azharun@OUM/HBEF2303
Bincangkan dengan jelas, bagaimana Internet boleh mempengaruhi cara seseorang pendidik mengajar. Berikan TIGA (3) contoh yang bersesuaian di dalam perbincangan anda.
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland(1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Internet juga memainkan peranan yang penting untuk seseorang tenaga pengajar mengaplikasikannya di dalam pembelajaran. Terdapat beberapa cara bagaimana Internet boleh mempengaruhi cara pendidik itu mengajar. 1.Penyampaian Maklumat Maklumat dapat di sampaikan dengan berkesan menggunakan internet. .Terdapat beberapa kaedah yang di gunakan dalam proses penyampaian maklumat. 1.1 Projek Guru boleh menjalankan projek berasaskan internet. Kaedah ini dapat merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang dipelajari. Pengintegrasian mestilah ditadbir dengan baik semasa menjalankan projek. Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas sesuatu pelajaran . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan setelah selesai menjalankan projek. Contohnya, murid dikehendaki membuat buku skrap berkenaan tokoh Negara.
ms.shvoong.com/humanities/1672036-tokoh-negara/ - Rujuk lampiran 1
azharun@OUM/HBEF2303
1.2 Rancangan Pengajaran Dengan adanya internet, guru dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam menyediakan Rancangan Pengajaran. Ini kerana, terdapat banyak rancangan pengajaran di dalam internet. Para guru dapat berkongsi dengan semua guru di seluruh dunia. Dengan cara ini, ia dapat membantu guru menyediakan rancangan pelajaran yang lebih menarik dan berkesan.Kepelbagaian teknik dan aras kemahiran mampu menjadikan pengajaran guru lebih menarik. Asas ini boleh didapati dalam rancangan pengajaran yang terdapat di dalam internet. Guru hanya menyediakan bahan bantu mengajar berdasarkan rancangan pengajaran yang terdapat di internet. Keadaan ini sedikit sebanyak meningkat kemahiran guru dan mampu mempengaruhi cara guru mengajar. www.sabah.edu.my/.../Contoh%20Rancangan%20Mengajar.pdf ( rujuk lampiran ) 1.3 Maklumat yang Menarik dan Terkini Internet merupakan gedung ilmu. Setiap hari maklumat bertambah dan berubah. Para guru mudah mendapatkan maklumat, cepat dan murah.Selain penyediaan rancangan mengajar yang boleh didapati dari internet, penyediaan bahan bantu mengajar juga boleh didapati dari internet. Ini kerana, internet bukan sahaja menyediakan maklumat tetapi juga membekalkan grafik, gambar dan animasi yang menarik. Kerja guru juga akan menjadi lebih mudah dan cepat. Murid-murid akan didedahkan dengan maklumat yang terkini. Ini akan menjadikan pelajar lebih berpengetahuan dan celik IT.
Contoh banjir kilat
ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_Kilat_di_Kuala_Lumpur_2007
2
azharun@OUM/HBEF2303
1.4 Perkongsian Bahan Maklumat Dengan internet, guru boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea atau masalah khususnya melalui diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di internet yang boleh disertai dengan percuma oleh guru seluruh dunia.Melalui internet, guru-guru boleh berbincang secara langsung dengan rakan-rakan guru mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran di sekolah walaupun di luar waktu sekolah. Mereka boleh berdiskusi dimana sahaja menjadikan maklumat yang di terima cepat dan tepat. Selain itu, guru-guru juga boleh berdiskusi dengan guru-guru seluruh dunia mengenai pengajaran dan pembelajaran. Lain negara lain pendekatan yang digunakan.Namum, para guru boleh menjadikannya sebagai rujukan dan panduan untuk pengajaran mereka walaupun kawan-kawan guru mereka berada beribu-ribu kilometer. Sebagai contoh, guru-guru boleh menggunakan: •
Facebook
•
Email
•
Yahoo Messager
Gambar menunjukkan pelajar mencari dan berkongsi maklumat
3
azharun@OUM/HBEF2303
Rujukan: •
http://e-pendidikan.net/guruinternet.html
•
http://chevykediri.wordpress.com/2007/12/11/kemampuan-mengajar-guru/
•
http://www.pdfcoke.com/doc/5032641/pengajaran-guru-berkesan-penggunaanteknologi-komputer-atau-bergantung-kepada-kreativiti-guru
•
http://www.toodoc.com/Bagaimana-internet-boleh-mempengaruhi-caraseseorang-pendidik-mengajar-pdf.html
•
http://www.pdfcoke.com/doc/16660458/Kelebihan-dan-kelemahan-penggunaansumber-dan-perkhidmatan-internet-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
•
http://www.docstoc.com/docs/1077433/Aplikasi-Komputer-Dalam-PengajaranBahasa-Penguasaan-Guru-Dan-Kekangan-Dalam-Pelaksanaan
•
http://static.toodoc.com/download.php? s=YTo0OntzOjM6InVybCI7czo2MToiaHR0cDovL3d3dy5jdGwudXRtLm15L3 B1YmxpY2F0aW9ucy9tYW51YWxzL21tL01JRWR1Y2F0aW9uLnBkZiI7czo0 OiJzaXplIjtzOjU6Ijg1ODAyIjtzOjQ6ImRhdGUiO3M6MTA6IjIwMDUvMDYv MjgiO3M6NToidGl0bGUiO3M6NDA6IkFzYXMgTXVsdGltZWRpYSBkYW4g QXBsaWthc2lueWEgZGFsYW0gUGUiO30%3D
•
http://74.125.153.132/search? q=cache:X1wUEd687NoJ:https://creatorexport.zoho.com/DownloadFile.do %3Ffilepath%3D/1231602161337_MultimediaDlmPMuzik.doc%26sharedBy %3Damranaris67%26appLinkName%3Dcopy-of-upload-bahan-anda %26viewLinkName %3DUPLOAD_BAHAN_ANDA_View+bagaimana+internet+membantu+menga jar&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my
•
http://ilyasak.blogspot.com/2008/11/teori-dan-strategi-pengajaran.html
•
http://www.pdfcoke.com/doc/14012077/Pengaplikasian-Teori-Pembelajaran-KeAtas-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Berbantukan-Komputer-PPBK
4
azharun@OUM/HBEF2303
5