Wahai Dai`e !!: Jalan Yang Lurus Atau Jalan Yang bengkok? Oleh : Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi
Ramai di kalangan penuntut ilmu yang menyangka mereka sudah mengikuti manhaj Nabawi dalam dakwah dan tarbiyah mereka, sedangkan mereka jauh dan telah menyimpang dari petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan mengikut kefahaman Salaf as-Soleh.1 Mereka sudah merasakan sukatan,slotslot tarbiyyah,tanzim dan organisasi mereka sudah berjaya mentarbiyyah ahli-ahli mereka2.Penulis ingin mengajak para Dai`e agar memerhati,mentadabburi doa yang sering kita ulang-ulangi paling kurang 17 kali sehari semalam iaitulah:
َ صَرا م ِ َ ست ْ م َ قي ُ ْ ط ال ّ اهْد َِنا ال Hidayahkanlah(tunjukilah) kami Jalan Yang Lurus3 Apabila kita meneliti ayat di atas, sudah pasti setiap dari kita pasti mengucapkan doa ini di dalam solat kita.Persoalannya disini, apakah kita benar-benar mengetahui apakah jalan yang lurus itu?, bagaimana jalan yang lurus itu?, siapakah yang berada di atas jalan yang lurus itu?,dan apakah ciriciri jalan yang lurus itu?... Manhaj(Metodologi) yang Shahih Dalam Mentafsirkan al-Quran Kesemua umat Islam mengaku dan mendakwa mereka berpegang dengan alQuran, mereka membaca dan menghafaznya, berhujjah dengannya.Namun persoalannya adakah kita menyedari bagaimana manhaj kita memahami dan 1 Penulis menyertakan kefahaman Salaf as-Soleh kerana ianya menjadi pembeza di antara yang hak dan batil dalam memahami al-Quran.Ramai kelompok yang menyimpang dari ahli Sunnah wal Jamaah juga mendakwa mereka berpedomankan al-Quran dan as-Sunnah tetapi mereka terlupa tanpa kefahaman Salaf as-Soleh mereka akan tersalah memahami al-Quran dan as-Sunnah.InsyaAllah,Penulis akan buktikan keyataan ini, teruskan membaca artikel ini… 2 Mereka mentarbiyyah diri menggunakan zikir-zikir yang tidak thabit dan shahih daripada Nabi sallallahu`alaihwasallam , tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi sallallahu`alaihwasallam dan menggunakan muzik dan cara-cara yang bid`ah yang menyimpang dari al-Quran as-Sunnah mengikut kefahaman dan petunjuk Salaf as-Soleh. 3 Al-Fatihah 1:6
berinteraksi dengan al-Quran?, Adakah kita memahami al-Quran sepertimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahuwata`ala dan rasul-Nya?, atau hanya mengikut pendapat, selera dan kepentingan jamaah atau organisasi kita? Para Ulama` Tafsir meletakkan hadith ini di dalam mukaddimah tafsir mereka:
من قال في القرآن برأيه فليتبوأ مقعده من النار Sesiapa yang berkata tentang al-Quran menurut pendapatnya maka persiaplah tempat duduknya di dalam Neraka4 Al-`allamah Syeikh Muhammad Ibn Shaleh al-`Utsaimin telah meletakkan manhaj(metodologi) kaedah untuk menafsirkan al-Quran di dalam Syarh alUshul al-Tafsir5: 1.Hendaklah al-Quran ditafsirkan dengan Kalam Allah(alQuran)juga,kerana Allahlah yang menurunkannya dan sudah semestinya Allah lebih mengetahui kehendak dan maksud kalamNya. 2.Hendaklah al-Quran ditafsirkan dengan Kalam Rasul(as-Sunnah), kerana bagindalah manusia yang paling mengetahui tentang kitab Allah. 3.Hendaklah al-Quran ditafsirkan dengan pendapat Sahabat, kerana merekalah golongan yang hidup bersama Nabi sallallahu`alaihwasallam, dididik dan ditarbiyyah dalam situasi penurunan wahyu, mereka mendapat jaminan dan pemeliharaan dari Allah jalla wa`ala.
Penulis membawakan beberapa contoh dalam kaedah yang pertama; Contoh Pentafsiran 1: Siapakah Wali Allah? Allah jalla wa`ala berfirman: 4 HR Tirmidzi 3/65,Musnad Ahmad 1/269,Musnad Abu Ya`la,Ibn Jarir di dalam Tafsir at-Thobari, Hadith Ini dihukum oleh Imam Tirmidzi bertaraf hasan tetapi didha`ifkan oleh al-Albani kerana di dalam sanadnya terdapat ابن عامر الثعلبي عبد العلى Abdul`ala Ibn `Amir al-Tsa`labi. kata az-Zahabi di dalam ad-Dhu`afa` : Imam Ahmad dan Abu Zur`ah mendha`ifkannya, begitu juga disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Taqrib at-Tahzib, sila rujuk Silsilah ad-Dha`ifah 4/282.Wallahu`alam. 5 Muhammad Ibn Shaleh al-`Utsaimin, Syarh Ushul fi Tafsir wayalih Syarh Muqaddimah al-Tafsir, Ta`liq Muhammad Ibn `Abdillah al-Misri,ms 19, Maktabah al-Islamiyyah cet pertama, 1426H
َ ن َ ن أ َوْل َِياءَ الل ّهِ َل ٌ ْخو َ حَزُنو ْ َم ي ّ ِ أَل إ ْ ُم وََل ه ْ ِف ع َل َي ْه Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.6 Mungkin kita pernah mendengar apabila disebut wali-wali terbayang dalam kotak pemikiran kita mereka mempunyai kelebihan tertentu, boleh terbang, berjalan di atas air, memakai serban, jubah dan sebagainya.Itulah pentafsiran kita atau pentafsiran yang dilakukan segelintir ustaz, ulama`atau syeikh. Sedangkan tafsiran yang benar dan tepat ialah ayat yang berikutnya Allah menjelaskan tentang wali-waliNya:
َ ذي َ َمُنوا و ن ُ ّ كاُنوا ي َت َ قو َ نآ َ ِ ّ ال (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.7 Jelas sekali wali-wali Allah ialah mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah, Hal ini merupakan penjelasan yang telah dijelaskan oleh yang menurunkan Al-Quran itu sendiri iaitulah Allah ta`ala.Maka segala pentafsiran yang bercanggah dengan tafsiran Allah sendiri maka tafsirannya adalah tertolak.
Contoh Pentafsiran 2: Apakah itu
َ صَرا م ِ َ ست ْ م َ قي ُ ْ ط ال ّ ( الJalan Yang Lurus)?
Jalan yang lurus ini mungkin ditafsirkan oleh kita dengan tafsiran Islam8, Ya penulis mengakui Islamlah yang dimaksudkan dalam ayat di atas.Namun situasi masyarakat kita hari ini, dimana umat Islam telah berpecah kepada kelompok-kelompok yang masing-masing mengaku dan mendakwa kelompok merekalah yang paling benar9.Maka hal ini memerlukan penafsiran yang lebih tepat,jelas dan meyakinkan. 6 Yunus 10: 62 7 Yunus 10: 63 8 Sila rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim, Ibn Kathir 9 Seperti kelompok-kelompok bid`ah seperti Syia`h,Khawarij,muktazilah,hizbiyyah dan tasawwuf menyeleweng dan selainnya.
Tafsiran yang tepat, jelas dan meyakinkan tentulah tafsiran yang dilakukan oleh Allah subhanahuwata`ala sendiri seperti firmanNya yang menceritakan perkataan rombongan jin yang beriman:
َ ِمعَْنا ك َِتاًبا أ ُن ْز ن ِ ل ِ س َ مو َ مَنا إ ِّنا َ ِ صد ًّقا ل ُ سى ُ ِ ن ب َعْد َ َْقاُلوا َيا قَو َ م َ ْ ما ب َي ْ م ِ َ ست ِ ْي َد َي ْهِ ي َه َ ْ دي إ َِلى ال ْ م ُ ق ِ َ حقّ وَإ َِلى ط ٍ قيم ٍ ري Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.10 Jelas sekali jalan yang lurus itu ialah al-Quran al-Karim, namun kita masih samar jika dilihat kesemua kelompok dan aliran yang menyeleweng masingmasing mengaku dan mendakwa mereka berpedoman dan berpegang dengan al-Quran, justeru itulah kita perlu merujuk lagi penafsiran ayat di atas daripada ayat yang lain iaitulah firman Allah ta`ala: Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah ta`ala:
َ ِ ذ َل ن ِ ّ مت ً ُب ِفيهِ ه َ ْ ب َل َري ُ ك ال ْك َِتا ُ ْ دى ل ِل َ قي Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa11
َ َم ِبالل ّهِ ف ِ َ ست ٍ صَرا ِ قد ْ هُد ِيَ إ َِلى ِ َ ن ي َعْت ْ م ُ ط ْ ص َ َو ْ م ٍ قيم Barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.12
َ ّ وَإ ِن ِ َ ست ٍ صَرا ِ دي إ َِلى ِ ْك ل َت َه ْ م ُ ط ٍ قيم Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.13 10 Al-Ahqaaf 46:30 11 Al-Baqarah 2:2 12 Ali-Imran 3:101 13 As-Syuura 42:52
Ayat di atas jelas-jelas sekali menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihwasallam adalah petunjuk kepada jalan yang lurus, Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihwasallam yang membezakan di antara kelompokkelompok yang mendakwa berpegang dengan al-Quran tadi jika mereka hanya berpegang dengan al-Quran semata-mata dan meninggalkan petunjuk sunnah maka mereka tidak akan dapat menyelusuri jalan yang lurus tersebut, malah mereka telah menyeleweng dari jalan yang lurus. Malah hal ini lebih jelas apabila kita melihat hadith Nabi sallallahu`alaihwasallam diriwayatkan dari `Abdullah Ibn Mas`ud radiallahu`anhu:
ّ خ ّ خ ُ سِبي َ م َقا ُ سو َ َل ه ل َ م َ َ ذا َ َه ع َل َي ْهِ و ُ ط َر ّ ُ طا ب ِي َد ِهِ ث َ ّ سل ُ ّ صّلى الل َ ِل الل ّه ّ ّ ُ ُ سب َ م َقا َ ما َقا ل َ م ِ َمين ِهِ و ِ َن ي ِ َ ست ّ ل هَذ ِهِ ال ْ م ّ ُ مال ِهِ ث َ ش ّ ُل ث ً قي ُ ِالله ْ َ خط ع َ عو إل َيه ث ُم قَرأ َ ْ شي ٌ سِبي َ ِل إ ِّل ع َل َي ْه ِ س ٌ طا َ من َْها َ ْ وَل َي َ ّ ِ ْ ِ ُ ْ ن ي َد َ ُ سب َ َن ه {ل ِ َ ست ِ صَرا ِ ذا ّ ِ } وَإ ّ ما َفات ّب ُِعوه ُ وََل ت َت ّب ُِعوا ال ْ م ً قي ُ طي Rasulullah sallallahu`alaihwasallam menarik garis lurus kemudian berkata:” Ini adalah jalan Allah”.Kemudian baginda menarik garis ke kanan dan ke kiri dari garis lurus itu kemudian berkata: “Ini adalah jalan-jalan lain, di pangkal setiap jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak kepadanya”. Kemudian :baginda membaca ayat14 yang bermaksud dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena 15 .jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya Mungkin kita masih tidak jelas lagi kerana ramai juga golongan yang mendakwa mereka berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka bagaimana kita hendak mengetahui siapakah yang benar dalam sesuatu dakwaan yang dibuat? Hal ini perlu dijelaskan lagi, dan penjelasan ini telah dijelaskan seperti yang kita ketahui di dalam surah al-Fatihah ayat yang ke 7.
َ ط ال ّذي َ صَرا م ِ ْ ِت ع َل َي ْه َ م ْ َن أن ْع َ ِ
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka 14 Al-An`aam 6:153 15 Shahih, HR Ahmad no:4205,Ibn Majah no:11,Nasaie dalam Sunan al-Kubra 6/343, disahihkan oleh al-Hakim di dalam Mustadrak `ala Shahihain 7/64
Cuba kita tanyakan diri kita siapakah mereka yang dianugerahkan nikmat kepada mereka? Adakah tokoh-tokoh yang kita taksubkan16?, Siapakah mereka? Allah menjelaskan di dalam firmanNya mereka ialah:
ُ َ ومن يطع الل ّه والرسو َ ك مع ال ّذي ن ِ م ُ ّ َ َ ْ ِه ع َل َي ْه ُ ّ م الل َ َن أن ْع َ م َ ِ َ َ َ ِ ل فَأول َئ ِِ ُ ْ َ َ ُ َ ِ ن أول َئ ّ ن َوال قا ً ك َرِفي ِ ِ صال ِ دي َ َن و َ َ شه ّ ص ُ ح ّ داِء َوال ّ ن َوال َ س َ حي َ قي َ الن ّب ِّيي Dan barang siapa yang menaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orangorang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Berkata Ibnu `Abbas radiallahu`anhu: Mereka ialah orang-orang yang beriman ini juga pendapat Mujahid, berkata Waki`: Mereka ialah orang-orang Islam,dan berkata Abd Rahman Ibn Zaid Ibn Aslam: Mereka ialah Nabi sallallahu`alaihwasallam dan mereka yang bersamanya(para sahabat)17 Ayat ini merangkumi rukun ketiga, iaitu merujuk kepada kefahaman Salaf asSoleh18 dalam meniti jalan yang lurus tersebut.Padahal sudah tidak diragukan bahawa siapa saja yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti telah mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus.Berhubung metode manusia dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah berbeza-beza, ada yang benar dan ada yang salah, maka haruslah memenuhi rukun ketiga untuk menghilangkan perbezaan tersebut, iaitu merujuk kepada kefahaman Salaf as-Soleh. 19 16 Sesetengah penuntut ilmu dan pendakwah sangat taksub kepada syeikh, kelompok atau amir-amir mereka seperti taksub kepada Syeikh Hassan al-Banna rahimahullah, Sayyid Quthub, Qaradhawi dan tokoh-tokoh ikhwanul muslimin yang lain sehinggakan mereka jelas-jelas mengagungkan perkataan-perkataan tokohtokoh mereka melebihi perkataan Allah dan Rasulullah sallallahu`alaihwasallam, mereka menganggap tokoh-tokoh tersebut maksum, malah lebih utama dari para sahabat, tabi`in dan ulama salaf dan ulama`-ulama hadith.Buktinya apabila ada pendapat tokoh mereka yang menyalahi petunjuk Nabi maka mereka menolak petunjuk dan tetap mendahulukan pendapat syeikh dan tokoh mereka. 17 Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim 1/138 Maktabah Syaamilah 18 Sila rujuk artikel penulis sebelum ini tentang Salaf?,Siapakah Salaf?? 19 Syaikh Abdul Malik Ramadhan al-Jazairi, Madariku an-Nazhar Fi as-Siyasah edisi terjemahan berjudul Pandangan Tajam Terhadap Politik penterjemah: Abu Ihsan al-Atsari,ms 10-11,Pustaka Imam Bukhari cet.pertama 2002
Menurut Ibnul Qayyim rahimahullah: “ Setiap orang yang paling mengetahui kebenaran dan berkomitmen untuk mengikutinya, tentu paling berhak berada di atas ‘ Shirathal Mustaqiim” Sudah tidak diragukan lagi bahawa yang paling berhak disifati demikian adalah para sahabat Nabi sallallahu`alaihwasallam ketimbang kaum Rafidhah……oleh sebab itu ulama Salaf menafsirkan Shirathal Mustaqiim dengan Abu Bakar,Umar dan seluruh sahabat Nabi sallallahu`alaihwasallam20 Penulis berkata: “ Ayat ini menjadi panahan yang tajam menyerang dakwaan dan tuduhan dusta kelompok syi`ah yang mengkafirkan dan mempertikaikan para Sahabat Nabi sallallahu`alaihwasallam.Moga Allah membalas dan menghinakan mereka. Bantahan Terhadap Mereka Yang Bosan Dengan Ilmu21 Sebahagian di kalangan kita sering mempertikaikan dakwah kepada Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Salaf as-Soleh.Pelbagai tuduhan, cacian, dan ejekan yang ditujukan kepada mereka yang membawa dakwah salafiah ini.Marilah kita merenung dan mentadabburi ayat Allah ta`ala:
َ ْ ُق ن ُ ْ سِبيِلي أ َد ِ َ عو إ َِلى الل ّهِ ع ََلى ب َ حا َ ْ سب ُ َن ات ّب َعَِني و َ ِل هَذ ِه َ َصيَرةٍ أَنا و ِ م َ ْ م ن ِ ِشر ِ ما أَنا ُ ْ ن ال َ َالل ّهِ و َ كي َ م Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik22 Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah(w516H ) di dalam Tafsirnya: Katakanlah (wahai Muhammad) inilah(dakwah yang aku menyeru kepadanya dan jalan yang aku berada di atasnya) jalanku( Sunnah dan Manhajku) berkata Maqatil:agamaku,(rujuk surah an-Nahl:125).Aku dan mereka yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah yang
20 Syaikh Abdul Malik Ramadhan al-Jazairi, Madariku an-Nazhar Fi as-Siyasah edisi terjemahan berjudul Pandangan Tajam Terhadap Politik penterjemah: Abu Ihsan al-Atsari,ms 15,Pustaka Imam Bukhari cet.pertama 2002 21 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan ilmu dan adab-adab penuntutnya,bolehlah merujuk dan membaca kitab al-`Ilm karya Syeikh `Utsaimin rahimahullah. 22 Yusuf 12:108
nyata( keyakinan dan Ilmu yang dapat membezakan antara yang hak dan kebatilan).23 Berkata al-Qurtubhi (w671H) ketika menafsirkan perkataan al-Bashiirah:
keyakinan dan kebenaran24 Berkata Ibn Kathir rahimahullah(w774H) di dalam Tafsirnya: Allah memerintahkan hambaNya dan juga rasulNya agar memberitahu memerintahkan jin dan manusia bahawasanya: Inilah jalanNya dan sunnahNya iaitulah dakwah mengajak kepada ل إله إل الله وحده ل شريك له
, menyeru(berdakwah) kepada Allah dengan kalimah tersebut atas dasar al-Bashiirah,keyakinan dan burhan(Bukti dan hujjah yang nyata),beliau dan mereka yang mengikutinya berdakwah kepada apa yang diserukan kepadanNya oleh Rasulullah sallallahu`alaihwasallam di atas dasar al-Bashiirah (ilmu)yang yakin dan hujjah serta bukti Syari`at dan akal.25 Cuba kita periksa dakwah yang kita lakukan selama ini, adakah kita mengajak manusia kepada Allah iaitu al-Quran, atau kita mengajak manusia supaya mengikuti dan menyokong diri kita, jamaah kita,atau organisasi kita,periksa semula adakah dakwah dan ajakan kita kepada pendapat guru,syeikh,tokoh ,ustaz atau imam kita? Apakah dakwah kita didasari ilmu,keyakinan,hujjah,dan bukti yang nyata?,atau hanya berdasarkan persangkaan semata-mata?. Allah berfirman:
َ ّحق شي ًْئا ِ ن َل ي ُغِْني َ ْ ن ال ّ ِ وَإ َ م ّ ّ ن الظ sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran26.
23 Muhyi AS-Sunnah Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas`ud al-Baghawi, Ma`alimut Tanziil 4/284, Maktabah Syaamilah. 24 `Aziz Ibn Farihan al-`anzi , Al-Bashiirah Fi Da`wah ila Allah, 1/1 Maktabah Syaamilah 25 Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim, 4/422, Maktabah Syaamilah 26 An-Najm 53:28
ن ِ ن ِ ِم ب ِه ْ ُما ل َه َ ّ ّ عل ْم ٍ ِإل ات َّباع َ الظ ْ م Mereka tidak mempunyai keyakinan, kecuali mengikuti persangkaan belaka27
َ َْ َ ضّلو ن إ ِّل ِ ُض ي َ ن ي َت ّب ُِعو ْ ِ ل الل ّهِ إ ْ ِ وَإ َ ن َ ن ت ُط ِعْ أك ْث ََر ِ سِبي ْ َك ع ْ م ِ ن ِفي الْر ن ْ َ م إ ِّل ي َ صو ْ ِ ن وَإ ْ ُن ه ُ خُر ّ ّ الظ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).28 Nabi sallallahu`alaihwasallam bersabda:
َ ّ إياك ُم والظ ّن فَإن الظ ث ِ دي ِ ح َ ْ ب ال ُ َ ن أك ْذ ّ ِ ّ ّ َ ْ ِّ Jauhkanlah kamu dari sangkaan,maka sangkaan itu adalah sedusta-dusta perkara.29 Disini penulis menyeru agar para dai`e dan mereka yang mendakwa berjuang untuk menegakkan agama Islam, agar memerhatikan ayat-ayat di atas dakwah para Nabi termasuklah Nabi Muhammad sallallahu`alaihwasallam bukannya dakwah politik, bukannya dakwah untuk mendapatkan daulah dan pemerintahan tetapi dakwah Nabi sallallahu`alaihwasallam adalah memperbetulkan akidah ummah,Ibadah mereka kemudian akhlak mereka, 30Lihat sahaja Nabi pernah ditawarkan pangkat,jawatan dan kerusi pemerintahan oleh musyrikin Mekah, adakah Nabi menerimanya?, adakah Nabi menggunakan hujjah mengikut waqi`31 seperti kita hari ini? Adakah Nabi dan para sahabat menyusun dan
27 An-Nisa` 4:157 28 Al-An`aam 6:116 29 HR Bukhari no:5604 daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu 30 Muhammad Nashiruddin al-Albani, At-Tauhid awwalan Ya Du`at al-Islam, ms 7, Maktabah Syaamilah 31 Silalah merujuk kitab Fiqhul Waaqi` karya al-Muhaddith Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah.
merancang provokasi besar-besaran32 ke atas kepimpinan Quraisy ketika itu semata-mata untuk mendapatkan pemerintahan?, Adakah Nabi dan para sahabat mengadakan demonstrasi33 tatkala para sahabat ditindas dan dizalimi? manhaj Nabi dan para sahabat adalah berdasarkan ilmu,keyakinan dan bukti yang jelas dan nyata, tarbiyyah Nabi terhadap para sahabatnya ialah atas dasar ilmu,hujjah ,bukti dan keyakinan bukan berdasarkan sangkaan.Periksa kembali akidah kita ,adakah ianya shahih,amal Ibadah kita adakah ianya berdasarkan petunjuk Nabi? Atau hanya ikut-ikutan,dan berdasarkan warisan.Begitu juga tarbiyyah dan tanzhim, dan tamrin yang kita ikut dan kita jalankan, adakah ianya menepati kehendak Allah dan Rasul atau ianya hanya sangkaan kita semata-mata. Adakah kita bersungguh-sungguh melazimi majlis-majlis ilmu?,atau kita bosan dengan majlis ilmu? Bosan dengan al-Quran,As-Sunnah perkataan para sahabat,para ulama dan kitab-kitab mereka?Sedangkan kita tanpa rasa malu mencela dan memperlekehkan orang yang melazimi majlis ilmu34, dan yang sentiasa menjadikan kitab-kitab sebagai teman mereka? Atau kita menganggap mentadabburi lagu-lagu nasyid ciptaan manusia,menonton filem-filem itu dapat menenangkan jiwa dan perasaan? Sedangkan al-Quran hanya dibaca untuk mendapat berkat semata-mata!! Fikirkan wahai Dai`e yang terlena!!! Ingatlah Ikhwanul muslimin, Rasulullah sallallahu`alaihwasallam tidak meninggalkan kita harta, wang, pangkat dan pemerintahan tetapi baginda sallallahu`alaihwasallam Hanya meninggalkan ilmu dan para ulama` sebagai warisan kita. 32 Hal ini kita dapat lihat ahli-ahli politik hari ini sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan individu tertentu dengan saling tuduh-menuduh, fitnahmenfitnah malah sanggup kafir-mengkafir, Moga Allah melindungi kita dari fitnah politik yang kotor!!
33
34 Inilah perkataan sebahagian daripada kelompok Hizbiyyah, dan Haraki yang memperlekehkan dakwah salafiyyah yang mereka panggil ulama` kitab, dai`e manja, salafi `ilmi, mutasyaddid, ekstrim sedangkan banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka adalah disebabkan mereka meninggalkan ilmu,para ulama` dan seminarseminar,daurah ilmiyyah.Mereka tidak sabar dalam menuntut ilmu dan hanya bertaqlidkan buku-buku Haraki, majalah-majalah,akhbar-akhbar, dan juga sumbersumber media yang tidak boleh dipercayai, sedangkan Dai`e Salafiyyah mereka sentiasa mengajak kepada al-Quran,as-Sunnah mengikut manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, rujukan mereka ialah kitab-kitab Tafsir yang muktabar,Kitab-kitab hadith yang ditinggalkan oleh para ulama yang menjadi pewaris para Nabi.
َ ّ ة اْل َن ْبَياِء وإ ما وَّرُثوا ُ َ ماءَ وََرث ّ ِ وَإ ً َم ي ُوَّرُثوا ِديَناًرا وََل د ِْره ْ َ ن اْلن ْب َِياَء ل ِ َ َ ن ال ْعُل َ ِ َ َ ّ ح ر َ خذ َه ُ أ َ نأ َ ِ خذ َ ب َ َم ف َ ْ ال ْعِل ْ م ٍ ِظ َواف Sessungguhnya Para Ulama` adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak sesekali mewariskan dinar dan juga dirham,mereka mewariskan ilmu maka sesiapa yang mengambil(menuntutnya)maka dia telah mendapat ganjaran yang besar.35
35 Shahih, HR Abu Daud no:3157,Tirmidzi no:2606,Ibn Majah no:219