Usahawan Melayu Rebut Peluang Ecer

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Usahawan Melayu Rebut Peluang Ecer as PDF for free.

More details

  • Words: 342
  • Pages: 1
usahawan melayu rebut peluang ecer written by berita harian monday, 24 september 2007 kuala lumpur: ahli perniagaan melayu perlu bertemu pelaksana pembangunan wilayah ekonomi pantai timur (ecer) untuk mengetahui dari awal pembangunan yang bakal dilaksanakan dalam wilayah itu. presiden yayasan kajian dan strategi melayu, datuk dr mohd radzi abdul latif, berkata satu jawatankuasa ekonomi bumiputera yang dianggotai wakil dewan perniagaan melayu malaysia bagi negeri terengganu, pahang, johor dan kelantan serta perusahaan kecil dan sederhana (pks) dan kontraktor perlu dibentuk. katanya, jawatankuasa itu perlu berbincang dengan petronas sebagai peneraju utama pelan induk itu untuk merebut peluang yang ada selain mengenal pasti cabaran, sumber tenaga dan kewangan serta mengambil langkah mengatasi sebarang kekurangan. “satu bentuk mekanisme perlu diwujudkan dalam membangunkan tanah rizab melayu dalam ecer supaya tanah itu dapat dimajukan dengan pembabitan bersama pemiliknya dan pada masa sama hak milik itu tidak berubah,” katanya ketika dihubungi semalam. beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai inisiatif pembangunan ecer yang meliputi kawasan seluas 66,736 kilometer persegi di kelantan, terengganu, pahang dan mersing di johor yang dijangka membabitkan pelaburan berjumlah rm112 bilion. petronas menyediakan pelan induk ecer. presiden yang juga ketua eksekutif petronas, tan sri mohd hassan marican, berkata sebahagian besar peruntukan itu akan digunakan untuk membangunkan rangkaian pengangkutan, iaitu jalan raya dan lebuh raya serta kemudahan infrastruktur utama lain. mohd radzi berkata, apa yang menarik mengenai ecer ialah perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi berusaha memajukan kawasan untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira sentimen politik termasuk di kelantan yang terletak di bawah pentadbiran pas. pengarah eksekutif gabungan badan ekonomi melayu (gabem), datuk mohamed dahan abdul latiff, berkata peniaga dan kontraktor melayu perlu diberi keutamaan mendapatkan kontrak di ecer yang juga kawasan utama melayu. katanya, industri dan syarikat sedia ada dalam kawasan itu mesti diberi keutamaan kerana berasaskan taklimat mengenai wilayah pembangunan iskandar (wpi) johor dan wilayah ekonomi koridor utara (ncer), gabem mendapati beberapa syarikat bumiputera dalam kawasan itu tidak diambil kira dalam perancangan pembangunan. beliau berkata, gabem juga ada menerima aduan syarikat berkaitan kerajaan (glc) bersaing dengan syarikat bumiputera sedangkan seharusnya kedua-dua pihak bekerjasama untuk manfaat bersama.

Related Documents

Usahawan
April 2020 20
Usahawan
May 2020 21
Peluang
December 2019 43
Usahawan 1_recover.docx
December 2019 30