Usahawan Pakpun.docx

  • Uploaded by: Norzulsuriana Yahaya
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Usahawan Pakpun.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,124
  • Pages: 10
TAJUK KAJIAN

Syed Mokhtar Al-Bukhari

NAMA PROGRAM

:

NAMA PELAJAR

:

NO KAD PENGENALAN :

ISI KANDUNGAN BIL.

PERKARA

1.0

TAJUK KAJIAN

2.0

PENGENALAN

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.0

KANDUNGAN

5.0

PENUTUP

6.0

RUJUKAN

M/S

Syed Mokhtar Al-Bukhari

Syed Mokhtar Al-Bukhari



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia.



Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary



Merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia.



Jumlah Kekayaan: $2.75 bilion

2.0 PENGENALAN Keusahawanan merupakan satu amalan yang dilakukan oleh peniaga atau usahawan yang mempunyai inisiatif sendiri dalam menentukan corak perniagaannya. bukan semua peniaga boleh digelar usahawan, tetapi semua usahawan adalah peniaga. justeru kita boleh melihat perbezaan melalui takrifan usahawan dan keusahawanan itu sendiri. Keusahawanan adalah satu kemampuan untuk mentafsir persekitaran, mengenalpasti peluang, menggunakan sumber-sumber ekonomi, menjalankan sesuatu projek, melipatgandakan kekayaan dengan cara yang cekap dan menggalakkan kebajikan sosial dengan memenuhi keperluan pengguna atau orang ramai. Keusahawanan ialah satu proses wujudnya pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. bidang keusahawanan adalah satu bidang kerjaya yang profesional .

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian yang diperolehi ialah saya dapat menghubungkait konsep asas keusahawanan dengan sorotan terpilih . Selain itu , saya dapat menerangkan etika, profesionalisme dan tanggungjawab sosial . Ini adalah supaya saya dapat mengadaptasikan konsep ini dalam alam pekerjaan . Saya juga dapat mengetahui tentang asas keusahawanan yang merangkumi konsep dan teori keusahawanan . Antara perkara yang diperolehi dari konsep dan teori keusahawanan ialah saya dapat menyatakan definisi keusahawanan , usahawan dan peniaga. Selain itu , saya dapat membezakan antara usahawan dan peniaga. Seterusnya saya dapat menerangkan ciri ciri seorang usahawan dan peniaga. Saya juga dapat menunjukkan teknik kreativiti dan jenis inovasi. Selain itu , saya dapat mengetahui tentang kepentingan keusahawanan. Antaranya ialah saya dapat meneroka kepentingan keusahawanan kepada individu , masyarakat dan negara. Di samping itu , saya juga dapat menjelaskan faktor faktor yang mempengaruhi keusahawanan.

4.0 KANDUNGAN Antara ciri ciri keusahawanan ialah bermotivasi . Bermotivasi adalah ciri utama yang sangat ketara dalam diri seorang usahawan . Sekiranya anda tidak mampu untuk memotivasikan diri sendiri dan tidak dapat mengekalkan tahap motivasi yang stabil untuk jangka masa panjang, tidak mungkin anda dapat bangkit semula untuk menghadapi dugaan dalam situasi yang mencabar. Seterusnya , usahawan perlulah mempunya ciri Kreatif dan persuasif . Usahawan yang berjaya mempunyai daya kreativiti untuk bukan sahaja mencipta, malahan untuk mengenali dan mengejar peluang. Mereka gigih dalam mengejar matlamat. Selain itu , usahawan perlulah mempunyai ciri serba boleh . Sebaliknya, sebagai seorang usahawan, anda akan memulakan perjalanan keusahawanan anda sebagai seorang solois, yang bermakna anda akan bersendirian dan menjadi sistem sokongan anda sendiri untuk seketika. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab dalam segala hal. Peranan ini memerlukan anda untuk bersiap sedia secara fizikal dan mental pada peringkat awal perniagaan anda. Seterusnya ,ialah kemahiran perniagaan yang tinggi . Di samping itu , usahawan juga perlulah bersedia menghadapi risiko . Risiko adalah perkara yang akan dilalui oleh usahawan . Oleh itu usahawan perlulah bersedia untuk menghadapi risiko. Selain daripada itu , usahawan juga perlulah mempunyai semangat yang tinggi . Usahawan yang semangat dapat menjadi pemacu dalam suatu operasi .Seorang yang bersemangat juga dapat memberikan satu aura yang positif pada rakan sekerja untuk menghadapi cabaran dalam pekerjaan . Akhir sekali , usahawan perlulah mempunyai ciri ketegasan dalam pekerjaan . Penangguhan sememangnya bukan satu sifat yang dimiliki seorang usahawan berjaya. Sifat ragu-ragu bukan hanya akan memperlahankan kemajuan perniagaan anda tetapi ciri-ciri ini juga akan menyebabkan anda kehilangan banyak peluang utama yang sebenarnya dapat memajukan anda ke arah kejayaan dan pelbagai pencapaian.

Peranan tokoh keusahawanan Antara peranan Syed Mokhtar Al-Bukhari ialah : 1.

Menyumbangkan Idea Dan Pembaharuan

Dalam konteks perhubungan beliau dengan firmanya, beliau adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka. 2. Menawarkan Peluang Pekerjaan Beliau menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan wujudnya industri dari pihak beliau secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun 3. Peluang untuk memperolehi keuntungan Mendapat untung sememangnya salah satu matlamat beliau dalam menjalankan perniagaan. Pelanggan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya. 4. Menyumbangkan Kebajikan Dan Kepimpinan Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbangkan ke arah peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, beliau sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata mata . Kepakaran dan pengalaman beliau juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial. 5. Merancang Daripada idea dan penyerlahan peluang, beliau merancang. Perancangan strategik harus mengambil kira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul. 6. Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara Peranan beliau terhadap masyarakat dan negara amat besar, beliau berjaya menjadi contoh kepada masyarakat. Beliau juga dapat mengharumkan nama negara kerana usaha-usaha murni yang telah ditunjukkan.

7. Peluang untuk mengawal nasib sendiri Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira dia ingin berjaya dalam hidupnya, dia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya dia boleh bekerja lebih masa atau menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya dia mendapat jualan yang banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh beliau untuk mengawal nasibnya sendiri.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya ialah beliau banyak menghadapi dan mengharungi pelbagai cabaran sebelum beliau menjadi seorang usahawan bumiputera yang berjaya di Malaysia . Contoh pengajaran yang dapat diperolehi ialah kita haruslah tabah dalam menghadapi cabaran yang kian kemuncak dalam mengharungi arus kemodenan pada masa kini. Banyak pengajaran yang diperolehi dari beliau . Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.Contoh dari pengajaran ini , kita perlulah belajar dari kesilapan dan jangan berputus asa supaya kita dapat mencapai kejayaan . Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.Kita haruslah tidak mementingkan diri dengan tidak mengendahkan orang di sekeliling kita . Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.Seterusnya kita hendaklah mencontohi keperibadian beliau supaya kita dapat menjadi contoh dalam kalangan rakan-rakan dan masyarakat.

Rujukan Azwil, V. T. (2017, Disember 20). Retrieved Oktober 31, 2018, from http://www.sinarharian.com.my: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sembilan-ciri-usahawan-berjaya-1.772471

Related Documents

Usahawan
April 2020 20
Usahawan
May 2020 21
Usahawan 1_recover.docx
December 2019 30
Usahawan Pakpun.docx
December 2019 35
Pendahuluan Usahawan
May 2020 20

More Documents from ""

Buku Program Zzz.docx
December 2019 29
Usahawan Pakpun.docx
December 2019 35
Borang Math.docx
December 2019 21
Folio Individu 2019.docx
December 2019 16
Borang Soal Selidik.docx
December 2019 18