10 Cara Mencari Pasangan Terbaik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 10 Cara Mencari Pasangan Terbaik as PDF for free.

More details

  • Words: 671
  • Pages: 2
10 Cara mencari Pasangan terbaik

Dalam mengemudi sebuah rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang dan keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Oleh itu berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan adalah ganjaran yang amat tidak ternilai Terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistic. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain sematamata untuk mengambil hatinya BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda. Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurang tepat. Sebaik-baiknya selami hati dan perasaan pasangan anda. Amalkan sikap berterusterang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan.Sebaliknya anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama. Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masamasa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula dari hari ini, ubah kebiasaan hidup anda. Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri.Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya. Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu

seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.Usah memperkecilkan rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya. Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian LUPAKAN PERISTIWA LALU Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda. jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia juga. boleh menyebabkan kekeliruan berlaku. Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda untuk menyambung kembali hubungan yang telah terputus BUANG SIKAP CEMBURU Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga. Kalau anda sering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif. TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Ttunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan JUJUR Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya.Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda. insya-Allah..

Related Documents