Wang

  • Uploaded by: cikgueaizan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wang as PDF for free.

More details

  • Words: 707
  • Pages: 20
EKONOMI ASAS TINGKATAN 5

6.1 WANG Disediakan Oleh NOR EAIZAN BIN MOHD NOOR Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas SMK Jelai [Felda] http ://ekonomiasas.wordpress.com

PENGERTIAN WANG Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan.

EVOLUSI WANG

CIRI-CIRI WANG Diterima Umum Benda yang hendak dijadikan wang mestilah diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang/perkhidmatan.

Penawaran terhad Benda yang hendak dijadikan wang mestilah kuantitinya tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya ; tidak terlalu kurang hingga menjejaskan aktiviti ekonomi.

Kestabilan Nilai Benda yang hendak dijadikan wang mestilah nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang.

CIRI-CIRI WANG Tahan lama Benda yang hendak dijadikan wang mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak supaya boleh digunakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Mudah dibawa Benda yang hendak dijadikan wang mestilah bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Boleh dibahagikan yang lebih kecil

kepada

unit

Benda yang hendak dijadikan wang mestilah boleh dibahagikan kepada unit-unit nilai yang lebih kecil bagi membolehkan urus niaga dapat dijalankan dengan mudah dan tepat.

JENIS-JENIS WANG Duit syiling

•Memudahkan aktiviti urus niaga yang melibatkan nilai muka yang kecil •Mempunyai nilai muka yang kecil seperti 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang diperbuat daripada campuran logam. •Merupakan wang tanda iaitu mempunyai nilai muka yang lebih tinggi berbanding nilai sebenar bahan untuk membuatnya. •Merupakan wang sah iaitu wang yang mesti diterima untuk sebarang pembayaran dalam negara pengeluar wang tersebut [ wang yang dikeluarkan oleh kerajaan

JENIS-JENIS WANG Wang kertas •Digunakan dalam urus niaga yang lebih besar nilainya. •Mempunyai nilai muka RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 •Mesti disandarkan kepada rizab antarabangsa dalam bentuk emas dan pertukaran asing bagi menjamin nilainya dan mengelakkan inflasi. •Merupakan wang tanda dan wang sah.

JENIS-JENIS WANG Deposit Semasa

•Kemudahan yang ditawarkan oleh bank perdagangan sahaja. •Pemegang akaun deposit semasa diberi buku cek dan boleh membuat pembayaran dengan menggunakan cek. •Penerima cek berkenaan akan menunaikannya di bank perdagangan dan apabila ditunaikan jumlah deposit semasa pemegang akaun tersebut akan berkurang. •Kelebihan deposit semasa – boleh membuat pembayaran bila-bila masa, mudah dibawa (tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak), dan selamat dikendalikan. •Bukan wang sah – oleh itu pembayaran menggunakan cek

Contoh cek [deposit semasa]

FUNGSI WANG Perantaraan Pertukaran Memudahkan urus niaga dijalankan kerana hanya perlu membayar sejumlah wang tertentu untuk melakukan urus niaga. Wang tersebut mestilah mempunyai ciri diterima umum untuk menjadikannya sebagai alat perantaraan pertukaran.

FUNGSI WANG Unit Ukuran Nilai Mengukur/menilai sesuatu barangan dalam bentuk harga. Memudahkan perbandingan nilai antara satu barang dengan barang yang lain. Wang tersebut mestilah mempunyai ciri boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil bagi membolehkannya

FUNGSI WANG Simpanan Nilai Wang dapat berfungsi sebagai alat simpanan nilai kerana mempunyai ciri kestabilan nilai dan tahan lama. Disamping itu, wang yang disimpan di institusi kewangan akan memperoleh faedah atau dividen. Ini menggalakkan orang ramai membuat

FUNGSI WANG Bayaran Tertunda Wang membolehkan sesuatu pembayaran dilakukan secara ansuran kerana mempunyai ciri kestabilan nilai. Penjual sanggup menerima bayaran ansuran kerana yakin bahawa wang mempunyai nilai yang stabil untuk satu jangka masa yang lama.

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG

ASPEK

SISTEM BARTER

Dapat berfungsi sebagai Tidak dapat berfungsi alat perantaraan Perantaraa sebagai alat n pertukaran yang baik. perantaraan pertukaran Pertukaran yang baik. Tidak memerlukan kehendak serentak.

Kehendak serentak amat diperlukan dalam pertukaran

Individu menjalankan pengkhususan

Pertukaran hanya boleh dilakukan antara dua individu

boleh

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG Barangan diukur berasaskan mata wang

Contoh : Sepasang berharga RM25.

kasut

ASPEK Ukuran Nilai

SISTEM BARTER Sukar mengukur sesuatu barang

nilai

Contoh : Seekor lembu perlu ditukar dengan berapa ekor ayam?

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG Wang yang bersifat tahan lama dan tidak mudah rosak menjadikan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai yang Wang baik. yang disimpan di insitusi kewangan akan dibayar faedah/dividen.

ASPEK

SISTEM BARTER

Simpanan Nilai

Kebanyakan barang yang digunakan dalam proses pertukaran tidak tahan lama. Mengalami susut nilai dan tidak boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER SISTEM WANG Dapat berfungsi sebagai alat bayaran tertunda

Boleh membeli pada masa sekarang dan membayar pada masa hadapan

ASPEK

SISTEM BARTER

Bayaran Tertunda

Sesetengah barang tidak tahan untuk suatu tempoh yang lama.

Nilai sesuatu barangan tidak stabil untuk dijadikan pertukaran pada masa hadapan.

Related Documents

Wang
June 2020 22
Wang
May 2020 43
Wang
April 2020 37
Wang
June 2020 34
Wang Liang1
December 2019 20
Wang Liang2
December 2019 20

More Documents from "wosswald"