Tips Penjagaan Pc

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tips Penjagaan Pc as PDF for free.

More details

  • Words: 1,721
  • Pages: 10
Tips Penjagaan PC Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penyelenggaraan ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius. Panduan penjagaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan cadangan sahaja, boleh ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer peribadi. Penjagaan perkakasan komputer •

• •

Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer) untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna. Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik. Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat. Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.

Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara penjagaan yang meliputi perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa, CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang diberikan mungkin bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda untuk mencari cara yang lebih sempurna.

Peralatan Peralatan yang di perlukan untuk penjagaan perkakasan seperti berikut: • •

Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi. Lampu suluh kecil dan mesin vakum.

Penjagaan Monitor Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.

Monitor



• • • •



Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor. Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD. Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil. Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana. Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal. Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.

Penjagaan kotak komputer dan kandungan Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer.









Guna vakurn untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak komputer di bahagian-bahagian seperti dalam rajah di atas. Guna berus kecil untuk sampai di tempat-tempat terlindung atau sempit. Susun kabel-kabel reben dalam kotak komputer agar laluan udara tidak dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa. Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah. Antara kotak komputer dan dinding, harus ada sedikit ruang lebih kurang 20 cm untuk laluan udara.

Penjagaan unit Bekalan Kuasa Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu dua perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin akan berlaku. •





Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan dilaluan udara B. Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas. Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang arah udara masuk di bahagian B. Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas unit bekalan kuasa tidak dihalang.

Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabii seperti berikut:

• • •

Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding. Bekalan elektrik terlalu rendah (sag) menyebabkan komputer sering restart. Talian bekalan elektrik bising. Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply) boleh menapis kebisingan dan menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Penjagaan CPU Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya akan berjalan dengan lancar.



• •

Buka empat skru dan keluarkan kipas dari atas CPU. Sink haba dibiarkan ditempatnya. Sekiranya hendak dibuka, dapatkan bantuan playar muncung tirus atau pemandu skru kerana klip mencengkam badan soket dengan kuatnya. CPU tidak perlu dikeluarkan dalam proses ini. Vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.

Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah pasti penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak. Satu lagi perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap ketika berpusing tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang betul dan penyusunan fail yang kerap.

APapan kekunci • • •

Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembap. Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil. Guna cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.

B - Tetikus •

• •

Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan , keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD. Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus. Cuci pad tetikus dengan kain lembap.

Penjagaan Pembesar Suara dan Mikrofon



Semua perkakasan boleh dicuci sama ada dengan tisu atau kain lembap. Cecair pencuci CD dengan kapas boleh digunakan mengikut keadaan terutama kesan kotor pada perkakasan. •

Semasa memasuk dan mengeluarkan kabel kuasa atau kabel signal data, pegang di bahagian A dan bukan B bagi mengelakkan kerosakan kabel. Rajah menunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan

Penjagaan Pencetak



• •

B ada n

pencetak boleh dilap dengan kain atau tisu lembap. Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus kecil. Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink atau kerana terlalu kering.

Cara-cara mengisi ink refill. berbeza mengikut pengeluar masing-masing dan salah satu cara seperti di bawah. •

• •

Guna pin penebuk untuk membuat lubang kecil di tepi kotak ink dan isikan sehingga separuh. Biasanya satu botol ink refill boleh diisi sebanyak dua kali ke dalam kartrij. Penutup botol refill harus sentiasa ditutup untuk elak dari kecederaan kepada pengguna. Ambil pita yang dibekalkan untuk menutup lubang agar ink nanti tidak mengalir keluar atau tertumpah. Kartrij ink boleh digunakan sebanyak lima kali atau lebih.

Penjagaan Perisian - Win95 •

Buat satu disket sistem dan salinkan fail-fail penting ke disket. Labelkan disket sebagai disket No.1. Tujuan fail-fail disalin untuk membuat partition dan format cakera keras.



Salin config.sys dan autoexec.bat dari direktori pangkal (root directory) ke satu disket kosong dan labelkan disket sebagai disket No.2. Salin semua fail *.ini dalam direktori Windows ke disket yang sama. Bila berlaku kecemasan seperti sistem kaput atau rosak, salin semula fail-fail ke direktori yang disalin terdahulu

menindih fail-fail lama. Cara ini kadangkala dapat membaiki kerosakan tanpa membuat perkara-perkara yang lebih drastik. Tanda * dalam *.ini bererti ia mewakili nama-nama fail dalam kumpulan 'ini'. •

Setelah kesan fail-fail '*.tmp' (biasanya dalam direktori Temp) dan 'flleOOO?.chk' (biasanya dalam direktori pangkal), padamkan fail-fail berkenaan. Caranya seperti dilakukan di bawah. Membuang fail-fail tersebut dapat menambah ruang cakera keras.

• •

C:\>find *.tmp/s <Enter> C:\>?\?\del -*.tmp <Enter> (? direktori di mana fail berada)



Jalankan program anti-virus, chkdsk dan scandisk setiap minggu atau bila disyaki sistem tercemar. Buat defrag pada cakera keras setiap minggu atau sebulan sekali. Tujuan dilakukan semua perkara ini bagi sistem tersusun kemas dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian program atau fail.

Driver Perkakasan •

Simpan semua disket atau CD-ROM serta manual yang dibekalkan kerana sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula dengan mudah, Salin semua driver ke satu direktori dalam cakera keras satu tindakan yang bijak, memandangkan hayat disket terlalu singkat dan mudah rosak. Driver yang dibekalkan dalam CD-ROM amat dialu-alukan kerana ia senang disimpan dan boleh tahan bertahun-tahun lamanya.

Win95 - Backup Registry dan konfigurasi. •

Buat satu disket kecemasan (Emergency Recovery Disk) menggunakan CDROM Win95. Sebelum itu disket diformat dengan sistem agar boleh digunakan terus bila komputer hendak dibaiki.



Sediakan CD-ROM sistem operasi Win95 di pemacu D;



Klik Start, Run (taipkan D untuk pemacu CD-ROM D: klik Browse, Other, Misc, ERU, ERU, klik Open dan akhir sekali klik OK.

Ikut arahan sehingga selesai dan simpan disket di tempat yang selarnat untuk digunakan nanti jika perlu. Fail-fail yang disimpan dalam disket ERD kebanyakanya dalam bentuk mampat seperti ERD, config.s_s, autoexec.b-t, win.ij, system.H, protocol-U, user.d-t, system.d-t, io.s_s, command.c_m dan msdos.s-s. Sekiranya komputer mula meragam, masukkan disket di pemacu A, hidupkan komputer, semua fail-fail dalam sistem seperti di atas akan digantikan dan komputer akan berfungsi semula. Kalau

komputer masih tidak boleh dibaiki dengan cara ini, siasat program terakhir atau pemacu perkakasan yang bermasalah. Buangkan dan pasang semula dengan driver terkini. • • •

Buat satu salinan sandaran (backup) semua fail-fail konfigurasi penting dengan CD-ROM Win95. Sediakan CD-ROM sistem operasi Win95 di pemacu D; Klik Start, Run (taipkan D untulk pemacu CD-ROM D:), klik Browse, Other, Misc, Cfgback, Cfgback, klik Open dan akhir sekali klik OK.

Ikut arahan dan masukkan nama backup untuk rujukan bila tiba masanya nanti. Sandaran yang dibuat disimpan dalam cakera keras. Sekiranya ingin restore Windows yang bermasalah, masukkan CD-ROM Win95 dan taip seperti baris di atas semasa membuat salinan sandaran, pastikan fail backup terakhir atau yang boleh dipercayai digunakan. Tanda fail sandaran berkenaan dan tekan kekunci Enter, tunggu sehingga selesai dan sistem akan beroperasi semula. Win98 - Backup Registry •

Win98 ada kemudahan tersendiri dalam membuat backup registry. Setiap kali komputer dimulakan, akan tersimpan satu salinan backup untuk digunakan bila keadaan memaksa. Secara manual boleh juga dilakukan iaitu dengan menjalankan program sistem informasi seperti di bawah.



Klik Start, Programs, Accessories, System Tools dan System Information.



Tetingkap A seperti di sebelah akan terpapar, klik Tools serta Registry checker. Bila Skrin B muncul, klik Yes (C) dan kemudian OK (D). Satu salinan backup akan tersimpan untuk digunakan pada saatsaat diperlukan nanti. •

Untuk membetulkan sistem yang meragam setelah tersilap membuat pemasangan perisian atau pemacu perkakasan, satu

perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menjalankan program 'restore' dari simpanan (backup) registry. •

Mulakan komputer sambil menekan kekunci Ctrl sehingga muncul paparan 'Microsoft Windows 98 Startup Menu' dan pilih safe mode command prompt only. Kadang-kadang sistem yang bermasalah akan terus ke suasana safe mode.



Di skrin akan dipaparkan prom DOS dan seterusnya taip seperti berikut:



C:\Windows>scanreg/restore <Enter>

Lima senarai registry yang terakhir dipaparkan dengan tarikh-tarikh bila ia dibuat. Seharusnya pilih satu backup semasa sistem bekerja dengan baik dan tidak bermasalah. Pilih tab restore dan kalau semua berjalan dengan baik, sistem operasi akan dapat dijalankan semula dengan sempurna.

Paparan di atas akan muncul bila registry cuba dibetulkan dengan fail scanreg yang tersimpan dalam Win98.

Related Documents

Tips Penjagaan Pc
May 2020 8
Tips Pc Sehat Bagian1
April 2020 16
Tips Merakit Pc 2007
May 2020 11
Penjagaan Gergaji
October 2019 13