Who Is God?

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Who Is God? as PDF for free.

More details

  • Words: 423
  • Pages: 1
Rumusan Pembentangan "Who Is God?" Dalam pembentangan yang pertama, analisa dan perbandingan tentang konsep ketuhanan antara b eberapa agama di dunia telah dibincangkan di bawah tajuk "Who is (the true) God?". Antara perk ara yang telah dikupas secara dasar ialah konsep ketuhanan setiap agama iaitu agama Hindu, Zoro asterian, Sikhism, Kristian, Yahudi dan Islam berdasarkan kitab-kitab suci setiap agama serta pers oalan kenapa dan bagaimana konsep ajaran itu dipesongkan. Kaedah menganalisis kitab-kitab suc i adalah perlu bagi mendapatkan jawapan yang tepat tentang konsep dan kepercayaan sebenar seti ap penganut agama di dunia ini, dan bukan dilihat dari segi kelakuan atau perbuatan seseorang pe nganut itu dalam ajaran agama mereka. Perkara ini ada di jelaskan dalam Al-Quran 2:111 yang bermaksud "Dan mereka (Yahudi dan Nas rani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Y ahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang k amu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.". Keterangan-keterangan yang dimaksu dkan ialah kitab-kitab yang menjadi pegangan setiap penganut. Setelah dianalisa dan dibincangkan, berdasarkan kitab-kitab suci setiap agama, konsep ketuhanan yang sebenar adalah sama seperti konsep ketuhanan di dalam ajaran Islam iaitu kepercayaan terha dap satu Tuhan yang Esa, serta sifat-sifat ketuhanan yang lain. Persoalannya, kenapa dan bagaima na konsep ajaran itu dipesongkan? Seperti yang tertulis dalam Bhagwad Geeta ch.7 v.20, "Those whose intelligent has been stolen b y material desires surrender unto demigods and follow the particular rules and regulations of wors hip according to their own natures.", pemesongan dilakukan kerana nafsu manusia untuk mengeja r keduniaan seperti kuasa, pangkat dan kebendaan. Perkara yang sama di sebut dalam Al-Quran 2: 79 "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu m engubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: Ini ialah dari sis i Allah, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan be sar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." Kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbincangan tersebut ialah semua agama terbesar di duni a ini adalah dari sumber yang sama iaitu Allah S.W.T tetapi telah dipesongkan oleh orang-orang y ang mengejar keduniaan dari kalangan ilmuan agama. "Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pe mberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran."Al-Quran 35:24.

Related Documents

Who Is God
June 2020 15
Who Is Like God?
May 2020 24
Who Is God
April 2020 20
Who Is God?
April 2020 23
Who Is God
November 2019 36
Who Is God
November 2019 29