:Wahai Manusia! Bacalah janji Allah ini kepadaku
– Surah anNur (24) ayat 55 Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu“ dan mengerjakan amal-amal saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menjadi hamba Aku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang ”.fasik
-:Secara ringkas janji Allah kepadaku disusun seperti berikut ,(Menjadi aku berkuasa di bumi (di sebelah Timur.1 ,Meneguhkan agama yang sedang aku anuti yang merupakan agama yang Allah redhai.2 Mengubah (keadaan) hidupku, dan.3 Aku tetap sebagai hambaNya dan tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu.4 .apapun
Apabila janji ini terjadi kepada diriku bererti empat perkara di atas yang dijanjikan kepadaku merupakan yang hak dan benar-benar dari Allah. Pada ketika itu manusia di dunia ini wajib menerima aku, mengikutku dan taat kepadaku supaya mereka tidak !digolongkan orang yang kafir dan fasik
:Perjanjian pertama Apabila aku muncul, aku akan mendapat daulah – kerajaan Malaysia, kerajaan yang pertama yang Allah janjikan dalam rencananya di antara kerajaan-kerajaan di sebelah Timur mengikut jadual yang telah ditetapkan dan ditentukan akan berlaku di akhir zaman ini. Akulah yang dikatakan imam dan khalifah Allah yang mendapat .petunjuk
Manusia harus buka mata, buka minda dan menerima hakikat bahwa sesungguhnya kepimpinanku adalah kepimpinan yang hak, bukan mengikut nafsu atau mengikut kemahuan orang ramai atau hasil dari rampasan kuasa yang didokong oleh pihak tentera, parti atau mana-mana organisasi atau mana-mana mahluk lain. Ini adalah kehendak Allah, janjiNya, ketetapan dan ketentuanNya. Aku tidak minta dijadikan
pemimpin. Apa yang aku nyatakan di sini adalah satu peringatan dan berita gembira dari Allah juga mengikut kehendak dan rencanaNya. Mustahil aku seorang individu !boleh meminta kepimpinan dan dengan mudah pula mereka menyerahkan kepadaku
:Perjanjian Kedua Oleh kerana aku telah dipilih oleh Allah untuk memimpin manusia mengikut kehendakNya, maka agama yang aku anuti, yang aku amalkan selama ini adalah agama yang benar atau aku berada dijalan yang lurus, agama yang Allah redhai. Kemunculanku dan berlakunya perjanjian ini sudah cukup bagi manusia untuk menerima hakikat bahwa agama yang aku dakwahkan, yang akan aku perintahkan supaya diikuti adalah agama yang hak dan diredhai Allah. Akulah hujjah bagi Allah untuk manusia bahwa agama yang Dia redhai adalah agama yang aku anuti. Sebagaimana yang ditekankan dengan firmanNya ” ……dan agama yang benar untuk ”.dimenangkkanNya atas segala agama, walaupun orang musyrik tidak menyukainya
:Perjanjian Ketiga Sebelum ini aku tidak dapat berdakwah dan mengamalkan ‘amal makruf nahi munkar’ secara terbuka dan bebas dari gangguan, dari tohmahan dan dari dikenakan tindakan pihak berkuasa sebelum ini kerana dikatakan sesat. Tetapi selepas perjanjian ini, dengan kuasa yang dikurnia Allah kepadaku manusia sejagat akan bebas mengamalkan agama yang Dia redhai. ”Apabila datang yang hak maka lenyaplah .”yang batil
:Perjanjian Terakhir Aku amat bersyukur kepada Allah azzawajalla kerana telah menetapkan untuk aku sebagai hambaNya semata-mata dan tidak pernah mempersekutukan Dia dengan sesuatu apapun. Keadaan dan amalan inilah merupakan dasar utama kejayaanku maka Allah pilih aku di antara golongan orang-orang beriman dan yang beramal saleh. Dengan hanya menjadi hamba Allah semata-mata dan tidak mensyirikkanNya barulah .kehidupan yang sebenar dan agama dapat didirikan
Ia begitu mudah untuk difahami dan wajarlah bagi Allah mengingatkan manusia dalam ayat yang sama bahwa barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. Kamu tidak perlu lagi bersusah payah, bertungkus lumus membuat kajian untuk mendapatkan kesimpulan dan keputusan supaya .mendapat yang hak dan membenarkan apa yang aku bawa ini
Janganlah kamu persoalkan siapa aku atau dari mana asal-usul keturunanku atau sebagainya. Yang penting apabila kamu melihat atau menyaksikan aku dinobat
sebagai khalifah… Itulah aku imam yang dipilih dan mendapat petunjuk, pemerintah baru bagi Daulah di sebelah timur dengan bermula di Malaysia. AlQuran dan hadis akan menerangkan siapa aku sebenarnya. Allah sendiri mengatakan, ”….melainkan .”Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya
Maka wajiblah kamu mendatangiku walaupun terpaksa merangkak di salji. Begitulah mandat yang diberi oleh kekasihku Muhammad Rasulullah s.a.w. Kemunculanku akan .membuktikan semua hadis akhir zaman adalah benar belaka
Tidak lama lagi aku akan muncul. Sebentar sahaja lagi! Kita hanya menunggu satu keputusan dibuat dan satu tindakan diambil lalu ekoran daripadanya akan berlakulah satu peristiwa sebagai tanda aku akan datang. Kemudian berlakulah satu peristiwa .besar sebagai penentu. Selepas itu, aku akan muncul
Terimalah nas-nas di bawah ini bagi penguat iman dan keyakinan dan renunglah .supaya dapat menginsafkan diri
”.Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadmu pasti benar“ 51:5
Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah“ 51:23 ”.benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan
Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi.“ 10:55 Ingatlah , sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak ”.mengetahuinya
Hai manusia, sesungguhnya janji adalah benar, maka sekali-sekali janganlah“ 35:5 kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai ”.menipu, memperdayakan kamu tentang Allah
Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan“ 40:55 mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah supaya memuji Tuhanmu pada ”.waktu petang dan pagi
”.Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik“ 70:5
Amirulmukminin Ali bin Abu Tolib a.s. pernah berkhutbah di Medina di antaranya :pada akhir khutbahnya beliau menyebut Apabila berakhir hari-hari mereka, maka bintang akan terserlah di timur .… dan bulan yang bersinar akan terserlah kepada kamu. Apabila ia berlaku sedemikian, maka bersegeralah bertaubat. Dan ketahuilah jika kamu mengikuti sinar timur, nescaya kamu mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. Kamu dapat mengubati daripada buta, pekak dan bisu. Kamu memadai apa yang ada dan meninggalkan beban tanggungan di tengkuk kamu. Allah tidak menjauhi melainkan mereka yang enggan …dan zalim serta mengambil sesuatu yang bukan haknya
,Sekian
Wassalam warahmatullahhi wabarakatuh
Syuaib Bin Salleh Pemuda Bani Tamim