Yb Tiong

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Yb Tiong as PDF for free.

More details

  • Words: 805
  • Pages: 2
Mohammad Rizal Julaihi (Wakil penduduk Pasar Tatau dan Kampung Dagang Tatau) No. 4, King Park Phase 1 97200 Tatau, Sarawak No. h/p: 019-8387285

KELAB AHLI PARLIMEN BN PARLIMEN MALAYSIA Tarikh : 3/11/2009 SEKRETARIAT BNBBC PARLIMEN MALAYSIA JALAN PARLIMEN 50680 KUALA LUMPUR MALAYSIA (Untuk Perhatian : Y.B Dato’ Seri Tiong King Sing, Parlimen Bintulu) Y.B. Dato’ Seri, MASALAH PENDUDUK DAERAH TATAU YANG PERLU DI SUARAKAN DI PARLIMEN Merujuk kepada perkara di atas. Salam satu Malaysia Dato’ Seri, saya mewakili penduduk Tatau Khasnya kawasan Pasar Tatau dan Kampung yang mempunyai penduduk sekitar 10 ribu orang penduduk. Saya percaya mungkin ada ramai lagi yang telah memberi maklum balas yang sama dan cerita yang sama, cuma kaedah yang berlainan. Namun tiada juga penyelesaiannya. Di bawah ini saya huraikan beberapa masalah kami di sini, mohon pertimbangan sewajarnya dan mohon maklumbalas dari Dato’ Seri walaupun ini bukan kawasan Dato’ Seri tapi Tatau di bawah Parlimen Selangau, tidak salah untuk mencampuri permasalahan parlimen lain jika ‘tuan punya’ parlimen tidak menunjukkan minat pada masalah kami. Masalah utama: 1. Masalah Bekalan air – pihak kami dan ramai penduduk Tatau telah lebih 15 tahun menyuarakan masalah air di sini iaitu bekalan air bersih yang tidak terjamin iaitu keruh, kadang-kadang bersih dan ada kalanya berbau hanyir, masalah tekanan air rendah dan ia tidak menentu adakalanya normal, dan masalah terputus bekalan air yang tidak ada makluman terlebih dahulu seperti paip pecah dan kerosakan pam yang sering berlaku. a. Untuk makluman Dato’ Seri kami sekarang tiada bekalan air yang mencukupi atau dalam erti kata lain terputus bekalan air bersih sejak 30 Oktober 2009 sehingga surat ini di faks kan. Di fahamkan pihak JKR sedang berusaha memulihkan pam air yang rosak. Apa yang di kesalkan kenapa 2 pam rosak serentak iaitu ‘Backup’ pam air juga rosak , atau tidak diselengara dengan baik. b. Kejadian seperti ini sering berlaku iaitu kerosakan pam air yang tidak sepatutnya berlaku kerana jika terputus bekalan airpun jangan lah sampai 4-6 hari berturut-turut. c. Masalah Pengurusan air di Tatau (Masih dalam jagaan JKR) amat mengecewakan, di harap LAKU memain peranan dan mengambil alih pengurusan di Tatau. Biar kami bayar lebih asalkan bekalan air yang bersih dan berterusan tanpa terputus kecualilah aral melintang seperti Bencana alam atau kemarau itu memang kita tidak dapat di elakkan. d. Kami di sini juga kesal kelembapan bantuan tiba seperti dari JKR sendiri atau mereka yang terlibat dalam Kecemasan, tiada lori tangki air kelihatan sepanjang berlakunya ketiadaan air. Penduduk terpaksa mengambil air sungai untuk mandi dan membasuh, serta membeli air

mineral untuk di minum dan mandi. Kalau sehari dua tidak mengapa, ini sampai hampir seminggu. Cuba bayangkan di sini ada 4 buah sekolah dengan 3 antaranya berasrama. Bayangkan pelajar-pelajar nak minum dan mandi serta membersih pakaian, kebanyakan sekolah-sekolah ini jauh dari sungai Tatau.

2. Masalah-masalah lain – a. Bank – ketiadaan bank di kawasan Tatau amat memeritkan, sudah bertahun-tahun pihak Bank terbabit berjanji untuk membuka cawangan, namun ia bagaikan melepas batuk di tangga. Ramai kakitangan awam dan swasta terpaksa ke Bintulu (60km) untuk mengeluarkan duit mereka. Ini menambah beban kepada mereka yang tidak berkenderaan dan berpendapatan rendah. b. Masalah Banjir – Masalah ini telah di ajukan kepada pihak BDA(Bintulu Development Authority), jalan di satu kawasan pasar lama /jalan utama ke pasar lama, yang terletak di atas Penghujung Sungai Jatan (sungai kecil). Sekirangnya banjir bah dan besar seperti Januari 2009 lalu, jalan ini akan terputus dan ribuan penduduk akan terputus hubungan iaitu dari Pasar Lama, King Park, Taman Kim soon dan Quaters Kerajaan Khasnya. Di minta jalan berkenaan harap dapat di naikkan sedikit dalam 3-4 kaki ketinggianya, sebab itu adalah jalan alternatif terakhir penduduk di sini lalu lalang jika tempat- tempat lain telah di tengelami air. c. Lampu Jalan – ada 2-3 tempat lampu jalan tidak pernah di baiki iaitu di perhentian bas biasa di Pasar Baru Tatau. Ramai orang yang menunggu bas di waktu malam agak risau dan takut kerana di sana terlalu gelap kerana ketiadaan lampu jalan akibat lampu yang sedia ada telah rosak. Bukan itu sahaja,keadaan lampu di kawasan King Park Phase 1 amatlah mengecewakan kerana tidak cukup terang untuk menerangi lorong-lorong kawasan rumah kami. Keadaan ini memang mengundang berlakunya kecurian dan pecah rumah. Aduan telah di buat di Talikhidmat Sarawak (BDA/SESCO), tapi tiada tindakan yang diambil sehingga saat ini. Di harap Dato’ Seri dapat memanjangkan permasalahan kami kepada Menteri Luar Bandar dan berkenaan dengan peruntukan untuk penduduk Kawasan Tatau, tiadakah sebarang peruntukan untuk kawasan Tatau di dalam Belanjawan yang baru-baru ini diumumkan oleh Perdana Menteri?. Kami di sini tidak tahu-menahu mengenai apa perancangan dan pembaikpulihan untuk Kawasan Tatau, cuma melihat ladang-ladang sawit di sekitar Jalan Tatau Bintulu maju setapak (SCORE) tetapi dalam masa yang sama kebajikan untuk rakyat Tatau diabaikan. Atas jasa baik Dato’ Seri, tolong suarakan masalah kami iaitu para penduduk Tatau ini di Parlimen. Salam Satu Malaysia! Yang Benar, -sign……………………………….. (MOHAMMAD RIZAL JULAIHI) Wakil Penduduk Tatau

Related Documents