12801804-tesis-pengakap-pertolongan-cemas(kmk 3a N 3b).docx

  • Uploaded by: Asry Shah Asry Shah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 12801804-tesis-pengakap-pertolongan-cemas(kmk 3a N 3b).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 8,271
  • Pages: 62
AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

LOGO PENGAKAP

Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

Logo Pengakap Sedunia

Logo Pengakap Malaysia hampir sama dengan Logo Pengakap Dunia. Tiga cabang melambangkan tiga prinsip asas yang terkandung didalam persetiaan Pengakap iaitu :

1

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

i. Cabang ke atas melambangkan persetiaan pertama taat kepada tuhan, raja dan negara. ii. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan Pengakap kedua iaitu menolong orang setiap masa. iii. Cabang ke kiri melambangkan persetiaan ketiga menurut undangundang Pengakap. Ketiga-tiga cabang diikat dengan satu ikatan, melambangkan perpaduan ahli Pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli-ahli Pengakap supaya sentiasa berbuat kebajikan. Bintang pecah 14 pula melambangkan negeri-negeri di Malaysia. Bulan sabit melambangkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini, manakala bintang di kiri dan kanan melambangkan 10 undang-undang Pengakap. Warna Merah melambangkan sifat, keberanian, Kuning melambangkan kedaulatan raja dan negara. Hijau adalah warna rasmi Pengakap.

COGANKATA PENGAKAP 1. Bagi Pengakap Kanak-kanak 2. Pengakap Muda

:

:

“Buat sehabis baik”.

“Selalu sedia”.

3. Pengakap Remaja :

“Pandangan luas”.

4. Pengakap Kelana

“Berkhidmat selalu”.

:

2

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

PERSETIAAN PENGAKAP

3

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

4

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

 Persetiaan ini hendaklah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam semua majlis istiadat Pengakap.  Dilafazkan dalam keadaan ahli-ahli Pengakap Berdiri tegak dan bersedia.  Tangan Kanan diangkat separas bahu dengan tapak tangan menghala ke hadapan.  Ibu Jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dari 3 jari tangan lurus ke atas.

Maksud Yang Terkandung Dalam Persetiaan Pengakap : 1) Taat Kepada Tuhan -

Beragama, patuh dan beramal dengan agama masing-masing. Bersyukur kepada tuhan dengan rezeki dan rahmat yang diperolehi. Percaya pada diri sendiri dan menjadi contoh yang baik.

2) Taat Kepada Raja -

Taat dan patuh kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan Wakil raja. Mengetahui dan memahami undang-undang negara dan istiadat diraja. Berdisiplin dalam semua majlis diraja dan majlis rasmi negara.

3) Menolong Orang Setiap Masa -

Jujur dan ikhlas menabur bakti samada secara perseorangan atau berkumpulan. Menyelamatkan magsa-magsa bencana alam dan

5

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

membantu mereka demi untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup bersama dan menolong secara sukarela. 4) Menurut / mengikuti Undang-undang Negara -

Patuh serta mengamalkan semua prinsip yang terkandung didalam undang-undang Pengakap.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang setia, boleh dipercayai, maruah dan kehormatannya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Agong, Raja-raja, pemimpin negara, pemimpin Pengakap, ibu-bapa, majikan dan orang-orang dibawahnya. 3. Pengakap harus mewajibkan dirinya berguna dan menolong orang setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat sekelian orang dan saudara kepada Pengakap yang lain walaupun berlainan agama, bangsa dan pangkat. 5. Pengakap adalah seorang yang berguna dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah seorang yang baik dan kasih kepada semua binatang. 7. Sentiasa menurut perintah dan mematuhi suruhan ibu-bapa, ketua patrol dan pemimpin Pengakap. 8. Sentiasa sabar dan manis air mukanya walaupun pada masa kesusahan. 9. Sentiasa berjimat-cermat.

6

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

10. Hendaklah bersih dan suci dari segi fikiran, percakapan dan perbuatan.

HORMAT PENGAKAP Pengakap sebagai sebuah pertubuhan beruniform mempunyai identiti yang tersendiri semasa memberi hormat. Biasanya homat ini diberikan kepada Seri Paduka Baginda Raja-raja dan Sultan, pembesar-pembear negara dan negeri serta tetamu kehormat. Hormat juga diberikan kepada pegawai Pengakap samada di peringkat negara atau negeri, pemimpin di daerah ataupun dikumpulannya, ketua patrol dan ahli Pengakap sendiri. Hormat Pengakap diberikan selepas kamu menerima hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Pengakap kanak-kanak mestilah berada dalam keadaan sedia, seterusnya angkat tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari bermakna taat kepada tuhan, raja dan negara, menolong orang pada setiap masa, menurut undang-undang Pengakap. Semua Pengakap di dunia memberi hormat dengan tiga jari.

7

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Mengangkat tiga jari sahaja semasa memberi hormat Pengakap

Hormat juga boleh diberikan semasa seseorang Pengakap sedang memegang tongkat Pengakap, Cuma cara memberi hormatnya berlainan sedikit berbanding dengan semasa tidak bertongkat. Ketika memberi hormat, tongkat hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan dirapatkan ke badan serta dalam keadaan sedia. Kemudian angkat tangan kiri, bengkokkan dan rapatkan tangan kiri ke dada dengan membuka tiga jari. Jari hendaklah menyentuh tongkat.

8

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Hormat menggunakan tongkat Pengakap

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP

9

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Pergerakan Pengakap diselaraskan oleh Lord Badon Powell, beliau adalah seorang tentera British yang berpangkat Leftenan Jeneral. Pergerakan Pengakap ini diasaskan dan diailhamkan daripada pengalaman beliau melatih tentera dan sebagai ketua tentera yang bertanggungjawab menjaga Bandar Mafeking dalam peperangan yang mengambil masa selama 213 hari. Dalam pperangan ini beliau bertanggungjawab melatih kanak-kanak sebagai utusan untuk menggantikan tentera di medan perang. Oleh itu beliau telah merangka rancangan latihan untuk Pelatih Pengakap pada tahun1906 dan 1907. Ketika beliau telah siap menulis buku ‘Aids to scouting’, satu perkhemahan Pengakap diadakan di Pulau Browea, England pada tahun 1907. Pada tahun 1908 beliau telah menulis buku ‘Scouting For Boys’. Buku ini merupakan panduan asas dan rujukan utama bagi penubuhan Pengakap di seluruh dunia. Lanjutan daripada itu beliau telah mengelilingi dunia untuk berjumpa dengan Pengakap diseluruh dunia. Pada mulanya ahli Pengakap hanya terbuka kepada belia yang berumur 13 hingga 18 tahun sahaja.

Pada tahun 1916, beliau memberi peluang kepada kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun untuk menyertai Pengakap dalam unit Pengakap

10

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

kanak-kanak. Pada tahun 1919, satu tapak perkhemahan Pengakap dunia dibina khusus untuk melatih Pengakap, ia dikenali sebagai “Gilwell Park” di London. Jambori Pengakap dunia yang pertama diadakan di London pada tahun 1920. Pergerakan Pengakap

terus menular ke negara-negra lain sehingga

apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jasa yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. Lord Baden Powell telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya pada 8 Januari 1941. Beliau telah disemadikan di kawasan Gunung Kenya dan kata-kata terakhir sekali kepada Pengakap ialah “Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu”. Isteri beliau pula, Lady Baden Powell adalah pengasas Pergerakan Pandu Puteri dan beliau telah banyak menolong Powell dalam semua usaha dan kerja mengembangkan pergerakan pengakap di dunia. Seterusnya Jambori peringkat dunia diadakan selama empat tahun sekali. Ia dikelolakan oleh berlainan negara. Pergerakan Pengakap ditubuhkan di seluruh dunia kecuali di negara-negara Komunis, ini kerana mengikut dasar pergerakan Pengakap, setiap ahli mesti mempunyai agama bertentangan dengan fahaman yang dipegang oleh negara-negara Komunis. Biro pengakap atau pusat pentadbiran Pengakap terletak di Geneva. Biro ini bertindak menyelaras aktiviti dan sebagai penghubung diantara persatuanpersatuan Pengakap di seluruh dunia. Hanya sebuah persatuan peringkat Kebangsaan bagi setiap negara diterima biro ini. Ianya terbahagi kepada 6

bahagian iaitu wilayah Afrika, Wilayah Arab, wilayah Eropah, Wilayah Inter Amerika dan Wilayah Asia.

11

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Di Malaysia, pengakap bermula pada tahun 1910 iaitu dengan penubuhan kumpulan pertama bagi Malaysia oleh Fc, Sands. Kumpulan pertama bagi orangorang melayu berbahasa Inggeris telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 dibawah pimpinan V.M Hashim dan A.Z Alsayoff. Sebelum merdeka pergerakan Pengakap di Malaysia merupakan satu cawangan daripada Persekutuan

budak-budak

Great

Britain

kawasan

Malaya

termasuklah

Singapura. Selepas perang dunia kedua, pergerakan Pengakap disusun semula.

PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap KanakKanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan

Pergerakan

ini

di

England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada

tahun

12

1915.

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan ].

13

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Pada 1 september 1967, Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan tanah Melayu telah diterima menjadi ahli penuh persidangan Pengakap sedunia. Kemudian persekutuan ini dikenali sebagai ‘Persekutuan Pengakap Malaysia’ pada tahun 1974. Persekutuan Pengakap Malaysia didaftarkan dan tertakluk dibawah Akta parlimen no. 38 tahun 1965 dengan pindaan undang-undang Malaysia, Akta 143 Akta Persatuan Pengakap Malaysia 1974. Pentadbiran persatuan ini di rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

PENGERTIAN PENGAKAP Pergerakan Pengakap telah terkenal di seluruh dunia. Pergerakan ini diasaskan untuk melatih generasi muda khususnya, supaya menjadi rakyat yang baik, hidup berdisiplin dan berbakti secara luhur kepada agama, negara dan masyarakatnya. Kini pergerakan ini mempunyai keahlian lebih daripada 20 juta ahli dari lebih 100 buah negara. Berjuta-juta orang pula turut memberi sokongan sama ada secra langsung mahupun tidak langsung bagi memperkembangkan lagi pergerakan Pengakap. Ilmu Pengakap dilaksanakan melalui amalan secara amali dimana ahliahlinya didedahkan dengan cara hidup yang sebenar dan berlandaskan kenyataan yang hakiki. Mereka telah dilatih cara bagaimana mengatasi jika berlaku sebarang kemusykilanatau kebuntuan. Latihan-latihan seperti ini sangat perlu bagi generasi yang sedang membesar. Kita perlu meneliti dan mengkaji asas dan prinsip yang terkandung dalam pergerakan ini bagi memahami semangat berpengakap. Prinsip dalam

14

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

pergerakan boleh didapati daripada persetiaan dan undang-undang Pengakap. Prinsip ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, seperti berikut : 1. Intisari kepercayaan kepada Tuhan. 2. Intisari tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. 3. Intisari perkhidmatan. 4. Intisari undang-undang. Setiap di dunia mempunyai naluri ingin memohon kepada kuasa mutlak (Tuhan). Dengan ini individu mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, hanya cara-cara penyampaian hajat atau memohon pertolongan kepada Tuhan yang berlainan diantara satu agama dengan agama lain di muka bumi ini. Lantaran itu, pergerakan pengakap tidak ditubuhkan di negara-negara Komunis, dimana penduduknya tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Semua manusia di dunia mempunyia masyarakat dan setiap ahli dalam masyarakat itu mempunyai tanggungjawab ke atas ahli dalam masyarakatnya. Maju atau mundurnya sesuatu masyarakat bergantung kepada kerjasama dan persefahaman ahli-ahli dalam masyarakat tersebut. Beberapa masyarakat dikumpulkan membentuk sebuah negeri, mempunyai tanggungjawab seperti tanggungjawab individu terhadapa masyarakatnya. Setiap ahli Pengakap harus sanggup melibatkan dirinya seperti meberi pertolongan kepada orang lain, terutama sekali bagi mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

15

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Setiap orang perlu bersedia memberi khidmatnya sepanjang masa, seperti yang terdapat pada cogankata Pengakap, iaitu SELALU SEDIA. Setiap ahli pengakap wajib menolong orang tua, golongan yang lemah serta orang perempuan. Intisari yang terakhir ialah undang-undang. Setiap ahli Pengakap perlu mendisiplinkan dirinya dahulu sebelum menolong orang lain. Mereka diberi latihan cara bergaul dan mengikut arahan ketua patrolnya, pemimpin dan sebagainya. Sistem latihan dalam pengakap dijalankan dalam sistem berpatrol. Pengakap adalah satu pertubuhan yang bergerak dan berubah ke arah kemajuan mengikut suasana dan peredaran masa, sesuai dengan aliran zaman dengan menitikberatkan hasrat-hasrat negara. Skim latihan telah disusun mengikut

peringkat

umur

Pengakap.

Pelajaran

ini

disampaikan

untuk

melayakkan seseorang Pengakap itu dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat sama ada di bandar-bandar atau di kampung, dan melatih diri dalam pertukangan tangan yang boleh menolong dalam penghidupan mereka kelak. Seorang Pengakap yang terlatih nanti mempunyai sifat-sifat seperti berikut : 1. Jujur dan lurus dalam berbicara. 2. Patuh kepada suruhan agama dana undang-ndang negara. 3. Bertimbang rasa dan berbaik dengan semua ahli masyarakatnya. 4. Sentiasa berikhtiar memajukan diri sendiri dan menggunakan sebaikbaiknya masa dan segala kepunyaannya. 5. Tidak cemas dalam menghadapi sebarang cabaran atau dugaan. 6. Pandai menjaga maruah dirinya dan sentiasa menghormati orang lain. 7. Bersikap kemas dan segak perwatakannya.

16

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN PENGAKAP  Berminat terhadap tugas.  Mempunyai rasa insaf untuk memimpin dan sedar tentang mustahaknya memimpin.  Ikhlas terhadap tugas sukarela dan sedia mengorbankan tenaga, masa dan material.  Mempunyai rasa persaudaraan Pengakap dengan pemimpin lain dan menyelesaikan masalah yang timbul dengan semangat persaudaraan pengakap.  Sabar menjalankan tugas.  Tabah menghadapai dugaan dan menjalankan tugas.  Yakin bahawa cara-cara yang diamalkan akan dapat menyelesaikan masalah serta mencapai objektif.  Jujur, cekap dan amanah.  Menerima teguran dengan hati terbuka dan segera memperbaikinya.  Tidak mengharapkan sesuatu seperti nama, sanjungan dan sebagainya.

17

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Mengetahui kaedah yang betul dalam mengendalikan pertolongan cemas adalah amat penting begi seseorang apabila berhadapan dengan keadaan yang mencemaskan. Kemalangan boleh berlaku di hadapan mata kita sama ada luka berdarah yang teruk, terbakar kulit, patah, pitam, tidak sedar diri dan berbagaibagai lagi. Sering kita dapati bahawa pengendalian pertolongan cemas tidak dilaksanakan dengan betul, oleh kerana ilmu mengenai pertolongan cemas itu tidak dipelajari ataupun tidak dilengkapkan sewajarnya. Dalam sesebuah kilang itu tidaklah dapat dinafikan betapa mustahaknya pekerja atau pegawai di tempat bekeja mempelajari cara mana mengendalikan kes-kes kemalangan di tempat mereka bekerja sama ada kemalangan kecil ataupun besar. Begitulah juga halnya di sekolah yang mana setiap penghuninya hendak mengetahui mengenai cara yang betul mengendalikan pertolongan cemas. Guru hendaklah lebih peka mengenai kepentingan menguasai pertolongan cemas ini manakala pelajar hendaklah diajarkan tentang langkah-langkah mengelak dan

mencegah

daripada berlaku sebarang kemalangan atau kes kecemasan. Pengetahuan yang

kukuh

kemalangan

mengenai jiwa.

pertolongan

Dengan

adanya

cemas

dapat

pengetahun

ini

meminimakan

kadar

sekurang-kurangnya

mengelakkan sesuatu kecedaraan menjadi bertambah teruk dan menghindarkan terjadi keadaan panik dalam situasi yang tidak terkawal. Di mana jua kita berada keselamatan hendaklah dititikberatkan dan ianya hendaklah berada ditahap yang meyakinkan serta konsep “Keselamatan diutamakan” diamalkan sentiasa. Seandainya berlaku kemalangan, langkah awal mengenai pertolongan cemas haruslah diketahui oleh semua individu.

BAB 1 : APAKAH ITU BANTUAN KECEMASAN?

18

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

BANTUAN KECEMASAN Bantuan Kecemasan ialah bantuan awal atau rawatan yang diberikan kepada orang yang sakit atau orang yang cedera ( dipanggil pesakit ) sebelum ketibaan ambulans atau pakar yang berkelayakan. Pengakap bukanlah orang yang pakar dalam bidang berkenaan dengan pertolongan cemas tetapi Pengakap hanya sekadar memberi rawatan sementara sebelum dihantar ke hospital atau klinik. Pertolongan cemas perlu dipelajari oleh setiap

orang

Pengakap

kerana

hidup

seseorang

pengakap

sentiasa

mengembara, dengan ini sudah tentu risiko dia menghadapi kemalangan adalah tinggi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

OBJEKTIF BANTUAN KECEMASAN 1. Untuk Menyelamatkan Nyawa -

Jika tidak sedar diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak terganggu.

-

Pastikan ia bernafas.

-

Hentikan pendarahannya.

2. Untuk Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah Teruk -

Jangan alihkan pesakit kecuali terpaksa elakkan sebarang kecederaan bertambah parah.

-

Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit.

19

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

-

Berikan lindungan daripada kesejukan, kepanasan dan keadaan yang lembab.

3. Mendapatkan Bantuan Kecemasan -

Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans atau doktor dengan kadar segera.

-

Pastikan anda sentiasa berada disisi pesakit sehingga bantuan sampai.

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu 3. Jangan

sekali-kali

menanggalkan

pakaian

mangsa

hanya

sekadar

melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

PERATURAN-PERATURAN PENTING PERTOLONGAN CEMAS 1. Sebelum memberikan rawatan atau bantuan pertolongan cemas, pengenalan punca penyakit adalah penting. Ini dapat diketahui menerusi kesan-kesan kejadian, tanda-tanda yang terdapat pada pesakit, misalnnya lebam dan tanda-tanda lain daripada keadaan biasa pada pesakit, contohnya pucat dan sebagainya.

20

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

2. lakukan pertolongan cemas dengan tertib dan segera, senyap tanpa gugup (panik). 3. Pulihkan nafasnya jika pernafasannya terhenti. 4. Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah. 5. Jaga atau tenangkan pesakit supaya dia tidak terkejut. 6. Jangan benarkan pesakit banyak bercakap atau bercakap tenatang perkara yang tidak penting. 7. Beri semangat dan perangsang kepada orang yang cedera dengan kata-kata manis, misalnya “ Luka anda adalah sedikit sahaja “, atau “ Anda akan segera sembuh “. 8. Jangan biarkan orang berkumpul mengelilinginya, untuk mengadakan pengudaraan yang selesa. 9. Jangan tanggal pakaiannya jika tidak perlu. 10. bawa segera berjumpa dengan doktor atau ke hospital. 11. Beritahu keluarga atau sahabat handai pesakit. 12. Prinsip-prinsip dalam pertolongan cemas (PC) : o

PC adalah berdasarkan prinsip-prinsip perubatan dan surgeri masakini.

o

PC sebaik-baiknya sahaja Perawat Pertolongan Cemas (PPC) tiba di tempat kecemasan dan berterusan sehingga pesakit dirawat oleh seorang doktor, dipindahkan ke hospital, rumah, atau pulih semula. i. PC membolehkan individu-individu yang terlatih di dalam memberi pertolongan memberi bantuan untuk: ii. Menyelamatkan nyawa; iii. Membantu pemulihan; dan mencegah kecederaan daripada bertambah teruk.

21

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

o

PC terhad kepada bantuan yang diberikan semasa kecemasan dan tidak termasuk rawatan lanjut ke atas kecederaan.

o

PPC hendaklah bekerjasama dangan PPC yang lain, menggunakan bantuan orang ramai dan bersedia membantu kakitangan perubatan sekiranya perlu.

o

Individu-individu bertindakbalas secara berbeza kepada kecederaan dan penyakit. PC hendaklah bersedia menghadapi perbezaan-perbezaan ini dan menyesuaikan kaedah pertolongan cemas kepada keadaan-keadaan tersebut.

o

Rawatan perubatan ialah rawatan oleh seorang doktor ditempat kejadian di rumah ,atau di hospital.

PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS 1)

Buat penilaian segera mengenai keseluruhan keadaan kecemasan di kawasan tersebut

2)

Atasi punca kecemasan sekiranya masih ada lagi atau pindahkan mangsa daripada keadaan yang merbahaya .

3)

Bertindak secara waspada dan penuh keyakinan .

4)

Periksa nadi mangsa.

5)

Periksa pernafasan mangsa.

22

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

6)

Kawal semua bentuk pendarahan.

7)

Tentukan keadaan kesedaran mangsa.

8)

Berikan keutamaan kepada kecederaan-kecederaan mengikut keparahan.

9)

Tenangkan mangsa.

10)

Kendalikan mangsa dengan baik.

11)

Tanggalkan pakaian mangsa sekiranya perlu.

12)

Buat persiapan untuk menghantar mangsa ke unit perubatan yang terdekat.

SKOP PERTOLONGAN CEMAS 1.

Untuk membuat diagnosis.

2.

Untuk menentukan bentuk dan tahap rawatan yang diperlukan dan memulakan rawatan segera.

3.

Untuk menyediakan mangsa untuik dipindahkan bagi mendapatkan rawatan perubatan

23

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Diagnosis PPC perlu mengambil kira SEJARAH, SIMPTOM-SIMPTOM, dan TANDATANDA untuk membuat satu diagnosis bagi kes-kes tertentu. Sejarah Sejarah ialah keterangan mengenai sesuatu kemalangan atau penyakit yang boleh didapati daripada: 

Mangsa



Saksi-saksi



Bukti-bukti persekitaran.

Sejarah boleh menentukan sama ada seseorang itu telah diancam oleh sesuatu penyakit, atau persekitaran yang boleh menunjukkan sesuatu punca, contohnya kawasan kemalangan. Simptom-simptom Simptom-simptom merupakan perasaan yang dilaporkan oleh mangsa, contohnya sakit, pening kepala, loya, dahaga.

24

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Tanda-tanda Tanda-tanda merupakan perubahan daripada normal pada mangsa yang boleh dikesan oleh PC, contohnya pucat, peningkatan suhu badan, denyutan nadi dengan pantas.

RAWATAN 1.

Atasi punca kemalangan sekiranya masih ada, atau pindahkan mangsa daripada punca merbahaya tersebut.

2.

Mulakan rawatan yang perlu untuk: a. Menyelamatkan nyawa melalui pengekalan sirkusi dan pernafasan; b. Mengawal pendarahan; dan c. Mengurangkan renjatan (shock)

3.

Mencegah keadaan daripada semakin teruk melalui: a. Pembebatan luka-luka. b. Sekatan pergerakan fraktur, dan c. Penentuan kedudukan mangsa yang baik.

4.

Menggalakkan pemulihan melalui: a. Jaminan. b. Pengurangan kesakitan.

25

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

c. Pengendalian yang cekap dan d. Perlindungan daripada cuaca yang buruk. e. Penyesuaian Tindakan sekiranya perlu. PC perlu mengatur cara-cara untuk mengangkut mangsa ke unit-unit perubatan, hospital, atau rumah.

Kotak Pertolongan Cemas Setiap kali keluar bekhemah atau mengembara sama ada berkumpulan atau dengan patrol, Pengakap mesti membawa kotak pertolongan cemas bersama. Kotak ini hendaklah dilengkapi dengan segala peralatan dan perubatan yang perlu. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, dengan ini Pengakap mesti bersedia terlebih awal. Pengakap juga mesti tahu kegunaankegunaan peralatan dalam kotak pertolongan cemas. Pada kotak pertolongan cemas patut ditulis nombor telefon hospital, klinik atau rumah doktor yang berhampiran atau yang ada di daerahnya supaya senang menghubungi pihak tersebut. Kotak pertolongan cemas yang dibawa ke perkhemahan mesti mengandungi peralatan seperti berikut : i. Pembalut (kain gulung jaring, pembalut tiga segi dan plaster). ii. Kapas, penyepit, gunting dan pin penyemat. iii. Dettol (pembasuh luka). iv. Minyak angin. v. Larutan dan krim salvon serta iodin untuk luka. vi. Milk of magnesia (sakit perut dan sembelit).

vii. Krim antisan (gigitan serangga). viii. Panadol (sakit kepala dan demam).

26

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

ix. Optone (sakit mata). x. Burnol (terbakar). xi. Vicks (sakit tengkuk dan selesema).

SUDUT PERTOLONGAN CEMAS Tak lengkap rasanya ruangan kesihatan tanpa panduan pertolongan cemas. Anda tidak perlu pengetahuan perubatan yang tinggi untuk memberi pertolongan cemas. Pada

amnya setiap

orang MESTI

mempunyai

asas

pengetahuan untuk memberi pertolongan cemas dengan kaedah yang betul. Pertolongan cemas mesti diberikan secara pantas, betul dan berkesan. Ingat ! pertolongan

cemas

adalah

penting

dan

perlu

kerana

ia

membantu

mengurangkan penderitaan bahkan boleh menyelamatkan nyawa kerana anda bertindak pada peringkat paling

kritikal sebelum bantuan profesional sampai.

Adalah penting untuk memastikan kaedah yang

betul dipatuhi... kerana jika

tidak bukan anda membantu.. tetapi anda memudaratkan keadaan.

KEBAKARAN Pertolongan cemas hanya boleh diberi kepada mangsa dengan kecederaan darjah pertama( 1st. degree

burning ), yang mana simptomnya

adalah keradangan sederhana dan pembengkakan yang tidak serius. Langkah awalan ialah rendamkan kawasan terbakar di dalam air hingga hilang rasa sakit.

Jika tidak dapat direndam, lalukan di bawah aliran air paip.Jika perlu sejukkan air

27

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

rendaman dengan ketulan air. Jangan letak mentega atau apa-apa medium berminyak yang lain di atas kawasan terbakar. Kawasan terbakar boleh dirawat dengan lapisan krim khusus untuk terbakar, lapisan tebal madu, jeli petrolium atau pasta soda bikarbonat.. Tutup kawasan terbakar dengan lapisan kain yang nipis dan longgar.....

KEJUTAN ELETRIK Jangan sentuh mangsa jika dia masih bersentuh dengan punca eletrik . Putuskan bekalan eletrik yang terbabit. Jika gagal, alihkan mangsa dari bekalan eletrik menggunakan kayu tebal atau selimut yang kering. Pastikan tangan anda kering dan anda berada di tempat yang kering. Pastikan adakah mangsa masih bernafas, jika tidak mulakan pernafasan dari mulut ke mulut dengan segera, Pada masa yang sama dapatkan seseorang untuk meminta bantuan dari pihak ambulan atau bantuan cemas yang lain. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut hingga bantuan tiba. Pemulihan Pernafasan Kardiak (CPR ) perlu juga diberikan.

KESUKARAN BERNAFAS

28

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Baringkan mangsa telentang, Berhati-hati dengan mangsa yang mengalami kecederaan belakang atau tengkuk. Dongakkan kepala mangsa dengan meletakkan satu tangan anda di bawah tengkuk, dan pada masa sama dengan berhati-hati tekan bahagian dahi ke bawah.. Pastikan tiada objek yang menghalang saluran tekak. Gunakan tangan yang menekan dahi untuk menutup lubang hidung mangsa, lekapkan mulut anda ke mulut mangsa. Dengan perlahan dan berhatihati hembuskan dua kali ke dalam mulut mangsa.Jika mangsa tidak bernafas lagi dengan sendirinya, hembuskan lagi dengan kadar satu hembusan setiap 5 saat atau 12 hembusan seminit. Teruskan pemulihan mulut ke mulut hingga bantuan tiba. Sekiranya mangsa seorang bayi, anda haruskan berikan 20 hembusan seminit atau sekali setiap 3 saat. Sekiranya mangsa tiada langsung degupan jantung, anda mesti mulakan CPR.

PENGSAN Jika anda terasa hendak pengsan, cepat-cepat baring. Jika tidak boleh baring, duduk dan rehatkan kepala anda antara kedua-dua lutut. Duduk dalam kedudukan menunduk begini untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Cuba rehat dalam suasana nyaman dan selesa. Jika sesiapa pengsan, rehatkan dia secara duduk atau berbaring dengan keadaan kepala lebih rendah dari bahagian lain badan. Setelah sedar pastikan mangsa baring dahulu untuk selama 10 minit.

29

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

GIGITAN ULAR Di Amerika Syarikat terdapat 6,000 hingga 8,000 ekor ular berbisa mematuk mangsanya setiap tahun, tetapi cuma 5 hingga 8 sahaja yang membawa maut. Sebabnya ialah: Ular tidak mahu membazirkan bisanya yang berharga. Mereka lebih gemar menggunakan kepada perkara

yang

lebih

berfaedah,

seperti

membunuh

mangsanya untuk dimakan. Serangan terhadap manusia kebiasaanya dilakukan hanyalah untuk tujuan pertahanan

dengan menyuntikkan bisa secukupnya untuk menyakitkan anda. Tetapi perlu diingat, bahawa bisa ular membahayakan nyawa kanak-kanak. Sekiranya salah seorang daripada anda digigit ular berbisa, jangan hanya bersimpati tapi selamatkanlah ia. Dapatkan kemudahan perubatan. Dengan menggunakan rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaik sekali. Dengan menggunakan cara lama iaitu dengan menoreh sedikit dibahagian gigitan dan menyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah teruk. Apabila kedudukan mangsa jauh daripada sebarang pengangkutan, elakkan sebarang pergerakkan pada bahagian gigitan dengan menggunakan kayu belat (splint), jika boleh, angkat mangsa ke tempat yang ada kemudahan pengangkutan. Jika anda tidak mampu mengangkat mangsa tersebut, si mangsa kenalah berjalan sendiri. Kesan racun hanya akan kelihatan sekurang-kurangnya

30

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

dalam masa 2 jam. Perhatikan tanda-tanda kejutan pada si mangsa (banyak berpeluh, kulit pucat, bernafas dengan kuat) kerana ketakutan disebabkan digigit adalah lebih berbahaya berbanding kesan gigitan tersebut. Apabila kedudukan untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih daripada sehari, cara yang hanya disahkan mampu membantu mangsa ialah dengan menggunakan alat penyedut bisa (Sawyer Extractor). Gunakan 2 penyedut secara berterusan pada kesan luka untuk mengeluarkan bisa pada kedua-dua bahagian kesan taring ular tersebut. Apabila ia digunakan dalam masa 5 minit selepas sahaja terkena gigitan tersebut, ia mampu mengurangkan kesan keracunan pada si mangsa. Namun ia bukanlah pengganti kepada cara rawatan dan perubatan profesional.

RACUN Racun ialah suatu cecair, pepejal atau gas yang masuk ke dalam badan dengan jumlah yang secukupnya sehingga merosakkan kesihatan, atau malahan memusnahkan nyawa. Racun gas seperti gas dapur, asap api, asap kereta, hidrogen klorida dan lain-lain biasanya disedut ke dalam badan. Racun yang ditelan biasanya disebabkan oleh buah-buahan beracun, makanan berkuman atau tersalah adunan. Alkali dan asid adalah racun

yang kuat kerana akan

membakar mulut atau kerongkong atau perut, ia bertindak terhadap saraf. Jika termakan racun, berilah tablet atau larutan untuk menghilangkan sakit misalnya aspirin, ubatan yang mengandungi candu, menidurkannya (dadah barbituret) atau khayal fikiran.

31

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Jika pesakit sedar dan tiada tanda mulut atau bibir terbakar, tanyalah apa yang terjadi untuk mendapatkan maklumat. Muntahkan dengan menjolok jari ke belakang tekak atau meminumkan air garam. Jika terdapat tanda mulut atau bibir terbakar, berikan air untuk mencairkan. Jika pesakit tidak sedar dan masih bernafas, tentukan salur nafas terbuka. Letakkan seperti kedudukan pemulihan pernafasan terhenti. Hantar ke hospital atau klinik bersama bekas racun atau kesan-kesan yang boleh didapati atau kesan muntah untuk memudahkan doktor memeriksa jenis racun tersebut.

HIDUNG BERDARAH Suruh pesakit duduk tegak dengan kepalanya tegak atau tundukkan sedikit ke hadapan. Angkat lengannya naik sama rata dengan bahu, longgarkan pakaian dilehernya. Suruh pesakit bernafas melalui mulut, letakkan sedikit air batu di batang hidungnya dan picit lubang hidungnya selama lebih kurang lima atau enam minit. Jika masih terdapat darah keluar, bawa ke hospital atau klinik berdekatan. Seorang Pengakap harus tahu tempat atau bahagian-bahagian menahan darah keluar daripada badan pesakit untuk mengurangkan kesakitan atau ketenatan pesakit dan seterusnya membawa maut kepadanya.

32

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

BAB 2 : LUKA-LUKA DAN PENDARAHAN

Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya dibahagian kulit selepas sesuatu kecederaan. Terpotong, calaran dan terbakar adalah digolongkan dalam jenisjenis luka. Jenis-jenis Luka Luka terbahagi kepada luka terbuka dan luka tertutup. 1. Luka terbuka : Pengaliran darah daripada luka melalui kulit. Ada berbagai bagai jenis luka terbuka seperti luka terhiris, luka terkoyak, luka tusukan, calar balar dan luka tembakan. i. Luka terhiris : Pisau, pisau cukur atau hujung lembar kertas boleh menyebabkan luka terhiris. Luka jenis ini menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula.

ii. Luka terkoyak : Kulit mungkin akan terkoyak terkena kawat duri, alatan mesin, cakaran binatang. Luka jenis ini aliran darahnya kurang jika dibandingkan dengan luka terhiris kerana saluran pembuluh yang terkoyak

akan

mudah

bercantum.

Darah

beku

akan

kelihatan

merentangi pinggir-pinggir luka yang berjeriji. Luka ini kadangkala tercemar.

33

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

iii. Luka tusukan : Paku, jarum-jarum,garpu perkebunan, batang besi, gigi boleh menyebabkan luka tusukan yang mengakibatkan luka dalaman yang serius. Jika lukanya dalam ia senang terdedah kepada jangkitan oleh kerana kuman dan kotoran mungkin telah membawa kedalam bersama.

iv. Calar-balar : Calar-balar dapat dilihat bila mana saluran darah bawah kulit telah pecah seperti terjatuh, tergelincir atau berlaga. ‘Kehitaman Mata’ juga adalah termasuk sebagi calar balar/lebam yang seharusnya dirujukkan kepada doktor kerana diragukan berlaku kerosakan kepada mata itu sendiri, tengkorak dan mungkin juga tulang pipi.

34

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

2. Luka Tertutup : Pendarahan hanya berlaku didalam tubuh. Darah tidak keluar melalui luka pada kulit dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan,

kadangkala

darah

mungkin

keluar

melalui

permukaan-

permukaan semulajadi dalam tubuh seperti melalui hidung, mulut, telinga, melalui najis, air kencing atau pun muntah. Kadangkala kelihatan tandatanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul dibawah kulit. Pendarahan Jika kehilangan darah berlaku terlalu banyak dari tubuh badan disebabkan lukaluka atau lain-lain kecederaan, pesakit mungkin akan membawa maut. Sentiasalah beringat supaya memberhentikan pendarahan serta-merta. Tanda-tanda  Berdarah tanpa henti.  Berpeluh dengan banyak.  Muka menjadi pucat.  Berasa dingin.  Dahaga.  Pening-pening.  Pitam.  Gelisah.  Denyutan nadi menjadi laju dan lemah.

35

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Apa yang harus dilakukan ? 1. Bersihkan luka daripada kotoran. Bersihkan bahagian luka pada air yang mengalir jika boleh sehingga bersih. 2. Basuh tangan anda sebelum atau selepas memberikan bantuan kecemasan kepada seseorang untuk menghindarkan daripada infeksi dan juga gunakan kain bebat sucihama (sterile bandage) jika boleh. 3. Hentikan pengaliran darah dengan menekan ke ruas atas luka, atau tautkan rapat-rapat bahagian yang terpotong. Letakkan kain bebat yang tebal kemaskemas di atas bahagian yang luka jika kain bebat yang sesuai tidak diperolehi, gunakan sebarang pembalut lapek atau bahan-bahan yang serupa dengannya ataupun kertas tisu. Berikan tekanan yang kemas untuk 10 minit, dan seboleh-bolehnya terlentangkan pesakit itu. 4. Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian yang cedera untuk meredakan pendarahan. Selesa dan yakinkan pesakit.

36

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

INGAT ! BERIKAN TEKANAN SELAMA 10 MINIT 5. Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan pertama, pastikan bebatannya berada di tempat yang betul. Jika masih juga berdarah, tambahkan selapis lagi kain bebat – JANGAN BUANG kain bebat yang pertama tadi. 6. Biarkan bahagian yang luka berada dalam kedudukan yang tinggi beberapa ketika selepas pendarahan dapat dihentikan. Doktor seharusnyamemeriksa kesemua luka yang teruk. Jika perlu dijahit supaya cepat sembuh. 7. Luka tusukan, contohnya tercucuk paku yang berkarat atau digigit anjing boleh menyebabkan jangkitan kemudiannya. Oleh yang demikian suntikan ANTI-TETANUS (Kancing Gigi) perlu diberikan. Objek-objek luar seperti kaca, besi atau serpihannya, kemungkinan terlekat dalam bahagian luka, selepas sesuatu kemalangan. Ia hanya boleh dibuang oleh pembantu Kecemasan sahaja, itupun kalau objek-objek tersebut terlekat dilapisan luar kulit sahaja. Jika objek luar itu terbenam dalam, lekapkan kain bebat

di

tepi

sekeliling

objek

sebelum

memberhentikan pengaliran darah.

37

mengenakan

tekanan

untuk

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

BAB 3 : PATAH TULANG

Patah Rangka tubuh adalah terdiri daripada susunan tulang yang memberikan perlindungan kepada organ-organ penting dalam tubuh. Dimana dua atau lebih tulang-tulang bertemu akan melahirkan SENDI. Otot-otot bekerja dengan tulangtulang dan sendi-sendi untuk membantu kita bergerak. Tulang yang retak ataupun terpisah dipanggil PATAH. Biasanya amat suar untuk mengenalpasti sama ada tulang itu patah atau tidak. Bila mana kita merasai sangsi, kecederaan itu mestilah di rawat sepertimana rawatan untuk patah.

INGAT ! JIKA MASIH SANGSI RAWAT SEPERTIMANA PATAH

AWAS !  Jangan pindahkan mangsa.  Jangan gerakkan bahagian yang tercedera.  Jangan masukkan tulang yang tersembul.  Jangan balut ketat.

38

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Sebab patah Patah boleh disebabkan oleh : 1. Kekuatan hentakan tepat (Direct Force) – patah yang berlaku di tempat yang menerima hentakan. 2. Kekuatan hentakan sipi (Indirect Force) – patah yang berlaku bukan di tempat yang menerima hentakan. Jenis-jenis patah PATAH TERTUTUP

- Tulang patah tetapi kulit tidak tercedera.

PATAH TERBUKA

- Luka akan wujud dibahagian tulang yang patah.

Ciri-ciri patah PATAH MELARAT

- Patah tulang yang mengakibatkan organ sekelilingnya rosak, seperti paru-paru yang rosak disebabkan patah tulang rusuk. Atau kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.

PATAH REBUNG

- Sebahagian dari tulang itu patah. Ini berlaku apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin terbengkok seperti ranting muda sesuatu pokok.

39

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

i- Patah terbuka

ii- Patah tertutup.

Bagaimana untuk mengenal patah 1. Sakit di tempat yang patah atau berhampiran dengannya. 2. Bengkak dan lebam-lebam. 3. Hilang daya upaya dibhagian yang cedera. 4. Anggota badan yang cedera berubah bentuk, ini dapat dilihat perbezaan diantara lengan tangan dan kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera. Tanda-tanda renjatan akan wujud. Apa yang harus dilakukan ? 1. Tenangkan mangsa. 2. Topang dibahagian yang cedera dan cegah gerak bahagian tersebut. 3. Tutup mana-mana luka dengan kain bebat yang telah disucihamakan. 4. Topang dibahagian yang cedera dalam posisi yang sangat-sangat selesa. Rehatkan bahagian lengan yang patah dengan bantal atau kusyen. Gunakan selimut yang digulung dan apitkan di sisi sepanjang anggota yang patah. 5. Gunakan bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan. Contohnya, bebatkan jari yang patah kepada jari yang disebelahnya. 6. Dapatkan bantuan seberapa segera yang boleh.

40

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

TERKEHEL Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena dan luar biasa, tulang dibahagian sendi mungkin menjadi terkehel dan biasanya diikuti dengan kesakitan yang amat sangat dan membengkak. Kemungkinan hilang daya upaya di tempat yang cedera. Kadangkala mungkin ada tulang yang cedera di tempat tersebut atau berhampiran dengannya. Oleh yang demikian, jangan cuba merawat tempat yang terkehel kerana ini akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan disebabkan tekanan diatas urat saraf yang berhampiran atau saraf saluran darah. Apa yang harus dilakukan ? 1. Bantu pesakit supaya berada dalam posisi yang sangat selesa. 2. Tinggikan bahagian yang cedera bagi mengurangkan kesakitan dan bengkaknya. 3. Bilamana merasa sangsi, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah. 4. Berikan demahan sejuk atau pek ais batu. Letakkan demahan di atas tempat yang cedera selama 20 minit dalam setiap 4 jam. 5. Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan yang kemas, tinggikan dan rehatkan anggota yang cedera. 6. Kecederaan seharusnya diperiksa oleh doktor, bagi memastikan tidak ada tulang yang patah

41

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

BAB 4 : TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahanapi (flame), objek-objek yang panas, bahan kimia atau arus elektrik. Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

APA YANG HARUS DILAKUKAN JIKA PAKAIAN ANDA DISAMBAR API ? BERHENTI : Jangan berlari kerana api akan marak bila kita berlari. REBAH : Rebah diri anda, sama ada meniarap atau terlentang ke bumi bagi meminimumkan julangan api itu. GULING : Bagi memadam api kebakaran itu. 

Jika pakaian anda diresapi dengan air panas atau minyak panas, tanggalkan pakaian luar dengan segera sebelum menyejukkan kulit anda, itu pun kalau kain tidak melekat pada kulit anda.



Sejukkan dengan segera bahagian yang terbakar dengan air sejuk. Terbakar di tangan, kaki, lengan boleh disejukkan dengan meletakkannya dibawah cucuran air paip yang sejuk. Sejukkan kulit sekurang-kurangnya 10 minit lamanya.

42

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.



Setelah kulit disejukkan, tutup dengan kain bebat sucihama atau kain bebat yang bersih. Cadar yang bersih boleh digunakan dalam masa kecemasan.



Jangan sapukan sebarang krim atau ubat sapu kepada bahagian yang terbakar.



Gelembung akan wujud selepas terbakar atau melecur. Jangan pecah atau cucuk gelembung tersebut.



Bahan-bahan kimia yang terpercik kepada kulit akan menyebabkan terbakar kulit dan ianya perlu dibasuh dahulu dengan air selama 15 minit sebelum pembebatan dilakukan.



Jika mata terbakar oleh bahan kimia, hendaklah dirawat di bawah air yang mengalir selama 15 minit. Kemudian balut mata tersebut dengan pelapik yang bersih. Pesakit hendaklah dirujukkan kepada doktor.



Jika sebahagian besar kawasan tubuh terlibat oleh kebakaran, renjatan akan wujud, sehirup air boleh diberikan sementara menunggu doktor atau ambulans tiba.

43

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Peraturan Sembilan Cara

mengukur

peratus

bahagian

terbakar,

melecur,

dengan

menggunakan kaedah 9 (Rule of nine). Bahagian muka 9 %

-

9%

Bahagian anggota atas, 9 % setiap satu

-

18 %

Bahagian dada dan perut, 18 % setiap satu

-

36 %

Bahagian anggota bawah, 18 % setiap satu

-

36 %

Bahagian kemaluan

-

1%

Jumlah

100 %

Bantuan awalan 1. Berhentikan kebakaran (Burning Stops) -

sejukkan bahagian anggota yang terbakar selama 20 minit. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kepanasan.

-

Tentukan ia tidak merebak dan kurangkan kesakitan supaya tidak berlaku renjatan.

44

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

2. Tentukan mangsa tersebut bernafas (Breathing Maintain). 3. Periksa tahap kebakaran (Body Examine). a) SEJUKKAN – COOL -

Letakkan bahagian yang cedera dengan cermat kedalam air sejuk yang mengalir secara perlahan-lahan atau rendam anggota itu ke dalam air sejuk.

b) BEBATKAN – COVER -

Bebatkan dengan kain yang telah dibasahkan.

c) PEMINDAHAN -

Hantarkan ke hospital dengan serta-merta.

45

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

BAB 5 : RENJATAN

Renjatan terjadi disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah melalui tubuh kita. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada renjatan. Dalam pendarahan yang serius, maut akan menemui seseorang disebabkan renjatan yang teruk, tetapi dapat dielakkan sekiranya langkahlangkah bantuan kecemasan diberikan dengan cepat dan betul. Pesakit yang terenjat



Kelihatan pucat.



Sejuk dan kulit melekit.



Denyutan nadi lemah tetapi pantas.



Rasa sakit dan hendak muntah.



Rasa hendak pitam dan pening.



Mungkin terasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak (biasanya pada kes terbakar dan pendarahan).



Akan menyebabkan tidak sedar diri.

Punca  Hilang terlalu banyak darah.  Jantung gagal berfungsi dengan baik.  Keracunan.  Kejutan elektrik.  Kepanasan / sejuk melampau.  Serangan vasuvagal – menahan sakit berdiri terlalu lama.

46

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Apa yang harus dilakukan ? 1. Telentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki bagi memulihkan peredaran darahnya. 2. Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan pinggangnya. 3. Tentukan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa banyak udara yang bersih. 4. Selimutkan pesakit agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya kepanasan. 5. Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini boleh menyebabkan muntah. 6. Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, periksa bahawa semua kecederaan dikenal pasti dan dirawat. 7. Dapatkan bantuan lanjut . Sekiranya didapati pesakit tidak sedar diri, bukakan saluran udaranya. Periksa sama ada pesakit bernafas, jika bernafas pastikan ia dalam keadaan posisi pemulihan dimana kepalanya didongakkan supaya saluran udaranya terbuka luas. Sentiasa berada disamping pesakit. 8. Dapatkan bantuan ambulans secepat mungkin.

47

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

PITAM Pitam mungkin disebabkan mendengar berita buruk, tersangat gembira, tersangat panas atau berdiri terlalu lama. Pesakit kelihatan terperanjat, nadi lemah, merasa pening dan berpusing dan mungkin rebah. Apa yang harus dilakukan ? 1.

Rawatan yang paling berkesan ialah baringkan pesakit di lantai dan tinggikan kakinya.

2.

Longgarkan pakaian yang ketat di bahagian leher dan pinggang.

3.

Makanan atau minuman sama sekali TIDAK BOLEH diberikan sehingga I betul-betul pulih seperti sediakala.

4.

Periksa reaksi pesakit bila anda bercakap dengannya. Jika ia tidak sedar diri, baringkan pesakit dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran udaranya terbuka.

48

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Tinggikan kaki mangsa

BAB 6 : TEKNIK-TEKNIK CPR

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting dalam menentukan kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organorgan penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulikan jantung. Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan, magsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas : saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR : Airway, Breathing, and Circulation).

49

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Saluran Pernafasan (Airway) Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala magsa. Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedar diri. Oleh kerana lidah dan epiglotis bercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu ke atas, anda boleh mengangkat lidah dan

epilogtis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran pernafasan. Pernafasan (Breathing) Apabila pernafasan terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke parau-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi

cukup

oksigen

untuk

sekurang-kurangnya

menampung

sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.

50

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Sekiranya magsa tidak sedar, tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. Jika jantung masih berdenyut, anda perlu : 1. pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. 2. berikan pernafasan bantuan. Jika jantung mangsa tidak berdenyut, pernafasan bantuan dan tekanan dada perlu dimulakan.

Edaran Darah Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri, koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama. POSISI PEMULIHAN : Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

CARA-CARA PEMULIHAN NAFAS Keutamaan yang mesti adalah membetulkan kedudukan salur pernafasan, memastikan oksigen cukup masuk ke paru-paru dan memastikan peredaran darah yang cukup bagi membawa oksigen.

51

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Mulut ke mulut

Cara ini paling berkesan dan boleh digunakan untuk semua peringkat kecuali : 1. Apabila didapati luka pada muka atau mulut pesakit. 2. Apabila pesakit bertelangkup mulutnya ke bawah. 3. Kalau muntah mengganggu pemulihan pernafasan.

Rawatan : Letakkan pesakit dalam keadaan kepala mendongak dan mendagu ke atas. Buangkan benda-benda yang menghalang pernafasan, tinggikan bahagian bahu. Jalankan pemulihan nafas dengan cara dari mulut ke mulut. Buka mulut anda selebar-lebarnya dan tarik nafas panjang-panjang. Picit hidung pesakit dengan jari anda, letakkan bibir anda di sekeliling mulutnya. Tiup ke dalam paru-parunya sehingga dadanya kembang, kemudian alihkan mulut, anda akan lihat dadanya mengempis. Ulang dan sambungkan perbuatan tadi mengikut kadar pernafasan biasa. Pemulihan nafas kaedah Holger-Nielsen

52

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Caranya ialah dengan meletakkan si mangsa di atas tempat yang rata dengan keadaan meniarap dan mukanya menghala ke bawah. Letakkan keduadua belah tangannya di bawah dahi dan palingkan mukanya sedikit ke sebelah kiri atau kanan. Pastikan mulut dan hidungnya jangan diganggui oleh sebarang benda yang menghalang pernafasan.

Penolong hendaklah meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas belakang si malang dan bergerak ke hadapan perlahan-lahan, sehingga lengan penolong tegak atau hampir-hampir tegak, iaitu mengikut susuk badan si malang dan penolong. Semasa pergerakan tadi, gunalah kekuatan biasa. Gerakan ini memakan masa selama dua saat. Tekanan dari bahan ayunan badan penolong akan menyebabkan nafas keluar. Lepas itu penolong menggerakkan badannya ke belakang dalam satu saat sambil urutan tangannya melalui bahu si mangsa. Penolong dapat mencekak pangkal lengan dekat siku si mangsa. Penolong mengangkat dan menarik lengan si mangsa hingga dia teraa lengan si malang itu tegang dan

53

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

gerakan ini dilakukan selama dua saat. Jangan biarkan dada si mangsa itu terangkat dari tempatnya. Gerakan ini menyebabkan dia menarik nafas. Dalam masa satu saat, penolong meletakkan lengan si mangsa itu balik ke atas lantai atau bumi seperti mula-mula tadi. Kemudian ulangan perlakuan dan pergerakan seperti di atas sehinggalah kelihatan si mangsa boleh bernafas semula. Pergerakan di atas mengambil masa selama enam saat dan ini bermakna 10 pergerakan dilakukan dalam masa satu minit.

Rawatan bagi lemas Bagi mangsa lemas, rawatan pemulihan harus dijalankan dengan segera. Buangkan benda-benda yang menyekat perjalanan pernafasannya. Aturkan pemindahan segera ke hospital atau klinik. Lemas boleh dibahagikan kepada dua keadaan, iaitu lemas yang disebabkan oleh gas beracun, dan rawatan bagi lemas ini ialah menggunakan ‘Barisan Penyelamat’ untuk mengambilnya sekiranya dia

berada di tempat berkurung. Buka tingkap atau bukaan jendela. Tarik nafas panjang-panjang,

tahan

dan

pindahkan

pesakit

dengan

segera.

Jika

pernafasannya terhenti mulakan pemulihan dengan segera. Lemas kedua ialah lemas kerana asap. Rawatannya ialah dengan mengikat kain basah pada mulut dan hidung anda, rendahkan badan dan pindahkan pesakit dengan segera. Gunakan ‘Barisan Penyelamat’. Tanda-tanda lemas ialah batuk secara tiba-tiba, muka dan leher menjadi kebiru-biruan, dan berusaha untu bernafas secara bersungguh-sungguh.

54

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

PEMBALUT DAN ANDUH

Pembalut segitiga

Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang 140 cm x 90 cm x 90 cm. I boleh digunakan bagi menuap atau menjauhkan bahagian yang patah daripada bengkak, menyapu bahagian yang cedera, menahan darah keluar di arteri, dan menolong mengangkat atau membawa pesakit. Kegunaannya bergantung kepada perkara di atas dan dapat diubahsuaikan saiznya dengan penggunaannya. Sebesar kain – sehelai penuh Pembalut besar – lipatkan dua

55

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Pembalut kecil – lipatan tiga Gunakan ikatan buku sila semasa menggunakannya. Anduh Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu dan leher. Terdapat tiga jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segitiga.

Cara-cara membalut

Membalut kepala

56 Membalut siku dengan pembalut gulung

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Membalut punggung

Membalut tangan dan lengan dengan pembalut gulung

Membalut siku dengan pembalut gulung

57

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Membalut bahu

Cara-cara membalut Lutut

Kaki

Cara membalut kecederaan

58

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Tangan

Kemaskan balutan

Siku

BAB 7 : MEMINDAHKAN MANGSA

Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang utama perlu diambil perhatian ialah menentukan sama ada mangsa perlu dirawat di tempat kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi mangsa dan tempat kemalangan. 1. Bertindaklah dengan pantas. Jangan panik dan lakukan perkara yang difikirkan penting.

59

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

2. Jika kecederaan lebih teruk, rawatan serta-merta perlu dilakukan di tempat kejadian. Kemungkinan pemindahan akan lebih membahayakan mangsa. 3. Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa bersendirian kecuali jika ada orang lain yang juga berpengetahuan dalam bidang Pertolongan Cemas. 4. Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi, terutama di kepala, leher, dada, perut dan anggota-anggota lain. Pemindahan mangsa kemalangan boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara dan teknik bergantung kepada kecederaan yang dialami serta keadaan tempat kemalangan.

60

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Memindahkan mangsa menggunakan teknik usungan 4 orang

Membuat pengusung :

(a) 2 batang kayu lurus & 2 helai baju. (b) 2 batang kayu tadi dimasukkan kedalam baju dan membentuk pengusung. (c) Usung mangsa dengan menggunakan teknik usungan yang betul.

61

AHMAD SHAHIR BIN MUHAMAD (800329-05-5185) KLM 21 - MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM.

Jenis-jenis usungan : 1. Membawa mangsa dengan mendukung. 2. Membawa mangsa dengan memapah. 3. Mengangkat mangsa dengan menggunakan dua tangan (Jika dua orang). 4. Membawa mangsa dengan menjulang.

62

Related Documents

Assignment 3a- N
June 2020 4
3a
April 2020 37
Ams1085(3a)
May 2020 17
Dpatt-3a
April 2020 23
3a Ri
June 2020 9

More Documents from "gregorio_aline"