Tentang Pokok Misai Kucing
Pokok misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus ialah sejenis herba renek yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Misai kucing juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Kumis Kucing, Remujung, Aristatus, Java Tea dan Kidney Tea. Tumbuhan ini terkenal sejak turun-temurun kerana pelbagai khasiatnya.
Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter. Daun misai kucing licin, bewarna hijau dan berbentuk tirus. Tangkai daunya pendek dan bewarna ungu kemerah-merahan. Bunga misai kucing bewarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang seperti misai kucing. Batangnya pula berbentuk segi empat, berwarna kemerah-merahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Walaupun misai kucing ini berasal dari rantau Asia Tenggara, masyarakat Barat telah mengetahui khasiatnya dahulu. Semasa Belanda menjajah Indonesia, mereka telah menggunakan herba ini sebagai minuman kesihatan. Daunnya dijadikan serbuk seperti serbuk teh.
Mereka telah membawa pulang herba ini ke Eropah. Setelah lebih dua dekad kemudiannya, pokok ini ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba dari Holland, Jerman, Perancis dan England.
Misai kucing dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil. Selain dapat merawat penyakit gout, artritis, reumatisme dan mencegah pembentukan batu karang, amalan meminum teh herba ini juga dapat mengurangkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Itu saja. Terima kasih. http://aemantaslim.via.my