This Is Google

  • Uploaded by: sathia tharishiny
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View This Is Google as PDF for free.

More details

  • Words: 3,487
  • Pages: 14
This is Google's cache of http://www.mohdruzi.com/bahan_bestari.htm. It is a snapshot of the page as it appeared on 6 Nov 2008 11:59:36 GMT. The current page could have changed in the meantime. Learn more Text-only version These search terms are highlighted: cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja

1.

Pelajar berada dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta melayari laman web yang ditetapkan dan mencari isi yang berkaitan dengan kepentingan semangat patriotisme. Kumpulan 1 http://www.patriotisme.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=13 Kumpulan 2 http://sahabatmantap.wordpress.com/2007/08/22/di-manakah-semangatpatriotisme/ Kumpulan 3 http://sananajohor.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/esei.pdf Kumpulan 4 http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_browse .asp?cat_browse=1&cat_id=18 Setiap kumpulan juga diminta melayari url di bawah: http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasankhidmatnegara.pdf Bahan lain:

i. http://www.geocities.com/ikaz2/pdtulkr2.html

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan puncapunca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. ii. http://www.fppsm.utm.my/news.php?cod=64

iii. AMANAT DEKAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 48 Submitted by dekan

Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-48, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua staf FPPSM dan UTM keseluruhannya. Harapan saya semangat menyambut kemerdekaan tidak berlaku secara bermusim. Begitu juga ungkapan patriotisme janganlah hanya muncul apabila

musim menyambut bulan kemerdekaan atau apabila negara berdepan sesuatu isu besar dengan negara luar atau kuasa-kuasa besar yang dikatakan hendak ‘menjajah’ semula. Hakikatnya, semangat patriotisme perlu sebagai mengisi agenda kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan tanah air. Semangat patriotisme yang tinggi akan membentengi dan menangani pengaruh kuasa-kuasa besar yang telah mengikis nilai kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan negara. Seharusnya semangat patriotisme terus menyelubungi jiwa seseorang rakyat, sentiasa disemai, dibaja dan disuburkan agar terus merimbun dan mengakar di jiwa kita. Hal ini perlu diusahakan menerusi pelbagai program pendidikan, ceramah motivasi dan disaluti dalam segala pembentukan dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan dengan itu, untuk menggalakkan dan menyuburkan semangat patriotisme, kekuatan dalaman sesebuah negara perlu diwujudkan terlebih dahulu. Di sinilah terletaknya kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Ia melibatkan suatu proses yang mencorak dan membentuk sikap, pemikiran dan nilai di kalangan penduduk terhadap negara bangsanya. Unsur ini lazimnya dimanifestasikan melalui ketaatan, komitmen, rasa tanggungjawab dan sentiasa bersedia meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan yang lain. Tegasnya, ia berusaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Banyak perumpamaan yang menyentuh tentang nilai-nilai kenegaraan seperti “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat” dan “bersatu teguh, bercerai roboh”. Sambutan Hari Kebangsaan, hari ulang tahun kemerdekaan adalah merupakan suatu kesempatan untuk kita menggilap semangat patriotik, hubbul watan atau semangat cintakan negara. Malah bagi sesetengah pemikir Islam termasuklah Prof. Ismail Faruqi dan Muhammad Iqbal menyatakan semangat patriotisme adalah suatu yang positif dan digalakkan oleh Islam. Suatu pernyataan penting yang menjadi asas kepada kehidupan bagi masyarakat Islam ialah mereka tidak boleh diasingkan daripada berpaksi kepada tauhid. Kemerdekaan juga bermaksud kita membebaskan kita diri daripada penyembahan kepada makhluk. Termasuk juga ke dalamnya perjuangan manusia muslim untuk membina kehidupan dan budaya dalam hidup sesuai dengan jati dirinya sebagai khalifah Allah dan hambaNya di muka bumi. Dengan itu mereka sepatutnya membuktikan diri mereka sebagai “umat yang terbaik yang dilahirkan untuk faedah umat manusia”. Dalam konteks ini, mereka adalah warganegara dan tunggak utama serta berjiwa patriotisme yang membina negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Patriotisme juga merupakan suatu kebajikan yang benar-benar fitri (fitrah manusia) dan mempunyai tempat di dalam kehidupan moral manusia. Malah Islam menyediakan aturan-aturan untuk perlaksanaan objektif patriotisme tersebut. Berbakti kepada bangsa dan berkhidmat kepada negara merupakan suatu kewajipan menurut undang-undang Islam. Pengabaian atau pengkhianatan terhadap tanggungjawab tersebut dianggap sebagai kesalahan yang membawa hukuman duniawi dan ukhrawi. Sesungguhnya pendekatan Islam mengatasi patriotisme Barat yang tidak mempunyai nilai rohaniah. Islam menggandakan motivasi perlaksanaan tugas patriotik dengan menambah ganjaran dan hukuman ukhrawi kepada ganjaran dan balasan duniawi. Namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, hari yang cukup bersejarah ini tidak mempunyai erti apa-apa selain daripada untuk beristirehat dan berhibur semata-

mata. Biasanya keghairahan menyambut hari kebangsaan adalah dengan rakyat berkumpul dan berhimpun di mana-mana padang untuk menunggu detik jam 12.00 tengah malam. Persoalan yang ditimbulkan untuk difikirkan bersama ialah sejauhmana sambutan Hari Kebangsaan menggamit dan mencuit hati nurani rakyat untuk sama-sama menghayati, sedar dan insaf bagaimana jerit dan perih para pemimpin terdahulu dari segenap peringkat, yang berusaha memperjuangkan dan memperolehi kemerdekaan tanahair. Pengorbanan mereka bukan sedikit. Mereka berkorban masa, tenaga, fikiran, harta benda dan kesanggupan menghadapi penderitaan dan penyiksaan. Malah nyawa juga menjadi pertaruhan semata-mata untuk membuktikan kesetiaan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Justeru itu, rakyat Malaysia perlu diajak untuk memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya iaitu kebebasan untuk menentukan jati diri daripada segi politik, perekonomian, ketenteraan, pendidikan, kebudayaan dan apa sahaja bidang yang menyempurnakan kehidupan ini. Semangat menyambut bulan kemerdekaan perlu disemarakkan menerusi peringatan kepada generasi muda bahawa kedatangan penjajah di negara ini sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957, tidak disambut dengan ‘permaidani merah’, tetapi sebaliknya dengan semangat perjuangan yang berkobar-kobar berasaskan “keringat, darah dan air mata” di kalangan seluruh rakyat. Di sinilah terletaknya semangat patriotisme yang tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat ketika itu. Semangat patriotisme dimanifestasikan dengan kesepakatan rakyat untuk terus mempertahankan tanahair, seperti pantun berikut: Kalau roboh Kota Melaka Papan di Jawa kita sediakan Kalau bagai sudah dikata Nyawa dan badan kami serahkan. Saya

ingin

mengakhiri

ucapan

ringkas

ini

dengan

memetik

kata-kata

Dr.

Burhanuddin Al-Helmi, iaitu “di atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa merdeka”. Sesungguhnya, kita semua mesti menginsafi bahawa kita sedang menikmati juadah kemerdekaan dan menghirup udara

http://forum.engkabang.net/index.php?action=printpage;topic=3382.0

Title: Pengajaran karangan yang bertemakan semangat patriotik! Post by: Ng Ai Fen on May 11, 2008, 04:03:14 AM iv. PENGENALAN KEMERDEKAAN -rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-51. -hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia. -pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan. -berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan. Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan

Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan. -Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan -tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan juga British. -semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka Semangat Patriotisme -perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. -sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. -mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri. -anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain. -rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap. -Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini. -Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-lamanya.

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK/PATRIOTISME 1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak watan -jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal -pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional dengan lebih cepat dan berkesan. -memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza -sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan. -setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing -setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang -keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama -konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan. 2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme -Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM -bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta merupakan satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme -mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum -pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini -menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain dalam pelbagai elemen. -fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja -Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain -program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat -mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara

3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik -Hari perpaduan disambut pada 16 september -berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di bawah satu bendera -memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita -rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman dan harmoni -melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara. -mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk negara. -Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada. -sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah, dialog, pameran, pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan kaum. 4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan malahan diberi keutamaan -ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama Islam, hak jiran dan sebagainya. -semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat. -selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. -pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing -pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. 5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara.

-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di negara ini. -para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di Malaysia. -Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara. -menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan negara. -sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan semangat patriotisme negara. -kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme. 6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme. -mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh” -majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersamasama -menikmati juadah bersama-sama -hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang bersama-sama… -oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat handai bertemu… -berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia. Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke seluruh negara. -intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat 7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk. -Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang sama. -sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik -kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988. -kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara. -langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar. -para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah. -sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. -Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah -Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi -Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar -Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu. -melahirkan rakyat yang berperwatakan positif. Kesimpulan -semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi -pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun negara -industri pelancongan dapat dikembangkan -negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai -negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.

v.

http://209.85.175.104/search?q=cache:LpeuKCZPtVgJ:www.moe.gov.my/index4.php%3 Ffail%3Dmoe_pipp_04.pdf%26kategori%

3Dbuku_pipp+esei+semangat+patriotisme&hl=en&ct=clnk&cd=7&gl=my&client=fir efox-a (Membina Negara Bangsa) vi. http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_browse.asp?cat_br owse=1&cat_id=18 (Pejuang Kemerdekaan) vii. http://www.tutor.com.my/lada/tourism/patriot.htm

viii. Bagaimana Unsur Patriotisme Dapat Dipupuk 1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia. 2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat: a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara. b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara. c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis. d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara. 3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah,'' Pusat Perkembangan Kurikulum 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program itu. 4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme. 5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk: a. kerja projek

b. permainan c. simulasi d. lakonan e. drama f. perbincangan g. lawatan

viv. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0829&pub=Utus an_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Menilai patriotisme rakyat Malaysia mutakhir Oleh RUHANIE AHMAD Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa. Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang. Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara. Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi kemasyhuran bangsa Malaysia memenangi Hadiah Nobel, kejayaan menerokai angkasa lepas, memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang sains, teknologi dan perubatan, serta menjadi pemain global dalam semua bidang. Berikut adalah antara beberapa definisi patriotisme mengikut beberapa kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris: ``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.'' Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara. ``Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa. ``Cinta dan setia kepada negara.'' ``Dedikasi yang tinggi kepada negara.'' ``Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya.''

Beberapa cendekiawan Malaysia dari pelbagai latar belakang pula pernah memberikan definisi patriotisme seperti berikut: ``Kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya.'' ``Kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.'' ``Ikatan spiritual antara individu dan negaranya.'' ``Sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.'' Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama, bangsa dan negaranya. Patriotisme penting kepada Malaysia. Ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional. Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalisme, perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan masa depannya terus cerah. Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara. Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh aspek perjuangan individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Ia perlu mementingkan prinsip-prinsip perjuangan dan pengorbanan, kewajipan dan tanggungjawab, komitmen dan dedikasi, kesungguhan dan kesukarelaan, keberanian dan keperkasaan. Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar mencakupi aspek kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan, kesetiakawanan dan kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian, disiplin dan undang-undang.

Di samping itu, patriotisme Malaysia juga perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan. Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin menghasilkan jingoisme, cauvinisme dan ekstremisme. Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh. Ini kerana senario dunia mutakhir memerlukan barisan bangsa Malaysia yang lebih patriotik, bersatu padu, berdedikasi, berakhlak mulia, cekap dan berilmu serta berkemahiran di semua bidang kehidupan. Maksudnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di medan perang. Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa. Ini kerana musuh bangsa Malaysia di hari muka bukan hanya aggression ketenteraan seperti peperangan antiterorisme global. Musuh mereka akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Mungkin dalam bentuk peperangan ekonomi dan manipulasi pasaran yang menggunakan senjata seperti derivatif, pelaburan berisiko tinggi, spekulasi mata wang, blok perdagangan, tindakan undang-undang mengenai hak cipta dan cap dagangan, bentuk cukai dan tarif yang canggih, sistem penentuan harga dan tarif, manipulasi ke atas faedah pinjaman dan sebagainya. Musuh bangsa Malaysia di hari muka juga mungkin dalam bentuk subversion, infiltration dan juga pengaruh ideologi americanisme dan universalisme. Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan, di peringkat yang

paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang setinggitingginya. Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan. Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020. Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan segera oleh semua pihak supaya seluruh resipi, strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras dengan kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT, perkembangan bioteknologi serta kebangkitan neoimperialisme. Hanya sesudah itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya! - Dipetik daripada buku Patriotisme Malaysia Penangkis Neoimperialisme karya Ruhanie Ahmad, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn

x. Klik pada perkataan Brosur

Related Documents

This Is Google
May 2020 10
This Is Hindu Is Am
May 2020 26
Is-google-enough.pdf
December 2019 2
This Is Vietnam
November 2019 22

More Documents from "abuali-almaghribi"

Def In Is Ion
May 2020 14
Pol Ya
May 2020 8
This Is Google
May 2020 10