Sejarah Masjid Abu Bakar Johor Bahru. § Terletak di Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Bangunan masjid ini dibina diatas sebuah Bukit Kecil di tepi Selat Tebrau serta mempunyai pemandangan yang menghala ke Singapura. Batu asas bagi pembinaan Masjid Abu Bakar telah diletakkan oleh Al Marhum Sultan Abu Bakar selepas Masjid itu diberi nama. § Ia mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkan dan diangarkan kos pembiayaan bagi pembinaan melebihi RM400,000.00. Sebanyak 2000 tenaga kerja digunakan untuk mendirikan masjid ini. Pembinaan Masjid ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1900, beberapa tahun selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar. § Bentuk pelan bangunan ialah bujur sangkar dan disetiap muka bangunan terdapat anjung yang berkubah setinggi empat tingkat. Masjid ini mengandungi sebuah dewan berjamaah yang berbentuk segi empat tepat dengan serambi di sebelah utara dan selatannya. § Bahagian atas tingkap yang mencecah ke lantai ini terdapat dalam dua gaya rekaan kemasan plaster yang berbeza. Disetiap tingkap kubah, gaya tingkap juga berubah. hanya penggunaan daun tetingkap berkekisi saja yang dikekalkan. § Bahagian timur masjid dihubungkan dengan tempat berwuduk yang dibina dibawah tanah. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dewan sembahyang dan hamparan dari mudah basah dan kotor.Diatas tempat berwuduk ini bumbungnya terbuka untuk menadah air hujan masuk ke kolah tadahan air. § Ruang pejalan kaki dann jalan juga dibina di atasnya untuk membolehkan para pengunjung menumpang tidur dan rehat. Sebuah ambin besar dibina berhampiran dengan tempat berwuduk tersebut.
Keunikan senibina Masjid Abu Bakar. § Senibina bangunan adalah berunsurkan Victoria Morrish. Ini jelas dilihat dalam rekabentuk empat buah menara yang iras masjid di negara Timur Tengah atau Asia Barat terutamanya Mesir. § Antaranya ialah Masjid Ibn Touloun yang berinspirasikan senibina Samara yang menaranya setinggi dua tingkat; berbentuk bulat diatas dan empat segi dibawah serta berkubah. § Bentuk asal menara mengikut bentuk Mamluk Asal (Qalaun) tahun 1250 1350 serta dicampur dengan Mamluk Akhir (Bargug) 1450 - 1517. § Pangkal tiang diukir seperti beberapa buah masjid di Mesir contohnya Masjid Imam Shafie. Bahagian dalam terutamanya di tiang dan lampu mempunyai persamaan dengan Masjid Muhammad Ali di Mesir. § Binaan bangunan hampir keseluruhannya menggunakan konkrit tetulang. Bumbung bangunan bagaimanapundisokong oleh kerangka keluli. Kemasan di dinding terutamanya ditingkap, pintu dan tiang menggunakan plaster yang berukir dan bermotif. § Siling masjid ini dari stucco, lantai menggunakan marmar yang dibeli khas dari Itali, kaca berwarna dari Venice dan mimbar berukir yang diperbuat dari tembaga. Bagi hiasan dalam, lampu gantungnya adalah dari Czechoslovakia. § Bahagian timur masjid dihubungkan dengan tempat berwuduk yang dibina dibawah tanah. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dewan sembahyang dan hamparan dari mudah basah dan kotor.