Perhatian: Slide ini mengandungi unsur-unsur 18SX.. Siapa yang belum cukup umur sila jangan menontonnya…
Tentu ada cinta secara Islam…
Cinta secara Islam hanya satu iaitu…
Melalui PERNIKAHAN!
“Dan nikahkanlah orangorang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hambahamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya…” (An-Nur: 32)
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Cinta yang bermaruah. Inilah kemuliaan agama Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ada sebab dan hikmah di sebaliknya, dan Islam akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Kami bercinta untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuatbuat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah, menepati masa dan macammacam lagi. Masa bercinta bila merajuk, ada yang akan pujuk. Tapi lepas kahwin? Hmm.
Masing-masing mahu mempamerkan watak terbaik dan menyembunyikan kekurangan yang ada semasa bercinta sebelum berkahwin… Fikirkanlah, bolehkah perwatakan semasa bercinta dipercayai?
Percayalah…Kami bercinta untuk merancang masa depan. Untuk bernikah satu hari nanti.!
kebahagiaan, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,
Mengapa tidak,,, kamu nikah secepat mungkin?
Nikah? Sekarang?
Ya. Kenapa?
Errr.. Banyak masalahnya.. •Ish, mana ada DUIT! tengah belajar, nanti nak bagi anak org makan apa? •Ala, tunggulah dulu, nanti dah habis belajar, dah KERJA, dah beli RUMAH, KERETA, barulah fikir pasal kawin! <‘hadhara’ nya!> •Takutlah, nanti tak boleh commit dalam perkahwinan, kami kan tgh belajar!
♂
•Takleh nak enjoy kalau kawin muda! kalau dah ada isteri, nanti kena lekat dgn dia je! tak dpt nak 'lepak' ngan member2.. •Takut tak boleh commit dalam pelajaran, takut get carried away dgn perkahwinan. •Tak bebas kalau dah ada isteri! kena QUEEN CONTROL. Tidaakk!!
♂
Hmm.. Ada lagi masalah?
Ada lagi.. •Ala, perempuan ni, semua nak wedding grand2. Nak mas kahwin sekurang2nya ada 3 sifar kat belakang, siapa yg bayar? •Kalau nikah sekarang, ditakuti si dia akan bertukar jadi seorg yg menyusahkan ja, sebab once dah nikah, mesti ada tanggungjawab!
♂
Alah, kaum Adam.. Berjela alasannya! Yang perempuan, ada masalah juga ke?
Hmm, takdelah sangat.. Cuma… •Eh, nanti org kata kita GATAL pula, tak sabar nak kawin! •Mak abah tak kasik la, kita MUDA lagi! •Kalau kawin tgh belajar, macamana kalau 'ter'PREGNANT? susah nanti! •Macamana dgn TANGGUNGJAWAB seorg ISTERI? nak jaga suami, pakaian dia, makan minum dia, tu semua
♀
Kami tak kisah, tapi… •Boleh ke SAMBUNG BELAJAR selepas nikah? suami izin ke? •Mak ayah kata, kalau kawin masa belajar, GUARANTEE pelajaran sangkut sekerat jalan punya!
♀
♀
Kami takda apa-apa alasan, tapi… •Macamana kalau suami asyik nak tutt... ja? habislah, bila masa nak belajar? •Kalau kawin sekarang, kita BYK TANGGUNGJAWAB! Kitalah student, kitalah isteri, kitalah anak, kitalah menantu, dan kalau ada rezeki, kita juga akan jadi ibu. PENGSAN la! tak mampu!
Setiap masalah ada penyelesaiannya.. Kalau kita tekad nak ikut perintah Allah, nak patuh syariat Islam, pasti Allah akan permudahkan…
Tapi,… •Diri sendiri pun tak terurus, nak jaga org lain pula! •Nanti nak tinggal di mana? Kami berlainan IPT!
PELIK ya, kenapa kamu semua boleh mengemukakan seribu satu alasan utk melakukan perkara yg HALAL, tapi langsung tak bagi apa-apa alasan utk melakukan perkara yg HARAM!
…
Ok. Sabar dulu. Cadangan kami, kamu NIKAH KHITBAH…
Di Arab, khitbah adalah akad nikah dalam erti kata sebenar. Cuma satu yg berbeza, pasangan khitbah tak tinggal bersama sampai selesai upacara perkahwinan yg dilangsungkan pada tarikh lain selepas akad khitbah tadi. Mungkin selepas 2 tahun, 5 tahun, atau
Maknanya, pada dasarnya pasangan ni mmg suami isteri yg sah dan halal! Cuma tak tinggal sebumbung, jadi mmg sesuai untuk pasangan yg bercinta kat IPT sekarang ni. Akad yg menghalalkan 'couple'. Di Malaysia, nikah tu dipanggil "nikah gantung". Bunyi macam tak sedap kan? Cuba tukar jadi "khitbah"..
Tapi…
Tunggu. Jangan bagi alasan dulu. Dgn nikah khitbah, kedua-dua pasangan tak perlu cari duit byk2 sebelum nikah, tak perlu tunggu dapat kerja, dah beli kereta, dah beli rumah baru nak kawin. Pasangan khitbah tak perlu menanggung antara satu sama lain, tak perlu masak, basuh baju, gosok baju utk suami, tak perlu susah-susah fikir nak beli perabot rumah dan lain-lain. Bukan tak perlu langsung, tapi tak perlu
Tak perlu menanggung satu sama lain? Bestnya…
♂
Tak perlu masak, basuh baju, gosok baju utk suami? Alah, tak bestnya…
♀
Tapi… Parents kami tak izinkan! Kami nak buat macamana?
Contohnya, macamana nak yakinkan ibu bapa sedangkan:
1. Kita tidur memanjang bila di rumah 2. Kita malas yg amat nak buat kerja rumah 3. Kita asyik dok dpn komputer je main game, bila disuruh tolong buat kerja rumah, yaAllah liat yang teramat 4. Kita tak menunjukkan akhlaq yg baik
Maknanya, kami perlu perbaiki diri untuk meyakinkan ibu bapa kami?
hikmah kepada ibu bapa, mereka ada 2 pilihan:
1) Menerima sahaja arus liberalisme dan sekularisme yg dibawa oleh barat, dan menghalalkan hubungan bebas antara dua jantina ini, kemudian mereka mungkin akan menanggung malu. ATAU 2) Mengizinkan anak-anak mereka bercinta dgn cara yg halal, iaitu menerusi ikatan
Dan untuk kamu pula… Ingatlah, lebih lama tempoh percintaan sebelum nikah, lebih hambar kehidupan selepas nikah nanti…
Sering terjadi.. Bila cinta di’pulun’ habis-habisan sebelum bernikah, maka selepas nikah, GRAF cinta akan merudum sama…
Bagaimana pula dengan kami sekarang?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
menghampiri kepadaKU sejengkal, Aku hampirinya sehasta. Barangsiapa menghampiriKU sehasta, Aku hampirinya sedepa. Dan barangsiapa menghampiriKU dgn berjalan, Aku datang kepadanya dengan
…Dan barangsiapa menemuiKU dengan KEJAHATAN yang MEMENUHI BUMI, padahal ia tiada menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku akan menemuinya dengan KEAMPUNAN SEPENUH BUMI” [Muslim, Book 35, Hadith 6499]
Ya Allah, sememangnya Engkau Maha Pengampun…!