1 Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1 Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 533
  • Pages: 2
Dipetik dari ceramah 'Penjelasan Mengenai 1Malaysia' oleh Tuan Ahmad Zamri Bin Swarno Pen. Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak. Kita rakyat Malaysia perlu memahami konsep gagasan 1Malaysia – Rakyat didahulukan, Pencapaian (Kecemerlangan) diutamakan. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan bukanlah omong-omong kosong sebaliknya adalah kesinambungan konsep daripada 2 pemimpin terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah Negara maju. 1Malaysia mempunyai matlamat dan elemen yang nyata iaitu pembinaan Negara bangsa yang berpaksikan perpaduan dan integrasi. Kepentingan rakyat tidak diketepikan malah diutamakan, tidak ada etnik yang merasakan diri mereka dipinggirkan atau tercicir daripada wacana nasional. Perpaduan selama ini adalah kunci kepada keharmonian dan kekuatan Negara dan ianya diteruskan dan dimantapkan lagi bagi melonjak kemajuan Negara dan rakyat. 1Malaysia tidak serupa dan tidak ada hubungkait dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’ kerana ‘Malaysian Malaysia’ adalah kesinambungan daripada ‘Malayan Union’ yang dibawa oleh penjajah British yang memaksakan konsep itu dilaksanakan di Negara kita yang mana konsep itu intipatinya ‘sama rata’ tidak ada hak-hak tertentu dan tidak boleh membantu kaum yang lemah (khususnya Bumiputra / Orang Melayu). 1Malaysia memastikan tiada golongan/kaum yang terpinggir dan dipinggirkan. 1Malaysia tidak menolak dasar afirmatif (dasar yang menolong Orang Melayu/Bumiputra yang masih lemah dalam banyak bidang seperti dalam DEB dan hak-haknya dalam perlembagaan Negara). Paling utama 1Malaysia berlaku adil kepada semua warga. 1Malaysia kepada para pemimpin perlu turun padang, mendengar sendiri masalah rakyat, supaya masalah-masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan pemimpin dilihat dihati rakyat. Ungkapan daripada Perdana Menteri “ tak payah jemputan sebagai wakil rakyat, tak payah diundang, tak payah ada bunga manggar, tidak payah hamparan merah, tak payah tunggu (jurukamera) TV ada, tak payah protocol-protokol dan rasmirasmi, kalau PM boleh buat, Menteri-menteri dan Wakil Rakyat tak boleh buat ke?” Penegasan 1Malaysia bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia,One People. Mengambil tindakan berdasarkan dan berteraskan kehendak semua kumpulan etnik ( contohnya; kalau berlaku kemalangan jalan raya tidak kira siapa atau kaum apa, siapa yang ada di situ akan bertindak memberi bantuan). Dalam konsep 1Malaysia mengandungi 8 nilai:1. Budaya kecemerlangan – menjadi matlamat dan sasaran 2. Ketabahan – untuk meneruskan perjuangan 3. Rendah Hati – untuk memikat hati dan mengelak kesombongan 4. Penerimaan Rakyat – kepimpinan, dasar dan aktiviti menjadi mesra rakyat, dan memberi keselesaan serta serasi dengan rakyat 5. Kesetiaan – para pemimpin setia kepada rakyat dan rakyat setia kepada pemimpin ( bagai aur dengan tebing dan ada hubungan ‘simbiosis’ 6. Meritokrasi – sebagai asas pencapaian dan kemajuan serta persaingan 7. Integriti – menggalakkan daripada perilaku yang bercanggah dengan undang-undang (seperti rasuah, salah guna kuasa dll) 8. Pendidikan – amat penting menjana pemikiran, keilmuan dan ketrampilan 1Malaysia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara malah memperkukuhkannya.

Perpaduan akan terus disuburkan dan diperkukuhkan, kepuasan hati rakyat cuba dipenuhi asalkan kehendak rakyat itu tidak melampau batas dan tentunya tidak menyalahi perlembagaan, undang-undang dan system Negara yang selama ini telah terbukti membawa Negara kepada keamanan, keselamatan, pembangunan dan kemakmuran. Untuk mencapai kecemerlangan semua pihak, para pemimpin dan rakyat perlu bekerja lebih kuat, kurangkan politicking dan tumpuan kepada agenda Negara. Untuk merealisasikan hasrat / wawasan ‘ Negara maju yang mengikut acuan kita sendiri’ PM memperkenalkan 1Malaysia bagi memupuk perpaduan berteraskan nilai-nilai murni yang menjadi amalan rakyat serta pelengkap kepada pendekatan sedia ada bagi mengukuhkan kestabilan dan kemajuan serta pembangunan Negara.

Related Documents

1 Malaysia
June 2020 18
1 Malaysia
May 2020 9
1 Malaysia
June 2020 5
1 Malaysia
May 2020 4
1 Malaysia
May 2020 15
Malaysia 1
November 2019 4