MODUL BESTARI ‘A’ PENGAJIAN AM KERTAS 1 2008
VOL. 1 – SET 2 Edisi Pelajar
Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak
1. Jika Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti daripada kalangan ahli Dewan Rakyat, beliau boleh I mengadakan pilihan raya kecil II kekal dalam jawatan jika disokong oleh ahli Kabinet III meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen IV meletakkan jawatan dan diikuti oleh menteri Kabinet yang lain. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 2. Yang manakah penyataan yang benar tentang Suruhanjaya ? A Ahli-ahli Suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong B Suruhanjaya Hak Asasi Manusia merupakan Suruhanjaya Khas C Suruhanjaya terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Tetap, Khas dan Diraja D Tujuan utama Suruhanjaya perkhidmatan adalah untuk menyelaraskan antara Kerajaan Pusat dengan Negeri 3. Yang manakah perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?
I II III IV A I dan II B I dan IV
Mengubah sempadan negeri Menggubal sempadan kawasan pilihan raya Melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet Mempersetujui sesuatu amalan atau upacara agama Islam C II dan III D III dan IV
4. Yang manakah penyataan yang benar tentang kabinet? I Kabinet merupakan sebuah badan pentadbiran II Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara III Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara IV Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang diPertuan Agong A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV 5. Yang manakah penyataan yang benar tentang kuasa dalam Sistem Kerajaan Persekutuan Malaysia ? I Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan ke atas Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan II Kerajaan Pusat membahagikan kuasa pemerintahan dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan III Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang tertentu IV Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad ke atas Kerajaan Negeri dan berkuasa penuh ke atas Kerajaan Tempatan A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV
2
6. Yang manakah agensi yang terletak di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri ? I Biro Tatanegara II Jabatan Peguam Negara III Jabatan Perpaduan Negara IV Jabatan Pendaftaran Pertubuhan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 7. Yang manakah penyataan yang benar tentang objektif penubuhan perbadanan awam ? I Membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam perniagaan II Membolehkan kerajaan bergiat dalam bidang pembangunan sosioekonomi III Membolehkan kerajaan memperoleh keuntungan untuk pembangunan negara IV Menjamin sektor yang tidak menguntungkan terus wujud untuk kepentingan bersama A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV 8. Yang manakah penyataan yang benar tentang tugas Raja dan Yang Dipertua Negeri ? I Melantik Hakim Mahkamah Sesyen II Mempengerusikan Jemaah Pengampunan Negeri III Menghadiri semua mesyuarat Dewan Undangan Negeri IV Menjalankan pemerintahan mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 9. Bertanggungjawab dalam merancang dan menggubal dasar-dasar kewangan dan belanjawan kerajaan Penyataan di atas merujuk kepada bidang tugas A Bank Negara C Jabatan Akauntan Negara B Perbendaharaaa D Majlis Kewangan Negara 10. Yang manakah penyataan yang benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri? I Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh menjalankan profesion masingmasing II Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri di Sabah dan Majlis Tertinggi di Sarawak III Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan memegang portfolio pentadbiran kecuali Menteri Besar dan Ketua Menteri IV Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang ialah pegawai-pegawai ex-officio A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 11. Yang manakah penyataan yang benar tentang jawatan dan kuasa perlantikannya? Jawatan Dilantik Oleh I Ketua Setiausaha Negara Perdana Menteri II Ketua Audit Negara Yang di-Pertuan Agong III Pengerusi Suruhanjaya Kabinet IV Setiausaha Dewan Rakyat Yang di-Pertuan Agong 3
A I dan II B I dan III
C II dan IV D III dan IV
12. Yang manakah merupakan punca-punca hasil Kerajaan Negeri ? I Hasil duti setem II Hasil daripada harta karun III Hasil daripada bayaran elektrik IV Hasil daripada pengeluaran lesen pembalakan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 13. • Harga dua dozen buah strawberi ialah RM18 pada hari jualan pertama. • Pada hari kedua, harga strawberi turun sebanyak 30% Jika Aiman mempunyai RM43.05, berapa biji strawberi yang dapat dibeli pada hari kedua? A 61 C 82 B 79 D 90 14. Ah Chong menerima wang saku sebanyak RM20 daripada ibunya setiap minggu. Dia menyimpan 25% daripada wang saku setiap minggu dan selebihnya dibelanjakan. Kira perbezaan antara wang yang diterima dengan wang simpanan setelah 4 minggu. A RM20 C RM60 B RM40 D RM80 Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini Jadual 1 : Kes Ragut di Empat Daerah di Perak pada Tahun 2005 dan 2006 Bilangan Kes /Tahun Daerah 2005 2006 Kinta 2,876 3,142 Batang Padang 1,675 1,784 Hilir Perak 879 965 Manjung 972 1,025 Jumlah 6,402 6,916 (Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Harian Metro, December 2007) 15. Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 1 di atas? I Daerah Hilir Perak menyumbang peratusan terendah bagi kedua-dua tahun II Pada tahun 2006 hanya Daerah Kinta menunjukkan peratusan kenaikan kes ragut di Perak III Kes ragut di negeri Perak telah meningkat sebanyak 8.03% dari tahun 2005 hingga tahun 2006 IV Lebih daripada 45% kes ragut berlaku di Daerah Kinta pada tahun 2005 dan 2006 A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV
4