Topik 8 Komponen Struktural.docx

  • Uploaded by: Thressa veney Ansilmus
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Topik 8 Komponen Struktural.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 553
  • Pages: 3
Topik 8 (Komponen struktural) 1. Pembinaan Groyn -Komponen ini merupakan salah satu perlindungan yang paling kerap digunakan untuk menstabilkan pantai. Ianya dibina pada sudut tepat ke pantai untuk mengelakkan ombak dan bahan mendapan melepasi pantai. -Struktur ini juga menyerap atau mengurangkan tenaga gelombang dan menyebabkan bahanbahan yang akan dimendapkan di sisi groyne. Kos pembinaanya lebih murah berbanding dengan benteng ombak. -Namun, Hakisan masih boleh berlaku di bahagian pantai yang tidak dilindungi oleh groyn. 2. Kaedah Rock Armour (Rip-Rap) -Batu-batu besar yang terdapt di pinggir pantai mempunyai fungsi yang sama seperti benteng, tetapi ianya berstruktur telap. Kaedah ini dapat menghilangkan gelombang tenaga dengan menyerap kesan gelombang. Struktur Rip-Rap tidak mengalami gelombang seperti

yang

dialami oleh benteng. Batu-batu besar lebih murah daripada kos pembinaan benteng laut dan ianya tahan lebih lama. Kaedah ini juga boleh bertindak sebagai groyn dan boleh mengelakkan pergerakan turun naik sedimen.

-Walau bagaimanapun, kaedah ini dianggap sebagai tidak mengindahkan pemandangan pantai & boleh mengurangkan nilai rekreasi pantai.

3. Pemasangan Gabions -Prinsip Gabions adalah sama seperti kaedah rip rap tetapi gabions merupakan sangkar dawai yang biasanya diisi dengan batu hancur, dan kemudian terletak di sepanjang pantai untuk mencegah atau mengurangkan hakisan pantai dengan melemahkan tenaga gelombang -Kaedah ini memerlukan penyelenggaraan yang teratur kerana ia mudah dikorek oleh air laut. Masalah yang berpotensi berlaku ialah ketika wire mesh breaks (risiko kecederaan) yang boleh mendatangkan bahaya. Gabions ini juga hanya dapat bertahan untuk tempoh masa yang pendek iaitu 5-10 tahun.

Wire mesh breaks tu maksud dia dawai-dawai besi tu rosak jadi besi-besi tu terpacak, bahaya 4. Benteng Laut -Benteng laut menyerap tenaga gelombang sebelum ianya menghakis bahan atau struktur longgar. Struktur benteng ini boleh dibuat daripada bahan konkrit, batu atau kayu ianya berkesan dalam melindungi tebing dari hakisan. -Permukaan asas benteng akan terjejas dan menjadi lemah akibat hempasan ombak dan boleh menyebabkan keruntuhan.

-Kos untuk membina benteng ini mahal dan perlu melakukan pembaikan secara berterusan untuk mengelakkan keruntuhan benteng tersebut.

5. Penanaman Pokok Bakau -Pokok bakau mempunyai akar yang panjang dan melengkung yang menimbun dari tanah.

Struktur akarnya yang mencengkam lapisan tanah dapat menghalang ombak daripada terus ke pantai dan dapat mengurangkan hakisan pantai. -Cth. Aceh - Lebih dari 5,000 anak pokok bakau ditanam untuk memulihkan pantai yang musnah akibat tsunami tahun 2004. -Tidak semua kawasan pesisir boleh menyokong hutan bakau, terutamanya di kawasan pantai yang mempunyai ombak yang terlalu kuat. -Tambahan lagi, disebabkan sedimen yang banyak dimendapkan di sepanjang pantai selepas penanaman bakau, kedalaman pantai menjadi cetek dan ianya menjejaskan aktiviti pelabuhan -(Sebagai contoh, masalah bagi negara-negara seperti Singapura yang sangat bergantung pada perdagangan maritim.)

6. Meningkatkan Pertumbuhan Terumbu Karang -Terumbu karang dapat melemahkan tenaga gelombang (ombak). Terumbu sintetik boleh diwujudkan di sepanjang pantai dengan meletakkan bahan-bahan mesra alam dan tahan lama seperti keluli atau konkrit di dasar laut. -Terumbu buatan manusia ini meningkatkan peluang memancing dan berfungsi sebagai halangan bawah laut untuk mengurangkan kesan gelombang tenaga.

7. Penempatan Semula Kemudahan/Binaan (Property) -Ahli perancang pantai perlu melindungi struktur buatan manusia (misalnya bangunan) dengan memindahkan binaan ini daripada diancam oleh hakisan.

-Tidak ada bangunan struktur baru yang akan dibenarkan utk dibina di kawasan pesisir yang terdedah kepada hakisan pantai.

Cth. England - dasar "Green Line" yang tidak menggalakkan sebarang bangunan di luar garis tertentu. Apa-apa hartanah yang dibina di luar garis yang diberikan tidak akan dipertahankan atau dilindungi sekiranya mereka terancam oleh hakisan pantai

Related Documents

Komponen
June 2020 28
Topik
June 2020 21
Komponen
June 2020 30
Komponen
May 2020 25
Komponen
May 2020 28

More Documents from "bione technofarm"