Windows Genuine Advantages Files under komputer, windows xp | Posted by admin Sedang saya membaca post-post yang terdapat di Google Reader, saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh KongsiBlog. Manual Remove WGA (Windows Genuine Advantages) adalah artikel yang saya maksudkan. Mengapa artikel ini menjadi perhatian saya. ..? Ini kerana apa yang dibincangkan oleh KongsiBlog terkena pada komputer saya. Apa lagi saya pun terus download lah perisian yang dimaksudkan itu. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu sama ada Windows yang saya gunakan ini “Genuine” atau tidak. Ini kerana laptop jenama ACER yang saya beli ini disertakan siap dengan sistem operasi Windows XP Pro. Proses update pula saya tetapkan seminggu sekali secara automatik. Update pada minggu pertama tiada apa yang berlaku, still boleh update. Masuk minggu kedua masalah Windows Genuine Advantage ini muncul. Saya cuba ikut segala arahan yang keluar pada Windows Genuine Advantage tersebut, namun hasilnya hampa. Masalah tersebut tidak dapat di selesaikan juga. Terpaksalah saya biarkan sahaja masalah itu sehinggalah saya terbaca artikel KongsiBlog itu. Image Windows Genuine Advantage yang muncul semasa komputer dihidupkan adalah seperti di bawah :
Tahukah anda apakah maksud daripada masej yang dinayatakan…? Maksudnya sistem operasi Windows XP yang anda gunakan itu dikesan tidak ori (not genuine).
Memang benar setakat yang saya tahu, Windows Genuine Advantage ini hanya terjadi kepada Windows XP. Mungkin juga berlaku kepada sistem operasi Microsoft yang lain seperti Windows 2000 atau mungkin juga windows VISTA. Sesiapa yang mempunyai info tersebut, sila kongsikan bersama di rahsiakomputer…boleh tak..he he. Setelah mencuba perisian tersebut, memang berkesan dan Windows Genuine Advantage yang biasanya keluar semasa komputer di hidupkan hilang serta merta dengan hanya 2 langkah… Sesiapa yang menghadapi masalah terebut, bolehlah anda cari di Internet menggunakan search engine (Google, Yahoo atau MSN) kegemaran anda dengan menaip “Remove WGA“. p/s : Cadangan saya, jika anda tidak ingin masalah ini terjadi lagi gunakan sistem operasi yang original. Hapuskan cetak rompak…kempen pula.
2 Responses to “Windows Genuine Advantages” 1. By amir Jempol on Jan 3, 2008 | Reply Assalammualaikum tuan, Terima kasih pada web tuan kerana banyak memberi informasi pada saya. Saya ingin bertanya pada tuan. Apakah nama software yang biasa di gunakan untuk membuat banner2 ni. Cantiklah. Bukan nak wat berniaga cuma nak tampalkan kat web2 saya apabila ada program2 remaja. So boleh pikat budak2 nie utk klik. Terima kasih tuan. http://www.anugerahremajaperdana.blogspot.com 2. By koibito on Jan 3, 2008 | Reply Software yang paling mudah nak buat banner ialah Photoshop.Selain itu, tuan juga boleh gunakan Ulead GIF Animator. Saya biasanya buat image banner menggunakan Photoshop kemudian animator itu saya buat kat Ulead GIF Animator. Tuan juga boleh gunakan perisian percuma.Cari melalui search engine.