Zorrombie.docx

  • Uploaded by: faizgibe
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Zorrombie.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 658
  • Pages: 4
1.0 Pengenalan

AIR penting bagi manusia dan alam sekitar. Manusia memerlukan air tawar bagi kegunaan harian dan aktiviti pertanian serta perusahaan; sektor pertanian adalah pengguna terbanyak pada kadar 62% diikuti oleh perusahaan 21% dan domestik 17%. Air juga penting bagi alam sekitar sebagai sokongan kepada proses biologi dan untuk menstabilkan suhu global. Sumber bekalan air tawar berasal dari kawasan tadahan air termasuk sungai, tasik dan takungan. Namun begitu, permintaan ke atas sumber air semakin meningkat selaras dengan perkembangan pesat populasi manusia menjadikan kekurangan air sebagai salah satu cabaran utama di kebanyakan negara. Pada tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjalankan tinjauan terhadap tangki simpanan air yang terdapa di kawasan sekitar dan menjelaskan secara terperinci reka bentuk dan bahan yang digunakan untuk pembinaannya, dimensi dan isipadu bagi tong tersebut. Seterusnya, saya akan mencadangkan satu reka bentuk tong air yang dapat menampung kapasiti air dalam masa lima hari untuk kawasan yang mempunyai penduduk dalam lingkungan 3000 orang. Dalam pada itu, saya perlu mebuat perbandingan diantara tong yang terdapat di kawasan sekitar dan yang dicadangkan. Islam menjadi agama yang paling pesat berkembang di dunia, dijangkakan bermula dari 1.6 juta pada tahun 2010 menjadi 2.76 juta penganut pada tahun 2050. Hali ini menunjukkan bahawa penganut agama Islam akan menjadi satu pertiga jumlah populasi dunia. Pada tugasan ini

juga, saya perlu menggunakan Model Matematik untuk

menjalankan penyiasatan terhadap populasi penduduk muslim pada masa sekarang dan membuat anggaran populasi penduduk muslim dalam tempoh 20 tahun akan datang.

2.0 Tangki simpanan air

2.1 Tangki air yang terdapat di kawasan sekitar.

Tong tangki air yang diperhatikan ialah tangki air jenis panel fiberglass. Reka bentuk tangki tersebut ialah berbentuk kuboid. Bahan yang digunakan terdiri daripada panel fiberglass dan rangka keluli tahan karat.

Ruang dengan jarak 6 m perlu dilakukan sebagai langkah keselamatan dan ruang pelampung untuk menjaga aras simpanan air. Lebar = 2000 cm = 20 m Tinggi = 1600cmm = 16 m Panjang= 1800 cm = 18 m Ketinggian air = 1000 cm = 10 m Isipadu air yang dapat ditampung, = 20 x 18 x 10 = 3600 m3 Isipadu tong tangki air, = 20 x 18 x 16 = 5760 m3

2.2 Tong tangki air yang dicadangkan. Reka bentuk tong yang perlu dibina dapat menampung kapasiti air dalam masa lima hari untuk kawasan yang mempunyai penduduk dalam lingkungan 3000 orang. Pengunaan air optimum (sederhana) bagi seorang individu sehari = 200 liter Pengunaan air bagi 3000 orang = 200 x 3000 = 600 000 liter Pengunaan air 3000 orang untuk lima hari = 600 000 x 5 = 3000 000 liter 1000 liter = 1 m3 3000 000 liter = 3000 m3 Maka, tong tangki air yang perlu dibina perlu mampu menampung 3000 000 liter air atau bersaiz lebih daripada 3000 m3

Bentuk tangki yang dicadangkan berbentuk silinder. Jejari tong = 10 m 𝜋102 ℎ = 3000 m3

ℎ=

3000 100 𝜋

ℎ = 9.5 𝑚 Ruang dengan jarak 6 m perlu dilakukan sebagai langkah keselamatan dan ruang pelampung untuk menjaga aras simpanan air. Tinggi tong (air dan pelampung) = 9.5 + 6 = 15.5 m Isipadu tong yang dicadangkan = 𝜋 (102 )(15.5) = 48694.68 m3

10 m

6m

9.5 m

Pada tugasan ini, saya ingin menghitung kadar perkembangan populasi Muslim di Selandia Baru (New Zealand) menggunakan formula Thomas Malthus tersebut. Saya tertarik untuk lebih meneliti berkaitan Muslim New Zealand rentetan serangan penganas terhadap masjid yang terletak di ChristChurch baru-baru ini. Dilaporkan media astro awani, 50 nyawa telah terkorban dan 50 orang tercedera telah terlibat sewaktu serangan tersebut.

Islam di New Zealand bermula dengan kedatangan pencari gali emas Muslim China pada 1870-an. Sejumlah kecil pendatang Muslim dari India dan Eropah Timur pada awal 1900-an hingga 1960-an. Skala besar pendatang Muslim bermula pada tahun 1970-an dengan kedatangan etnik India daripada Fuji, diikuti pada 1990-an oleh para pelarian dari Afrika dan Timur Tengah. Muslim merupakan golongan minoriti di negara kepulauan Lautan Pasifik tersebut, namun Islam merupakan agama yang amat pesat berkembang yang kini wujudnya masjid-masjid yang dibina.

More Documents from "faizgibe"

Zorrombie.docx
November 2019 3