Tugasan Kursus Bsmm 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Kursus Bsmm 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 729
  • Pages: 4
TUGASAN KURSUS BSMM 3: KOKURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Semester 1, 2009/2010

ARAHAN 1) Tugasan Anda akan dinilai berasaskan keupayaan anda memilih bukti-bukti penting dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menyokong hujah-hujah yang diketengahkan, dan juga keupayaan anda memberikan hujah-hujah dan bahan-bahan yang menyokongnya dengan tepat. 2) Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan New Times Roman saiz fon 12 dan langkau baris 1.5. Tiada had minimum panjang tugasan anda tersebut. Ia bergantung kepada sejauh mana ia dapat menjelaskan maksud sebenar tugas tersebut. 3) Tugasan ini menyumbang sebanyak 80% kepada gred akhir kursus. Tugasan Individu Tugasan Kumpulan Jumlah

30 % 50 % 80 %

4) Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima. PANDUAN MENGHASILKAN TUGASAN 1. Baca dengan teliti soalan tugasan yang diberikan dan memahami apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut. 2. Pastikan bahawa anda mengikuti kaedah penulisan akademik yang dikehendaki dan memastikan bahawa: •

Halaman hadapan mengandungi maklumat peribadi seperti nama, nombor matrik, nama tenaga pengajar , No. kod kursus dan tajuk kursus, nama program dan semester/tahun yang anda ikuti.



Halaman Kandungan Tugasan hendaklah disertai dengan muka surat bagi setiap tajuk dan sub-tajuk serta peta, gambar rajah dan sebagainya (jika perlu).



Isi kandungan tugasan anda hendaklah menggunakan kaedah penulisan akademik di mana setiap rujukan yang digunakan dalam tugasan dinyatakan nama penulis yang dirujuk dan tahun terbitan penulisan tersebut seperti berikut:

Menurut Hunter (1987), mengajar perkara-perkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar perkara-perkara yang penting secara buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. •

Pada bahagian RUJUKAN, pastikan anda catatkan rujukan yang anda gunakan untuk menyiapkan tugasan anda termasuk alamat internet, bukubuku rujukan, jurnal, majalah, akhbar dan sumber-sumber lain.

Contohnya: Ab. Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Proses Fotosintesis. (tiada tarikh). Didapati pada 31 Ogos, 2006 daripada http://www.esmartschool.com/pnu/005PNU00500001.asp •

Markah yang anda terima adalah bergantung kepada sejauh mana lengkapnya jawapan anda sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan tugasan anda, dan sejauhmana anda memenuhi keperluan menulis mengikut format penulisan akademik yang dinyatakan di atas.

SOALAN TUGASAN 1 (30 MARKAH) (INDIVIDU ) Sila hasilkan satu tugasan seperti yang diarah dalam jadual di bawah. Tugasan tersebut merupakan bahan yang anda akan gunakan dalam sesi ceramah kepada para pelajar sekolah menengah.

Topik: Perlembagaan BSMM DAN dua Buku Panduan BSMM.

PERINCIAN TUGASAN

1. Tugasan anda perlulah dihasilkan dalam bentuk teks (microsoft words) dan persembahan power point (hard copy dan soft copy). Markah khas akan diberikan kepada penggunaan kesan-kesan khas dalam persembahan power point anda. 2. Kedua-dua bahan tugasan (teks dan power point) hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan cd (letakkan cd dalam doket tugasan induk) pada atau sebelum minggu ke-12. 3. Tugasan tersebut akan dipersembahkan dalam kelas dan markah diambil untuk Kemahiran Insaniah (KI)

2

4. Aspek kreativiti dan kesesuaian grafik akan turut diambil kira dalam pemarkahan tugasan secara keseluruhan. 5. Pembahagaian markah adalah seperti berikut; Ketepatan tajuk Format Penulisan Kesesuaian Grafik Kreativiti Jumlah

= 50 % = 30 % = 10 % = 10 % = 100 %

SOALAN TUGASAN 2 (35 MARKAH) (KUMPULAN – 10 ORANG SETIAP KUMPULAN) Kumpulan anda dikehendaki menganjurkan satu kursus ‘First Aider In Every Home’ kepada orang awam yang tidak menjadi ahli BSMM.

PERINCIAN TUGASAN

1. Setiap kumpulan diwajibkan menyediakan kertas kerja sebelum perlaksanaan program dan diserahkan kepada tenaga pengajar (penyelia kumpulan) bagi tujuan semakan dan pengesahan. 2. Menyediakan dokumentasi lengkap selepas selesai program dan diserahkan dalam bentuk soft copy dan hard copy kepada penyelia kumpulan (tenaga pengajar). 3. Menguruskan surat menyurat bagi tujuan menganjurkan kursus. 3.1.

Surat mohon kebenaran kepada Pengarah Pusat Ko-Kurikulum.

3.2.

Surat mohon menganjurkan program kepada tempat yang dirancangkan.

3.3.

Surat mohon kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Daerah sekiranya dilaksanakan di peringkat sekolah.

4. Menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan program tersebut. 5. Segala urusan program sehingga penceramah kursus hendaklah diberikan dikalangan ahli kumpulan itu sahaja dan akan dinilai oleh tenaga pengajar semasa program berlangsung.

3

6. Pembahagaian markah adalah seperti berikut; Kertas Kerja Pengurusan program ( sebelum,semasa & selepas) Dokumentasi Kerjasama berpasukan Jumlah

= 20 % = 30 % = 30 % = 20 % = 100 %

7. Tarikh cadangan perlaksanaan program; 1 Ogos 2009 hingga 29 Ogos 2009 ( sila laksanakan program dalam tarikh di atas dan sila berbincang dengan tenaga pengajar untuk menetukan tarikh yang sesuai).

CATATAN Instruktor akan menukarkan markah akhir tugasan 1 dan 2 kepada 50%

4

Related Documents

Tugasan 3
May 2020 13
Tugasan 3
May 2020 7
Tugasan 3
May 2020 9
Tugasan 3
May 2020 11