HGT 222 KULIAH 1 - UKUR RANTAI •
PENGERTIAN BIDANG KERJA UKUR
•
KERJA UKUR GEODETIK
•
KERJA UKUR TOPOGRAFI
•
KERJA UKUR KADASTRAL
•
KERJA UKUR KEJURUTERAAN
•
KERJA UKUR PERLOMBONGAN
•
KERJA UKUR HIDROGRAFI
•
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR
•
KAEDAH-KAEDAH UKUR
•
KESILAPAN-KESILAPAN UKUR
TEKNIK-TEKNIK MEMBUAT PETA TEKNIK SURVEI/KAJI UKUR 1. SURVEI/KAJI UKUR
2. LUKIS PETA BERDASARKAN BACAAN SURVEI/KAJI UKUR
3. MEMBUAT KEMASKINI PETA BERDASARKAN SURVEI/KAJI UKUR TAMBAHAN DARI MASA KE SEMASA
5. CONTOH HASIL LUKISAN PETA FINAL
4. LUKIS SEMULA PETA BERDASARKAN BACAAN TAMBAHAN UKUR
Digunakan dalam: • Membuat Peta & Kartografi • Ramalan Cuaca • Sistem maklumat Geografi (GIS)
• Pemetaan SumberSumber Alam • Pemetaan Bencana • Analisis Lokasi
• Geografi Bandar • Perancangan Wilayah, Bandar & Desa
• Kajian Guna Tanah • Kajian Lembangan Sungai • Lain-Lain.
TEKNOLOGI PENDERIAAN JAUH
APPLIKASI PEMETAAN BERKOMPUTER TERUNGGUL ADALAH DALAM SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
Topografi Pengezonan
Kawasan Gunung Berapi Kawasan Banjir Guna Tanah
Jenis Tanih
Jenis Hutan
Contoh Aplikasi Peta GIS
Contoh Peta Kawasan Perumahan Yang Dihasilkan oleh GIS
DENGAN TEKNOLOGI PENDERIAAN JAUH, GIS & PEMETAAN BERKOMPUTER, KENAPA PERLU LAGI TEKNIK KAJI UKUR? •PERLU SEMAKAN DI ATAS TANAH UNTUK PEMASTIAN DATA •BANYAK FOTO SATELIT & FOTO UDARA TERDAPAT AWAN (YANG TIADA DATA DI BAWAHNYA)
•PERLU MENGUKUR KAWASAN KECIL •PERLUKAN KEJITUAN YANG TINGGI RESOLUSINYA •BANYAK MAKLUMAT KECIL TIDAK DAPAT DIKESAN DALAM FOTO SATELIT & FOTO UDARA.
?
PENGERTIAN BIDANG KERJA UKUR • DEFINISI UKUR: (a) Suatu cara pengukuran untuk menentukan letakan relatif bagi satu-satu bentuk semula jadi atau/dan satu-satu bentuk buatan manusia (bentuk-bentuk budaya) yang terdapat di atas ataupun di bawah permukaan bumi; dan (b)Pemindahan pengukuran bentuk-bentuk tersebut melalui suatu skala yang sesuai untuk menghasilkan sebuah peta, pelan atau rentasan. • Melalui cara kerja ukur tertentu, bentuk-bentuk semula jadi dan budaya dapat digambarkan secara tepat dalam pertalian letakannya (lokasinya) secara mendatar atau menegak.
PENGERTIAN BIDANG KERJA UKUR (sambung)
•Lazimnya, ukur digunakan dalam kerja yang melibatkan pembuatan pelan, iaitu hasil peta dua dimensi •Ukur Aras pula merujuk kepada kerja ukur yang melibatkan tiga dimensi •Oleh itu, UKUR ialah kerja-kerja yang berkaitan dengan penggambaran bentuk -bentuk di permukaan dalam pelan. •Sementara UKUR ARAS adalah kerja yang berkaitan dengan penggambaran perbezaan tinggi yang relatif antara titiktitik yang terdapat di permukaan bumi.
KERJA UKUR GEODETIK KERJA UKUR GEODETIK ialah kerja ukur yang digunakan untuk pencerapan yang dilakukan di lapangan bagi tujuan kerja GEODESI, iaitu satu bidang sains bagi menentukan saiz dan bentuk bumi serta medan gravitinya. •Oleh sebab kadar pengecilan peta geodetik adalah besar (iaitu bentuk-bentuk seperti jalan raya, sungai dan tasik tidak dapat ditunjukkan kerana skala tidak mengizinkan), maka peta tersebut dikenali sebagai Peta Skala Sangat Kecil •Contoh: Peta Dunia (1 sm bagi 1,000 km 1:100,000,000)
KERJA UKUR TOPOGRAFI
•KERJA UKUR TOPOGRAFI ialah kerja ukur yang digunakan untuk menghasilkan peta topografi yang menggambarkan bentuk-bentuk fizikal (bukit, lurah, sungai, tanjung dan lain-lain) dan bentuk-bentuk budaya (bangunan, jalan, tanaman, kolam air dan lain-lain) yang terdapat di permukaan bumi. •Dalam kerja ukur ini, bentuk-bentuk bumi diukur dan dipindah ke dalam sebuah peta mengikut skala tertentu. •Peta topografi yang dihasilkan akan menggambarkan juga ketinggian (dalam bentuk kontur, hasyur, titik tinggi, stesen trigonometri, warna & lain-lain cara).
KERJA UKUR TOPOGRAFI (sambung) •Peta topografi lazimnya mempunyai skala 1:50,000 (1sm:0.5km); 1:25,000 (1sm:250m) atau 1:100,000 (1sm:1km). •Dalam kebanyakan kerja ukur, khususnya yang melibatkan ukur rantai dan kompas di kawasan kecil (seperti kampus USM), peta mungkin berskala 1:5000 (1sm:50m); 1:500 (1sm:5m) atau 1:1000 (1sm:10m). Peta sedemikian ialah “Peta Skala Besar” •Dalam peta topografi (1:50,000), kadar pengecilan adalah sederhana besar & oleh itu peta tersebut dikenali sebagai “Peta Skala Sederhana” •Peta Malaysia berskala 1 sm:100 km (1:10,000,000) dikenali sebagai Peta Skala Kecil.
KERJA UKUR KADASTRAL
•KERJA UKUR KADASTRAL ialah kerja ukur yang digunakan untuk menentukan sempadan atau saiz milikan harta tanah. •Kerja ukur kadastral melibatkan pembahagian lot-lot milikan tanah pertanian (padi, dusun, dll), tanah rumah, tanah industri, tanah rizab Melayu, tanah khas, dan lain-lain. •Dalam kerja ukur ini, bentukbentuk harta tanah (segitiga, empat segi, empat segi bujur, hexagonal, dan lain-lain boleh ditentukan.
KERJA UKUR KADASTRAL (sambung) •Ukur peta kadastra juga melibatkan pembahagian satu lot kepada beberapa lot, khasnya di dalam warisan tanah, iaitu pembahagian tanah ibu-bapa kepada anak
•Peta kadastral hanya memerlukan sedikit pengecilan sebab lot-lot milikan tanah dalam peta adalah dalam magnitud besar, & oleh itu peta kadastral lazim dipanggil Peta Skala Besar (contoh: Peta Lot-Lot Milikan Kg Haji Desa yang berskala 1sm bagi 10m atau 1:1000) •Lain skala dalam peta kadastral ialah 1:25,000 (1sm:250m), 1:500 (1sm:5m) atau 1:100 (1sm:1m).
Peta Kadastra Digital
UKUR RATAAN DAN UKUR GEODETIK
•Walaupun bumi berbentuk menghampiri bentuk sfera, jejarinya yang agak besar membolehkan kawasan permukaan yang luas beberapa puluh kilometer persegi dianggap sebagai kawasan yang rata. •Anggapan bumi yang rata ini membolehkan kita membahagikan kerja-kerja ukur kepada dua bidang utama: (i) UKUR RATAAN dan (ii) UKUR GEODETIK (i) UKUR RATAAN adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa dalam pengukuran sesuatu kawasan yang kecil, pengaruh dari kelukan bumi adalah terlalu kecil. Dengan itu, satu permukaan bumi yang rata adalah merupakan suatu rataan mendatar dalam satusatu kawasan berkenaan.
UKUR RATAAN DAN UKUR GEODETIK
(ii) UKUR GEODETIK (GEODESY) merupakan: •Ukuran-ukuran untuk kawasan yang luas •Anggapan kawasan mendatar di Ukur Rataan tidak boleh diterima jika kawasan adalah luas sebab kelukan permukaan bumi akan menjadi ketara •Dengan pengaruh kelukan, seseorang jurukur mesti ambil kira kesan kelukan dan menggunakan Ukuran Geodetik.
KERJA UKUR RANTAI DAN KERJA UKUR KOMPAS DALAM HGT 222 TEKNIK-TEKNIK DALAM GEOGRAFI ADALAH MEMFOKUS KEPADA UKUR RATAAN SAHAJA 1. SURVEI/KAJI UKUR 2. LUKIS PETA BERDASARKAN BACAAN SURVEI/KAJI UKUR 3. MEMBUAT KEMASKINI PETA BERDASARKAN SURVEI/KAJI UKUR TAMBAHAN DARI MASA KE SEMASA
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR
1. PRINSIP PERTAMA – “Sentiasa Ukur Dari Sesuatu Yang Besar Kepada Sesuatu Yang Kecil” •
Satu rangka yang besar perlu diukur terlebih dahulu dan selepas itu, barulah butir-butir terperinci diukur.
•
Rangka kerja sebegini mengandungi satu siri titik-titik yang relatif di antara satu dengan yang lain.
•
Misalnya, satu rangka kerja utama yang mungkin mempunyai jarak sehingga 160 km antara satu titik dengan titik yang lain, dan seterusnya rangka kerja peringkat kedua, ketiga dan yang lebih kecil mesti ditentukan dalam rangka kerja utama tadi.
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR (PRINSIP 1 sambung) •Sekiranya titik-titik berdekatan disambung dengan garisan lurus untuk membentuk satu siri segitiga, maka rangka kerja ukur ini dipanggil PENIGASUDUTAN. Prinsip ini amat penting dalam ukur rataan seperti Ukur Rantai dan Ukur Kompas.
•
Ciri-Ciri PENIGASUDUTAN adalah seperti berikut:
(i) Segitiga mesti hampir serupa/sesama. (ii) Segitiga harus mempunyai sudut-sudut yang sederhana (iii)Segitiga tidak harus mempunyai sudut terlampau besar atau terlampau kecil (iv)Segitiga tidak harus berbentuk ganjil, iaitu setengah sudut sangat kecil dan setengah sudut sangat besar.
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR (PRINSIP 1 sambung) A
CONTOH PRINSIP UTAMA: MULAKAN KERJA UKUR SEGITIGA ABC DULU
KEMUDIAN, BARULAH UKUR SEGITIGA-SEGITIGA YANG LAIN. A E
D G
B
F
C
B
C Contoh: Kerja mengukur kawasan perumahan ini melibatkan Kerja Ukur 3 Segi Tiga
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR …..
Teknik Triangulasi/Penigasudutan
2. PRINSIP KEDUA – “Memilih kaedah ukur yang paling sesuai bagi bentuk hasil yang diperlukan” •
Setiap pengukuran yang dilakukan mempunyai tujuan-tujuan yang tersendiri iaitu mungkin untuk memetakan keadaan topografi sebuah negara atau bagi pemetaan sesuatu kawasan untuk pembinaan bangunan
•
Oleh itu, tujuan adalah berlainan dan kejituan adalah berlainan, dan kaedah ukuran juga berlainan
•
Hasil akhir yang diperlukan juga berlainan.
Teknik Trabas Tertutp
Teknik Trabas Terbuka
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR (PRINSIP 2 sambung)
•
Kaedah yang dipilih bergantung kepada:
(i) Kejituan yang diperlukan (ii) Kegunaan Peta (iii) Tenaga Jurukur Sedia Ada (iv) Masa
(v) Kewangan (vi)Peralatan Yang Sedia Ada
(vii)Lain-Lain Bantuan Sampingan. * Sekiranya satu-satu kerja ukur hanya memerlukan hasil yang kasar (Peta lakar), maka tidaklah perlu jurukur membuat pengukuran yang terlalu terperinci atau sebaliknya.
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR (PRINSIP 3) 3. PRINSIP KETIGA – “Mengadakan semakan-semakan yang secukupnya semasa menjalankan pengukuran” •
Dalam kerja ukur, kesilapan sentiasa wujud, baik disebabkan oleh kesilapan orang ataupun disebabkan oleh kesilapan alat
•
Kemahiran jurukur juga boleh menentukan tahap kejituan dan tahap kesilapan sesuatu kerja ukur
•
Kesilapan-kesilapan perlu diminimumkan.
KAEDAH-KAEDAH KERJA UKUR KAEDAH PENYILANGAN ATAU PENIGASUDUTAN A MULAKAN KERJA DENGAN MEMBENTUK SEGITIGA UTAMA ABC DULU KEMUDIAN, BENTUKKAN SEGITIGASEGITIGA YANG LAIN. A E
D G
B
B
C
F
C Contoh: Penigasudutan dalam peta
KAEDAH-KAEDAH KERJA UKUR KAEDAH SILANGALIK DALAM RAJAH INI, JIKA LETAKAN TIGA TITIK A, B DAN C DIKETAHUI, DAN UKURAN APB DAN BPC DILAKUKAN, LETAKAN P AKAN DAPAT DITENTUKAN SAMA ADA SECARA GRAFIK ATAU MELALUI PENGIRAAN DALAM KES INI, SEMAKAN DAPAT DIBUAT DENGAN CARA MEMBUAT PENGUKURAN SUDUT KEPADA LEBIH DARI TIGA TITIK SEPERTI DINYATAKAN DI ATAS.
A
B
P
C
KAEDAH-KAEDAH KERJA UKUR
KAEDAH BEARING DAN JARAK U DALAM RAJAH INI, BEARING DEPAN AP IALAH 240 o.
U
BEARING BELAKANG PA PULA IALAH 60 o.
A
Bearing Depan AP
U Bearing Belakang PA
JARAK AP PULA IALAH 4.5 SM, ATAU 22.5 METER P
B
SKALA 1:500 (1SM:5M)
C
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR (1) KESILAPAN KASAR
•
Kesilapan ini berpunca dari kerja-kerja yang tidak dijalankan dengan berhati-hati atau mungking terdapat gangguan dan kehilangan penumpuan terhadap kerja yang sedang dijalankan
•
Kesilapan ini banyak disebabkan oleh kekurangan pengalaman jurukur
•
Kesilapan ini boleh disebabkan oleh keletihan
•
Kesilapan ini juga boleh disebabkan oleh jurukur mempercepatkan kerja ukur
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR
(1) KESILAPAN KASAR (sambung) •
Kesilapan ini juga disebabkan oleh keadaan kerja yang sukar – hujan, sinaran terik, nyamuk, ancaman dll.
•
Kesilapan ini terjadi apabila jurukur tidak mematuhi prinsipprinsip kerja ukur dengan tepat.
•
Lazimnya, kesilapan ini adalah besar dan mudah dikesan.
•
Kerja ukur yang mempunayi kesilapan ini perlu dilakukan semula.
•
Satu cara yang baik untuk mengurangkan kesilapan ini adalah menjalankan pencerapan-pencerapan mengikut peraturanperaturan tertentu
•
Pengurangan kesilapan ini juga memerlukan catatan ukuranukuran ke dalam buku dengan tepat.
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR
(1) CONTOH-CONTOH KESILAPAN KASAR •
Membaca sudut bearing 200 o sebagai 199 o
•
Mengukur panjang garisan AB sepanjang 200 meter sedangkan jarak sebenar ialah 202 meter
•
Meletakkan garis semak di titik yang salah – misalnya sepatut diletakkan di stesen A tetapi telah diletak 0.5 meter dari stesen tersebut
•
Meletakkan stesen di tempat yang salah – Untuk mempercepatkan kerja, jurukur tidak menggunakan plambap untuk menentukan stesen. Jurukur guna cara agak-agak sahaja (iaitu dengan mata kasar)
•
Mengukur jarak di atas cerun tetapi jurukur tidak ambil kira kecerunan dan hanya menganggap garisan itu rata.
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR
(2) KESILAPAN SISTEMATIK •
Kesilapan ini mempunyai akibat yang umumnya diketahui ataupun dapat dibuat pengiraan dan kemudiannya dibetulkan
•
Kebanyakan kesilapan ini berpunca dari perbezaanperbezaan keadaan fizikal semasa pengukuran dijalankan
•
Perbezaan-perbezaan tersebut sebenarnya dapat diukur dengan menggunakan hukum fizikal atau matematik, ataupun dengan teknik-teknik pencerapan yang disesuaikan dengan mana-mana satu kerja ukur
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR
(2) KESILAPAN SISTEMATIK (sambung) •
Kesilapan sistematik boleh wujud misalnay jika jurukur menggunakan pita pita keluli gelung – 100 m dalam keadaan suhu biasa tetapi pita keluli akan mengembang dalam suhu matahari terik (100.2m)
•
Kompas juga boleh dikacau oleh besi dan metal lain yang berhampiran & memberi bacaan yang silap
•
Setakat mana kesilapan sistematik ini dapat diterima atau tidak bergantung kepada ketepatan pengukuran yang diperlukan
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR
(2) KESILAPAN SISTEMATIK (sambung) •
Misalnya, dalan ukur rantai, jika skala ialah 1:500 (1sm:5m), didapati ukuran di lapangan yang paling kecil yang boleh diplotkan ialah 0.1 meter, & dengan ini bermakna jarak tidak akan direkodkan lebih terperinci dari ini
•
Misalnya, jika jarak 1 km terdapat kesilapan 0.1m, kesilapan itu mungkin tidak ketara jika diplotkan.
•
Untuk mengurangkan kesilapan ini, jurukur perlu memastika semua alat ukur berada dalam keadaan memuaskan, keadaan cuaca tidak melampau & mengelakkan meletakkan stesen ukur dekat metal.
JENIS-JENIS KESILAPAN DALAM KERJA UKUR
(3) KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN •
Kesilapan ini merupakan kesilapan yang tidak dapat dielakkan walaupun pengawasan dan pengukuran yang teliti telah dijalankan
•
Lazimnya, kesilapan ini berpunca dari kesilapan membaca alat ataupun akibat penglihatan yang silap (seperti dalam kesilapan kasar)
•
Kesilapan ini sukar dikesan sebab jurukur sendiri tidak sengaja bahawa kesilapan telah berlaku
•
Biasanya kesilapan sebegini tidaklah serius sebab ada kala ukuran menjadi lebih panjang (+0.1 m) & ada kala juga di mana ukuran menjadi lebih pendek (-0.1m). Akibat itu, kesilapan positif akan diseimbangkan oleh kesilapan negatif.
PRINSIP-PRINSIP KERJA UKUR (sambung)
•
Punca-Punca Kesilapan:
(i) Kesilapan Jurukur – Cuai, silap membaca, pandangan silap, ingatan silap, pengiraan silap, memplot silap, arahan silap, dan lain-lain (pergaduhan) (ii) Kesilapan Alat – alat lama, tarikan tempatan, pengembangan alat, penguncupan alat, lain-lain.
(iii)Kesilapan Akibat Cuaca – Sinar matahari, hujan, angin kencang, kilat, salji, dan lain-lain.
Ir. Ng Kim Chua, Pensyarah Prof Chan, 1975
CARA PENGURANGAN KESILAPAN Dalam rajah ini, ABCD merupakan rangka kerja di mana garis tepi kedua-dua segitiga ABD dan ACD telah diukur. Jika jurukur membuat plotan berdasarkan pengukuranpengukuran tersebut sahaja, kemungkinan satu-satu kesilapan tidak dapat dikesan adalah besar.
C
A
B
Y
X
D
Sekiranya Garisan CB diukur sebagai Garis Semak, maka terdapat satu perbandingan antara nilai-nilai yang diukur dengan nilai-nilai yang diplotkan. CB merupkan satu Garisan Semakan. XY juga Garisan Semakan.
TAMAT TERIMA KASIH
HGT222 KERJA KURSUS BAHAGIAN UKUR • PERLU MENYEDIAKAN SEBUAH PETA BERDASARKAN KERJA UKUR YANG DIJALANKAN SEMASA AMALI. • TARIKH SERAH PETA = 1 HARI SEBELUM CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (20% Kerja Kursus)
PERALATAN YANG DIPERLUKAN Setiap pelajar perlu membeli peralatan berikut untuk diguna dalam latihan amali: •1 Kotak Peralatan “The Oxford Set of Matemathical Instruments” •1 Set Pen Magik •1 Set Pen Marker atau Pen Teknikal Hitam Yang Beraneka Saiz 0.3, 0.5, 0.7, 1.0 (Ketebalan Tulisannya) •1 Buku Kertas Lukisan A3 •1 Kalkulator Saintifik (Telefon Bimbit TIDAK dibenarkan) •Pembaris Teknikal (untuk kegunaan manual kartografi) bersaiz 0.3, 0.5. 0.7.
Peralatan Yang Diperlukan (Boleh Pinjam Daripada Encik Khalid Bangunan C20 Bilik di depan Bilik Peta)
Pita Linen
Kompas
Kompas & Tripod
Panjang Jajar Rantai Gunter Anak Panah