Eksekutif merupakan bahagian yang paling penting di dalam pelan perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu diberi perhatian dan ia boleh memberitahu pembaca di mana kedudukan syarikat itu sekarang dan kemana arah tujunya. Antara yang ada di dalam ringkasan eksekutif adalah: I. Kenyataan Misi Syarikat II. Tarikh bila perniagaan akan dimulakan III. Nama Pengasas dan peranan yang akan mereka lakukan IV. Jumlah pekerja V. Lokasi perniagaan dan cawangan atau cabang tambahan VI. Penerangan mengenai kilang atau kemudahan VII. Produk yang akan dihasilkan VIII. Nama Bank pembiayai IX. Kemajuan dan perkembangan syarikat X. Status kewangan XI. Ringkasan pelan masa hadapan pihak pengurusan b) Analisis Pasaran Bahagian Analisis pasaran mengambarkan pengetahuan usahawan mengenai industri yang ingin diceburi. Ia juga menerangkan pandangan secara menyeluruh dan kesimpulan terhadap kajian permasaran yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak diletakkan pada bahagian ini tetapi diletakkan pada lampiran (appendix). Bahagian ini mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa memimpin (lead times) dan penilaian terhadap persaingan. c) Strategi Pemasaran dan Jualan Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik perhatian pengguna kepada perniagaan. Usahawan sepatutnya menyedari pengguna merupakan nadi utama

6

perniagaan mereka. Pelan perniagaan mesti mengandungi ramalan penjualan berdasarkan analisis pemasaran. Di bahagian ini, perkara paling penting adalah untuk menjelaskan strategi pemasaran. Strategi pemasaran mestilah sesuatu proses penilaian yang dilakukan secara berterusan dan tersendiri (unique) untuk syarikat tersebut. Keseluruhan strategi pemasaran mesti mengandungi strategi untuk menembusi pasaran, perkembangan perniagaan, saluran pengedaran dan komunikasi. Keseluruhan strategi penjualan mesti mengandungi strategi penjualan yang bertenaga dan aktiviti penjualan. Adalah amat penting juga memasukkan bajet pemasarangn di dalam bahagian ini. d) Perkhidmatan atau Barisan Produk (Produk line) Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang syarikat tawarkan dan faedah yang akan diperolehi oleh pengguna sedia ada dan bakal pengguna. Usahawan mesti fokus kepada kelebihan yang ada dengan mengenal pasti masalah sedia ada pada produk atau perkhidmatan dengan menyediakan jalan penyelesaiannya. e) Organisasi dan Pengurusan Bahagian ini mengandungi struktur organisasi syarikat, butir terperinci mengenai pemilikan syarikat, profile mengenai kumpulan pengurusan dan kelayakkan ahli dalam lembaga pengarah, pelan upah dan bajet pentadbiran. f) Permohonan Pembiayaan Bahagian ini fokus kepada jumlah pembiayaian yang diperlukan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario yang berlainan untuk pembiayaian diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu, di bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan modal, pembiayaan operasi, keperluan pembiayaan untuk masa hadapan (5 tahun kehadapan), bagaimana mereka akan menggunakan pembiayaan yang diterima dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi impak (kesan) terhadap kemajuan kewangan syarikat. g) Kewangan Kewangan mesti dibangunkan selepas analisis pemasaran dan objektif dinyatakan dengan jelas. Bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang anjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan kerugian. Serta anjuran ‘balance sheet’ (ini utk akaun kira-kira). h) Lampiran (Appendix) Bahagian lampiran mesti menyediakan pembaca bahan secara am sahaja. Dengan kata lain, pelan perancangan utama tidak dimasukkan di bahagian ini. Pelan perniagaan adalah alat komunikasi. Ia akan dilihat oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah perhargaan, resume pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, Kajian pemasaran secara terperinci, artikel dari majalah berkaitan, lesen,

7

permit, dokumen undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan, termasuk peguam dan akauntan. 5.5 Panduan Menyediakan Pelan Perniagaan Untuk menghasilkan pelan perniagaan yang efektif, terdapat enam panduan untuk menyediakannya. 1. Pelan Perniagaan Mestilah Ringkas Pastikan pelan perniagaan seringkas yang boleh tanpa mengabaikan deskripsi mengenai pelaburan dan keupayaan. Nyatakan semua isu penting yang akan menarik perhatian para pelabur dan tinggalkan perincian (details) kedua untuk perjumpaan (meeting) dengan para pelabur. 2. Perlu Fokus (tumpuan) Jangan membuat berbagai spekulasi. Perhatian perlu ditumpukan kepada satu atau dua perkhidmatan atau barangan dan pasaran kerana perniagaan baru tiada pengalaman untuk merebut banyak peluang. 3. Mengumumkan orang yang terlibat dan peranannya Jangan letakkan yang tidak bernama, orang misteri di dalam pihak pengurusan. Seperti Mr. X yang mana menyertai syarikat sebagai Naib Pengerusi Kewangan. Pelabur mesti nak tahu siapakah sebenarnya Mr.X dan apakah komitmennya. 4. Hindarkan dari menggunakan bahasa yang sukar difahami Jangan terangkan teknikal produk ataupun proses pengilangan menggunakan bahasa yang sukar difahami dan hanya orang yang pakar sahaja mengetahuinya. Kebanyakkan pelabur tidak suka melabur di dalam apa yg mereka tidak fahami atau tidak faham cadangan tersebut. 5. Informasi mestilah berdasarkan pengetahuan Jangan menganggar penjualan berasaskan kepada kemampuan kilang. Oleh itu perancang mestilah menganggarkan potensi penjualan dengan teliti berasaskan kepada kajian pemasaran dan dari anggaran ini, keperluan kemudahan pengeluaran dapat ditentukan. Seterusnya, kenyataan (ayat) yang digunakan pastikan tidak umum (samar-samar), tidak terang atau tidak kukuh kerana ia akan memperlihatkan perancangan tersebut seperti ahli fikir yang dangkal (shallow) dan tidak jelas. Jika perancangan ingin menggunakan data yang kukuh, dia perlulah menganalisa masa yang lampau, masa sekarang dan unjuran kadar perkembangan dan saiz pasaran. 6. Perlu Realistis (realistic) dan mempunyai matlamat(Objective) Perancangan mesti kelihatan realistis dan mempunyai matlamat di dalam membuat penilaian dan membicara mengenai risiko.

8

5.6 Kesukaran yang bersembunyi(pitfalls) perlu dihindari semasa Perancangan Menurut Kuratko (2004), terdapat beberapa bahaya yang terselindung yang patut dihindari oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengahnya adalah masalah yang kerap dilakukan oleh usahawan. Disertakan beberapa kesalahan yang kerap dilakukan dan langkah untuk mengatasinya. Pitfalls Tiada tujuan yg realistik Kegagalan utk menghadapi rintangan Tiada Komitmen dalam kerja yang dilakukan Kelemahan dalam perniagaan atau pengalaman teknikal Tiada pasaran yang sesuai

Fakta Sesetengah pelan perniagaan tidak mengandungi matlamat yg nak dicapai dan tujuan yg nyata untuk usahawan mencapainya, tiada tempoh masa yg ditetapkan, tiada keutamaan dan tiada langkah-langkah diambil. Kadang-kadang usahawan terlalu memberanikan diri mengenai idea mereka dan tidak melihat kemungkinan masalah yang akan timbul. Tiada tanda yang menunjukkan masalah tesebut, tiada pengakuan berlakunya kesilapan aau kelemahan yang ada pada plan dan pelan sokongan tidak ada. Usahawan kurang komitmen dalam perniagaan. Mereka tidak sepatutnya menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil berat terhadap perniagaan seperti sering melengahkan, tidak hadiri temujanji, tidak mahu mengeluarkan modal sendiri dan hanya hendak memperolehi keuntungan segera. Pelabur melihat usahawan melalui pengalaman dan tidak hanya idea, dan siapa yang betul-betul berpengetahuan di dalam perniagaan yang dicadangkan. Usahawan perlu menunjukkan pengetahuannya dan latarbelakangnya dalam dunia perniagaan.

Usahawan tidak mengenalpasti potensi pelanggan untuk barangannya. Banyak barangan yang berpotensi tidak sampai ketangan pelanggan kerana tiada pasaran yang sesuai atau tiada pasaran untuk barangan tersebut

Cara mengatasi Mengandungi perancangan yg jelas dengan langkah-langkah yg perlu dlm masa ditetapkan Kalau boleh hindari masalah ini dengan menyenaraikan rintangan yang akan datang dan langkah untuk mengatasinya. Usahawan sepatutnya mengikuti temujanji yang penting dan bersedia untuk membuktikan komitmen kewangan untuk perniagaan mereka. Mereka perlu membuktikan pengalaman peribadi dan latarbelakang pelaburan tersebut dan sekiranya mereka tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan tertentu. Mereka mesti mendapatkan bantuan dari mereka yang pakar. Menentukan segmen pasaran secara khusus dan membuktikan kenapa dan bagaimana produk atau perkhidmatan akan sampai ketangan kumpulan sasaran.

Usahawan perlu menghindari bahaya yg terselindung yang telah dibincangkan bagi memastikan perniagaan mereka berjaya. Ini akan membantu usahawan mengukuhkan kedudukan dalam membuat pelan perniagaan yag efektif.

Daftar Business Plan – dokumen bertulis yang menerangkan dengan terperinci secara keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan berniat untuk melibatkan diri.

9

Executive Summary – Bahagian di dalam pelan perniagaan yang boleh memberitahu pembaca arah tunjuk syarikat tersebut. Management Function – Terdiri daripada empat element seperti perancangan, menguruskan, kepimpinan dan kawalan. Ujian 1 1. 2. 3. 4. 5.

Berikan definasi pelan perniagaan Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan? Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur? Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?

Ujian 2 1. Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan perniagaan? 2. Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk kepada bahagian 5.4 di dalam modul Executive Summary Analisis Pasaran Organisasi dan Pengurusan Strategi Pemasaran dan Penjualan Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line) Permohonan Pembiayaan Kewangan Lampiran (appendix) 3. Apakah itu analisis pasaran? 4. Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran dan penjualan? 5. Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik? 6. Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

10

Related Documents