Tumbuhan Dalam Al Quran

  • Uploaded by: b'lalang biru
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tumbuhan Dalam Al Quran as PDF for free.

More details

  • Words: 2,219
  • Pages: 11
TUMBUHAN DALAM AL-QURAN A.PENGENALAN 1.MADU HADIS YANG MENYOKONG KEHIDUPAN LEBAH PEMBENTUKAN MADU KANDUNGAN MADU KHASIAT MADU ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN 2.TIN DAN ZAITUN KHASIAT BUAH TIN RAHSIA BUAH ZAITUN KHASIAT BUAH ZAITUN 3.KURMA 4.HABBAH AS-SAUDA C. PENUTUP A.PENGENALAN Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia. Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah: 1.Madu 2.Tin dan Zaitun 3.Kurma 4.Habbah as-sauda

B.TUMBUHAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS 1.MADU Mungkin diantara kita tertanya-tanya mengenai kaitan dintara madu dan tumbuhan.ebenarnya madu dan tumbuhan mempunyai kaitan yang sangat rapat di mana ianya diterangkan dalam Al-Quran. Madu juga merupakan ubat yang istimewa sehinggakan terdapat satu surah yang khusus menceritakan tentang madu lebah .Bagi orang – orang yang berfikir sahaja yang dapat mengetahui kelebihan yang Allah berikan dalam kandungan madu lebah ini. Dalam surah ke-16 iaitu surah An- Nahl yang bermaksud Lebah, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah mati-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi orang-orang yang mendengarkan(pengajaran). “Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu .Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. “Dan dari buah kurma dan anggur , kamu membuat minuman yang memabukan dan rezeki yang baik . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesarab Allah) bagi orangorang yang memikirkan. “Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah : ‘buatlah sarang di bukit-bukit , di pohon-pohon kayu dan ditempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ,keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya . Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya ,pada yang demikian itu, benarbenar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan .” (an –Nahl:65-68)

Kelima-lima ayat di atas mempunyai hubungan iaitu Allah menerangkan bagaimana air yang diturunkan daripada langit telah menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan sekaligus telah menghasilkan berbagai-bagai bunga yang mana dari bunga tersebutlah keluar buah-buahan. Kemudian Allah telah memerintahkan Lebah untuk menikmati madu yang terdapat dalam bunga .Akhirnya keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warna dari perutnya . Dalam surah tersebut juga Allah telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain daripada dijadikan makanan .Ayat 68-69 juga dinamakan ayat syifa’ iaitu ayat penyembuh. HADIS YANG MENYOKONG Terdapat 2 hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu : 1.”Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya:’ Seorang lelaki datang lalu berkata kepada Nabi ;’ Sesungguhnya saudaraku sakit perut ‘.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda “berilah dia minum madu ,”Kemudian lelaki tersebut memberi minum saudaranya madu.Lalu dia datang semula lalu berkata ;’Saya telahpun memberinya minum madu tetapi penyakit tidak Berkurang bahkan semakin bertambah.’ Rasulullah s.a.w menyuruhnya minum madu hingga tiga kali. Kemudian lelaki itu datang lagi untuk kali yang keempat dan menyatakan bahawa saudaranya masih belum pulih lagi tetapi semakin teruk. Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda: ’Allah benar ,dan perut saudaramu itu berbohomg.’ .Lalu Rasulullah s.a.w sendiri yang memberi lelaki itu minum madu.Akhirnya dia sembuh. 2.” Al-Husain menceritakan kepadaku ,Ahmad bin Mani’ menceritakan kepada kami, Marwan bin Syuja’ menceritakan kepada kami , dari Sa’id bin jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya ;”Rasulullah s.a.w bersabda;” Ubat terbahagi tiga :minum madu ,berbekam dan membakar dengan api, dan umatku dilarang membakar dengan api.”

KEHIDUPAN LEBAH Lebah madu mempunyai kelompok yang elit dan peraturan yang luar biasa .Tempat mereka menjalinkan hubungan sesama mereka dinamakan sarang .Di dalam sarang ini tinggal sekumpulan lebah pekerja yang jumlahnya puluhan ribu yang diketuai seekor raja betina. Di dalam sarang itu biasanya terdapat telur, anak lebah dan remaja. Dan golongan yang tiga ini dinamakan asuhan.Di dalam sarang itu juga ada makanan penting yang mencukupi, yakni madu dan biji-bijian yang tersimpan dalam indung berbentuk segienam. Indung diperbuat daripada lilin yang keluar dari kelenjar lebah tersebut. Lebah terdiri daripada: a)Raja Betina Lebah Tubuhnya lebih besar dan panjangnya dua kali panjang lebah pembantu. Sayapnya lebih kecil daripada panjang tubuhnya.Di hujung perutnya yang berbulu terdapat alat bertelur yang melingkar dan mempunyai gigi yang lemah. Tugasnya adalah untuk bertelur dan mengatur pembantupembantu dan semua urusan di dalam sarang lebah seperti mengatur segala yang berlaku di dalam sarangnya. Ini hanya dapat di lakukan kerana raja memiliki bau tertentu yang dikeluarkannya melalui kelenjarnya di mana bau ini menarik hati pekerja-pekerja hingga dapat menyatukan mereka. Disekeliling Raja terdapat pengikut atau pengiring raja yang bertugas membersihkan tubuh sang raja, membuang kotoran ,memberi makannya dan tugas-tugas lain yang disuruh oleh raja. Raja diberikan makanan yang khusus yakni bahan yang dikeluarkan oleh lebah pekerja dari kerongkong yang berupa kelenjar dan kadang-kadang ditambah dengan air ludahnya. Makanan ini dipanggil hidangan Raja.Hidangan ini adalah bertujuan supaya raja dapat bertelur. Selain itu ianya juga diberikan kepada remajanya,pekerja dan jantan pada hari pertama dan kedua kelahirannya . Ini supaya usia remajanya panjang bertambah. Hidangan raja ini merupakan benda keras,pekat bewarna krim,dan rasanya pahit serta mempunyai bau tersendiri .Ia terdiri daripada zat gula ,protein minyak dan

asam.Sebahagian saintis berpendapat makanan raja ini mengandungi zat-zat yang istimewa yang mengakibatkan raja boleh hidup lama dan melahirkan pegantinya. Sang raja kahwin di udara ketika terbang dengan beberapa Jantan. Kemudian ia memelihara bibit itu selama hidupnya yang berkemungkinan sampai beberapa tahun .Bibit-bibit tersebut dusimpan disalah satu anggota yang dinamakan tempat menyimpan sperma. Telur raja disimpan dalam indung dan disusun tegak dengan alat yang melekat seperti gam yang dikeluarkan ketika bertelur.Raja dapat bertelur kira-kira 1500-2000 biji setiap hari atu lebih daripada itu jika ia rajin. Usia raja lebah sekitar 3-4 tahun.Raja muda lebih produktif bertelur berbanding dengan raja tua yang umurnya melebihi 2 tahun Setelah raja lebah mati,raja baru akan dicari dalam masa 17 hari. Ini kerana ,Lebah tidak boleh hidup tanpa raja. 2.Jantan –jantan lebah Lebah yang kedua besar ialah lebah jantan ..Ianya juga tidak mempunyai penyengat untuk mempertahankan dirinya. Tugas jantan hanyalah mengahwini raja. 3.Lebah pekerja Ianya adalah lebah betina yang dilahirkan dari telur yang tidak dikahwinkan. Lebah ini tidak bertelur tetapi kadangkadang ia bertelur dan telur ini menghasilkan jantan-jantan lebah. Ia adalah lebah paling kecil dan paling banyak. Tugasnya adalah Untuk mengumpul air madu dari bunga dan biji-bijian untuk dijadikan makanan lebah-lebah lain.Lebah pekerja juga mengumpul gam dari kelompak – kelompak tumbuh-tumbuhan dan dan kulit pohon-pohon tertentu. Gam itu digunakan untuk memperkuat indungindung,menampal dan menutupi yang retak dan berlubang dan banyak lagi. PEMBENTUKAN MADU 1.Mengumpul Air madu dari bunga Lebah pekerja menghisap tetesan-tetesan air madu dari satu bunga ke satu bunga yang lain dengan menggunakan belalai hingga penuh perut besarnya dan kemudian balik ke

sarang.Bau bunga mendatanginya.

adalah

faktor

penting

lebah

2.Membuat madu Perut besar pada lebah berfungsi untuk menyimpan air madu.Zat gula dalam air madu bertukar menjadi gula tunggal kerana tindakan zat ragi dan air liur lebah tersebut. Pertukaran tersebut terjadi semasa perjalanan pulang ke sarang. Apabila sampai di sarang zat tunggal ini akan di keluarkan dan dikentalkan dengan mendedahkan air Madu tersebut di udara luar. Zat tunggal yang telah dikentalkan dimasukkan ke dalam indung. Kemudian lebah pekerja akan menutup dengan lilin lebah. Madu dikelaskan mengikut jenis bunga yang banyak terdapat di kawasan lebah mendapatkan air madu.Contohnya madu rumput Birsim. KANDUNGAN MADU Madu lebah mengandungi gula, air ,vitamin,air belerang, zatzat, protein, ragi,enzim dan lain-lain.Kadar zat-zat yang terdapat dalam madu lebah: Air 18% Gula buah-buahan(frucose) 4% Gula Anggur (glucose) 34% Gula tebu(sugarose) 0.4% Dextrose 0.4% Gula Gandum 0.4% Gula yang lain 0.4% Protein 0.3% Nitrogen 0.4% Garam 0.2% Zat-zat yang lain 3.46% Selain dari zat-zat di atas ,banyak lagi zat yang terdapat dalam madu.Ini menyebabkan madu adalah makanan yang paling baik. ANTARA KHASIAT MADU Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor. • • Madu dapat menyegarkan tubuh



• • • • • •

• Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya • Madu boleh mengeluarkan racun • Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya. • Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk • Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit. • Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati • senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN • • Penyakit kulit • • Terbakar • • Jerawat • • Gatal-gatal • • Luka • • Kanak-kanak lumpuh • • Kurap • • Sakit gigi • • Sakit mata • • Sakit jantung • • Selesema 2.BUAH TIN DAN ZAITUN Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini. Antaranya: i)Riwayat dari Abu Zar r.a. Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu NabiSAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga,

nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.” ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tinkerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga. KHASIAT BUAH TIN Buah ini dapat menyembuh beberapa penyakit,antaranya ialah: • • Penyakit Buasir • • Sakit-sakit dan bengkak-bengkaka badan • • Batuk yang berpanjangan • • Melawas kencing

jenis

RAHSIA BUAH ZAITUN Ianya dijadikan kayu siugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi: “sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuningkuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi ssebelumku.” Rsulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.” Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut. KHASIAT BUAH ZAITUN Antara khasiat buah zaitun ialah:

• • • • • • •

• • • • • • •

Membaik pulihkan perut Mengeluarkan cacing Menjadi penawar racun Minyaknya menghaluskan kulit Minyaknya melambatkan tumbuh uban Minyaknya apabila dicampurkan dengan garam boleh Menghilangkan melecur kena api.

3.KURMA/TAMAR Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam tenaga untuk melahirkan anak. Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa. Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis. 4.HABBAH AS-SAUDA a.Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya ; Rasulullah SAW bersabda ; ‘Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih. Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga

boleh dijadikan minyak.Apabila mengeluarkan bau yang harum.

bijinya

ditumbuk

ianya

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah: • • Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas • • Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan • • Mengeluarkan angin dalam perut • • Menambah ghairah seks • • Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing • • .Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu bagi para ibu Selain daripada itu juga, ianya boleh dimasukkan dalam kuih untuk menambahkan kesedapannya. Walau bagaimanapun ianya amat berkhasiat sekiranya dimakan mentahmentah.Ini kerana , jika ia dimasukkan dalam api khasiatnya akan hilang. Khasiatnya juga akan hilang apabila terkena cahaya matahari. Ini kerana minyaknya yang berkhasiat akan mengewap ke udara. Selain daripada khasiat yang diterangkan diatas , banyak lagi kegunaan Habbah as-sauda yang masih menjadi rahsia yang memerlukan kajian yang lebih lanjut lagi. Habbah as-sauda juga istimewa kerana penggunaanya tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada unsur racun di dalamnya . Ini tidak seperti ubat-ubat moden yang lain. Oleh sebab itu ianya lebih selamat digunakan. C. KESIMPULAN Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin, Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda.Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat –empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

Ini sekaligus membuktikan kepada kita kebenaran Al-Quran kerana mana mungkin manusia di zaman jahiliah dapat mengetahui tentang keistimewaan tumbuh-tumbuhan di atas.

Related Documents


More Documents from "zuhadisaarani"

Surah Al Fatihah
July 2020 8
Bab Agama
July 2020 15
Kehebatan Surah Al
July 2020 12
Dunia Punya Hal
July 2020 13