Tangan Kanan, Kiri Atau Kedua-duanya

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tangan Kanan, Kiri Atau Kedua-duanya as PDF for free.

More details

  • Words: 751
  • Pages: 14
TANGAN KANAN, KIRI ATAU KEDUA-DUANYA Oleh : Tung Wai Chee

Sipnosis Cerpen ini mengisahkan Ee Nah, gadis remaja berbangsa Cina berusia belasan tahun. Ee Nah dilahirkan dalam keluarga seni. Ayahnya pelakon drama manakala ibunya pelakon teater. Abang Ee Nah, iaitu Ha Lim pula seorang wartawan meskipun ayah Ee Nah mahukan abangnya itu menjadi seorang ahli perniagaan. Ee Nah amat meminati muzik. Walau bagaimanapun, minat Ee Nah itu mendapat tentangan hebat daripada ayahnya. Sungguhpun begitu, Ee Nah tetap meneruskan minatnya itu. Dia sering bermain piano di rumah dan kedegilan Ee Nah bermain piano itu sering mengundang kemarahan ayahnya. Lisa, iaitu sepupunya yang juga pengasuhnya sering memberi dorongan kepada Ee Nah agar terus maju dalam bidang yang Ee Nah minati. Hal ini demikian disebabkan Lisa turut meminati muzik. Pada suatu hari, mereka bersepakat untuk menyertai satu pertandingan menyanyi. Mereka giat berlatih bagi memantapkan vokal dan memperkemas tarian mereka. Dalam pertandingan tersebut,mereka telah berjaya muncul sebagai johan. Kemenangan mereka mendapat liputan yang meluas. Tawaran untuk menjadi artis rakaman datang bertalu-talu. Setelah menyaksikan kegigihan Ee Nah dan membaca tentang kejayaan anaknya itu melalui akhbar, akhirnya ayah Ee Nah merestui cita-cita anaknya itu.

PERSOALAN Pertentangan pendapat antara anak dan ayah Ee Nah meminati muzik, tetapi ditentang keras oleh ayahnya. Ee Nah sering dimarahi oleh ayahnya. Walau bagaimanapun, Ee Nah tetap meneruskan minatnya itu. Kegigihan yang membawa kejayaan Walaupun mendapat tentangan daripada ayahnya, namun Ee Nah tetap gigih berusaha bagi mengembangkan bakatnya. Akhirnya, Ee Nah berjaya dalam satu pertandingan muzik. Sikap ayah yang mengongkong minat anak-anak Ayah Ee Nah gemar mengongkong minat anak-anaknya. Dia tidak suka Ee Nah berjinak-jinak dengan bidang muzik. Dia juga menentang keras hasrat abang Ee Nah, Ha Lim menceburi bidang kewartawanan.

Tema Kegigihan semangat juang

PLOT 









Permulaan Ee Nah merupakan seorang gadis remaja yang begitu meminati bidang seni, khususnya muzik dan seni. Perkembangan Ee Nah diasuh oleh sepupunya, Lisa setelah Ee Nah kematian ibunya. Lisa yang turut meminati bidang muzik sentiasa memberi galakan kepada Ee Nah. Ee Nah sering bermain piano di rumah. Perumitan Ayah Ee Nah menentang keras akan minatnya itu. Ee Nah sering dimarahi sehingga tertekan. Klimaks Walaupun begitu, Ee Nah dan sepupunya, Lisa menyertai satu pertandingan menyanyi tanpa pengetahuan ayahnya. Ee Nah muncul sebagai juara dalam pertandingan itu. Perleraian Ayah Ee Nah merestui minat anaknya dalam bidang seni.

WATAK DAN PERWATAKAN

Ee Nah Ee Nah merupakan remaja awal belasan tahun. Ee Nah merupakan anak kacukan. Ee Nah digambarkan mempunyai sepasang mata yang sepet dan memiliki rambut yang ikal mayang. Dia amat meminati muzik dan bidang nyanyian. Dia boleh bermain piano. Dia rajin berusaha disamping memiliki sifat berani, tabah dan kuat semangat sehingga dia berjaya mengubah pendirian ayahnya.

Bapa       



Ayah kepada Ee Nah Bapa saudara kepada Lisa Bekas pelakon drama Isterinya, bekas pelakon teater Suka mengongkong anak-anak Menentang cita-cita anaknya Hipokrit, degil dan mementingkan diri sendiri Akhirnya, mengalah dan merestui cita-cita anaknya

Lisa  

   

Sepupu Ee Nah Pengasuh Ee Nah selepas ibu Ee Nah meninggal Suka berjeneka Bertanggungjawab dan penyayang Berani dan sabar Berjaya memenangi pertandingan menyanyi bersama Ee Nah

Ha Lim  



Abang Ee Nah Meminati bidang penulisan Menjadi wartawan

Latar LATAR TEMPAT Di sebuah rumah keluarga Cina, iaitu rumah keluarga Ee Nah.

LATAR MASA Berlaku pada zaman sekarang. Tempoh masanya lama.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang meminati bidang seni Masyarakat yang gigih berusaha Masyarakat yang saling membantu Masyarakat yang suka mengongkong minat anakanaknya

GAYA BAHASA Simile “Kepingin dia menyedarkan Pak Longnya yang degil macam keldai”. Personifikasi Sinar mentari sore menyelinap masuk menerusi pintu kaca. Peribahasa “Orang lain bercita-cita tinggi sampai ke bulan, kamu macam katak di bawah tempurung. Simpulan bahasa Lisa segera angkat kaki Sinkof “Dah balik Pak Long?” Hiperbola Ayah bagai gunung berapi pendam. Akan meletus, mengalirkan lava bila-bila masa sahaja. Bahasa Inggeris “Nasib baik ayah berada di out station.”

NILAI DAN PENGAJARAN 

Kegigihan



Ibu bapa haruslah memahami minat anakanak mereka demi melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.



Setiap kejayaan hendaklah dikecapi dengan usaha yang gigih.



Kita mestilah saling membantu demi kebaikan bersama.



Setiap masalah mestilah diselesaikan secara damai dengan fikiran yang rasional.

Ee Nah gigih berusaha dan berjuang dalam bidang yang diminatinya sehingga beroleh kejayaan. 

Tolong-menolong Lisa, sepupu Ee Nah memberi bantuan kepada Ee Nah bagi mengembangkan bakat seni yang ada pada dirinya.



Kesabaran Ee Nah tetap bersabar walaupun sering dimarahi ayahnya disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.

TAMAT Puan Ku Zaleha Marha Nadhirah Nur Liyana Hasnoor Haini Nurul Farhanah

Related Documents