MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Penghargaan
Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya upaya untuk menghasilkan keseluruhan bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna mungkin. Di samping itu, saya ingin menyalurkan ribuan malah jutaan kalungan dan ungkapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Mohd Hasni B. Mat Hassan yang melaksanakan pengajaran bagi mata pelajaran Membuat Corak dan Rekaan (HBAE2103) di atas keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta bimbingan yang menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan kalungan ucapan terima kasih saya yang tidak terhinggga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa kewangan untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari awal penghasilannya sehingga ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini. Malah, saya juga ingin menyampaikan ungkapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang turut sama-sama mencurah tenaga dan memberikan buah fikiran dengan berkongsi pelbagai idea-idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada pihak perpustakaan IPSMB kerana telah banyak membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengalungkan ribuan malah jutaan ungkapan penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini sesempurna mungkin.
Sekian, terima kasih.
Pengenalan
1
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.
Corak dan Rekaan Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: CORAK TIDAK TERANCANG 1. Pualaman 2. Tiupan 2
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
3. Titisan 4. Ikatan dan celupan 5. Renjisan dan percikan
CORAK TERANCANG : 1. Lukisan 2. Catan 3. Cetakan 4. Capan 5. Lipatan dan guntingan 6. Resis 7. Kolaj 8. Kaligrafi
Hiasan Dalaman Mengikut Kathleen Chee (2008), hiasan dalaman merupakan satu perancangan dan penyusunan untuk menghias ruang dalaman dengan mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan tabiat pengguna. Susunan dan reka letak perabot dan barang hiasan bergantung pada jenis bilik masing-masing. Walau bagaimanapun, keperluan asas seperti peredaran angin dan udara, serta pencahayaan tidak berubah.
3
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Hiasan dalaman merupakan satu salah aktiviti yang dilakukan untuk mengindahkan, menghasilkan, merubah sesuatu suasana ruang di dalam rumah agar kelihatan lebih menarik, cantik, sesuai dengan persekitaran rumah. Terdapat pelbagai jenis hiasan dalaman, antaranya ialah : •
Hiasan dalaman ruang tamu
•
Hiasan dalaman ruang dapur
•
Hiasan dalaman ruang makan
•
Hiasan dalaman bilik tidur
•
Hiasan dalaman bilik mandi
•
Hiasan dalaman bilik belajar
•
Hiasan dalaman bilik ibadat
Dalam hiasan dalaman ini, terdapat konsep-konsep yang diberi sentuhan bagi menghasilkan sesuatu ruang tampak lebih menarik mengikut cita rasa seseorang. Antara konsep-konsep yang diketengahkan adalah konsep asia, konsep moden, konsep moden kontemporari, konsep tradisional, konsep retro, dan banyak lagi. Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya menghasilkan suatu projek yang melibatkan hiasan dalaman bilik tidur. Saya telah memilih lampu tido sebagai hiasan dalam bilik tidur tersebut.
Lampu tidur Lampu tidur bukanlah digunakan bagi seseorang yang takut dengan kegelapan. Lampu tidur merupakan suatu hiasan yang amat menarik bagi menaikan suasana yang tenteram dan selesa. Contoh-contoh lampu tidur bagi hiasan dalaman yang telah banyak dipasaran ialah :
4
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Contoh-contoh lampu tidur
Bagi memenuhi tugasan yang diberikan, saya telah menggunakan teknik ikatan dan celupan dalam projek “lampu tidur” saya ini.
5
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
“ Lampu Tidur “
Teknik Ikatan dan Celupan
Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye) Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina. Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian 6
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan. Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut. Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan terhasil adalah kecil.
Sejarah corak ikatan dan celupan Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja. Tokoh Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.
7
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Teknik corak ikatan dan celupan Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.
Contoh Corak ikatan dan Celupan
Jenis ikatan 1. Jahitan 2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek 3. Lipatan dan ikatan 4. Simpulan
8
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Jenis Ikatan yang digunakan Bahan dan alatan Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan ialah: 1. Kain sebaiknya kain kapas 2. Tali, benang, gelang getah 3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya 4. Warna, dye 5. Garam, 6. Sudu, kayu pengacau 7. Apron 8. Sarung tangan 9. Lain lap 10. Bekas untuk pewarnaan 11. Sodium silikat Kepelbagian teknik ikatan dan celupan Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan. Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah : 9
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Contoh-contoh baju yang menggunakan teknik ikatan dan celupan
10
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Proses perkembangan idea dan lakaran yang merangkumi komposisi, kreativiti dam artistik Untuk menghasilkan sebuah “lampu tidur” bukanlah semudah yang disangkakan. Penerapan teknik ikatan dan celupan juga boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya. Tema bagi tugasan yang perlu disiapkan adalah ‘Hiasan Dalaman. Pada mulanya, saya agak kurang jelas mengenai tema tersebut. Tetapi setelah berbincang dalam kelas bersama pensyarah, saya telah dapat gambaran mengenai tugasan ini. Saya juga memilih “Lampu Tidur” sebagai tema hiasan dalaman untuk dihasilkan melalui teknik ikatan dan celupan.
Lakaran awal “Lampu Tidur”
Pada mulanya agak memeningkan kepala saya untuk memikirkan bagaimana hendak menghasilkan lampu tidur yang menarik. Setelah meneliti gambar-gambar mengenai 11
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
lampu tidur di internet, saya telah mendapat idea untuk menghasilkan lampu tidur yang menarik. Antara bahan yang saya gunakan untuk menghasilkan “lampu tidur” ini ialah : •
Papan kayu (bersaiz besar dan bersaiz kecil)
•
Kain cotton putih
•
Lampu 15w
•
Kabel elektrik
•
Paku
•
Shalek
•
Tinner
•
Tapak lampu
•
Kepala sius
•
Warna poster
•
Kertas pasir
12
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Antara bahan-bahan yang digunakan. Lampu tidur yang saya hasilkan ini hanya menggunakan kayu dan kain sahajasebagai bahan utama. Saya memilih kayu kerana kayu sesuai digunakan untuk bilik tidur yang berkonsepkan tradisional. Selain itu, ia dapat mewujudkan suasana yang romantik.
Rekaan kayu “ Lampu Tidur”
Reka bentuk yang dihasilkan merupakan reka bentuk yang menyerupai kamar bilik tidur tradisional. Penggunaan empat batang kayu kecil sebagai tiang untuk mengikat kain yang bercorakkan ikatan dan celupan. Bagi hiasan yang digunakan ialah ikatan dan celupan. Saya memilih teknik ini kerana bagi saya teknik ini sangat menarik serta hasilnya juga sangat cantik. Ikatan yang saya gunakan hanya ikatan yang biasa sahaja.
13
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Teknik ikatan dan celupan Setiap proses yang dijalankan agak lama dan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Bagi projek yang saya jalankan ini, masa sehari untuk saya membeli bahanbahan yang akan digunakan dalam penghasilan lampu tidur. Hal ini kerana di kawasan Besut tidak banyak kilang papan atau kayu di sini. Selain itu, peralatan untuk memotong papan kayu juga terhad. Maksudnya saya terpaksa meminta kebenaran daripada pihak Jabatan Kajian Sosial melalui pensyarah seni dan visual untuk menggunakan bengkel seni yang mempunyai peralatan yang cukup untuk saya menyiapkan projek saya ini.
Kerja-kerja pertukangan serta shalek
Selepas itu, setelah kerja-kerja bertukang siap makan proses ikatan dan celupan dijalankan. Saya mengambil masa lebih kurang tiga hari untuk menyiapkan corak tersebut. Hal ini kerana saya ingin menghasilkan corak yang menarik. Saya menggunakan tiga sahaja warna dalam teknik ikat dan celup. Antaranya ialah kuning, hijau dan merah. Pemilihan warna-warna ini adalah berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan di kedai-kedai yang menjual lampu tidur. Warna-warna ini menimbulkan suasana yang ceria dan gembira. 14
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Setelah selesai menyiapkan corak pada kain, saya pula memasang lampu pada kerangka lampu tidur tersebut. Proses ini dilakukan secara berhati-hati agar pemasangan wayar kabel berada pada tempat yang betul. Sekirannya salah, ini mungkin menyebabkan litar pintas atau mentol meletup.
Pemasangan lampu pada kerangka
Setelah semuanya siap mengikut perancangan, kain yang telah dicorakkan tadi dilekatkan pada kayu menggunakan stapler. Proses ini boleh dianggap agak sukar kerana memerlukan kesabarkan yang tinggi.
“Lampu tidur” Kefahaman dan aplikasi terhadap unsur seni 15
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Unsur seni merupakan elemen yang paling asas dan penting bagi mencipta segala karya seni visual. Terdapat enam unsur seni iaitu : •
Garisan
•
Rupa
•
Jalinan
•
Bentuk
•
Ruang
•
Warna
Garisan Garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambung atau yang mempunyai jarak-jarak yang tertentu. Berdasarkan projek yang saya hasilkan bentuk-bentuk garisan kelihatan dalam corak yang saya hasilkan walaupun corak yang dihasilkan ialah corak tidak terancang. Antaranya ialah campuran garisan luru, kasar, dan halus, yang menegak, melintang dan serong, garisan pancaran, serta garisan pepenjuru.
Rupa Rupa adalah hasil pertemuan titik penghujung dengan titik permulaanya. Unsur seni yang terdapat pada hasil projek ini adalah rupa corak yang terdapat pada lampu tidur. Terdapat dua jenis rupa dalam kolaj ini iaitu rupa organik pada corak lampu tidur tersebut. Rupa juga diolah dalam bentuk positif yang boleh dilihat pada corak lampu tidur itu.
Bentuk Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu permukaan. Boleh ditafsirkan pada karya ini, bentuk yang terdapat pada corak ini adalah bentuk ilusi iaitu merupakan bentuk visual bersifat 2D. 16
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Jalinan Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat hanya satu unsur jalinan yang terdapat dalam teknik ini. Unsur jalinan ini dipanggil jalinan tampak. Hal ini kerana, jalinan tampak hanya boleh dilihat dan tidak dapat dirasai melalui sentuhan.
Ruang Ruang bermaksud kawasan kosong di keliling sesuatu objek di antara dua objek ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek. Penggunaan warna gelap menonjol dari latar cerah. Ruang ini dinamakan ruang tampak. Ini bermakna ton warna yang digunakan dapat menimbulkan kesan pada warna yang gelap.
Warna Warna adalah unsur yang amat penting dalam ciptaan hasil seni visual kerana warna dapat mempengaruhi perasaan kita. Contonhnya, warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Hasil seni ikat dan celup ini hanya menggunakan warna merah, hijau,dan kuning sahaja. Pada projek lampu tidur ini, hanya ada dua kumpulan gubahan warna iaitu warna harmoni yang terdiri daripada merah dan hijau manakala kumpulan satu lagi merupakan warna penggenap iaitu warna kuning untuk menimbulkan kesan kontra. Kefahaman dan aplikasi terhadap prinsip rekaan Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsurunsur seni untuk menibulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan, iaitu: •
Harmoni
•
Kontra 17
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
•
Penegasan
•
Imbangan
•
Irama dan Pergerakan
•
Kepelbagaian
•
Kesatuan
HBAE210 3
Harmoni Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni.
Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang
bercanggah. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan. Selain itu, aplikasi prinsip rekaan dapat menimbulkan gambaran yang sempurna. Dalam projek lampu tidur yang dihasilkan ini, corak yang terdapat pada kain yang mengalami proses grid pancaran dapat menghasilkan gubahan yang harmoni. Penggunaan warna merah,hijau dan kuning juga menampakkan lagi gubahan yang lebih harmoni.Gambaran pada lampu tidur yang terdiri daripada corak-corak yang tidak terancang adalah salah satu faktor yang dapat menimbulkan gubahan harmoni.
Kontra Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam sesuatu gubahan. Kontar juga berkaitan dengan focus kerana ciri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan. Selain itu, kontra banyak diaplikasi dalam gubahan seni visual kerana dapat memberi penegasan dan tumpuan, menggelakkan kebosanan, serta menjadikan hasil seni berpelbagai dan lebih menarik. Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, penggunaan warna bertentangan pada teknik ini boleh menghasilkan suatu gubahan kontra seperti warna cerah dan gelap. Penggunaan warna merah dan hijau member suatu kontra pada warna kuning.
Penegasan 18
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di dalamnya. Penegasan merupakan satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan focus atau tumpuan terhadapa sesuatu perkara atau objek. Ciri-ciri penegasan yang boleh dilihat dengan cara berikut : •
Menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra
•
Mengasingkan elemen yang harus ditegaskan
•
Meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid pancaran.
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, jika dilihat hasil tersebut warna gelap lebih menonjol disebabkan penggunaan unsur-unsur seni berkontra serta latar belakang yang berwarna cerah menimbulkan lagi penegasan. Selain itu, aplikasi prinsip ini dapat menarik perhatian seseorang melihat lampu tidur tersebut.
Imbangan Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan perhatian. Terdapat dua jenis imbangan iaitu: •
imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan bawah. Garisan ‘axis’ dilukis ditengah-tengah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.
•
imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaannya.
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, kedudukan corak adalah tidak seimbang di kedua-dua bahagian. Jenis imbangan tidak simetri terdapat pada corak lampu tidur tersebut.
Irama dan pergerakan 19
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Irama dan pergerakan bertujuan untuk member nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi, menibulkan imej yang lebih hidup dan realistik, justeru menjadikan gambar kelihatan lebih menarik.Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Selain itu, dapat menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan yang lebih cantik serta kesan visual yang lebih hidup dan realistik. Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, corak-corak yang terdapat pada kain tersebut memberi kesan visual yang lebih menarik. Daya tarikan tersebut membuatkan corak tersebut kelihatan lebih hidup dan realistik.
Kepelbagaian Merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, perlanjutan, dan kontra. Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat member gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan bagu gubahan tersebut. Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, penghasillan warna yang bertentangan serta pelbagai serta digabungkan dengan corak-corak berlainan yang dihasilkan menimbulkan lagi kepelbagaian dalam teknik ikatan dan celupan ini.
Kesatuan Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya memp[unyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaaan unsurunsur seni, pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan sempurna, lebih lengkap dan teratur di samping menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan yang selesa. 20
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, tema hiasan dalam yang bermotifkan flora dan fuana lebih jelas kelihatan kerana kesemua unsur-unsur di dalamnya menimbulkan kesan seni visual yang menyeluruh. Hasil karya ini kelihatan lebih menarik walaupun corak yang dihasilkan adalah corak tidak terancang.
Penerokaan terhadap alat, media dan teknik
PENGGUNAAN ALAT
Bil
Alat
1.
Pensel / pen / pemadam / pen marker
2.
Gunting
3.
Berus
4.
Mentol lampu
Kegunaan
–
Membuat lakaran awal lampu tidurdi atas kertas lukisan.
Memotong kain mengikut ukuran yang telah ditetapkan
–
Digunakan untuk memberus shalek pada papan kayu yang telah siap dihasilkan.
–
Digunakan untuk menyalakan lampu tidur
21
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
5.
Kabel elektrik
–
Digunakan untuk menyambungkan lampu dan kepala suis
6.
Kepala suis
–
Digunakan untuk menhidupkan lampu pada plug
7.
Gergaji
–
Digunakan untuk memotong papan kayu
8.
Kikir
–
Digunakan untuk mengikir papan kayu yang telah dipotong.
9.
Penukul besi
–
Digunakan untuk menukul paku pada papan kayu
10.
Tapak lampu
–
Digunakan untuk meletakan mentol lampu
11.
Gunting
–
Digunakan untuk memotong kain yang berlebihan
12.
Baldi
–
Digunakan untuk mencelup kain
Penggunaan Media
Bil
Media
1.
Papan kayu
2.
Shalek
Jenis Kayu perabot cair
Kegunaan -
digunakan untuk menghasilkan lampu tidur
–
digunakan untuk tampak menarik serta 22
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
kekemas pada kayu tersebut.
4.
5.
Kertas A4
Kain
Pelbagai warna
–
Warna Putih
–
digunakan untuk membuat lakaran awal lampu tidur Digunakan untuk menghasilkan corak tidak terancangan pada lampu tidur.
–
Digunakan untuk memberikan kekemasan pada kabel yang digunakan.
–
Digunakan untuk melicinkan permukaan kayu sebelum di shalek.
Poster
–
Digunakan untuk teknik ikatan dan celupan pada kain putih.
Benang
Kapas
–
Digunakan untuk mengikat kain menghasilkan corak yang menarik.
Air
Biasa
–
Digunakan untuk tujuan mencelup kain.
6.
Pita
–
7.
Kertas pasir
Halus
8.
Warna
9.
10.
bagi
Aplikasi Teknik
Bil.
Teknik
Cara 23
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
1.
Langkah 1 (Penyediaan kain)
Teknik ikatan dan celupan
HBAE210 3
–
Sediakan 4 helai kain putih yang dapat menyerapkan warna dengan baik
–
Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik
–
Benang digunakan bagi tujuan mengikat
–
Cara ikatan yang berlainan dibuat bagi mendapatkan corak yang pelbagai Langkah 2 (penyediaan warna)
–
bancuh warna dengan air
–
kemudian tuang warna ke dalam bekas yang lebih besar Langkah 3 ( proses mencelup kain)
–
kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan terlebih dahulu bagi membantu memudahkan proses penyerapan
–
celupakan kain ke dalam perwarna
–
keringkan kain tersebut
–
ulangi dengan mencelup warna yang lebih gelap Langkah 4 ( membuka ikatan kain)
–
Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan kain tersebut.
–
Jemurkan kain sehingga kering
24
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
HBAE210 3
Bibliografi
Mohd Zaihidee Hj Arshad. (2008), HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn.Bhd. Kathleen Chee. (2008). Focus Super Hot, Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd. Haslinda Madon. (2007). HBAE 1403 Menggambar. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn.Bhd. Ibrahim N.M and Hassan I (2003). Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd: Pahang Hamid Ab. J.M. (2004) Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit UPSI: Tanjung Malim Lowenfeld, Viktor. 1956. Creative and Mental Growth. Rev.ed. Nem York. The Macmillan Company. Hamid Ab. J.M. (2004) Asas seni Visual. Penerbit UPSI: Tanjung Malim
http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-288504.html http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Sta ilo&pg=st_05.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikat_celup http://tipografis.blogspot.com/2008/09/tie-dye-tshirt.html http://petahijau.greenmap.or.id/page/5/
25