Typical Malaysian Cuisine Recipe

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Typical Malaysian Cuisine Recipe as PDF for free.

More details

  • Words: 3,831
  • Pages: 37
Sambal Telur

Bahan 3 biji telur 1 labu bawang besar [mayangkan] 3 s/b sos tomato 1 s/k gula garam minyak Bahan Kisar 15 tangkai cili kering 1 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata. 3. Pecahkan telur dalam sambal dan biarka sebentar. Jangan kacau. 4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit. 5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.

Sambal Udang & Petai

Bahan 500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan] 30 biji buah petai 1 labu bawang besar [potong gelang] ½ cawan jus asam jawa 3 s/b sos tomato Minyak Garam Gula Bahan Mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak. 2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil. 4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

ASAM PEDAS IKAN PARI bahan 500 gm ikan pari [bersihkan] 10 biji bendir 1 biji buah tomato [belah 4] 1/2 cawan jus asam jawa 5 tangkai daun kesum 4 s/b minyak masak garam bahan mesin 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 s/k kunyit serbuk 3 cawan air

Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh. 3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi. 4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir. 5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut. 6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

Nasi Bukhari Ayam

Bahan 1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan] 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan] 3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan] 2 biji buah tomato [belah 4] 1 liter air 1/2 cawan susu cair/yogurt 1 pokok daun ketumbar [potong pendek] 4 s/b minyak sapi garam gula bahan tumis 10 ulas bawang merah ] 4 ulas bawang putih ] tumbuk

3 2 2 5 2

cm halia ] kuntum bunga lawang cm kulit kayu manis kuntum bunga cengkih biji buah pelaga

Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing. 3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh. 4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh. 5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa. 6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Sosej Gulung Breadcrumb

SOSEJ GULONG BREADCRUMB Bahan 5 batang sosej ayam [potong 2] 10 keping roti sandwich [buangkan tepi..boleh smpan buat puding roti.. 3 biji telur [pukul] breadcrumb 500 ml minyak Cara 1. Gulongkan sosej dalam roti.

]

2. Celupkan dlam bancuhan telur. 3. Golekkan dalam breadcrumb. 4. Gorengkan dengan api sederhana. 5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.

Ayam Goreng Berempah

AYAM GORENG BEREMPAH bahan A: 1 ekor ayam [potong kecil] 2 biji tomato [belah 6] 2 tangkai cili merah [hiris kasar] 1 labu bawang besar [hiris kasar] 2 s/b sos tomato sedikit air daun bawang [potong pendek] minyak garam Bahan B [Mesin Halus] 3 cm halia 3 batang serai 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 s/b rempah kari ayam 1 s/k lada hitam Cara

1. Ayam dibersihkan dan perapkan dengan bahan mesin dan garam selama 1 -2 jam. 2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dan bahan perapan. 3. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Biarkan sampai mendideh dan agak pekat. 4. Masukkan bawang besar, tomato buah dan cili. kacau rata. 5. Masukkan daun bawang dan hidangkan.

Sambal Kicap Ayam

Bahan 500 gm ayam 1 batang serai [ketuk] 5 helai daun limau purut [koyakkan] 3 s/b sos tamato 5 s/b kicap minyak garam [jika perlu] Bahan Mesin

20 tangkai cili kering 5 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 cm halia 1/2 cawan air Cara 1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing. 3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak. 4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. 5. Masakkan sehingga naik minyak. 6. Hidangkan.

Ayam panggang Berempah

AYAM PANGGANG BEREMPAH bahan 1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan] bahan mesin 10 uilas bawng merah 3 ulas bawang putih 3 inci halia 3 batang serai 2 sudu besar rempah kurma

2 s/b gula 1 s/b minyak garam Cara: 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam. 2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam. 3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad COSELOW Bahan [racik halus] 1 biji kecil kobis manis 1 batang carrot kecil Sos [gaul rata] 1 cawan mayonis 2 s/b cooled water 1 s/k lada hitam 1 s/b jus limau kasturi or lemon Cara 1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan dengan ayam. SOS LADA HITAM Bahan 1 bawang besar [didadu] 4-5 sudu besar lada hitam [kisar] 2 sudu besar tomato sos 2 sudu besar kicap 1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati] 1 sudu besar tepung gandum ~ bancuh ngan 1/2 cawan sikit 2 sb susu cair 1 sb butter untuk tumis garam dan sedikit gula Cara 1. Panaskan butter dn tumis bawang sampai layu. 2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam. 3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung. 4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki. 5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Rasakan garam n gula secukupnya.

Ayam Bakar..Krim Sup Ayam

AYAM BAKAR bahan A:

1 ekor ayam [potong 8] Bahan B [Mesin Halus] 3 cm halia 3 batang serai 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 1 s/b lada hitam 3 biji cili merah [jika suka] Bahan C 1 s/b kicap 1 s/b garam 2 s/b madu/gula kunyit serbuk minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit] sayuran hiasan: salad..timun..tomato Cara: 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam. 2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit 3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk. 4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi. 5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun.. 6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri dan sukerim sup ayam dan potato chips

KRIM SUP AYAM Bahan 1 paket Krim Sup Ayam Knorr [paket hijau - 58 gm - rm2.40 jer..] 5 cawan air 1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air 1/2 batang carrot [dadu kecil] 1 pokok daun bawang [racik] Cara 1. Masukkan Krim Sup Ayam, air dan carrot dalam periuk dan panaskan sehingga mendideh. 2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai mendideh lagi. 3. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan. 4. Taburkan daun bawang. 5. Hidangkan dengan ayam bakar. kakliza gunakan paket ini..senang cerita...anak2 makan pun puas hati..just

Ayam Sos Oren

Bahan Ayam 400 gm isi dada ayam lada sulah secukup rasa

1 biji telur, dipukul sedikit 1 cawan tepung jagung (auntuk menyalut ayam) minyak untuk goreng Bahan Sos 2 ulas bawang putih (cincangkan) 1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji] 1 s/k gula atau secukup rasa 1 s/k minyak bijan (jika suka) 2 s/k tepung jagung ] bancuh 2 s/b air ] 1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon] 2 biji tomato, dipotong berbaji daun bawang & cili merah Cara 1. Perapkann ayam dengan serbuk lada sulah dan garam selama 10 minit. 2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung 3. Goreng ayam hingga kekuningan dan tuskan. 4. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali. 5. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih. 6. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung. 7. Hidangkan ayam dalam pinggan dan senduk sos ke atasnya. 8. Hias dengan hirisan oren, tomato, daun bawang dan cili.

Kung Pao Chicken

Bahan A 600 gm isi ayam - potong dadu 1 s/b tepung jagung 1 sk garam - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan. Bahan B 100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu] 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2 4 ulas bawang putih - hiris 2 inci halia - hiris 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit 3 sudu besar sos tiram 2 sudu besartomato 1/4 cwn air minyak tuk menumis Cara 1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali 2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan 3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.

4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. 5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

Kerutup Ayam

Bahan 1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil] 2 s/b rempah kari ] dibancuh 2 s/b rempah kurma ] 2 cawan santan 1 s/b gula merah 1 s/b kerisek 3 s/b minyak untuk menumis Bahan Kisar 100 gm bawang merah goreng 2 biji buah keras 2 cm halia 2 cm lengkuas 3 batang serai 5 ulas bawang merah 3 ulas baswang putih Cara 1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh 4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.

5. Pastikan kacau sekali sekala. 6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

AYAM MASAK SERAI Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering) 2 keping asam gelugor Garam dan kunyit Bahan untuk di kisar: 6 biji bawang merah 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya: Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak Angkat ayam dan toskan minyaknya Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya. * sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

Pau Ayam

bahan. 500 gm tepung pau atau tepung gandum

1/2 s/k baking powder 1/2 s/k garam 1 s/b gula 2 s/k yeart mauripan 2 s/b shorterning 250 gm air suam Cara 1. Gaul rata semua bahan kecuali air. 2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis. 3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan] 4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda. 5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. 6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging]. 7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas. 8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi. 9. Panaskan kukusan. 10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit. 11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau. 12. Siap untuk dimakan Inti Ayam Bahan 300 gm isi ayam [potong dadu kecil] 3 biji kentang [dadu kecil] 1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil] 2 s/b serbuk kari ayam 1 cawan air garam gula daun sup [racik kasar] Bahan tumis minyak 1 ulas bawang putih [hiris] 3 ulas bawang merah [hiris] Cara. 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata. 3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air. 4. Biarkan mendih dan pekat.

5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.

Nasi Tomato N The Gang

NASI TOMATO Bahan-Bahan: 5 cawan beras - cuci dan toskan 1/2 cawan susu cair 4 biji tomato - cincang 1/2 cawan sos tomato 2 s/b majerin /minyak sapi 5 s/mb minyak Garam secukup rasa Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) daun pandan disimpul or daun sup cincang bahan tumis 3 ulas bawang putih - hiris 5 ulas bawang merah - hiris 1 inci halia - hiris 3 biji Buah pelaga 3 biji Bunga cengkih

1 inci Kulit kayu manis 2 kuntum Bunga lawang Cara: 1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

BERIANI DAGING

Bahan 1 kg daging ] 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air 1 cawan yogurt 3 s/b tomato puree 3 biji kentang potong kecil] 2 biji tomato buah [belah 4] 3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air] 3 biji cili merah 2 biji cili hijau 2 labu bawang besar [belah 4] 1 pkok daun ketumbar [potong kasar] garam Bahan tumbuk 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia Bahan tumis 2 cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 tangkai daun kari minyak Cara 1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak. 4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut. 5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. 6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya. 7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

AYAM MASAK MERAH Bahan-Bahan: 1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng Bahan untuk dikisar: 10 tangkai cili kering 5 tangkai cili merah 3 cm halia 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 2 btng serai 4 biji tomato 2 S/B tomato sos kacang peas bawang besar,,potong gelang minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa Cara:

1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. 2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 3. Gaulkan hingga sebati dan rata. 4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

Chicken Mixed Foldover

CHICKEN MIXED FOLDOVER Bahan

ayam1 keping isi ayam [hiris dadu kecil] 1/2 cawan kacang peas 1/2 cawan carrot [dadu] 1 s/b lada hitam [tumbuk] daun sup [hiris] garam minyak Bahan hiris 1 labu bawang besar 3 tangkai cili merah 1 ulas bawang putih Bahan Telur 3 biji telur ayam 1 s/b fresh milk [optional] garam Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi. 2. Masukkan ayam dan carrot. Kacau rata. 3. Masukkan bahan ayam yg lain kecuali daun bawang. Kacau rata. 4. Masukkan daun bawang/sup dan tutup api. Ketepikan. 5. Pukul semua bahan telur. 6. Massakan bahan telur dalam kuali biasa atau non-stik 7. Bila dah masak angkat dan letakkan dalam pinggan. 8. Taburkan bahan ayam dan lipat dua. 9. Hiaskan dengan salad dan tomato dan hidangkan dengn roti.

Chicken Chop

CHICKEN CHOP SOS REMPAH Bahan 3 keping daging dada ayam[buangkan tulang] Kentang goreng daun salad jagung rebus tomato [hiris ] Bahan Perap 1 s/b rempah kari ayam 1 s/b sos tiram 1 s/k cili mesin 1 s/k serbuk lada hitam 1 s/b minyak

Cara 1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam 2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak. 3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah. SOS REMPAH bahan 2 s/b majerin 2 ulas bawang putih ] 2 ulas bawang merah ] cincang halus 1 s/b rempah kari 1/2 cawan stok ayam 1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air] 100 gm cendawan butang [cincang] 1 s/b sos tomato garam cara 1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi. 2. Masukkan rempah dan stok. 3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam. 4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat. 5. Tutup api dan siramkan pada ayam. SOS LADA HITAM Bahan 1 bawang besar [didadu] 2 bawang putih [dicincang] 4-5 sudu besar lada hitam [kisar] 2 sudu besar tomato sos 2 sudu besar kicap 1 cawan air rebusan tulang ayam/daging 1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis Cara 1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu. 2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam. 3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.

4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa. 5. Hidangkan bersama ayam atau ayam SOS CENDAWAN Bahan 1 bawang besar [didadu] 2 bawang putih [dicincang] 1 sudu besar serbuk lada sulah 1 sudu besar lada hitam 1 tin mushroom sup 1/2 cawan mushroom [cincang halus] 1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging 1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis Cara 1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu. 2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam. 3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung. 4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa. 5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

Ayam Panggang & Salad Makaroni

AYAM PANGGANG & SALAD MAKARONI

Bahan 1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan Bahan Mesin dan Perap 1 sudu besar cili mesin 2 sudu besar rempah kari 1 cawan yogurt 1 ici halia 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 biji tomato buah 1 pokok daun ketumbar 1 sudu besar madu/gula 1 sudu besar minyak garam secukupnya Cara 1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam). 2. Hidangkan bersama salad makaroni dan roti bun.

SALAD MAKARONI

Bahan 250 makaroni kacang merah [kakliza gunakan dalam tin] kacang kuda [rendam dan rebus lembut] cili kapsicum merah ] cili kapsicum hijau ] mayang jagung [rebus] tomato [potong kecil] olive oil garam Cara 1. Rebuskan makaroni dengan garam sehingga lembut. 2. Toskan dan gaulkan dengan olive oil. 3. Gaulkan dengan bahan lain dan hidangkan bersama ayam panggang dan roti.

Roti Gulung

ROTI GULUNG Bahan Roti roti sandwich secukupnya telur [pukul sebati] breadcrumb

500 ml minyak k [untuk menggoreng] Bahan Inti 1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil] 10 tangkai kacang buncis [potong kecil] 1 batang carrot [sagat/parut kasar] 1 labu bawang besar [potong dadu] 2 ulas bawang putih [cincang halus] 2 tangkai cili merah [cincang kasar] 1 pokok daun bawang [racik kasar] 1 s/b lada hitam [tumbuk halus] 2 s/b minyak garam Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. 2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut. 3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata. 4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk. 5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung. 6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul. 7. Golekkan dalam breadcrumb. 8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. 9. Angkat dan toskan. 10 Hidangkan dengan sos cili.

AYAM BAKAR OREGANO Bahan

1 4 1 2 3 1 1

ekor ayam [berat 1.5 - 1.7 kg] s/b sos BBQ [kkliza gunakan sos BBQ Pedas Knorr] s/b lada hitam ] ulas bawang putih ] tumbuk halus sm halia ] s/b dry oregano s/b olive oil

Cara 1. Bersihkan ayam dan keringkan betul-betul. 2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 2 - 3 jam. 3. Bakarkan dalam oven pada suhu 200'C selama 1 jam 4. Hidangkan dengan sayuran.

Kerutup Ayam

Bahan 1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg] 80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]] 800 ml santan [ 1 biji kelapa] 30 gm gula merah 30 gm kerisek 80 ml minyak untuk menumis bahan kisar 100 gm bawang merah goreng 2 biji buah keras 2 cm halia 2 cm lengkuas 3 batang serai

5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Cara 1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh 4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut. 5. Pastikan kacau sekali sekala. 6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Sosej Baked Beans

Bahan-Bahan: 1 tin baked bean 10 batang sosej [potong2] 1 sudu makan minyak 3 sudu makan tomato sos 1 biji bawang besar (hiris) 2 ulas bawang putih (cincang) 3 biji cili merah [cincang] garam dan gula 1 pokok kecil daun sup [cincang] Cara: 1. Panaskan minyak 2. Tumis bawang putih & bawang besar 3. Masukkan sosej dan gorengkan sehinga garing. 4. Masukkan tomato sos 5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.

6. Taburkan daun sup dan tutup api. 7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread

Nasi Carrot & Ayam Bakar

NASI CARROT bahan 6 caw beras bathmati....basuh dan toskan 2 caw carrot [potong dadu kecil] 1/2 caw susu cair 8 caw air 1 kiub ayam knorr 1 s/k gula

garam Bahan Tumis 2 s/b rempah kurma 5 ulas bawang merah.] 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar 2 cm halia ] 3 s/b minyak sapi 2 cm kulit kayu manis 2 kuntum bungka lawang 5 biji bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 tangkai daun ketumbar.....mayang daun pandan........simpulkan Cara 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. 2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak. 3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh. 4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. 5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa. 6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

AYAM BAKAR Bahan 1 ekor ayam [potong 4] 1 s/b lada hitam tumbuk/mesin

3 s/b sos BBQ Knorr 1 s/b sos tiram Cara 1. Bersihkan dan kelarkan ayam. 2. Perapkan ayam beberapa jam. 3. Bakar ayam dalam oven 200'C selama 1 jam. 4. Hidangkan ayam dgn sos lada hitam.

SALAD SAYUR Bahan 1 biji tomato 1 batang timun sedikit kobis manis mayonis cili sos Cara 1. Semua sayuran dipotong dadu. 2. Gaulkan mayonis dan sos cili. 3. Gaulkan sayuran dan mayonis. 4. Hidangkan.

Related Documents

Typical
May 2020 11
Cuisine
December 2019 32
Cuisine)
November 2019 25
Cuisine
November 2019 21
Recipe
July 2020 23