BEGITULAH SEDIKIT SEBANYAK PAPARAN YANG KAMI BERIKAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AKAN REALITI SUASANA TUGAS DI BAHAGIAN PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA HARI INI. ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. SAYA NOOR AZREY, WAKIL DARI KUMPULAN MERPATI MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENERANGKAN SECARA RINGKAS KEPADA PARA HADIRIN AKAN PROJEK YANG INGIN KAMI PERSEMBAHKAN. TIDAK DAPAT KITA SANGKAL LAGI BAHAWA CABARAN DI PERKHIDMATAN AWAM MASA KINI MEMANG SEMAKIN BESAR DAN SEMAKIN KOMPLEKS. DENGAN JUMLAH BILANGAN PEGAWAI AWAM LANTIKAN SPA YANG KIAN BERTAMBAH DEMI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NEGARA YANG SEMAKIN DINAMIK, KAMI DI BAHAGIAN PERKHIDMATAN SPA SENTIASA MEMASTIKAN AGAR URUSAN PENGESAHAN PELANTIKAN, PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN, PEMBERIAN TARAF BERPENCEN DAN LAIN-LAIN URUSAN BERKAITAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PEGAWAI TERSEBUT DILAKSANAKAN DENGAN CEKAP DAN BERKESAN. OLEH DEMIKIAN DALAM MEMASTIKAN PROSES PENYAMPAIAN URUSAN PERKHIDMATAN SPA SENTIASA MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH YANG SELARI DENGAN KEMAJUAN ALIRAN TEKNOLOGI MASAKINI, MAKA KUMPULAN KAMI DENGAN SEMANGAT KERJASAMA DAN MUAFAKAT TELAH BERJAYA MENGHASILKAN SISTEM SEMAKAN ‘ONLINE’ URUSAN TERKINI PERKHIDMATAN YANG MEMBOLEHKAN SESORANG PEGAWAI ITU MENGETAHUI STATUS URUSAN BERKAITAN PERKHIDMATAN MEREKA DENGAN MUDAH, CEPAT DAN TEPAT, SELARI DENGAN MOTTO SPA. SEMOGA SISTEM INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA. SALAM IKHLAS DARI KAMI. SIAPAKAH KAMI?