Ucapa Mc.docx

  • Uploaded by: MahiratulNajlah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ucapa Mc.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 529
  • Pages: 5
Hadirin yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi lantaran dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM) pada pagi ini. Terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis Penyampaian Bantuan KWAMP 2019, membingkiskan ucapan selamat datang kepada Yang Berhormat ……………… atas kesudian dan tak lupa juga saya ucapkan selamat datang kepada wakil PPD serta ibu bapa/penjaga yang hadir dalam majlis ini… kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta hadirin semua ke majlis ini. Seterusnya bagi memberkati majlis kita pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa dan bagi yang bukan beragama islam boleh lah bertafakur mengikut agama masing-masing.

Amin, amin, amin yarabal alamin.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Tanpa melengahkan masa lagi saya menjemput yg berusaha Puan Rahimah binti Ibarahim, guru besar Sk Rahang bagi menyampaikan ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya dijemput dan dipersilakan.

Terima kasih diucapankan kepada puan Rahimah binti Ibrahim guru besar sk rahang atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput wakil dari PPD seremban En. / Pn …… bagi menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada en/pn _____________ atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Pn. _______________ ahli dewan undangan negeri rahang, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Penyampaian Bantuan KWAMP bagi tahun 2019. Majlis menjemput dan mempersilakan…

Ucapan…..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pn. ___________ atas ucapan dan perasmian majlis kita pada pagi ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan….. -Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan… kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu keluarga yang memerlukan . Bantuan ini dinamakan sebagai “ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” atau ringkasnya KWAPM… -Bagi menyempurnakan acara penyampaian bantuan ini, dijemput yang berusaha _____________________________ ___________ naik ke pentas bagi Mengiringi Yang Berhormat Pn_____________ untuk menyampaikan Bantuan KWAPM kepada ibu bapa pelajar yang berkenaan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan… Penyampaian bantuan KWAPM Dengan ini dijemput... 1. 2. 3.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Pn…… dan yang berusaha en/pn………….. wakil ppd serta pn. Rahimah guru besar sk rahang di atas kesudian menyampaikan bantuan KWAPM kepada ibu bapa sebentar tadi…

Dengan berakhirnya majlis Penyampaian KWAPM itu tadi…maka berakhirlah majlis Penyampaian Bantuan KWAPM bagi tahun 2019. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri program ini. Dan pihak majlis jugak ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Puan…… Diiringi Pn. , Barisan Pentadbir , guru-guru dan para ibu bapa untuk menikmati jamuan ringan…

Selesailah sudah majlis kita pada hari ini, salam sejahtera dan terima kasih.

Yang berhormat __________________________ ahli dewan undang negeri bagi kawasan rahang. Yang berusaha ________________ wakil ppd seremban Yang berusaha Puan Rahimah Binti Ibrahim, guru besar Sk Rahang. Pn. Aida Binti Dapun (guru penolong kanan satu), En. Zulpakar Bin Omar guru (penolong kanan hal ehwal murid), En. Anuar Bin Rafiie (guru penolong kanan ko kurikulum), guru-guru yg terlibat dan yang diraikan para ibu bapa/ penjaga hadirin yang hadir sekalian .

Related Documents

Ucapa Mc.docx
October 2019 20

More Documents from "MahiratulNajlah"

Ucapa Mc.docx
October 2019 20
Hafiz Isnin Terkini.docx
October 2019 22
Dskp.docx
October 2019 25