Teks_pengacara_majlis_anugerah_cemerlang.docx

  • Uploaded by: Kathy Skinner
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks_pengacara_majlis_anugerah_cemerlang.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,795
  • Pages: 12
Teks atau skrip pengacara Majlis Aku Janji SMK Kampar pada 31/3/2018. MASA AGENDA 8.00 Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih. A

 Semua pelajar Ting. 3 dan 5 diminta untuk masuk ke dalam dewan.  Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. A Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

A

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin NYa,kita dapat berkumpul di dewan SMK Kampar pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Aku Janji murid/pelajar Ting. 3 dan 5 2018. Selamat datang diucapkan kepada semua ibu bapa , para pelajar dan guru sekalian . Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,bagi meneruskan lagi aturcara majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Sdra. Eng Chun Kit/ Lee Yong Kang ke pentas untuk mengetuai lafaz ikrar aku janji sementara murid/pelajar Ting. 3 dan 5 yang lain diminta berdiri untuk samasama melafazkan ikrar.

M

(Bacaan Ikrar) Sekarang kita akan sama-sama saksikan pula upacara menandatangani dokumen aku janji oleh Sdra. Eng Chun Kit dan Lee Yong Kang di hadapan kedua-dua ibu bapa mereka.

…………………………………………………………………………………………………………………... Alhamdulillah selesai sudah sesi lafaz ikrar yang telah disempurnakan oleh murid/pelajar Ting. 3 dan 5 itu tadi. Mudah-mudahan segala janji yang dilafazkan sebentar tadi menjadi kenyataan. A

Dengan ini tamatlah sudah majlis aku janji kita pada pagi ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Saya sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah wasalm….. Para pelajar diminta bangun dan bergerak ke kelas-kelas berikut untuk menantikan majlis penyerahan bantuan awal persekolahan yang akan diadakan selepas mesyuarat agung PIBG nanti dan jangan lupa ada ‘goodies’ menunggu anda di meja perdaftaran: 3 Amanah – 2 Amanah

5 Amanah - Patriotik

3 Budiman – 2 Budiman

5 Budiman – 1Amanah

3 Cekal – 2 Cekal

5 Cekal – 1Budiman 5 Dedikasi – 1 Cekal

Untuk makluman, tuan-tuan dan puan-puan diminta jangan kemana-mana kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 akan diadakan sebentar sahaja lagi.

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK KAMPAR 2018 Atur cara kita yang seterusnya ialah Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. Diminta semua AJK PIBG sesi 2017/2018 serta pencatat minit mengambil tempat masing-masing. Saya dengan ini menyerahkan mesyuarat agung pibg ini kepada Yang Di Pertua PIBG SMK Kampar iaitu En. Arsad Bin Alang Ahmad untuk memulakan mesyuarat. Terima kasih……

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2017/2018. Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noranida Bt Ahmad selaku Pengetua SMK Kampar diringi oleh Yg Berusaha En. Azmi Bin Mat Saat PK Pentadbiran SMK Kampar tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Kampar bagi sesi 2017/2018. Dipersilakan……….. (Rujuk senarai AJK PIBG) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Noranida Bt Ahmad Pengetua SMK Kampar kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi. Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil itu tadi, maka selesailah sudah Mesyuarat Agung PIBG kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan mesy. Agung PIBG kita pada hari ini. Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

PENYERAHAN BANTUAN WANG AWAL PERSEKOLAHAN 2018 Atur cara kita pagi ini diteruskan lagi dengan MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN WANG AWAL PERSEKOLAHAN. Para ibubapa/penjaga bolehlah beredar ke kelas-kelas yang dinyatakan tadi untuk menerima bantuan awal persekolahan bersama anak masingmasing. Jangan lupa untuk menyerahkan satu salinan kp anak dan ibubapa/penjaga serta slip gaji kepada guru yang bertugas.

Peringatan mesra buat para ibubapa dan pelajar. Sebaik shj menerima wang bantuan awal persekolahan, diminta para ibubapa dan pelajar untuk masuk semula ke dlm dewan bagi meneruskan acara terakhir kita pada pagi ini iaitu Majlis Anugerah Cemerlang.

MAJLIS HARI ANUGERAH GEMILANG

Sebelum majlis bermula

Hadirin yang dimuliakan,

:: AZHARI

Majlis akan bermula sebentar lagi. Untuk itu, tuantuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar. Dan mohon tetamu berdiri ketika vvip berjalan masuk ke dalam dewan.

Pengumuman Ketibaan :: MAIMUNAH

Mengumumkan ketibaan Yg berusaha, En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan. diiringi oleh Yg berusaha, Pn. Noranida Bt Ahmad Pengetua SMK Kampar, Yg berusaha, En. Arsad Bin Alang Ahmad, YDP PIBG SMK Kampar serta barisan pentadbir dan guru-guru kanan SMK Kampar, (Hadirin diminta berdiri)

Nyanyian lagu Negaraku :: AZHARI

Bacaan doa (10.10-10.15) :: MAIMUNAH

(tidak perlu umumkan) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh adik Yusri Bin Ashaari. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan. 

Salutasi

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

:: AZHARI Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua Yang Berusaha : En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan. Yang Berusaha, Pn. Noranida Bt Ahmad, Pengetua SMK Kampar Yang Berusaha, En. Arsad Bin Alang Ahmad, YDP PIBG SMK Kampar. Barisan pentadbir dan guru-guru kanan SMK Kampar Dif-dif jemputan Para guru, ibu bapa, pelajar, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Ucapan alu-aluan :: MAIMUNAH

Melati kuntum menghias gelas, Tumbuh melata di tepi kali, Anugerah Gemilang 2018, Pelajar cemerlang kita hargai. Hadirin sekalian, Warga dewan SMK Kampar, mengalu-alukan kehadiran hadirin hadirat sekalian ke “ MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SMK KAMPAR 2018”. Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum/koakademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar. Tidak lupa juga anugerah turut disampaikan sebagai penghargaan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan yang cemerlang para pelajar SMK Kampar. Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian, Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis dgn sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Pn Noranida Bt Ahmad, pengetua SMK Kampar untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. (ucapan tamat) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Ucapan Perasmian

Hadirin sekalian,

:: AZHARI

Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada tuan mandat diberi Mohon disempurnakan majlis kami Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha : En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Gemilang SMK Kampar bagi tahun 2018. Dipersilakan. (ucapan tamat) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Persembahan montaj

Hadirin yang dihormati sekalian,

:: MAIMUNAH

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan montaj yang disediakan oleh En. Zamhari Bin Ismail seorg pakar multimedia sekolah ini. Menurut beliau

montaj ini akan memaparkan aktiviti serta program yang pernah dijalankan di sekolah ini. Montaj ini diberi tajuk Panorama SMK Kampar. Samasamalah kita saksikan. (tamat persembahan montaj) Sungguh menarik persembahan montaj itu tadikan? Majlis mengucapkan terima kasih.

Penyampaian Hadiah Kokurikulum/Koakademik :: AZHARI

Majlis Anugerah Gemilang Pelajar bagi tahun ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Hadiah Kokurikulum/Koakademik. Untuk itu, majlis dgn sukacitanya menjemput, Yang berusaha, Pn Noranida Bt Ahmad pengetua SMK Kampar diiringi oleh Yang Berusaha En. Azmi Bin Mat Saat PK Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah. (Rujuk buku atur cara) Permainan, uniform, sukan/olahraga, Anugerah Kecemerlangan Pemimpin Unit Kokurikulum & Tokoh Kokurikulum. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kpd Pn Noranida Bt Ahmad di atas penyampaian hadiah itu tadi dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Persembahan 2 :: MAIMUNAH

Dari Kota Setia ke negeri Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan ke-2 menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. Majlis akan dirancakkan lagi dengan persembahan kedua berupa …………. ……………………………… …………………………………………………………… …………………………………………………………… Dengan segala hormatnya dipersilakan. *Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Penyampaian hadiah Kokurikulum dan Kurikulum :: AZHARI

Hadirin sekalian, Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah 1. SAHSIAH TERBAIK 2. ANUGERAH KEPIMPINAN 3. PUSAT SUMBER 4. KOPERASI 5. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 6. NILAM 7. PEPERIKSAAN DALAMAN . Untuk itu majlis ingin menjemput dan mempersilakan En. Arsad Bin Alang Ahmad, YDP PIBG SMK Kampar diiringi oleh Yg berusaha En. Yaakob Bin Noh, PK HEM SMK Kampar untuk menyampaian hadiah (Rujuk buku atur cara)

Penyampaian hadiah Kurikulum :: MAIMUNAH

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah - TERBAIK PT3 - MATA PELAJARAN TERBAIK SPM - TERBAIK SPM - ANUGERAH TOKOH PELAJAR - ANUGERAH PANITIA - Peningkatan % lulus (>5%) - Panitia Pencapaian 100% - Peningkatan GPMP (>0.5) Untuk itu majlis ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha : En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan. diiringi oleh Yg berusaha Pn. Noranida Bt Ahmad, pengetua SMK Kampar untuk menyampaian hadiah (Rujuk buku atur cara) Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi.

Penyampaian Cenderamata :: AZHARI

Pihak majlis sgt berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenang kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yg berusaha En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Noranida Bt Ahmad bagi menyempurnakannya. Dipersilakan……. Seterusnya, majlis mempersilakan , Yang berusaha En. Hanizam Bin Harun, Penolong PPD (Menengah),PPD Kinta Selatan. kerana telah sudi meluangkan masa untuk hadir dan menyerikan lagi Majlis Anugerah Gemilang SMK Kampar pada kali ini Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Majlis mengucapkan terima kasih.

Penutupan, :: MAIMUNAH

Nampaknya majlis kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Pihak majlis juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.

:: AZHARI

Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sendiri.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis bersurai. Sekian, terima kasih.

PROFIL ENG CHUN KIT – ANUGERAH TOKOH PELAJAR

Pelajar ini merupakan Pen. Bendahari Pengakap, Setiausaha Kelab Bimbingan & Kaunseling Pen. Pengerusi bagi Kelab Bola Keranjang dan Ketua Rumah Sukan Kuning. Telah mencipta beberapa kejayaan dalam Sukan Tahunan SMK Kampar tahun 2017. Antaranya: Johan Lompat Jauh Naib Johan 400 m dan 4 x 100 m dan tempat ketiga bagi acara 200 m

Dalam bidang akademik pula pelajar ini telah mendapat tempat pertama keseluruhan ting. 4 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2017 dengan pencapaian 7A 3B.

Pelajar yang dimaksudkan adalah

ENG CHUN KIT

More Documents from "Kathy Skinner"