Teknik Belajar

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik Belajar as PDF for free.

More details

  • Words: 5,471
  • Pages: 27
TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA MENGINGATI PELAJARAN “Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.” BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN? “Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.” TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA

• • • • • •

Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru Wujudkan kata kunci Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan. TIP MENGUAT INGATAN

     

Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Berfikiran positif. Fikir perkara berf.aedah saja Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera. Jangan minum minuman bergas.

MENGHAFAL @ MEMAHAMI Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting. “Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.” LANGKAH MENGULANGKAJI         

Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji. Baca tajuk besar terlebih dahulu. Baca tajuk kecil. Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut. Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail. Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas. Cari @ reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama mengingat. Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan. KAEDAH MEMAHAMI

    

Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal. Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.

STUDY HARD @ STUDY SMART? Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan. Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’. Jangan belajar last minute. Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang.Minta bantuan guru apaapa yang tidak difahami. TETAPKAN TEKNIK BELAJAR. “Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan.Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan senang & mendapat keputusan yang cemerlang.” PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS “Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar.Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat.Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.” “Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar.Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan.Dari soalan tahun-tahun lepaslah

terbentuknya soalan ramalan.” PENTINGNYA STUDY GROUP “Di sekolah,saya ada study group sendiri.Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji & berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas.Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin,di taman,@ di pusat sumber.

“Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang mantap.Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik.” “Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami .Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain.” “Suatu perkara yang kami sentiasa pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa .ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang di tetapkan.” PERANAN NOTA  Paling banyak membantu pembelajaran,jadi beri keutamaan.  Mengelakkan membaca buku teks yang tebal  Mengukuhkan kefahaman.  Pembelajaran yang cepat & tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.  Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.  Mudah menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan yang lain.  Ketika menyediakan nota,bina kata kunci & hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.  Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei @ menjawab soalan peperiksaan. PERANAN PETA MINDA “Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan.Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan.Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar @ mengulangkaji untuk memahami urutan,proses @ peristiwa “Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk.Gunakan warna @ dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar.Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.” “Ketika mengulangkaji pula,peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas,padat & mengikut turutan @ aliran .Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.

MENGULANGKAJI “Semua pelajar perlu mengulangkaji pelajaran.Pelajaran hendaklah diulangkaji sebelum 24 jam berlalu.Jika dilewatkan lebih daripada itu, 80% daripada bahan yang dipelajari di dalam kelas akan hilang @ lupa.Gunakan masa pada sebelah petang & malam untuk mengulangkaji hingga selesai. “Untuk menghadapi peperiksaan ,ulangkaji harus dimulakan lebih awal untuk mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir.

HARI SABTU & AHAD Hari Sabtu & Ahad hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu.Pastikan mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin. Di sampimg itu,gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.

FUNGSI ULANGKAJI o Memantapkan ingatan o o o o

Mengukuhkan kefahaman Menambahkan keyakinan Memberi latih tubi kepada minda Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif

KAEDAH MENGULANGKAJI YANG BERKESAN o o o o o o o

Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu Buat kerja rumah dengan cepat & jangan bermalas-malas. Banyak buat latihan Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama. Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa. Guna masa ‘prime time’ untuk ulangkaji matapelajaran yang susah. Gerakerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.

GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI • • • • • • •

Membaca dengan kuat,tetapi jangan sampai mengganggu orang lain. Dapatkan sumber bacaan seperti dari sumber IT @ VCD @ Internet. Cari bahan tambahan dari majalah @ ensiklopedia. Adakan Study Group. Adakan kuiz dengan kawan-kawan. Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada gambarajah,lukisan,jadual,@ carta aliran. Bahan pelajaran dijadikan poster & tampal di dinding.

PENGURUSAN MASA Masa yang efektif adalah suatu perkara yang selalu dibincangkan.Ramai orang menganggap bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi.Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya,peruntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak.Cuba kita lihat tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing.Semuanya adalah manusia dan diperuntukkan masa sama dengan kita. Jadual harian adalah termasuk: • Membaca buku atau mengulangkaji • Bermain atau beriadah • Mnonotan televisyen • Menyelesaikan kerja sekolah • Membantu ibu & ayah • Menziarahi rumah kawan Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti dan perlakuan itu berlaku.Ianya perlukan disiplin yang jitu daripada kita.Perkara ini bukan perkara remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas & ianya mesti dipaatuhi. Selalunya kita mendengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-seolah kita tidak mendapat apa-apa dari pembelajaran tersebut.Berbeza kadang-kadang kita belajar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang cemerlang.Perbezaan antara individu ini adalah kualiti masa yang digunakan.Oleh sebab itu pentingnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa & kualiti masa yang anda gunakan.

BEBERAPA PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA MENGUBAH TABIAT LAMA YANG NEGATIF Tabiat lama yang selalu juga disebut sebagai habit.Tabiat negatif mesti dibuang dari ianya kekal di dalam diri.Jika selama ini kita merupakan orang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian tentang perkara ini.Misalnya sebagai pelajar,tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin.Selalunya kita manangguhkan tugasan & menyiapkan pada ‘minit terakhir’ kadang-kadang hingga larut malam ,yang terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung.Mka tabiat seumpama ini perlu diubah.Tabiat ini ialah tabiat negatif yang begitu dominen dalam diri pelajar. Oleh sebab itu tabiat ini mestilah diubah supaya kita lebih awal menyiapkan tugastugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran.Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat akhir. Kita lihat kebanyakan orang menyatakan perasaan tertekan apabila mendengar tentang peperiksaan.Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal.Kadang-kadang ini memberi kesan yang lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tiada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran.Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya. Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah,mengulangkaji pelajaran &bertindak pada saat yang awal. Elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik & melakukan pada minit ‘terakhir’.

KOMUNIKASI Komunikasi adalah fakor amat penting dalam pengurusan masa.Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan & terbaik. Kita sering membazirkan masa kita,kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik.Sebagai contoh:Semasa guru tiada di dalam kelas,kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan & perkara yang sia-sia yang mana tiada kaitan langsung dengan pelajaran.Semasa ketiadaan guru juga bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya suatu pembaziran masa yang amat ketara & begitu merugikan.Ramai pelajar tidak mengetahui & menganggap ini suatu perkara yang ringan.Jika diteliti kita banyak membuang masa dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran.Kita sepatutnya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain @ mengulangkaji pelajaran.Ini sebenarnya tidak memberi tekanan & bebanan di rumah nanti. Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Ssungguhnya masa mencukupi tetapi cara kita manguruskan masa menyebabkan masa tidak mencukupi.Sebagai contoh lagi,semasa berada di dalam bas kita merasa bosan.Kerana apa?kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah @ ke tempat yang dituju. Sepetutnya semasa di dalam bas @ tempat menunggu bas,kita menggunakan peluang ini untuk kita mngingat fakta apa yang diajar oleh guru.Pada masa ini juga kita boleh membaca notanota kecil agar masa di dalam bas & sebagainya digunakan dengan berkesan & terbaik. Dari segi komunikasi perkara yang penting juga adalah tentang perasaan malu.Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan kawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan hal pelajaran.Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunikasi untuk bertanya kepada guru-guru @ rakan tentang topik yang tidak diketahui.

Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri). Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru,sebenarnya ini adalah suatu perkara yang baik.Masalah yang wujud adalah komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri.Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh.Jika kita bertanya,mungkinkawan-kawan menganggap kita pelajar lemah.Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita.Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar.Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan& ditentang. Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal(bertanya guru)dengan sebaik mungkin.Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri. PENUMPUAN Selalunya kita akan merasa bosan & jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru-guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajarankita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya,semuanya itu kita dapat beri tumpuan walaupun kita di dalam keletihan.Oleh sebab itu,ubah susana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran.Jika guru sedang memberikan pengajaran,berikan tumpuan.Gangguan yang lain perlu dielakkan. REHAT Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara.Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur.Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Kita sering menganggap bahawa tidur cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.Dalam hal ini terdapat pelbagai definisi tentang masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari.Sebenarnya apabila kita

berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti.Maksudnya kita tidur @ berehat adalah apabila kita benar-benar terasa bahawa kita perlu tidur.Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada waktu petang selama 3 jam & waktu malam selama 8 jam.Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan. Sebagai contoh;kita perlu rehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan untuk menyegarkan kembali daripada keletihan.Setelah itu kita akan lebih bertenaga & segar.Pada malamnya pula kita umpamanya tidur pada 11.30 malam & bangun pada awal pagi & setelah kita menunaikan solat Subuh,maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca bukubuku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat Subuh)sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar,tapi melakukan perkara yang sia-sia.Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran & mengingat.Pengurusan waktu rehat & tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan. Jelaslah kepada kita bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita.Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisisplinkan diri & membuat jadual waktu untuk aktiviti pembalajaran.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN PENGENALAN Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah diamalkan.Para pengkaji teknik belajar juga telah juga menghasilkan beberapa pendekata pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai & paling mudah difahami.Untuk memebantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan. Teknik Belajar 5R-STUV: 5. Recopy [salin semula] 6. Rework all model 5x [buat semula contoh/cepat/5x] 7. Recite uot luod Repeatedly[lafaz kuat berulang kali] 8. Recheck [semak semula] 9. Reasonneblenes [jawapan berpatutan/sebaliknya] • • • •

S-sumarize [ringkaskan nota penting] T-test your self [uji diri anda] U-use [gunakan] V-visualize [bayangkan selalu]

• Teknik Belajar Secara Pembayangan Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan & otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan,nombor,kebolehan saintifik,matematik,bahasa,analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama,imaginasi,warna,khayalan,ilham,corak,dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana.Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengkhayalkan pelajaran @ adakah kita selalu digunakan untuk mengkhayalkan & mengimaginasi masalah peribadi,angan-angan kosong,dendam, hasad dengki,amalan ilmu hitam,& perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak kanan belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajajaran,maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan & imaginasi kosong & segerakan menggunakan setiap saat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran. Teknik pmbayangan perlu penumpuan.Penumpuan yang serius amat perlu.Sebaikbaik suasana adala sunyi sepi seperti berehat,semasa berbaring sebelum tidur malam,semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran,semasa menunpang bas & teksi,semasa di stesen bas & lain-lain. Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur.Bilik sudah gelap>Keadaan sunyi sepi.Dalam suasana ini,tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan,raja,sifir,graf,& apa jua yang telah dipelajari.Bayang ia satu demi satu.Untuk menguatkan tumpuan tuli,lukis apa yang ingat di atas tilam menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam.Soal diri anda,satu ke satu soalan,mata pelajaran ke mata pelajaran,hinggalah anda tertidur.Ulangi bila terbangun di tengah malam.Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu,sebulan ke sebula bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat,anda akan rasakan hasil usaha ini.Bagi anda yang belum mengamalkanya,cuba mula dari sekarang. Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. • Masa sebelum tidur-masa berbaring sebelum tidur.Amalkan teknik belajar secara bayangan.Menulis @ menyelesaikan masalah dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. • Masa terbangun di tengah malam (Belajar seperti no. 1) • Masa bangun tidur.Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. • Masa ke tandas waktu pagi(ingatkan perkara yang telupa) • Masa ke tandas waktu malam(sama seperti no. 4) • Masa bercermin(lekatkan nota penting dekat cermin) • Masa sarapan pagi(baca selembar dua surat khabar)

• • • • • • • • • • • • •

Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir & formula) Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota @ bayangkan) Masa di dalam bas @ kereta(Ulangkaji harian/cepat) Masa berjalan ke sekolah(Tanya diri pasal sifir/formula/lain-lain) Masa sampai awal ke sekolah(ulangkaji harian @ cepat) Masa menunggu guru yang terlewat(Ulangkaji cepat) Masa rehat (ke perpustakaan(baca ringkas buku) Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah) Masa berjalan pulang (Tanya diri pasal sifir) Masa berada dalam bas (Baca kad nota) Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) Masa rehat selepas makan malam (baca renacana akhbar & lain-lain) Masa menonton tv (melukis rajah-rajah,peta,tulis formula & lain-lain) MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG Masa Belajar Waktu Subuh Masa yang perlu diurus: 17) Semasa ditelefon(Pendekkan perbualan) 18) Semasa membantu ayah & ibu(Belajar teknik bayangan) 19) Semasa menunggu doktor(Ulangkaji kad nota) 20) Semasa berjalan di persekitaran sekolah(Tanya/jawab diri anda) 21) Semasa mesyuarat(Ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat) 22) Semasa mendengar radio(kurangkan masa) 23) Semasa menunggu kawan(Ulangkaji kad nota) 24) Semasa pelawat ke rumah(jika ramai,belajar di perpustakaan) Jika anda mangamalkan masa-masa belajar ini dengan betul,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang. Teknik belajar PV3R: 27. Tinjauan awal 28. Soal diri 29. Baca,garis,dan tanda 30. Lafaz dan tulis nota 31. Tinjauan akhir 32. Ringkaskan 33. Uji diri anda

1. Gunakan 2. Bayangkan AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN Faham Pecahkan masa belajar Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat Percaya pada diri sendiri Ulang berkali-kali Reka kata kunci,kata isyarat,kata rahsia,dan ungkapan lucu. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur @ semasa bangun tidur. Ulangkan selalu(20 peringkat masa cemerlang)

BELAJAR SECARA BERKESAN

Mengulangkaji • • • • •

Menyemak • Memahami • Menghafal • Menganalisis kelemahan Mencatat

Merujuk

Berbincang Bertanya Mengakses maklumat dari pelbagai sumber

Membuat latihan 1. Latih tubi 2. Kuiz 3. Soal jawab 4. Analisis soalan /rangka jawapan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu mendatangkan kesan.Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar @ berapa banyak perkara yang dapat.Belajar secara berkesan perlulah mempunyai 3 konponen tindakan yang terdapat di rajah berikut(ada rajah motivasi). 2. Mengulangkaji:Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad kepada pembacaan sahaja.Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari,memahami konsep,menghafal formula yang penting,menganalisis isi-isi penting @ mengenalpasti kelemahan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas peta minda konsep @ pengurusan grafik. 3. Merujuk:Merujuk bahan tambahan,bertanya dengan guru @ berbincang dengan rakan amatlah penting dalam proses mengulangkaji.Rujukan boleh dilakukan melalui seperti buku rujukan,akhbar & majalah.Pendidikan Utusan merupakan satu bahan yang baik untuk pelajar membuat rujukan.Rujukan juga bolah dijalankan melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan( www.tutor.com.my) yang secara langsung memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan umum.Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui ejen pencari maklumat seperti(www.yahoo.com). 4. Membuat latihan:Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi,kuiz,soal jawab,menganalisis soalan tahun-tahun lalu serta merangka jawapannya. Ketiga-tiga komponen diatas perlulah di integrasikan agar proses belajar dapat dialami dengan lebih berkesan tanpa berasa bosan,mengantuk @ tertekan.

TIP MENGULANGKAJI MENJELANG PEPERIKSAAN (Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)

LANGKAH A-ANALISIS TOPIK 5. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari. 6. Senaraikan semua topik seperti ysng terdapat dalam sukatan pelajaran(anda bolah dapat dari buku teks @ sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru @ membelinya di kedai buku . 7. Buatkan perbandingan & kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari @ belu difahami. LANGKAH B-MENCARI MAKLUMAT • Topik-topik yang belum difahami sila cari mklumat sama ada dari guru atau membuat nota @ berbincang dengan rakan-rakan. • Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting. • Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda @ lain-lain cara yang mudah diingati.Rujukan @ membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan isi-isinya tepat.Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan Kementerian Pendidikan. LANGKAH C-MENGULANGKAJI • Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks @ buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths & sains. • Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan @ lain-lain mata pelajaran,pilih soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas @ soalan-soalan dari buku teks & buku kerja ,kemudian catatkan isi-isinya dalam kertas latihan. • Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat.Latihan-latihan ini adalah merupakan nota bagi anda.

TIPS LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK BELAJAR Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh seseorang pelajar dalam rancangan setiap hari. • Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS) • Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA,PELAJARAN & TOPIK. • Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu contohnya sebelum 2.00ptg.bagi hari sekolah.@ sebelum 7.00 pg.pada hari cuti. • JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut. • Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat.Contoh 2.30 ptg-3.30 ptg. • Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk @ topik & disertai dengan muka surat & nombor soalan yang ingin dibuat.Contoh:Matematik,(pelajaran),operasi tambah(topik0,ms.34 soalan 1-15. • Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS ini. 9. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda. • Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik. • Ianya membantu pemahaman & dapat mengingati satu-satu topik dengan lebih cepat. • Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini.Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah,peta konsep pengurusan grafik adalah sesuai digunakan.Sila berhubung dengan cikgu untuk mendapat perangan cara membuat peta minda ini.Disini disediakan contoh membuat peta konsep • Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail. • Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta,huraian ringkas & juga gambar.

• •

Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati. Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera & dapat diingat dengan cepat. 3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE) • Ianya merupakan satu analisis @ rumusan sepanjang minggu pelajaran yang dipelajari di sekolah. • Tujuannya adalah mencatat & mengenalpasti topik-topik & juga bahagianbahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu. • Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada guru,membuat latihan lanjutan & sebagainya. • Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN,TOPIK,ISI /HURAIAN TOPIK /BAHAGAN YANG TIDAK DIFAHAMI & TINDAKAN. Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar untuk menuju kearah kecemerlangan. Untuk maklumat ibu bapa,perancangan diatas adalah merupakan sebahagian daripada Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) yang dijalan kan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

10 langkah mewujudkan keyakinan diri Berikut merupakan 10 langkah ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri: 2. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah sama seperti orang lain. 3. Orang lain boleh buat,kenapa anda tidak boleh buat? 4. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda & baikinya. 5. Jangan takut-takut @ teragak-agak untuk melakukan perkara yang positif. 6. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. 7. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan,ianya sebagai warm up mengaktifkan diri seseorang. 8. Kemas diri & anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu. 9. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka & mata orang yang kita sedang berinteraksi dengan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.Jangan terlalu kaku. 10. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasil yang akan dapat selepas tugas tersebut. 11. Sentiasa peka terhadap waktu,jangan berlengah-lengah @ bertngguh dalam melaksanakan suatu tugas. INSYAALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA! SESUNGGUHNYA ANDA ADLAH INSAN YANG MULIA INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDPATKAN HASILNYA!

BAGAIMANA HENDAK JADI “SMART” Kita sering kali mendengar istilah “SMART” yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan.Sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang itu perlu menggunakan daya intelektulnya serta digabung & diimbangkan dengan aspek fizikal dan segala pilihan & tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah daripada sebarang pembaziran. Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan “SMART” sebagai satu perkataan akan membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan kita. Pada saya “SMART” membawa pengertian sentiasa Mahu Ambil Risiko & Tanggungjawab.Huraian seperti berikut:• S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara berterusan.Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang pada setiap hari sedikit demi sedikit secara bereterusan.Pepatah melayu ada mengatakan “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.” Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan.Tekanan akan terasa sekiranya tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu. • M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan.Ianya lahir dari dunia yang suci.Kemahuan ada kaitannya dengan matlamat hidup.Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang @ matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi & keinginan untuk terus berusaha mencapai kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi “Di mana ada kemahuan,disitu ada jalan”. • A (Ambil) – Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya.Dengan lain kata sekiranya kita tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan, tanya hanya akan wujud dalam imaginasi & ilusi sahaja.Oleh itu tindakan harus diambil utuk mengejar matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. “Bulat tidak akan datang bergolek & pipih tidak datng melayang” tanpa usaha yang gigih. • R (Risiko) – Risiko bermaksud cabaran.Kehidupan ini penuh dengan cabaran.Seseorang yang hendak mencapai kejayaan harus sanggup

menghadapi cabaran.Cabaran dapat menggerakkan kita kearah kehidupan yang lebih dinamik.Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran.Oleh itu,ia mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya. • T (Tanggungjawab) – Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu.Sesetengah orang yang bertanggungjawaqb akan berusaha untuk melakukan sesuatru tindakan yang dapat memberi faedah pada dirinya,keluarga,masyarakat & negara.Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kerugian serta keburukan. Dari huraian yang ringkas `tadi kita dapati seseorang yang “SMART” adalah mereka yang setiasa mahu berjaya & bertanggungjawab. Sebagai pelajar,anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu.Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran. Sebagai seorang insan anda harus cekal menhadapi cabaran.Cabaran adalah merupakan mainan dalam kehidupan.Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran & kesabaran adalah separuh iman. Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan.Anda perlulah yakin terhadap diri sendiri.Sekiranya anda yakin & bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan,maka InsyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah. Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur & ikhlas,tanpa dipaksa & dengan tanggungjawab.Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko & tanggungjawab adalah yang paling mulia.Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko & tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Risiko & tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan & aktiviti yang dijalankan di sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang.Mereka lakukan ini tanpa mengira masa & tenaga. Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiyi yang berfaedah kepada mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma. Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang “SMART”?Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri yang dihuraikan di atas.

MENGAPA ANDA SELALU LUPA Adakah masalah lupa merunsingkan anda?Itu sudah pasti,bukan?Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca,maka tahniah!! Itu tandanya manusia normal.Hasil kajian menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa dalam masa 24 jam. JANGAN CARI ALASAN. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar @ membuat ulangkaji terlalu awal.Buat apa baca sekarang esok lupa juga” .Inilah kata-kata yang sering diucapkan.Tahukah anda,sebenarnya anda tidak lupa,Cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksan.Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu & untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebai-baiknya.Jangan risau kalau masih banyak yang perlu ingat,yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham. FAHAMI APA YANG DIBACA. Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.Menhafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.Sekiranya anda belajar awal,anda pasti punya banyak masa & berpeluang untuk bertanya kepada guru-guru & rakan- rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat. Setelah anda benar-benar faham,sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya nmusim peperiksaan.Sediakan juga nota-nota poket & peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang terlah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal. HAFAL KATA KUNCI. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh fakta :Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan & otak kiri. Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.Keduanya barulah hafal fakta tersebut,tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera’ yang merupakan kata kunci kepada fakta.Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!!

PECAHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL. Sekiranya anda terpaksa hafal terlalu banyak fakta,jamgan hafal kesemuanya serentak.Tidak perlu terburu-buru.Pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil & hafal setiap fakta dalam kumpulan itu. Misalnya,kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat,pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.Setiap kumpulan mempunyai 5 fakta.Baik,sekarang mana yang lebih mudah dihafal,kumpulan yang 15 fakta @ kumpulan yang mengandungi 5 fakta?Lihat!mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.Sekali lagi jangan terburu-buru.Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran & ketekunan yang tinggi. SERING MEMBUAT IMBASAN. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% apa yang dipelajari akan lupa dalam 24 jam.Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat,maka jangan pelik kalau anda terpakasa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif,anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.Petu di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. Imbas 5 setiap 2 minggu. Imbas 5-10 minit dimusim peperiksaan. GUNAKAN TEKNIK-TEKNIK INGATAN. Untuk memudahkan lagi mengingati fakta,anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik nemonik,teknik menggambar cara,teknik ceraian & pelbagai lagi.Pastikan anda kemali kesini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa. ELAKKAN DARI TIDUR PETANG. Ini lagi satu penyakit.Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat Zuhur.Ini sunnah Rasulullah S.A.W. badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti. AJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang anda ketahui kepada orang lain.Libatkan diri secara aktif dalam perbicangan kumpulan.Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.Raikan setiap soalan & hujah daripada rakan.Galakkan mereka bertanya kepada anda.Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

MENGURUS MASA BELAJAR Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.Kegagalan mengurus dan mangatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran.Sebagai pelajar,anda mestilah: 2. Pastikan waktu mgulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5-7 jam sehari.Jangan pula salah faham,maksud 5-7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan.Anda mungkin belajar 1 jam di waktu Subuh,2 jam di waktu petang & 3 jam di waktu malam.Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari. 3. Tahap konsentrasi @ tumpuan belajar adalah berbeza.Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam & ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.Jangan paksa diri anda.Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu,ambillah rehat seketika.iaitu lebih kurang 5 mint.Selepas itu sambung semula belajar.Sebelum anda sambung belajar,cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya. 4. Dalam satu sesi belajar,pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu.Selang-selikan aktiviti membaca dengan membuat nota,menceritakan semula apa yang telah dipelajari,membuat peta minda @ peta konsep,menjawab soalan-soalan,melakar rajah & sebagainya. 5. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar.jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan.Misalnya,meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa satu jam adalah tidak realistik. Sebaliknya,matlamat untuk menghabiskan & memahami 20 muka surut lebih munasabah & boleh dicapai. 6. Sediakan jadual belajar @ perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji.Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa benyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan. 7. Sediakan senarai tugas harian ( “TO DO”lists) pada malam sebelumnya.Mananya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.Tentukan tahap keutamaan & kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan.Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first thing first”.

1.

Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.Setakat mana anda jayakan perancangan anada?Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda. 2. Ganjari anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan. 3. Gunakan teknik membaca yang berkesan.Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang. 4. Fokus sekurang-kurangnya 50% dari masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.Iaitu proses memanggil semua maklumat. 5. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas,ketika menunggu selepas rehat sebelum masuk kelas,& lain-lain.Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati julahnya 1-2 jam dalam sehari.Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil. 6. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari,ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari saja dalam setahun?Kemana perginya lagi 350 hari masa anda? TAHUKAH ANDA? Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun,anda menghabiska 30 dari usia anda hanya untuk tidur.

Related Documents

Teknik Belajar
April 2020 29
Teknik Belajar Matematik 2
November 2019 36
Teknik Belajar Yang Berkesan
November 2019 36
Teknik Belajar 1
October 2019 39
Teknik Belajar Matematik
November 2019 28