Udg2 Khas

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Udg2 Khas as PDF for free.

More details

  • Words: 31,686
  • Pages: 53
10 prinsip islam hadari

Prinsip Pertama 1)KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH Oleh : Prof. Dato’ Dr. Abdul Syukor Bin Haji Husin Panel Pemikir Islam Hadhari PENDAHULUAN Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsip Islam Hadhari yang lainnya. Ia merupakan perwujudan fitrah semulajadi manusia dan anugerah khusus yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada umat manusia. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam pengertian yang luas dan padu adalah asas dan syarat mutlak bagi satu-satu kaum, jika ia ingin memperolehi kejayaan hidup dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat, hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firmannya bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri itu, benar-benar beriman dan bertakwa (kepada Allah), tentulah kami (Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan hidup yang melimpah ruah, samada dari langit mahupun dari bumi” (al-a’raf:96). Maksud yang sama juga ditegaskan oleh Allah di ayat lain bermaksud: “Ketahuilah bahawa wali-wali Allah (yang sebenar) mereka tiada ditimpa rasa takut dan kesusahan hati; mereka itu adalah orang-orang beriman dan bertakwa (kepada Allah), mereka itulah yang memiliki kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat” (yunus:62). Beriman sebenar bukan hanya kepercayaan dalaman tetapi perlu disertakan usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh, disamping mematuhi dan memenuhi semua perintah Yang Maha Kuasa. Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa adalah negara yang memberi keutamaan dan penekanan kepada lima perkara penting yang disebut oleh Ulama sebagai maqaasid alshari’ah, iaitu: Pertama; memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai agama sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Dan agama-agama lain tetap bebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai menjunjung tinggi kebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak mengganggu kestabilan dan sensitiviti umat yang lain. Kedua; memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi umat manusia tanpa membezakan golongan, agama, etnik dan darjat kedudukan nilai martabat kemanusiaan sebagai makhluk ciptaan Allah yang termulia. Termasuk juga menjaga maruah dan kehormatan bagi setiap individu. Ketiga; memelihara akal dengan memberi keperluan pendidikan yang mencukupi bagi tujuan memartbatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan antara ilmu agama dan ilmu dunia, atau ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Disamping mencegah semua perkara yang boleh merosakkan akal dan fungsinya. Keempat; memelihara keturunan dengan mempertahankan norma dan institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan sosial yang adil dan beradab. Termasuk juga berpegang teguh kepada nilai-nilai murni kemasyarakatan yang berlandaskan kepada akhlak mulia. Pencegahan kepada perkara yang boleh menodai keturunan turut mendapat perhatian, seperti salah laku seks, merendahkan maruah kaum wanita dan kedudukannya. Kelima; memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi umatnya melalui peningkatan kemahiran (skills), peluang pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pembangunan ekonomi yang dimaksudkan mestilah diasaskan kepada sumber manusia dan sumber alam yang dimiliki. Disamping berusaha membanteras secara berkesan perkara-perkara yang boleh membantutkan pembangunan ekonomi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang tidak cekap dan pembaziran. Berdasarkan daripada pemahaman di atas, teranglah bahawa prinsip iman dan takwa boleh menjadi faktor utama bagi pembangunan masyarakat cemerlang menuju kepada terwujudnya peradaban gemilang dan tamadun terbilang. Tanpa prinsip ini, kemajuan tamadun yang dicapai oleh umat manusia hanyalah laksana bangunan yang rapuh tidak mempunyai asas yang kukuh dan nilai peradaban sebenar. Tamadun peradaban yang

tidak diasaskan kepada kepercayaan dan kebaikan ianya tidak akan kekal lama dan tidak akan mendatangkan apa-apa kebahagiaan yang berkekalan kepada umat manusia. Oleh sebab itu, pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang sedang dikembangkan oleh Kerajaan dan masyarakat di Malaysia hari ini menetapkan prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai prinsip pertama dan utamanya. Dan prinsip ini sewajarnya menjadi landasan kepada prinsip-prinsip Islam Hadhari lainnya. Ia dengan sendirinya sebagai penyataan sikap dan asas pembangunan negara yang kukuh dan jelas. MAKNA KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH Keimanan bermakna kepercayaan dan pegangan hidup yang kukuh tidak hanya tersemat di hati tetapi ia disertakan dengan ketaatan dan amalan terhadap apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah s.w.t. Keimanan erat kaitannya dengan fitrah kejadian manusia sebagai makhluk ciptaan Allah s.w.t. Itulah sebabnya, Imam Nawawi menegaskan bahawa fitrah kejadian manusia itu adalah keimanan dan kepercayaan, ketika beliau menjelaskan hadis Rasulullah s.a.w, riwayat Imam Muslim tentang “kelahiran bayi berasas kepada fitrahnya”. Jika fitrah bayi itu dijaga dan dididik dengan nilai-nilai mulia maka ia akan menjadi insan yang sempurna dan baik. Maka begitulah pula sebaliknya pendidikan, persekitaran dan ibu bapa adalah elemen penting boleh mewarnai kehidupan seseorang bayi. Oleh yang demikian, sistem keimanan dan kepercayaan merupakan sifat semulajadi umat manusia yang tumbuh dan berkembang hinggalah menjadi suatu pegangan hidup. Wujudnya penyimpangan dan perbezaan keimanan ini, hanyalah disebabkan kerana faktor pemeliharaan fitrah yang terlepas dari pemeliharaan dan pentarbiahan. Sekiranya fitrah seseorang sejak lahir di dunia terjaga dengan baik, ianya akan tumbuh menjadi keimanan atau kepercayaan atau pegangan hidupnya. Faktor pemeliharaan dan pentarbiahan fitrah inilah yang dikaitkan dengan konsep ketakwaan. Kerana takwa adalah dari perkataan “wiqayah” yang mengandungi makna pemeliharaan dan penjagaan. Maknanya jika keimanan diibaratkan tumbuhan maka ketakwaan itulah baja dan siramannya. Mengikut Hamka, keimanan bermakna kepercayaan iaitu pengakuan hati yang dibuktikan dengan amalan perbuatan yang dilafazkan oleh lidah, akhirnya menjadi keyakinan hidup manusia. Sementara ketakwaan, ianya mengandungi makna seperti berikut: 1.

memelihara hubungan yang baik dengan Pencipta

2.

memelihara diri daripada perbuatan yang tidak diredhai oleh Pencipta

3.

memelihara dan melaksanakan segala perintah Pencipta untuk diamalkan.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa perkataan takwa itu tidak boleh diertikan dengan makna takut, kerana hakikat ketakwaan meliputi makna amal, cinta, kasih, harap, tawakkal, redha, sabar dan sebagainya. Jadi makna ketakwaan jauh lebih luas dibandingkan dengan makna takut. Ketakwaan adalah hasil daripada pentarbiahan keimanan melalui amal soleh. Maknanya orang yang bertakwa adalah orang yang telah teruji keimanannya sehingga mampu menjadikannya sebagai suluh dalam kehidupannya. Jadilah ia sebagai orang bertakwa kerana dalam kehidupannya telah terpelihara dan terhindar dari perbuatan keji malah ia sentiasa melakukan yang terbaik dan berguna dalam setiap aktivitinya. Daripada huraian di atas, difahami bahawa keimanan dan ketakwaan dari segi konsepnya tidak harus dipisahkan antara satu sama lain dan tidak harus dipisahkan di antara keyakinan atau kepercayaan dengan amalan baik dan terpuji dan usaha mengupayakan manusia disamping sentiasa menolak kerja-kerja keji atau tidak bermoral samada terhadap Penciptanya atau sesama manusia dan alam sekitarnya kerana kedua-duanya mempunyai kaitan makna yang tidak dapat difahami secara berasingan. Kerana makna keimanan dan ketakwaan adalah saling melengkapi iaitu kepercayaan yang menghasilkan pemeliharaan jati diri manusia. Di dalam al-Quran pun didapati firma Allah s.w.t yang menggabungkan di antara keimanan dan ketakwaan sebagai syarat dan asas untuk mendapatkan keredhaan Allah, keselamatan hidup dan ganjaran pahala di hari akhirat, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sekiranya mereka beriman dan bertakwa, pastilah ganjaran pahala di sisi Allah adalah lebih baik (bagi mereka)” (al-baqarah:103). Kesimpulan maksud firman Allah s.w.t. di atas, secara jelas menghubungkaitkan keimanan dan ketakwaan dan menjadikan kedua-duanya sebagai dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan termasuk dari sudut pengertian dan pemahamannya. Dengan demikian, jelaslah bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t merupakan prinsip hidup umat manusia yang mempunyai tujuan untuk memperolehi bimbingan, hidayah, pertolongan Allah s.w.t dalam membangun dan memajukan

kehidupan mereka di atas dunia ini agar mereka mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat. Dari sudut terminologi, iman jika digunakan secara bersendirian, maka ia mengandungi makna takwa. Begitu juga sebaliknya jika perkataan takwa diguna secara bersendirian ianya mengandungi makna iman. Dan jika disebut dua-dua maka keduanya mengandungi erti yang berbeza tetapi saling melengkapi. Dalam konteks umat Islam, sudah tentu makna keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah usaha mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu, mereka memelihara kemurnian akhlak dan moral kemanusiaan serta pengiktirafan yang seadil-adilnya sesama manusia dan makhluk seluruhnya sehingga orang yang bukan muslim pun merasa terhormat dan terjamin keselamatannya hidup bersama umat Islam. Penampilan umat Islam yang beriman dan bertakwa sudah tentu selari dengan konsep “ummatan wasatan” (umat yang bersikap sederhana dan moderate). Di mana umat Islam sentiasa memberi contoh yang terbaik dan unggul dalam melaksanakan aktiviti kehidupan mereka. Amalan dan sikap hidup mereka sentiasa mencerminkan nilai-nilai murni yang mereka percaya dan beramal dengannya. Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang sentiasa optimistik, berfikiran terbuka dan memiliki kekuatan jiwa dan emosi yang terkawal untuk mengerjakan yang terbaik bagi diri, keluarga, masyarakat, negara dan makhluk sejagat. Disamping itu, mereka juga memiliki kemampuan menyaring dan menapis semua perkara atau budaya yang bercanggah dengan norma dan nilai agamanya. Kerana iman dan takwanya kepada Allah membimbingnya ke jalan yang lurus bagi melakukan perkara-perkara yang bermanfaat, oleh sebab keimanan itulah menjadi sumber pelbagai kebaikan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis, riwayat Bukhari dan Muslim; yang bermaksud: “Keimanan itu memiliki 60 cabang kebaikan, sifat malu adalah satu daripadanya”. Disamping rasa malu (melakukan kesalahan dan penyelewengan) sifat kasih dan cinta kepada orang lain adalah juga bahagian yang utama daripada keimanan. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan bahawa: “Tidak beriman di antara kamu melainkan ia mengasihani saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri” Oleh yang demikian, manusia yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan sentiasa berkata yang benar, hormat kepada orang lain dan memperbaiki hubungan kemasyarakatannya tanpa mengira unsur keturunan ataupun golongan dan agama, dan sentiasa berusaha tidak akan menjerumuskan diri dalam kecelakaan dan kesengsaraan. Demikianlah makna keimanan dan ketakwaan kepada Allah menurut perspektif al-Quran, Hadis dan Ulama Islam ia telah ditetapkan menjadi prinsip pertama kepada pendekatan Islam Hadhari yang boleh dipastikan sebagai unsur dalaman manusia dan tindakan luaran secara sepadu yang perlu difahamai secara luas mengikut kefahaman Islam sebenar.yang perlu difahami secara benar mengikut kefahaman Islam sebenar. PERANAN IMAN DAN TAKWA DALAM KEHIDUPAN Manusia adalah makhluk dwidimensi yang merangkumi kedua-dua unsur fizikal dan spiritual yang saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi unsur kerohanianlah yang merupakan aspek unik dan utama yang melonjakkan martabat manusia kepada sebaik-baik kejadian. Akal dan pemikiran manusia adalah cirri utama yang membezakannya daripada seluruh kejadian yang lain. Ianya merupakan satu manifestasi tanggungjawab dan kepintaran untuk mengurus dan mentadbir kejadian disekelilingnya mengikut acuan dan kemahuannya. Disamping ia memiliki daya untuk berfikir dan menganalisis untuk mendapatkan apa yang difikirkan terbaik dan boleh mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun, kemampuan akal amat terhad ia hanya berkisar di atas platform fizikal yang nyata. Di sinilah letak peranan tubuh dan fizikal badan sebagai instrument untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi yang dicetuskan oleh akal dan pemikiran. Kuasa akal amatlah terbatas dan tidak dapat mencapai hakikat dan kebenaran yang mutlak, kerana instrument yang digunakan hanyalah pancaindera dan deria yang hanya dapat mengesan perkara-perkara yang zahir dan bersifat fizikal sahaja disamping ia mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Manakala, perkara-perkara yang ghaib dan di luar darinya tidak dapat ditafsirkan atau dimutlakkan kewujudannya oleh akal manusia. Di sinilah letak peranan iman dan takwa sangat diperlukan selaku wahana untuk mendapatkan bimbingan ke arah membuka jalan kebenaran melalui hidayah dan taufik Ilahi.

Mengikut panduan agama, peranan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat difahami dan dihayati dalam dua dimensi yang penting, iaitu: Pertama; iman dan takwa sebagai penggerak membuka minda untuk mencari jalan yang terbaik dalam melaksanakan tugas khalifah umat manusia bagi tujuan memakmur dan membangunkan dunia ini menjadi suatu destinasi yang selesa dan menyenangkan untuk berbakti dan mencari keredhaan Ilahi. Disamping itu, iman dan takwa juga dapat memberikan motivasi dan rangsangan yang kuat terhadap pembentukan peribadi dan jati diri manusia yang unggul. Kekuatan ini bersesuaian dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia yang amat dahagakan pengetahuan dan kepercayaan terhadap Pencipta dan kuasa agung yang telah menjadikan alam ini dan membawa manusia ke alam kehidupan ini. Kedua; sebagai pemelihara dan penapis iman dan takwa memberi kekebalan atau kelalian kepada umat manusia supaya tidak mudah tergoda dan terpengaruh kepada perkaraperkara negatif yang boleh menghalang perlaksanaan tugas khalifah di muka bumi. Kerana kehidupan yang penuh dengan cabaran seperti hari ini, perlu dihadapi dengan persiapan mental, emosi dan ketrampilan diri yang memadai. Iman dan takwa juga memberi kekuatan dalaman kepada manusia untuk terus berjuang dalam kehidupan ini tanpa mudah pasrah dan bergantung kepada kemampuan orang lain. Justeru, dorongan untuk bersaing dan berlumba dalam meraih kemajuan adalah termasuk sebahagian daripada iman yang tersemai dalam diri. Dengan menghayati dua dimensi yang terkandung dalam prinsip keimanan dan ketakwaan ini, jelas memberi kebebasan kepada umat manusia untuk menjalankan aktiviti pembangunan yang akan membawa kepada kemajuan yang berasas kepada keadilan dan kesejahteraan semua warga masyarakat yang dinaungi oleh rahmat Allah s.w.t yang dikenali dalam Islam sebagai konsep negara yang maju, makmur dan mendapat keampunan Ilahi. Ada empat perkara penting yang dihasilkan oleh prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t jika dihayati secara benar, iaitu:. Pertama; menjadikan manusia bebas tidak dikongkong oleh kuasa lain selain daripada Allah Yang Maha Esa. Akal fikirannya pula terbuka luas, bebas daripada belenggu khayalan dan khurafat. Hatinya merasa lapang tidak terikat dengan rasa rendah diri dan hina-dina. Termasuk emosinya akan terkawal kerana ia merasa berserah diri kepada Yang Maha Kuasa setelah melaksanakan segala usaha dan upaya yang ada padanya. Kedua; membentuk sahsiah seimbang yang tercermin dari tingkah laku dan cara berfikirnya. Hasrat kehidupannya menuntut keredhaan Allah s.w.t terserlah ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Manhaj kehidupannya diasaskan kepada cinta kasih dan hormat-menghormati kepada sesama manusia dan alam sekitarnya. Ketiga; melahirkan rasa ketenangan dalam hidupnya. Menutup pintu rasa takut dan khuatir, samada pada diri dan keluarganya, begitu juga terhadap rezeki dan kematian. Kerana ianya telah bergantung sepenuhnya kepada rahmat dan hidayah Tuhannya. Aktiviti hidupnya dijalankan dengan penuh keikhlasan dan pengharapan akan redha Tuhannya, kerana semua amal kerja yang dilakukannya telah diniatkan sebagai sebahagian daripada tugas ibadah dan khalifah di muka bumi. Keempat; membangunkan potensi diri dan kekuatan jiwa yang dibina di atas usaha dan yakin kepada Allah s.w.t. Dengan demikian ia menikmati kehidupannya dengan penuh kepuasan kepada Tuhannya. Rasa optimis dengan bimbingan Tuhannya sentiasa membangkitkan semangat untuk beramal, beribadah sesuai dengan fungsi dan peranannya hidup di dunia ini.

Daripada huraian ringkas di atas, ia menunjukkan bahawa penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan akan memberi makna hidup yang sebenar kepada setiap manusia yang memilikinya dan seterusnya membangunkan umat yang bermoral dan berakhlak mulia, membangunkan tamadun yang kukuh dan bernilai. Penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan memberi kekuatan kerohanian dan moral kepada masyarakat. Ia boleh menjadi penunjuk dalam merealisasikan risalah hidup mereka di dunia ini, untuk mengambil bahagian dalam membangunkan tamadun dunia mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. Allah s.w.t menjanjikan bahawa menghayati nilai keimanan dan ketakwaan akan memberi kemudahan mendapat rahmat yang berlipat ganda dan memperolehi petunjuk dalam kehidupan dunia serta akan menerima ganjaran kelak di kemudian hari. Firman Allah bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah s.w.t dan berimanlah kepada RasulNya, pasti (Allah) memberikan dua kali ganda daripada rahmatNYA dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu pakai berjalan (hidup di atas

bumi) dan Dia akan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (al-Hadid:28). IMAN DAN TAKWA MEMBENTUK MANUSIA MULIA DAN BERUPAYA Iman dan takwa bertujuan untuk melahirkan manusia sejati yang boleh diertikan sebagai seorang yang baik, bukan sahaja taat dan patuh kepada Allah s.w.t sebagai Pencipta manusia, malah ia dapat mentadbir dan memelihara keseimbangan dan keharmonian kejadian dan alam di sekelilingnya. Manusia yang beriman dan bertakwa akan memiliki persepsi dan pandangan yang seimbang, bukan hanya tertumpu kepada dirinya sahaja sebagai individu, malah ia turut merangkumi pelbagai peringkat hubungan, antaranya: 1.

Hubungannya dengan Tuhan

2.

Hubungannya dengan masyarakat sekeliling

3.

Hubungannya dengan alam sekitar

4.

Hubungannya dengan diri sendiri

Allah s.w.t menegaskan dalam firmanNya bermaksud “kepentingan manusia berpegang kepada iman dan takwa disamping melakukan perkara-perkara yang baik dan mencegah kemungkaran sebagai salah satu ciri penting umat yang berjaya dan terbaik. Ia bukan sahaja tertentu kepada perkara-perkara berkaitan agama sahaja, bahkan meliputi keseluruhan aspek kehidupan dan pergaulan sesama manusia tanpa mengira batasan agama, bangsa dan negara” (Ali Imran:110). Iman dan takwa menjana sifat-sifat terpuji seperti tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas. Semua sifat-sifat ini menjadi asas utama menjana kemuliaan dan keharmonian umat manusia. Seorang yang beriman dan bertakwa akan menyedari bahawa terdapat satu kuasa agung yang sentiasa memerhatikan segala gerak-geri dan perbuatannya untuk dinilai dan dipersoalkan kelak. Oleh itu, setiap perbuatan perlu dilakukan dengan penuh hati-hati dan jujur. Seseorang yang memiliki iman dan takwa sentiasa berwaspada dan sedar akan tanggungjawab dan peranan yang harus dilakukannya. Inilah intipati dan kesan daripada penghayatan terhadap konsep “ihsan” yang merupakan antara peringkat iman yang tertinggi. Ibarat seorang pekerja yang sentiasa diperhatikan oleh majikannya dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala tugas dan tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Jika terdapat sebarang kesilapan ataupun kesalahan, ia akan disusuli oleh pengakuan dan perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian di masa akan datang. Iman dan takwa juga menyumbang ke arah kestabilan dan kekuatan rohani, emosi dan mental serta memberikan makna dan hala tuju yang jelas terhadap tujuan kehidupan manusia di dunia ini. Agama mengajarkan bahawa manusia sebenarnya adalah makhluk kejadian allah s.w.t yang telah dimartabatkannya sebagai sebaik-baik kejadian di dunia ini. Ia dilahirkan ke dunia ini khusus sebagai hamba dan khalifah Allah. Dunia menjadi medan ujian untuk menilai kebolehan dan keupayaan manusia mentadbir dan berbakti kepada Allah s.w.t menerusi interaksi sesama manusia dan alam sekitarnya. Setelah itu, segala amalan dan perlakuan manusia akan dinilai dan diberikan balasan yang setimpal di akhirat kelak. Seorang insan yang memahami tujuan wujudnya kehidupan ini akan mendapat satu kekuatan dan kuasa yang memberikan motivasi untuk beramal dan berusaha dengan gigih di dunia ini sebagai landasan ke satu alam lain yang abadi. Semua amalan dan perbuatan yang dilakukan akan disesuaikan dengan matlamat mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sekiranya berlaku suatu ujian atau cubaan yang memerlukan pengorbanan baik dalam bentuk harta, nyawa dan emosi, ia akan sentiasa menerimanya dengan sikap yang terbuka dan positif. Iman dan takwa juga meruntuhkan ego dan nilai-nilai negatif dalam kehidupan serta menimbulkan sifat-sifat positif seperti gigih bekerja keras, menjalin hubungan baik sesama manusia, bercita-cita tinggi untuk mencari kebahagiaan kerana orang yang beriman dan bertakwa akan merasakan bahawa dirinya hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skima kejadian dan kewujudan di alam semesta ini yang berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa pertolongan daripada individu lain dan alam persekitarannya, dirinya tidak akan mampu menjalani kehidupannya dengan teratur dan lebih selesa. Dengan demikian orang beriman dan bertakwa merasakan dirinya amat kerdil sekali jika dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain. Manusia yang memiliki iman dan takwa sentiasa terdorong untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan dalam segenap aspek perbuatan dan perlakuannya sehingga

terbentuk di dalam dirinya satu disiplin moral dan pegangan positif yang selalunya mengajak ke arah nilai-nilai yang mulia dan terpuji. Oleh itu, orang beriman dan bertakwa akan dikenali sebagai orang yang berbudi pekerti mulia dan dihormati. Penghayatan yang sebenar terhadap konsep iman dan takwa ini mampu mengurangkan masalah akhlak dan moral masyarakat akibat tidak berpegang teguh kepada agama dan hanya berlandaskan hidup kepada pertimbangan fizikal dan material semata-mata. Iman dan takwa menanamkan sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati serta toleransi yang tinggi sesama manusia dan terhadap alam sekeliling. Hakikat ini dapat dilihat dari aspek hubungan antara seseorang individu dengan manusia dan alam sekelilingnya. Orang yang beriman dan bertakwa pastinya akan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan tolong-menolong sesama insan tanpa mengira batasan agama, bangsa dan sebagainya. Disamping membantu memastikan keseimbangan dan keharmonian hubungannya dengan dunia persekitarannya, mereka bergaul sesama manusia dan alam sekitar dengan sebaik-baik pergaulan tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan bahasa. Apatalah lagi jika mereka tinggal bersama-sama di dalam sebuah negara yang memerlukan mereka berkerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana konsep tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan membenci perkara mungkar adalah di antara teras utama bagi iman dan takwa. Mereka juga mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dan kepentingannya sebagai alat untuk mendapatkan kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kerana penguasaan ilmu pengetahuan merupakan sebagai salah satu medium untuk mencari dan mendapatkan kebenaran dan kejayaan di dunia dan akhirat. Penguasaan Teknologi dan pemilikan ilmu bukan sahaja berkaitan dengan amalan keagamaan tetapi juga yang bersangkut-paut dengan kehidupan di dunia kerana penguasaan ilmu pengetahuan merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu pengetahuan seperti firmanNya yang bermaksud: “Allah mengangkat darjat dan kedudukan orang beriman dan berilmu” dan firmanNya lagi yang bermaksud: “adakah sama nilai kerja orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, jawabnya tentu tidak” kerana kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan sesebuah masyarakat itu memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa. Ini bertujuan supaya kecemerlangang intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Perkara ini menjadi penting bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis. IMAN DAN TAKWA KAITANNYA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM Di Malaysia, agama Islam telah ditentukan sebagai agama rasmi negara melalui Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, rakyat bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Toleransi agama seperti ini merupakan satu pendekatan keagamaan yang didorong oleh rasa iman dan takwa umat Islam. Ia telahpun diterjemahkan dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau juga memberi ruang kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman di Kota Madinah. Kedudukan orang-orang bukan Islam yang tidak terjejas hak mereka, dapat dilihat dengan lebih jauh dalam amalan Baginda, khususnya dalam Perlembagaan Madinah. Dokumen ini merupakan bukti konkrit di mana orang-orang Islam dan bukan Islam hidup bersama-sama dan masing-masing menikmati hak mereka, sungguhpun orang-orang Islam kuat pegangan agama mereka. Malah penghayatan mereka kepada iman dan takwa mendorong mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap semua anggota masyarakat termasuk yang bukan Islam. Iman dan takwa sama sekali tidak menghalang kewujudan bersama orang-orang bukan Islam di kalangan masyarakat Islam. Al-Quran dengan jelas mengiktiraf hakikat kewujudan masyarakat majmuk dalam sesebuah masyarakat. Malah konsep kongsi kuasa sepertimana amalan Malaysia adalah tidak bercanggah dengan nilai iman dan takwa yang menjadi pegangan kepercayaan umat Islam. Justeru itu, ianya memberi impak yang cukup besar di mana hampir tiada kacau bilau mahupun pertelingkahan yang timbul akibat daripada salah faham agama. Kewujudan berbagai-bagai bangsa dan agama dapat dilihat umpamanya menerusi konsep kebebasan beragama yang diberi jaminan dalam Islam. Orang-orang bukan Islam adalah bebas untuk menganut apa-apa kepercayaan yang dikehendaki dan tidak ada paksaan dalam memilih agama, walaupun orang-orang Islam dikehendaki menjalankan kewajipan berdakwah. Al-Quran sendiri menegaskan semua manusia perlu diberi penghormatan dan kejadian mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan puak adalah bertujuan semata-mata supaya mereka saling mengenali , bermuafakat dan bukan untuk membenci di antara satu sama lain.

Sebenarnya dengan asas iman dan takwa, umat Islam memiliki tanggungjawab keagamaan untuk melindungi nyawa, harta dan kehormatan orang-orang bukan Islam. Adalah kewajipan umat Islam agar berbuat baik dan bersahabat dengan orang bukan Islam yang tidak memusuhi agama Islam dan umat Islam (Quran, 60:8-9). Nabi Muhammad s.a.w telah memberi amaran kepada orang-orang Islam agar tidak menzalimi dan melakukan penganiayaan terhadap orang-orang bukan Islam. Malah penganiayaan yang terjadi dianggap sebagai menyakiti Allah s.w.t dan RasulNya. Seseorang yang memiliki iman dan takwa akan melihat sesama manusia sebagai kejadian Allah s.w.t yang mulia tanpa memberi justifikasi darjat seseorang mengikut agama dan bangsanya. Ia memberi pertolongan dan pergaulan yang baik kepada semua, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Malah orang yang beriman dan bertakwa sentiasa menjadikan dirinya sebagai cermin dimasyarakatnya dan memberi contoh yang terbaik dalam pergaulan dan muamalah. Rasulullah s.a.w mengisyaratkan bahawa bukan dari orang yang beriman dan bertakwa jika seseorang itu memiliki sifat suka menuduh yang bukan-bukan, suka melaknat orang, lidahnya kotor dan hatinya busuk (al-Hadis). IMAN DAN TAKWA MENJANA MODAL INSAN Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan merupakan agenda yang sangat penting dan harus diberi penekanan. Ini berteraskan kepentingannya yang menentukan prestasi, kemajuan, pembangunan, pemodenan dan tamadun sesebuah masyarakat yang bertunjangkan agama. Iman dan takwa mempunyai peranan penting dalam melahirkan sumber manusia yang unggul berakhlak dan bermoral. Ia merupakan satu kekuatan yang tercetus dalam diri seseorang yang hati nurani, akal budi dan seluruh peribadinya sudah diresapi, dibentuk dan dikuasai sepenuhnya oleh nilai-nilai murni keagamaan sehingga seluruh tindakannya dikendali, dipandu dan ditunjuk oleh kepercayaan yang meresap dalam hati sanubarinya. Dari sanalah terpancar sinar yang membangkitkan untuk beramal dan berusaha dengan kuat untuk membangunkan diri, masyarakat dan negaranya. Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang mudah menerima kebenaran dan mampu mempertahankannya dan menyebarkannya kepada orang lain, baik melalui pengajaran dan pendidikan mahupun melalui suri tauladan yang terlihat dalam amalan hariannya. Oleh itu, iman dan takwa merupakan nadi penggerak pembangunan insan yang dapat menghasilkan sumber manusia yang berkebolehan dan berupaya dalam melaksanakan pembangunan tamadun yang dicita-citakan. Konsep “Ibadu Rahman” (hamba Allah), dalam al-Quran adalah elemen penting menjana model sumber manusia yang unggul yang menjadi idaman setiap masyarakat membangun. Di antara ciri-ciri manusia ibadu rahman, ialah: 1.

Hidup sederhana, tidak membazir dalam kehidupannya.

2.

Sopan-santun dalam pergaulan dan berkomunikasi

3.

Mentaati segala perintah Tuhannya

4.

Memiliki rasa pertimbangan yang adil dan saksama

5.

Tidak membazir dalam menggunakan rezeki yang dimilikinya

6.

Menjauhi perkara yang membawa kepada kederhakaan seperti ingkar kebaikan, pembaziran dan;

7.

Tidak bersekongkol dengan usaha dan perkara mungkar serta tidak terpengaruh dengan budaya negatif sekeliling.

8.

Menjaga dan memelihara kerukunan rumahtangga, menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda.

9.

Menjaga hak dan maruahnya disamping menghormati hak-hak orang lain.

Dengan demikian, jelaslah akan kepentingan iman dan takwa dalam rangka pendidikan dan pembangunan sumber manusia. Sebab pembangunan sumber manusia adalah asas utama dalam membangunkan tamadun dan peradaban dunia pada masa silam, kini dan akan datang. KESIMPULAN Meletakkan keimanan dan ketakwaan sebagai teras utamanya pendekatan Islam Hadhari adalah asas yang kukuh dan konsisten bagi menerangi pembangunan manusia dan hala tuju negara ini merupakan satu kesimpulan yang tepat dan praktikal. Pendekatan Islam Hadhari yang disinari oleh iman dan takwa akan menjana umat yang berupaya dan bermoral mulia, bersungguh-sungguh didalam tugas dan tanggungjawab dengan gigih, amanah dan berkualiti.

Manusia yang beriman dan bertakwa sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara terbaik dan menjauhi yang mungkar. Ia tidak memisahkan diri dari masyarakat tanpa mengira batasan agama, budaya, bangsa dan bahasa. Menerusi interaksi dan kerjasama yang tidak terbatas bagi membangunkan tamadun manusia yang kukuh dan bernilai hormat-menghormati di antara satu sama lain kerana matlamat dari seluruh aktivitinya samada bersifat spritual dan fizikal bagi mencari rahmat Tuhannya serta kedamaian dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.

2)KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masingmasing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90, Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah : 8, Maksudnya : “Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya, “Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam alqur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58 Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya : “ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15 Maksudnya : “ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari re4zeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”. \

3)

Prinsip 5 RAKYAT BERJIWA MERDEKA Oleh PROF DR. SIDEK BABA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Pendahuluan Fitrah kejadian setiap makhIuk di alam ini memerlukan kebebasan. Kebebasan memberi erti yang amat bermakna bagi kehidupan. Detik pertama kelahiran seorang bayi ke dunia ditandai dengan tangisan seolah-olah membayangkan pekikan kebebasan dari kandungan ibu selama lebih sembilan bulan. Memang fitrah kejadian memberikan manusia erti kemerdekaan. Tetapi kemampuan manusia menghubungkan faktor diri dengan faktor alamiah adalah terbatas terutama yang berkaitan dengan alam ghaib. Upaya penerokaan akal dan pancaindera manusia terhadap perkara-perkara dan bendabenda yang wujud adalah terbatas. Oleh itu, manusia memerlukan petunjuk dari sumber Yang Maha Perkasa. Hanya dengan petunjuk Allah S.W.T. manusia mampu memahami erti diri, erti kehidupan, erti kebebasan dan juga erti kemerdekaan dalam maksud yang sebenarnya. Sebab itu konsep hamba clan khalifah memberikan asas taklif atau tanggungjawab. Melaksanakan taklif memerlukan pedoman dan pertunjuk. Di dalam alQuran Allah S.W.T. memberikan batasan tentang halal haram, dosa pahala clan baik buruk sesuatu. Sekiranya pedoman ini dijadikan amalan, jiwa merdeka akan sentiasa subur dan selari dengan fitrah insan. Yang menyebabkan makna kemerdekaan dikaburi ialah tingkah laku manusia yang melampaui batas. Al-Quran memberikan asas tentang "perbuatan tangan-tangan manusia yang menyebabkan kerosakan pada alam ini". Manusia yang hidup melalui pedoman al-Quran cenderung melakukan sesuatu mengikut keredhaan Allah S.W.T.. Inilah asas yang meletakkan manusia terus berada dalam fitrah clan merdeka. Memahami konsep Islam tidak sekadar dihubungkan dengan ajaran agama itu sendiri. Islam sebagai "Deen" adalah sesuatu yang hidup bagi sepanjang zaman seperti juga jaminan Allah S.W.T. tentang al-Quran yang akan terus dipelihara sehingga akhir zaman. Aspek lain mengenai Islam ialah penganutnya. Apakah penganut Islam hari ini mewakili zaman atau sedang terpinggir oleh arus perubahan? Kekuatan ajaran itu berada pada umatnya. Sekiranya ajaran Islam itu dihayati sesuai dengan zaman yang pantas berubah, umat Islam tentu berada dalam satu tahap yang clihormati seperti yang pernah berlaku suatu ketika dulu di puncak suatu tamadun yang amat menyumbang kepada Barat dan Timur. Oleh itu, memperkasa umat dengan menggilap dan menghayati nilai-nilai yang Qurani bakal memerdekakan jiwa penganutnya claripada belenggu kejumudan, kebekuan kreativiti, kehampaan intelek clan kecelaruan budaya. Penjajahan pemikiran "al-ghozwul fik-r" yang menimpa umat Islam sejak kejatuhannya ratusan tahun yang lalu memerlukan cara dan penclekatan untuk membebaskannya. Walaupun Malaysia secara politik dan pentadbirannya bebas claripacla kuasa penjajah, namun masih diancam penjajahan bentuk baru seperti hegemoni sistem komunikasi dan telekomunikasi serta penjajahan kebudayaan. Kagum terhadap Barat dan negara-negara bekas penjaja, sindrom kebergantungan kepada Barat dan model kemajuannya sering menjadi ukurtara atau benchmarking untuk kita berstatus maju atau berimej global. Keadaan seperti ini harus diatasi supaya jiwa merdeka harus mampu memberikan cita rasa yang lebih kental dan bermakna supaya jati diri dapat diperkukuhkan, harga diri dapat dipertahankan dan hala tuju pembangunan menepati falsafah Wawasan 2020 iaitu pembangunan yang mapan dan seimbang. MAKNA KEMERDEKAAN Merdeka mempunyai beberapa pengertian. Mengikut Kamus Dewan (hlm 883), mercleka bermakna " bebas daripacla penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain, lepas claripacla (tebusan, tuntutan, berdiri sendiri, ticlak bergantung kepacla orang lain ). Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi,

menjayakan clan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangatsangat menerima taubat " (Surah an-Nasr: 1-4) Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia. Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam keduclukan yang baik dan menyumbang. Sumber kemerdekaan dengan Allah S.W.T. ialah keimanan dan ketakwaan yang meletakkan manusia dalam batas hamba dan khalifah. Hak individu dalam konteks Islam meletakkan asas kebebasan bersuara, beraktiviti dan bermasyarakat, asal saja ia ticlak melanggar hak orang lain. Hak keluarga ialah tanggungjawab ibu bapa memerdekakan anak-anaknya claripada kejahilan dan menjaclikan diri sebagai contoh atau qudwah supaya anak-anak menjadi orang yang cemerlang dan mampu menyumbang. Hak masyarakat ialah bagaimana potensi dan kelebihan yang ada pada seseorang tidak saja menjadi miliknya tetapi juga menj adi milik masyarakat. Hak negara ialah b agaimana kehadiran kita sebagai warganya menuntut sumbangan dan pengorbanan dalam apa bentuk yang terizin dan termampu supaya kecintaan kepada Allah S.W.T. memberikan kita hikmah cintakan negara. MERDEKA DI LANDASAN TAUHID Mekah memberikan erti yang amat istimewa bagi perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk mengembalikan manusia kepada fitrah. Kemerdekaan Mekah terkanclung risalah nubuwwoh yang amat tinggi iaitu pembebasan manusia dari belenggu syirik. Terbebasnya manusia daripacla belenggu syirik ini menjadikan asas akidah berada pada tempatnya yang sebenar dan membentuk tosawwur yang menjalin ikatan antara hamba dan Khaliq, keimanan terhadap Pencipta dan meyakini tentang keperkasaan-Nya, Surah al-1khlas dari ayat 1 hingga 4 memberikan asas yang kukuh tentang aspek ketuhanan yang Maha Esa; "Katakanlah, Dia-lah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yong bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Don tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya " Implikasi surah ini membentuk suatu pandangan semesta tentang kekuasaan Allah S.W.T.. la suatu tosawwur yang membentuk asas wehdah dan kesatuan yang amat nyata. Tidak wujud penyengutuan atau menyamakan secara setara antara status Pencipta dan yang dicipta. Bila semuanya kembali kepada Yang Satu, ia memberikan makna yang besar tentang maksud kehambaan yang tinggi. Asas wehdah ini menjadi perkara yang amat pokok dan utama dalam memahami kemerdekaan diri. Asas ini akan memberi arah yang jelas terhadap aspek kepercayaan, pemikiran, ihnu pengetahuan, sains clan teknologi, kebudayaan, kemasyarakatan, pembangunan, kemajuan sistem dan juga negara. Asas ini juga boleh memberikan dokongan yang kukuh terhadap erti jati diri, fahaman patriotik clan proses bina negara. Tanpa asas wehdah manusia akan cenderung kembali kepada faham qaumiah sempit dan konsep rahmah alamiah sukar untuk berkembang kerana sifat kejadian, potensi yang dimiliki, kelainan yang wujud, persamaan yang ada tidak dapat terbentuk atas asas litaarrafu. Asas wehdah ini juga akan memberikan tunjangan terhadap faktor rohaniah yang terpancar dalam amal soleh. Memperkasa faktor duniawi yang memberikan natijah ukhrawi. Melihat faktor benda sebagai sumber yang perlu diuruskan dengan amanah.

Benda ialah alat bukannya matlamat. Melihat faktor rahmah dan nikmah sebagai sumber daripada Allah S.W.T. yang perlu ditadbir urus secara ad] wal ihsan. Akhirnya menjadikan kita sebagai umat contoh, umat yang memiliki daya kesatuan yang tinggi (ummatan waahidah), umat terbaik (khaira ummah) dan umat pertengahan (ummatan wasata) yang memiliki kemampuan memimpin dunia dan memimpin umat manusia. Atas landasan inilah Shakib Arsalan dalam kitabnya "Mengapa umat Islam terkebelakang be-rbanding bangsa lain- menekankan kepentingan kerohanian dalam memurnikan jiwa daripada perkara yang merosakkan, mengisi jiwa kepada perkara-perkara Yang baik seperti keimanan dan keyakinan kepada Allah S.W.T., membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama nianusia; dan memerdekakan diri daripada menjadi hamba kepada nilai dan budaya masyarakat Yang merosakkan seperti fahaman kebendaan dan tipu daya dunia. Faham kehambaan di sini tidak harus dilihat dalam pengertian Yang sempit. Kehambaan di sisi Allah S.W.T. dalarn erti kata Yang luas mernancarkan jiwa merdeka Yang tinggi atas kepatuhan, ketaatan, ketundukan dan keakuran tehadap perkara-perkara yang benar dan hak. Mengakui wujudnya Allah S. WT. melalui tanda-tanda kebesaran-Nya, mengakui kebesaran Allah S.WT. dengan dan nikrnah-Nya yang melimpah ruah-rahmah ,mengakui keperkasaan Allah SWT. yang memberikan kudrat dan takdir-Nya terhadap kehidupan manusia dan alam ini menyebabkan manusia memiliki sifat patuh, taat, tunduk dan akur. Apa pun sistem yang ingin berjalan dan memberi manfaat yang tinggi, ia mestilah berialan atas patuh, taat, tunduk dan akur. Bintang-bintang, sistem solar, kosmos dan galaksi tidak akan bergerak secara tertib dan teratur melainkan atas landasan sunnah-Nya dan semua itu bergerak atas asas patuh, taat, tunduk dan akur. Kalau tidak, perlanggaran dan kesesakan akan berlaku. la ticlak berlaku kerana sifat Allah S.W.T. itu sendiri Maha Berkuasa dan Maha Perkasa terhadap ciptaan-Nya. Hal yang sama juga perlu ada kepada manusia supaya asas patuh, taat, tunduk dan akur menjadi sumber amalan bagi menundukkan sifat takabbur, sombong, angkuh dan ujub yang menyebabkan manusia terbelenggu dengan nafs al-amarah yang bersifat haiwani. Inilah yang menyebabkan berlakunya konflik, persengketaan, permusuhan, peperangan, kesombongan terhadap kuasa dan pangkat, takabbur terhadap ilmu dan kepandaian, angkuh terhadap harta dan kesenangan, ujub terhadap kekayaan dan kemewahan hingga dirinya jadi terbelenggu. Faktor rohaniah harus menjadi landasan membebaskan manusia daripada belenggu yang membelit hati lantaran nafs al-amarah yang jelik. Kekuatan rohaniah yang terpancar dalam bentuk amal Islami bukannya terbatas dalam ritual ke dalam diri (tazkiyah an-nafs) semata-mata, tetapi ia henclaklah terucap dalam kata-kata yang santun dan mendidik, terlihat dalam amal clan perbuatan yang baik dan dirinya mampu menjadi contoh ikutan orang lain. Asas kemerdekaan diri secara rohaniah dan amal ialah pertautan yang tinggi dengan Allah S.W.T. yang dilakukan dengan ibadah clan amal soleh yang ikhlas dan telus supaya kesan kebaikannya dapat dirasakan oleh yang lain. Cabaran utama yang sering dihadapi oleh manusia ialah cabaran hawa nafsu. Nafsu adalah sesuatu yang fitrah bagi manusia, asasnya diibaratkan sebagai kuda liar. Kuda liar kalau tidak dilatih atau dijinakkan akan menyebabkan ia ticlak boleh clikawal. Nafsu juga sedemikian, sekiranya ticlak dilatih dan dijinakkan secara fitrah dengan amalan rohaniah yang baik ia boleh membina nafs al-amarah bi-suk iaitu nafsu jelik yang membawa pekerti buruk. Ibarat kuda liar yang dilatih untuk berlari dengan baik, dijinakkan dengan belaian dan urutan yang manja menyebabkan ketaatan kepada tuan atau penunggangnya tinggi. Apa saja yang diperintahkan oleh tuannya akan diikuti dengan baik dan menjadikan kuda itu sebagai kuda yang taat dan patuh. Nafsu manusia juga memerlukan pendekatan yang sedemikian supaya memiliki jiwa hamba yang tinggi. jiwa hamba yang tinggi akan berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu serakah yang jelik seperti Firman Allah dalam Surah ali-Imran ayat 14-15 yang bermaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada bendabenda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak, kuda pemeliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun kebun tanaman. Semuanya itu ialah ke senangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik baiknya (iaitu syurga). Katakanlah wahai Muhamad: Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula keredhaan daripada Allah S.WT. Dan (ingatlah), Allah S.WT sentiasa melihat

akan hamba-hambaNya ". MERDEKA DALAM PEMIKIRAN Akal adalah anugerah Allah S.W.T. yang amat bernilai kerana ia membezakan antara haiwan dengan manusia. Allah S.W.T. kurniakan akal membolehkan manusia mengingat, berfikir clan memberikan daya taakulan. AI-Quran menghubungkan akal dengan konsep ulul a]-bob supaya tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. itu diteliti dan dikaji dan menghubungkannya dengan Pencipta. Alam ini ticlak terjacli dengan sendiri. Manusia pun tidak terjadi dengan sendiri (by nature). Sesetengah orang di Barat membuat tanggapan bahawa alam dan manusia ini terjadi secara kebetulan (by accident). Menghubungkan kejadian dengan agama dianggap sebagai suatu dogma. Asas inilah yang menjadikan ilmu orang-orang Barat bersifat rasional dan empirikal semata-mata. Segala sesuatu diukur dan diambil kesimpulan hanya dirujuk dengan upaya akal saja. Persoalan dalam al-Quran, "Apakah kamu tidak berfikir" yang merujuk kepada orang-orang berakal tentang ketakjuban kejadian-Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah S.WT turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu, Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan ". (al-Baqarah: 164) Ayat di atas membawa mesej saintifik. Sains dalam tradisi orang Barat hanya menyangkut tentang kajian mengenai benda dan fenomena. Sains dalam tradisi Islam tidak saja mengkaji tentang benda dan fenomena tetapi hal-hal di sebalik benda dan fenomena iaitu pertanda-pertanda kewujudan dan keperkasaan Allah S.W.T.. Manusia yang diciptakan mengatur sistem lebuh raya yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap berlaku. Allah S.W.T. jaclikan planet dan sistemnya berputar clan beredar secara teratur dan tertib tentunya membayangkan ada kuasa yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan atas sunnah-Nya. Ticlak mungkin planet dan sistemnya bergerak sendiri seperti ticlak mungkin kereta berjalan sendiri, kapalterbang terbang sendiri. Akal yang berfikir tentunya memberikan taakulan bahawa sesuatu yang bergerak ada penggeraknya dan sesuatu yang terjadi ada penjadinya. Asas inilah yang menjadikan kebebasan pemikiran wujud dalam keadaannya yang fitrah. AI-Quran juga memberikan asas tentang perlunya pengembangan pemikiran menerusi anjuran "Apakah kamu tidak merenung" iaitu tidakkah manusia berfikir secara kreatif, reflektif, lateral, kritikal, strategik dan sebagainya. Kemahiran berfikir ini amat penting supaya perspektif tentang sesuatu dilihat secara menyeluruh clan komprehensif. Sesuatu kej adian baik langit dan bumi, manusia dan haiwan, air dan tumbuhtumbuhan mempunyai kaitan antara satu dengan lain. la ibarat suatu sistem kosmos yang memiliki kesalingan dan memiliki hikmah di sebalik kejadiannya. Pengembangan pemikiran secara fitrah menyebabkan manusia menjacli tahu dan berilmu. Ilmu tanpa suluh al-Quran ticlak memberikan jalan berfikir yang terang benderang. AI-Quran sebagai sumber hikmah dipandu oleh jiwa tafakkur membolehkan manusia tahu tentang letak dirinya sebagai hamba dan khalifah clan hubungannya dengan Pencipta untuk memahami maksud faktorfaktor yang nyata dan ghaib yang terdapat dalam alam dan kehidupan ini. AI-Quran juga menganjurkan supaya tradisi tadabbur dikembangkan. Jiwa tadabbur adalah amat penting bagi memerdekakan pemikiran manusia. Rasa ingin tahu, keupayaan menyelidik dan mengkaji memberi ruang kepada manusia mendapatkan data dan maklumat, fakta dan ilmu supaya daripadanya menjadikan manusia lebih dekat dengan Allah S.W.T.. dan menjadikanya yakin terhadap kebesaran-Nya berasaskan pertandapertanda jelas dan meyakinkan. Kecemerlangan ilmuan dan ulama' silam berasaskan integrasi fikir dan zikir. Tradisi fikir dan zikir menemukan Ibn Nafiz pakar dalam bidang ilmu Mengurus Diri iaitu keahlian dalam bahasa Arab dan Syariah. Dalam masa yang sama juga mempunyai keablian dalam ilmu. Mengurus Sistem iaitu pakar dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan ilmu perputaran darah (blood circulation). Tradisi ini juga menampilkan tokoh ilmuan seperti Ibn Sina yang hafaz al-Quran di awal umur, menguasai pelbagai bahasa, menekuni bidang ilmu muzik, pakar dalam bidang astronomi atau astrofizik, mahir dalam bidang falsafah, hebat dalam ilmu matematik dan tersohor dalam ilmu perubatan. Hal yang sama juga berlaku kepada al-Hawarizmi pakar dalam bidang matematik, al-Zahrawi pakar dalam ilmu bedah, al-Batani pakar dalam ilmu astrofizik, Ibn Haitam dalam bidang optik, Abbas ibn Firnas dalam bidang enj in terbang clan ramai lagi yang melakukan tradisi todobbur tanpa memutuskan diri dengan Allah S.W.T.. Inilah asas kemerdekaan berfikir yang wujud dalam zaman kegemilangan tamadun yang telah memimpin tamadun umat manusia.

Akal manusia juga dibantu oleh pancaindera. Apa yang ditatap, dibaca , ditulis, ditonton, disaksi dan cliperhatikan memberi asas terhadap akal clan kecerdasannya. Apa yang didengar, dihidu, dirasa dan disentuh juga merupakan landasan menghubungkan diri dengan lingkungan luar diri clan persekitaran boleh menyumbang kepada kemakrufan dan faktor sekitar juga boleh menyumbang kepada kemungkaran. Keinsafan bahawa Allah Maha Melihat clan Allah Maha Mengetahui menjadi pedoman bagi manusia menyuburkan jalan berfikir dan perkembangan pancainderanya supaya yang dilillat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh adalah sesuatu yang baik dan menyumbang kepada kebaikan dan kesejahteraan diri clan juga perlakuannya. Oleh itu, pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang terpedoman. Manusia yang fitrah tidak boleh lepas bebas dalam berfikir tanpa adanya pancang ataupun panduan yang membolehkan manusia insaf bahawa sebagai hamba dan khalifah, ia tertakluk kepada ketentuan Allah S.W.T.. Meskipun jalan ikhtiar erbuka untuk manusia, namun faktor naluri clan nafsu-nafsi semata-mata tidak memadai untuk membimbing manusia ke jalan yang betul melainkan kesuburan pemikirannya dibentuk oleh keimanan. clan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan adalah batasan yang membimbing manusia tentang kebebasan berfikir. Keimanan menghubungkan manusia dengan faktor ghaibiyyat di mana manusia tidak hanya mengembangkan pemikirannya terhadap apa yang dilihat clan bersifat benda tetapi juga percaya apa yang tidak dilihat seperti Allah S.W.T. dan malaikat kerana terclapat tanda-tanda yang nyata tentang kejadian dan kebesaran-Nya yang di luar mampu akal manusia untuk memberikan rasionalnya. Ketakwaan menghubungkan manusia dengan faktor insaf-ketuhanan (God-conciousness) yang tinggi. Keyakinan manusia kepada Allah S.W.T. yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui membentuk manusia supaya berlaku amanah, jujur, adil, tulus, telus dan lainlain kerana ketakwaan meyakinkan manusia bahawa dalam melakukan sesuatu yang sifatnya ibadah, walaupun bila melakukannya kita tidak melihat Allah S.W.T., tetapi kita yakin Allah S.W.T. melihat kita. Asas inilah yang mempedoman manusia untuk sentiasa berada dalam koadaan fitrah bila melakukan. sesuatu. Orang-orang mukmin dan muttaqin tidak akan erbelenggu oleh sifat pecah amanah atau tidak amanah, kezaliman, penipuan, pura-pura, melakukan eksploitasi atau perkaraperkara seumpamanya kerana ia menjaclikan manusia tidak merdeka dan terbelenggu. Melakukan sesuatu dengan amanah, bercakap sesuatu yang benar, menyampaikan sesuatu dengan jujur, bersikap adil terhadap orang lain, telus dan tulus bila berurusan adalah gambaran orang yang berjiwa merdeka kerana ia menghubungkan dirinya dengan yang Maha Mengetahui iaitu Allah S.W.T.. Dalam melakukan sesuatu ia ticlak berselindung atau monyatakan sesuatu di luar kebenaran kerana sekiranya ia berbuat demikian meskipun manusia tidak tahu tetapi Allah S.W.T. mengetahuinya. Inilah jiwa merdeka yang amat agung yang dimiliki oleh manusia mukmin. Asas ini sangat penting kerana maksud kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan pertunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang buruk, maaruf clan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah persimpangan yang boleh membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu. >>seterusnya

4)

Prinsip Ke Empat Penguasaan Ilmu Pengetahuan Oleh: Prof. Dr. Sidek Baba Panel Pemikir Islam Hadhari

PENDAHULUAN Penguasaan ilmu pengetahuan dan pendekatan integratif dalam pendidikan banyak dibicarakan orang. Ianya bukan saja menuntut pemerincian tetapi juga kejelasan kandungan dan juga proses aplikasinya. Kemajuan dan pembangunan sesuatu negara banyak bergantung kepada jenis manusia atau modal insane yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya. Dalam konteks pendidikan integratif bukan saja kandungan ilmu perlu diperkukuhkan kembali tetapi juga metodologi pengajaran-pembelajarannya memerlukan tinjauan yang serius. Ilmu yang berasaskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai etika perlu diperkukuhkan seiring dengan fokus terhadap merit akademik, sains dan teknologi supaya integrasi antara keduanya menyumbang ke arah penyuburan kualiti holistik pada diri pelajar. Mendepani globalisasi memerlukan ide-ide ketamadunan berasaskan nilai-nilai agama , falsafah dan tradisi kepercayaan yang bermenfaat supaya kekuatan akhlak dan etika dapat dibina berasaskan acuan kita sendiri. Pendekatan ‘kesalingan’ atau ‘litaarrafu’ yang diungkapkan oleh al Quran (al hujurat :13) memberikan perspektif yang amat menarik tentang muafakat dan perkongsian nilai-nilai baik dan berguna. Dalam konteks masyarakat berbilang saripati nilai yang baik amat perlu diadunkan supaya pembangunan dan perubahan yang berlaku di Malaysia mendukung ide-idea ketamadunan tinggi bagi membentuk negara maju berasaskan acuan ke Malaysiaan. Pemikiran hadhari atau ketamadunan amat perlu diterapkan supaya perspektif tentang pembangunan dan kemajuan ilmu sentiasa berasaskan kualiti manusia atau peribadi unggul (towering personalities) yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Islam mengutamakan ilmu dan ianya wajib dituntut oleh lelaki dan perempuan. Ilmu adalah suluh hidup dan menguasai ilmu bakal memberi jalan kemajuan dan perubahan. Oleh itu di sisi Allah orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu statusnya tidak sama (maksud Surah al Zumar : 8) . Kekuatan tamadun Islam pada masa yang lalu berpunca antara lainnya ialah penerokaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. Para ilmuan dan ulama’ Islam menguasai pelbagai bidang ilmu, merentasi Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem. Al Quran yang terkandung hikmah dijadikan sumber penting menguasai ilmu dan menyebabkan ilmu yang dilahirkan bermenfaat tetapi juga selari dengan syariat. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam zaman ketamduanan Islam menyumbang kepada umat manusia. Tradisi sains Islam di Andalusia menyebabkan Barat berlumba-luma menterjemahkan kitab-kitab besar sains, matematik, perubatan, musik, falsafah dan lain-lain ke dalam Bahasa Latin dan Ibrani dan menyebabkan Barat terhutang ilmu kepada umat Islam. Darinya Barat mula mengorak kemajuan dan lahirlah tradisi ilmu dan perubahan di Barat dan kemudiannya memberi kesan kepada umat manusia. Kitab-kitab besar Islam ini digunakan di Barat atau Eropah lebih lima ratus tahun bagi mencetuskan revolusi ilmu di sana. Penguasaan ilmu pengetahuan bersumberkan hikmah (al Quran) terbukti mengangkat martabat umat. Apabila faktor hikmah mula dilupakan, kemajuan berfikir sudah hilang dayanya, krisis ulama-umara’ mula berlaku, tradisi pengkaryaan mula kuncup, tamadun Islam mula meleset dan kebangkita kuasa Eropah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi kerana minat besar mereka untuk menguasai ilmu pengetahuan. Kebangunan Zaman Pertengahan, Reformasi yang berjalan, ‘Renaissance” yang berlaku dan ledakan Revolusi Industri yang terjadi menyebabkan Kuasa-Kuasa Barat mula melebarkan sayap penjajahannya ke seluruh dunia dan menguasai dunia Islam. Tempoh yang begitu lama umat Islam di jajah menyebabkan mereka di pinggirkan dalam arus perkembangan ilmu dan umat Islam umumnya mendekati Ilmu Mengurus Diri dan mula mengabaikan Ilmu Mengurus Sistem. Akibatnya mereka terus di jajah, malah selepas mencapai kemerdekaan pun orientasi pengilmuan dan pendidikan banyak berorientasikan Barat di mana ilmu tidak lagi bertatahkan nilai dan akhirnya ilmu menjadi sekular dan dualistik. Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ilmu dan pendidikan menjadi metlamat dalam pembangunan dasar pendidikannya sejak kemerdekaan di capai. Pengenalan subjek Agama Islam di mulakan sejak Akta Pelajaran 1961 di laksanakan. Perkembangan subjek-subjek dalam orientasi Malaysia dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mula menjadi keutamaan. Sekitar tahun-tahun 80an orientasi pengilmuan dan pendidikan di Malaysia menempa orintasi baru di mana faktor pendidikan agama menjadi faktor yang penting dan pendekatan sepadu dalam pendidikan menjadi asas utama membangunkan peribadi modal insan yang holistik. Pengenalan konsep Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia adalah langkah menarik bagaimana proses pengilmuan dan pendidikan harus berjalan secara integratif. Para pelajar tidak saja didedahkan dengan asas-asas ilmu Mengurus Diri seperti aqidah, akhlak, tilawah, loghah atau bahasa tetapi juga dengan asas-asas Quran, Hadith dan Tafsir sebagai asas membina Tasawwur yang lebih betul tentang maksud ilmu-ilmu agama. Dalam masa yang sama para pelajar di dedahkan dengan subjek-subjek yang berkaitan dengan ilmu Mengurus Sistem seperti Matematik, Sains, Perakaunan, Ekonomi, Komputer dan lain-lain bagi membolehkan mereka menguasai ilmu yang berkaitan dengan pengurusan sistem. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cuba mempelopori proses integrasi dan Islamisasi ilmu dalam semua bidang ilmu pengetahuan dan ianya diikuti oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan juga Kolej Universiti Islam Malaysia supaya para pelajar mempunyai pendedahan dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang bakal membolehkan mereka masuk ke arus perdana dengan memiliki kemampuan ilmu yang seimbang dan menyumbang. Proses bina insan dalam pengilmuan dan pendidikan, memerlukan pembangunan modal insan yang holistik. Ia amat perlu dibangunkan supaya metlamat bina tamadun dapat dilakukan secara sistematik. Globalisasi yang menerpa umat Islam kini memerlukan jawapan ilmu dan integrasi dan Islamisasi ilmu kini adalah jawapan terbaik terhadap faktor globalisasi. Konsep umatisasi harus menjadi metlamat utama proses pengilmuan dan pendidikan dan landasan hadhari atau ketamadunan sewajarnya menjadi tunggak dan teras membangunkan dasar keilmuan dan pendidikan negara. Proses menghasilkan peribadi unggul (towering personalities) dalam konteks Acuan Sendiri hanya boleh berlangsung sekiranya kita refklektif tentang tamadun silam dan terkini dalam menangani cabaran sezaman dan karenah lingkungan. Dialog tamadun harus disuburkan supaya aspek-aspek ketamadunan yang unggul dapat dikembangkan supaya konsep

“litaarafu” itu dapat dirasakan dalam membangunkan ilmu dan pendidikan yang bakal membangunkan konsep “rahmah alamiah” yang amat dituntut oleh Islam. APA ITU PENDIDIKAN Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Pada tanggapan Barat pendidikan dikaitkan dengan proses pemindahan maklumat, ketrampilan dan pengalaman dari guru kepada murid atau dari pensyarah kepada pelajar. Tradisi Islam dalam pendidikan sering menghubungkan pendidikan dengan pembangunan potensi insan. Manusia tidak hanya memiliki kekuatan akal atau minda tetapi Allah mengurniakan manusia dengan potensi rohaniah dan jasmaniah. Ketiga-tiga potensi memerlukan penyuburan yang seimbang. Memberikan fokus kepada pengupayaan akal saja tidak melengkapi sifat pembangunan diri yang menyeluruh. Membangunkan rohani dan jasmani tanpa memberikan fokus kepada akal tidak juga menepati proses pembangunan insan. Menyuburkan kualiti rohaniah, akliah dan jasmaniah secara seimbang adalah pendekatan yang amat serasi dengan proses pembangunan insan (nurturing process). Fitrah manusia memerlukan nilai sebagai ukurtara mengurus diri dan sistem. Bagi yang memiliki keteguhan beragama, nilai agama menjadi landasan mengurus diri dan sistem. Bagi yang berpedomankan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai semasa aspek etika adalah amat penting. Ianya amat releven dalam masyarakat yang berbilang kerana kecenderungan berinteraksi antara kaum yang berbilang adalah aktif. Tanpa adanya asas nilai dan etika yang memberikan pedoman dan batasan, dinamika sosial tidak akan wujud secara positif. Pendidikan dalam perspektif Islam mengambil kira faktor pembentukan insan dan juga faktor pembangunan sistem. Oleh kerana sifat sistem dinamik berubah, jenis kurikulum dan metodologi pendidikan juga harus mengalami perubahan. Tetapi perubahan dalam pendidikan tetap mengekalkan asas-asas yang fundamental supaya sifat ilmunya berkembang dan mampu menyusuri zaman . Ia menuntut upaya reflektif yang tinggi disamping daya kreatif yang hebat supaya antara faktor tradisi dan kemodenan atau perubahan terdapat titik-temu yang sifatnya sezaman dan mampu mencetuskan ide-idea baru dan metolodologi yang sifatnya mewakili. APA ITU ILMU Asas ilmu yang diperlukan oleh manusia ialah dua, iaitu ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem. Allah SWT menjadikan insan sebagai suatu unit sistem yang mempunyai hikmah dan peranannya sendiri. Allah kurniakan insan dengan hati dan nafs disamping faktor-faktor inderawi yang berfungsi mentadbir urus diri. Faktor nafs dan hati terkait erat dengan faktor diri yang menghasilkan bawaan dan sifat diri. Sifat baik, amanah, adil, jujur, ikhlas dan lain-lain adalah sifat-sifat hati yang ada pada diri. Sekiranya tunjangan nafsu itu adalah faktor mutmainnah sifat diri akan lebih jernih. Sekiranya faktor mahmudah atau terpuji lebih menguasai diri, sifat manusia akan menyumbang ke arah kebaikan. Sebab itu proses mendidik Rasulullah SAW sebagai insan contoh banyak bertumpu kepada pembangunan diri. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa generasi yang terbina pada zamannya adalah generasi terbaik merujuk kepada kualiti pengurusan diri berasaskan aqidah yang mantap, akhlak yang tinggi dan jihad yang hebat. Manusia juga memerlukan jenis ilmu yang menyumbang ke arah pengurusan sistem. Manusia dijadikan dengan sifatnya berpasang-pasang, berbangsa-bangsa, berkeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara. Baik berkeluarga, bermasyarakat, bernegara berkait rapat dengan sistem. Manusia pastinya memerlukan ilmu dan ketrampilan bagaimana sistem harus diuruskan dengan amanah dan baik. Sifat amanah dan baik adalah nilai-nilai yang amat diperlukan oleh manusia. Walaupun Allah kurniakan manusia hati dan nafs, akal dan pancaindera namun kemampuan anugerah Allah itu tidak segalagala. Manusia memiliki keterbatasan dalam kemampuan dan keupayaan memahami erti diri, erti persekitaran dan erti faktorfaktor ghaibiyyat yang ada dalam sistem kepercayaannya. Manusia memerlukan pedoman dari Allah SWT yang mencipta dan memiliki alam ini. Tanpa pedoman dan pertunjuk tidak mungkin manusia mampu memahami makna kejadian dan hikmah disebaliknya. Oleh itu ilmu dari Allah SWT dengan kekuatan yang ada pada manusia membolehkan manusia tahu letak dirinya sebagai hamba dan khalifah, tahu menggunakan sumber ilmu iaitu al Quran, menjadikan Rasulullah sebagai model peranan dan mengurus sumber rahmah dan ni’mah sebagai amanah utama yang membekalkannya amal soleh. Oleh itu kekuatan tamadun Islam pada masa lalu ditunjangi dengan keupayaan ilmuan-pendidik menguasai ilmu Mengurus Diri dan mengkhusus ilmu Mengurus Sistem dan menyumbang kepada tamadun umat manusia khususnya Eropah. Ilmu-ilmu yang bercirikan nilai-nilai hadhari inilah yang telah menjadi bukti sejarah kebangunan Islam dan umatnya hingga Eropah terhutang ilmu kepada tamadun Islam. MENGAPA PEMBANGUNAN MANUSIA PENTING Pendidikan dan proses pengilmuan berkait rapat dengan proses pembangunan manusia. Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal untuk membolehkannya berfikir. Dari berfikir menjadikan manusia tahu, dari tahu menjadikan manusia berpengetahuan, dari pengetahuan menjadikan manusia berilmu dan dari ilmu membolehkan manusia memiliki hikmah. Hikmahlah menjadi martabat tinggi yang membawa suluh dalam kehidupan. Sejak zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, risalah kenabian berusaha membawa manusia kembali kepada fitrah. Tidak semua Nabi dan Rasul berjaya sepenuhnya mengajak manusia kembali dan kekal dalam fitrah. Tetapi Nabi Muhammad SAW berjaya membina model pembangunan manusia dan akhirnya model itu mampu menghasilkan tamadun. Jejak-jejak tamadun silam memerlukan upaya reflektif yang tinggi supaya rasa nostalgik kepada keunggulan silam tidak menyebabkan kita alpa bahawa kita menghadapi realiti baru yang memerlukan metodologi baru dan mekanisme baru. Tetapi baru dalam pendekatan Islam tidak harus mengabaikan asas-asas yang fundamental. Faktor syariyyah, fitrah atau faktor nilai umpamanya adalah sesuatu yang amat fundamental dalam proses pembangunan manusia. Sekiranya faktor ini dikembangkan secara kreatif tanpa mengenepikan faktor-faktor yang fundamental yang fitrah sifatnya, maka corak kemajuan, pembangunan dan perubahan terus subur dan berkembang dalam ruh yang fitrah.

Pentingnya diri manusia dibangunkan berasaskan apa-apa sistem pun yang bakal diurus ianya bergantung rapat kepada jenis dan kualiti manusia yang ada. Sekiranya sesuatu itu asalnya tidak baik tetapi diurus. ditadbir atau dikendalikan oleh manusia yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak, lambat laun sistem itu akan bertukar menjadi baik. Tetapi sebaik mana sistem yang telah dibangunkan dan dikendalikan oleh orang yang tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan yang baik serta kualiti amanah yang rendah, lambat laun sistem itu akan rosak juga kerana ianya tidak dikendalikan oleh orang yang ahli dalam bidangnya. Sebab itu kerosakan yang berlaku dalam hidup ini berpunca dari peribadi-peribadi yang cuba menyisihkan kepentingan nilai dan akhlak dalam pengurusan diri dan sistem dan melihat kebendaan sebagai metlamat dan pengurusan sebagai kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dan kepentingan diri. Pembangunan manusia yang bakal mengendalikan pengurusan diri dan sistem bergantung kepada jenis ilmu yang ditawarkan kepadanya dan jenis pendidikan yang diberi. Sekiranya pembangunan ilmu hanya menumpu kepada keperluan akademik dan ketrampilan, fokus pengurusan hanya menumpu kepada sistem dan tidak bermula pada diri. Sebaliknya penekanan kepada pengurusan diri dijadikan keutamaan hingga berlaku kealpaan terhadap ilmu-ilmu pengurusan sistem, ianya menyebabkan ketidakupayaan menguruskan sistem dengan berkesan. Bagi menghasilkan kualiti yang seimbang, ilmu pengurusan diri dengan ilmu pengurusan sistem diintegrasikan supaya hasilnya membawa kualiti sebenar yang diperlukan oleh pembangunan negara. Kerosakan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem samada gejala negatif dalam kehidupan sosial yang semakin menjadi wabak, kecurangan dan salahlaku di banyak peringkat dalam sistem sosial, pendidikan, kewangan, hiburan malah perkembangan teknologi maklumat menyebabkan kita hilang arah akan punca terjadinya dan tidak upaya memilih jalan pulang untuk memulihkannya. Yang jelas terjadi antara lain berakibat lemahnya ilmu pengurusan dan pengawalan diri menyebabkan faktor nafsu-nafsi menjadi pertimbangan yang membawa faedah komersial saja dan membiakkan budaya hedonistik (berpoya-poya) yang merosakkan generasi muda. INTEGRASI ILMU DAN PENDIDIKAN Bila disebutkan ilmu mengurus diri ianya berkait dengan bagimana hati dan nafsu yang menghasilkan niat dan tabiat, membentuk sikap dan ‘mind-set’, memandu perlakuan dan tindakan dapat disuburkan dalam keadaan mutmainnah dan mahmudah. Ianya memerlukan input rohaniah yang baik supaya terpancar peribadi yang baik dalam perlakuan dan tindakan. Contohnya pendidikan mengenai aqidah, ibadah dan akhlak bergerak seiring dalam menghasilkan kualiti diri. Pendidikan aqidah dalam ertikata yang luas membawa maksud bukan saja mendidik keyakinan yang bulat bahawa Allah itu Pencipta tetapi juga Allah Maha Berkuasa atas segala dan Maha Perkasa menguruskan alam ini. Keyakinan kental ini harus menghubungkan manusia dengan bukti kekuasaan Allah terhadap rahmah dan ni’mahnya yang dilimpahkan ke alam ini. Antara maksud limpahannya ialah untuk menfaat manusia dan makhluk. Manusia dan makhluk amat memerlukan limpahan dan rahmah dan ni’mah itu. Umpamanya Allah memberikan manusia rahmah mata, telinga, hidung, tangan, kaki, akal , nafsu dan hati supaya manusia memiliki ni’mah melihat, mendengar, menghidu, bekerja, berjalan, berfikir dan merasa mengenai apa yang ada dalam diri kita dan apa yang ada di luar diri kita. Rahmah dan ni’mah diri ini datangnya dari Allah. Dalam konteks aqidah apakah mata itu kita gunakan untuk melihat benda-benda yang baik atau maaruf, apakah telinga itu kita gunakan untuk mendengar benda-benda yang elok atau lagha, apakah hidung itu untuk menghidu benda-benda yang harum dan baik atau sebaliknya. Apakah tangan itu digunakan untuk membuat kerja-kerja yang berfaedah dan tidak mungkar. Apakah kaki digerakkan untuk melangkah melakukan kerja-kerja fasad atau merosakkan. Apakah akal berfikir ke arah fahsya’ hingga kufur terhadap ilmu Allah. Apakah nafsu dan hati dirangsang secara haiwani menyebabkan hilang pertimbangan dosa-pahala dan penyebab kepada kerosakan kemanusiaan. Hal ini ditanyakan kerana seluruh rahmah dan ni’mah yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah sumber amanah. Dengan amanah yang tinggi pengurusan diri harus berlaku dengan betul dan bermenafaat. Kalau aqidah kita kental bahawa rahmah dan ni’mah dalam diri dan pada manusia itu datangnya dari Allah, pemenafaatannya sudah pasti dihubungkan sebagai sumber ibadah. Dan bila ibadah ini berlaku dengan pedoman akhlak yang baik, ia bakal diterima sebagai amal soleh. Amal solehlah yang bakal mengembalikan manusia kepada Tuhannya dalam keadaan yang diterima. Rahmah dan ni’mah Allah juga banyak terdapat di luar diri manusia. Udara yang bertebaran, air yang mengalir dan meresap, pokok yang tumbuh, haiwan yang hidup, pertroleum dan gas yang terpendam di perut bumi, pohon-pohon yang hijau, gunung-ganang sebagai pasak-pasak bumi adalah antara sumber rahmah dan ni’mah yang amat kaya dikurniakan Allah. Manusia yang memiliki kekuatan dalaman dan luaran dan terbukti mampu mengurus diri memerlukan ilmu untuk mengurus persekitaran dan sistem. Tanpa udara manusia akan mati. Tanpa air manusia dan kehidupan yang lain akan dahaga. Tanpa pokok manusia tidak akan ada sumber makanan. Tanpa haiwan yang boleh dimakan, manusia ketiadaan zat makanan. Tanpa petroleum dan gas manusia ketiadaan bahan tenaga dan bahan bakar. Tanpa gunung-ganang sebagai pasak-pasak bumi , akan hilang perimbangan terhadap mukabumi. Soalnya bagaimana semua itu dapat difahami oleh manusia kehadirannya tanpa menguasai ilmu-ilmu dalam menguruskan sistem. Pasti rahmah dan ni’mah itu akan disalahguna atau tidak tahu untuk digunakan dengan betul. Islam dalam membangunkan tamadun menekankan kepentingan pedoman atau hudan dan pertunjuk dari yang Maha Berkuasa (SIGNS) untuk membangunkan tradisi SCIENCE supaya integrasi antara keduanya akan membawa pedoman, amanah dan perimbangan dalam memenafaatkannya. Pada hakikatnya al Quran tidak hanya ditanzilkan dan bersifat textual tetapi ianya merojok kepada kontekstual (realiti). Pertujuk dan pedoman Allah itu tidak lahir dalam kekosongan malah al Quran membentuk watak insan supaya memiliki kualiti diri untuk mengurus diri dan sistem supaya ianya berlaku dalam konteks amanah. Malah alam ini sendiri, segala khazanah yang ada padanya, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup manusia dan kemanusiaan adalah gambaran tentang ayat-ayat Allah. Sebab itu al Quran memaparkan banyak kisah-kisah tentang kehidupan manusia pada masa lalu untuk dijadikan iktibar atau ibrah supaya kesilapan lalu jangan diulangi lagi. Sayangnya apabila manusia lari dari peringatan

Allah, putus dari pedoman dan pertunjuk Allah, manusia hilang arah dan natijah akhirnya ialah mendukung kerosakan di bumi dan di langit akibat perbuatan tangan-tangan sendiri. Oleh itu amat penting ilmu Mengurus Diri (fardhu ain) dan ilmu Mengurus Sistem ( fardhu kifayah) diintegrasikan kerana proses pendidikan ingin melahirkan manusia holistik supaya potensi aqliah , rohaniah dan jasmaniah dapat disuburkan secara seimbang dan harmoni. Metlamat inilah yang bakal melahirkan insan beradab. Beradab disini merujuk kepada kemampuan melakukan disiplin minda, disiplin nafs dan hati dan juga disiplin ketangkasan. Ketiga-tiga disiplin ini memerlukan proses dan metlamat membangunkan adab insan bermula dengan membangunkan hati dan pengawalan terhadap nafs. Dalam masa yang sama pedoman wahyu bakal memandu manusia meneroka dan memahami kewujudan rahmah dan ni’mah Allah supaya lahir tradisi sains yang tauhidik dan penghasilan teknologi yang memberi menfaat kepada manusia. Sekiranya integrasi seperti ini dapat dilakukan, kualiti manusia yang bakal dilahirkan dalam sistem pendidikan bukan saja mampu mengurus diri dengan nilai-nilai yang baik tetapi dalam masa yang sama dapat mengurus sistem dan persekitarannya dengan pedoman sains dan teknologi yang bermenfaat. Inilah ciri-ciri hadhari yang boleh menjadi landasan perkembangan tamadun. Ilmu Mengurus Diri yang secara tradisinya disebut sebagai ilmu fardu ain dan ilmu Mengurus Sistem yang secara tradisinya disebut sebagai ilmu fardhu kifayah adalah amat penting bagi manusia Islam dan umat manusia yang lain. Sifat rahmah alamiah yang didukung dalam risalah kerasulan memberikan perspektif yang amat luas dalam proses pembinaan ilmu yang integratif. Pemisahan antara keduanya boleh menghasilkan pembinaan sahsiah atau personaliti yang tidak seimbang dan boleh menyebabkan peranan mereka juga menjadi pincang. Al Quran yang diturunkan kepada umat manusia menerusi Rasul Muhammad SAW adalah pedoman terbaik memandu manusia bagaimana diri harus diuruskan dan sistem patut dikendalikan. Pendidikan aqidah, adab dan akhlak yang menjadi sumber kekuatan ibadah sewajarnya menjadi ilmu utama difahami dan dihayati. Tanpanya manusia akan hilang kekuatan diri bagi mengenal hikmah kejadian, hikmah penciptaan, hikmah peranan malah hikmah rahmah dan ni’mah itu sendiri. Ilmu mengurus diri apabila mantap dalam kefahaman dan penghayatan bakal memberikan kekuatan dalaman manusia dan interaksi dengan faktor di luar dirinya akan menjadi lebih mantap. Ilmu Mengurus Sistem berkait rapat bagaimana rahmah dan ni’mah Allah diurus. Semua sumber-sumber yang Allah kurniakan baik yang bersifat benda, komoditi, khidmat dikaitkan dengan kualiti amanah. Amanah sumber amat penting diuruskan dengan adil dan bijaksana kerana metlamat akhirnya pengurusan sumber tersebut adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia dan alam ini (yanfaunnas). Bayangkan kerosakan yang berlaku kepada manusia dan alam ini adalah akibat perbuatan tangan-tangan manusia yang sudah melampaui batas. Manusia sudah tidak dapat mengimbangi antara sumber alam yang menjadi amanah Allah dengan keserakahan nafsu untuk memperlihatkan tabiat diskriminatif, eksploitatif dan monopoli yang tinggi. Nilai-nilai manusiawi menjadi semakin pupus. Ilmu alat seperti sains dan teknologi digunakan untuk mengukuhkan lagi hegemoni dan menghukum mereka yang berani menentang dan akhirnya dunia diheret dalam kancah globalisasi yang memaksakan proses pemBaratan dalam bentuk ‘penjajahan baru’ yang amat meresahkan banyak pihak khusus nya umat Islam. TAMADUN SILAM DAN PENDIDIKAN INTEGRATIF Tamadun Islam masa lalu terbina atas asas ilmu yang integratif. Ilmu Mengurus Diri dikuasai dengan baik oleh para ilmuan disamping pengkhususan mereka dalam bidang-bidang tertentu untuk mengurus sistem. Pusat-pusat ilmu subur tumbuhnya dan banyak kepakaran dalam bidang-bidang sains dan teknologi dikuasai hingga menyebabkan ilmuan Eropah datang ke Cordova dan Andalusia untuk melakukan penerokaan ilmu orang-orang Islam dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa yang lain. Menfaat penerokaan dan penterjemahan menyumbang ke arah pembangunan Eropah dalam bidang matematik , perubatan, teknologi dan lain-lain. Eropah dan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam dan kesuburan tamadun Barat tidak boleh menafikan kekuatan ilmu orang-orang Islam yang dipelajarinya. Dalam masa yang sama sejak awal perkembangan tradisi keilmuan sikap terbuka terhadap tamadun pihak lain sentiasa menjadi amalan di kalangan ilmuan tersohor. Di suatu peringkat di zaman Abassiyyah umpamanya usaha penterjemahan berlaku dengan aktif melambangkan keunikan Baitul Hikmah melakukan usaha-usaha besar menterjemahkan tulisan Aristotle, Socrates dan Plato ke dalam bahasa Arab. Usaha ini memberikan faedah berbanding yang unik untuk ilmuan Islam mengetahui kekuatan tamadun Greek dan Yunani itu. Hal yang sama juga dilakukan oleh al Biruni dan al Khawarizmi iaitu memenfaatkan penggunaan angka di India dengan memperkenalkan konsep sifar yang menyebabkan berkembangnya ilmu matematik disamping genius al Khawarizmi memperkenalkan konsep Algebra, Troginometri dan Algorithem yang begitu unggul kesannya sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama ilmuan Islam seperti Ibn Sina mendukung jiwa tadabbur dengan melakukan penerokaan terhadap ilmu perubatan. Kitab besarnya dalam bidang perubatan Kanun fit Tib atau Tatacara Perubatan digunakan selama lebih lebih 500 tahun sebagai bahan rujukan ilmu perubatan di Eropah. Begitu itu ilmuan Abbas ibn Firnas menghasilkan kajian tentang ilmu mesin terbang, al Zahrawi dalam bidang pembedahan, Ibn Haitam dalam bidang kepakaran mata, Ibn Nafis dalam bidang kajian darah dan ramai lagi yang menekuni bidang kajian yang mendalam tentang ilmu sains, matematik dan teknologi. Menariknya bila kita mengkaji kekuatan masa silam menemukan umara’ dan ilmuan, ulama’ dan karyawan-seniman, ulama dan ilmuan dalam diskusi ilmu yang amat menarik sehingga lahirnya tradisi kajian dan kecendiakawanan yang mampu memberi warna tamadun yang amat bermakna bagi umat Islam dan umat manusia. Dalam masa pemerintahan Harun ar Rashid , al Makmun, al Mansur umpamanya, ilmu matematik, sains dan perubatan berkembang amat pesat. Al Mansur pada zamannya mewujudkan konsep ‘ mathematician court’ mengundang pakar-pakar matematik berbincang dan mengembangkan disiplin tersebut ke arah aplikasinya yang lebih maju. Hasilnya banyak kajian dilakukan, formula di hasilkan dan buku-buku mengenainya ditulis. Tradisi ini merintis tradisi hadhari yang amat dibanggakan dan menyumbang kepada tradisi sains Barat. Kekuatan tradisi ini terbina hasil adanya pendekatan integratif ilmuan Islam memenfaatkan elemen SIGNS dan SCIENCE atau pertunjuk dan kajian sebagai formula menarik menghasilkan ilmuan-saintis yang dekat dengan Tuhannya dan hasil

karyanya menggambarkan ilmu yang didukung oleh kekuatan nilai. Ibn Sina dan al Khawarizmi umpamanya hafaz Quran pada tahap umur yang awal iaitu tujuh dan dua belas tahun. Kemudian mereka menguasai pelbagai bahasa penting dunia sebagai jendela menerokai ilmu-ilmu berbanding. Kedua-dua ilmuan tersohor ini kemudiannya mendalami bidang falsafah yang dirasakan penting untuk mengetahui hikmah disebalik sesuatu atau kejadian. Kemudian tumpuan mereka ialah mengkaji tentang alam, khususnya ilmu bintang atau astronomi. Kekuatan kajian itu membolehkan mereka mengkaji ilmu matematik dan sains dan akhirnya Ibn Sina unggul dalam bidang Perubatan dan al Khawarizmi unggul dalam bidang matematik. Pendekatan Ibn Sina, al Khawarizmi dan ramai ilmuan lain adalah gambaran tentang kepentingan agama dan sains yang menjadi asas integratif perkembangan ilmu dan tamadun pada masa lalu. Di dalam al Quran terdapat hampir 200 ayat khusus tentang sains. Kemampuan saintis Islam melakukan tadabbur dan tafakkur menyebabkan terbangunnya tradisi sains dan teknologi dalam Islam. Maksud ayat-ayat Allah atau ayatollah tidak hanya termuat dalam al Quran secara tekstual atau dalam bentuk kitab. Alam ini dengan segala keunikannya terkandung pertanda atau pedoman tentang kebesaran dan keperkasaan Allah. Al Quran menyebutkan tentanggunung-gunung sebagai pasak-pasak bumi (memberikan perimbangan), bintang-bintang yang dikendalikan dengan teratur dan tertib, silihgantian siang dan malam, diturunkan hujan yang menyuburkan pokok dan buahnya menjadi sumber rezeki untuk manusia adalah antara contoh yang amat saintifik bagi keperluan kajian dan renungan manusia. Bagi yang beriman pengkajian tentang ayatayat Allah yang terbentang di alam nyata membawa kedekatan manusia kepada Khaliq. Memutuskan kajian saintifik dengan hudan atau pertunjuk dari Allah bakal menghasilkan saintis yang kufur rahmah dan ni’mah dan akhirnya akan kehilangan arah dalam memahami faktor kejadian dan kaitannya dengan Pencipta. Ilmu sains akan menjadi ilmu mengurus sistem yang sekular dan mengukuhkan lagi kesombongan manusia terhadap kekuasaan teknologi yang banyak meranapkan fitrah keinsanan. PENDIDIKAN NEGARA KINI DAN ISU INTEGRASI Sistem Pendidikan di negara kita tidak dapat mengelak dari mengalami perubahan apabila kemerdekaan dicapai. Sebelum merdeka, dikotomi pendidikan umat Islam amat nyata dimana dipihak umat Islam banyak menumpukan pendidikan Islam di pondok-pondok dan madrasah bagi menentukan kesinambungan pendidikan Islam di kalangan anak-anak mereka. Sistem arus perdana banyak meraikan keperluan dipihak penjajahan. Apabila Akta Pendidikan 1961 digubal, pengajaran subjek Agama Islam mula diperkenalkan secara formal. Di awal tahuntahun 70’an sehingga kini kesedaran keagamaan di kalangan orang Melayu semakin meningkat. Kegiatan dakwah dari kerajaan , badan-badan bukan kerajaan dan individu semakin nyata. Dalam banyak keadaan samada dalam Seminar atau pun Bengkel, Islam tidak hanya dibicarakan sebagai agama mengurus diri sahaja tetapi pemikiran hadhari tentang Islam sebagai Deen iaitu Suatu Cara Hidup mula berkembang subur. Kecenderungan melihat Islam sebagai sumber ketamadunan menyebabkan sistem pendidikan negara memberikan respon yang positif terhadap kebangkitan ini. Pada tahun 1987, sistem pendidikan negara mempunyai Falsafah Pendidikan Negaranya yang amat unik dan pendekatan Sepadu Dalam Pendidikan mula diperkembangkan. Metlamat menghasilkan ‘insan seimbang dan harmonis’ menjadi tunjang falsafah dan pendidikan Islam mula mendapat dukungan nyata dengan terbinanya berpuluh-puluh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Pusat-pusat Tahfiz, pengenalan subjek Tasawwur Islami, al Quran dan Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Syariyyah Islamiah, Asas Fardhu Ain dan penekanan kepada pendidikan Adab sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Dalam masa yang sama pendidikan swasta yang bercorak agama tumbuh dengan banyaknya. Sekolah Agama Rakyat berkembang subur bersama-sama Maahad Tahfiz di seluruh negara. Minat umat Islam terutama kelompok Menengah Melayu terhadap aliran ini amat nyata. Puncak daripada proses ini ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983, Kolej-Kolej Islam Negeri-Negeri , Pengenalan subjek Tamadun Islam di IPTA dan yang terakhir ialah penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Penubuhan institusi dan subjek Tamadun Islam di IPTA cuba mengukuhkan lagi perspektif integrasi ilmu iaitu Ilmu Mengurus Diri disamping Ilmu Mengurus Sistem. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia umpamanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab disamping memperkenalkan Subjek Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di 100 negara luar. UIAM juga mengambil pendekatan integratif dengan mengemukakan konsep Major dan Minor, Double Major dan juga Double Degree dalam program akademiknya. Suatu program menarik yang cuba dibuat oleh UIAM dengan pihak JAKIM (Darul Quran) dengan kerjasama JPA dan Kementerian Pelajaran ialah Program Tahfiz al Quran selama 18 bulan di kalangan pelajar-pelajar terpilih yang kemudiannya akan disalurkan ke Kuliyyah Perubatan, Farmasi, Sains, Kejuruteraan, ICT dan lain-lain. UIAM juga menawarkan pelajar-pelajar lulusan Institut Tahfiz di seluruh negara dengan program pra-diploma dalam pelbagai bidang pengajian. Hal yang sama juga sedang dilakukan oleh KUIM dan Kolej-Kolej Islam Negeri-Negeri dengan integrasi ilmu supaya lulusannya nanti mempunyai kemampuan tentang kefahaman Islam yang baik dan tidak menafikan kepentingan ilmu-ilmu pengurusan, perakaunan, ekonomi, ICT, sains dan teknologi. Pendekatan ini bakal melahirkan sifat-sifat hadhari dalam proses menghasilkan sumber tenaga manusia yang diharapkan berperanan dengan berkesan dalam sistem arus perdana nanti. Oleh itu pendekatan integratif dalam sistem pendidikan negara sewajarnya menyeluruh disetiap peringkat baik di peringkat formal, non-formal (swasta) mahupun di peringkat informal. Metlamat Wawasan 2020 negara Malaysia ialah untuk melahirkan masyarakat maju berasaskan acuan kita sendiri. Integrasi ilmu dan pendidikan, integrasi nilai, etika dan ilmu adalah acuan terbaik membentuk masyarakat hadhari yang mampu memenafaatkan faedah berbanding dari faktor luar lingkungan disamping unggul dengan kekuatan nilai dan etika sendiri. IPTA dan IPTS umpamanya harus lebih integratif program pendidikannya kerana sumber tenaga manusia yang dilahirkan bakal menjadi tenaga penting dan proses pembangunan negara maju. Pendekatan integratif tidak hanya di sekitar integrasi disiplin yang pelbagai saja tetapi dalam konteks pembinaan masyarakat hadhari aspek nilai dan etika sewajarnya mendasari maksud integrasi itu sendiri. REALITI MASYARAKAT MAJMUK Warganegara Malaysia terdiri dari masyarakat berbilang kaum, kepercayaan, fahaman dan juga anutan. Kepelbagaian adalah sesuatu yang unik kerana ia membuka jalan memperkongsi dan muafakat. Meskipun adanya kepelbagaian dan kelainan

bagaimana cita-cita membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan acuan sendiri dapat dbentuk dengan bijaksana. Antara faktor kebijaksanaan yang boleh dipupuk dan disuburkan ialah keutamaan terhadap nilai-nilai yang bermenafaat serta etika tinggi dan kemanusiaan telus supaya perbedaan dan kelainan yang ada tidak menjadi penghalang terbentuknya masyarakat beradab dan beretika selari dengan cita-cita masyarakat hadhari. Pada prinsipnya setiap warganegara memerlukan kualiti kebaikan dan kesalingan dalam melakukan interaksi dan komunikasi dalam proses membangun diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kualiti kebaikan seperti jujur, ikhlas, amanah, adil, timbangrasa, bijaksana, tolakansur adalah antara nilai-nilai yang fitrah sifatnya dan diinginkan oleh setiap orang. Soalnya bagaimana dalam tradisi anutan sesuatu kepercayaan yang berbeza, cara hidup yang berbeza mampu disaring saripati nilai yang memiliki unsur-unsur bersama, sejagat dan murni dapat diperkongsi tanpa menjejas aqidah seseorang penganut atau wujud pemaksaan yang menyebabkan wujudnya rasa penolakan dari penganut yang lain. Dalam sistem pendidikan kita, kurikulum yang integratif elok digubal dengan memasukkan nilai-nilai sejagat, nilai-nilai bersama dan nilai-nilai murni secara bijaksana dan kreatif supaya ilmu yang terbentuk tidak sifatnya bebas nilai. Nilailah merupakan piawai yang berguna memandu manusia samada menjadi baik atau sebaliknya. Ilmu tanpa nilai lebih bersifat utilitarian dan tidak membantu membentuk sifat-sifat mulia seseorang. Pendidikan Islam yang diajarkan kepada pelajarpelajar Islam harus dilihat sesuatu yang positif kerana sekiranya akhlak pelajar-pelajar Islam terbentuk baik, ianya adalah baik untuk masyarakat Malaysia. Hal yang sama juga pendidikan etika kepada pelajar-pelajar Bukan Islam adalah sesuatu yang wajar kerana sekiranya pelajar-pelajar Bukan Islam mempunyai kualiti etika yang tinggi, ianya adalah berguna untuk masyarakat yang majemuk sifatnya. Walaupun pada masalalu usaha dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk melakukan integrasi melalui sistem, kurikulum dan juga subjek, integrasi yang lebih bermakna belum lagi wujud. Banyak senstiviti dan rasa curiga apabila sesuatu langkah ke arah integrasi dilakukan. Ini tidak bermakna tidak ada jalan keluar dapat dicari. Tradisi Islam umpamanya menganjurkan kaedah ‘litaarrafu’ iaitu tradisi kesalingan yang sentiasa terbuka untuk mempelajari dan memperkongsi nilai dan perkara-perkara baik yang ada pada budaya dan tamadun orang lain. Sekiranya tradisi memperkongsi ini dapat disuburkan dengan bijaksana dan jujur, suasana baru boleh wujud dimana wujud keyakinan tentang keperluan bersama nilainilai murni dan baik bagi membentuk peribadi mulia dan beretika tinggi. Tradisi ini amat dituntut untuk disuburkan supaya setiap warga kita sentiasa mementinghkan nilai-nilai baik dan amanah yang tinggi supaya sebarang interaksi yang bersifat kemasyarakatan, pendididkan dan ekonomi berlaku secara sihat atas rasa mahabbah dan kepercayaan. REALITI PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL Sejak tigapuluh tahun yang lalu keperluan ibubapa terhadap pendidikan Islam amat memberangsangkan. Ada kebimbangan di kalangan ibubapa bahawa pendidikan yang tidak dtunjangi dengan akhlak dan nilai ianya bakal menghasilkan pendidikan yang tidak menepati pembangunan potensi insani yang holistik. Ini telah menyebabkan tumbuhnya pendidikan Islam yang bercorak swasta seperti pondok, madrasah, maahad tahfiz, sekolah agama rakyat disamping pendidikan formal yang ditawarkan oleh kerajaan. Dalam masa yang sama Pendidikan Moral telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar Bukan Islam dan ianya amat terdedah kepada kritik di kalangan banyak pihak. Usaha sedang dijalankan bagaimana kurikulum pendidikan moral mengambil pendekatan integrative dan para gurunya dilatih supaya kemampuannya lebih professional. Bagi keperluan membangun masyarakat hadhari, sistem pendidikan Islam baik yang formal dan tidak formal memerlukan tinjauan semula yang serius dan kurikulum, metodologi dan pengajar Pendidikan Moral memerlukan tinjauan yang tulus seperti kepentingan nilai dan etika berlangsung kepada semua murid dan pelajar. Dalam masa yang sama pendidikan Tamadun Islam yang sedang berjalan serta Dailog Peradaban di peringkat IPTA harus diperluaskan di semua IPTA dan juga di peringkat IPTS secara terancang dan sungguh-sungguh. PENDIDIKAN ISLAM DAN J-QAF Di peringkat formal, pendekatan integratif dalam Pendidikan Islam memerlukan asas dan kaedah yang lebih jelas dan jitu. Pendekatan J-QAF umpamanya tidak saja menekankan pentingnya ketrampilan dan ketatacaraan dipelajari tetapi bagaimana dapat disuburkan pemahaman tentang falsafah, hikmah dan makna disebalik pendidikan Jawi, al Quran dan juga Fardhu Ain supaya pendidikan kemahiran Jawi , al Quran dan Asas Fardhu Ain dapat membentuk aqidah, pemahaman tentang makna ibadah yang sebenar, disamping terbentuknya akhlak contoh di kalangan pelajar-pelajar yang melambangkan wujudnya kesan penghayatan yang baik. Isu kesan penghayatan sering menjadi isu yang terus berbangkit di kalangan stakeholders atau pihak-pihak yang merasakan isu pendidikan adalah tanggungjawab bersama. Pengajaran Pendidikan Islam tidak sama dengan pengajaran subjek-subjek kemanusiaan seperti bahasa, sejarah dan tidak juga serupa pendekatannya dengan subjek-subjek sains tulin seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Faktor pendidikan agama banyak yang menyentuh tentang faktor-faktor ghaibiyyat. Mendidik konsep Arqanul Iman atau Rukun Iman umpamanya memerlukan pendekatan yang sifatnya rabbaniyyah dan dalam masa yang sama menghubungkan faktor-faktor alamiah sebagai sumber penting membawa keinsafan kepada pelajar-pelajar tentang Kebesaran dan Keperkasaan Allah sebagai Pencipta manusia dan juga alam ini. Bila kita mengajar anak-anak tentang al Quran umpamanya, fokus tidak harus tertumpu dari sudut pembacaan atau tasmiknya saja. Fokus juga harus diberi tentang asas-asas ilmu yang terkandung dari kalimah Allah itu supaya darinya memungkinkan para pelajar dapat dihubungkan dengan al Quran sebagai sumber pertunjuk dan hikmah. Di sebalik pengajaran al Quran terdapat falsafah dan hikmah yang tinggi kerana al Quran adalah sumber pedoman memandu manusia ke arah kecemerlangan. Umumnya pendekatan yang di ambil dalam pendidikan Islam ialah secara priskriptif. Pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berkisar di sekitar isu know-how atau ‘tahu bagaimana’ tetapi juga mestilah dalam konteks know-what atau ‘tahu apa’. Dalam bahasa yang mudah mengajar ilmu-ilmu Islam, tidak saja memberi kesan ingatan dan hafazan tetapi juga kesan penghayatan.

Dalam tradisi pengajaran-pembelajaran Islam ada empat faktor yang perlu diambil kira bagi menimbulkan keberkesanan dalam penghayatan; 1.

Faktor faham atau kefahaman

2.

Faktor pemikiran atau artikulasi

3.

Faktor semat atau titip atau internalisasi

4.

Faktor hayat atau amali

Mendidik para pelajar dengan perspektif aqidah, syariyyah, adab, bacaan, hafazan dan ingatan atau ketatacaraan memerlukan proses faham. Belajar sesuatu berasaskan konsep faham memerlukan asas rasional yang meyakinkan . Umpamanya bila mengajar Arqanul Iman, para pelajar di ajak keluar bilik darjah untuk melihat alam, persekitaran, langit dan matahari supaya darinya para pelajar diberi fahaman yang mudah tentang kebesaran Allah. Para pendidik cuba menghubungkan faktor lalulintas di jalan raya yang memerlukan pemandu, faktor langit yang tidak bertiang dan bertepi, faktor matahari yang beredar, faktor pokok yang tegak subur dengan akar-akar yang tidak kelihatan di perut bumi dengan faktor sekolah yang terbina dengan tiang dan dinding dan faktor bintang-bintang yang bergerak dengan teratur adalah gambaran tentang kebesaran Allah hingga akhirnya murid-murid faham tentang faktor ghaibiyyat yang dikaitkan dengan alam nyata betapa Maha Berkuasanya Allah mengaturkan alam ini dan betapa kekurangan yang ada pada manusia mengurus kehidupan ini. Bila kefahaman sudah berlaku, para pelajar diajak berfikir dengan mudah tentang hubungan alam dan manusia dan hubungan alam dengan Pencipta. Manusia tidak ada campurtangan dalam menghidupkan ikan-ikan di laut dan unggas-unggas di hutan, manusia tidak mampu menggerakkan angin dan awan supaya turunnya hujan, membasahi bumi, menumbuhkan pokok bagi menghasilkan sumber rezeki bukan saja untuk manusia tetapi juga makhluk-makkhluk yang lain. Allahlah kuasa yang Maha Perkasa menjadikan semua yang disebutkan. Faktor ketiga yang sangat penting ialah kesan penyerapan proses faham dan fikir serta rasa terhadap akal dan hati. Proses internalisasi ini membolehkan kesan yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar. Sekiranya pembelajaran hanya memberi kesan ingatan saja dan tidak memberi kesan rohaniah yang berasaskan daya taakulan yang boleh dilihat dan dirasa, pengajaran-pembelajaran tidak boleh memberi persepsi dan fahaman yang berkesan terhadap para pelajar. Yang nyata ialah amalan, tabiat dan tingkahlaku seseorang pelajar bergantung setakad minda kefahamannya ada, fikirnya meningkat dan hatinya tersentuh dengan kupasan dan huraian, analisis dan unjuran hingga akhirnya ia membawa kesan amali atau pun penghayatan. Mendidik para pelajar dengan aspek-aspek pendidikan Islam ialah mendidik mereka mengenal tentang prinsip-prinsip dan ruh Islami. Al Quran memberikan kita antara lain prinsip-prinsip tentang sesuatu, batasan baik dan buruk, kisah-kisah untuk dijadikan ibrah, khabar gembira dan peringatan supaya manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan risalah nubuwwah atau kenabian menterjemahkan dalam bentuk amali tentang prinsip dan ruh Islami yang Quranik. Dalam menghadapi cabaran masakini yang amat penting dididik ialah prinsip-prinsiup aqidah, syariyyah, adab, fiqah, seerah, akhlak dan asas tafasir yang memberikan mereka ruh Islami. Manusia hari ini hidup dan dewasa dalam situasi yang pantas berubah. Tetapi bagaimana faktor perubahan mampu dipedoman dan dipandu dengan faktor-faktor di atas tanpa menolak faktor metodologi , pendekatan atau strategi boleh berubah asal saja ia tidak lari dari maqasid aqidah, maqasid syariyyah, maqasid muamalah dan lain-lain yang terdapat dalam Islam. Oleh itu pendekatan pedagogi atau pengajaran-pembelajaran harus membawa bersama-samanya falsafah, hikmah, nilai disebalik sesuatu yang diajarkan kepada para pelajar. Mendidik mereka dengan tatacara wudhuk dan solat umpamanya sekaligus mendidik mereka tentang faktor yang lebih rohaniah sifatnya. Membasuh muka umpamanya tidak saja mengajar mereka membersihkan anggota muka seperti mata , hidung dan mulut tetapi pada alat ini terletak peranan yang amat penting dalam pancaindera manusia yang berperanan melihat, menghidu , merasa dan berkata-kata supaya kesan zahiri dan batini dapat dihubung sama. Bila pelajar-pelajar melakukan solat hubungkan kefahaman ruku’ dan sujud dengan fahaman jiwa kehambaan iaitu mendidik rohaniah mereka untuk memiliki sifat tunduk, patuh, akur dan taat kepada Allah yang hikmahnya berpulang kepada manusia sendiri. Bila mengajar mereka tentang al Quran berikan keinsafan bahawa al Quran adalah sumber ilmu, sumber pertunjuk, sumber pedoman bagi manusia. Manusia tanpa pertunjuk akan hilang suluh dalam hidup dan manusia tanpa pedoman Allah akan hilang arah dari kebenaran. Dan kekuatan ulama-ilmuan silam ialah keupayaan mereka mengintegrasikan suluh hikmah dengan ilmu akliah hasil adanya daya tadabbur yang tinggi terhadap alam ciptaan Allah ini. Dalam masa yang sama harus dicari kebijaksanaan bagaimana asas-asas nilai mampu mendasari subjek-subjek yang lain supaya elemen-elemen aqidah, syariyyah, seerah dan sunnah dapat diterapkan dengan bijaksana dan menghasilkan pelajarpelajar yang bakal memiliki tasawwur hadhari dalam proses pengilmuan dan pendidikan. Strategi jangka-panjang ini amat penting bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang berfikir berasaskan nilai dan memiliki kekuatan ilmu dan ketrampilan berasaskan nilai. Di peringkat swasta, usaha yang serius di kalangan semua pihak harus segera dilakukan samada diperkukuh dan disusun semula sistem yang sedia ada supaya ianya menepati maksud pendidikan Islam yang berjiwa hadhari. Dalam ertikata lain kemudahan prasarana yang baik, pendidik yang terlatih, kurikulum yang seimbang dan sepadu, metodologi pengajaran dan pembelajaran yang mendukung maksud ilmu dan amal harus menjadi agenda utama penyusunan semula sistem tersebut. Dalam masa yang sama kajian terancang harus dibuat terhadap pendidikan agama pagi atau petang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar. Pendekatan dua sesi ini memerlukan kajian dari sudut perulangan bahan yang diajar, kecukupan masa bagi murid-murid untuk melakukan ulangkaji dan latihan dan kesuntukan masa mereka untuk meni’mati keperluan naluri, bakat dan kegiatankegiatan sihat. Kepadatan masa sebahagian besar murid-murid Islam boleh menyebabkan hilangnya tumpuan dan

keberkesanan. Yang penting ialah bahan yang diajar sifatnya melengkapi dan diterima dengan kesan penghayatan yang baik. Malah tidak keterlaluan sekiranya pihak kerajaan memikirkan secara serius kaedah satu sesi menggabungkan pendidikan formal dan tidak formal supaya masalah biaya tidak lagi berbangkit dan kurikulum yang diajarkan sifatnya lebih integratif. Kaedah ini boleh membantu pelajar-pelajar Islam hadir dalam sistem perdana dan membolehkan kualiti pendidikan sejajar dengan keperluan masakini dan masadepan yang amat mencabar. Hal yang sama harus berlaku di kalangan pelajar-pelajar Bukan Islam yang berkaitan dengan subjek Moral. Oleh kerana konsep Etika dapat diterima oleh ramai pihak khususnya masyarakat Bukan Islam, mengapa tidak Pendidikan Etika menggantikan subjek moral. Konsep etika diterima sebagai suatu konsep yang lebih universal. Sekiranya Pendidikan Etika itu diterima, langkah meninjau semula kurikulum, metodologi, kepakaran mendidiknya harus dilakukan. Kurikulum etika harus merangkumi nilai-nilai agama yang mendukung ciri-ciri universal, nilai-nilai tradisi dan falsafah keagamaan yang bermenafaat dan nilai-nilai moral yang sifatnya merentasi. Mereka yang pakar dan memiliki keahlian dalam lapangan masing-masing harus diundang menggubal sukatan dan kandungan yang lebih memberi makna dan kesan terhadap penyuburan etika dan amalan yang baik. Para pendidiknya harus dilatih dengan metodologi yang memikat tumpuan muridmurid dan menjadikan Pendidikan Etika diminati dan menjadi asas pembentukan moral dan nilai-nilai murni di kalangan mereka disamping menjadi syarat dalam peperiksaan. Begitu juga pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban harus diperkenal dan diperkukuhkan di kalangan pelajarpelajar IPTA dan IPTS supaya kefahaman pelajar tentang elemen-elemen hadhari wujud dalam proses pengajian yang mereka lalui. Tinjauan yang dibuat di Universiti Malaya, pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban memberi kesan yang amat baik bagi pelajar-pelajar Bukan Islam memahami Islam dan tamadunnya dan baik bagi pelajar-pelajar Islam memahami faktor-faktor peradaban lain yang berlaku disekitarnya. Cara begini membolehkan pemahaman terhadap silangtamadun (cross-cultural understanding) berlaku dengan baik berasaskan pendekatan ilmu. Pendekatan hadhari ini amat selari dengan pengalaman ilmuan Islam pada masa lalu yang memenafaatkan makna ‘ litaarrafu’ atau budaya kekenalan secara bijaksana dengan memperkongsi aspek-aspek hadhari yang positif daripada aspek-aspek falsafah, sains dan teknologi orangorang Yunani dan Greek, orang-orang India dan juga Cina. CABARAN GLOBALISASI Globalisasi adalah suatu proses pensejagatan berasaskan hegemoni Barat dan Kuasa Besar terhadap dunia. Ia adalah pancaran dari puncak tamadun kebendaan Barat yang menjadikan alat teknologi dan komunikasi sebagai teras kepada ‘penjajahan’ bentuk baru. Alat utama yang digunakan ialah teknologi langit terbuka seperti satelit untuk menjadikan pensejagatan lebih berkesan. Kesan yang amat nyata ialah dunia menjadi semakin kecil, penstrukturan sistem, sempadan geo-politik dan budaya akan menjadi lebih terbuka dan gaya hidup masyarakat akan menjadi lebih ‘utilitarian’ coraknya. Metlamat globalisasi ialah untuk melahirkan masyarakat bermaklumat dan berilmu (informative and knowledgeable society) dan kesannya secara langsung akan melibatkan struktur sosio-ekonomi, pendidikan, kebudayaan, multi-media dan usaha penyelidikan dan pembangunan sesuatu negara. Walaupun dari sudut faedah berbanding (comparative advantages) terdapat faktor-faktor menyumbang dalam konteks globalisasi namun dari sudut falsafah dan metlamat globalisasi itu sendiri, ianya boleh menggugat kekuatan asasi sesuatu bangsa atau kelompok seperti sistem nilai, agama, kebudayaan dan cara hidup. Gugatan ini secara jangka panjangnya boleh menghakis jati diri dan jiwa merdeka masyarakat Malaysia, melainkan strategi terancang dapat dilakukan bagaimana perubahan tetap berlaku tetapi dalam acuan sendiri. KESAN TERHADAP PENDIDIKAN Diantara bidang yang ‘immediate’ atau rapat hubungan dengan proses globalisasi ini ialah aspek pembangunan sumber tenaga manusia iaitu proses latihan dan pendidikan. Kesan awal dari proses ini ialah penyusunan semula dan penyesuaian kembali sistem pendidikan dunia. Bagi menjadikan metlamat negara maju, model Barat yang menjadikan proses pemaklumatan dan pengilmuan sebagai teras utama, model perisian (softwares) akan menjadi lebih utama dalam strategi pembinaan kurikulum, pembelajaran dan pengajaran. Pendekatan pedagogi lebih banyak memberi peluang kepada murid sebagai pengguna dan guru sebagai fasilitator. Skop penguasaan ilmu dan maklumat akan jauh lebih luas dan pelbagai. Pengguna akan jauh lebih kreatif dan innovatif kerana ketrampilan aspek elektronik dan digital akan memperlihatkan kecanggihan yang nyata samada dalam teknologi komunikasi mahupun bidang-bidang yang lain. Para guru atau pendidik akan didedahkan pelbagai cara memudahkan proses pemindahan maklumat dan pengetahuan berlaku. Para pelajar akan mempunyai pilihan dan akses yang banyak menggunakan pelbagai perisian, jaringan internet dan website yang boleh nmemperkayakan khazanah maklumat. Bentuk maklumat yang boleh diterima melampau batas sempadan budaya setempat, perkembangan sosio-politik setempat malah apa saja yang berlaku di seluruh dunia boleh diketahui dalam masa yang amat singkat kerana peranan alat komunikasi dan telekomunikasi menjadi semakin rapat hubungannya dengan kehidupan manusia. Cara pengajaran dan pembelajaran (modes of teaching-learning) akan bersifat pelbagai. Pendekatan konvensional akan digantikan dengan pengajaran (delivery system) yang berasaskan kaedah elektronik dan telekomunikasi. Pendidikan jarak jauh (distance learning), universiti terbuka (open university) dan pendidikan secara interaktif (interactive education) akan menjadi lebih ketara, pendekatan modular boleh menjadikan peranan guru semakin minimal dan dalam konteks Malaysia peranan Bahasa Melayu akan menjadi lebih tercabar kerana keperluan penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas sedang digunakan dalam sistem pendidikan kita. ISU-ISU SEKITAR GLOBALISASI Masyarakat pendidikan diwar-warkan tentang pentingnya institusi sekolah membina budaya cintakan maklumat. Konsep sekolah bestari (smart school) mula dipopularkan dan akan dikembangkan ke seluruh negara, supaya minda guru dan pelajar disediakan bagi menerima proses globalisasi yang sedang berjalan. Program-program yang menawarkan bidang informasi dan telekomunikasi menjadi semakin diminati pelajar malah para pelajar akan menghadapi masalah rendah diri sekiranya

tidak tahu menggunakan alat komputer atau wujudnya jurang digital (digital divide) diantara sekolah-sekolah desa dan juga kota. Disamping aspek positif yang disumbangkan oleh teknologi komunikasi dan telekomunikasi (ICT), beberapa isu pokok yang menjadi asas kepada memberi makna kepada pendidikan itu sendiri harus diteliti. Pendidikan dalam faham yang murni tidak hanya sekadar suatu proses memindahkan maklumat dan pengetahuan tetapi ianya suatu proses transformasi (perubahan) diri pelajar. Pendidikan dalam pengertian Islam dan tradisi orang beragama membawa makna yang lebih holistik iaitu membangunkan kecemerlangan akal, sahsiah dan ketangkasan fizikal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermetlamat untuk membangunkan insan seimbang dan harmonis supaya metlamat pendidikan tidak hanya melahirkan warga yang baik (good citizen) tetapi juga insan yang berakhlak mulia (good man). Proses mendidik (educating) dan membentuk (nurturing) adalah teras dalam membangunkan manusia. Tradisi Islam menjadikan penitipan adab (inculcation of adab) sebagai metlamat dan proses membangunkan hati (taadib) sebagai teras dalam pembinaan sahsiah dan personalia. TEKNOLOGI SEBAGAI ALAT Dalam tradisi Islam dan orang-orang beragama, teknologi dalam apa bentuk pun tetap dilihat sebagai alat. Teknologi memudahkan dan mempercepatkan dan ianya bukan metlamat. Sifat teknologi berkembang, produknya kreatif dan innovatif kerana tradisi penyelidikan sentiasa melihat kehadapan. Input-input baru dalam pembangunan teknologi menyebabkan ia mampu masuk ke dalam setiap sektor manusia dan kesannya kepada pengguna amat luarbiasa sekali. Sifat perubahan dan perkembangan teknologi adalah dinamik kerana fokus penyelidikan di Barat amat berkembang sekali. Sebagai masyarakat pengguna, kita sering menjadikan kemajuan Barat sebagai ukuran atau ‘bench-mark’ mengenai mutu dan kreativiti dan kadang-kadang merasakan produk kita tidak memenuhi kriteria piawai dunia (world standard). Dalam dunia pendidikan, kepentingan alat dan metlamat berjalan seiring. Sekiranya teknologi dilihat sebagai alat, ada aspek lain yang lebih penting iaitu membangunkan personalia pelajar supaya peka terhadap pentingnya alat dan dalam masa yang sama tidak mengurangi metlamat pendidikan itu sendiri iaitu membentuk sahsiah dan sistem nilai yang baik supaya disamping kekayaan sumber maklumat dan ketrampilan, ianya sekaligus membangun nilai-nilai murni seperti keikhlasan, kejujuran, amanah, kecemerlangan, ketelusan dan lain-lain. Hal ini menjadi lebih releven kerana aspek keinsanan (humane) dan etika menjadi semakin pupus lantaran pengaruh kebendaan dan hedonisme (berpoya-poya) semakin ketara akibat tarikan penggunakan teknologi letronik dan media cetak yang canggih menyebabkan merosotnya sentuhan keinsanan (human touch). Watak-watak yang robotik dan mekanistik menjadi semakin dominan dan akhirnya manusia akan hilang watak asasi iaitu kemanusiaannya. Umpamanya kejuruteraan genetik yang menjadi asas kepada sains pengklonan walaupun ianya menyumbang dalam beberapa perkara yang memberikan faedah kepada manusia namun ada kembimbangan pengklonan manusia (human cloning) boleh membawa natijah etika dan kemanusiaan yang negatif. MASYARAKAT HADHARI Pendidikan yang sifatnya integratif adalah amat penting dalam membangunkan masyarakat hadhari. Pada asasnya manusia memerlukan dua bentuk ilmu untuk mengembangkan bakat dan keperluannya. Bentuk pertama ialah ilmu untuk mengurus diri dan bentuk kedua ilmu untuk mengurus sistem. Kalau kita perhatikan dalam sistem pendidikan kita terdapat pendekatan mengukuhkan ilmu-ilmu yang memberikan asas pengurusan diri dan kurang memberikan tumpuan terhadap ilmu-ilmu mengurus sistem. Sebaliknya semakin meluas (terutama di peringkat tinggi) pendidikan yang mengutama ilmu pengurusan sistem dan wujudnya pengabaian bagi pengukuhan ilmu mengurus diri. Dikotomi ini perlu diatasi supaya wujudnya integrasi antara dua keperluan asas ilmu bagi memungkinkan pembangunan holistik pelajar yang menepati keperluan membina tamadun atau pun mengisi cita-cita masyarakat hadhari. Ilmu untuk mengurus diri pada umumnya merujuk ilmu-ilmu fardhu ain dan ilmu mengurus sistem pada umumnya merujuk ilmu-ilmu fardhu kifayah. Dalam konteks pendidikan dan latihan, ilmu yang integratif amat penting bagi membentuk peribadi yang holistik. Potensi insan yang merangkumi aspek akal, rohani dan jasmani memerlukan olahan dan penyuburan yang seimbang dan harmonis supaya bukan saja para pelajar mempunyai kekuatan berfikir tetapi juga mempunyai keteguhan rohaniah dan ketangkasan jasmaniah. Faktor-faktor ini diakui amat perlu bagi generasi muda menghadapi cabaran globalisasi dan tekanan persekitaran. Meneliti dan melakukan refleksi dan kontemplasi terhadap keupayaan ilmuan Islam pada masalalu membangunkan tamadun, upaya integratif telah menjadikan mereka unggul dan cemerlang. Jiwa tadabbur amat berkembang pada zaman mereka sehingga mampu mengharmonikan ulama dan umara’, ilmuan dan karyawan, ulama’ dan ilmuan walaupun terdapat perbedaan yang sifatnya memperkayakan khazanah tamadun. Barat dan Eropah umpamanya amat terhutang ilmu kepada tamadun Islam. Dengan melakukan refleksi terhadap kejayaan silam memungkinkan kita bersifat proaktif dan kreatif terhadap perubahan masakini. Ianya bergantung kepada keupayaan sistem pendidikan menjadikan pendekatan integratif dalam keilmuan dan ketrampilan berkembang subur. Bayangkan para pelajar yang tidak dapat meni’mati pendekatan integratif secara seimbang dan harmonis tidak akan mampu mengolah perubahan dan pembangunan berasaskan acuan kita sendiri iaitu acuan yang menemukan elemen-elemen hadhari untuk respon terhadap faktor-faktor perubahan terutamanya dari luar lingkungan budaya dan wilayah pengaruh kita. Kita memerlukan seniman dan karyawan yang insaf tentang kepentingan citarasa hadhari dalam kreativiti supaya elemen-elemen deduktif tidak mengatasi keperluan komersial. Kita mahukan pengiklan yang menampilkan imej mendidik supaya faktor komersialnya diambil kira disamping memikirkan kesan iklan terhadap kanak-kanak dan juga pengguna. Kita juga memerlukan pemikiran yang melihat teknologi selamanya alat bukannya metlamat. Metlamat penghasilan teknologi canggih bergantung kepada kualiti pengguna dan juga perisian yang dibangunkan. Pemikiran integratif akan mengambil kira keperluan alat dan kepentingan perisian supaya metlamat penggunaan dan pemenfaatan menyumbang ke

arah membangunkan mertabat minda dan juga mengukuhkan peribadi. Asas-asas ini sekiranya dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan terancang, ianya bakal mencetuskan kecenderungan ke arah pemikiran acuan kita sendiri. MENCARI KEBIJAKSANAAN Meski ada perbahasan atau polimik tentang Islam Hadhari anggaplah ia sebagai perbahasan semantik. Mendukung Islam Hadhari melibatkan faktor strategi, konsep dan juga aplikasi. Islam Hadhari tidak harus dilihat sebagai suatu alat sementara untuk maksud yang terbatas. Islam Hadhari harus dilihat dalam konteks jihad ilmu dan pendidikan yang berterusan. Ia menuntut konsep yang sifatnya mencakupi maksud ketamadunan dalam pembinaan masyarakat dan negara dan ianya menuntut perubahan gradual terhadap sistem. Islamiphobia atau ketakutan terhadap Islam amat nyata di Barat akibat manipluasi media dan rejim yang berkepentingan terhadap Islam dan umatnya. Peristiwa 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat menjadi titik-tolak yang lebih agresif bagi Barat terhadap Islam dan umatnya. Liberalisasi budaya, agama dan gaya hidup manusia sedang berlaku dengan terancang khususnya dibawah agenda globalisasi. Kecanggihan sistem teknologi komunikasi dan telekomunikasi telah dan sedang digunakan untuk melumpuhkan ruh Islami di kalangan umat. Sesetengah umat Islam memilih jalan terakhir yang kelihatan amat radikal dan ini boleh memburukkan imej Islam di mata umat manusia khususnya di Barat. Umat Islam harus memilih strategi yang betul berasaskan kekuatan ilmu yang integratif supaya kita terus berubah dan membangun tetapi berasaskan acuan kita sendiri Umat Islam harus menginsafi bahawa Allah SWT telah mengurniakan tiga perkara utama untuk keperluan pembangunan dan perubahan. Pertama, sejak tamadun madani diasaskan di Madinah ianya dikembangkan oleh para sahabat, tabie-tabien, ulama dan umara yang memiliki iltizam tinggi sehingga terbentuk tamadun puncak (hadhara :Ibn Khaldun) dan sifat alamiah tamadun ini menepati maksud Deenul Islam dan amat menyumbang kepada tamadun umat manusia. Kedua, Allah mengurniakan jumlah umat yang amat besar iaitu melepasi 1.3 bilion. Bayangkan reflektif kepada pencapaian silam dengan tekad membangunkan jihad ilmu dan pendidikan, ia bakal membangunkan sumber tenaga manusia yang memiliki keilmuan, kepakaran dan kebijaksanaan untuk memberikan perimbangan pengupayaan yang selama ini meletakkan kita sebagai umat pengguna dan penciplak kepada tamadun Barat. Ketiga, Allah kurniakan di perut bumi di negara umat Islam dengan sumber-sumber hasil bumi yang kaya. Bayangkan sekiranya refleksi terhadap cita-cita hadhari itu tinggi, sumber-sumber ini akan dapat diuruskan dengan bijaksana supaya menafaatnya dapat membangunkan umat Islam dan juga mensejahterakan umat manusia Secara strategik pemikiran ke arah cita-cita hadhari harus ada pada setiap warga kita supaya faktor perubahan dan kemajuan yang amat mencabar kini tidak hanya ditentukan oleh faktor globalisasi semata-mata. Pendekatan integratif dalam proses pengilmuan dan pendidikan adalah jawapan yang mampu memberikan perimbangan ke arah menghasilkan acuan kita sendiri. Hanya keyakinan yang teguh, iltizam yang tinggi, kejujuran yang jelas, kebijaksanaan yang istiqamah sifatnya menjadi jalan yang amat terbuka bagi Malaysia membangunkan masyarakatnya yang hadhari. Islam ialah Islam. Islam tidak datang dalam kekosongan. Wahyu diturunkan oleh Allah SWT merujuk kepada pembangunan rijal atau manusia. Nabi dan rasul silih pergi dan datang. Zaman silih berganti tetapi Islam tetap juga Islam. Pada al Quran terkandung prinsip dan pedoman yang harus diikuti. Pada sunnah Rasul terdapat contoh untuk dijadikan sumber teladanan. Suatu ketika dulu umat Islam pernah membangunkan tamadun. Kemampuan mereka membangunkan tamadun setelah memenuhi syarat keilmuan, kepimpinan, kekuatan rohaniah, melakukan integrasi ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem, jihad dan dakwah yang tinggi. Hari ini umat Islam adalah umat pengguna terhadap tamadun Barat. Umat Islam menjadi umat pinggiran dan mengamalkan ritual tanpa substance (ilmu). Akibatnya proses globalisasi melakukan penjajahan minda dan hati. Oleh itu umat perlu diperkasa semula. Faktor pembangunan rohaniah harus bergerak dengan kekuatan ilmu yang pelbagai dan keupayaan metodologi yang sezaman. Di sinilah pentingnya maqasid syariyyah diperkasakan secara holistik di mana asas agama, perkembangan akal, memelihara keturunan dan jatidiri dijadikan maslahah perjuangan supaya prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, pengurusan negara yang adil dan beramanah, menyuburkan jiwa rakyat yang merdeka, menguasai ilmu pengetahuan, membangunkan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, menyuburkan kehidupan yang berkualiti, melakukan pembelaan terhadap kumpulan minoriti dan wanita, pemeliharaan alam tabie dan memperkasa kekuatan pertahanan dalam maksud yang luas menjadi pra-syarat utama mencetuskan pembangunan yang beracuan sendiri menerusi proses menghadharikan umat supaya Islam dan pemeluknya berada dalam tahap mampu berasing, mampu membangun dan mampu berjuang secara jangka panjangnya untuk kesejahteraan umat dan umat manusia.

5)

Prinsip 5 PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF Oleh Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan Institut Kefahaman Islam Malaysia Pendahuluan Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara masing-masing, permasalahan kemanusiaan seperti keruntuhan akhlak, kemiskinan, ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi keluarga, ketidakseimbangan sistern ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan kadar yang membimbangkan. jika persoalan yang ada hubung kait dengan kebajikan manusia ini turut terjejas hasil dari pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat lambat laun akan mengalami krisis yang ketara. Persoalan yang perlu dijawab, adakah pendekatan pembangunan sesebuah negara yang berteraskan kepada penumpuan hanya kepada faktor ekonomi semata-mata yang menepati model sekular yang dianuti oleh negara maju masa ini, mencukupi untuk menghasilkan sebuah peraclaban kemanusiaan yang utuh meliputi keseluruhan dimensi pembangunan kemanusiaan yang sempurna? juga, adakah kepincangan masyarakat masa kini hasil dari penekanan kepada faktor material semata-mata mampu membawa masyarakat terbabit terus mampan dalam prestasi ekonominya? Semua akan bersetuju bahawa pembangunan aspek ekonomi adalah satu-satu asas yang fundamental kepada keutuhan sesebuah peradaban. Model pembangunan sesebuah negara perlu berteraskan kepada matlamat membina asas kemanusiaan yang utuh. Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi hendaklah dilihat sebagai salah satu aspek yang penting dalam satu acuan yang turut berhubung kait dengan keperluan aspek fundamental yang lain seperti peningkatan keimanan dan seterusnya kerohanian masyarakat. Pembangunan dimensi ekonomi yang disepadukan dengan nilai kerohanian kemanusiaan justeru itu perlu digubal dan diterjemahkan dalam bentuk perancangan, polisi, dan mekanisme ekonomi oleh sesebuah negara. Pembangunan ekonomi yang sedemikian. menepati pendekatan pembangunan ekonomi yang seimbang clan komprehensif. Mengikut pendekatan tersebut nilai kemanusiaan perlu diberi perhitungan dalam membangun ekonomi negara. Pendekatan tersebut dengan sekali gus akan menjadi usaha yang mampu menerajui negara ke arah kewujudan sebuah peradaban yang dinamik. Dengan pendekatan ini, ia mampu mengurangkan gejala dan kerenah masyarakat hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi. Negara membangun seperti Malaysia pada masa ini perlu kepada barisan kepimpinan yang jujur, pintar, gigih serta berwawasan semoga negara mampu berperanan membangun ekonomi secara efektif dalam menghadapi segala bentuk cabaran dalam pergolakan dunia pada masa kini. Pegawai awam dan ahli teknokrat yang beramanah dan berkepakaran dalam kesemua jurusan perlu berganding bahu dalam usaha pembangunan. Begitu juga dengan kepimpinan sektor swasta. Turut sama ialah tenaga kerja yang terlatih dan berakhlak perlu dihasilkan oleh negara. Melalui model pembangunan ekonomi negara yang berciri holistik, di mana ia berbentuk seimbang clan komprehensif, pendekatan pembangunan ekonomi negara akan mempunyai pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. justeru itu pembangunan ekonomi negara akan bersifat pelbagai-dimensi yang memboleh kejayaan pembangunan ekonomi dicapai secara berterusan. Dalam konteks keadaan politik antarabangsa semasa, mencapai taraf ekonomi maju adalah satu untutan jihad mengikut Islam. Kepentingan mencapai dan memperoleh status negara yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju membolehkan negara kita berperanan mendaulatkan nilai kebenaran dan keadilan sejagat semoga menjadi teras dalam perhubungan antarabangsa. Pada masa sekarang, keadaan realiti memaparkan bahawa kesempadanan politik, ekonomi dan budaya hidup sesebuah negara makin bertambah tidak berfungsi lagi. justeru itu pembangunan ekonomi dan diikuti dengan kehebatan politik dan ketenteraan akan menjadi asas kekuatan kepada negara. Keadilan Sosial Adalah Asas Kepada Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan. Setiap individu yang akan berusaha untuk membangun ekonomi negara turut sama diberi penekanan melalui pembinaan pandangan hidup, personaliti/sahsiah dan kemahiran semoga kesemua tenaga individu benar-benar dapat berperanan ke arah pencapaian matlamat tersebut demi memaju dirinya dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana melalui semangat keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara pada mulanya dapat menyedia keperluan hidup asasi masyarakat melalui pencapaian faktor-faktor berikut: Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehiclupan di peringkat individu clan masyarakat. Sistem pelajaran negara perlu mampu mendidik setiap generasi ke arah pencapaian matlamat tersebut. Menaikkan taraf daya fikir serta tahap kemahiran untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan miliki pencapaian kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka mampu menjalankan kehidupan secara efektif mengikut keadaan perubahan masa. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyarankan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara ditadbir menepati prinsip syura. Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu dan melibat diri bersama dengan pihak swasta atau awam, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan masyarakat berkecimpung. Usaha membangun ekonomi dan pencapaian kejayaannya akan memberi keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa secara berterusan. Pendirian masyarakat pada masa sekarang, apabila dibicarakan strategi ke arah membangunkan ekonomi sesebuah negara, ramai memperakukan bahawa umbuhan ekonomi sahaja adalah penentu kepada kemampuan negara mewujudkan keadilan sosial. Oleh itu apa sahaja bentuk pendekatan yang diambil untuk membangunkan ekonomi tidak dilihat dari perspektif bahawa pendekatan keadilan sosial sebagai prasyarat. Usaha untuk mengadakan program ke arah keadilan sosial akan dijayakan selepas pertumbuhan ekonomi tercapai. Usaha ke arah mencapai keadilan sosial melalui pendekatan di atas tetap dianggap penting dalam model pembangan ekonomi semasa. Usaha untuk memberi pendidikan agama, keperluan individu membasmi buta huruf, membasmi kerniskinan, memberi kebebasan berakhbar turut sama difikirkan penting. Keperluan tersebut dianggap sebagai ciri-ciri ke arah kestabilan negara. Dari keyakinan strategi pembangunan ekonomi dan disusuli dengan menyediakan beberapa keperluan keadilan sosial, sistem ekonomi yang berperanan dalam sesebuah negara tetap mengamalkan sistem yang berpaksikan kepentingan kepada negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pendekatan pembangunan ekonomi semasa yang mempunyai pandangan hidup (world view) sedemikian yang diasaskan kepada semangat sistem liberal demokrasi kapitalis tidak mungkin secara komprehensif berjaya menghasilkan keadilan sosial setelah mencapai pertumbuhan ekonomi. Bahkan pertumbuhan ekonomi turut terjejas pada masa jangka panjang seperti di Eropah clan di Amerika Syarikat. Abad kesembilan belas, ekonomi Eropah begitu menonjol. Abad kedua puluh adalah kepunyaan Amerika Syarikat. Buat masa ini kedua ekonomi tersebut menghadapi masalah pertumbuhan ekonomi clan keperluan keadilan sosial rakyat mereka jelas turut sama terjejas. Lebih dari itu peraclaban kemanusiaan turut sama menghadapi krisis yang ketara sehingga masyarakat mereka hilang pedoman hidup. Pengalaman yang dialami di Eropah dan Amerika Syarikat sepatut mengajar kita tentang pendekatan yang perlu kita anjurkan dalam menyusun negara. Wawasan negara dengan jelas dan yakin mengutarakan acuan sendiri atau model pembangunan sepadu bersesuaian dengan nilai tempatan dalam memaju negara dalam Abad ke-21. Kita dengan yakin dan tegas merasai model pembangunan Barat tidak sesuai walaupun dari segi pembangunan sektor perindustrian mereka mencatat satu rekod yang cemerlang. Di samping itu rekod yang negatif seperti keruntuhan nilai kemanusian dan alam persekitaran turut membebani kebajikan kehidupan mereka. Akibat dari itu

perkembangan sektor perinclustrian mereka turut terjejas. Kepekaan kita untuk membangun ekonomi negara mengikut acuan kita pada akhir ini telah membuahkan beberapa prinsip panduan jika disemadikan dalam dasar dan usaha di semua peringkat akan mengalih pendekatan pembangunan ekonomi negara melalui keadilan sosial. Prinsip keuntungan bersama tanggungjawab sosial dan pembangunan ekonomi melalui keadilan masyarakat dalam membangun negara adalah di antara yang memperincikan Wawasan Negara. Jika prinsip tersebut diterjemahkan secara berkesan dan menyeluruh, prinsip pembangunan ekonomi melalui keadilan sosial akan menjadi teras kepada pendekatan pembangunan negara dalam abad ke-21. Kewujudan keadilan sosial kepada kesemua lapisan masyarakat sepatutnya menjadi prasyarat kepada pembangunan ekonomi negara yang seterusnya. Kemantapan prestasi ekonomi dan kemampuannya berterusan mampan, memerlukan kepada satu pendekatan yang mendahului kepada pembinaan nilai kemanusiaan masyarakat dalam kesemua dimensi. Prestasi ekonomi akan turut sama bergerak maju jika kesemua dimensi yang cliperlukan untuk membina sebuah peraclaban yang utuh dilihat dalam perspektif yang seimbang dan komprehensif. justeru itu pembangunan ekonomi melalui kewujudan keadilan sosial henclaklah diterjemahkan dalam perancangan ekonomi negara. Pembiayaan belanjawan secara berimbang, pembasmian kemiskinan secara agresif dan terus ke akar umbi, penyediaan mekanisme alternatif kepada mekanisme kadar faedah yang bersifat exploitatif dalam sektor pembiayaan kewangan secara berperingkatperingkat melalui beberapa langkah pengenalan kepada alternatif baru adalah beberapa tindakan yang memberi satu usaha yang cuba mewujudkan keadilan sosial dalam usaha membangunkan ekonomi negara. Pendekatan, cara atau mekanisme serta matlamat yang hendak dicapai perlulah serasi. Pendekatan acuan tempatan ini jika berjaya bukan sahaja clapat memantapkan dimensi ekonomi negara tetapi sekaligus clapat membentuk masyarakat yang berakhlak clan berperadaban, yang akan meyakini masyarakat antarabangsa untuk menjadi model kita sebagai contoh. Revolusi kualiti yang diberi penumpuan dalam pengurusan ekonomi Jepun membuka mata masyarakat antarabangsa akan efektifnya model pengurusan Jepun dijadi ikutan. Begitu juga jika umat Islam di Malaysia berjaya, masyarakat antarabangsa akan ingin mempelajari dari kita. Umat Islam pada hari ini tidak seharusnya hanya berbangga dengan kejayaan silam, tetapi mereka seharusnya menterjemahkan prinsip Islam dalam program penyusunan negara di peringkat individu dan masyarakat. jika masyarakat antarabangsa mengagungi kejayaan prestasi ekonomi jepun, mereka juga akan turut serta mengagumi Islam, jika prinsipnya dapat dijadi garis panduan dalam usaha kita membangunkan ekonomi negara secara berkesan dan cemerlang. Dalam konteks menyusun dan membangun negara asas utama ialah peranan yang jelas yang perlu dimainkan oleh sektor awam dan sektor swasta. Peranan Sektor Awam dan Swasta Tugas utama sesebuah pemerintahan dalam Islam adalah untuk menjamin kebajikan masyarakat di kalangan kesernua lapisan rakyat tercapai. Ibn Taimiyah berpandangan; kecapaian kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara akan merapatkan pertalian antara pemerintah dengan rakyat . Keadaan sedemikian sangat perlu dalam menjaminkan kestabilan politik dan sosial tercapai. la juga akan dapat meneruskan usaha pemerintah dalam membangunkan negara. Kebajikan masyarakat membawa erti yang komprehensif dan mendalam. la meliputi clan memenuhi kesemua aspek keperluan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Kebajikan masyarakat akan tercapai apabila individu clan masyarakat menghayati kehiclupan yang berakhlak tinggi menepati tuntutan Islam. Akhlak yang mulia adalah asas kepada kemanusiaan dan peraclaban masyarakat itu sendiri. justeru itu mendiclik clan memelihara akhlak di kalangan pemimpin dan rakyat adalah tugas yang penting. Di antara peranan utama sektor awam adalah seperti berikut: Pertama, membasmi kemiskinan mutlak dikalangan rakyat. Kemiskinan mutlak tidak seharusnya wujud. Kesemua ahli masyarakat perlu digembling untuk berperanan dan melibatkan dengan kegiatan ekonomi. Rakyat mesti dididik untuk bekerja dan memiliki kemampuan untuk menyelesaikan keperluan minima dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara berterusan dengan meningkatkan kekayaan ekonomi negara. Kedua, harta negara dan individu perlu sentiasa mengalir dalam pencetusan kegiatan ekonomi. Pembekuan, pembaziran clan penyalahgunaan harta hendaklah diminimakan jika tidak dihapuskan. Pengaliran kekayaan negara dalam kegiatan ekonomi akan memberi manfaat kepada keseluruhan lapisan masyarakat. Ketiga, pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti

keperluan ekonomi negara semasa. Negara dengan itu mesti berkemampuan menghasilkan ahli-ahli cendikiawan clan teknokrat yang mahir dalam mengendalikan pengurusan ekonomi negara. Keempat, setiap rakyat berhak memiliki harta persendirian, kebebasan menentu kegiatan ekonomi yang ingin disertai yang menepati syariah dan mekanisme peruntukan sumber clikendalikan melalui sistern pasaran. Di samping peranan sektor awam, sektor swasta yang merangkumi sektor isi rumah dan sektor firma turut sama berperanan dalam membangunkan negara dalam kesemua aspek termasuk akhlak dan kemajuan akonomi. Sesuai dengan kehormatan dan keyakinan Islam terhadap kedudukan individu, sektor swasta dalam pemerintahan Islam adalah rakan kongsi yang akan menentu bersama kemajuan negara. Bahkan dalam Islam, sesuai dengan fitrah penyusunan negara, sektor swasta seharusnya mempelopori dalam usaha ke arah memajukan negara. Pendekatan ini tepat sekali dengan Dasar Persyarikatan Malaysia. Islam mempunyai pandangan bahawa usaha membangun dan memaju sesebuah masyarakat atau negara memerlukan kepada pengemblingan usaha di peringkat individu isi rumah dan firma. Inisiatif individu dalam suasana yang sesuai dengan kehormatan dan kebebasan yang diperuntukan kepada individu akan menjadi faktor penentu kepada kemajuan sesebuah negara. Islam memberi penumpuan kepada pendekatan berbentuk voluntari dari inisiatif individu daripada pendekatan mengawal setiap tindak tanduk individu seperti dalam sistem sosialis dan komunis. Islam mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan dengan kebebasan individu dibandingkan dengan kebebasan individu dalam sistem liberal demokratik kapitalis. Islam memberi penekanan kepada pembentukan akhlak incliviclu. Kesepaduan kemantapan akhlak dan kebebasan gerak geri individu dalam suasana wujud budaya Islam akan menghasilkan satu masyarakat yang kreatif dan dinamik. Akhlak mulia adalah asas clan penggerak kepada pencapaian kecekapan, inovatif dan kreativiti dalam diri manusia. Individu yang berakhlak adalah individu yang bertanggungjawab clan sekaligus berperanan positif kepada pembangunan negara. Justeru itu seseorang yang berakhlak tinggi akan sentiasa mencuba membaiki prestasi pekerjaannya ke mercu yang mampu dicapai. Sektor firma adalah lebih kecil dari segi saiz organisasi. Mereka juga lebih menjurus dari segi bidang usaha dan objektif yang hendak dicapai. justeru itu mereka lebih cepat dan mudah membuat sesuatu keputusan dan tinclakan. Ciri-ciri ini memudahkan mereka mencapai matlamat mereka. jika kesemua organisasi firma dalam negara dapat digembleng untuk berperanan secara positif clan relevan kepada keperluan negara, mereka pasti akan clapat mendukung aspirasi negara. jika sektor swasta dapat berperanan secara positif dan produktif, sudah pasti sektor awam akan dapat dikurangkan dalam memenuhi peranan tuntutan negara. Tindakan pemerintah dalam mengurangkan saiznya seperti melalui Dasar Penswastaan agensi dan institusi awam adalah usaha yang sihat demi mengurangkan saiz tanggungan pemerintah. Pendekatan ini perlu diambil untuk mencapai kecekapan dan sekaligus menepati fitrah bernegara. Oleh kerana Islam menghormati hak individu dalam negara, keduclukan istimewa kepada sektor swasta untuk berperanan dalam menentu kegiatan ekonomi menepati semangat ini. Islam mementingkan roh keadilan dalam penyusunan struktur bernegara dan mendidik akhlak dan kepakaran rakyat dalam pengurusan clan pencapaian kemajuan dalam sains clan teknologi. Kedudukan dan peranan pemerintah dalam penyusunan ekonomi negara tidak dapat dinafikan. Islam hanya mengharmonikan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan ekonomi negara. Islam tidak memberi satu formula yang ketat dalam usaha ini. Yang penting ialah keharmonian dalam negara tercapai sehingga dapat menghasilkan kedudukan hak individu terjamin dan nilai kemanusiaan tercapai yang membolehkan negara terus mantap dari sudut nilai akhlak dan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif dicapai secara berterusan. Di Barat dan negara yang mengamal sistem liberal demokrasi kapitalisme, saiz birokrasi institusi pemerintahan makin bertambah besar dan penting walaupun pada dasarnya sistem tersebut menganjur kebebasan mutlak individu dan sekaligus mendukung peranan penting sektor swasta. Keadaan realiti yang bercanggah dengan aspirasi sistem tersebut adalah disebabkan asas sistem kapitalisme apabila dilaksana pasti menimbulkan gejala kepada masyarakat seperti wujudnya masalah kemiskinan, ketidakadilan dalam pengagihan pemilikan harta dan kekayaan, kesan luaran yang negatif dan sebagainya. Sistem liberal demokrasi kapitalisme yang berlandaskan kepada asas materialisme, individualisme dan naturalisme apabila dilaksana akan memerlukan pada akhirnya kepada peranan sektor awam yang besar demi untuk menangani masalah masyarakat yang ketara hasil dari perlaksanaan sistem tersebut. Matlamat Ekonomi Negara

Penyusunan struktur ekonomi negara seperti yang dibincang di atas meletak pada tempat kedudukan clan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam perjalanan ekonomi negara. Keistimewaan yang diberi kepada sektor swasta dan disertai dengan kepekaan sektor awam kepada penyusunan ekonomi negara pasti membawa ekonomi negara ke hadapan. Pelaksanaan sistem ekonomi mengikut pendekatan Islam ini akan mengubah dan mempengaruhi suasana perjalanan kegiatan ekonomi negara. Beberapa hasil sudah pasti akan dicapai seperti berikut:

1.

Pencapaian kebajikan ekonomi dan keutuhan moral masyarakat

Pencapaian kebajikan ekonomi untuk ahli masyarakat adalah matlamat penting ajaran Islam. Ia hendaklah disertai dengan keutuhan moral masyarakat. Kedua-dua sepatutnya bergerak secara bersepadu. Oleh itu, dalam negara Islam, rakyat diberi kebebasan dan dituntut supaya berusaha dalam mencapai paras kecekapan yang tinggi dalam aktiviti ekonomi mereka. Pertumbuhan ekonomi yang pesat perlu diusahakan dalam kesemua sektor. Kemiskinan mutlak di kalangan rakyat mesti dihapuskan. Ummah semestinya, berada dalam paras pencapaian ekonomi yang setinggi mungkin pada setiap masa. Sektor awam ialah untuk membantu usaha tersebut. ii)

Pencapaian keadilan sosial dalam masyarakat

Islam mengutamakan keadilan social terlaksana dalam masyarakat. Kekuatan dan kemajuan sesuatu masyarakat bergantung besar pada terlaksananya matlamat ini. Bahkan strategi pembangunan ekonomi negara adalah melalui penyempurnaan keadilan sosial dalam masyarakat. Langkah-langkah pemantapan ekonomi negara tidak boleh diambil tanpa melalui pendekatan keadilan sosial. justeru itu prasyarat kepada usaha membangun ekonomi negara perlu melalui pencapaian keadilan sosial. iii) Kewujudan muafakat dan kerjasama dikalangan kesemua sektor dalam masyarakat Dengan terlaksananya keadilan sosial, sistem ekonomi dalam negara mengikut Islam akan berusaha untuk mewujudkan suasana muafakat dan kerjasama di kalangan pihak pemerintah dan swasta, majikan dan buruh, pengeluar dan pengguna dan sebagainya. Di dalam sistem ekonomi Islam, konsep "kedaulatan pengguna" (consulner sovereigny) seperti yang disarankan oleh sistem kapitalisme tidak wujud. Begitu juga halnya dengan konsep "kedaulatan pengeluar" (producer sovereignty) dalam sistem Marxisme. Yang akan wujud ialah suatu perspektif di mana kesemua sektor dan unit dalarn ekonorni akan berusaha memupuk semangat bermuafakat dalam melaksana peranan masing-masing.

6)

KEHIDUPAN BERKUALITI Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur’an surah al-Qasas : 77 Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia. Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan. Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu. “ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu ( keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpahlimpah): dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” ( Surah al-Qasas: Ayat 77)

7) PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hakhak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hakhak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat : 13 bermaksud “Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)”. Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan

asasi (Fundemental Liberties). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaumkaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim,maksudnya : “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(alqur’an)”. Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian. Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita. Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58 maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada

ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”.

8) Prinsip Ke Lapan KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL oleh: Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan Panel Pemikir Islam Hadhari 1.

PENDAHULUAN

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara tersebut terkenal sebagai “developed” (maju), “advanced” (terkehadapan) atau “fully industrialised countries” (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi. 2.

CABARAN GLOBALISASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memasuki abad ke-21, negara Malaysia dan umat Islam berhadapan pula dengan tiga gelombang besar – globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baru (“New World Order”) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global di mana negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh). Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Dalam masyarakat yang sarat dengan nilai-nilai kebebasan individu di luar kawalan agama dan pandangan hidup sekularistik, telah muncul di akhir abad ke-20 gerakan-gerakan sosial yang memperjuangkan kebebasan seks, penggunaan marijuana, hak pengguguran anak, kebebasan pelacur-pelacur (yang dikenali sebagai “sex workers”), perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan “gay” yang disambut secara besar-besaran. Satu contoh gerakan yang benar-benar merbahaya dan mencabar budaya manusia bertamadun dan nilai-nilai

agama tradisional dan moral yang suci ialah perjuangan masyarakat liberal Barat untuk menjayakan konsepsi keluarga yang tidak lagi terdiri dari lelaki dan perempuan, suami isteri dan anak-anak yang sah. Konsep ini diperjuangkan pertama kali dalam persidangan United Nations Conference on Population and Development di Cairo pada 1994 dan kemudian di Beijing pada tahun 1995. Seiring dengan itu diperjuangkan juga supaya dihalalkan hubungan seks sebelum nikah kerana hal ini sudah menjadi lumrah di negara-negara maju teknologi. Aliran-aliran seperti ini, sama juga dengan aliran-aliran sastera bebas ala Salman Rushdie, bertitik tolak daripada sikap atau keyakinan sebahagian manusia moden bahawa nilai-nilai agama, budaya dan moral sudah lama ketinggalan zaman dan manusia dengan kepintaran dan kehebatan teknologi inteleknya sahaja boleh mendapat makna hidup dan kesejahteraan tanpa bimbingan agama samawi atau moral yang berteraskan ajaran agama. Dengan kemajuan sains dan teknologi yang canggih, isu kejuruteraan genetik dan “cloning” tampil dengan pelbagai harapan untuk kemajuan bidang ilmu kedoktoran dan pertanian, tetapi ia juga mengundang beberapa persoalan besar serta kebimbangan yang mempunyai implikasi etika dan budaya yang sangat besar. Bagi sebuah tamadun yang tidak didirikan atas dasar agama, sains dan teknologi sahajalah yang menjadi sumber jawapan tentang baik buruknya sesuatu hasil penemuan sains atau halal haramnya sesuatu teknologi baru. Bagi umat Islam di Malaysia atau di mana sahaja yang berpegang teguh kepada agamanya, ketinggian tamadun tidak boleh dipisahkan daripada keteguhan agama dan keutuhan akhlak. Oleh yang demikian hasil kemajuan sains dan teknologi dalam sesuatu negara atau tamadun yang berteraskan Islam tidak ditolak selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral yang luhur. Kehebatan kemajuan ilmu sains dan teknologi manusia moden masa kini mungkin merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan negara-negara atau masyarakat moden merasa tidak perlu berpegang kepada ajaran agama tradisional atau menghormati sistem-sistem moral tradisional yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dengan kepentingan negara atau politik masing-masing. Di dalam dunia pasca Perang Dingin dan pasca keruntuhan ideologi Komunis, banyak sekali berlaku tindakan-tindakan ketenteraan, politik dan ekonomi negara-negara kuasa besar yang merupakan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan terhadap negara-negara kecil bukan Barat termasuk negara-negara orang Islam seperti Bosnia-Herzegovina, Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya, Sudan, Iran dan Syria. Tindakan-tindakan unilateral dan tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan bahawa dalam tata dunia baru atau politik antarabangsa, “might is right” dan keunggulan kuasa ekonomi kapitalis-liberal membolehkannya menyebarluaskan pengaruhnya sesuka hati. Pemimpin-pemimpin negara atau parti pemerintah negara yang sedang membangun yang tidak mempunyai integriti moral yang utuh dan tidak berpegang kepada nilai-nilai budaya yang luhur akan mudah dimanipulasi untuk membuka jalan bagi membolehkan kemasukan kepentingan-kepentingan ekonomi, politik dan budaya pihak kuasa besar dalam negara berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada cabaran globalisasi dan liberalisasi yang harus ditangani secara bijak oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.

2. KEBIMBANGAN TERHADAP KELUNTURAN BUDAYA DAN MORAL

3. Cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral umat daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat dalam era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya. Begitu mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman “adult” berada di depan mata untuk menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan “dosa di hujung jari”. Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah. Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh dunia. Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahankemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini ramai peniaga melakukan penipuan dan tindakan-tindakan tidak beretika untuk meraih keuntungan, sementara ada bank-bank tempatan disyaki memanipulasi pasaran saham. Banyaknya kes-kes penipuan dalam pelbagai bidang pekerjaan di kalangan golongan dewasa sama ada dalam sektor swasta atau awam, menambah kebimbangan masyarakat tentang masa depan Malaysia menuju ke arah status negara maju pada tahun 2020.

Untuk mencapai matlamat kesejahteraan sosial dalam sebuah negara Malaysia yang maju, kerajaan dan rakyat harus berganding bahu membenteras gejala sosial yang mengkhuatirkan, termasuk budaya suka berjudi, sindrom ingin cepat kaya, budaya tidak menepati waktu, tabiat suka mengotor, budaya mengejar glamor dan populariti murahan anjuran T.V. dan budaya fitnah memfitnah dalam dunia politik. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya – merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat. Tetapi nilainilai kerohanian dan moral bangsalah yang menjadi asas keutuhan budaya. Dari perspektif Islam, keutuhan budaya dan moral merupakan kriteria penting di dalam menilai makna kemajuan atau tamadun sesuatu bangsa. Undang-undang Tuhan dan undang-undang ciptaan manusia juga bertujuan untuk mencegah perbuatan yang tidak berakhlak atau beretika dan membangun masyarakat yang berakhlak mulia. Dengan adanya warga negara yang berkelakuan dan berinteraksi sesama manusia mengikut lunas-lunas budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang terpuji, masyarakat dan negara akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesentosaan. Apabila budaya yang baik dan akhlak yang terpuji luntur, terhakis atau menjadi lemah maka kehidupan masyarakat akan dipenuhi dengan gejala kemungkaran, penipuan, kemaksiatan dan keganasan. Apabila para pemimpin atau golongan berkuasa tidak lagi berpegang kepada budaya yang baik dan akhlak yang terpuji, negara atau tamadun akan menjurus ke arah kehancuran. Inilah yang dapat kita pelajari daripada kajian sejarah naik turunnya tamadun-tamadun besar dunia zaman silam, seperti tamadun Yunani, Mesir, Rom dan China. Kehebatan teknologi, ketenteraan dan kebendaan tidak dapat menyekat proses keruntuhan dalamannya yang bermula dari kerosakan-kerosakan moral dan etika golongangolongan atasan, para penguasa dan para pembesar negara. Kerana itulah al-Qur’an berkali-kali menyeru supaya manusia menjelajah bumi dan mengkaji sejarah tamadun-tamadun zaman silam untuk mengetahui sebabsebab kehancurannya dan kemusnahannya, lalu mengambil iktibar supaya hal-hal yang sama dapat dihindari dan dijauhi demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat dan tamadun yang muncul kemudian. Kita di Malaysia sudah pasti tidak mahu berada dalam keadaan di mana kemajuan ekonomi dan teknologi negara meningkat dan menyamai negara-negara maju tetapi gejala sosial, kemerosotan akhlak, ketidaksopanan dan ketandusan etika menjunam ke tahap yang parah dan sukar dipulihkan. Itulah sebabnya dalam Wawasan 2020 Malaysia mahu mencapai kemajuan mengikut “acuan kita sendiri” dengan mengintegrasi ajaran-ajaran agama, budaya yang baik dan nilai-nilai akhlak yang mulia dan terpuji. 4.

KEUTUHAN BUDAYA DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Pendekatan Islam Hadhari bermatlamat mencapai kemajuan yang menyeluruh, bagi umat Islam dan juga negara Malaysia, termasuk dalam bidang budaya dan moral masyarakat. Oleh kerana ruang lingkup budaya itu luas dan ianya mengalami perubahan dari zaman ke zaman dan dari tempat ke tempat, pemilihan harus dibuat oleh pemimpin masyarakat dan pelaksana dasar ini untuk a) membangun, menyuburkan dan mengutuhkan aspekaspek dan ciri-ciri budaya yang positif, membina dan bermanfaat, dan b) tidak menggalakkan, meninggalkan atau memberhentikan ciri-ciri budaya yang negatif, merosakkan dan tidak membantu proses pembangunan masyarakat atau negara yang hadhari. Langkah ini menepati prinsip pertama pendekatan Islam Hadhari iaitu “Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah” dan juga prinsip yang terkenal di dalam Islam sebagai “Amar Makruf dan Nahi Munkar” (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Ada budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat dan ada budaya yang membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara. Budaya yang baik yang perlu kita suburkan sehingga ia menjadi benar-benar utuh dan mewarnai identiti positif umat Islam dan menaikkan imej negara Malaysia ialah budaya yang mengandungi ciri-ciri berikut:4.1 Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain. 4.2 Penguasaan ilmu yang berguna dan pemberian nilai dan kehormatan yang tinggi kepada para ilmuwan, kesarjanaan dan kebijaksanaan; institusi-institusi pendidikan diberi keutamaan dan kebebasan akademik dan penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi digalakkan; amalan membaca menjadi ciri masyarakat dan perbincangan atau wacana ilmiah disuburkan; ilmu aqli (intellectual knowledge) dan ilmu naqli (revealed knowledge) digabungkan supaya wujud keharmonian antara sains, teknologi dan agama. 4.3 Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, peraturan-peraturan, perjanjian, kontrak sosial dan adat resam yang menghargai budi, sikap berterima kasih, sopan santun, bahasa yang beradab dan tingkah laku yang tidak kasar, biadab atau gelojoh. 4.4 Kebebasan and ketelusan institusi kehakiman yang menjamin keadilan dan kesamarataan di hadapan undang-undang atau hukum Tuhan; perlantikan para hakim yang dibuat di atas dasar yang objektif, telus dan adil, terlepas dari sebarang unsur bias, pengaruh kepentingan diri, keluarga atau parti; pengadilan yang tidak dipengaruhi oleh rasuah atau paksaan dari pihak eksekutif; para pelaksana hukuman yang menjalankan tugas dengan adil, cekap dan bermoral.

4.5 Pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa atau kedudukan, bersih dari kronisme, nepotisme atau hubungan sulit dengan kepentingan-kepentingan perdagangan atau industri di dalam atau di luar negara; nilainilai dan prinsip integriti diterapkan di dalam setiap lapisan pengurusan, daripada pemimpin yang berada di atas kepada pekerja yang berada di bawah; rasuah dan penyalahgunaan kuasa dianggap bukan sekadar jenayah tetapi sebagai dosa besar di sisi agama. 4.6 Budaya politik yang demokratik, patriotik dan beretika; kuasa politik dianggap sebagai amanah Tuhan dan rakyat, bukan untuk memenuhi kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara; parti politik adalah alat dan bukan matlamat, oleh itu perjuangannya tidak sampai terkeluar daripada batas moral atau menjejaskan perpaduan negara, keharmonian antara kaum dan antara agama serta kestabilan politik; kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa berdasarkan kepada prinsip menghormati perbezaan pandangan, menghormati peruntukan Perlembagaan dan menghormati ketetapan-ketetapan negara berkaitan dengan perkara-perkara sensitif seperti kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan hak-hak istimewa kaum Bumiputera; terdapat usaha yang jujur dan berkesan untuk mencegah dan menghapuskan budaya rasuah dalam parti politik yang jelas bertentangan dengan hukum dan nilai-nilai Islam serta etika. 4.7 Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu; wujudnya piawaian mutu produk dan produktiviti serta piawaian sistem pengurusan yang cekap dan efektif; wujudnya minda dan sikap yang menentang kemalasan, kecuaian dan ketidakseriusan dalam bekerja; wujudnya kefahaman yang meluas bahawa sebarang kerja yang baik dan berguna untuk kepentingan negara atau masyarakat adalah suatu jenis ibadah dan amal soleh yang mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat; wujudnya sistem yang tidak menindas gologan pekerja. 4.8 Kedaulatan Bahasa Kebangsaan dijaga, dipupuk dan dipantau kemajuannya walaupun penguasaan bahasa-bahasa asing seperti Inggeris atau Jepun digalakkan; rakyat berbilang kaum dapat menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan masyarakat majmuk dengan baik di samping bahasa ibunda masingmasing; sikap pragmatisme ekonomi yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan perlu dikawal atau dicegah. 4.9 Kegiatan kesusasteraan yang mendukung nilai-nilai murni, positif, membangun minda dan memajukan pemikiran rakyat; kemajuan dalam bidang puisi, novel, cerpen dan drama berjalan selari dengan wawasan kemanusiaan yang beradab dan kesucian agama. 4.10 Kesenian yang mengekalkan keaslian yang murni sambil mencari manifestasi-manifestasi baru dan kreatif tanpa mengorbankan nilai-nilai atau bentuk-bentuk asli yang indah dan bermakna; tidak wujudnya penggiat seni yang hidup di luar batas-batas kesusilaan atau budaya yang beretika. 4.11 Budaya pakaian yang menghormati batas-batas agama dan kesusilaan tradisional; aliran-aliran fesyen yang merupakan tiruan dunia fesyen barat atau timur untuk kepentingan kebendaan pereka-pereka fesyen yang tidak mengindahkan nilai-nilai moral atau agama tidak digalakkan; bagi orang Islam fesyen-fesyen pakaian yang menepati kehendak agama dan moral umat Islam boleh dipopularkan atau dipasarkan di dalam dan di luar negeri. 4.12 Adat makan minum yang tidak melibatkan perkara-perkara atau perlakuan haram walaupun bentukbentuk dan jenis-jenisnya sentiasa berubah mengikut selera pengguna semasa; kecenderungan ke arah ketagihan merokok dan meminum minuman keras di kalangan orang Islam perlu dikawal. 4.13 Budaya hiburan melalui muzik, tarian dan pementasan yang tidak melampaui batas kewajaran yang dibenarkan agama dan moral; kecenderungan pemuda pemudi beragama Islam untuk terlibat dalam budaya hiburan melalui konsert-konsert yang terlalu bebas kerana mengikuti aliran dan gaya baru Barat yang bersifat terlalu liberal dan memberangsang nafsu seks tidak harus dibiarkan merebak dan merosakkan tata susila dan norma-norma umat Islam; stesen-stesen TV milik kerajaan tidak wajar memberi galakan atau ruang dan masa yang istimewa kepada aliran-aliran atau program-program hiburan yang merendahkan akal budi generasi muda dan secara tidak langsung menggalakkan pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan walaupun programprogram itu berhasil membawa keuntungan besar kepada pihak penaja dari luar atau dalam; mengekalkan budaya hiburan yang sederhana lagi mendidik minda dan tidak menjolok mata adalah penting dalam mengejar kemajuan mengikut “acuan kita sendiri” dan membenteras gejala sosial yang melanda golongan remaja Malaysia hari ini. 4.14 Tradisi keluarga yang memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaan yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tangga yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya; amalan hidup berjiran yang saling menghormati, bekerjasama untuk kesejahteraan sosial tanpa mengira kaum atau agama. 4.15 Adat perkahwinan yang menekankan nilai kesederhanaan dan tuntutan agama supaya ianya tidak dianggap oleh mereka yang ingin berkahwin sebagai suatu masalah besar yang terpaksa dipikul dengan beban hutang berpanjangan; 4.16 Kesenian tradisional atau moden yang tidak bercanggah dengan dasar iman dan akhlak mulia serta menyerlahkan identiti positif sesuatu kaum atau bangsa; kepelbagaian adat dan tradisi pelbagai kaum dan umat

beragama dalam masyarakat Malaysia yang berinteraksi secara aman dan harmonis dipertahankan; aktiviti kebudayaan atau kesenian yang mengandungi unsur syirik, khurafat atau tahyul tidak dibenarkan kepada orangorang yang beragama Islam. 4.17 Kegiatan menarik pelancong dari luar negara yang menonjolkan keunikan tempat-tempat percutian Malaysia, flora dan faunanya, cara hidup dan kebudayaan masing-masing kaum dan lain-lain tanpa merosakkan kesucian agama atau nilai-nilai moral masyarakat tempatan. 4.18 Kegiatan sukan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat, kuat, berdaya saing dan terkenal dalam bidang-bidang tertentu tanpa meniru kelakuan-kelakuan atau kebiasaan-kebiasaan dari luar negara yang berlawanan dengan nilai-nilai moral masyarakat Malaysia; gelagat penonton tempatan yang tidak bersopan atau tidak menghormati undang-undang atau yang berakhir dengan keganasan jelas bercanggah dengan prinsip sukan yang berdisiplin dan beretika. 4.19 Kepimpinan masyarakat yang menekankan keutamaan memenuhi kepentingan orang ramai dan memberi perkhidmatan kepada rakyat secara amanah, bertanggungjawab dan berakhlak mulia sehingga dihormati dan diiktiraf sebagai orang-orang berkuasa yang mempunyai integriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti Nasional; perhubungan yang harmonis antara kaum, peningkatan semangat patriotik, semangat gotong royong dan perkhidmatan sukarela dari kalangan organisasi bukan kerajaan untuk kepentingan golongan miskin, golongan kurang upaya, golongan tua dan belia-belia bermasalah, serta keprihatinan terhadap kerosakan dan pencemaran alam sekitar harus menjadi agenda utama para pemimpin masyarakat dan wakil rakyat. 4.20 Tradisi menghidupkan bulan puasa di bulan Ramadan oleh umat Islam yang diisi dengan ibadat khusus di masjid-masjid seluruh Malaysia pada waktu malam tanpa menjurus kepada perbelanjaan terlalu besar di waktu siang; persiapan untuk merayakan Hari Raya Aidil Fitri harus dibuat mengikut garis panduan tradisi Islam yang menekankan semangat membantu golongan miskin dan melarat, kegigihan melawan dorongan hawa nafsu dan peningkatan ketakwaan kepada Allah, supaya pengaruh budaya konsumerisme dan komersialisme serta tarikan budaya hiburan, muzik dan tarian menjelang Hari Raya tidak menjejaskan makna sebenar berpuasa dan berhari raya. 4.21 Tradisi “balik kampung” menjelang Hari Raya atau cuti-cuti am rakyat Malaysia yang mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan serta perpaduan masyarakat kota dan desa; tradisi ini memberikan pendedahan yang penting kepada generasi muda yang lahir di kota-kota besar untuk mengenali kehidupan, budaya dan adab masyarakat luar bandar termasuk peluang menziarahi tanah perkuburan orangorang tua dan nenek moyang mereka. 4.22 Adab dan akhlak generasi muda yang mempunyai sikap mengenang budi, bersyukur kepada Tuhan dan manusia, tahu menunjukkan kesetiaan, penghormatan dan kelakuan yang bersopan dan berbudi bahasa terhadap ibu bapa, para guru, para pemimpin, orang tua, orang miskin, tetamu di rumah, orang kurang upaya, orang sakit dan anak-anak kecil tanpa mengira kaum atau agama; kekhuatiran para pemimpin dan ibu bapa di Malaysia dewasa ini tentang semakin merosotnya adab dan kesopanan, budi bahasa yang baik, sikap hormat dan bertimbang rasa terhadap orang lain di kalangan generasi muda Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana buktinya banyak dan tidak sukar ditemui. 5.

KEUTUHAN MORAL DAN CABARAN-CABARAN TERHADAPNYA

Dalam perjalanan menuju matlamat kemajuan yang diidam-idamkan, masyarakat Malaysia dan umat Islam di dalamnya sedang berhadapan dengan gejala keruntuhan moral yang sungguh mengkhuatirkan. Ramai pemuda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS. Parti-parti politik digugat oleh amalan tak bermoral yang disebut sebagai “politik wang”. Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam digugat oleh wabak rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan suatu Pelan Integriti Nasional dan sebuah institut untuk mengkaji langkah-langkah pelaksanaan pelan tersebut. Sektor swasta juga tidak terlepas daripada amalan rasuah dan skandal-skandal pengurusan dan kewangan. Pasaran saham digugat oleh manipulasi-manipulasi pihak yang ingin meraih keuntungan secara tidak beretika. Pekerjapekerja asing diperlakukan sebagai hamba abdi dan pembantu-pembantu rumah diperkosa atau didera. Penderaan seksual sering menimpa pekerja perempuan dan banduan-banduan juga tidak bebas daripada tindakan-tindakan tidak bermoral ke atas mereka. Pembeli-pembeli rumah ditipu oleh pemaju-pemaju dengan pelbagai cara yang tidak beretika. Alam semulajadi musnah akibat diperkosa oleh proses pembangunan dan industri yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Muda mudi Melayu hebat berpesta tanpa segan silu tetapi lemah dalam bidang ilmu pengetahuan. Perjudian dan pelacuran tidak dapat dibendung. Gejala sumbang mahram menjadi-jadi. Kes pembuangan bayi hasil daripada perhubungan seksual haram bertambah. Murid sekolah sering terlibat dalam vandalisme, keganasan dan amalan buli yang melampau. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam aktiviti seksual di luar kampus untuk menambahkan wang perbelanjaan hidup. Peminjam wang kerajaan malas dan enggan membayar hutang mereka. Pelbagai jenis perbuatan tidak beretika melibatkan pengusaha, pedagang, peniaga dan ahli korporat dilaporkan di akhbar hampir setiap hari. Banyak lagi kes-kes penipuan dan kemungkaran lainnya yang memalukan dapat disenaraikan di sini tetapi ruang tidak mengizinkan. Kesimpulannya ialah kita berhadapan dengan suatu kenyataan yang pahit: bahawa masyarakat Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat dan dalam kes-kes

tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni dan kegagalan dalam penguatkuasaan undangundang. Begitu juga dengan kes-kes jenayah mencuri, meragut, merompak, merogol dan membunuh. Keselamatan rumah tangga, kanak-kanak, harta benda, diri manusia dan persekitaran semakin tercabar oleh peningkatan kadar jenayah. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar. Beberapa cabaran besar terhadap keutuhan moral dan kekuatan etika masyarakat Malaysia dari perspektif akhlak Islam dapat dirumuskan seperti berikut:5.1

Cabaran daripada Arus Globalisasi, Liberalisasi dan Westernisasi

Arus-arus ini jelas membawa nilai-nilai budaya dan moral yang tidak mementingkan ajaran agama atau tata susila ketimuran yang menghormati tradisi-tradisi yang dianggap mulia. Nilai-nilai dan produk-produk tamadun yang berkaitan dengan seni, hiburan dan gaya hidup yang dibawa masuk ke dalam budaya kita banyak diwarnai oleh faham kebendaan, faham kebebasan individu manusia, faham kebebasan akal yang terlepas daripada bimbingan agama atau wahyu, konsumerisme, dan faham kebebasan sains dan teknologi daripada kawalan etika dan agama. Saluran yang digunakan untuk menyebarkan faham-faham atau trend-trend sekularisasi ini ialah institusi-institusi ekonomi, politik, pendidikan, media massa, industri hiburan, sukan antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Gaya hidup golongan menengah dan golongan belia-beliawanis masyarakat Malaysia menjadi sasaran utama arus globalisasi nilai-nilai sekularisasi dan liberalisasi. Oleh itu kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan golongan muda menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat Islam. Di samping itu, cara menyampaikan ajaran agama Islam kepada generasai muda hari ini dan juga golongan menengah Islam mestilah dilakukan dengan mengambilkira cara berfikir, minda dan psikilogi kedua-dua golongan itu. Mereka hendaklah didekati dengan cara yang mesra pelanggan, simpati, sabar, rasional dan tidak memaksa. Guru agama dalam era globalisasi dan IT ini harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kemajuan sains, teknologi maklumat, kebudayaan, politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi serta mempunyai kebolehan berkomunikasi secara bijaksana dengan golongan belia dan kelas menengah. 5.2

Cabaran daripada Penyalahgunaan Internet dan Telefon Bimbit

Pengunaan Internet dan telefon bimbit yang semakin meluas dalam masyarakat Malaysia adalah suatu perkara yang membanggakan selagi para pengguna menjadikan kehebatan teknologi maklumat ini sebagai sumber menambah ilmu pengetahuan dan maklumat, perniagaan maya, komunikasi dan pendidikan maya yang global dan pantas, dan perluasan jaringan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai kegiatan yang baik, berguna dan bermanfaat untuk diri, masyarakat, agama dan negara. Yang menjadi masalah kepada budaya dan moral masyarakat Islam ialah aspek negatif dalam Internet dan penyalahgunaan teknologi komunikasi canggih yang semakin meningkat. Sebagaimana yang diketahui umum, Internet juga sarat dengan muatan maklumat dan bahan-bahan lucah atau pornografik yang jelas bertentangan dengan ajaran agama atau nilai-nilai moral. Bahan-bahan lucah yang merosakkan nilai-nilai moral itu juga boleh didapati melalui telefon bimbit. Oleh kerana Internet dan telefon bimbit boleh dibawa ke dalam bilik tidur seorang pengguna atau pemuda dan boleh digunakan bila-bila masa secara perseorangan, industri seks haram dan industri perjudian menggunakan Internet dan telefon bimbit untuk menggoda para pengguna, khususnya golongan belia dan generasi muda. Di mana undang-undang manusia ternyata gagal menghalang kemaraan wabak online pornography atau kebebasan berkomunikasi tanpa etika melalui Internet atau telefon bimbit, pertahanan yang terakhir kepada seorang pengguna Muslim ialah kekuatan imannya, kepatuhannya kepada ajaran agama, nilai-nilai murni dan ketaqwaannya kepada Allah. Dengan telefon bimbit pula semua orang boleh terdedah kepada penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu, menggugat, memfitnah, memaki hamun atau membuat panggilan lucah secara berleluasa tanpa si penerima mengetahui dari mana datangnya gangguan-gangguan tersebut. Cabaran moral yang baru daripada penyalahgunaan Internet juga datang daripada peluang-peluang untuk para pelajar dan pensyarah melakukan pelbagai jenis plagiarisme secara mudah. Kegiatan mencuri maklumat atau menerobos benteng-benteng keselamatan maklumat dalam komputer orang lain semata-mata untuk merasa seronok kerana dapat memberi kesusahan kepada orang lain atau untuk mendapat ganjaran kewangan daripada kelakuan jenayah itu merupakan dimensi jenayah yang baru di abad ke-21. Penyalahgunaan teknologi maklumat masa kini menunjukkan betapa terhakisnya nilai-nilai murni dan akhlak dalam pemikiran dan tindak tanduk sebahagian pengamal teknologi canggih ini. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab moral yang berat dalam menasihati dan memantau anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam Internet dan melalui telefon-telefon bimbit. 5.3

Cabaran daripada Industri Hiburan dan Media Massa

Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan tabii manusia yang bertamadun dan setiap budaya mempunyai jenis-jenis hiburan yang tersendiri. Islam mengiktiraf keperluan tabii manusia ini dan membenarkannya dalam batas-batas tertentu. Batas-batas itu ditentukan oleh perintah Ilahi dan bertujuan

mengawal hawa nafsu manusia supaya menjadi hamba Allah yang bersopan, beradab dan berakhlak mulia. Pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian dan perhiasan diri yang tidak menghormati nilai-nilai agama; muzik, nyanyian atau pementasan tarian yang bersifat merangsang nafsu berahi (sensate, sexy), yang tidak beradab (vulgar), atau yang mendorong penonton supaya turut sama berhibur secara bebas (permissive), atau menonton VCD yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik – semua ini melanggar batas-batas hukum dan etika yang terdapat dalam agama Islam. Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trend-trend budaya hiburan ala Hollywood atau Bollywood yang bersifat keterlaluan bila diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Industri hiburan swasta di kota-kota besar juga membenarkan minuman keras digunakan oleh para pelanggan tanpa mempedulikan sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim. Konsert-konsert anjuran pihak industri swasta sering mengundang para penghibur dari Barat atau Timur yang mendedahkan budaya bebas lepas mereka kepada generasi muda Islam di tanah air kita. Para penghibur tempatan pula suka meniru gaya-gaya baru yang dibawa dari luar. Lambat laun identiti budaya liberal ala Barat atau Bollywood akan menjadi lebih berpengaruh dalam masyarakat Islam di kota. Akhirnya generasi muda Islam tidak lagi tahu menghargai nilai kesederhanaan dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui sukan, nyanyian, tarian, teater, filem atau TV. Saluran-saluran hiburan dan media massa yang dimiliki oleh orang Islam atau kerajaan yang berpandukan pendekatan hadhari memikul tanggungjawab moral dalam menghidangkan program atau iklan-iklan hiburan yang tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Filemfilem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filem-filem Hollywood, Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan itu jelas berlawanan dengan nilai-nilai kesopanan dan ketamadunan dalam pendekatan Islam hadhari. Oleh itu tanggungjawab mengawal dan menapis bahan-bahan hiburan dari luar itu tidak harus diserahkan semata-mata kepada ibu bapa. Tanggungjawab ini perlu dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa di samping menggalakkan industri hiburan yang menampilkan alternatif-alternatif yang lebih sesuai dengan nilai-nilai moral yang suci lagi mendidik ke arah penghayatan suatu tamadun yang sopan dan beretika. Mesej yang kita perolehi hari ini dari industri hiburan antarabangsa ialah kita harus ketepikan segala norma dan nilai yang menyekat kebebasan kita untuk melakukan apa saja yang dapat memberikan keseronokan nafsu kepada kita sama ada dengan dadah, minuman keras, hubungan seksual atau pergaulan bebas yang bersifat erotik. “Just do it” menjadi slogan baru untuk kebebasan tanpa batas agama, budaya atau moral. Pendekatan Islam hadhari dalam dunia hiburan dan T.V. harus berhadapan dengan cabaran ini dan pihak yang berkuasa yang beragama Islam tidak boleh menanggapnya sebagai suatu perkara remeh-temeh. 5.4 Cabaran daripada Penyalahgunaan Dadah, Minuman Keras dan HIV/AIDS Ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi “Musuh Negara Nombor Satu” dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti. Ini menunjukkan bahawa aktiviti hubungan seks sejenis (homoseks) semakin merebak di kalangan orang Melayu walaupun masyarakat Melayu, sebagai masyarakat beragama Islam tahu bahawa dadah itu haram dan hubungan homoseksual itu satu dosa besar yang dikutuk sekeras-kerasnya oleh agama Islam. Keadaan darurat ini telah mendorong pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengurangkan penyakit sosial yang merbahaya ini. Langkahlangkah drastik yang dicadangkan ini termasuk a) memberikan suntikan methadone sebagai ganti kepada dadah merbahaya, b) memberikan jarum-jarum suntikan secara percuma, dan c) memberikan kondom percuma supaya penyakit AIDS tidak merebak. Langkah-langkah ini apabila dilaksanakan kelak akan dijalankan di bawah pengawasan rapi pihak berkuasa kementerian berkenaan supaya ia mencapai matlamat yang positif. Walau bagaimanapun pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undangundang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia

perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan. 5.5

Cabaran daripada Budaya Rasuah, Urus Tadbir Yang Pincang dan Penyalahgunaan Kuasa

Oleh kerana gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa didapati semakin berkembang dan telah menjejaskan imej negara Malaysia, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mendirikan Institut Integriti Malaysia dalam usaha membenteras amalan-amalan tidak bermoral dan tidak beretika dalam sektor awam dan sektor swasta, di samping meningkatkan budaya pengurusan yang baik dan penyampaian khidmat yang lebih beramanah. Dengan adanya Pelan Integriti Nasional, semua kementerian kerajaan dan institusi-institusi di bawah kementerian termasuk universiti-universiti awam dikehendaki melaksanakan strategi memperkukuhkan budaya integriti dalam institusi masing-masing. Undang-undang yang mencegah amalan-amalan tidak berintegriti, kodkod etika yang lebih efektif, peraturan-peraturan yang dilaksanakan secara telus dan konsisten, dan pembaikan sistem gaji dan imbuhan yang saksama perlu diperbanyakkan di samping bertambahnya tindakan-tindakan tegas mahkamah atau pihak berkuasa yang bertindak tanpa segan atau takut ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari kemudian. Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, “Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka.” Tetapi kelemahan iman, akhlak dan perasaan tamak boleh mendorong seorang Muslim menjadi alpa lalu ia tunduk kepada desakan hawa nafsu yang bakal menghancurkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu contoh yang baik dan tegas yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat dalam memerangi gejala rasuah dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam pentadbiran kerajaan perlu mendapat sokongan semua pihak, kerana pentadbiran dan kerajaan yang dijiwai oleh pendekatan Islam hadhari ialah pentadbiran dan kerajaan yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Tekad kerajaan melalui Pelan Tindakan Nasional untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi birokrasi, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, pemantapan institusi keluarga dan kualiti hidup adalah serasi dengan kaedah Islam hadhari dan kriteria ketamadunan dari kacamata Islam. Oleh yang demikian masyarakat Islam di Malaysia harus berusaha mencerminkan kekuatan integriti yang diajar oleh agama Islam supaya ia dihormati oleh masyarakat Barat dan Timur. 5.6

Cabaran daripada Budaya Politik Kebencian dan Kefanatikan

Keutuhan budaya dan moral masyarakat Malaysia juga telah mengalami kerosakan dan kelunturan yang teruk akibat daripada budaya politik kepartian yang penuh dengan amalan fitnah memfitnah, rasuah, maki hamun, tuduh menuduh, tipu muslihat, pembohongan, buruk sangka, hasad dengki dan mengumpat. Perbuatanperbuatan tidak bermoral ini banyak berlaku menjelang pilihanraya dan dalam kempen-kempen parti politik. Ia juga dicerminkan dalam akhbar-akhbar atau penerbitan milik parti-parti. Ahli-ahli parlimen juga tidak terlepas daripada pengunaan bahasa yang tidak beradab di dalam sesi parlimen dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak beretika terhadap anggota-anggota parti lawan. Di sebalik perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral ini ialah perasaan benci dan buruk sangka yang mendalam terhadap individu-individu atau parti lawan, dasardasarnya yang berlainan dan pengikut-pengikutnya yang berfikiran sempit, terlalu emosional dan fanatik. Persaudaraan dan silaturrahmi umat Islam di Malaysia dirosakkan oleh sentimen kebencian yang tebal dan prasangka yang buruk terhadap orang Islam lain yang tidak mengikuti haluan politik yang sama. Budaya hormat-menghormati dan berlapang dada terhadap saudara seagama dan sebangsa telah bertukar kepada budaya permusuhan dan kebencian akibat daripada ketidakmatangan dan kefanatikan berpolitik dalam suatu sistem demokrasi berparlimen yang berlandaskan kepada sistem Inggeris. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, perbezaan ideologi politik tidak menjejaskan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati di antara pemimpin-pemimpin atau pengikut-pengikut parti yang berlainan haluan. Pendirian-pendirian yang berbeza disampaikan dan diutarakan dengan cara yang sopan dan bermoral. Persaingan untuk mendapat atau mempertahankan kekuasaan politik tidak dibenarkan membawa kepada permusuhan mendalam yang memutuskan hubungan keagamaan atau kekeluargaan. Ketinggian tamadun dan adab dapat dilihat daripada perdebatan-perdebatan politik di parlimen atau di media massa yang menekankan hujah-hujah yang rasional, objektif dan menarik tanpa diwarnai oleh api kebencian atau penggunaan bahasa yang kesat dan kasar. 6.

PENGETAHUAN TENTANG KEUTAMAAN AKHLAK YANG MULIA

Satu daripada punca berlakunya keruntuhan nilai-nilai murni dalam masyarakat Islam di Malaysia masa kini ialah kurangnya atau lemahnya pengetahuan umat Islam sendiri tentang kedudukan akhlak dalam agama Islam. Islam difahami dan ditanggapi oleh sebahagian umat sebagai sistem ibadah khusus sahaja merangkumi

kelima-lima Rukun Islam. Kesempurnaan beragama dirasakan sudah memadai dengan menunaikan sembahyang lima waktu, zakat, puasa dan haji. Isi al-Qur’an dan hadith tentang nilai-nilai akhlak tidak diketahui dan ketinggian akhlak atau budi pekerti pemimpin-pemimpin Islam zaman silam tidak dipelajari. Oleh itu ilmu tentang keutamaan akhlak yang mulia dalam Islam dititikberatkan, perlu diketengahkah dan disebarluaskan dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat bukan Islam amnya. Kejahilan orang-orang Islam tentang peri pentingnya akhlak yang mulia sebagai matlamat beragama ditambah dengan kejahilan tentang ciri-ciri serta tanggungjawab orang-orang yang beriman (mukmin) membuka jalan-jalan bagi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran moral yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Apabila dorongan dan asakan hawa nafsu menjadi kuat dan fikiran dikalahkan oleh emosi, mereka tidak berupaya mengawal dorongan-dorongan itu, lalu berlakulah tindak tanduk dan perbuatan yang dilarang oleh agama. Kajian-kajian yang telah dibuat di Malaysia tentang beberapa gejala sosial di Malaysia masa kini seperti sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS menunjukkan bahawa kejahilan ilmu agama di kalangan belia dan orang dewasa juga merupakan salah satu faktor pendorong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral itu. 9) PRINSIP 9 PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI Oleh : Prof Mohd Yusof Haji Othman Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendahuluan Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam ini. Secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang dan koheren antara satu dengan yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain; saling menyokong dan saling membantu. Sayangnya, alam usaha untuk membangun alam ini, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebih-lebihan dengan menggunakan pemahaman sains dan teknologi mereka. Akibat daripada kerakusan. mengeksploitasi alam ini secara berlebiban. (untuk mendapat keuntungan yang lebih), keseimbangan alam tabii mula terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan. oleh tangan-tangan manusia. Memang alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia, namun apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, kita mengundang mala petaka hasil perbuatan tangan kita sendiri. Menyedari kepincangan dalam proses pembangunan ini, beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telahpun dilakukan dan diusabakan oleh UNDP (United Nation Development Programme) untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Rio dejenerio (1993) danProtokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan. SAINS DAN TEKNOLOGI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM Sains dan teknologi adalah ilmu yang berkembang seiring dengan pembangunan manusia. Ia bermula sejak daripada kehadiran manusia di bumi Allah S.W.T. ini. Sains ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia memahami tabii alam, manakala teknologi ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia

menggunakan ilmu sains tersebut untuk membantu manusia membangunkan alam ini. Dengan demikian, Ilmu dan teknologi tidak dapat dipisahkan sebagaimana kita ticlak dapat memisahkan antara ilmu dengan amal. Ilmu agama pula adalah ilmu yang menerangkan kepada kita apakah tujuan dan matlamat sebenar kehidupan di dunia yang sementara ini. Kedua-dua ilmu ini saling diperlukan dalam kehidupan manusia sehingga pujangga pernah menyebut, 'Sains tanpa agama, buta. Agama tanpa sains, tempang' Keseimbangan alam tabii akan terjejas sekiranya manusia hanya menguasai ilmu sains dan teknologi tetapi mengabaikan ilmu agama. Untuk memahami bagaimana sains dan teknologi yang dibangunkan tanpa ilmu agama yang kukuh boleh mendatangkan kemudharatan kepada alam sekitar, marilah kita lihat pengertian sains dan teknologi sebagaimana yang ditanggapi hari ini. Asal usul kejadian dan tabii alam merupakan suatu perbincangan yang berterusan sepanjang zaman sama ada daripada kalangan ahli sains dan juga agama dalam pelbagai disiplin ilmu. Perbincangan ini pernah menjadi konflik dan pertentangan antara golongan agama dengan golongan sains tabii terutamanya dalam konflik antara ahli sains Barat Moden dengan golongan gereja (Sayid Mujtaba dan Musawi Lari 1979). Pertentangan antara golongan gereja dan ahli sains Barat Moden ini akhirnya mengakibatkan Galileo dipenjara, walaupun sebelumnya beliau pernah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah, termasuk menjadi tetamu kepada Pope sendiri (Bueche 1986 dan Garg 1990). Namun konflik seumpama ini ticlak pernah berlaku di kalangan umat Islam secara serius. Namun demikian, wujud beberapa kekeliruan tentang tanggapan dan keutamaan ilmu sains dan teknologi di kalangan umat Islam. Terdapat juga di kalangan mereka yang cuba melihat al-Qur'an sematamata daripada perspektif sains, manakala sebahagian lagi menolak ilmu sains kerana dianggap bersifat duniawi. Kita merasakan kekeliruan ini terjadi kerana wujudnya salah faham tentang falsafah dan konsep sains itu sendiri. Apatah lagi apabila sains dijadikan sebagai salah satu falsafah hidup yang juga dikenali sebagai saintisme (Sulaiman Nordin 1992). Kekeliruan ini dapat dikurangkan sekiranya kita dapat 'mendamaikan' dan mensepadukan antara kedua-dua disiplin ilmu tersebut. Sudah tentu dalam kehidupan seharian, kedua-dua disiplin ilmu ini amat penting untuk difahami dan diamalkan. Sehingga kini jawapan tepat tentang kejadian alam mengikut perspektif sains belum lagi ditemui, malah sains terus berkembang sewaktu ia cuba menjawab fenomena kejadian alam ini. Namun demikian, ini tidak bererti yang sains tidak menyumbang apa-apa dalam menerangkan segala fenomena di alam ini. Polemik yang berterusan dalam menerangkan kejadian alam ini terus berlaku di kalangan ahli-ahli sains hingga kini. Namanama ahli sains Barat seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam. Hawking misaInya cuba melihat hubungan antara masa, ruang dan jirim dalam usaha menerangkan asal-usul alam ini (Hawking 1988). Malah secara amnya hampir semua ahli sains asas tabii yang berorientasikan fizik, kimia dan biologi mengasaskan kajian mereka berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asalusul kejadian alam; sama ada menerangkan tentang teori alam semesta, teori keatoman, teori gerakan jasad, termodinamik, teori genetik atau sebagainya. Dalam Islam, perspektif alam adalah lebih luas. la bukan sekadar menerangkan tentang alam fizikal (kejasmanian) sahaja, malah menerangkan tentang alam lain yang ticlak dapat dicerap olch pancaindera atau alat penderiaan yang lain. Kewujudan alam lain ini (termasuk alam ghaib, alarn kubur clan alam akhirat) adalah di luar kemampuan manusia untuk memahami dan mengetahuinya, apatah lagi untuk menerangkan asal usul kejadiannya. Perspektif alam yang lebih luas ini akhirnya menuntut manusia menyembah Allah S.W.T. dengan sebenar-benarnya (takwa). Lebih daripada itu, al-Qur'an mengajak manusia supaya dapat berfungsi sewajarnya di dunia ini denga menerangkan tujuan dan matlamat hidup seseorang. Dengan demikian, al-Qur'an bukan sahaja mengajak manusia untuk memerhatikan segala fenomena yang membentuk alam semesta ini semuanya, malah mengajak kita berinteraksi sewajarnya dengan alam ini. Dengan demikian, persoalan adab, akhlak, tanggungjawab clan hal-hal yang berhubung dengan keimanan merupakan teras utama ajaran al-Qur'an, di samping ilmu sains dan teknologi itu sendiri. Walaupun ilmuan Islam ticlak menolak sains dan teknologi sebagai salah satu disiplin ilmu, namun isu yang dibangkitkan oleh golongan agamawan ke atas ilmu sains clan juga tanggapan ahli-ahli sains terhadap agama boleh menimbulkan konflik yang boleh memundurkan umat Islam itu sendiri, dan juga kesan negatif kepada pembangunan negara. PENGERTIAN SAINS Sains tulen dikenali juga sebagai sains tabii, sains yang membicarakan tentang alam tabii, sifat tabii alam, sama ada sifat objek itu sendiri atau sifat objek itu sewaktu berinteraksi dengan persekitarannya. Ilmu sains tulen ini ticlak melibatkan hal-hal yang berhubung dengan persoalan nilai keinsanan manusia. Menurut Peter Medawar (1984), sains ialah ilmu yang teratur yang diambil daripada perkataan, Isienz, ciens, cience, siens, syence, syense, scyence, scyense, scyens, scienc, sciens, scians'

dengan kata clasarnya diambil daripada perkataan Iscientia' yang bermaksud 'knowledge' (ilmu). Tetapi tidak semua ilmu boleh dianggap ilmu sains. Yang dimaksudkan dengan ilmu sains adalah; 'ilmu yang maklumatnya (hasil daripada pengamatan fenomena alam tabii) dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan kaedah-kaedah tertentu berdasarkan premis tertentu oleh pencerapnya sehingga menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayai, sama ada melalui eksperimen atau hujah mantik secara teori' Kebenaran yang ingin dicari dalam sains tulen bukanlah kebenaran untuk memenuhi kepuasaan beragarna atau kepuasan rohani, sebaliknya kebenaran yang dapat dicapai dalam sains tulen adalah kebenaran mantik pernikiran akal yang berdasarkan kepada kebenaran pentakulan. Kepada Medawar, kebenaran sains merupakan kebenaran yang bersandarkan kepada gawang (gol) yang ingin dicapai oleh kerja yang dilakukan oleh ahli sains melalui apa yang disebut sebagai 'asimptot', yakni suatu kebenaran yang tidak konklusif, yang masih boleh dipertikai dan dikritik, tetapi diandaikan demikian. Sains hanya memberikan suatu arah ke mana kajian sains boleh dilakukan, tetapi tidak mempunyai matlamat akhir yang ingin dituju. Dengan demikian, penerokaan dan matlamat sains akan berubah, tidak mutlak. Hujah Medawar ini disokong pula oleh Fritjof Capra (1992) sewaktu berhujah dengan David SteidalRast dan Thomas Matus, yang menyebut bahawa teori sains yang dikemukakan oleh ahli sains juga tidak mutlak dan kekal, tetapi turut berubah apabila sesuatu penemuan baru ditemui kemucliannya. Contoh yang jelas diberikan oleh Capra adalah tentang teori yang berhubung dengan 'ether", yang satu ketika dianggap ada, tetapi kemudiannya terbatal apabila teori kenisbian dan kedualan atom ditemui. Malah sekarang ini pun, teori yang berhubung dengan angkutan elektron secara klasik tidak dapat digunakan untuk menerangkan proses angkutan elektron dalam sesuatu pepejal, apatah lagi bahan baru seperti superkoncluktor. Dengan kata lain, teori sains ticlak mutlak, tetapi berubah apabila masa beredar dan apabila penernuan-penemuan baru ditemui. Bagi Shaharir Mohamad Zain seperti yang dinyatakan dalam bukunya Pengenalan Falsafah Sains (1987), takrif sains yang biasa didokongi oleh kebanyakan sarjana dapat dinyatakan sebagai; 'Sains berupa analisis fenomenon secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai'. Takrifan ini memang mempunyai banyak kelemahannya, malah tidak lagi dianggap tepat. Kritikan kepada takrifan ini dibicarakan dengan panjang lebarnya dalam buku tersebut clan pengemaskiniannya dalam suntingan terbarunya (Shaharir, 1998). Secara amnya, dapat kita katakan bahawa sains tulen ialah ilmu sains yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu untuk mencerap clan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujah dan dianalisis secara mantik clan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya untuk menambah khazanah keilmuan sains itu sendiri. PREMIS SAINS TAB11 Premis ilmu sains tabii, claripada segi matannya, telah dibicarakan oleh Shaharir (1998) yang menunjukkan kekurangannya mengikut perspektif Islam, dan ini tidak diulangi perbincangannya di sini. Menurut Toby E. Huff (1995), falsafah sains tulen menghendaki tiga andaian asas: Pertama, ahli sains perlu yakin dan percaya bahawa alam tabii adalah dalam susunan yang rasional dan teratur. Ini bererti bahawa alam tabii adalah saling berhubung antara satu dengan lain (koherens), teratur. Kedua, hujah sains mengandaikan manusia mampu untuk memberi alasan dan sebab musabab, dan mempunyai kemampuan akal untuk memahami tabii alam. Namun demikian, ahli sains juga memahami bahawa teori tertentu tentang sesuatu fenomena sains tabii mungkin salah pada sesuatu ketika, dan dalam masa yang sama kita mungkin tidak dapat mengetahui segalagalanya tentang tabii sesuatu fenomen.a. Tetapi ahli sains yakin bahawa akhirnya nanti manusia mampu juga memberikan alasannya menerusi penyiasatan mantik. Ketiga, falsafah sains tabii mengandaikan yang semua orang, lelaki clan wanita, dibenarkan menggunakan kuasa sebab musabab - menyoal segala-galanya tentang kebenaran sains yang didakwanya, termasuklah hal-hal yang berhubung dengan agama, politik dan etika. Akhirnya, dengan alasan clan rasional yang diberikan, sernua orang akan memberikan kesimpulan yang sama tentang apa yang dicerap atau diamatinya. Ketiga-tiga premis sains ini akan membenarkan semua orang bertanya dan mencabar tentang amalan tradisi yang didasarkan kepada penemuan sains, termasuklah mencabar tentang kesahihan hujah yang dikemukakan dalam kitab-kitab agama yang berwibawa termasuk Kitab Injil, Zabur dan al-Quran sendiri. Hujah-hujah beginilah yang menyebabkan segolongan ahli sains terkemuka dipenjara dan dihukum oleh golongan gereja pada awal kebangkitan sains Barat. Dengan premis sains ini, ahli-ahli sains (yang menclokong pemikiran sains Barat ini) memutlakkan akal pemikiran dan menolak segala-galanya yang tidak dapat dirasionalkan oleh akal dan pemikiran manusia.

Premis sains ini mungkin berbeza dengan premis ilmu yang lain seperti ilmu yang membicarakan tentang persoalan adab clan akhlak, sahsiah dan jati diri insan, clan ilmu yang berhubung dengan keinsanan insan yang lainnya. Malangnya, sekiranya ilmu sains kernanusiaan juga dirujuk kepada hal-hal yang saintifik sahaja, maka persoalan keinsanan itu sendiri disempitkan dan dibataskan kepada yang boleh ' dimantikkan' semata-mata, sedangkan aspek pembangunan manusia merupakan aspek pembangunan keseluruhan potensi insan yang juga melibatkan hal-hal yang berhubung dengan pembangunan rohani, saksiah, adab, akhlak dan perilaku diri insan yang tidak boleh dimantikkan. PENDEKATAN AL-QURAN TENTANG SAINS AI-Quran tidak menggunakan pendekatan yang digunakan oleh sains Barat, malah al-Quran tidak memerlukan kepada kaedah sains Barat untuk menerangkan sesuatu. Dengan kata lain, pendekatan al-Quran jauh melebihi pendekatan yang berdasarkan kepada mantik dan objektif. Namun demikian, kerana Allah S.W.T. menjadikan manusia sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah untuk mengurus, mentadbir dan memakmurkan alam ini, maka Allah S.W.T. membekalkan manusia dengan kemampuan untuk memahami tanda-tanda-Nya; mengetahui tabii, perlakuan dan fenomena alam, sebagaimana FirmanNya; 'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda -tanda bagi orang yang berakal '. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata). " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka" '. (Surah Ali 'lmran: 190-191) Walaupun pada sekali imbas ayat ini membicarakan tentang fenomena alam, sama seperti pendekatan sains tabii’ tentang kejadian langit dan bumi dan kejadian silih bergantinya malam dan siang, namun daripada perspektif Islam menurut Hamka (1984) dan Abdullah Yusof Ali (1978) ayat ini lebih menekankan kepada tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. clan konsep keimanan manusia kepada Tuhannya dan juga konsep tauhid. Dengan erti kata lain, apabila orang yang beriman meneroka al-Quran, dan dalam penerokaannya itu menggunakan kaedah pencerapan terhadap fenomena kejadian alam, di samping memperoleh maklumat tentang sifat tabii alam dan segala apa yang ada padanya (ilmu sains), manusia tersebut akan menambahkan keimanannya terhadap Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T. dalam surah Faathir, yang bermaksud; 'Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Faathir : 27&28) Dalam ayat ini, Allah S.W.T. menerangkan bahawa golongan yang digelar ulama' adalah golongan yang dapat memahami tabii alam dengan melihat dan mencerap bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Perbezaan antara tumbuhan yang terdapat di bahagian gunung yang tinggi dengan tumbuhan yang berada di kawasan tanah rendah di bahagian bawah gunung. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Ahli sains memahami bahawa gunung mempunyai pelbagai jenis; ada gunung batu kapur, ada gunung daripada batu granit yang setiap satunya berguna untuk manusia. Begitu juga dengan kejadian kehiclupan binatang buas clan binatang ternakan yang boleh diambil manfaat daripaclanya; kedua-duanya mempunyai ciri yang berbeza-beza. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya. Semuanya ini menunjukkan tentang simbiosis clan tentang perbezaaan kejadian makhluk Allah S.W.T. tetapi saling memerlukan antara satu dengan yang lain, yang menjadikan kehidupan alam ini keseluruhannya berada dalam harmoni clan dalam tabii tertentu. Pastinya seorang ulama' bukan seorang pemerhati alam tabii dan alam manusia secara bebas dan membuta tuli, tetapi mereka adalah yang mempunyai ikatan rohani yang tinggi dengan Tuhannya. Atas segala penciptaan yang dilihat dan cerapinya, ia mempunyai pertautan hati dan nurani yang finggi dengan Tuhannya sehingga menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan Tuhannya. Allah S.W.T. menyatakan demikian ini di dalam ayat yang dihuraikan di atas untuk menunjukkan bahawa manusia sebagai makhluk yang diangkat martabatnya sebagai khalifah, diberikan kemampuan untuk melihat fenomena alam dan berusaha pula untuk mengambil manfaat daripada kejadiannya, dan dalam masa yang sama mampu meletakkan dirinya sebagai seorang hamba yang takut kepada Allah S.W.T. seutuhnya. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1987),

'Mengikut Pandangan Islam, alam ini benda Yang baru, daripada tiada kepada ada. Masa wujud apabila alam ada. Mengikut pandangan aliran al-Asy'ari dan aliran tasawivuf, kejadian alam dan segala fenomenanya amatlah berbeza daripada pandangan Barat. Tasuwwuf di sini mestilah difahami mengikut istilah Islam yang asal, bukan 'tasawwuf' pada zaman kini yang berselindung di sebalik nama yang bermacam-macam jenis 'tareqat' yang menyeleweng itu, dan ini menjadi contoh betapa istilah Islam telah ternoda. Mengikut aliran ini, kejadian alam ini terus menerus berlaku lalu digelarnya alam ini sebagai alam fana. Ini menunjukkan Tuhan dalam Islam sentiasa bertanggungJawab kepada semua kejadian dahulu, sekarang dan akan datang. Tuhan tidak berada di luar alam sebagai pemerhati, tidak juga Tuhan yang kini berehat seperti yang digambarkan di dalam falsafah Yunani dan Kristian itu serta yang mendominasi pemikiran ahli-ahli sains Barat kini. Lagi pun alam dalam Islam bukan alam kejasmanian sahaia, malah ada lagi alam-alam lain, umpamanya alam arwah, alam musyahadah dan alam rohani. Keadaan inilah yang memberikan landasan perbezaan besar antara falsafah sains Barat dengan falsafah sains Islam. Mengikut pandangan Islam juga, atom itu bukan benda yang difahami oleh ahli falsafah Yunani dan diwarisi oleh ahli sains Barat itu. Atom hanya berupa pen- cirian pergerakan yang ada hubungannya dengan kekuasaan Tuhan. Ini memberi implikasi yang besar kepada prinsip kebersebaban dalam Islam. Dalam Islam, seseorang dianggap kafir jika ia beriktiqad prinsip kebersebaban itu WAJIB berlaku, umpamanya dengan beriktiqad 'api wajib membakar' kerana dalam hal api itu, misaInya, mengikut surah al-Baqarah, Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar langsung apabila baginda dicampakkan ke dalam unggun api yang bergejolak. Prinsip kebersebaban Barat itu malah tercabar apabila seseorang mempertimbangkan keadaan penganut-penganut Hindu yang berjalan di atas api yang membara. Pendeknya, prinsip ini berlaku mengikut sunnah Allah S.WT sahaja. Allah S.WT sengaja menjadikan kebiasaan berlaku sebab-musabab kerana jika Allah S.WT tidak berbuat demikian, nescaya manusia menjadi kacau-bilau, manusia tidak mungkin mendapat sedikit pun daripada ilmu-Nya kerana segala yang dicerapi oleh manusia asyik bertakar sahaja!. Walau bagaimanapun Allah S.WT seringkali menunjukkan kekuasaan-Nya yang luar biasa dengan menjadikan benda-benda yang tidak dapat difahami oleh manusia menerusi sebarang mekanisme sains, yang mereputasikan prinsip kebersebaban. Umpamanya mukjizat yang berlaku kepada nabi-nabi yang wajib dipercayai, dan kisah-kisah aneh yang berlaku kepada wali- wali Allah SWT dan kepada mereka yang menerima hidayuh dan hikmah daripada Allah SWT' Ternyata wujud perbezaan yang amat besar tentang kaedah, prinsip dan falsafah dalam menerangkan fenomena alam antara sarjana sains Barat dengan Islam.

10)

PRINSIP 10 : KEKUATAN PERTAHANAN PERTAHANAN NEGARA DARI PERSPEKTIF ISLAM OLEH BRIG GEN. DATO’ HAJI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM Pendahuluan Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. (JAKIM: 2006: 30)

Melalui pendekatan ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman (spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari akan memastikan kemantapan jati diri dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan. Negara perlu menyediakan segala keperluan fizikal berupa prasarana dan peralatan perang yang berteknologi tinggi dan terkini bagi mengekalkan keamanan. Peralatan tersebut perlulah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar tempatan dari kalangan rakyat Malaysia bagi mengelakkan pergantungan kepada pihak luar secara berterusan serta mempertahankan maruah umat dan bangsa. Langkah ini adalah sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap sedia bagi menjamin kedaulatan agama. Definisi Kosa kata kekuatan atau ‘quwwah’ dalam Bahasa Arab bermaksud utuh atau kukuh. Manakala pertahanan atau ‘difa’ didefinisikan sebagai mempertahankan, menjaga supaya selamat terhadap hak, tubuh badan atau harta atau seumpamanya yang bernilai. Kekuatan pertahanan merupakan aspek penting dalam merealisasikan kedaulatan dalam usaha menjaga nilai-nilai maruah diri, nyawa, harta benda dan kesucian agama dari dinodai oleh anasir-anasir jahat. Ia turut memperkasakan jati diri masyarakat yang mempunyai spiritual sosial saintifik (menghayati intipati al-Quran dan al-Hadis) dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai daya ketahanan diri yang cemerlang. (DBP: 2005:1568) Dalil Pertahanan adalah asas penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Kekuatan pertahanan jugalah yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa kekuatan pertahanan, kestabilan negara tidak akan wujud dan rakyat tidak akan dapat mengecap nikmat kesejahteraan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Diizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka mencapai kemenangan”. (Al-Hajj (22): 39) Keizinan berperang di dalam ayat di atas adalah disebabkan oleh serangan musuh terhadap orang-orang Islam dan berlakunya penganiayaan terhadap umat Islam. Bagi mempertahankan diri, tanah air dan hak asasi kemanusiaan serta hak beragama, mereka terpaksa mengangkat senjata. Ini adalah hak yang diperjuangkan oleh seluruh manusia dan sewajarnya peperangan dilancarkan. Firman Allah SWT:

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka”. (Al-Baqarah (2): 193) Peperangan berdasarkan ayat ini adalah bertujuan untuk menghapuskan fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dan lebih berbahaya daripada membunuh berdasarkan ayat-ayat berikut: 1.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”. (Al-Baqarah (2): 191) 1.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hukum berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalang (orang-orang Islam) daripada jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Haram (di Mekah) serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi (dosanya) di sisi Allah. Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan”. (Al-Baqarah (2): 217) Pertahanan adalah penting bagi menjaga kesucian Islam daripada menjadi bahan mainan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencerca agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (daripada kekufuran dan bertaubat)”. (At-Taubah (9): 12) Ayat di atas menyatakan bahawa peperangan yang bertujuan untuk menentang perkaraperkara berikut: i. Orang yang melanggar sumpah setia (perjanjian damai) dan persetujuan untuk memelihara keamanan dengan masyarakat dan negara Islam. ii. Orang yang mencerca agama Islam. iii. Memelihara perjanjian damai dan menjaga kemuliaan agama. SWT:

Pertahanan adalah persediaan untuk mengekang pencerobohan. Firman Allah

“Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah akan orangorang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh dengan memulakan peperangan, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. (al-Baqarah (2): 190) Islam adalah agama perdamaian. Firman Allah SWT:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui”. (Al-Anfal (8): 61) Namun, umat Islam diajar supaya pantang berundur apabila menghadapi musuh. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur daripada menentang mereka”. (Al-Anfal (8): 15) KEPENTINGAN KEKUATAN PERTAHANAN KEPADA UMMAH Keindahan Islam Hadhari terus meletakkan nilai kemanusiaan Islam yang sebenar dan sekaligus mencerminkan dasar pendekatan yang bertamadun. Bahkan salah satu prinsip kekuatan pertahanan adalah inspirasi kepada kejayaan dan keintelektualan umat mengharungi dunia tanpa sempadan pada masa kini dalam menghadapi musuh yang mendatang. Kebijaksanaan para umara dan ulama dalam usaha mengintegriti dan mengintegrasi jalinan tamadun dan budaya yang berpaksikan agama suatu perkara yang unik dan sukar dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini kecuali bangsa yang beragama Islam yang meletakkan kekuasaan Allah adalah kemuncak kepada usaha dan tawakal sekalipun mempunyai kekuatan pertahanan yang mampan. Kekuatan pertahanan sewajarnya digandingkan dengan prinsip-prinsip yang lain agar keseimbangan dalam kemajuan ummat Islam dapat dicapai sekaligus menjadi bangsa Melayu Islam yang disegani lawan. Perkara ini tidak mustahil akan dicapai sekiranya pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang sedia ada bukan sekadar membuat dasar tetapi turut memantau terhadap perlaksanaan dan hasil pencapaiannya nanti. Kandungan Al-Quran diruangi dengan banyak ayat yang membicarakan soal kekuatan telah menempatkan ketenteraan sebagai asasnya, bertujuan merangsang pembangunan ummah untuk berperanan mewajahi kehidupan sebagai khalifah. Seterusnya berkeupayaan menentu arah tuju masyarakat sesuai dengan risalah Muhammad dan bukannya untuk menjuarai isu-isu khilafiyyah. Dengan tersasar dari matlamat ini di samping gagal mengolah sejarah kebangkitan yang berada bersama Islam di zaman keemasan dan kemuncaknya dan diparahkan lagi

dengan sifat `ghaflah’ dalam kelesuan minda, kaku dalam kejumudan fikrah, tidak terasa rimas dengan kelemahan, tidak merasa resah dengan himpitan dan penguasaan pihak asing ke atas negara, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Peperangan dalamIslam bukanlah berupa penjajahan kaum, pengekploitasian, perampasan harta atau penghinaan kehormatan, sebaliknya ia merupakan peperangan yang mewujudkan kepentingan manusia serta faedah-faedah untuk masyarakat seperti yang dapat dipetik daripada ayat tersebut ialah: i. ii. iii.

Penyebaran nilai kerohanian yang tinggi melalui jalan peribadatan. Penyebaran kerjasama untuk kebaikan dan kemuliaan masyarakat. Kerjasama membasmikan kejahatan, jenayah dan kekerasan.

Inilah di antara kesan-kesan kemenangan umat Islam dalam peperangan iaitu untuk membina sebuah negara Islam bagi meningkatkan nilai kerohanian dan kerjasama kemasyarakatan, meninggikan martabat manusia dengan cara-cara yang baik dan menghalang manusia daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara buruk. Jika dilihat kepada objektif ini jelaslah bahawa ia merupakan objektif paling bernilai dalam kaedah peperangan. Dalam sejarah peperangan umat-umat dahulu mereka tidak pernah mengenali bahawa peperangan yang dilancarkan adalah untuk faedah manusia sejagat malah ia hanyalah kepentingan sesuatu kumpulan sahaja. Jika begitulah objektif peperangan dalam Islam maka ketaralah kepada kita mengapa ia dinamakan jihad di jalan Allah. Jihad di jalan Allah ialah jihad untuk mewujudkan kebajikan, keamanan dan keadilan dalam masyarakat. Cara untuk merealisasikan perkara-perkara ini ialah dengan mengikut jalan Allah. Mencapai malamat ke jalan Allah tidak akan berlaku kecuali dengan jalan kebaikan, kecintaan dan kerjasama dalam soal kebajikan dan taqwa bukannya dalam soal dosa dan permusuhan. Pendekatan Islam Hadhari mengajak umat Islam untuk mempertingkatkan kualiti hidup bermasyarakat dan negara yang bertamadun yang mempunyai peradaban unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jatidiri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup. Ianya adalah pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif sertacekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif dan praktikal. Kekuatan sesebuah negara adalah bergantung kepada kekuatan pertahanan. Setelah Rasulullah SAW membina Daulah Islamiyah di Madinah, Baginda telah melakukan beberapa tindakan bagi menjamin kekuatan umat Islam antara tindakan tersebut ialah menyatupadukan penduduk Islam Madinah yang terdiri dari beberapa kabilah dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Rasulullah SAW juga melakukan perjanjian pertahanan dengan Yahudi dan golongan lain. Di samping itu, Rasulullah SAW juga menubuh pasukan peninjau bersenjata. Al-Quran sebagai panduan hidup telah menjelaskan semua perkara samada perkara yang berhubung dengan Allah dan juga perkara sesama manusia termasuklah juga dalam urusan peperangan. Ayat al-Quran menggariskan bahawa diizinkan kepada umat Islam berperang hanya apabila mereka dizalimi (39: Surah al-Haj). Dalam ayat yang lain, Allah SWT telah mengarah supaya umat Islam bersedia dengan kelengkapan perang yang menggerunkan pihak musuh. Kelengkapan perang ini hendaklah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Angkatan Tentera Malaysia mempunyai tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di mana kelengkapan ketenteraan di Malaysia telah mengalami perubahan yang banyak berbanding pada masa awal penubuhannya. Ini kerana peredaran masa dan perkembangan teknologi berperang telah berubah dan banyak persenjataan yang canggih telah direka. Kini Malaysia mengambil langkah memperkasakan ketenteraan melalui penguasaan terhadap teknologi pertahanan terkini. PANDANGAN ISLAM MENGENAI PEPERANGAN Islam mengutamakan keamanan dalam hubungan sesama manusia dan membenci permusuhan. Prinsip keadilan masih ditekankan oleh Islam walaupun semasa berhadapan dengan musuh di medan peperangan. Sekalipun menghadapi saat-saat getir semasa peperangan, tentera Islam masih lagi diberi peringatan tentang prinsip dan etika peperangan yang mesti dipatuhi. Mereka menentang musuh bukan untuk tujuan peribadi atau untuk mencari sesuatu kepentingan material. Hakikatnya, peperangan yang berlaku adalah untuk mempamerkan keluhuran Islam dan keindahan ajarannya yang berpaksikan rahmatan lil ‘alamin (pembawa rahmat kepada seluruh alam).

Islam telah mendahului dalam menyediakan peraturan yang sempurna ketika peperangan. Ini terbukti daripada apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah serta kejayaan khulafa dalam hampir semua peperangan semenjak tiga belas kurun yang lalu. Malah pada waktu itu, orang-orang Eropah masih lagi tidak mengetahui sepenuhnya kaedah peperangan sehinggalah pada pertengahan kurun ke-19 Masihi. Bermula dari kurun tersebut barulah orang-orang Eropah membuat garis panduan kaedah peperangan sebagaimana yang terdapat di dalam Perjanjian Laut Paris tahun 1857. Diikuti pula Persetujuan Geneva untuk melindungi orang-orang cedera dan sakit dalam peperangan pada tahun 1864. Kemudian perisytiharan St. Petersburg dipersetujui bagi mengharamkan penggunaan bahan letupan yang boleh membawa kemusnahan yang besar. Perisytiharan Peperangan Darat dan Laut pada tahun 1899 dan tahun 1907. Persetujuan Washington pada tahun 1922 dimeterai bagi menghalang penggunaan senjata kimia dan kapal selam yang boleh melancarkan peluru berpandu. Perjanjian Geneva yang ke 4 tahun 1949 ditandatangani untuk melindungi orang-orang yang tercedera dan melindungi orang awam. Undang-undang tersebut tidak terlaksana kecuali apabila berlaku peperangan antara dua negara. Sebelum itu, maka tidak ada peraturan yang khusus ketika berlaku peperangan dan ini memungkinkan berlakunya pencabulan hak bagi mangsa peperangan. Di antara peraturan dan etika peperangan di dalam Islam ialah: 1. Tidak boleh membunuh orang tua, perempuan dan kanak-kanak. Perkara ini mendapat liputan dengan panjang lebar dalam perbincangan banyak riwayat hadis berhubung dengan etika dalam peperangan semasa di zaman Rasulullah SAW. 2. Tidak boleh menyerang orang awam serta bertindak melampaui batas dan berbuat permusuhan. Terdapat tegahan bagi memastikan setiap peperangan dalam Islam menekankan keadilan dan rahmat sejagat. 3. Tidak dibenarkan membunuh tawanan perang. Larangan ini menunjukkan Islam tidak meletakkan dendam sebagai satu kemestian dengan membunuh tawanan yang ditawan semasa berlakunya peperangan. 4. Memberi layanan yang baik terhadap orang tawanan. Ini menggambarkan kerendahan budi sekalipun menang dalam peperangan bahawa ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun berbuat baik adalah prinsip Islam kepada semua orang. 5. Larangan menyeksa mayat dan tawanan. Ini lebih kepada menjaga status kemuliaan kejadian manusia sekalipun ia tidak Islam. 6. Menunaikan janji keamanan. Islam meletakkan prinsip keadilan dalam mentafsirkan keamanan dengan menunaikan janji keamanan sejagat. 7. Larangan menyakiti musuh yang ingin berdamai. Sewajarnya meletakkan perasaan bertolak ansur dan saling faham memahami perkara yang boleh disepakati melalui saluran diplomasi. 8. Islam memberi kemaafan kepada mereka yang tertewas. Kemuncak kepada perutusan Islam dalam peperangan ialah memberi kemaafan yang melambangkan kehebatan Islam. Kewujudan peraturan dan etika dalam peperangan meletakkan Islam agama yang amat maju dalam ketamadunan peperangan yang tidak ada dalam sejarah lain-lain peperangan. Perkara ini amat jelas dalam perjanjian dan persetujuan yang dilaksanakan berdasarkan pemikiran dan pengalaman manusia terhadap persepsi yang baik di masa yang lampau. Islam menyuruh umatnya memuliakan setiap manusia atas sebab kemuliaan sekalipun dalam peperangan. Ini menjelaskan kepada kita betapa konsep Islam Hadhari yang menjadi tonggak dalam pembinaan ketamadun umat amat tinggi nilai kerahmatan dan keberkatan kepada seluruh alam. ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN NEGARA Keselamatan negara boleh tergugat melalui berbagai ancaman, baik yang berbentuk dalaman mahupun yang berbentuk luaran. Di antara bentuk-bentuk ancaman dalaman ialah: i. Golongan pelampau agama seperti Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jemaah Islam (JI), al-Maunah dan lain-lain. ii. Sensitiviti perkauman yang berbangkit melalui isu-isu hak dan kelebihan sesuatu kaum dan sebagainya. 1. iv.

Gejala sosial yang menggugat kestabilan masyarakat.

Penyelewengan akidah yang menimbulkan permusuhan sesama Islam.

Manakala ancaman yang berbentuk luaran pula ialah seperti: 1.

Isu persempadanan antara negara.

ii. Tohmahan bersekongkol dengan golongan yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah. iii.

Campur tangan kuasa asing.

iv.

Persepsi negatif terhadap negara-negara Islam.

v. Perang saraf daripada musuh-musuh Islam seperti gerakan kristianisasi, globalisasi dan lain-lain. Pertahanan negara yang kukuh boleh menjamin keselamatan dan keamanan negara. Keperluan pertahanan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak dan ia berlaku seiring kehidupan dalam menjaga maruah diri, negara dan umat. RAKYAT SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN NEGARA Rakyat yang cemerlang dan bersatu padu merupakan aset bagi sesebuah negara. Integriti pelbagai kaum amat penting dalam memastikan pembangunan dan pertahanan negara. Dalil Islam telah menggariskan tanggungjawab ini dengan jelas sekali apabila menyatakan bahawa setiap individu mempunyai peranan masing-masing untuk menjaga kepentingan pertahanan negara. Allah SWT telah menggariskan kelebihan mereka yang keluar ke medan jihad dan dalam masa yang sama menyatakan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka yang berada di barisan belakang kerana keuzuran yang tertentu. Firman Allah SWT:

SEBAB PENDATANG ASING DATANG KE MALAYSIA.

SMK Methodist (ACS) Klang Rancangan Tahun 2005/2006 BIL

PROGRAM

1

Pendaftaran Ahli

OBJEKTIF • • •

2

Mesyuarat Agung

• •

STRATEGI

Mendapatkan ahli yang berdaftar Memberi peluang kepada para pelajar menjadi ahli KPA Memastikan setiap pelajar menyertai pendaftaran kokurikulum



Pembubaran AJK lama Melantik AJK baru untuk mengetuai KPA





SASARAN

Membuat pengumuman & menulis peringatan di papan kenyataan kokurikulum AJK membuka meja  untuk pendaftaran

Semua pelajar

JANGK MAS Julai’0

Ahli­ahli  memperkenalkan diri  & menjelaskan 

Semua ahli

Ogos’

• •

3

Mesyuarat AJK





AJK yang dilantik mampu memahami & menjalankan tugas masing-masing dengan baik Merancang aktiviti tahunan



• 4

Perjumpaan ahli



• • • • 5

Merekabentuk Kemeja-T

• • •

6

Jualan Dedikasi



Valentine’s Day & Hari Guru

• •

7

Jualan Makanan & Minuman Hari Merentas Desa & Hari Sukan

• •

Mendapatkan persetujuan dengan aktiviti yang dirancangkan & memperoleh penglibatan ahli yang baik Memastikan aktiviti yang dicadangkan dapat dijalankan. Mendapatkan pelbagai idea untuk memperbaiki kelab. Menjalankan Modul yang dicadangkan oleh KPA Kebangsaan. Mengeratkan hubungan ahli-ahli.



Mewujudkan semangat satu kelab yang kuat Menambah kewangan kelab Mencungkil bakat ahli



Menambahkan kewangan kelab. Menjalinkan hubungan positif dengan pelajar sekolah lain Menghargai jasa guru-guru



Menambahkan kewangan kelab. Membantu sekolah menjayakan Hari Merentas Desa & Hari Sukan.



• •







pengalaman lalu Pencalonan nama  ahli Perlantikan  berdasarkan undian  terbanyak dengan  persetujuan Guru  Penasihat Penasihat menerangkan setiap bidang tugas yang perlu dijalankan mengikut jawatan yang disandang Pertukaran pendapat antara AJK

Semua AJK

Pengumuman dibuat pada awal minggu semasa Perhimpunan Kehadiran dicatatkan Minit mesyuarat disediakan akhir perjumpaan

Semua ahli

Sekali se dua min iaitu pada Rabu, j 1.20p

Mengumpul rekabentuk kemeja-T daripada semua ahli Memilih rekabentuk yang terbaik atas persetujuan majoriti AJK

Semua ahli

Oktober

Membuat pengumuman semasa perhimpunan Mengedarkan borang penyertaan

Semua pelajar

Januari’ & Mei’0

AJK merancang perjalanan jualan. Ahli menyediakan makanan & peralatan yang diperlukan.

Semua pelajar

Januari & April’

     Guru

Ogos’

8

Lawatan sambil belajar Dark Caves & Dusun Eco Resort

• • • •

Menambahkan lagi ilmu pengetahuan pelajar Menambah kewangan kelab Menghargai alam sekitar Menanam sikap mencintai alam

• •

• 9

Jualan Makanan & Minuman Sesi Petang

10

Hari BUMI

• •

• • •

11

Kempen Kitar Semula



• • •

Membuat pengumuman semasa perhimpunan Membuat perancangan yang mendalam dengan pihak berkuasa tempat lawatan Mengedarkan borang penyertaan

Semua pelajar

Febuari & Jun’0

Menambah kewangan kelab Melahirkan semangat bekerjasama antara ahliahli



Penyediaan alatan & rempah ratus yang hendak diguna

Pelajar sesi petang

Mac’0 & Julai’0

Menambah ilmu pengetahuan para pelajar Menlahirkan para pelajar yang mencintai alam sekitar Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan alam sekitar



AJK mengemukakan kertas kerja Mendapat bantuan daripada MNS Mempamerkan ciptaan-ciptaan barangan cara pengunaan semula bahan terbuang

Semua pelajar

April’

Memberi peluang para pelajar mengambil bahagian dalam usaha kitar semula. Memberi kerjasama kepada kerajaan dalam usaha kitar semula. Menyedarkan para pelajar tentang kebaikan kitar semula Mengurangkan penebangan pokok balak



Membuat pengumuman semasa perhimpunan. Mengumpul barangbarang yang boleh dikitar semula. Memberi ganjaran kepada pelajar yang mengumpul paling banyak

Semua pelajar

Sepanja tahun

• •

• •

Related Documents

Udg2 Khas
November 2019 35
Khas
November 2019 46
Pemulihan Khas
April 2020 46
Khas Duas
November 2019 48
Makanan Khas
October 2019 31
Pendidikan Khas
May 2020 34