1. Pengenalan Pendidikan Pemulihan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1. Pengenalan Pendidikan Pemulihan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,270
  • Pages: 20
1. PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN - merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Definisi: Tansley(1967) : ‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benarbenar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’ Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.’ Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’ Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986): ‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’. Konsep: - satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini Rasional: 1. Dari sudut “Falsafah”: - memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa - selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”. 2. Dari sudut “Teori” - Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini 3. Dari sudut “Pencegahan” - Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

1

Punca dan Bidang Kuasa 1. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): “Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu”. 2. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran: •

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.



Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”.



Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. “Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah”.

Bil.

Objektif Program Pemulihan Khas 1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; 2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; 3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; 4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; 5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; 6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; 7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan 8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

2

Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas i. Luar Negara - US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142 - UK selepas Laporan Warnock ii. Dalam Negara - bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dr England -

1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus

-

Projek Khas Universiti Malaya - Pendidikan Imbuhan dpt sumbangan dr Yayasan Van de Leer Belanda

-

Latihan Guru: sbg kursus dalam perkhidmatan - Penuh Masa atau dalam cuti dr 2 hari hingga 1 tahun (KSPK) - Mulai 2001 ditawar sbg pengkhususan utk KDPM sepenuh masa (3 th)

- 2007 KPM memberikan perhatian serius

2. JENIS-JENIS PROGRAM Hz/Pemulihan Khas/IPIS

3

2.1 Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan KBSR - dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari KIA2M - oleh BPK - bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) - dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan - gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pd th berikutnya PROTIM - Program Pemulihan 3M - Membantu murid th 6 menguasai 3M - Dilaksana selepas menduduki UPSR 2.2 Pemulihan Khas Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) -

-

murid yang dikenalpasti ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik dihantar balik ke kas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan

Kelas Khas -

-

murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap preatasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M

3. MURID PEMULIHAN KHAS Hz/Pemulihan Khas/IPIS

4

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’ Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh: o Rencatan akal ringan o Kurang peluang o Budaya / ekonomi tersekat o Gangguan emosi o Kurang upaya sensori o Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus o Ganjaran intrinsik • • • •

Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS) Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. • • • • • • • • • • • •

Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.

4. GURU PEMULIHAN KHAS Hz/Pemulihan Khas/IPIS

5

Ciri-ciri guru Pemulihan Khas: Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh(1977): -

punyai peribadi yang stabil dan mantap luas bacaan cerdas tidak takut disisihkan sentiasa ingin belajar cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

Peranan Guru Pemulihan Khas i.

Peranan Penilaian (Assessment Role) • Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M. • Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus. • Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.

ii. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role) • Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. • Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan. iii. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role) • Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai. • Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa. • Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu. iv. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role) • Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. • Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran. v. Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan: • Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan • Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek • Ibu bapa dan waris • Masyarakat • Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar. vi. Peranan Kaunseling (Counseling Role) • Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman • Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif. Hz/Pemulihan Khas/IPIS

6

vii. Peranan Advokasi (Advocative Role) • Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri. • Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.

Bidang Tugas Guru Pemulihan Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling KPM •



Senarai Tugas o Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus - murid-murid yang dikenalpasti dari th 1 – 6 - keutamaan kpd th 1,2 dan 3 o

Membantu guru-guru asas dalam: - mengenal pasti untuk pemulihan khas - merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan - mengatur jadual waktu pemulihan - mengajar bersama sekiranya perlu

o

berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal: - mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan - latar belakang

o

melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran berikut: - kemajuan murid - latar belakang murid - laporan kesihatan - hasil temu bual - rujukan

Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: o o o



Masa mengajar – 990 minit Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam JW) Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain

Prosedur Mengadakan Kelas Pemulihan o

Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi satu darjah – murid kelas pemulihan boleh diambil dari kelas tersebut jika jumlah yang ada hanya 3 – 4

o

Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi satu darjah – murid kelas pemulihan boleh diambil dari darjah lain tetapi bilangan tidak melebihi 15

o

Jika murid pemulihan diambil dari 1 kelas sahaja – bilangan tidak melebihi 6

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

7

*Pilihan mana-mana alternatif tertakluk kepada persetujuan antara guru pemulihan, guru besar dan guru-guru asas

Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM -

memberi kelulusan untuk membuka kelas memberikan latihan untuk guru pemulihan menyediakan kewangan untuk pengurusan

ii. Jabatan Pelajaran Negeri -

melantik guru-guru pemulihan memantau pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan dan dikemukakan kepada JPK

iii. Pejabat Pelajaran Daerah -

memantau pelaksanaan program menggerakkan aktiviti di peringkat daerah memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantarkan data

iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah -

memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang berkuatkuasa mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan Memastikan data kekemuka kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada dalam kelas berkenaan Menyalurkan kewangan

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

8

5. PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS Pencalonan • • •

Pada akhir th 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3) Selepas Ujian Semester 1 Dicalonkan oleh o Guru besar o Guru kelas/guru subjek o Guru pemulihan o Ibu bapa



Pencalonan dibuat melalui: o pengumpulan maklumat o Borang Latar Belakang o Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan buku latihan

Ujian Saringan Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas BM dan Matematik – menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. •

Bentuk dan skop - Ujian bertulis - Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari - Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna pakai



Pentadbiran Ujian - dilaksanakan secara kumpulan - murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan - masa dihadkan - keperluan alat tulis yang lengkap



Kriteria Pemilihan Murid - Murid yang gagal Ujian Saringan - Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus - Jenis masalah yang dihadapi murid

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

9

Ujian Diagnostik - Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus. •

Jenis Ujian Diagnostik - Ujian Pengamatan (UDP) - Bahasa Melayu (UDBM) - Matematik (UDM)



Tujuan Ujian Diagnostik -

membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid



Bila dilaksana - selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan - setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran baru



Subjek yang diuji - BM dan Matematik - Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid



Pembinaan Ujian Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : -

Kemahiran yang hendak diuji Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. - Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. - Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. - JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek - Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh - Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan susah - Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat Hz/Pemulihan Khas/IPIS 10

-



Bentuk soalan: • padanan / suaian • pelbagai pilihan / diskriminasi • mengisi tempat kosong • benar / salah Pentadbiran Ujian -

dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat secara kumpulan atau individu ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan pemerhatian guru perlu semasa ujian Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa. jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi



Analisis Ujian - dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji - jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran - jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran - Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis - Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain



Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran - Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka obektif p & p - Contoh: Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

11

Ujian Diagnostik Pengamatan Rasional: Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. Apa itu pengamatan: - Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. -

Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan: - Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. - Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu-satu objek - Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. - Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas. - Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing. - Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Komponen Ujian Pengamatan: - Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, - Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

12

- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, - Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, - Koordinasi Motor –mata –tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. - Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. - Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. - Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. - Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. - Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan - Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang -

terkandung dalam komponen pengamatan. Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan. Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

13

ANALISIS PRESTASI UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK (Digunakan untuk membentuk kumpulan p&p Pemulihan Khas) BIL

KEMAHIRAN

SENARAI KEMAHIRAN YANG DIUJI (BERDASARKAN UJIAN DIAGNOSTIK) Pranombor

Nombor

Operasi +

Operasi -

NAMA MURID

KUMPULAN LAMBAT

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

SENARAI AHLI KUMPULAN KUMPULAN SEDERHANA

14

Operasi x

Operasi

PENEMPATAN KUMPULAN

KUMPULAN CEPAT

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas -

Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menentukan kumpulan murid Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Menyediakan bahan Pemulihan Khas Menyediakan aktiviti

Penilaian -

Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian Analisis Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa

Tindakan Susulan -

Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan secara berterusan

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

15

PENGAJARAN INDIVIDU RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) BIL

KEMAHIRAN

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

OBJEKTIF PENGAJARAN

STRATEGI P & P

16

TARIKH MULA

TARIKH CAPAI

CATATAN PENILAIAN

PENGAJARAN KUMPULAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MODEL 1 LANGKAH NAMA MURID

KUMPULAN CEPAT

KUMPULAN SEDERHANA

KUMPULAN LAMBAT

1.

1.

1.

2.

2.

2.

3.

3.

3.

4.

4.

4.

1.

1.

1.

2.

2.

2.

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

Set Induksi

Aktiviti Kesediaan – Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

Langkah 1

Interaksi pengajaran secara kelas

Langkah 2 Langkah 3

Interaksi pengajaran guru secara kumpulan kecil

Aktiviti Bertulis Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti Bertulis

Penutup

Penutup Kognitif Penutup Sosial

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

17

Interaksi pengajaran guru secara individu

MODEL 2 LANGKAH NAMA MURID

KUMPULAN CEPAT

KUMPULAN SEDERHANA

KUMPULAN LAMBAT

1.

1.

1.

2.

2.

2.

3.

3.

3.

4.

4.

4.

1.

1.

1.

2.

2.

2.

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

Set Induksi

Aktiviti Kesediaan – Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

Langkah 1

Interaksi pengajaran guru

Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti Bertulis

Langkah 2

Aktiviti Bertulis

Interaksi pengajaran guru

Aktiviti Pengukuhan

Langkah 3

Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti Bertulis

Interaksi pengajaran guru

Penutup

Penutup Kognitif Penutup Sosial

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

18

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

19

Hz/Pemulihan Khas/IPIS

20

Related Documents