Too

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Too as PDF for free.

More details

  • Words: 992
  • Pages: 6
10 PENGENALAN Istilah umum yang sering digunakan bagi mentakrif wacana ialah unit bahasa yang lengkap dan tertinggi. Dalam Tatabahasa Dewan

(2008:523) dinyatakan

wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibatmelahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topic. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada hierarki yang tertinggi selepas ayat. Eriyanto (2001:3) mendefinisikan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap, yang lebih besar daripada ayat, sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Wacana ialah rangkaian ayat yang setara, yang menghubungkan sesuatu preposisi dengan preposisi yang lain dan sesuatu ayat dengan ayat yang lain untuk membentuk kesatuan. Penertian dan maksud sesuatu ayat dapat diperoleh apabila ia dihubungkan dengan ayat yang lain dan tidak ditafsirkan satu ayat demi satu ayat sahaja. Kesatuan bahasa itu mungkin panjang dan pendek. Dalam bahasa Inggeris, perkataan wacana disebut discourse yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu discourse. Perkataan ini sering digunakan dalam kajian semantik dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau perbahasan. Dalam kajian semantik, wacana merupakan unit linguistik yang terdiri daripada beberapa ayat dalam analisis wacana, perkataan wacana merupakan singkatan kepada maklumat perbualan, iaituyang merujuk kepada komunikasi yang melibatkan pengetahuan tertentu.

20

CIRI WACANA Dalam Tatabahasa Dewan (2008:524) menyatakan sesuatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi ( atau tautan ) dan koheran ( atau runtutan ). Namun, terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu untuk menghasilkan wacana yang utuh. Antaranya termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana-wacana lain yang dapa membantu pendengar atau pembaca memahami perkara yang didengar atau yang dibaca. Penjelasan tentang ‘kohesi’ dalam Tatabahasa Dewan merujuk kepada ciriciri yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana tang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Bagi konsep koheran pula, Tatabahasa Dewan (2008:525) menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea yag terdapat dalam sesebuah wacana sehinggakan menjadikan teks itu bermakna. Selain itu, ciri-ciri wacana yang lain ialah: a) Perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitar Kaitan

antara

penutur

dengan

masyarakat

sekitarnya

akan

menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. b) Harus ada tujuan yang menentukan jenis ayat Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya c) Berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca. d) Tidak boleh memuatkan maklumat yang bertentangan. e) Perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.

f) Harus mempunyai andaian dan inferensi Maklumat pertama dalam wacana di gelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.

g) Harus ada maklumat baru Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

30 KEUTUHAN WACANA Keutuhan wacana merupakan satu aspek penting kerana akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya satu kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya kaitan-kaitan daripada aspek fonologi, semantik dan gramatis.

1. Hubungan dari segi aspek semantik:

➢ Hubungan dari segi semantik ialah jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan lain. a). hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas . Dia bodoh b). hubungan sebab dan hasil : Ali rajin bekerja. Dia kaya c). hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah d). hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan. e). hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sunggu enak didengar. Sebenarnya M. Nasir yang menciptanya f). hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi. g). hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih, jadi saya hendak tidur. h). hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung.

2. Hubungan dari aspek fonologi: ➢ Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Selain itu,intonasi memainkan peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:



Malaysia negara yang aman

a). Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata) b). Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

3. Hubungan dari segi leksikal ➢ Hubungan dari segi leksikal ialah berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan a). antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara b). sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti c). Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. d). Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

4. Hubungan dari segi tatabahasa. ➢ Hubungan dari segi tatabahasa ialah wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. Ia juga dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti: a). kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan perenggan yang lain. i). Berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain. ii). Berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan dan lain-lain iii). Berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-lain b). Kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau manusia i). Kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dll c). Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberika Contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.

Related Documents

Too
June 2020 18
Too
June 2020 34
Too Little Too Late
November 2019 20
Too Sweet
April 2020 7
To Too
November 2019 21