TUGA SAN KELA S :
10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
10 sebab 1.Melahirkan guru yang berilmu dan berwawasan berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.Menemui dan memperbaharui kaedah pengajaran sedia ada dengan teknik yang lebih berkesan dalam bilik darjah. 3.Mencipta langkah-langkah yang proaktif untuk memastikan pencapaian akademik dan kokurikulum di sekolah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa secara berterusan.
10 sebab 4. Meluaskan pengetahuan tentang kajian yang telah dilakukan dan berusaha memperbaiki mutu dan kualiti kajian tersebut untuk diaplikasikan di sekolah. 5. Memastikan kajian yang dilaksanakan dapat dikongsi bersama untuk mendapatkan langkah penyelesaian yang terbaik. 6. Melahirkan guru yang prihatin dan sentiasa memperbaiki kekurangan dan masalah yang berlaku di sekolah.
10 sebab 7. Kajian yang dijalankan akan menjadi panduan kepada guru atau penyelidik lain untuk meneruskan kajian tersebut. 8. Mencari kaedah pembelajaran yang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan prestasi dan suasana dalam proses P&P. 9. Menjana pemikiran guru dalam memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum ini.
10 sebab 10. Mencipta kaedah pengajaran yang baru dan berkesan dalam bilik darjah.