Ujian Tuisyen 3

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ujian Tuisyen 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,456
  • Pages: 6
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan makan buah-buahan tempatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. Jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin kepada tubuh manusia. Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli, iaitu tidak ada gula di dalamnya. Menurut Dr. Rokiah, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Beliau menyarankan agar buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan. Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol dalam darah, iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu. Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari. Betik juga terkenal sebagai bahan pelawas kerana mengandungi Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C berkesan merawat hemoroid atau bawasir dan sembelit. Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan boleh diambil dalam jumlah yang sama, iaitu 400 gram. Menurut Dr. Rokiah lagi, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya. Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. Malahan nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja. 1. Apakah maksud rangkai kata amalan tetap?

[2 markah]

2. Berdasarkan petikan, bagaimanakah cara pengambilan jambu batu yang disarankan? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan kanakkanak makan buah-buahan? [4markah]

1

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Anda dan rakan telah menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah. Tulis dialog antara anda dengan rakan anda tentang sambutan tersebut. 2. Kebersihan ialah asas kesihatan. Cadangkan langkah-langkah untuk menjaga kebersihan. 3. Dalam masyarakat Malaysia ada ungkapan yang menyatakan “jiran sepakat membawa berkat”. Tulis sebuah cerita berdasarkan ungkapan tersebut. 4. Persatuan Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang. Sebagai setiausaha persatuan, tulis laporan lawatan itu selengkapnya. 5. Masyarakat memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan. Berikan pendapat anda. Bahagian D Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, atau Tingkatan 2 seperti senarai di bawah. (I) Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf) (ii) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari) Jelaskan secara ringkas tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

2

Bahagian A (i): Ringkasan 1. Jambu batu berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia 2. Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang 3. Jambu batu, buah betik dan nanas boleh mengurangkan kolesterol 4. Buah betik berkesan merawat hemoroid atau bawasir dan sembelit. 5. Nanas mengandungi kandungan vitamin yang tinggi 6. Asid yang ada dalam nanas membantu tubuh 7. Nanas turut berfungsi sebagai bahan antioksida Bahagian A (ii): Pemahaman 1. ... kebiasaan yang mesti dilakukan 2. ... dimakan begitu sahaja ... dibuat jus tetapi tidak bergula 3. ... menyedarkan mereka tentang kepentingan makan buah-buahan ... memilih buah-buahan yang segar untuk mereka ... membawa mereka ke dusun buah-buahan Bahagian C 1. Format: Dialog Pendahuluan - Mengucapkan salam - Bertanya khabar Isi-isi - Telah menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah di Dataran Merdeka – pergi awalawal pagi lagi - Pemimpin-pemimpin negara hadir – dapat menyaksikan perbarisan – tertarik dengan perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia - Menyaksikan persembahan pelajar-pelajar – tarian, nyanyian, muzik, dan sebagainya – mereka membentuk jalur gemilang, logo Hari Kebangsaan, dan sebagainya - Dapat melihat kelengkapan canggih Angkatan Tentera Malaysia – jet-jet pejuang berlegarlegar di udara membuat persembahan - Perarakan kereta berhias begitu mengagumkan sekali – setiap kereta dihias bagi melambangkan kemajuan dan pembangunan negara Penutup - Gembira kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan – berharap dapat menyaksikannya pada tahun hadapan pula 2. Format: Tiada Pendahuluan - Maksud kebersihan - bersih tubuh badan dan persekitaran Isi-isi - Menjaga kebersihan diri – mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari – mencuci tangan selepas keluar tandas – memotong kuku kaki dan tangan - Menjaga kebersihan bilik – mengemas bilik selepas bangun dari tidur – tidak membiarkan bilik bersepah-sepah

3

- Menjaga kebersihan rumah – selalu membersihkan rumah – tidak membiarkan barang-barang berhabuk – memastikan dapur sentiasa bersih - Menjaga kebersihan persekitaran – membuang sampah sarap – membersihkan kawasan yang bersemak Penutup - Kebersihan perlu dijaga - rakyat sihat negara maju 3. Format: Tiada Pendahuluan - Penduduk Kampung Talang hidup aman dan makmur – mereka bekerjasama dalam melakukan sesuatu – mereka saling menolong antara satu sama lain Isi-isi - Beberapa orang penduduk menghidap demam denggi – Ketua Kampung mengadakan mesyuarat – kawasan yang menakung air dibersihkan - Mereka melawat mangsa yang sakit di hospital – membawa buah tangan – keluarga mangsa turut diberikan perhatian – jiran-jiran membantu meringankan beban - Jika ada kenduri-kendara jiran akan membantu – mesyuarat akan diadakan untuk membahagibahagikan tugas – tuan rumah berasa senang hati kerana jiran akan menolong sehingga kenduri selesai - Suatu hari kecurian berlaku di Kampung Talang – jeritan terdengar dari rumah Pak Akob – jiran-jiran telah keluar – pencuri itu dikejar – berjaya ditangkap Penutup - Kesepakatan jiran di Kampung Talang memang tidak boleh diragui – jiran sepakat membawa berkat 4. Format: Laporan Pendahuluan - Tajuk laporan - Tujuan lawatan - Peserta dan masa lawatan Isi-isi - Persiapan sebelum bertolak – berkumpul di kantin – guru pengiring telah memberikan taklimat – bertolak dengan bas - Tiba di tempat lawatan – penerangan daripada jurupandu lawatan – telah dijelaskan bagaimana kilang minuman tersebut beroperasi - Melihat cara-cara minuman tin dihasilkan – air dan ramuan minuman dimasak dalam satu bekas yang besar – ditinkan dengan menggunakan mesin - Menikmati jamuan ringan dan mendapat cenderamata – gembira kerana dapat menyertai lawatan tersebut Penutup - Lawatan itu amat bermakna dan memberikan pengetahuan - Pengakuan pelapor, tandatangan, nama dan jawatan pelapor

4

5. Format: Tiada Pendahuluan - Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini - Bersetuju bahawa masyarakat memainkan peranan yang penting untuk memajukan industri pelancongan Isi-isi - Masyarakat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong – melayan pelancong dengan senyuman dan tutur kata yang sopan – menjelaskan keistimewaan sesuatu tempat - Menjaga kebersihan dan keindahan alam – tidak membuang sampah di meratarata tempat – memastikan kebersihan tandas awam - Menunjukkan imej negara yang baik – pelancong akan takut jika gejala penyeluk saku berleluasa – sikap memandu kenderaan di jalan raya – sikap vandalisme - Bersedia membantu pelancong dengan ikhlas – menunjukkan arah jalan – memulangkan barang pelancong yang tertinggal – mesra dengan pelancong asing Penutup - Masyarakat memainkan peranan penting – pelancong akan serik untuk dating ke negara kita jika masyarakatnya bersikap negatif Aku Anak Timur masyarakat yang menghormati budaya asing – Niek berdarah kacukan Belanda – Indonesia tahu menghormati tatasusila dan budaya Timur kerana setiap kali hendak membawa Zarina keluar, dia akan meminta izin daripada kedua-dua ibu bapa Zarina dahulu masyarakat Barat yang mengamalkan gaya hidup bebas – rakan Niek hampir merogol Zarina pada hari mereka mengadakan majlis hari jadi di rumah Niek masyarakat Barat yang tidak mementingkan institusi keluarga – mereka takut memikul tanggungjawab apabila berkahwin lalu mengambil keputusan tinggal bersama pasangan tanpa berkahwin dan akhirnya hidup terbiar setelah tua Kapten Hassan Wira Bangsa masyarakat desa - novel ini berkisar dalam masyarakat desa yang tinggal di daerah Salak Tinggi, Sepang, dan Kuala Pajam di negeri Selangor masyarakat yang menganggotai pasukan tentera - anggota tentera dalam novel ini terdiri daripada pelbagai pangkat bermula daripada peajurit hinggalah pegawai pemerintah tertinggi masyarakat yang aktif berpolitik - golongan ini diwakili oleh watak seperti Tun Datu’ Mustapha yang memimpin Parti USNO di Sabah

5

JAWAPAN Bahagian B Pendahuluan - Setiap pelajar mengimpikan kecemerlangan dalam pelajaran – terdapat beberapa faktor yang mendorong kecemerlangan pelajar Isi-isi - Kerajinan – pelajar mestilah rajin mengulang kaji pelajaran – jangan bersikap seperti pahat dengan penukul - sekolah yang ceria – persekitaran sekolah yang selesa boleh menaikkan semangat pelajar untuk belajar – lebih tertarik untuk ke sekolah - rakan sebaya memainkan peranan penting – pilihlah rakan sebaya yang mendorong kita untuk melakukan kebaikan – boleh mengulang kaji pelajaran bersama-sama - pelajar memerlukan sokongan guru dan keluarga – mengharapkan bimbingan jika menghadapi masalah – guru dan keluarga perlu memberikan perhatian terhadap pelajaran pelajar Penutup - pelajar yang cemerlang akan melahirkan modal insan yang berupaya menjana kemajuan negara

6

Related Documents

Ujian Tuisyen 3
November 2019 12
Ujian 3
May 2020 9
Pusat Tuisyen
May 2020 13
Ujian Blnan 3
May 2020 12
Ujian Pat Thn 3
April 2020 8
Ujian 3 Khb Kt
May 2020 13