TATATERTIB DI MEJA MAKAN 1. (A) JIKA ADA ACARA MINUM SEBELUM MAKAN (‘PRE-DINER DRINK’), PILIH ‘PRE-DINER’ YANG DIBERIKAN OLEH PELAYAN. JANGAN MINTA MINUMAN KEGEMARAN ANDA ATAU LAINLAIN MINUMAN YANG TIDAK DIHIDANGKAN.
1. (B) LETAKKAN KEMBALI GELAS MINUMAN DI ATAS DULANG YANG DIBAWA OLEH PELAYAN/DI ATAS MEJA KECIL YANG DISEDIAKAN. ELAK DARI MELETAKKANNYA DI MERATA-RATA TEMPAT.
2. MULA DUDUK APABILA DIBERITAHU UNTUK DUDUK DI TEMPAT YANG DITETAPKAN. 3. JIKA MEMBAWA ISTERI, BANTU ISTERI KITA DUDUK DI SEBELAH KIRI KERUSI KITA DENGAN MENARIKKAN KERUSI UNTUK MEMBOLEHKANNYA DUDUK/ MENINGGALKAN KERUSI.
4.
SEBAIK SAHAJA MEMBETULKAN KEDUDUKAN, AMBIL NAPKIN DAN LETAKKAN DI ATAS PEHA ANDA.
5. JANGAN MELETAKKAN SIKU DI ATAS MEJA MAKAN. 6. MENGALIH, MEMBELEK ATAU MENUKAR SUSUNAN ALAT DI ATAS MEJA ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
8. BERBUALLAH DENGAN TETAMU DI KIRI DAN KANAN ANDA. SEKIRANYA MEJA ITU BESAR, BERBUAL DENGAN TETAMU YANG DUDUK BERSETENTANGAN DENGAN ANDA ADALAH TIDAK DIGALAKKAN. 9. KAWAL SUARA ANDA UPAYA TIDAK MENGGANGGU TETAMU LAIN
10. BERIKAN PERHATIAN KEPADA TETAMU YANG BERCAKAP DENGAN ANDA DAN JANGAN DUDUK BERDIAM DIRI SAHAJA. BERIKAN RESPON DENGAN SENYUMAN SUDAH MEMADAI. 11. JANGAN CUBA BERBUAL DENGAN TETAMU YANG DUDUK DI MEJA LAIN DAN SEKIRANYA BETULBETUL PERLU SEKADAR BERTANYAKAN KHABAR ADALAH MEMADAI.
SEMASA MAKAN 1. SEMUA MAKANAN AKAN DIHIDANGKAN DARI SEBELAH KIRI ANDA DAN MENGAMBIL SEMULA PINGGAN OLEH PELAYAN AKAN DIBUAT DARI SEBELAH KANAN. BERIKAN LALUAN KEPADA PELAYAN SEMASA MAKANAN DIHIDANGKAN.
2. SEMUA MINUMAN AKAN DIHIDANGKAN DARI SEBELAH KANAN. 3. SEMUA SUDU DAN PISAU BERADA DI SEBELAH KANAN DAN GARPU DI SEBELAH KIRI, KECUALI PISAU KECIL UNTUK BUTTER AKAN DILETAKKAN DI ATAS ‘SIDE-PLATE’ BAGI MAKANAN CARA BARAT.
4. SEMUA GELAS MINUMAN ANDA DI SEBELAH KANAN DI ATAS MEJA. JIKA SESEORANG TETAMU TIDAK MAHU SESUATU URUSAN MISALNYA ‘SHERRY’ MEMADAILAH DENGAN MENYEBUT “TIDAK MAHU” DAN PADA WAKTU YANG SAMA MELETAKKAN TANGAN KE ATAS GELAS BERKENAAN.
5. JIKA MENU BARAT, PERATURAN MENGGUNAKAN UTENSIL YANG DISEDIAKAN IALAH DARI LUAR KE ARAH DALAM SUSUNAN YANG SEDIA ADA DI MEJA.
6. BILA MAKAN SUP, GUNAKAN SUDU YANG DI SEBELAH KANAN YANG BERBENTUK BULAT. CARA MENYEDUK SUP ITU IALAH DENGAN MENGHALAKAN KEARAH LUAR DARI BADAN ANDA. SEKIRANYA PERLU, BOLEH MENAMBAH GARAM ATAU LADA HITAM KE DALAM SUP ANDA. BAGI TETAMU WANITA, JIKA GARAM DAN PAPER DIPERLUKAN DAN IANYA DI LUAR JANGKAUAN ANDA, MINTALAH DARI PASANGAN ANDA.
7. MAKAN ROTI/BUN/TOAST DENGAN MENCUBIT/ MEMATAHKANNYA MENJADI KECIL DAN SAPUKAN MENTEGA DAN SUAP DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN KIRI.
8. SESUDAH MAKAN SUP, LETAKKAN SUDU SUP DI DALAM BOUILLON (MANGKOK SUP BERTELINGA/ PEMEGANG KIRI DAN KANAN) SUDU HENDAKLAH DILETAKKAN DI ATAS PIRING/SAUCER).
9. MAKAN DENGAN TERTIB DAN PERLAHAN-LAHAN. 10. SEBELUM MINUM KESATKAN MULUT TERLEBIH DAHULU DENGAN MENGGUNAKAN NAPKIN
11. JANGAN BERCAKAP DENGAN MULUT YANG PENUH MAKANAN. 12. SEMASA BERCAKAP, LETAKKAN PISAU DAN GARPU DAN SEBAGAINYA, MINUM SEDIKITSEDIKIT AIR DAN SAMBUNG PERBUALAN.
13. SETELAH SELESAI MAKAN, SUDU DAN GARPU HENDAKLAH DILETAKKAN BERSEBELAHAN ATAS PINGGAN DALAM KEADAAN TERLENTANG. JIKALAU GARPU DAN PISAU, GARPU DI SEBELAH KIRI, PISAU DI SEBELAH KANAN (BERSEBELAHAN) DAN DALAM KEADAAN MATA PISAU MENGHALA KE DALAM.
14. KOPI HANYA DIHIDANGKAN SELEPAS SEMUA TETAMU SELESAI MENGHADAPI HIDANGAN.
15. KOPI HENDAKLAH DIKACAU PERLAHAN-LAHAN. SEKIRANYA MEMERLUKAN CREAM/SUSU DAN GULA, TAMBAH CREAM DAHULU DAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN GULA.
16. JANGAN MEMBIARKAN SUDU DALAM CAWAN. SUDU HENDAKLAH DILETAKKAN DI ATAS PIRING CAWAN. 17. MEROKOK BILA TEMPAT HABUK ROKOK DISEDIAKAN DAN SETELAH MENDAPAT IZIN TETAMU KANAN DAN KIRI. SEDAPAT MUNGKIN, ELAKKAN DARI MEROKOK DI MEJA MAKAN.
18. APABILA MENINGGALKAN MAJLIS, NAPKIN HENDAKLAH DILIPAT DAN DILETAKKAN DI ATAS MEJA SEMULA. TOLAKKAN KERUSI BALIK SECARA PERLAHAN-LAHAN. 19. UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN RUMAH/PIHAK PENGANJUR.
PERATURAN LAIN YANG BERKAITAN
1. ELAKKAN DARI BERJENAKA SEMASA MAKAN TERUTAMA BERJENAKA YANG BERLEBIHAN ATAU YANG BERBENTUK LUCAH.
2.
JANGAN BERCERITA DENGAN TERLALU SERIOUS, BERSAHAJA ADALAH MEMADAI.
3.
JIKA HENDAK MENINGGALKAN MEJA MAKAN, HANYA DI ANTARA DUA HIDANGAN DAN PASTIKAN HIDANGAN DI HADAPAN ANDA TELAH DINIKMATI.
4. DAPATKAN KEIZINAN DARI SEMUA TETAMU (GET EXCUSE FROM THE TABLE) SEBELUM MENINGGALKAN MEJA. 5. KELUAR DARI MEJA DENGAN MENOLAK KERUSI KE BELAKANG DENGAN PERLAHAN DAN KELUAR DARI SEBELAH KANAN. TOLAK SEMULA KERUSI KE TEMPAT ASALNYA DAN LETAKKAN NAPKIN DI ATAS KERUSI.
6. ELAKKAN DARI MENCUNGKIL GIGI UNTUK MENGELUARKAN SESUATU. 7. ELAKKAN SEDAWA DAN BERSIN DI MEJA MAKAN. JIKA TIDAK DAPAT DIKAWAL, TUTUP MULUT ANDA DENGAN NAPKIN, TUNDUK KE SEBELAH KIRI DAN BERSIN.
8. BERCERITA TENTANG MAKANAN YANG DINIKMATI SELEPAS MAKAN ADALAH TIDAK SESUAI PADA TEMPATNYA. 9. PERBUATAN SUKA MENGAMBIL ‘SOURVENIR’ DARI MEJA HIDANGAN SEBAIK-BAIKNYA DIHINDARKAN.
10. UNTUK MENINGGALKAN MAJLIS, PERHATIKAN TETAMU VIP DAHULU. KITA HANYA BOLEH MENINGGALKAN MAJLIS SELEPAS TETAMU VIP MENINGGALKAN MAJLIS. 11. ELAK MENGESAT MULUT DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN SEMENTARA TANGAN LAIN MEMEGANG PISAU/GARPU.
12. ELAKKAN BERCERITA TENTANG MAKANAN YANG DIGEMARI/TIDAK DIGEMARI ATAU MAKANAN YANG BOLEH/TIDAK BOLEH DIMAKAN SEMASA DI MEJA JAMUAN. 13. JANGAN MENGGERAKKAN PISAU/GARPU/SUDU UNTUK MENYATAKAN SESUATU.
14. JANGAN MENGUTIP SEMULA PERALATAN YANG TERJATUH. MINTA YANG LAIN. 15. JANGAN TERSILAP AMBIL CONTOHNYA “SALAD” ATAUPUN MINUMAN ORANG LAIN. “SALAD” ADLAH TERLETAK DI SEBELAH KIRI DAN MINUMAN DI SEBELAH KANAN ANDA.
16. BAGI WANITA, LETAKKAN BEG TANGAN/PURSE ANDA DI ATAS PEHA/DI BAWAH KERUSI ANDA JIKA ADA MEMBAWA PENYANGKUT SANGKUTKAN DI TEPI MEJA. JANGAN LETAK SAMA SEKALI BEG TANGAN/PURSE DI ATAS ATAU DI BAWAH MEJA.
17. DALAM PERBUALAN SOSIAL, ELAKKAN TAJUK-TAJUK YANG TIDAK SESUAI IAITU PERKARAPERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERSOALAN PERIBADI HAL-HAL KEAGAMAAN, FAHAMAN POLITIK. WANITA PULA HENDAKLAH ELAK DARIPADA MENGGUNAKAN BAHASA YANG BOLEH DIERTIKAN SEBAGAI LUCAH. MENGUMPAT HENDAKLAH JUGA DIELAKKAN.
18. JANGAN MENYUAP MAKANAN KE MULUT DENGAN PISAU.
19. JANGAN MENGHIRUP MAKANAN/ ANDA (SLURPING).
PANDUAN PENTING BERKENAAN TATATERTIB DI MEJA MAKAN CARA BARAT ●KITA MULA MAKAN HANYA APABILA TETAMU LAIN MULAI MAKAN. WALAUPUN TIDAK MENJADI KESALAHAN KALAU ANDA TERUS MAKAN APABILA MAKANAN TELAH DIHIDANGKAN. HANYA DIPANDANG KURANG BERSOPAN.
●BUKA LIPATAN NAPKIN SEBELUM MELETAKAKAN DI ATAS PEHA ANDA. APABILA ANDA SELESAI MAKAN, LETAKKAN SEMULA DENGAN TIDAK PAYAH HENDAK MELIPATNYA SEPERTI AWAL TADI.
●TIDAK MANIS MENOLAK SESUATU HIDANGAN YANG DISAJIKAN KEPADA ANDA. AMBIL SEDIKIT SAHAJA DAN BIARKAN SAHAJA DI PINGGAN ANDA DENGAN TIDAK DIMAKAN.
●MENGHISAP ROKOK DI MEJA MAKAN DIANGGAP SUNGGUH BIADAP MELAINKAN JIKA SEMUA YANG ADA BERSAMA DI MEJA ITU BERSETUJU.
●JANGAN SUAP MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN PISAU.
●MAKANAN JENIS ROTI TIDAK DIPOTONG DENGAN PISAU. PECAHKAN KECIL-KECIL DENGAN TANGAN ANDA. TETAPI UNTUK MENYAPUKAN MENTEGA, ANDA MESTI GUNAKAN PISAU MENTEGA.
●HIDANGAN SALAD DIMAKAN DENGAN MENGGUNAKAN GARPU & SUDU SALAD, TETAPI ANDA BOLEH JUGA PAKAI GARPU SALAD SAHAJA.
●SUP MESTILAH DIMAKAN DENGAN SUDU SUP DAN JANGAN SEKALIKALI HIRUP TERUS DARI MANGKUK SUP KECIL ITU, LETAKKAN SUDU DI TEPI PINGGAN YANG MENGALAS MANGKUK SUP , DISANGKUTKAN DITELINGA MANGKOK SUP ATAU DI LETAKKAN SAHAJA DI DALAM MANGKOK.
●SEKIRANYA ANDA TERMAKAN SUSUATU YANG ANDA TAK BOLEH TELAN, DENGAN DIAM-DIAM KELUARKAN BENDA ITU DARI MULUT ANDA DENGAN MENGGUNAKAN GARPU DAN SOROKKAN DI BAWAH MAKANAN YANG ADA DI PINGGAN ANDA. BOLEH JUGA, ANDA GUNAKAN NAPKIN ANDA UNTUK MENGELUARKAN BENDA ITU DARI MULUT.
●JANGAN SEKALI-KALI MENCONGKIL GIGI DIHADAPAN KHALAYAK RAMAI. JIKA SESUATU TERSELIT DI CELAH GIGI, MINTA DIRI UNTUK KELUAR KE BILIK AIR, BAGI MENGELAUARKAN SESUATU YANG TIDAK MENYENANGKAN ITU.
●JIKA ANDA (DENGAN TIDAK SENGAJA ATAU KERANA KURANG FAHAM) MEMBUAT SEBARANG KESILAPAN ATAU MELAKUKAN APAAPA DI MEJA MAKAN, JANGAN SEGAN MINTA MAAF. DENGAN MEMINTA MAAF ANDA TIDAK DIPERSALAHKAN.
CARA MAKAN DAN MINUM YANG TERTIB KETIKA BERDIRI ●PEGANG PINGGAN DENGAN TANGAN KIRI DAN SUDU GARPU DENGAN TANGAN KANAN.
●KETIKA HENDAK BERSALAM, LETAKKAN SUDU DAN GARPU ANDA DI DALAM PINGGAN (YANG DIPEGANG DENGAN TANGAN KIRI) DAN HULURKAN TANGAN UNTUK BERSALAM.
●KETIKA MENYUAP MAKANAN, JANGAN ANGKAT PINGGAN TERLALU TINGGI. TETAPI JIKA MAKANAN ITU BERBENTUK CECAIR, BOLEHLAH DIANGKATNYA HINGGA KE BAWAH DAGU.
●JIKA ANDA SUKA MENGIKUT ADAT ORANG MELAYU, TUNDUKKAN MUKA ANDA KE BAWAH SEDIKIT KETIKA MENYUAP MAKANAN.
●SELITKAN NAPKIN DI BAWAH PINGGAN ANDA DAN JIKA TIBATIBA ANDA MEMERLUKANNYA, LETAKKAN SUDU ATAU GARPU DI DALAM PINGGAN, AMBIL NAPKIN DENGAN TANGAN KANAN DAN LAP MULUT ANDA.
●JANGAN TIMBUNKAN MAKANAN TERLALU BANYAK DI DALAM PINGGAN ANDA. MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN DIIZINKAN. ●APABILA ANDA SUDAH HABIS MAKAN, BOLEHLAH DITINGGALKAN PINGGAN DI ATAS MEJA BUFFET ATAU BERIKAN IA SEMULA KEPADA PELAYAN YANG ADA.
KETIKA MINUM ●OLEH KERANA ADALAH MUSTAHIL UNTUK MEMEGANG GELAS MINUMAN DAN PINGGAN MAKANAN DI WAKTU YANG SAMA TANPA ADA MEJA YANG BERDEKATAN, ADALAH LEBIH BAIK JIKA ANDA MINUM SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN.
●UNTUK MENGELAKAKAN TANGAN ANDA BASAH ATAU SEJUK KETIKA BERSALAMAN, PEGANG GELAS MINUMAN DENGAN TANGAN KIRI, WALAU BAGAIMANAPUN JANGAN MEMBERI GAMBARAN YANG ANDA BIADAP DENGAN MENGAMBIL GELAS MINUMAN DARIPADA PELAYAN DENGAN TANGAN KANAN DAN MENUKARNYA KE TANGAN KIRI PULA.
●UNTUK MENGELAKKAN JARI-JARI ANDA SEJUK ATAU BASAH, CUBA BALUTKAN NAPKIN DI SEKELILING GELAS ANDA.
PANDUAN KETIKA MENGHADAPI JAMUAN BUFFET ●TUNGGU HINGGA TUAN RUMAH MENJEMPUT SEBELUM ANDA “MENYERBU” UNTUK MENGAMBIL MAKANAN.
●JIKA TERDAPAT TETAMU KEHORMAT, BIARKAN BELIAU MEMULAKAN MENGAMBIL MAKANAN DAHULU.
●WALAUPUN MAJLIS JAMAUAN BUFFET MENGUTAMAKAN “WANITA DAHULU” IA JUGA MENGIKUT SISTEM BERATUR - SIAPA DAHULU DIDAHULUKAN. JIKA ANDA DAPATI KAUM LELAKU MENYERBU KE HADAPAN DAN KAUM WANITA TERTINGGAL DI BELAKANG BARISAN, TIDAK ADA SIAPA DAPAT MENGHALANGNYA MELAINKAN KAUM LELAKI ITU BERTATATERTIB.
●AMBIL MAKANAN DAHULU KEMUDIAN DATANG LAGI UNTUK MEMILIH MAKANAN “PENCUCI MULUT”
●JANGAN GUNAKAN SUDU GARPU ANDA UNTUK MENCEDUK MAKANAN YANG DIHIDANGKAN. “SELALUNYA SUDU GARPU KHAS UNTUK TUJUAN INI ADA DISEDIAKAN". JIKA ANDA DAPATI SUDU TERSEBUT TIDAK ADA, MINTALAH PADA TUAN RUMAH.
●PASTIKAN KESEMUA TAMU SUDAH MENGAMBIL MAKANAN MEREKA SEBELUM ANDA MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN.
PERHATIAN : SELALUNYA MAKANAN TAMBAHAN DIBENARKAN, DARI ITU JANGAN MERASA MALU UNTUK MENGAMBILNYA.
●SEBELUM ANDA DUDUK, PASTIKAN YANG TEMPAT DUDUK TERSEBUT TIDAK DITEMPAH UNTUK TAMU ISTIMEWA . JIKA TIADA TEMPAHAN, TIDAK ADA SEBAB ANDA TIDAK BOLEH DUDUK DI MANA-MANA ANDA SUKA.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS “BUFFET” ●TETAMU WANITA MENGAMBIL MAKANAN TERLEBIH DAHULU, DIIKUTI TETAMU LELAKI.
●JIKA ADA TETAMU KEHORMAT ATAU TETAMU UTAMA SAMA ADA LELAKI/WANITA, HENDAKLAH DIBERI KEUTAMAAN. ●MENGAMBIL MAKANAN HENDAKLAH MENGIKUTI GILIRAN DAN TIDAK BEREBUT-REBUT, BERATUR MENGIKUT CARA MAKANAN DIHIDANGKAN.
●BIASANYA HIDANGAN BUFFET DI ATAS MEJA KHAS. KOPI DI MEJA LAIN DAN ‘DESSERT’ DI SUATU MEJA LAIN.
●APABILA MEMULAKAN MAKAN, JANGANLAH PIRING/PINGGAN DIBANJIRI DENGAN MAKANAN YANG AKHIRNYA TIDAK HABIS DIMAKAN. AMBIL MAKANAN SECUKUPNYA. BOLEH BERULANG DUA ATAU TIGA KALI.
●JANGAN BERADA TERLALU LAMA DI MEJA BUFFET UNTUK MEMBUAT PILIHAN KERANA INI AKAN MENGGANGGU ALIRAN PERGERAKAN TETAMU.
●BEREDARLAH CEPAT DARI MEJA BUFFET SETELAH MENGAMBIL MAKANAN. APA YANG BIASA DILIHAT IALAH TETAMU BERADA DI MEJA BUFFET DAN ENGGAN BEREDAR DARI SITU KERANA SENANG MENGAMBIL MAKANAN APABILA HABIS BEKALAN DIPIRINGNYA.
●BAGI WANITA, LEBIH MANIS DITEMANI OLEH PASANGAN LELAKI KE MEJA BUFFET UNTUK MENGULANGI MAKANAN.
●JIKA MAKAN SECARA BERDIRI, SETELAH SELESAI MINUM/MAKAN, LETAKKAN BEKAS DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN ATAU DI MEJA BUFFET JIKA TEMPAT BEKAS YANG TELAH DIGUNAKAN TIDAK DISEDIAKAN.
PANDUAN MENGGUNAKAN PISAU, SUDU, GARPU DENGAN BETUL ●APABILA MEMAKAI GARPU TANPA PISAU, PEGANG BAHAGIAN CABANGNYA TERLENTANG KE ATAS.
●PEGANG GARPU SEBERAPA DEKAT KE HUJUNG TANGKAINYA.
●APABILA MENGGUNAKAN GARPU SAHAJA PEGANGLAH DENGAN TANGAN KANAN.
●APABILA GARPU DIGUNAKAN DENGAN PISAU IA HENDAKLAH DIPEGANG DENGAN BAHAGIAN CABANGNYA MENELANGKUP. TANGKAI DALAM TAPAK TANGAN, DENGAN SELURUH JARI MELENGKARI TANGKAI GARPU SEMENTARA JARI TELUNJUK MENGEPIT TANGKAI GARPU DI SEBELAH ATAS.
●PEGANG PISAU DENGAN PANGKAL TANGKAINYA.
●APABILA PISAU DIGUNAKAN BERSAMA GARPU, GUNAKAN PISAU UNTUK MENOLAK MAKANAN KE ATAS GARPU.
●JIKA MENGGUNAKAN SUDU SAHAJA HENDAKLAH DIPEGANG DENGAN TANGAN KANAN, SERUPA SEPERTI MEMEGANG GARPU DI TANGAN KANAN. PEGANG SUDU DI PANGKAL TANGKAINYA (BUKAN DI LEHER SUDU).
●APABILA MENGGUNAKAN SUDU DENGAN GARPU, SUDU HENDAKLAH DIPEGANG SERUPA SEPERTI MEMEGANG TANPA GARPU.
●SUDU, GARPU DAN PISAU DILETAKKAN MENYUDUT TIGA SEGI DI ANTARA SATU DENGAN LAIN DI MANA CABANG GARPU HENDAKLAH DITELANGKUP KE BAWAH APABILA BELUM SELESAI MAKAN.
●PISAU SUDU DAN GARPU DILETAKKAN RAPAT DI ANTARA SATU DENGAN LAIN DENGAN CABANG GARPU TERLENTANG APABILA HABIS MAKAN.
●JANGAN MENGHAYUN GARPU, SUDU ATAU PISAU APABILA BERCAKAP. ●JANGAN MENGGUNAKAN GARPU, SUDU ATAU PISAU MENONJOLKAN KEMUKA TEMAN ANDA.
●APABILA GARPU, PISAU ATAU SUDU TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MAKAN, LETAKKAN DI ATAS PINGGAN.
TERTIB DI MEJA MAKAN (CARA BARAT DAN TEMPATAN) PERKARA YANG TERLALU PENTING UNTUK ANDA MENCAPAI TARAF TAMU YANG TERPUJI :-
JANGAN BERCAKAP MASA MULUT PENUH DENGAN MAKANAN. JANGAN SUAP MAKANAN TERLALU BANYAK. CUBA JANGAN SEDAWA DAN MENGHIRUP.
ANDA MESTI PASTIKAN MANA SATU KERAT MAKANAN YANG ANDA HENDAK AMBIL. JANGAN DIGEMBAR-GEMBURKAN SUSUNAN LAUK-PAUK YANG TERATUR CANTIK DALAM PINGGAN HIDANGAN ITU UNTUK MENCARI KERATAN PILIHAN ANDA.
CUBA JANGAN TUMPAHKAN NASI ATAU SISA LAUK DARI PINGGAN ATAU MANGKUK ANDA. JANGAN TERLALU RIUH-RENDAH APABILA MENGGUNAKAN SUDU GARPU DAN PISAU ATAU KAYU SEPIT APABILA MAKAN. GUNAKAN SATU PERSATU SAHAJA APABILA PERLU, DENGAN SEBERAPA SENYAP YANG BOLEH.
ELAKKAN MENGGUNAKAN TANGAN UNTUK MENGAMBIL MAKANAN.
LETAK SISA MAKANAN (SEPERTI TULANG) DI TEPI PINGGAN ANDA. MAKAN DENGAN BIBIR RAPAT.
GUNAKAN KERTAS/KAIN NAPKIN UNTUK MENGELUARKAN MAKANAN YANG TIDAK INGIN DITELAN. MAKAN BUAH-BUAHAN YANG MASAK DAN BERKOPEK DENGAN MENGGUNAKAN GARPU (SETELAH DIPOTONG KECIL-KECIKAN.
PISANG ATAU JENIS YANG LAIN GUNAKAN TANGAN UNTUK MENGOPEKNYA. MAKAN BUAH-BUAHAN YANG MASAK DAN BERKOPEK DENGAN MENGGUNAKAN GARPU (SETELAH DIPOTONG KECIL-KECIKAN.
JANGAN TINGGALKAN KESAN LIPSTIK BERLEBIHAN DI TEPI CAWAN/GELAS. SEDIKIT SAHAJA MAKANAN DIAMBIL DENGAN SUDU DAN JANGAN BUKA MULUT LUAS-LUAS UNTUK MENYUAP MAKANAN.
JANGAN POTONG/ATAU CUBIT KECIL-KECIL KESELUHAN MAKANAN DI ATAS PINGGAN SEBELUM KITA MAKAN.
MELAYAN TETAMU DI WAKTU MAJLIS JAMUAN • GUNAKAN MEJA PANJANG • MENGUNAKAN MEJA PANJANG BAGI TETAMU KHAS DAN MEJA BULAT BAGI TETAMU YG. LAGIN • SEMUA GUNAKAN MEJA BULAT • PENENTUAN MEJA DAN TEMPAT DUDUK – MEREKA YG. KANAN AKAN DITEMPATKAN PALING HAMPIR DENGAN MEJA KHAS.
….SAMB. • TETAMU KHAS DI TEMPATKAN DI TENGAH-TENGAH MEJA KHAS • DI SEBELAH KIRI TETAMU KHAS IALAH ISTERI TETAMU KHAS, DI SEBELAH ISTERI TETAMU KHAS IALAH TUAN RUAMAH/ATAU ORANG YANG PALING KANAN SELEPAS TETAMU KHAS, DAN SEBELAH TETAMU KHAS PULA, ISTERI KEPADA TUAN RUMAH/ ATAU ISTERI KEPADA ORANG YANG PALING KANAN SELEPAS TETAMU KHAS.
….SAMB. • DAN SETERUSNYA, DISELANG SELI ( SEKIRANYA BOLEH TIDAK LEBIH DPD. 12 ORANG.) • SELEPAS ITU, TETAMU DITEMPATKAN MEJA KEDUA SEBELAN KANAN /KIRI MEJA KHAS.(SUAMI ISTERI BOLEH DIDUDUKKAN BERSELANSELI ATAU SEBELAN MENYEBELAH)
….SAMB. • MEJA KHAS, HANYA DIPENUHI SEBELAH SAHAJA. • DALAM SUSUNAN, SEBAGAI MENGHORMATI TETAMU, WANITA TIDAK DILETAKKAN DI HUJUNG MEJA.
PRE- DRINK • JIKA ADA ACARA MINUMAN SEBELUM MAJLIS: -MINUMAN RINGAN HANYA DIBERI APA YANG DISEDIAKAN SAHAJA OLEH TUAN RUMAH -GELAS AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA PELAYAN ATAU DIATAS MEJA DISEDIAKAN
….SAMB. • SEDIAKAN PERALATAN YANG SECUKUPNYA MENGIKUT SUSUNAN DAN JENIS JAMUAN YANG HENDAK DIHIDANGKAN