Unit1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,451
  • Pages: 17
SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/1

OBJEKTIF

Objektif Am : -

Mengetahui dan memahami pensuisan dan pengisyaratan dalam sistem telefoni

Objektif Khusus : ♦ Menakrif dan menghuraikan prinsip asas dan fungsi ibusawat ♦ Mengenal rangkaian pensuisan serta istilah “concentrator”, “distributor” “expander” dan multipleks ♦ Melukis dan melabelkan rajah blok bagi pensuisan SPC ♦ Menghuraikan ciri-ciri, kelebihan dan kelemahan serta kendalian panggilan bagi SPC. ♦ Mengenal dan menghuraikan prinsip pengisyaratan iaitu: i. jenis-jenis pengisyaratan ii. jenis-jenis isyarat dalam pengisyaratan antara ibusawat dengan pelanggan iii. jenis-jenis pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat

SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/2

Cuba teka bagaimana talian telefoni ini disambungkan……

1.0.

Pengenalan Tele berasal daripada perkataan Greek iaitu jarak jauh , manakala Foni bererti bunyi atau pertuturan . Perhubungan telefoni bermaksud penghantaran pertuturan pada jarak yang jauh, dimana di bahagian pemancar gelombang suara ditukarkan kepada bentuk isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut dipancarkan melalui talian penghantaran dan di bahagian penerima pula, isyarat tersebut ditukarkan kembali kepada gelombang suara. Lebar jalur frekuensi yang digunakan bagi perkhidmatan telefoni ialah 3003400Hz yang mana ia merupakan frekuensi suara manusia. Oleh itu, semua peralatan telefoni dan talian sambungan di antara peralatan-peralatan tersebut mestilah berupaya berkendali di dalam lebar jalur tersebut. Di Malaysia, stesen yang menghubungkan di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain di kenali sebagai ibusawat (exchange). Penghimpunan ibusawat-ibusawat dalam rangkaian telefoni akan menghasilkan satu Hiraki Kebangsaan, seperti di Rajah 1.1.

1.1.

Ibusawat Ibusawat merupakan satu pusat di mana semua talian telefon dapat disambungkan bagi membolehkan perhubungan pertuturan tercapai. Peralatan yang terdapat pada ibusawat berfungsi sebagai suis untuk menyenangkan proses penyambungan . Kini, kebanyakan ibusawat adalah jenis GSC (Group Switching Centre).

E5122/U1/3

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

SI STE M KOMU NIK ASI

PPU

PPZ

PPZ

PPK

PPT

P

PPK

PPT

P

P

PPK

PPT

P

P

PPT

P

P

PPU - Pusat Pensuisan Utama PPK – Pusat Pensuisan Kawasan P – Pelanggan

PPT

PPT

P

P

PPK

P

P

PPT

P

P

PPT

P

P

PPZ - Pusat Pensuisan Zon PPT – Pusat Pensuisan Tempatan – Kabel dua dawai

Rajah 1.1 Hiraki Kebangsaan

Ibusawat boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu : i. ibusawat tempatan – terdapat dalam satu kawasan yang sama ii. ibusawat tandem – menghubungkan dua atau lebih ibusawat tempatan dan ciri utamanya tidak disambungkan kepada pelanggan iii. ibusawat antarabangsa – ibusawat yang menghubungkan ibusawat tandem keseluruh negara. Antara fungsi utama ibusawat adalah :i. Mencatit meter pelanggan yang membuat penggilan, bermula dari panggilan dibuat, masa, nombor telefon yang dipanggil bagi panggilan ke ibusawat yang lain, dan juga panggilan ke ibusawat utama yang sama.

P

SI STE M KOMU NIK ASI

ii. iii. iv. v.

1.2.

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/4

Mengawasi proses penyuisan antara pelanggan dan ibusawat. Mencatit permintaan pelanggan seperti menyediakan nombor telefon, membuat permotongan meter untuk sementara dan sebagainya. Menyediakan isyarat penyeliaan seperti nada dail, dering, sibuk, nada gangguan dan nombor yang tidak dapat dihubungi . Mengawal kualiti perbualan serta merekodkan mutu perkhidmatan ibusawat.

Rangkaian Pensuisan Pernakah anda terfikir, bagaimana maklumat suara anda dihantar kepada penerima panggilan ? Ya, proses penghantaran maklumat ini memerlukan beberapa rangkaian pensuisan seperti “concentrator”, “distributor”, “expander” dan “multiplexer”. Jadi, gandingan rangkaian ini akan mengujudkan sistem Public Switching Telephony Network (PSTN) yang lengkap.

Macam mana nak sambung, ini…

(a)

Concentrator (Penumpuan) Rajah 1.2 menunjukan konsep penumpuan dalam rangkaian PSTN. Di mana, penyambungan litar-pensuisan secara tetap dilakukan dalam rangkaian PSTN. Unit penumpu ini dikawal oleh ibusawat pensuisan tempatan secara langsung. Maka, semua pengguna telefon dapat

E5122/U1/5

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

SI STE M KOMU NIK ASI

dihubungkan pada masa yang sama serta pada saluran yang berbeza. Untuk pengetahuan anda, penumpu ini mampu mengendalikan beribu-ribu pengguna dalam masa yang sama. Jadi, ia dapat mengurangkan kos penggunaan talian berulang, repeater dan lain-lain.

Pengagih

Concertrator (Penumpu)

Pengguna

Rajah 1.2 Penumpuan trafik dalam rangkaian PSTN

Saluran masukan Talian tempatan 1

Expander

Distributor (Pengagih) Pengagih (distributor) merupakan peranti di antara penumpu (concentrator) dan expander (Rajah 1.3). Peranti ini menghubungkan ribuan pengguna dalam rangkaian PSTN secara berperingkat. Di mana, lebihkurang 1000 talian tempatan akan memasuki penumpu dan hanya mengeluarkan 100 talian keluaran sahaja. Seterusnya, kesemua 100 talian akan memasuki pengagih Ini bermakna, setiap pengagih mampu mengendalikan 100 talian daripada penumpu. Kemudian, talian daripada pengagih ini, akan memasuki expander.

Penumpu

(b)

Saluran keluaran Talian tempatan 1

Pengagih Talian tempatan 1000

Talian tempatan 1000

Rajah 1.3 Rangkaian pensuisan PSTN (c)

Expander

SI STE M KOMU NIK ASI

E5122/U1/6

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

Unit ini mengembalikan bilangan talian asal yang memasuki penumpu. Daripada pengagih, kesemua 100 talian akan memasuki expander dan mengeluarkan semula sebanyak 1000 talian pengguna di destinasi bersingan. Proses pensuisan expander dan penumpu bergantung kepada bilang talian yang diaktifkan secara serentak, rujuk Rajah 1.3.

(d)

Multipleks (Multiplexer) Peranti in merupakan suatu alatan yang mampu mengurangkan bilangan talian kabel yang hendak digunakan dalam suatu proses penghantaran dan penerima isyarat maklumat. Proses ini dilakukan dengan mengabungkan beberapa isyarat maklumat masukan dan seterusnya, menghasilkan satu keluaran sahaja, rujuk Rajah 1.4. Teknik pengabungan ini dikenali sebagai pemultipleksan (multiplexing). Antara kaedah-kaedah pemultipleksan yang lazim digunakan ialah Time Division Multiplexing (TDM) dan Frequency Division Multiplexing (FDM).

Isyarat maklumat 1 Isyarat maklumat 2

Isyarat maklumat 10

DEMUX

MUX

Maklumat yang telah digabungkan, perlu dipisahkan semula kepada keadaan asal maka, teknik penyahmultipleksan (Demultiplexing) akan digunakan.

Isyarat maklumat 1 Isyarat maklumat 2

Isyarat maklumat 10

Rajah 1.4 Teknik pemultipleksan dan penyahmultipleksan

SI STE M KOMU NIK ASI

AKTIVITI 1.A

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/7

Untuk memantapkan pemahaman anda sila jawap soalan berikut.

Berapakah lebar jalur suara anda ? Dalam sistem komunikasi ibusawat dirujuk sebagai ………………. Nyatakan jenis-jenis ibusawat yang digunakan di Malaysia

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).

SI STE M KOMU NIK ASI

1.3.

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/8

Pensuisan (Switching) Sistem pensuisan dan pengisyaratan, merupakan keperluan kepada operasi rangkaian telekomunikasi. Fungsi yang dihasilkan oleh sistem pensuisan atau subsistemnya, bertujuan untuk menyediakan perkidmatan kepada pelanggan yang dikenali sebagai fasiliti. Sepanjang perkembangan sistem komunikasi, rekabentuk sistem pensuisan telah menjadi semakin canggih. Ia bertujaan untuk menyediakan kemudahan tambahan yang membolehkan rangkaian komunikasi menyediakan lebih perkhidmatan kepada pengguna serta mengawasi operasi dan penyenggaraan. Jenis pensuisan yang digunakan di Malaysia ialah Stored Program Control (SPC). Selain daripada SPC, teknik agihan saluran berperingkat juga digunakan.

1.3.1. Pensuisan SPC SPC merupakan kaedah pensuisan ibusawat telefoni, di mana ia menggunakan kawalan komputer bagi memproses panggilan secara automatik. Komputer akan beropersai mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan, aturcara ini boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa. Fungsi setiap blok dalam Rajah 1.6; 









Ingatan (Memory) - menyimpanan status aktiviti pengguna dalam bentuk perisian. Pengarah kawalan (Control Director) - aturcara yang mengawal dan mengarah keseluruhan sistem Fail (File) - menyimpan maklumat bayaran - menyediakan jadual-jadual khas untuk perkhidmatan istimewa atau perkhidmatan-perkhidmatan lain DTMF/decodic - menyahkod isyarat yang dihasilkan semasa proses mendail.

Pengimbas (scanner) - mengesan status ganggang telefon dan pengisyaratan dari talian selular.





E5122/U1/9

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

SI STE M KOMU NIK ASI

Pemacu (driver) - menyambung/memutuskan suis. - memberi laluan kepada isyarat nada dan isyarat dail. CPU (unit pemprosesan pusat) - mengawal dan melaksanakan aturcara yang telah diprogramkan

. 

Penjana nada/pendering - menghasilkan isyarat pemberitahuan atau tanda panggilan.

Unit Talian

Pensuisan

Unit Saluran #1

#1 #2

#M Penjana Nada DTMF/ Decadic

#n

Pengimbas 1 2

Pemacu

n

Pendering

Ingatan

CPU

Pengarah Kawalan

Rajah 1.6 Gambarajah blok pensuisan SPC Proses kendalian ibusawat SPC;

Fail

SI STE M KOMU NIK ASI

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

xii. xiii.

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/10

Apabila pemanggil A mengangkat gangang, talian pemanggil A akan menjadi aktif dan dengan automatik dapat dikesan oleh pengimbas. Pengimbas akan mengenalpasti kedudukan dan keadaan A pada CPU. Apabila laporan diterima, CPU akan menyemak laporan tentang A dan disimpan dalam ingatan. Selepas itu CPU akan menyambungkan laluan antara A dengan peralatan pensuisan melalui pemacu. Nada dail daripada penjana nada dail akan dihantar ke A Apabila A mula mendail, nada dail akan dihentikan oleh DTMF (Dual Tone Multi Frequency) Digit-digit nombor yang didial akan dihantar dan disimpan di dalam ingatan. CPU akan mengenal pasti jenis panggilan dan menentukan destinasi. Selepas nombor dial dihantar, pemacu akan memacu peralatan pensuisan untuk menyediakan laluan antara A dan B. CPU akan memberi arahan kepada pendering untuk menghasilkan nada dering dan dihantar kepada penerima B. Pada masa yang sama, nada dering juga dihantar ke A. Apabila B mengangkat ganggang, pengimbas akan mengesan isyarat menjawap dan dihantar kepada CPU. CPU akan mengarahkan pendering untuk memberhentikan nada dering dan mula mencatit masa dan lokasi panggilan. Selepas perbualan, apabila samada A atau B meletakkan ganggang pengimbas akan mengesan isyarat pelepasan dan dihantar kepada CPU. CPU pula akan menyediakan bil (bayaran) dan rekod disimpan dalam fail.

Kelebihan SPC a) Memudahkan kerja penyelenggaran dan pengawasan kerana cara kendalian ibusawat boleh diubah pada bila-bila masa dengan mengubah kawalan aturcara terstor. b) Pengisyaratan dari ibusawat dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan berkesan. Pertambahan talian tidak memerlukan pertambahan alat pengisyaratan. c) Kos penyelenggaraan yang rendah. d) Prosesnya lebih cepat daripada kaedah manual. Keburukan SPC.

SI STE M KOMU NIK ASI

E5122/U1/11

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

a) Kerosakan yang sedikit boleh menyebabkan pemberhentian operasi ibusawat. b) Memerlukan khidmat peralatan bangunan tambahan (contohnya bilik berhawa dingin dan aturcara) c) Perlu melatih semua pekerja mengenai teknik baru dan cara pengendalian d) Penyelenggaran terlalu bergantung kepada pembekal.

1.4.

Pengisyaratan

Hello, hello…… Tak dengarlah. Talian putus kot.

Pengisyaratan ditakrifkan sebagai pemindahan atau pertukaran arahan atau maklumat antara bahagian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam satu sistem telekomunikasi. Dalam sistem telefoni, bahagian-bahagian yang terlibat dengan pengisyaratan adalah di antara (rujuk Rajah 1.7): ♦ Pemanggil dengan ibu sawat ♦ Ibusawat dengan ibusawat ♦ Ibusawat dengan yang dipanggil

Pemanggil

Ibusawat A

Ibusawat B

Penerima

SI STE M KOMU NIK ASI

E5122/U1/12

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

Pengisyaratan

Isyarat hadapan

Isyarat Kembali

Rajah 1.7 Proses pengisyaratan

Dalam proses komunikasi di antara dua pengguna telefon, terdapat dua jenis pengisyaratan yang biasa digunakan iaitu; i. Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan ibusawat. ii. Pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat

1.4.1. Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan ibusawat Kaedah ini merupakan cara komunikasi di antara si pemanggil atau si penerima, dengan ibusawat yang bertindak sebagai media perantaraan. Jenis-jenis pengisyaratan adalah seperti berikut; a)

Antara pemanggil kepada ibusawat

Jenis isyarat Isyarat merampas (seizure) Isyarat ‘clear forward’ Isyarat ‘address’

Maksud isyarat apabila ganggang diangkat (offhook) isyarat apabila ganggang diletakkan (onhook) Denyut-denyut pendailan ke ibusawat.

b) Antara ibusawat kepada yang dipanggil

SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

Jenis isyarat Isyarat deringan

E5122/U1/13

Maksud Isyarat yang menunjukan panggilan masuk

adanya

c) Antara yang dipanggil kepada ibusawat Jenis isyarat Isyarat menjawab Isyarat ‘clear back’

d)

Maksud Apabila yang dipanggil mengangkat ganggang telefon (off-hook) Apabila yang dipanggil meletakkan ganggang (on-hook)

Isyarat daripada ibusawat kepada pemanggil atau yang dipanggil (nada-nada khidmat piawai)

Jenis nada Nada dail

Nada sibuk Nada tiada nombor

Nada dering

Maksud Nada yang terhasil pada pemanggil setelah pemanggil mengangkat ganggang. Bunyi nada yang berpanjangan (contoh ; tuuuuuuuuuu…) Nada yang akan diterima oleh pemanggil apabila nombor yang didial sedang digunakan (contoh ; tuut,tuut,tuut……) Suatu pesanan suara akan dihasilkan apabila nombor yang didial tiada dalam perkhidmatan (contoh ; Harap maaf, nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan) Nada yang diterima oleh pemanggil apabila panggilan yang dibuat berjaya disambungkan. (contoh ; tut tuut, tut tuut, tut tuut,…………)

1.4.2. Kaedah pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat.

SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/14

Apabila si pemanggil membuat panggilan jarak jauh yang memerlukan lebih daripada satu ibusawat sebagai perantara maka, setiap ibusawat tersebut mestilah mampu untuk menghantar dan menerima isyarat antara satu sama lain. Dalam pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat dua kaedah pengisyaratan boleh digunakan iaitu: a)

Pengisyaratan Saluran Bersekutu (Channel Associated Signalling, CAS) CAS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara dan isyarat kawalan dihantar pada saluran atau litar yang sama. Kaedah ini boleh dikawal oleh ibusawat digital atau bukan digital. Kelajuan pengisyaratan adalah rendah.

Ibusawat A

Ibusawat B Litar trafik

Penghantar atau Penerima Pengisyaratan Rajah 1.8 Pengisyaratan Saluran Bersekutu - CAS

b)

Pengisyaratan Saluran Sepunya(Common Channel Signalling, CCS) CCS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara dan isyarat kawalan dihantar melalui saluran yang berlainan. Isyarat kawalan akan dikesan dan melaksanakan tugas kawalan serta pensuisan talian. Kaedah ini dikawal sepenuhnya oleh komputer. data/isyarat yang IbusawatCCS C bertindak sebagai rangkaian Ibusawat D Litar trafik berasingan untuk melaksanakan pertukaran isyarat-isyarat kawalan antara komputer-komputer.

Talian Pengisyaratan

Penghantar dan Penerima Pengisyaratan

SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/15

Rajah 1.9 Pengisyaratan Saluran Sepunya - CCS

AKTIVITI 1.B

Untuk memantapkan pemahaman anda sila jawap soalan berikut.

Apa yang dimaksudkan dengan pensuisan ? Nyatakan 2 kebaikan dan keburukan SPC. Jelaskan pengisyaratan dalam sistem komunikas. Jelaskan pengisyaratan yang digunakan di antara pemanggil dengan ibusawat

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).

SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

PENILAIAN KENDIRI

E5122/U1/16

Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.

RESPON semak jawapan anda dengan jawapan 1. Nyatakan 3 fungsi Sila utama ibusawat. 1.A dibawah. Lukiskan gambarajah blok sistem pensuisan SPC dan terangkan fungsi setiap blok. Terangkan proses kendalian panggilan menggunakan ibusawat SPC. Nyatakan bahagian-bahagian yang terlibat dengan pengisyaratan didalam 300 Hz hingga 3.4 kHz sistem telefoni. Stesen yang dua menghubungkan di antara satuantara pengguna dengandengan pengguna yang Terdapat kaedah pengisyaratan ibusawat ibusawat. lain Nyatakan dan terangkan kedua-dua kaedah tersebut. (Bantuan gambarajah Ibusawat tandem, tempatan, antarabangsa digalakkan).

RESPON 1.B

Sila semak jawapan anda dengan jawapan dibawah.

Suatu proses menghubungkan pelanggan-pelanggan dari satu lokasi ke lokasi Untuk mengetahui anda betul atau salah, sila yang lain melalui ibusawat jawapan sebagai media perantaraan. rujuk bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17). Rujuk notadi1.2.1. Pengisyaratan ditakrifkan sebagai pemindahan atau pertukaran arahan atau maklumat antara bahagian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam satu sistem telekomunikasi Rujuk nota 1.3.1. (a).

RESPON KENDIRI

Semak jawapan anda.

Rujuk nota 1.1, fungsi ibusawat Rujuk nota 1.2.1, Rajah 1.3 Rujuk nota 1.2.1, proses kendalian ibusawat Pemanggil dengan ibusawat, ibusawawt dengan ibusawat, dan ibusawat dengan yang dipanggil. CAS dan CCS, untuk penerangan sila rujuk nota 1.3.2.

SI STE M KOMU NIK ASI

PE NSU ISA N & PE NGI SYA RAT AN

E5122/U1/17

Related Documents

Unit1
May 2020 14
Unit1 Disagreement
June 2020 6
Unit1-sp
May 2020 17
Unit1.pdf
May 2020 32
Unit1.doc
December 2019 22