TANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA
DEFINISI Secara
umumnya, "tanggungjawab" ditakrifkan sebagai keharusan untuk "menanggung" dan "menjawab“, iaitu suatu keharusan untuk menanggung akibat yang ditimbulkan oleh perilaku seseorang dalam rangka menghadapi suatu persoalan.
Tekanan
sosial yang mengikat, sesuai dengan kewajiban dan tugas yang dikehendaki oleh status sosial itu sendiri.
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan
Merupakan prinsip asas tanggungjawab rakyat sebagai warganegara Malaysia. Rakyat juga bertanggungjawab untuk patuh dan hormat kepada identiti negara seperti bahasa, bendera dan lagu kebangsaan.
Kepercayaan kepada Tuhan Kepercayaan
beragama merupakan tunjang pengwujudan Malaysia sebagai sebuah negara dan bangsa yang kukuh dan berdaulat.
Agama
Islam sebagai agama rasmi menurut peruntukan perlembagaan dengan kebebasan menganuti dan mengamalkan agama dan kepercayaan lain.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Lambang perpaduan rakyat.
Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berpelembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen negara.
Raja-raja
dan Yang pemerintah negeri.
Dipertuan
Negeri
sebagai
Keluhuran Perlembagaan Rakyat
bertanggungjawab menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara yang merupakan sumber perundangan yang tertinggi.
Berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat sebagai warganegara dan menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
Penting dalam menentukan pola politik dan kedudukan
sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi undang-
undang negara yang berasaskan kepada Perlembagaan.
Menjamin Kebebasan asasi bagi semua warganegara
Malaysia.
Rakyat
bertanggungjawab untuk menerima dan mempertahan kedaulatan undang-undang negara kerana tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman, selamat, stabil dan makmur.
Kesopanan dan Kesusilaan Bertujuan membentuk warganegara yang bersopan
santun dan bersusila dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Rakyat bertanggungjawab menjadikan prinsip ini
sebagai panduan ke arah memelihara perilaku dan keperibadian melalui nilai-nilai murni.
DASAR - DASAR KERAJAAN Tujuan utama penggubalan dasar-dasar kerajaan adalah untuk: Memelihara cara hidup demokratik. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, adil
dan
progresif. Menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara. Tanggungjawab rakyat adalah untuk memahami, mendukung, melaksana dan menjayakan dasar-dasar tersebut.
Contoh-contoh Dasar Kerajaan: Wawasan 2020, Dasar Perindustrian, Dasar Sains dan
Teknologi, Dasar Wanita etc.
PERSPEKTIF TANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA Dalam usaha untuk membangun dan memartabatkan negara, rakyat seharusnya bertanggungjawab untuk lebih mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu.
POLITIK Tanggungjawab Menjaga Keamanan Negara Sentiasa bersedia untuk mempertahankan negara.
Sebagai contoh, bersedia untuk berperang atau berdiplomasi sekiranya berlaku pencerobohan ke atas negara, dari sudut maruah dan kedaulatan.
Memastikan diri untuk bersifat patriotik dan
nasionalisme, dan tidak sekali-kali terlibat dalam aktiviti pengganasan yang pastinya akan menggugat keamanan negara.
SAMB… Memelihara Keharmonian dan Perpaduan Kaum. Bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik. Mengelakan diri daripada mencetuskan isu-isu
yang boleh membangkitkan sentimen perkauman.
Menunaikan Tanggungjawab Mengundi. Satu amalan bagi sebuah negara demokrasi untuk
memilih pemerintah.
EKONOMI Tanggungjawab untuk membayar cukai. Bertujuan untuk mengekalkan kemakmuran negara. Contoh-contoh cukai: Cukai
pendapatan, perniagaan, tanah, pintu etc.
Melaksanakan dan sentiasa menyokong kempen-kempen
kerajaan dari sudut ekonomi melalui kempen ‘Belilah Barangan BuatanMalaysia’. Dengan maksud, memberi keutamaan kepada barangan tempatan dalam berbelanja. Dapat menjana ekonomi negara dan memastikan kepesatan aliran kewangan dalam negara.
SAMB… Golongan belia harus memantapkan diri dengan menambah
kemahiran lain selain daripada kemahiran-kemahiran yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan di sektor pekerjaan. Juga tidak memilih kerja.
Pengusaha-pengusaha perniagaan dan para majikan pula
harus prihatin dan bertanggungjawab agar lebih mengutamakan pekerja-pekerja tempatan berbanding pekerja-pekerja asing sebagai usaha untuk menyekat dan mengawal pengaliran matawang yang banyak ke luar negara.
SOSIAL Mengamalkan cara hidup di atas garisan rukun hidup
masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dan norma-norma dalam kehidupan seharian. Melahirkan masyarakat penyayang agar dapat mengecapi keharmonian dalam perpaduan hidup bermasyarakat. Bersatu padu dan bekerjasama dalam menyusun
program dan agenda kerajaan untuk kesejahteraan bersama.
LAIN - LAIN ASPEK TANGGUNGJAWAB Tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang
mencemarkan udara, air, hutan etc.
Tanggungjawab dalam kebudayaan dan kesenian Pengkarya-pengkarya harus peka dalam
menghasilkan karya bermutu yang sentiasa ingin memartabatkan negara dan memelihara kedaulatan negara. Berupaya memainkan peranan mendidik rakyat agar lebih bersifat patriotik dan berintegrasi. Contoh: Filem, drama, lagu etc.
SAMB… Media Massa Meliputi media elektronik dan cetak. Pemaparan isu dan berita harus tidak terlalu
berorientasikan sensasi. Sebagai contoh, pemaparan isu-isu jenayah sosial yang sering berada di muka hadapan bagi sesetengah akhbar. Akhirnya akan mendatangkan impresi negatif daripada masyarakat dan negara luar.
TANGGUNGJAWAB DALAM BIDANG PENDIDIKAN Sebagai pendidik, guru harus membangunkan dan
mempertingkatkan jati diri para pelajar di dalam pengajaran agar dapat melahirkan insan-insan yang berintegrasi, patriotik dan mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.