1 Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1 Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 994
  • Pages: 29
1 MALAYSIA

adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan kepada beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dato Sri Mohd Najib B Tun Hj Abdul Razak

PENGENALAN Akibat cabaran globalisasi , setiap negara perlu menyusun strategi tersendiri agar tidak tersisih dari arus pembangunan dunia samada di bidang politik , ekonomi dan sosial . Tanpa mengira keturunan dan anutanagama , Malaysia perlu bertindak sebagai satu bangsa - “ Bangsa Malaysia ”. Oleh yang demikian … PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK Memperkenalkan satu konsep yang berpaksikan prinsip “ Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan ”. Konsep ini bertepatan dengan citarasa rakyat Malaysia sejajar dengan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip - Prinsip Rukun Negara . MAKA LAHIRLAH …..

1

MALAYSIA

? 1 MALAYSIA

DEFINISI

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia (one people), kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita, kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik disamping tidak mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan Datuk Seri Najib Tun Hj Abd Razak Perdana Menteri Malaysia

MATLAMAT 1 MALAYSIA Untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Negara Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita demi menghadapi demi menghadapi cabaran yang mendatang

1

MALAYSIA

Pencapaian diutamakan Rakyat didahulukan

KONSEP 1 MALAYSIA 1 MALAYSIA adalah penerusan agenda membina negara bagi mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020 . Prinsip keadilan untuk semua kaum , yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana - mana kaum akan terpinggir . Ini bagi membina perpaduan antara kaum supaya pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar . 1 MALAYSIA menghargai dan menghormati prinsip prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti - identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan 1 MALAYSIA menekankan sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum , di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara .

PERBEZAAN 1 MALAYSIA

MALAYSIAN MALAYSIA

ASPEK - ASPEK PENDEKATAN 1 MALAYSIA

TERAS - TERAS PERPADUAN 1 MALAYSIA disandarkan kepada 3 teras perpaduan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu :-

PRINSIP PENERIMAAN PRINSIP KENEGARAAN PRINSIP KEADILAN SOSIAL

PRINSIP PENERIMAAN Penerimaan dan toleransi mempunyai perbezaan yang ketara. Penerimaan bererti menerima sesuatu secara positif dan penuh kerelaan. Rakyat perlu beralih dari konsep toleransi semata-semata kepada penerimaan. Nilai penerimaan boleh mengikis dari dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kemampuan terbaik yang boleh diberikan.

Masyarakat Melayu adalah masyarakat Cina peribumi & India adalah warganegara h negara yang memiliki Masyarakat MajmukMasyarakat

PRINSIP Unsur Unsur dalam Perlembagaan mesti diterima oleh semua rakyat PENERIMAA ng - Undang Tertinggi yang mengariskan HakTradisi - Hak Rakyat N

adalah teras Kesejahteraan negara at yangKeseimbangan tertinggal mesti adalahdibantu faktor penting Perpaduan dalam membina kekuatan negara

PRINSIP KENEGARAAN Prinsip-prinsip kenegaraan 1 Malaysia berasaskan Perlembagaan Persektuan dan Rukun Negara. Kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 dan 3 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

PRINSIP KEADILAN SOSIAL Setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Prinsip keadilan sosial ini bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

8 NILAI 1 MALAYSIA

BUDAYA KECEMERLANGAN Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

KETABAHAN Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

RENDAH HATI Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

PENERIMAAN Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

 KESETIAAN Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.  Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

MERITOKRASI Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

PENDIDIKAN Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

INTEGRITI Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilainilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak  daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Keterangan logo 1 Malaysia Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi Nyata pupuk semangat satu Malaysia Sepakat, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Perpaduan, Mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama Kejayaan, Kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan Tanggungjawab kita semua Jadi teras bangsa mulia Kita bina Satu Malaysia Satu Malaysia jadi pegangan Rukun negara teras panduan Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia Satu Malaysia untuk semua

Related Documents

1 Malaysia
June 2020 18
1 Malaysia
May 2020 9
1 Malaysia
June 2020 5
1 Malaysia
May 2020 4
1 Malaysia
May 2020 15
Malaysia 1
November 2019 4