ISTANBUL
2010
UMRAH DAN JEJAK SAHABAT SYRIA, JORDAN DAN
ATURCARA PERJALANAN HARI 01 27.5.2010(KHAMIS) KUALA LUMPUR/ABU DHABI Jemaah dikehendaki berada di Lapangan Terbang LCCT 3 jam sebelum berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserahkan setelah urusan ‘check in’ selesai. Pesawat akan berlepas dari LCCT pada jam 0500 petang menuju ke Abu Dhabi dan Insha` ALLAH dijangka tiba di Abu Dhabi jam 800 malam . Transit di
airport Abu Dhabi dan bermalam di hotel apartment. HARI 02 28.5.2010(JUMAAT) ABU DHABI/JEDDAH/MADINAH Bertolak dari airport Abu Dhabi ke Jeddah dengan Ittihad Airways jam 1.45 petang dan tiba di Jeddah jam 3.30 petang.Dijangka tiba di Madinah sebelah malam . Setibanya di Madinah terus ke tempat penginapan untuk check-in. Sekiranya masjid dibuka jemaah akan dibawa ke Rawdah dan ziarah makam rasullullah s.a.w. HARI 03 29.5.2010(SABTU) MADINAH Jemaah dibawa melawat Perkuburan Baqi selepas solat subuh. HARI 04 30.5.2010(AHAD) MADINAH Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan lain-lain lagi. Jemaah juga akan dibawa ke ladang kurma. HARI 05
31.5.2010(ISNIN)
MADINAH/MAKKAH
Jemaah dibawa ke Miqat Bir Ali seterusnya ke Makkah untuk mengerjakan umrah.Sebelum ke Miqat jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel tanpa berniat kerana niat umrah dilakukan di Miqat. HARI 06 1.6.2010(SELASA) MAKKAH Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat. HARI 07 2.6.2010 (RABU) MAKKAH Ziarah Muzium Makkah (tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Muzium), ladang ternakan unta dan Hudaybiah, tempat berlakunya perjanjian Hudaybiah yang bersejarah. Di Hudaybiah jemaah boleh berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan umrah. HARI 08 3.6.2010 (KHAMIS) MAKKAH Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Ji’aranah sebelum kembali semula ke Makkah. Di Ji’aranah jemaah boleh berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan umrah. HARI 09 4.6.2010(JUMAAT) MAKKAH/JEDDAH Sebelah malam jemaah akan melakukan tawaf widak selepas solat Isyak dan seterusnya terus ke airport Jeddah HARI 10 05.6.2010(SABTU) JEDDAH-AMMAN-DAMSYIK Bertolak dari Jeddah ke Amman dengan Royal Jordanian jam 7.00 pagi dan dijangka tiba di Amman jam 9.00 pagi. Jemaah dijangka bertolak ke Damsyik selepas zohor
HARI 11 06.06.2010(AHAD) DAMSYIK-HIMS-HAMAH-HALAB-DAMSYIK Lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti makam Khalid bin Al-Walid, kincir air Hamah dan lain-lain. HARI 12 07.06.2010(ISNIN) DAMSYIK/AMMAN Lawatan sekitar Damsyik seperti Maqam Salahuddin al-Ayyubi, Masjid Umawi , Maqam Abu alDarda’, membeli belah di Bazar Hamidiyyah, Maqam Bilal bin Rabah dan lain-lain . Jemaah di jangka bertolak ke Amman sebelah petang. HARI 13 08-06.2010(SELASA) AMMAN/JORDAN Aktiviti bebas/lawatan sekitar Jordan seperti Laut Mati, Maqam sahabat di Ahgwar seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah salah seorang sahabat nabi yang dijamin masuk syurga, Syurhabil salah seorang penulis wahyu, Amir bin abi Waqqas, Muaz bin Jabal, medan pertempuran Ain Jalut, Ajlun dan Mu’tah dan bermalam di Karak. HARI 14 09.06.2010(RABU) AMMAN/ISTANBUL Bertolak dari Karak jam 5.00 pagi dan lawatan sekitar Amman seperti Roman Teater, Gua Ashabul Kahfi dan terus ke Airport Queen Alia untuk bertolak ke Istanbul menaiki Royal Jordanian jam 11.20 pagi dan tiba di Istanbul jam 1.45 petang HARI 15-16
10-1106.2010(KHAMIS-JUMAAT) ISTANBUL
Lawatan Roman Hippodrome, Masjid Biru, Topkapi Palace dan Camlica Hill untuk melihat panaroma di Istanbul dan lain-lain HARI 17 12.06.2010(SABTU) ISTANBUL/ABU DHABI Bertolak pulang dari Istanbul ke Abu Dhabi dengan Ittihad Airways jam 8.25 malam dan tiba di airport Abu Dhabi pada jam 1.50 pagi Ahad. HARI 18/19 13-14.06.2010(AHAD-ISNIN) ABU DHABI/KUALA LUMPUR Membeli belah di Abu Dhabi sebelum bertolak pulang dari airport Abu Dhabi jam 9.25 malam dan dijangka tiba di LCCT pada jam 9.55 pagi Isnin.
Harga Termasuk
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Tiket Penerbangan kelas ekonomi pergi/balik. Airport tax, takaful Kembara dan Insuran penerbangan. Penginapan di Makkah dan Madinah (Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, air panas dan sejuk di sediakan 24 jam ). Ziarah di Madinah/Makkah. Pengangkutan dalam atur cara lawatan. Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam 10 Liter. Kos khidmat visa umrah/muassasah. Wang upah angkat barang di hotel. Harga Tidak Termasuk
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Barang yang melebihi had 20 kilo. Panggilan talipon, dobi pakaian dan telegram peribadi. Makan/minum selain dari yang disediakan dalam aturcara. Wang perbelanjaan yang diluar aturcara pakej. Sijil kesihatan dan suntikan. Pengangkutan ke Tan`im untuk berniat umrah pada acara bebas. Tips di airport Jedah.