AKBA PALESTI
‘Tragedi di GAZA! Apa sebenarnya berlaku? Ridzuan Harun Palestine Centre of Excellence (PACE)
Pilihanraya Parlimen Palestin (PLC) Januari 2006 selepas tertangguh sejak 1996 akibat konflik berterusan
Pilihanraya Palestin 2006 PR disahkan adil dan teratur oleh pemerhati pilihanraya antarabangsa yang diketuai oleh mantan Pres US- Jimmy Carter Membuktikan semua keputusan pilihanraya adalah atas kehendak rakyat Palestin dan bukan kerana ugutan, membeli undi atau taktik-taktik tidak jujur. >70% rakyat Palestin keluar mengundi – jumlah yang tinggi
Keputusan Pilihanraya (PLC) Palestin Jan 2006 Bil kerusi dimenangi
HAMAS
74
Fatah & lain2
45 & 13
Palestinian Legislative Council building
HAMAS mendapat mandat rakyat Palestin untuk membentuk kerajaan
Pilihanraya Palestin 2006 Amerika terkejut bagaimana sebuah organisasi ‘pengganas’ mendapat mandat selesa dari rakyat Akibat dari kegagalan memahami aspirasi rakyat Palestin yang telah dijajah dan dinafikan hak dan tanah air mereka. Ini bermakna, majoriti rakyat Palestin menyokong polisi HAMAS yang tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak ‘perjanjian damai’ yang berat sebelah.
Apa tuntutan AMERIKA DAN SEKUTUNYA? Menuntut HAMAS supaya: Melucutkan senjata Mengiktiraf semua perjajian terdahulu di antara Palestine Authority sebelum ini dgn Israel Mengiktiraf Israel (sedangkan Israel sendiri tidak pernah mengiktiraf Palestin).
Mengiktiraf Israel bermakna: Memperaku penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin. Menghalalkan semua jenayah keji/kemanusiaan yg telah dilakukan ke atas rakyat Palestin. (Penderitaan & Perjuangan.mpg) Mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang Merestui hasrat Israel untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.
Pendirian HAMAS Menawarkan gencatan senjata jangka panjang serta perbincangan semula isu: Kedudukan Baitul-Maqdis (Resolusi PBB 252), Nasib 5 juta pelarian Palestin (Resolusi PBB 194), Penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin (Resolusi PBB 446) Pengunduran Israel kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (Resolusi PBB 242). (Jews Against the Occupation.htm)
Apa tindakan Israel, Amerika dan sekutunya? Menekan Kerajaan Palestin baru yg dibentuk oleh HAMAS. Merampas wang cukai hak rakyat Palestin. Menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke kawasan Palestin Pemulauan atas alasan HAMAS pertubuhan pengganas. Menggalakkan pertentangan antara HAMAS dan FATAH
Inisiatif HAMAS Mempelawa Fatah membentuk kerajaan campuran sebaik menang PR. Mendekati masyarakat antarabangsa menjelaskan pendiriannya tentang program keamanan. Menawarkan gencatan senjata jangka panjang dengan Israel. Malah mengistihar gencatan senjata sehala (unilateral cease fire) selama 18 bulan – tiada lagi kejadian serangan berani mati.
Kesemua inisiatif ini langsung tidak dihargai atau disentuh oleh media antarabangsa dalam mengupas isu Gaza
Pencapaian Membentuk kerajaan Perpaduan melalui usaha Arab Saudi. Menyerahkan pentadbiran beberapa kementerian utama kepada Fatah.
Kerajaan Perpaduan Kerajaan pakatan Hamas/Fatah tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan Jun 2007. Hamas pula dituduh “merampas kuasa” tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah yang sah dan berkuasa.
Kerajaan Perpaduan Akibatnya, pemerintahan kerajaan baru Palestin berpecah dua. Mahmud Abbas, yang masih mengaku President PA berkuasa di Tebing Barat dan tentu saja mendapat sokongan dari rejim Zionis dan AS. Manakala Hamas terus berkuasa di jalur Gaza dengan mandat diberi oleh penduduk Palestin.
Plot Amerika dan Israel Terus membekalkan senjata dan kewangan kepada kelompok bersenjata Fatah. Mahmoud Abbas mengekalkan pasukan keselamatan ‘Preventive Security Force’ di Gaza.
Ancaman Keselamatan di Gaza
Ancaman kelompok bersenjata Fatah di Gaza Menggugat keselamatan negara Mengadakan sekatan-sekatan jalanraya dan mengganggu ketenteraman awam Menyerang pejabat-pejabat kerajaan Melakukan pencolekan & pembunuhan ke atas musuh-musuh politik
Akhirnya Kerajaan mengambil keputusan untuk menangani masalah ini dengan membersihkan Gaza dari kelompok-kelompok bersenjata termasuk dari kumpulan Fatah
Kesan Gaza kembali aman Masyarakat dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Tindakan pembersihan mendapat sokongan ramai termasuk dari penyokong Fatah. Hamas menyeru Mahmoud Abbas untuk terus berunding kearah perpaduan (85% rakyat Palestin minta rundingan antara Hamas dan Fatah dilaksanakan http://www.fafo.no/ais/middeast/opt/opinionpolls/poll2007.htm
Kesan Kerajaan telah menyelesaikan beberapa masalah yang rumit seperti penculikan ke atas wartawan BBC Alan Johnston Muhammad Dahlan, antara dalang utama kekacauan, meletak jawatan sebagai penasihat keselamatan Kerajaan menyusun semula sistem kehakiman di Gaza.
‘Rampasan Kuasa’ oleh HAMAS! Barat menggambarkan HAMAS membuat ‘rampasan kuasa’ di Gaza Bagaimana sebuah kerajaan yang sedang memerintah secara sah dengan mandat besar merampas kuasa? Sedangkan usaha Mahmoud Abbas menggantikan kerajaan HAMAS yg menang dengan Fatah itulah ‘rampasan kuasa’yang sebenar
Tindakan Mahmoud Abbas Memecat PM Ismail Haniyeh Membubarkan Kerajaan Perpaduan Melantik ‘kabinet darurat’ walau pun menyalahi perlembagaan. Melantik Salam Fayyad (yg hanya peroleh 2.4% undi dlm PR 2006!) sebagai PM Apabila tempoh tamat ‘kabinet darurat’ berlalu (30 hari), menubuhkan pula kerajaan sementara (caretaker goverment)
Sambutan Barat/Israel Mengucap tahniah dan merestui tindakan Abbas. Menawarkan ‘persahabatan’ kepada Fatah untuk melawan HAMAS EU menamatkan sekatan ekonomi dan menyambung semula bantuan ke Tebing Barat.
Sambutan Barat/Israel Menyalurkan hampir AS$200 juta (dari lebih AS$700 juta cukai Palestin yang dirampas) kepada Kerajaan Palestin baru lantikan Mahmud Abbas Pembebasan ramai ahli/pejuang pergerakan Fatah (penghinaan kepada lebih 10,000 rakyat Palestin yang sedang dipenjara)(Sajak Penjara.mpg)
Berhenti memburu semua pejuang Fatah yang bersetuju menamatkan penentangan terhadap Israel
Tindakan Fatah (dengan restu atau desakan Amerika dan Israel) Menubuhkan kerajaan Fatah sepenuhnya di Tebing Barat tanpa HAMAS, tanpa pilihanraya. Berterusan berurusan tanpa mandat rakyat Bertindak seolah-olah PR2006 tidak pernah berlaku. Memulakan siri rundingan dengan Israel tanpa HAMAS dan tanpa memikirkan nasib 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza Memperjudikan nasib Palestin berdasarkan rekod buruk perjanjian-perjanjian lalu.
Kemenangan HAMAS Kekecewaan Israel Kekalahan Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis dan AS. Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya ini.
Kemenangan HAMAS Kekecewaan Israel AS dan Israel amat mengharapkan Mahmud Abbas dapat mendirikan sebuah negara sekular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan AS. Namun kemenangan Hamas merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin.
Kemenangan HAMAS Kekecewaan Israel Apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006 hingga 2008) dibumi Palestin khususnya di Jalur Gaza adalah usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas dan seterusnya cuba memadamkan api perjuangan umat Islam dibumi Palestin.
Jalur Gaza adalah wilayah yang terjajah menurut undang-undang antarabangsa. Iaitu Konvensyen Geneva ke 4 yang berkaitan dengan perlindungan orang awam yang terjajah oleh kuasa asing menegaskan: “Tidak sesiapapun boleh dihukum ke atas satu kesalahan yang dia secara peribadi tidak melakukannya. Hukuman secara borong dan semua tindakan yang berbentuk menindas dan keganasan dilarang. Tindakan balas dendam terhadap orang awam yang dilindungan dan harta mereka adalah ditegah. ”
Gaza Jun 1967 – Israel menakluki Gaza yang sebelum itu dikuasai oleh Mesir Disember 1987 – Intifadah pertama dan kemunculan HAMAS September 2005 – Israel menarik keluar pasukan tenteranya bersama 8500 pendatang haram Yahudi dari Gaza. 2007 – HAMAS mengusai sepenuhnya Gaza.
30
Jalur Gaza menderita sejak pertengahan Jun 2007 dari sekatan ketat Israel dan hukuman secara borong, yang telah mengakibatkan tragedi kemanusiaan yang parah..
Tragedi kemanusiaan di Gaza Makanan/Kebuluran Bekalan air Khidmat kesihatan/Perubatan Perdagangan Sektor perkilangan Bekalan tenaga
Gaza Wilayah Palestin yang terjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa Luas kawasan: 363 km2 Penduduk ~ 1.5 juta (perangkaan July 2007) termasuk 1 juta pelarian. Bersempadan dgn 11 km daratan, Mesir 51 km daratan, dengan “Israel” 40 km pinggir pantai Israel menduduki Gaza dengan cara mengawal pergerakan darat, laut dan udara.
‘
’
Penutupan sempadan Hukuman secara menyeluruh, mengepung, menutup sempadan dsbnya .. Kesemua ini bukan perkembangan baru dalam amalan biadap Israel. Sekatan jalan, kawalan sempadan, laut, bekalan air, mengebom lapangan terbang, membedil loji bekalan air, stesen janakuasa, pasar dan kilang sentiasa menjadi modus operandi regim zionis… Tetapi semakin parah: Setelah kemenangan Hamas dlm PR Setelah Hamas mengambil alih Gaza sepenuhnya Hari ini penutupan sempadan begitu ketat dan kepungan begitu dahsyat sehingga barangbarang keperluan asas spt makanan, ubatubatan dan air bersih sangat berkurangan.
Gaza pada hari ini tidak pernah mengalami kepungan sebegini dahsyat. Penderitaan dan ketakutan jelas tergambar pada setiap wajah rakyat Palestin yang anda lihat di sini
BBC's Matthew Price 9/8/2007
Tarikh-tarikh penting 2008 Januari – Gaza terus dikepong Israel Feb hingga Mac – Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 120 orang Jun – Genjatan senjata 6 bulan bermula Nov – Serangan Israel memaksa HAMAS lancarkan semula serangan roket dari Gaza Dis 19 – HAMAS tamatkan gencatan senjata Dis 27 – Serangan udara Israel terhadap Gaza Dis 29 – Israel kumpulkan kereta kebal disempadan Gaza dan kerah 6500 askar simpanan. 36
27hb Disember 2008 Operation Cast Lead
37
Situasi di Gaza Serangan udara yang dilancarkan oleh Israel telah membunuh hampir 400 dan mencederakan lebih dari 1300 orang. Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.
Situasi di Gaza Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu.
Situasi di Gaza Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
Situasi di Gaza Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai niat jahat untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.
Situasi di Gaza Kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke atas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti sejak 18 bulan yang lalu.
Pendirian Umat Islam Mempersoal kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke atas serangan di Gaza Menggesa umat Islam dan rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di sebalik penentangan rakyat Gaza dan Palestin Membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab termasuk kejujuran kerajaan Mesir yang terus tidak membenarkan penduduk Gaza untuk memasuki Mesir 43
Pendirian Umat Islam Mengesyorkan agar umat Islam mengadakan solat hajat dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. PACE menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.
44
Kita berkeyakinan bahwa pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah untuk pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol menentang kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini. PAL1 (Sajak Palestin).MPG
Rakyat Palestin antara yg paling malang didunia dilupakan oleh PBB dan masyarakat antarabangsa. dilupakan oleh negara-negara Arab dilupakan oleh umat Islam sendiri Masihkah ada harapan?
46
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 bersama 2 kebenaran, kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 musuh2 mereka mereka.. Musuh2 Musuh 2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.. Mereka tetap dalam keputusannya keadaan demikian.” demikian.” Maka para sahabat bertanya bertanya,, ”Dimanakah ”Dimanakah mereka?” mereka ?” Jawab Rasulullah Rasulullah.” .” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya sekitarnya”” Riwayat Bukhari 47
Sheikh Ahmad Yaseen & Abd Aziz ar-Rantisi
1936 – 22 Mac 2004
“ Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”., “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu”.
48
Oct 1947 – 17 April 2004
و من لم يھتم بأمر المسلمين فليس منھم
49
Menyintai al-Aqsa Antara yang boleh kita laksanakan: 1. 2. 3. 4.
Fahami isu ini Berterusan berdoa untuk Palestin Anjur majlis perkongsian maklumat di masjid, surau, sekolah & pejabat Menyatakan bantahan secara lisan & perbuatan Bantahan 30 Dis 2008.ppt
50
Menyintai al-Aqsa Antara yang boleh kita laksanakan: 5. Khutbah Juma’at 6. Menulis dan berkarya 7. Mengedarkan atau berkongsi risalah/maklumat
51
Menyintai al-Aqsa Antara yang boleh kita laksanakan: 8.
Mendidik seluruh ahli keluarga supaya memahami dan menyokong perjuangan untuk pembebasan Palestin 9. Sumbangan Kewangan Surat Derma Al-Quds Institute.ppt (41 )توبة+ وجاھدوا بأموالكم وأنفسكم فى سبيل 10. Pulaukan barangan Israel dan Amerika – terutama yang menjadi simbol kehadiran mereka. Boikot Barangan Israel.ppt
52
Akhirnya apa sahaja bantuan yang kita usahakan adalah untuk membantu memastikan para mujahiddin yang sedang berjuang di atas segala kekurangan (kecuali iman iman)) itu dapat terus menetap dan bertahan di Palestin bagi meneruskan jihad ini ini.. 53
Teruskan perjuangan bersama rakyat Palestin! Terima kasih