Tutorial 5

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tutorial 5 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,144
  • Pages: 27
PENGAJIAN SOSIAL TUTORIAL 51 Disediakan oleh:- Muhammad Nur Asnawi b. Romly - Azrul b. Mohamad Hassim - Anis Sofia bt. Mohamed Rashidi - Nora Amirah bt. Dollah

Soalan Sila perihalkan sejarah perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh berikut:1.Dato Maharaja Lela 2.Dato Bahaman 3.Tok Janggut 4.Tn. Hj Abdul Rahman Limbong 5.Mat Salleh 6.Rentap 7.Rosly Dhobi 

DATO MAHARAJA LELA



Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). 

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14- 22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan tersebut. 

Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si Puntung (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli).Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dato Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British.Dato Maharaja Lela di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan tersebut. 

DATO BAHAMAN

Kebangkitan rakyat Pahang menentang British dipelopori oleh Dato‘ Bahaman atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh. Dato' Bahaman dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana sikap kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Setelah kematian Orang Kaya Indera Segara, belaiau dilantik sebagai pembesar Temerloh.Dato' Bahaman juga tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.Pada 16 Disember 1891, tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran British.Tindakan ini mencetuskan kemarahan Dato' Bahaman dan pengikutnya lalu menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Hugh Clifford bersama 200 anggota tentera berjaya menawan semula Lubuk Terua pada 26 Disember 1891 tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi.Hugh Clifford berundur dan mendapatkan bantuan dari Singapura.. 

Pada bulan Januari 1892, British menubuhkan pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang 8 Mei 1892, British melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua. Ramai pejuang Pahang berundur ke Terengganu dan Kelantan untuk berlindung. Di Terengganu, mereka mendapat sokonan daripada Ulama Tok Ku Paloh supaya pejuang Pahang berjihad menentang British. Pada 14 Jun 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya berjaya menawan KualaTembeling dan Jeram Ampai. Kolonel Walker dihantar oleh British untuk menawan semula Jeram Ampai. Pertempuran sengit berlaku menyebabkan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Kawasan berlakunya kebangkitan di Pahang pada tahun 1890-an. Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di Pahang. 

TOK JANGGUT

Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung, Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga ke paras dada. Beliau juga pakar dalam ilmu persilatan. Faktor-faktor penentangan Tok Janggut: (a) Peraturan tanah (i) Peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai ditentang oleh Tok Janggut. (b) Pengenalan cukai yang membebankan (i) Cukai pokok kelapa, pokok pisang, sirih, kerbau dan lembu perlu dibayar oleh petani. (c) Perasaan anti-British 1 Selepas kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang oleh British pada Perang Dunia Pertama, umat Islam telah diseru agar berjihad menentang Barat oleh kerajaan Turki. (ii) Seruan tersebut telah disahut oleh Tok Janggut di Pasir Puteh. . 

Kronologi ringkas tentang penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh : (a) 28 April 1915 (i) Tok Janggut telah ditangkap oleh Sarjan Che Wan yang dihantar oleh Encik Abdul Latif , Pegawai Daerah Pasir PUteh kerana gagal membayar cukai. (ii) Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut setelah perbalahan berlaku di antara mereka. (b) 29 April 1915 (i) Satu serangan ke atas Pasir Puteh telah dilancarkan oleh sebuah angkatan tentera yang diketuai Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol. (ii) Pasir Puteh telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas daripada anasir British dan mereka telah menduduki kawasan tersebut selama tiga. (iii) Tok Janggut telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Ungku Besar Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. 

(c) 9 Mei 1915 (i) Hadiah sebanyak 500 dolar telah ditawarkan oleh British kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. (d) 23 Mei 1915 (i) Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri telah menyebabkan rumah beliau dibakar oleh British. (ii) Kemudian, sekali lagi Pasir Puteh telah diserang oleh Tok Janggut. (e) 24 Mei 1915 (i) Dalam pertempuran di antara British dengan Tok Janggut yang  berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring, Tok Janggut telah terkorban. (ii) Mayat beliau telah diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dan digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam. (iii) Mayat Tok Janggut kemudiannya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan 

TN HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG



Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.



Digelar Haji Abdul Rahman Limbong kerana selalu melawat Limbong,



Kemaman untuk mengajar agama. Perjuangan beliau dikenali sebagai



Kebangkitan Tani kerana membela nasib petani yang ditindas di



Terengganu. Antara faktor Kebangkitan Tani ialah :



(a) Penguatkuasaan undang-undang binatang buas









(i) Penduduk dilarang memburu binatang liar setelah Undang-Undang Kawalan Binatang Buas dibuat pada tahun 1923. (ii) Denda sebanyak 500 dolar akan dikenakan dan senapang akan dirampas jikalau peraturan tersebut diingkar. (b) Peraturan tanah baru (i) Penduduk diwajibkan untuk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 ringgit setiap seorang berikutan peraturan tanah yang dibuat pada tahun 1924.



(c) Pas kebenaran yang membebankan



(i) Petani handaklah mendapatkan pas terlebih dahulu sebelum













d) Pengaruh pemimpin agama (i) Tanah merupakan hak Allah dan rakyat bebas untuk mengerjakannya tanpa perlu membayar sebarang cukai merupakan penegasan yang ditekankan banyak kali oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Kebangkitan Tani dan tindak balas British terhadap kebangkitan tersebut: (a) Tahun 1922 (i) Penentangan telah dilakukan oleh petani di Kuala Telemong dengan membersihkan tanah tanpa mendapatkan pas kebenaran. Tindak balas British (i) Seramai 43 orang petani telah ditangkap oleh British untuk didakwa di mahkamah.



(ii) Hujah beliau sebagai peguam sukar dipatahkan oleh pihak British.



(iii) Petani-petani tersebut telah berjaya dibebaskan.



(b) Tahun 1925



(i) Setelah mengetahui tindakan British yang ingin memberi konsesi tanah kepada





















Tindak balas British (i) Sultan Sulaiman telah didesak oleh British untuk bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong. (ii) Beliau telah menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di Kuala Berang telah melampaui batas. (c) Tahun 1928 (i) Sikap British yang ingin mengambil tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai telah menyebabkan seramai 1000 orang petani berkumpul di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang. (ii) Balai Polis dan bangunan kerajaan Kuala Berang telah berjaya diduduki oleh para petani dan mereka telah mengisytiharkan perang terhadap British. Tindak balas British (i) British telah cuba mendapatkan bantuan daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (ii) Seramai 12 orang petani telah terkorban dalam pertempuran yang berlaku di Padang Kacong dan semua pemimpin petani serta Haji Abdul Rahman Limbong telah berjaya ditangkap.

MAT SALLEH



Sifat keberanian dan kepahlawanan Mat Salleh dapat dilihat semasa



Kebangkitannya menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah.



Antara faktor yang membawa keapda penentangan Mat Salleh terhadap



SBUB ialah:



(a) Perjuangan jihad









(i) Mat Salleh terpengaruh dengan semangat perjuangan jihat orang Sulu menentang Sepanyol di sekitar Filipina. (b) Pengenalan peraturan yang membebankan. (i) Peraturan baru yang diperkenalkan oleh British termasuklah amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu.



(ii) Peraturan ini membebankan rakyat Sabah.



(c) Percubaan rundingan gagal (Ogos 1895)



(i) Mat Salleh dan pembesar tempatan pergi ke SAndakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V. Creagh.







(d) Perkampungan Mat Salleh dibakar. (i) Tindakan membakar dan memusnahkan perkampungan Mat Salleh diambil kerana Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh telah mengancam kepentingan SBUB. (ii) Hadiah sebanyak 500 dolar ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh. Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

 

Mat Salleh meneruskan perjuangannya dengan bertindak membakar



Ambong pada bulan November 1897. Pengarah Urusan SBUB iaitu



William Cowie menawarkan perdamaian dan pengampunan kepda Mat



Salleh kerana tidak berupaya untuk menewakan Mat Salleh. Satu



rundingan telah diadakan antara Mat Salleh dan Cowie di Menggatal



pada bulan April 1898.

SBUB tidak menepati janji kerana telah mengambil alih semua pentadbiran Tambunan pada tahun 1899. Mat Salleh meneruskan semula penentangannya terhadap SBUB dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan. Kubu Mat Salleh diserang secara besar besaran oleh SBUB dan pada bulan Januari 1900, pihak SBUB berjaya mengalahkan perjuangan Mat Salleh. Mat Salleh telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Namun perjuangannya masih diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta. Kebangkitan perjuangan Mat Salleh dapat ditamatkan sepenuhnya pada bulan Julai 1902. 

RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan. Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. 



Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang. Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang, iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam. 



ROSLY DHOBI



Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan



Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan



Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor



Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau



beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan



beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan



ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas



beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali



gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan



seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang



Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah



menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak



berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby. 


Related Documents

Tutorial 5
May 2020 17
Tutorial 5
November 2019 20
Tutorial 5
June 2020 11
Tutorial 5
November 2019 19
Tutorial 5
June 2020 12
Tutorial 5
November 2019 28