Tamar Jalis - Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 1

  • Uploaded by: FL
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamar Jalis - Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 62,694
  • Pages: 161
Tamar Jalis

Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 1

[1]

1. Bercakap dengan Jin 2. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan 3. Tidur Di Rumah Bunian 4. Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan 5. Berjaga Dihujung Jambatan 6. Melihat Jembalang Air 7. Terkencing Dalam Seluar 8. Manusia Berkepala Anjing 9. Panjat Bilik Anak Dara 10. Mencari Harta Karun 11. Menunggang Harimau Ditengah Malam 12. Toyol Jadi‐jadian 13. Penunggu Hutan Hulu Kinta 14. Bersuamikan Hantu Raya 15. Dikejar Mayat 16. Kain Dalam Perut Gadis 17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli 18. Diganggu Lembaga Hitam 19. Diresap Semangat Monyet 20. Memburu Raja Pukau 21. Berguru Dengan Syaitan 22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja 23. Roh Bayi Mencari Ibu 24. Puaka Tiang Seri

[2]

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri. Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang‐orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan ia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang‐binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua‐dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkanya sebelah kiri. Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara‐perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita‐cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang‐ kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al‐Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya. Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan‐kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan‐kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang. [3]

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun‐daun kering yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing‐pusing di situ. Seekor rusa lain mjncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau‐kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah. Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu‐talu. Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring. Daun‐daun hutang di keliling datuk bergerak‐gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak‐gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu. Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat‐rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya. "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun‐daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur. "Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang‐lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk. "Tidak," jawab datuk dengan berani. "Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku." [4]

"Aku sudah meminta kebenaran." "Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak‐gerak. "Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya. "Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak‐gerak. Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan‐lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar‐benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat‐urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan. Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini : Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi melemang……… Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu." Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali normal yang ujud di depannya sekarang iailah sebatang pokok besar dengan akar‐akar bergayutan yang mencecah muka bumi. Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari anak‐ anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata : "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu." Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian baru kawan‐kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Anglia kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan‐kawannya singgah di pekan Pengkalan Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya warung itu adalah kenalan datuk yang sama‐sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.

[5]

"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu pada datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah. Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk memburu bertambah giat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu siang, dia akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk. Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu senang dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin berlajar ilmu‐ilmu kebatinan. Datuk pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak susut. Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan‐segan berkawan dan mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang dicari hanya sekadar untuk pelindung diri," kata datuk. Pada suatu pagi ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld, dekat Taiping iaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi. Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu. Datuk pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan tanamannya di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi. Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan kereta Ford Anglia mereka masuk ke dalam kawasan Paya Besar ikut jalan enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi. Kemudian datuk dan kawannya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih kurang dua jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah merancangkan bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori kepunyaan seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk lebih kurang pukul tiga petang. Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap menembak. Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok serunai laut, senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba‐tiba babi itu keluar dari belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya. Masa memburu datuk dan

[6]

kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh dari kumpulan tersebut. "Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya. "Hati‐hati babi hutan luka selalunya ganas." "Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya," tambah datuk lagi. Kawannya akur pada cakap datuk. Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah kepala babi hutan itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan tenang. Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang baik untuk melepaskan tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik senapang. Dan satu ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Gatuk terus juga memburu hingga sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu menyondol‐nyondol tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang. Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang. Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya keroh. Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira‐kira lima kaki itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik. Babi hutan itu itu terus juga nyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok ara. Tiba‐tiba datuk terasa telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar‐pinar. Datuk bagaikan berada di satu dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya. Dengan pokok‐pokok yang beranika ragam dengan akar yang berjuntaian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati, nanti dia mengamuk, semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya. Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan itu menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datu meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati‐hati dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan babi hutan terus menyelinap ke balik pokok besar. Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya.

[7]

Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan melayang‐layang. Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah balik. Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang. Pokok‐pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya. "Kenapa ?" tanya kawan datuk "Kita balik." Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan dan seorang lagi polis biasa. Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk. "Kenapa Tuk," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu. "Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu Bendang," kata Sarjan Ali. Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi. "Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang, sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Mengeremang bulu datuk mendengarnya. Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan. Orang itu berkata pada datuk begini : "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana." "Saya nak jumpa juga."

[8]

"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang, waktu mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat Long Jaafar. Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik itu. Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam. Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan. Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir bukit kota. Menurut orang‐orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat tersebut. Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam hutan. Semua kawan‐kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa dengan anggota tendera. "Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan‐kawannya dengan nada suara yang keras sambil meraba‐raba misai tebalnya. "Kami tak mahu pergi," jawab kawan‐kawan datuk. Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang‐orang yang berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkar baru. Sudah jadi buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis. Orang‐orang keomunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang‐orang yang berladang ki kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang‐orang komunis itu tidak menggangu mereka. Walaupun kawan‐kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi

[9]

memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali. Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari jatuh. Waktu datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun nampak bersinar‐sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam hutan.Kawannya tiu pun menunjukkan arahnya. "Batalkan saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok‐pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan. "Kenapa ?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk yang digayuti peluru. "Merbahaya." ""Kau takut aku ditangkap komunis," "Kalau tidak kenapa kau tahan aku." Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu‐talu dan bersahutan ‐sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan. "Jangan terburu‐buru nanti buruk padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan datuk. "Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang‐terang, aku boleh beri. Berapa ekor kau mahu." Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya segera mengejarnya. Tiba‐tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. "Usah pergi," tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada." "Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya." "Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau." Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala. Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak lapang. Fatuk berhenti di situ, tiba‐tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan keluar dari celah‐celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar‐cakar tanah di situ,

[10]

kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam hati. Ia merangkak perlahan‐lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam itu mengepak‐ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang berkilat bergerak‐gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun‐daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting ats tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Wa terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk membuat rancangan lain. Ia mahu beruhab tempat kerana datuk yakin ayam‐ayam itu tidak akan datang ke situ lagi. Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal. Daduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam‐ayam itu akan datang juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak‐gerak. Seekor ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan‐kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah‐celah pokok lalu menghampiri ayam jantan. Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggannga, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru. Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadnag salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi berburu kesitu. Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. Alang‐ alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah tulat kawasan ini akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk. Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan. [11]

"Kali ini kawan‐kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itek. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat‐cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut‐denyut. "Ganjil," kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. Kemudain ia mengembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga‐ tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh. Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun‐daun hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok‐pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok‐pokok bunga. Di hujung pokok‐pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya. "Kau sesat," kata perempuan itu. "Tidak." "Habis macam mana kau ke mari." "Saya memburu ayam." "Patutlah ayam aku banyak yang hilang." "Saya…." "Sudah mari singgah di rumah aku dulu." Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam

[12]

buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut. Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di rumahnya. "Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk. "Boleh, kami tidak pernah mungkir janji." "Hantarkan saya sampai ke kaki bukit." "Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami." "Janji apa ? " "Jangan menembak binatang ternakan kami." Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua itu lama‐lama. Orang tua itu tersenyum. "Kau susah dengan syarat itu ?" "Tak susah, tapi…." "Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini." "Baiklah." "Kalau kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengigatkan datuk dengan nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang. Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Cara diam‐diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra. Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek. "Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, " kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu. "Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung perempuan tua itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan [13]

dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk. Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok‐pokok besar dan akar kayu berjuntaian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan‐bulan. Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap‐tiap malam jumaat. "Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam. "Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah‐tengah bau kemeyan yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen. Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah dengan anak cucu. Datuk membelikan mereka untuk anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua anak cucunya memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari Raya pertama ia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya. Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menziarahi kubur nenek moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba‐tiba datuk menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi. Bila salah seorang cucu mengesyurkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara : "Usah bimbang, ia akan balik dalam sehari dua ini." "Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu." Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.

[14]

Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap kali datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan disoaljawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku perteengkaran, kalau sudah bertengkar nanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit. Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah pendapat nenek. Ia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu sudah cukup, bagi nenek kalau ai kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar. Barang kali esok atau lusa ia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana. Nenek menghitung semuanya ini, kerana itu ia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi pada diri datuk. Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah datuk kerana urusan diri masing‐masing. Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang makan gaji. Kereta yang bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman rumah datuk, pulang ke tempat masing‐masing. Nenek berpeluk‐peluk dengan anak cucu sambil mendoakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun depan anak cucu akan kembali ke kampung. Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, iaitu semasa kereta anak cucunya bergerak, datuktidak dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba. "Sampaikan salam pada datuk," kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua belas. Matanya merenung muka nenek. "Boleh, jangan bimbang," nenek memberikan perngakuan. Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan rumah datuk. Ia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. Bila semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sireh di belakang rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang. Kalau diikut kata hati, nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau dudu rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya. Bila nenek menkaji semula hal ini dengan sedalam‐dalamnya. Ia tidak rela meninggalkan datuk. Ia mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan yang maha bersar. Sudah tiga jam anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang tingkah kalu anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang matahari sudahpun berada di pucuk kelapa.

[15]

Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja ia membasuh dan memotong kacang panjang. Ia terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Ia melihat Muhammad Hakim keluar dari kereta. "Kenapa ada barang tinggal ?" Tanya nenek. "Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam. Ia tahu cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam. "Apa yang mesti kita buat ?" Nenek menyoal. Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu. Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk menerima pesanan itu dengan tenang. "Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi," kata datuk pada jiran yang menyampaikan pesan. Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk pun mengidupkan injin keretanya, kemudian datuk matikan injin kereta itu, datuk buka bonet kereta untuk memastikan ia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. Datuk periksa injin kereta,. Ia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh. Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Anglianya dengan tenang membelah kegelapan malam. Kereta datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga datuk memandu dalam malam hujan lebat. Ia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali datuk terbabas ke tepi jalan. Bila selisih dengan lori balak atau lori ikan datuk terpaksa memberhentikan keretanya. Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki Pekan Parit hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu meneruskan perjalannya ke Hospital Batu Gajah, datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan, sampai di satu selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba‐tiba, Ia cuba menghidupkan injinnya, usahanya itu tidak berjaya. Dalam hujan yang lebat itu datuk keluarkan dari perut kereta. Datuk membuka bahagian depan dengan lampu oicit di tangan ia meraba semua wayar yang terdapat pada injin kereta. Badannya sudah basah. Ia menggigil. Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk masih juga tenang. Walaupun ia tahu, ia sekarang berada di tempat sunyi di kiri kanannya penuh dengan hutan tebal. Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa diri nya berada [16]

tidak jauh dari Bukit Berapti. Setiap kali cahaya kilat memancar ia dapat melihat Bukit Berapit yang tertegun berdiri di kiri kanan jalan. Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah‐limpah, datuk melihat jam di tangan, sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintaas di situ. Datuk tetap menggigil dalam perut kereta Ford Anglia, Tiba‐tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah kanan jalan. Ia mempastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah. Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang . Kemudian ia memutuskan untuk pergi ke rumah yang ada cahaya lampu itu. Datuk menguncikan semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan yang begitu lebat. Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja di kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu, ialah sebuah rumah batu beringkat dua, di halamannya penuh dengan pokok‐pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan. Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang‐ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk ketuk lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita minyak tanah. "Saya mahu tumpang berteduh," kata datuk. "Begitu, masuklah ke dalam." "Tak payah, biarlah di luar sahaja." "Jangan begitu masuklah." Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam rumah. Akhirnya datuk masuk. Ia disuruh duduk di ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu memberikan datuk kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan datuk secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar. "Tinggal seorang saja," tanya datuk. Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum, lampu minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan ditiup angin malam. "Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit." "Suami ?" "Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis di Sungai Siput." "Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam begini," "Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya berkewajipan menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan dari awak." "Awak perempuan yang baik hati," "Usahlah terlalu memuji," tingkah perempuan muda. [17]

Di luar ruamh hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan pokok yang sekah. Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup‐sayup di luar bersama bunyi suara kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu datuk terdengar bunyi suara perempuan mengilai. Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada perempuan muda itu. Ia tetap tenang. Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu biadab namanya. Datuk tidak mahu, perempuan muda menuduh dia biadab. Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk, bahawa dia dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina. Masa zaman pemerintahan Jepun mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah, mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka duduki sekarang ini. Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk sebuah bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari. "Bilik untuk awak tidur di sini," ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang dimamah api tersedia di atas meja. "Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak," tambah perempuan cantik itu, "kereta awak dan awak selamat di sini." "Terima kasih." Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda itu mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum, dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu adalah untuk kebaikan dirinya, ia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam lalu merogolnya. Datuk menggelengkan kepala. "Aku tidak sejahat itu," kata datuk dalam hati. Ia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu merapatkan kedua belah kelopak matanya, ia terdengar bermacam‐macam bunyi di luar, ada bunyi orang berjalan, ada suara orang menangis. Datuk tidak mengiraukannya barangkali itu cuma perasaannya sahaja. Akhirnya, datuk terlelap, ia bermimpi ada orang kepala anjing datang padanya lalu mahu membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati. Dalam perlawanan itu , datuk tewas pada orang berkepala anjing itu terus mengoyak daging peha datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga. Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik. Datuk mengerutkan dahi, kerana ia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan buruk. Tidak ada katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang pisang. Datuk keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi, indah ternyata sebuah rumah buruk yang hanya menanti masa untuk rebah ke bumi. Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan kekitar rumah itu ama meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semala. Tidak napak batang hidung. [18]

Datuk pergi ke ruang tengah. Ia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam cawan itu. Datuk mengucapkan panjang. Ia ingat malam tadi ia minum di situ. Ia yakin air itu sudah masuk ke dalam perutnya. "Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan," bisik batin datuk. Ia pun meninggalkan kawasan rumah itu menuju ke jalanraya. Datuk cuba menghidupkan injin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba memandu dua tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Datuk terus menuju Hospital Batu Gajah. Ia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah meninggal dunia. Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah. "Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal anak dara tuanpunya rumah itu menggantung diri di ruang tengah rumah tu," beritahu pekerja itu pada datuk. "Sebab ?" "Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain." "Begitu ?" suara datuk lembut. Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah. "Aku bukan tukang cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka‐suka pada sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan‐kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata : "Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang akan terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan‐kawan datuk yang mahu menjawab cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya, merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang‐orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi diperkatakan oleh orang. Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan bengkak‐bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan Swasta, tapi sakit datuk tidak juga mahu hilang. Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil untuk merawatnya. Sakit nya tidak juga mahu hilang. [19]

Seorang dukun dari Mambang di awan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali oleh pawang yang benar‐benar handal. "Kenapa tok bomoh ?" seorang cucu datuk bertannya. "Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek. "Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidaj mahu memberikan jawapannya. Begitulah datuk, ia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. Walaupun sakit terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan‐kawannya yang datang melawat. Kadang‐kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya. "Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal dekat Grik. Entah macammana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk merawatnya. Memang di luar dugaan, anak cucu , datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama. Sesudah menerima suntikkan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari ruang tengah ke anjung ruamh. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi. Datuk mula boleh makan nasi. Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak. Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya. Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau‐bauan yang wangi, diganti pula dengan bau kemayan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus duduk. "Carikan aku tiga biji limau, tiga gelai daun sireh putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat membakarnya," ujar datuk tenang. "Nak buat apa," tingkah nenek. "Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk membeliakkan matanya. Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkankain kuning. Bila barang‐ barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang menaburkan serbuk kemenyan di dalamdupa.

[20]

"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding. Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak‐ kerak bagaikan ada tangan yang menyentuh. "Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah. Semua anak cucu keluar. Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar. "Dah berapa lama sakit ini, kenapa tak beritahu," anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . Tidak ada orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut. "Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan. "Dah dekat tiga bulan," sahut datuk "Patutlah lama tak ke rumah." "Sibuk." "Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan." "Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta." "Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya. "Itu salah saya," datuk mengaku. Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta bunyi orang mengoyakkan daun sireh. "Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya,"terdengar lagi suara perempuan. Beberapa saat kemudian, datuk memebuka pintu bilik , bau wnagi masuk ke ruang rumah. Lepas itu datuk membuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu. "Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar‐samar itu. Datuk melambaikan tangannya. Entah pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya . Datuk sudah pun mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya bertambah pening. Antara doktor dan dukun siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh. Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja. Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa‐apa atas kehilangannya itu, semuanya tahu, bahawa datuk pergi ke rumah isteri orang bunian. Dan datuk akan kembali ke [21]

pangkuan nenek sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga empat hari. Nenek tidak pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang kebahagiaan diri datuk. Biarlah datuk buat apa sahaja. Asalkan datuk gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati nenek. Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk akan membawa seekor dua ayam hutan dan buah labu atau mentimun untuk nenek dan anak cucunya. "Siapa yang merawat dalambilik dulu," tanya nenek pada suatu petang. Datuk tersenyum mendengar pertanyaan itu. "Isteri muda kitalah." "Siapa ?" "Orang bunian." "Hum, lagi apa katanya pada awak." "Tidak ada apa‐apa, cuma dia berpesat satu sahaja, kalau ada apa kesusahan pada keluarga kita, segera beritahu padanya." Jawapan yang diberikat itu cukup menyenangkan nenek. Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam pengambilan ahli‐ahli pengawal kampung untuk menentang pihak komunis yang sentiasa mengancam keselamatan penduduk kampung. Datuk telah dipilih untuk menjadi anggota AP. Kerana itu datuk kena menjaga kampung pada setiap malam secara gergilir‐gilir dengan orang‐orang kampung yang lain. Kerana datuk dianggap penduduk yang tertua di kampung itu dan tahu pula serba sedikit ilmu dunia, datuk telah dipilih untuk menjadi ketua. Kadang‐kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke hutan untuk mengempar sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat baginya. Datuk mernerimanya dengan rasa senang hati. Satu keistimewaan datuk, ialah dia cukup kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya tidak cengkung atau pucat. Satu malam telah diarahkan pasukan keselamatan untuk membawa anak buahnya menjaga kawasan kampung yang bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak sungai. Datuk pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh lima orang. Satu pasukan ditugaskan peronda tapi sungai mengala ke utara. Sedangkan datuk dengan kawan‐kawan menguasai sebelah selatan hingga sampai ke jabatan besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu sebagai tempat ia mengatur sebarang gerakan. Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali malam yang sepi itu dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukkan keselamatan yang melintas di atas jambatan besi. "Kau berdua pergi ke hujung sama, dan kau berdua pergi berjaga dekat pokok besar," datuk memerintahkan anak buahnya. "Di sini, siapa nak tunggu, tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu dengancepat. Dia termenung berfikir. [22]

"Di sini, biar aku tunggu," katanya. Anak buahnya yang sudah diperintah mengikut arahan yang ditetapkan. Malam bertambah sejuk. Datuk mengigil kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. Badannya disandarkan pada besi jambatan. Tiba‐tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam meniti atas palang besi jambatan menuju ke arahnya. Lebih kurang satu ela mahu sampai padanya , ular itu berhenti. Panggung kepala. Menjulurkan lidah. Mata ular itu nampak merah. Dari mulut ular itu terpancar sesuatu macam api. Bila ular itu mengkatupkan mulutnya. Api itu padam dan api itu akan wujud kembali, bila ular itu membuka mulutnya. Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok perak di pinggang. "Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti." Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun pangung kepala. Bagaikan kilat datuk mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu‐satu. Barulah puas hati datuk. Malam bertambah dingin. Daun‐daun pokok di kiri kanan jalan bergerak‐gerak diterajang oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut‐sahutan. Di selang‐seli dengan raungan anjing yang mendayu‐dayu. Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya jatuh. Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat. Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung. Belum pernah dia berhadapan dengan hal‐hal begitu. Mata datuk terus juga merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi dengan teliti. Datuk berdebar juga. Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut. Niat itu mati dengan sendirinya, bila timbul desakan dalam hatinya untuk mengetahui apakah benda dalam perut sungai. Dalam suasana agak kelam‐kabut itu. Datuk terpandang, air sungai mula melimpah ke tebing. Di tengag‐ tengah sungai itu timbul satu lembaga besar hitam, badannya sebesar kerbau jantan. Lembaga itu terus timbul. Setiap kali lembaga itu bergerak. Air terus bergelombang merempuh pokok‐pokok keladi di tebing sungai. Semuanya tumbang. Macam selalu, bila berhadapan dengan perkara‐perkara yang aneh datuk akan membaca ayat suci al‐quran. Kali ini datuk membaca ayat 'Kursi' dengan khusuk. Semasa dia membaca ayat‐ayat itu lembaga di dalam sungai terus mengamuk dan bertempik, bagaikan suara gajah. Datuk tidak peduli. Dia terus membaca. Bila ayat itu habis dibaca. Suasana di dalam sungai kembali normal. Air sungai terus mengalir tenang. Daun‐daun pokok tidak bergerak meskipun angin malam bertiup. "Syaitan ?" kata datuk sambil meninggal kan tempat tersebut. Datuk terus mendapatkan anak buahnya. Mereka berkumpul kerana hari sudahpun beransur cerah. Datuk terus membawa anak buahnya ke surau dan menunaikan sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh mereka pun berpecah meneruskan kerja masing‐masing. Separuh dari pada anak buahnya terus ke Paya Besar menoreh getah dan separuh lagi pergi ke tempat perusahaan membuat batu‐bata di Jalan Parit. Banyak juga anak buah datuk yang menjadi buruh di syarikat perusahaan itu. [23]

Datuk tidak pula menceritakan apa yang dialaminya pada orang‐orang kampung. Walaupun begitu, ada juga orang kampung yang mengalami peristiwa seperti yang datuk alami itu bila berjalan malam di jambatan besi tersebut. Jambatan besi itu masih ada lagi hingga sekarang, terletak di antara Kampung Pulau Kabung dengan Kampung Mandi Upeh. Tapi , peristiwa ganjil seperti yang dialami oleh datuk itu tidak berlaku lagi. Di kiri kanan jambatan besi itu kini sudah penuh dengan rumah kediaman. Kadang‐kadang jambatan itu jadi tempat persinggahan anak muda pada setiap malam, selepas mereka menonton wayang di Pekan Sitiawan, Air Tawar atau Bruas. Dan kalau diceritakan kisah‐kisah aneh pada mereka. Mereka tidak akan percaya, malah mereka akan mengetawakan pada orang yang menceritakannya. Sebulan selepas dari peristiwa yang aneh itu, pada satu malam rumah datuk didatangi oleh seorang pemuda Udin namanya. Dia meminta jasa baik datuk untuk membuat air penawar pada anak kecilnya yang sudah seminggu menangis malam. "Agaknya perut anak kau kembung," kata datuk sambil merenung muka Udin. "Sudah berbotol minyak angin saya lumurkan ke perutnya." Jawab Udin dengan tenang. Datuk terdiam kerana dia tahu, dia bukanlah seorang dukun atau pawang, tapi kerana dia merupakan orang yahng tertua di kampung tersebut, dia dianggap tahu dalam hal‐hal kedukunan. "Bawa saja anak kau ke klinik," datuk mengesyurkan. Udin terdiam sejenak. Muka datuk direnungnya lama‐lama. "Malam klinik dah tutup." "Sepatutnya, kau tak payah minta penawar dari aku, jumpa daktor lagi baik, sebabnya mereka boleh memeriksa anak kau, mana tahu anak kau ada mengidap penyakit," "Saya tahu, tapi…." Udin berhenti bercakap. Ada rasa kecewa dan putus asa bermain di wajahnya. "Baiklah, bolehlah aku buatkan penawar, tapi esok kau bawalah anak kau ke klinik," kata datuk lagi. Datuk pun segera membuat air penawar dan diberikan pada Udin. Sebelum Udin meninggalkan rumah, lagi sekali datuk memgingatkan Udin supaya membawa anaknya menemui doktor. Datuk berpendapat berubat dengan doktor lebih baik dari berubat dengan dukun, kerana dengan peralatan moden, sakit seseorang dapat dikesan dengan cepat. Pesan datuk itu tidak dipersiakan oleh Udin. Dia terus membawa anaknya menemui doktor dan menerima rawatan dengan baik. Sejak itu anaknya tidak lagi menangis malam. Memang, begitulah sikap datuk, dia lebih suka mengalakkan orang‐orang kampung berubat dengan doktor, kecuali kalau sudah menemui doktor pesakit tidak mahu baik, barulah dia menyuruh berubat cara kampung. "Mari ikut aku ke rumah Anjang Dollah," kata datuk pada saya. Pemintaan datuk itu tidak dapat saya tolak. Dengan rasa kecewa saya meninggalkan kumpulan kawan‐ kawan saya yang sedang bermain galah panjang di depan rumah datuk. [24]

"Apa halnya," tanya saya "Sajalah,aku dengar cerita Anjang Dollah tu handal mengubat orang kena sampuk, anu nak tengok cara dia mengubatnya. Kalau boleh aku nak belajar darinya." "Belajar buat apa ?" balas saya. Datuk tersenyum dan terus berkata : "Belajar untuk tahu apa salahnya, tidak merugikan kita." Setelah mendengar cakapnya itu. Saya pun tidak mengeluarkan sebarang soalan atau pertanyaan. Berjalanlah saya dengan datuk petang itu menuju ke Kampung Gelung Gajah yang jaraknya lebih kurang tiga batu dari kampung datuk. Terpaksa meredah dua tiga anak sungai. Dan rumah Anjang Dollah letaknya agak terpencil dari rumah‐rumah di situ. Berada di pinggir sebuah kolam dan berhadapan dengan sebuah belukar kecil. Lebih kurang pukul empat petang, sampailah saya dan datuk ke rumah Anjang Dollah. Kami dipersilakan naik. Datuk terus menyatakan, bahawa kedatangannya ialah untuk melihat bagaimana cara dia mengubati orang yang kena sampuk. "Apa salahnya, " balas Anjang Dollah dengan senyum bangga. Anjang Dollah pun mempersilakan saya dan datuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Di dalam bilik itu penuh dengan barang‐barang perubatan seperti kemenyan hantu, buah limau, buah kelapa dan tempat membakar kemenyan. Di tepi bilik terdapat sebuah katil dengan tilam dan bantal bersarung kain hitam. Bantal dan tilam itu sudah buruk benar. Bila saya menghampirinya hidung saya tidak tertahan mencium bau hapak dari bantal dan tilam. Bila saya mahu membuka kain tilam yang menutup katil itu saya ditahan oleh Anjang Dollah. "Jangan," suara Anjang Dollah keras. Saya duduk kembali. Hati saya ingin tahu, siapakah gerangan yang tidur di situ. Saya yakin ada orang yang tidur di atas katil itu, kerana bila saya perhatikan kain hitam itu bagaikan bergerak‐gerak mengikuti tarikan nafas manusia. "Siapa yang baring tu," datuk pula bertanya. Anjang Dollah merenung muka datuk. Saya mula resah tidak menentu. "Sahabat saya, orang suruhan saya. Boleh disuruh keluar waktu malam dan balik pagi." Anjang Dollah memperjelaskan pada datuk. Saya dan datuk pun angguk kepala. "Dia tidur agaknya," tanya saya lagi. "Dia tak tidur," sahut Anjang Dollah. "Kalau tak tidur kenapa tak bangunkan." Tingkah datuk. "Dia malu tengok orang." Itulah jawapan Anjang Dollah. Jawapan itu sebenarnya tidak memuaskan hati saya. Dan saya mahu bertanya lagi. Bila saya mahu membuka ulut, datuk segera mencuit bahu saya. Fahamlah saya, bahawa datuk tidak mahu saya menyoal lebih lanjut tentang apa yang berada di atas katil.

[25]

Anjang Dollah meninggalkan kami di dalam bilik. Ada orang datang ke rumahnya. Sepeninggalan Anjang Dollah itu, bulu roma saya mula berdiri. Rasa takut datang dalam hati saya. Kalaulah tidak ada datuk di samping pasti tempat itu saya tinggalkan. Anjang Dollah datang. Dia minta kami duduk di ruang tengah. Di ruang tengah itu terdapat sorang perempuan muda. Duduk bersila di atas lantai. Perempuan muda itu datang ke rumah Anjang Dollah kerana mahu meminta tolong mengubati adiknya yang menjerit dan meraung tidak tentu arah macam orang gila. "Adik saya kena buatan orang Pak Anjang," kata perempuan itu dengan muka agak muram. "Dia terpaksa diikat dengan tali di tiang rumah," tambah perempuan itu lagi. Anjang Dollah mengigit bibir dan terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Tanpa bercakap sepatah, Anjang Dollah terus ke dapur. Datang semula keruang tengah dengan mangkok putih yang penuh berair. "Mari masuk ke dalam bilik saya, " Anjang Dollah menjemput peremmpuan , datuk dan saya. Kami pun masuk ke dalam biliknya. Anjang Dollah bersila, di depan katil. Matanya merenung air dalam mangkok putih sambil mulutnya membaca sesuatu. Entah apa yang dibacanya saya pun tidak tahu. Dia menoleh ke belakang merenung perempun muda seraya berkata, "Kau balik dulu." Bila perempuan itu sampai dekat muka pintu. Anjang Dollah memanggilny akembali dan menyuruh perempuan itu duduk di depannya. Perempuan itu akur dengan perintahnya itu. Anjang Dollah terus membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit Anjang Dollah berbuat begitu. Mukanya bertukar menjadi hitam. Matanya jadi hijau berkilai. Separuh anggota badannya mengeletar, macam orang kesejukan. Lama juga Anjang Dollah jadi begitu. Hati saya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. Bila wajahnya berubah dalam keadaan biasa. Barulah Anjang Dollah bersuara, tapi suaranya bertukar menjadi parau. "Siapa nama adik kau," tanya Anjang Dollah pada perempuan itu. "Aishah." "Berapa umurnya?" "Sembilan belas tahun." "Siapa nama emaknya." "Hamidah." Selesai sahaja Anjang Dollah menyoal dan menerima jawapan dari perempuan itu. Dia segera bangun dan terus rapat ke katil. Berdiri di situ agak lama juga sambil tangan kanannya memegang pangkal dagunya. "Hai sahabatku yang setia, pergilah engkau ke tempat asalmu, ambillah sehelai rambut perempuan mati beranak," kata Anjang Dollah. Kain hitam mula bergerak. Datuk duduk dengan tenang. Saya merasakan mahu buang air kecil, terasa mahu buang air besar. Saya jadi serba salah. Rasa mahu buang kecil dan air

[26]

besar itu hilang juga, bila saya terfikir kalau masa buang air kecil atau buang air besar kain hitam itu akan datang pada saya. Buruk padanya. "Pergilah sahabatku," ualng AnjangDollah. Dengan tiba‐tiba kain hitam terjatuh atas lantai. Apa yang saya lihat di atas katil ialah bantal dan tilam bergerak sendiri. Tilam bagaikan digulong oleh orang. "Dia sudah pergi," kata Anjang Dollah pada datuk. Datuk pun mengangguk kepalanya. Anjang Dollah pun mengambil kain hitam dan terus memberikan pada perempuan muda itu. "Kau rimbaskan kain hitam ke muka adikmu tujuh senja, lepas tu kalau tak juga mahu hilang, kau datang ke mari lagi," kata Anjang Dollah. Dan perempuan itu pun menghulurkan wang pada Anjang Dollah. Dengan tenang perempuan itu meninggalkan rumah Anjang Dollah. "Ini baru sedikit sahaja, minggu depan kalau kalian datang, kalian boleh lihat cara lain saya mengubat, saya boleh kenalkan awak berdua dengan sahabat saya itu," megah benar Anjang Dollah. "Saya datang lagi," sahut datuk. "Datanglah, tapi kena datang malam tau," "Baiklah." Datuk memberikan janji. Sesungguhnya janji yang diberikan oleh datuk pada Anjang Dollah satu penyiksaan pada diri saya. Bila masa yang dijanjikan sampai. Berangkatlah saya dengan datuk menuju ke rumah Anjang Dollah. Kami terpaksa menggunakan andang yang dibuat dari daun kelapa untuk menyuluh jalan. Malam cukup gelap. Tidak ada sebiji biuntang pun di langit. Sepanjang perjalanan telinga kami diasak dengan suara katak dan suara burung jampok dan burung hantu. Bulu roma saya tegak berdiri, bila terdengar suara lolongan anjing sayup‐sayup dari gigi kampung. Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama sendiri amat menakutkan. Dan datuk terus melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun kelapa, sekerap marak, sekejap suram. "Kenapa kita ikut sini tok ?" tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh datuk, bunga‐bunga api dari andang daun kelapa jatuh atas bumi. Saya tidak tahu kenapa datuk ikut jalan ini. Kenapa dia tidak mahu ikut jalan biasa yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah yang luas terbentang. Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa mengulung lengan baju hingga ke siku, kasut getah dan hujung seluar hitam saya mula basah diresapi oleh aori embun. Langkah datuk terus lancar. Andang kelapa diangkatnya tinggi‐tinggi. "Kita patah balik ikut jalan lain tok," saya mengemukakan cadangan. Datuk berhenti. Dia cacakkan andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang pacat yang singgah di kaki seluarnya. "kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat," datuk cabut andang daun kelapa. Saya diam.

[27]

Cakapnya tidak boleh dibantah. Saya melangkah dengan hati‐hati. Silap langkah nanti jatuh ke dalam sawah. Cahaya dari andang daun kelapa menerangi rumpun‐rumpun padi yang baru pecah anak, sesekali terdengar bunyi haruan melompat dalam air sawah menangkap anak. Suara burung hantu dan jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak mengeluarkan sinarnya. Wwan telah kelindungi permukaan bulan. Suara lolongan anjing kian bertambah keras. Daun‐daun dari pokok besar yang memagari batas sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup keras bertiup. Badan saya rasa cukup dingin. "Lagi cepat kita sampai, lagi baik," suara datuk parau. Dia menoleh ke arah saya. "Saya sejuk tok, jauh lagi ke ?" "Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari belakang." Itu perintah datuk. Badan saya jadi mengeletar, macam‐macam perkara buruk datang dalam hati saya. "Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan," saya berdalih. "Kau tak tahu, atau pun kau takut ?" Datuk ketawa. Dia memaksa saya jalan dulu. Saya tidak ada pilihan lain. Saya menurut perintahnya. Saya dan datuk sampai di sebuah taliair. Datuk menyuruh saya ke belakang. Lama juga dia berhenti di tepi taliair itu sambil merenung pada air yang mengalir. "Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat," ucap datuk dengan tenang. Kami mara ke depan. Berhenti di bawah pokok mempelam telur yang berdaun lebat. Cakap datuk memang tepat, di pangkal pokok mempelam telur terdapat titi batang pinang. Kami menyeberang dengan selamat, dari situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok pisang hutan, selesai mendaki bukit itu , kami berhadapan dengan sebatang jalan tanah merah ynag lebarnya kira‐kira dau kaki. "Ikut jalan ini ke utara," ujar datuk sambil meraba ulu golok peraknya. Saya anggukkan kepala dua tiga kali. Berjalanlah saya dengan datuk, suara burung hantu terus juga menyumbat lubang telinga. Kami melintasi sebuah tanah perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu‐batu nisan terpacak dengan gagahnya. Suara burung hantu kian kuat. Suara salakkan anjing kian dekat terdengar. Pokok‐pokok puding dan pokok‐pokok kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat bergerak‐gerak, bagaikan ada benda yang menggoncangnya. Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula menerangi sebahagian dari jalan yang kami lalui, tiba‐tiba awan tebal datang kembali menutup bulan dan andang kelapa yang saya bawa pun padam. Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang datuk membawa dua tiga andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu‐satu keadaan yang tertentu. "Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini," datuk menyuarakan suara hatinya. Saya diam. "Langkah panjang sikit,"tambah datuk lagi. Saya hanya boleh anggukkan kepala sahaja. Tidak lebih dari itu. Angin malam yang bertiup menjatuhkan dedaun tua dan ranting‐ranting, berderup‐derup bunyinya, bagaikan orang mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak menyatakan hal pada datuk. [28]

Saya dan datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke rumah Anjang Dollah dengan secepat mungkin. Barangkali Anjang Dollah sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami, agaknya Anjang Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami, fikir saya dalam hati. Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang, tapi batin saya terus menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan‐akan mengikuti langkah kami. Datuk berhenti berjalan. "Siapa tu," suarnya perlahan. Saya merenung ke depan. Saya terpandangkan benda putih berjalan terhincut‐hincut di depan datuk dan saya, kerana bulan dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang datuk tidak menyala dengan baiknya, saya tidak dapat melihat dengan jelas benda tersebut. "Barangkali ada orang nak lalu," datuk bersuara tenang. Saya juga sependapat dengan datuk. Suara burng hantu dan jampuk bertambah galak. Salakkan anjing bertalu‐talu, sayup‐sayup dan memanjang pula, bagaikan orang menangis di malam sepi. Benda putih terus menghampiri kami, bila datuk mahu menegurnya, benda putih tersebut itupun hilang. Entah ke mana. Saya tidak dapat mempastikan apakah dia masuk ke dalam hutan pokok pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda putih itu menjelma di depan kami lagi. "Bukannya manusia," datuk membisik ke telinga saya. Serentak dengan itu dia memadam api andang daun kelapa. "Kita ke tepi, biarkan dia lalu," perintah datuk. Saya patuh pada arahan datuk. Kami berdiri di balik pokok getah besar. Benda putih itu melintas di depan kami. Saya tidak dapat melihat bentuk mukanya. Apa yang saya lihat pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan menuju ke kawasan tanah perkuburan, saya dan datuk melihat Anjang Dollah datang membawa cangkul. "Apa ni tok," tanya saya pada datuk. "Kau diam, kau ikut saya apa yang aku buat," "Baik tok," saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Datuk melangkah ke jalan tanah merah. Dia menarik tangan saya mengikuti langkah Anjang Dollah menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja. Dua tiga kali saya tersungkur kerana tersepakkan batu‐batu nisan. Datuk berhenti.Saya mendongak ke langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan. Dengan pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat apa yang dilakukan oleh Anjang Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkubur. Benda putih duduk dekat batu nisan. Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas‐tugas dalam masa kurang lebih empat puluh lima minit. Seluruh badannya dibasahi peluh, nampak berminyak‐minyak ditampar sinar rambulan enam belas. Dia duduk di pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang nampak putih itu. Benda putih tanpa kepala dan kakai itu, bagaikan terawang‐awangan, bergerak dan berhenti di depan Anjang Dollah.

[29]

"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau bawa barang‐barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada sahabatnya. Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut. Lama juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur. Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar‐legar di tepi kubur. Kadang‐kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung hantu kian gamat. Suara jampuk bersahut‐sahutan. Lolong anjing tingkah meningkah. Suara dahan kayu berlaga sama sendiri jelas kedengaran di rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi. Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila ditoleh , tidak ada apa‐apa. Saya bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala. Bila diperhatikan tidak ada apa‐apa. Bulu tengkok saya berdiri tegak. Macam‐macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada datuk yang duduk tenang. Mulunya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca olehnya. "Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah yang maha besar, dan tiada manusia yang boleh melawan kekuasaannya. Ingatkan Allah yang maha besar," datuk memberitahu saya, bila dilihatnya saya mengeletar sendirian. "Kau lihat di depan," datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali oleh Anjang Dollah. Saya merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur. Saya terdengar bunyi suara Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke udara, serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau dari dalam kubur. Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan datuk meluru ke tanah kubur. Datuk mahu menolong Anjang Dollah, dia mengambil sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar dari lubang kubur. Setiap kali datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia mengelak, akhirnya ghaib dari kawasan perkuburan. Datuk memanggil saya, waktu saya mahu sampai dekat datuk, saya rasa pangkal seluar saya basah. Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam seluar. Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan cakapnya. Bila andang daun kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang. "Kau lihat ," datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur. Lubang kubur saya jenguk. Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat seorang perempuan, kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan berdarah. "Perbuatan yang dikutuki oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari ajaran agama, cuma orang yang tidak beriman dan tidak percayakan Allah saja yang berani membuat kerja sial ini," datuk merungut panjang. Saya renung muka datuk. Wajahnya penuh kesal. Memang, di luardugaan datuk, bahawa pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak direlakan oleh agama Islam.

[30]

"Apa yang patut kita buat datuk," saya menyoal datuk. Lama juga datuk termenung di situ. Saya tidak tahu apa yang difikirkannya. "Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus dimandikan, dikapan dan ditanam serta dibacakan talkin," terang datuk. "Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini." "Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya," datuk bersuara tegas. "Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ," bantah saya. Datuk senyum. Suara burung hantu dan jampok terus bersahut‐sahutan, tapi suara salakkan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi dahan jatuh masih kedengaran. "Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja yang tidak baik tu, soal dia dengan Tuhan," datuk memberitahu saya. Datuk membuat keputusan yang tepat. Dia mahu memberitahu pada seluruh penduduk tentang peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu menghebahkan hal itu ke seluruh kampung. Datuk juga mengharap pada sesiapa yang mengambil ilmu salah atau yang berguru dengan Anjang Dollah supaya bertaubat dan membuangkan semua ilmu itu untuk kembali ke jalan Allah. Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati beranak itu masih berdarah, saya kira perempuan itu tentu sahaja baru ditanam. Hal itu saya tanyakan pada datuk. "Agaknya dia mati semalam," kata datuk. Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah balik menuju ke kampung. Bila sampai di kampung nanti, datuk mahu melapurkan perkara itu kepada penghulu. Kami kembali meredah tanah sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan dengan datuk. Datuk tahu perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang painggang seluarnya. Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan datuk terserempak dengan Imam Hamid. Dia agak terkejut bila kami nyatakan yang kami baru sahaja kembali dari tanah kubur. "Apa halnya," tanya Imam Hamid. "Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana," soal datuk. Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga mahu pergi ke kubur. "Apa sebabnya," datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak. "Anak aku Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam." "Kami tak tahu," jawab datuk.

[31]

"Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba‐tiba malam ini hati aku teringatkan dia, aku bimbang kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah sekarang, kubur perempuan mati beranak suka sangat digali orang," terang Imam Hamid. Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah datuk segera berubah. Dia mula ragu dengan apa yang dituturkan oleh Imam Hamid. Jauh dalam hati datuk, timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid bersubahat dengan Anjang Dollah dalam perkara ini ? Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan. Datuk terus memujuk. Ada sesuatu yang mahu disoal oleh datuk pada Imam Hamid. Kalaulah Imam Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya supaya kembali ke jalan Allah. "Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak Imam," kata datuk. Mendengar cakap datuk itu muka Imam Hamid berubah menjadi pucat. Imam Hamid mengedutkan dahinya hingga berlapis empat. Dia renung muka datuk. Dia renung muka saya hingga kepucatan yang terhampir di wajahnya hilang. "Mustahak ke ?" soalnya agak ragu. "Memang mustahak, perkara yang mahu diceritakan ni ada hubungannya dengan diri Pak Imam." "Dengan diri saya ?" "Iya," datuk angguk kepala. Tanpa banyak bicara Imam Hamid mengikut datuk dan saya ke rumah. Kami bertiga duduk bersila di anjung rumah. Macam selalu datuk bila berbual suka bersandar. Sebelah kakinya berdiri lutut. Ini memang amalan datuk. Menurut datuk duduk begitu bukan duduk yang kosong. Duduk yang ada makna. Susah kalau musuh mahu menyerang, payah hantu syaitan mahu mengoda. "Apa dia perkara yang mustahak tu?" Imam Hamid mula mendesak. Datuk tersenyum. Serentak dengan itu nenek pun meletakkan tiga cawan kopi di depan kami. "Begini," datuk menggeliat dan terus bercerita : "Anjang Dollah sudah mati, pagi esok kita terpaksa uruskan mayatnya untuk di tanam. Dia mati dibunuh syaitan yang dibelanya." Imam Hamid terkejut. Kemudain dia senyum. Sepasang matanya merauti paras datuk. Saya cuma diam sahaja. Tidak baik campur orang tua‐tua bercakap. "Pemintaan saya diberkati Allah." Itu yang terhambur dari mulut Imam Hamid. Matanya bercahaya memandang muka saya. "Dengan apa Pak Imam membinasakan kerja laknat tu, "datuk terus bertanya. Imam Hamid gosok batang hidungnya beberapa kali. "Dengan ayat Quran, kau harus tahu tidak ada kuasa yang dapat mengatasi kekuasaan Tuhan, lagi pun dalam Quran sudah lengkap semuanya. Kerja jahat memang tidak diberkati Tuhan." Itulah yang [32]

diberitahu oleh Imam Hamid pada datuk. Datuk angguk kepala. Imam Hamid pun terus bercerita pada datuk tentang diri Anjang Dollah. Menurut Imam Hamid, Anjang Dollah memanglah dukun yang tidak bersih. Ia tidak mengamalkan ilmu kedudukannya untuk kebaikan manusia. Dia bekerja bergurukan syaitan. Kerjanya mengorek kubur perempuan mati beranak, suka ambil kain kapan rambut orang yang baru mati beranak. "Agaknya dia dukun sihir Pak Imam," dengan mendadak datuk bersuara. Imam Hamid mengakuinya sambil berkata : " Dia sudah dipengaruhi syaitan sanggup mengambil darah orang mati beranak untuk makanan syaitan yang dipeliharanya." "Siapa pula yang di belanya tu ?" saya tanya. Datuk merenung dengan marah pada saya. "Hantu itu, adik perempuannya sendiri, dia potong kepalanya dan hal tu tak dikesan oleh sesiapapun." "Dahsyatnya," ujar datuk. "Memang dahsyat dan aku menduga dia akan mengorek kubur anak aku. Jadi aku bersedia untuk menghantarkannya." Imam Hamid berhenti bercerita. Dia minta diri untuk pulang ke rumahnya. Mula daripada malam itulah datuk mendapat tahu, bahawa Imam Hamid bukan sebarang orang. Dia banyak ilmu dunia dan akhirat. Sifat orang terpuji pada diri Imam Hamid kerana dia tidak mahu menunjukkan kebolehannya di mata orang ramai. Inilah yang mengkagumkan diri datuk. Sebaik sahaja Imam Hamid pulang. Saya dan datuk tidak dapat tidur. Rumah datuk diganggu dengan bermacam‐macam cara. Pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Kelambu datuk terbakar sendiri. Paling mengerikan bila rumah dibaling dengan batu dan kayu. Datuk tidak bertindak dia cuma membiarkan sahaja. Dia cukup tenang duduk di tengah rumah. Bila datuk mahu pergi ke perigi untuk mengambil air sembahyang. Dia terkejut. Ruang luas di anjung rumahnya penuh dengan daun buluh dan batang pisang. "Syaitan, semuanya kerja syaitan," keluh datuk. Dia terus ke perigi. Saya juga ikut ke perigi. Kami sembahyang subuh bersama. Selesai sahaja datuk sembahyang semua daun pisang dan batang buluh hilang. Pagi itu, kami berdua segera pergi ke tanah kubur. Sampai sahaja di kawasan tanah perkuburan. Imam Hamid dan beberapa orang kawannya sudah berada di situ. Mayat Anjang Dollah sudah dimasukkan ke dalam guni. Dua orang anak muda sudapun mengandar guni yang berisi mayat Anjang Dollah. Datuk segera mendapatkan Imam Hamid minta kebenaran untuk melihat mayat Anjang Dollah. Permintaan datuk itu tidak dihampakannya. Sebaik sahaja datuk melihat mayat Anjang Dollah dalam guni. Air mukanya segera berubah. Jadi cemas. "Kenapa jadi macam itu ?" Datuk dengan tiba‐tiba bersuara. "Itulah pembalasan yang dapat kita lihat, bila orang melakukan kerja‐kerja yang bertentangan hukum Allah," bisik Imam Hamid pada datuk. Mayat Anjang Dollah pun dibawa ke rumah. Dia dimandi dan dikapan, akhirnya disemadikan di tanah perkuburan. [33]

Cerita tentang Anjang Dollah pun padam dari jadi pokok perbualan orang‐orang kampung. Datuk mula berkawan dengan Imam Hamid. Tujuan utama datuk berkawan ialah untuk menambahkan ilmu buat dirinya. Orang yang selalu dibawa oleh datuk ke rumah Imam Hamid, saya sendiri. Kadang‐kadang saya jadi bosan dan benci dengan perangai datuk itu. Bila saya memprotes, datuk cuma ketawa sahaja. Dia berharap benar‐benar supaya saya ambil tahu tentang kepandaian orang Melayu dalam beberapa bidang tertentu yang menurut datuk kebolehan dan kepandaian itu sudah mulai pupus. Pada dasarnya , saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh datuk itu. "Aku tak mahu kau jadi dukun atau pawang," kata datuk pada satu malam. "Tak guna saya ikut datuk." "Ada gunanya," "Apa gunanya, sekadar untuk tahu sahaja tak lebih dari itu, aku mahu kau jadi doktor atau peguam." "Jadi dukun, sama juga tarafnya dengan doktor." "Itu pendapat yang salah," dalih datuk. Kerana malam itu terlalu dingin, saya minta pada datuk untuk tidur dalam biliknya. Permintaan saya itu diizinkan oleh datuk dengan syarat saya tidak dibenarkan mengusik semua perkakas datuk dalam biliknya. Pesan datuk itu saya akur. Waktu saya menolak pintu bilik datuk, saya lihat jam di ruang tengah baru pukul sebelas malam. Sepatutnya saya tidur lebih awal dari itu kerana esoknya saya mesti pergi ke Kuala Lumpur untuk temuduga sebagai buruh hutan atau forest labourer. Datuk sudahpun memberikan beberapa petua untuk temuduga tersebut. Antaranya, bila saya mahu melangkah harus dimulakan dengan kaki kanan. Tidak boleh berpatah balik. Bila berhadapan dengan orang yang menemuduga kelak. Saya harus membengkokkan jari telunjuk saya sambil berkata. "Aku tidak mematahkan jariku, tapi mematahkan hati orang yang menyoal. Biar dia simpati dan kasih pada diriku." Sebaik sahaja berkata begitu, saya disuruh salawatkan Nabi tiga kali sambil membaca ayat Kulya. Semuanya saya lakukan dalam hati. Saya masuk ke dalam bilik datuk rebahkan badan atas katil. Tiba‐tiba saya rasa katil bergerak. Saya bangun dan menoleh ke kanan. Badan saya mengeletar. Seorang lelaki berbadan tegap, bermandikan peluh, berdiri di situ. Muka lelaki itu kelihatan hitam. Bila direnung lama‐ lama muka lelaki itu berubah menjadi muka anjing yang garang mula dari pangkal lehernya. Lelaki itu menjelerkan lidah anjing dan cuba menjilat badan saya. Saya terus menjerit, serentak dengan itu datuk melompat ke dalam bilik dengan keris di tangan. Manusia berpala anjing merenung muka datuk dan bersedia untuk menerkam padanya. Datuk angkat tangan kiri separas dada. Tangan kanannya menunjuk ke arah manusia berkepala anjing. Jari manis dan jari kelingking datuk berkait antara satu sama lain. Manusia kepala anjing melompat ke sebelah kiri, kemudian hilang di balik dinding. Serentak dengan itu juga tingkap bilik datuk terbuka kemudian bagaikan dihempas oleh sesuatu benda, papan [34]

tingkap memukul jenang, seluruh bilik bergegar. Barang‐barang yang tersangkut di situ jatuh berserak ke lantai. Datuk menerpa ke tepi tingkap. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Angin tidak bertiup tetapi pokok rambutan gading di depan rumah bergerak. Beberap minit kemudian terdengar salakkan anjing bersahut‐sahutan. Datuk meniup tingkap. Dia menyuruh saya pindah ke bilik lain yang dekat dengan bilik nenek. "Jaga cucu kita ni baik‐baik," datuk beritahu nenek "Awak nak ke mana ?" "Aku nak selesai masalah baru ini di rumah Imam Hamid." "Awak nak pergi seorang." "Tentulah," suara datuk keras. Baru lima langkah datuk melangkah di halaman terdengar jeritan orang perempuan dari rumah Hussein Janggut. Datuk bergegas ke situ. "Kenapa Sin ?" datuk tercungap‐cungap. "Bilik anak dara saya di masuk orang berkepala anjing." "Kemudian apa jadinya ?" "Dia cuba membawa anak dara saya keluar dari rumah ni," sungut Hussein Janggut parau. Dalam beberapa detik sahaja rumah Husein Janggut mula dikerumuni orang kampung. Malam itu sahaja sekurang‐kurangnya lima buah rumah yang ada anak dara telah didatangi oleh mahluk manusia berkepala anjing. Seluruh kampung Paya Liam jadi gempar. Malam itu juga bentuk dibentuk jawatankuasa pengawal kampung. Seluruh isi perut kampung Paya Lima berazam mahu menangkap manusia aneh itu. Perkara itu segera dilaporkan kepada pihak polis. Dua malam kemudian atas inisiatif Imam Hamid, orang lelaki Paya Lima dikumpulkan di surau. Mengadakan pembacaan Yassin untuk hindarkan manusia kepala anjing berluluasa di kampung tersebut. Ibubapa yang mempunyai anak dara diminta supaya jangan membenarkan anak dara mereka berjalan waktu malam, terutama ketika bulan mula mengambang. Setiap anak dara disuruh membawa pisau atau parang bila mahu tidur. Pintu dan tingkap harus dikunci. Datuk dan Imam Hamid sungguh runsing dengan kejadian itu. Dalam sibuk‐sibuk perkara manusia berkepala anjing, Imam Hamid menghilangkan diri dari kampung tersebut. Dengan itu beberapa tuduhan mula dilemparkan oleh orang‐orang kampung pada Imam Hamid. Datuk bertindak tegas. Dia menolak semua tuduhan itu dengan alasan yang dapat diterima oleh orang‐orang kampung.

[35]

"Cara yang paling selamat kita lakukan ialah bejaga pada setiap malam." Itu nasihat datuk pada orang‐ orang kampung. Beberapa orang dukun memberikan petua pada anak dara dan teruna supaya menaruh inai di jari manis. Dukun‐dukun juga menasihatkan setiap rumah harus menyimpan Quran dan membacanya pada setiap malam. Dengan itu akan melumpuhkan kegiatan manusia kepala anjing datang ke rumah yang ada anak dara dan teruna. Dukun‐dukun atau pawang mengesahkan bahawa manusia kepala anjing itu adalah manusia yang datangnya dari kampung berhampiran yang sedang mengamalkan ilmu salah. Dia sedang menuntut ilmu seri pandang yang antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing. Dia akan menjadi manusia yang kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa empat puluh orang gadis atau dapat menghisap darah anak teruna sebanyak empat puluh empat orang. Kalau dia tidak dapat berbua begitu, dia akan terus menjadi anjing berbadan manusia hingga hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia akan dapat menguasai hantu syaitan yang akan memberikan kemewahan pada dirinya. Malam itu, datuk pulang dari surau sesudah membaca Yassin. Waktu datuk mahu melintasi parit kecil yang memisahkan Kampung Paya Besar dengan Paya Lima, datuk terpandang pokok keduduk dan serunai laut tepi parit bergerak‐gerak. Datuk sembunyikan diri di balik pokok besar. Di langit bulan mula mengambang, makin kuat sinar bulan memanah bumi, makin kuat pokok‐pokok kecil di situ bergerak. Anjing mula bersuara keras. Datuk membuat keputusan untuk mengetahui apakah gerangan yang bergerak dalam hutan kecil itu. Bila bulan sudah cukup mengambang. Datuk melihat satu lembaga manusia bergerak dan berjalan macam anjing, mencium tanah dan pokok‐pokok di situ. "Syaitan," sergah datuk. Lembaga itu terus menyalak macam anjing. Dari merangkak lembaga itu tegak berdiri. Dengan tiba‐tiba sahaja beberapa ekor anjing besar mengelilingi lembaga itu. "Engkau rupanya memang aku cari selam ini," suara datuk keras. Bila dia melihat manusia berkepala anjing hitam itu dengan matanya yang bercahaya ke merah‐merahan. Bulunya cukup tebal. Giginya putih tajam dan air lior melilih di muncungnya. Rupanya cukup mengerikan. Manusia berkepala anjing itu mula menerkam pada datuk. Macam selalu datuk yang memang pandai bersilat itu mengelak dengan mudah. Perbuatan datuk itu menaikan darah manusia berkepala anjing itu. Ia melolong dengan kuatnya. Empat ekor anjing hitam di sampingnya datang menyerang datuk. Anehnya semua anjing‐anjing itu hilang entah ke mana, bila datuk membaca ayat Al‐Kursi. Dengan itu menguatkan hati datuk, bahawa dia berhadapan dengan syaitan. Sekarang, datuk berhadapan dengan manusia berkepala anjing satu sama satu. Tidak mudah bagi datuk untuk menewaskannya. Manusia berkepala anjing tidak menyerang datuk, tapi dia menenung muka datuk dengan matanya yang bersinar tajam. Dua kali datuk jatuh terlentang. Belumpun sempat manusia berkepala anjing menerkam padanya datuk segera bangun. Datuk pun menggunakan ilmu kebatinannya untuk menentang manusia kepala anjing. Di samping itu datuk juga menggunakan ayat‐ayat al‐Quran. Datuk mula terasa musuh yang ditentangnya beransur lemah. Benarlah, manusia kepala anjing itu mula rabah ke bumi. Dengan sekilas pandang datuk sudah dapat mengenali manusia berkepala anjing. [36]

"Aku kenal kau," pekik datuk. Serentak dengan itu tempat manusia berkepala anjing terus ghaib. Datuk menang dalam perjuangan ini. Tapi datuk memang tidak menduga manusia yang jadi kepala anjing itu, adalah manusia yang dikenalinya. Dia pernah bercakap dengan orang itu. Memang di luar dugaan perkara itu boleh berlaku. Apakah orang itu melakukan semuanya kerana mahu membalas dendam. Persoalan ini timbul dalam kepala datuk sepanjang malam. Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung rumah hingga matahari pagi terbit di kaki langit. Cuma ada satu saja yang datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala anjing dia tidak mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak buahnya sama ada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala anjing. "Agaknya, dia sudah lari dari sini," beritahu datuk pada nenek ketika sarapan pagi. Nenek tidak menjawab. Dia cuma merenung muka saya dengan wajah yang sangsi. "Lari atau menyiapkan diri," terungkap dari mulut nenek. Datuk tersenyum. Saya terus menghirup air kopi. "Biasanya perkara yang jahat tidak lama berkuasa," suara datuk lembut. "Maksud awak ?" "Yang jahat tidak diperkenankan oleh Tuhan," sahut datuk dan terus bangun. Datuk menyuruh saya pergi ke Paya Besar untuk melihat anak‐anak getah yang baru ditanam semula. Dia juga menyuruh saya menebang pokok‐pokok pisang di celah anak‐anak getah. "Tebang yang mana kau agak boleh merosakkan anak getah kita," pesan datuk. Saya mengangguk. Ke Paya Besarlah saya pagi itu dengan basikal tua membawa sebilah parang. Lebih kurang pukul tiga petang saya kembali ke rumah. Terkejut juga saya, bila melihat ada beberapa orang duduk di anjung rumah berbincang dengan datuk. Saya kira mereka membincangkan peraturan berjaga malam. Saya terus ke sungai untuk mandi. Lepas itu makan dan membaca suratkhabar jawi, memang datuk tidak pernah tinggal membeli akhbar sejak dari zaman muda lagi. Tanpa di duga datuk memanggil saya. Cepat‐cepat saya campakkan surat akhbar dan meluru padanya. "Ada apa tok ?" "Malam ini, kau turut sama berjaga." "Sayaaa….." suara saya mati di situ. Kawan‐kawan datuk mengetawakan saya. "Kau takut ?" tanya datuk sesudah suara ketawa kawan‐kawannya mati. Semua biji mata kawan‐kawan datuk tertumpu ke muka saya. "Tidak," jawab saya tegas. Kawan‐kawan datuk berpandangan sama sendiri. Saya ditugaskan berjaga dekat surau hingga ke rumah Haji Shafie, kawan saya yang disyurkan oleh datuk ialah Bidin yang agak tiga suku sedikit perangainya. [37]

Sementara menanti malam tiba, saya berpeluang menyoal datuk tentang kehilangan Imam Hamid. Tidak banyak yang mahu diceritakan oleh datuk tentang Imam Hamid. Datuk cuma mengatakan Imam Hamid meninggalkan kampung kerana urusan peribadi. Menurut datuk manusia berkepala anjing ini memang sudah lama wujudnya. Tapi dapat diatasi oleh orang yang cukup handal dalam ilmu kebatinan. "Tapi orang yang macam tu dak ada lagi," keluh datuk. Di mukanya terbayang rasa kecewa dan kesal yang amat sangat. Dia bimbang kalau manusia kepala anjing itu tidak dapat dihancurkan, bukan satu perkara yang mustahil ada gadis yang menjadi korbannya. "Macam mana orang tu boleh jadi begitu tok ?" soal saya. Datuk renung muka saya tepat‐tepat. Dia mengaru pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya merenung kosong ke depan. "Kadang berpunca dari keturunan, " ujar datuk. "Caranya." "Boleh jadi masa dulu ada datuk neneknya mengamalkan ilmu itu untuk mempertahankan diri, bukan untuk tujun jahat, maklumlah orang zaman duu banyak mengembara dalam hutan terpaksa banyak menggunakan berbagai ilmu," datuk berhenti bercakap. Dia telan air lior dua tiga kali. Matanya masih juga merenung ke depan. "Biasanya yang datang dari keturunan tu," jadi bila dia terdesak dan tak sedarkan diri, umpamanya dipukul oleh orang dengan tidak tentu fasal baru dia jadi, jenis ni tidak merbahaya, boleh dibuang dengan ancak dan rakit ke dalam tujuh kuala sungai. Dan orang itu akan sempurna terus," saya mendengar cakap datuk dengan penuh teliti. "Di kampung kita ni macam mana ?" soal saya. "Orang ini menuntut, tapi silap bawa, fasal tu dia mengganas." "Silap macam mana ?" "Tujuan dia menuntut untuk diri sendiri, tapi masa dia menuntut tu, boleh jadi dia menjalani pertapaan, masa itu dia dipengaruhi syaitan untuk membawa kerja yang tidak baik." "Jadi." Mendengar cakap saya itu, datuk jadi tergamam. Bila rasa tergamamnya hilang. Dia tersenyum dan terus menepuk bahu saya dua tiga kali. "Dia terus jadi syaitan," tambah datuk "kerana itulah bila mahu menuntut ilmu keduniaan, terlebih dahulu mengisi dada dengan ilmu agama, dapat membesakan mana yang direlakan oleh agama dan yang mana pula ditegahnya. Tak boleh main ikut‐ikut silap‐silap gaya kita terkeluar dari ajaran agama. "Keluar macam mana."

[38]

"Takbur dan menafikan kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sedangkan sesuatu yang berlaku adalah atas kehendaknya, kita boleh jadi murtad," Datuk segera bangun. Memang kalau dia masih ada depan saya, banyak lagi pertanyaan yang mahu saya tanyakan. Datuk tahu perangai saya. Dia memilih jalan mudah dengan meninggalkan saya. Berjaga Malam Tepat pukul sepuluh malam. Saya dan Bidin tiga suku mudar‐mandir dari satu kawasan ke satu kawasan. Kemudain menuju ke kawasan rumah Haji Shafie dengan membawa sebatang kayu panjangnya kira‐kira empat kaki. Saya tidak suka dengan perangai Bidin tiga suku yang suka bercakap besar. Sesekali dia bersilat tidak tentu fasal. Tidak boleh terdengar katak melompat. Dia buka silat. Kalau dekat dengannya bertabur darah kepala kena kayu di tanganya. Memang saya tahu, Bidin tiga suku baru dua bulan belajar silat cekak. "Kau jalan seorang dulu Din, aku nak rehat di tangga surau," kata saya sambil duduk di anak tangga bongsu. Ketika itu sudah pukul sebelas lebih, bulan mula mengambang. Suara salakkan anjing. Mula kedengaran. Sayup‐sayup. "Ok, kalau aku jumpa, aku lipat empat," "Jangan begitu, tak baik." Saya terdiam. Bidin tiga suku terus meronda. Dua minit kemudian Bidin tiga suku datang pada saya. "Kenapa ?" tanya saya sambil melihat muka Bidin tiga suku yang pucat lesi. Dia tidak bersuara, jari kelingkingnya menunjukkan ke arah pangkal pokok mempelam. Dada saya berdebar. Saya beranikan diri pergi ke pangkal pokok mempelam. Sebaik saja saya sampai ke pangkal pokok tersebut. Saya terserempak dengan seekor kucing hitam belang putih menangkap tikus. Saya segera mendapatkan Bidin tiga suku kembali. "Tak ada apa pun di situ ?" kata saya. "Di situ, aku jumpa dia, biarlah aku balik dulu, perut aku sakit," kata Bidin tiga suku terputus‐putus. Saya membenarkan dia pulang. Tahulah saya kenapa Bidin tiga suku jadi begitu. Saya terus berjaga tanpa Bidin tiga suku. Berjaga tanpa kawan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Dua tiga kali aya membuat keputusan untuk pulang, tapi kerana memikirkan keselamatan orang ramai saya terpaksa juga berjaga. Suara lolongan anjing makin hebat. Sekali‐sekala terdengar bunyi suara burung jampok. Tingkah meningkah dengan suara burung hantu. Angin malam terus juga bertiup, dedaun bergerak. Saya keraskan semangat dan terus meronda. Kalau ada apa‐apa yang meragukan hati, saya akan terus memukul bedok memberitahu kawan‐kawan lain. Saya terus berjalan di bawah sinaran bulan yang agak kabur itu. Waktu saya sampai ke pangkal pokok mempelam bagi kali yang ketiga. Saya lihat kucing hitam berbelang putih masih lagi bermain dengan tikus yang ditangkapnya. Saya berdiri di situ. Tiba‐tiba bahu saya ditepuk dari belakang. Darah saya tersirap. Badan saya mengeletar. Tidak berani saya menoleh ke belakang saya benar‐benar jadi kelam‐ kabut. Saya mula mahu menjerit, tapi sepasang tangan mencekup mulut saya dengan keras. Saya [39]

berhempas pulas berusaha melepaskan diri. Saya terasa mulut saya tidak dicekup lagi. Segera saya menoleh ke belakang. "Pak Imam." "Iya, jangan bising," Imam Hamid memberi amaran. Dia berkain pelikat. Berbaju Melayu putih dan bersongkok putih. Matanya merah merenung ke muka saya. "Ke mana Pak Imam menghilang." "Itu bukan urusan kau." "Pak Imam yang jadi……," belum sempat saya menghabiskan perkataan, Imam Hamid menarik tangan saya ke bawah pokok mempelam. Dia suruh saya duduk dan dia berdiri gagah di depan saya tidak memalingkan pandangan ke mana‐mana. Saya tentang wajahnya dengan harapan di bawah sinaran bulan yang muram, saya dapat melihat pertukaran wajahnya dari manusia kepada anjing. Apa yang saya harapkan tidak terjadi. Pak Imam tetap berwajah manusia. Suara salakkan anjing terus menerus. Burung kian kuat berbunyi. Angin malam menggugurkan mempelam tua. Dengan mendadak saja bulu tengkok saya berdiri. "Datuk kau berjaga sebelah mana ?" "Sebelah barat Pak Imam ?" "Bagus, satu peluang yang baik." "Apa yang Pak Imam cakapkan ini." "Kau mana tahu," suaranya keras sekali. Dia menarik tangan saya dengan kasar menuju ke surau. Tidak lama kami berdiri dekat surau. Pak Imam menarik tangan saya menuju ke rumah Pak Jalil. Dia berdiri betul‐betul dekat tingkap bilik Minah anak dara Pak Jalil. Saya makin yakin, bahawa manusia berkepala anjing yang dicari selama ini, adalah Pak Imam. Cara yang paling baik saya pilih ialah memukul kepala Pak Imam dekat kayu bila dia terlali. Sesungguhnya Pak Imam cukup berhati‐hati dalam kerjanya. Dia tahu dan ingat tiap langkah yang sudah dan langkah yang akan dibuatnya. "Saya panggil orang kampung Pak Imam." "Jangan, tegahnya. Saya bertambah bingung dengan sikap dan tindak‐tanduk Pak Imam Hamid. "Mari berlindung," Pak Imam Hamid menolak badan saya hingga jatuh atas tanah. Kemudian kami merangkak perlahan‐lahan menuju ke pangkal pokok asam jawa yang dikelilingi oleh semak samun. Pak Imam Hamid mendongak ke langit melihat bulan. Wajahnya nampak muram, kerana bulan dilangit

[40]

dilindungi oleh awan tebal. Bila awan tebal berlalu bulan tersembul indah di dada langit. Wajah Pak Imam nampak berseri‐seri. Mulutnya mula kumat‐kamit membaca sesuatu. Dada saya mula berdebar. Dalam keadaan yang mendebarkan itu, saya lihat Pak Imam Hamid menukar baju dan kain dengan seluar. Seluruh badan Imam Hamid dibalut oleh kain hitam. Songkok putihnya juga ditukar hitam. "Aku mahu jadi anjing," katanya sambil menekan batang leher saya ke bumi. Hidung saya mencium tanah. Imam Hamid meniarap. Sama rata dengan tanah. Dia memberitahu saya supaya jangan lari atau menjerit. Kalau saya tidak menurut perintahnya, dia akan menikam saya dengan lawi ayam. Saya bertambah menggeletar. Suara anjing bertambah kuat. Angin makin kencang bertiup. Berdetup‐detap bunyi ranting menimpa bumi. Bulan terus mengamban. Suara katak bertambah rancak menyanyi. Imam Hamid masih meniarap. Matanya merenung ke arah runpun senduduk dan serunai laut di sebelah kanan rumah Pak Jalil. Dua ekor anjing hitam keluar dari situ meraung panjang ke bulan. Ekornya terpacak ke langit. Rumpun seduduk dan serunai laut bergerak hebat. Imam Hamid tidak berkata sepatah apa pun. Mulutnya terus kumat‐kamit. Saya lihat matanya tidak berkedip memandang belukar kecil di depannya. "Lihat katanya." Saya memandang ke depan, seorang lelaki berkulit hitam berkepala anjing keluar dari celah semak itu. Di meraung bagaikan anjing merenung bulan. Lembaga manusia berkepala anjing melompat ke arah tingkap tempat Minah tidur. "Datuk kau di mana ?" bisik Imam Hamid. "Macam saya cakap tadi. Orang ini membalas dendam, selagi keluarga datuk kau tidak dirosakkan dia tidak akan berhenti," Saya segera teringat Pak Jalil memang ada hubungan keluarga dengan datuk, malah dalam perkiraan datuk, Minah mahu dijadikannya isteri pada seorang cucunya. Jadi cakap Imam Hamid ini memang ada benarnya. Fikir saya sendirian. Dalam berfikir begitu saya lihat manusia berkepala anjing menepuk dinding, dan daun tingkap rumah Pak Jalil terkuak dengan sendirinya. Manusia berkepala anjing melompat ke atas. Bertenggik di bendul tingkap. Saya bertambah kelam‐ kabut. Imam Hamid bangun menuju ke bawah rumah. Dia terus bertempik dan menjerit sekuat hati., kemudian diikuti dengan suara azan yang nyaring. Saya terus menuju ke surau lalu memukul beduk. Bila saya pulang ke tempat asal, saya lihat Imam Hamid sedang berhadapan dengan manusia berkepala anjing. Manusia berkepala anjing terus menyerang Imam Hamid. Dengan tenang Imam Hamid mengelak serangan itu. Saya mendekati Imam Hamid. Dia menyuruh saya pergi jauh. Jelas kedengaran Imam Hamid membaca ayat‐ayat suci masa dia bertarung dengan manusia berkepala anjing. Saya terus berdoa semoga orang‐orang kampung akan datang segera ke tempat Imam Hamid. Dalam keadaan yang gawat itu, saya lihat manusia berkepala anjing tidak berdaya menyerang Imam Hamid. Dia lemah. Ketika itulah Imam Hamid memasukkan jawi ayam ke perut manusia berkepala anjing. Imam Hamid meneruskan pembacaan ayat‐ayat suci.

[41]

Manusia berkepala anjing berguling‐guling atas tanah. Seluruh isi rumah Pak Jalil terjaga. Dan orang‐ orang kampung pun tiba. Datuk meluru ke depan, Imam Hamid segera menghalang. "Jangan dekat dia, biarkan di situ nanti kita akan tahu siapa dia." "Biar saya tikam," kata datuk. "Jangan, kita cuma boleh menikam hanya sekali, kalau dua kali kita tikam dia tidak akan mati," terang Imam Hamid. Datuk akur dengan perintahnya itu.Bila manusia berkepala anjing itu berhenti menggelupur, kepalanya segera hilang dan diganti dengan kepala manusia. "Anjang Dollah," kata datuk. Imam Hamid senyum, saya bertambah bingung. Macam mana orang yang sudah mati boleh hidup kembali. Perkara itu segera tanyakan pada Imam Hamid. Dengan senyum Imam Hamid menjawab, "roh dan badannya tidak di terima bumi, keran mengamalkan ilmu salah." "Begitu," sahut saya lembut. Saya lihat bekas tempat manusia berkepala anjing itu berguling terdapat batang pisang. Datuk terus memotong batng pisang itu tujuh kerat. Dua dibuang ke dalam semak dan yang lima lagi dicampakkan ke laut pada keesokan harinya.Atas arahan Imam Hamid, dia menyuruh penduduk kampung membaca Yassin empat puluh empat malam berturut. Perintah itu juga dituruti oleh orang‐orang kampung. Sejak itu kampung saya tidak diserang oleh manusia berkepala anjing hingga sekarang. Dua bulan lepas peristiwa itu, datuk mengajak saya pergi ke Kampung Sungai Sadang. Datuk ke situ kerana, dia diajak oleh kenalan rapatnya menangkap burung waktu malam. Saya membantah rancangannya, tapi datuk yang terkenal dengan keras kepala itu tidak peduli dengan bantahan saya. Mahu atau tidak mahu. Saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun memilih beberapa pasang pakaian yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai waktu malam. "Berapa lama kita di sana tok," tanya saya sambil memasukkan pakaian ke dalam beg. Datuk yang sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai datuk. Kalau mahu berjalan ke mana‐mana. Dia buat rajah dalu. Dia mahu mempastikan, apakah perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya. "Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan." "Keadaan mana tok ?" "Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana." "Bila kita nak bertolak." "Aku fikir pagi esok saya." Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap‐siap untuk pergi ke kampung bunian menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat. Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam dalam kandang. Saya barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung [42]

rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown pengurus ladang getah, Sungai Bruas. Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu, memang selalu menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan kerja di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu saya tolak. Kedatangannya pada hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan menta datuk mengurutnya. Kalau tida masakan dia datang, fikir saya. Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr. Brown cukup faseh bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada saya yang dia lama duduk di Plastine dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu. Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun dan duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta. "Di sini, harta itu ada di sini,' ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta dengan pensil merah. Datuk termenung panjang. "Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan," tingkah datuk sambil memeluk lutut. Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali. "Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam hutan, macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandor saya tidak berani ambil," jelas Mr.Brown lagi, "Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang untuk meletupkangua." Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu, ialah kawasan kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang‐orang kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya mencari kawasan tersebut. Kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu, diserang demam panas berbulan‐bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras, Mahkota, emas berlian dan pedang kebesaran raja‐raja dahulu tertanam di situ. Orang‐orang yang jujur dan ikhlas saja yang selalu terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut. Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan terjumpa. "Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang." Mr.Brown bersuara sambil melihat peta. Datuk terus tersenyum. "Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda peta dengan pensil merah. "Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada kawasan kerajaan Manjong," Mr.Broin berhenti menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk [43]

kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali. Kemudian Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu semua kawasan dan wilayah kekuasaan kerajaan Gangga Negara. "Dari mana awak tahu ?" Soal datuk. "Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi manager, tapi saya mahu siasat negeri awak." "Kalau dapat awak mahu buat apa ?" "Barang‐barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak," ujar Mr.Brown dengan bangga. Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk. Datuk mahu membantunya mencari kesan sejarah lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan barang‐barang purba. Dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama penyiasatan itu diadakan. Selain daripada itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk turut sama dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan kawasan yang dihajati oleh Mr.Brown itu. Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. Saya cukup gembira, kerana saya tidak dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira‐kira pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke sawasan pecah batu di Seputih. Dari situ berjalan kaki menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang berbumbung. Sebelum itu, Mr.Brown dan datuk sudahpun pergi ke Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat di situ. Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang‐orang dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai. Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung sampan rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ, masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit tidak tentu arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya merah. Lidahnya sentiasa keluar. Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang pekerjanya itu. Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam‐macam suara yang saya dengan. Datuk duduk di kanan saya, sekali‐sekala, saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti. Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. Orang itu menyuruh datuk berpindah ke tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang pukul sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat peta dengan kayu pembaris.

[44]

"Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam, Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut. "Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya. Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gaslin yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu‐lagu Hindu dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya. "Siapa namamu," tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana. "Ke mana ?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin rendang. "Siapa namamu ?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan. "Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya. Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang dibakar. Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi. Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan. Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalampeti itu terisi tengkorak manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain kuning. Malam pun tiba. Fatuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam. "Tengkorak ni tak ada apa‐apa," kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing‐masing. Menjelang tengah malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup‐sayup di selang‐seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok bersahut‐ [45]

sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam‐dalam, mereka tidak perlu dibangunkan. Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas. Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetepi awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan digoyang orang. Tiba‐tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin. Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari,dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri cukup terang. Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. Saya saksikan sebuah kepala bergolek‐golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu, lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya. Suara sudah tidak mempu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu. Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke tanah, berguling‐guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar bunyi pedang belaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang perang yang hebat. Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah. Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. Selesai sembahyang subuh dia pun mencari saya. "Kenapa begini," tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah. Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merunggut dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada

[46]

Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana. Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima cadangan itu, kerana mengerinkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula. Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah. Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang‐barang yang kami temukan di dalam kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang‐tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu. "Ini merbahaya," bantah Mr.Brown. "Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya." Suara datuk meninggi. Matanya mula merah. "Ok saya ikut." "Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah‐dekah. Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali‐sekala dia membuka silat. Tiba‐tiba datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul‐kepul naik ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu menghampirinya. "Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya. Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan salakkan anjing serigala kedengaran sayup‐sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam, kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah memberitahu pada aku di mana barang‐barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran, mahkota dan emas berlian ditanam." [47]

"Di mana tempatnya tok, " tanya saya tidak sabar. "Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah semula. Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam sampan. Dari situ kami menyusul tebing sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke Tanjung Ara ‐ dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak tinggi yang gondol itu penuh dengan batu‐batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ. "Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah‐dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya. Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara. Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta‐harta itu tertanam lebih kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang. Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu‐batu berterbangan, pokok‐pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira, dia tidak putus‐putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah yang diletupkan itu keluar beratus‐ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang‐barang kami tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak. Kami menyusul tepi sungai Bruas menuju ke arah Pekan Pangkalan Bharu, Ketika itu senja sudahpun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba‐tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan tiba‐tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan berkata : "Kalau kami salah ampunkanlah." Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu. "Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak

[48]

tangkap, ular‐ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara. Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang. Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia segera menjerit dengan sekuat hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melempah terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan. "Dia sudah pergi," kata datuk dan terus mengalah sampan ke hilir. Lebih kurang pukul sepuluh malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali. Dengan kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bunglownya. Kerana jam sudah pukul dua belas. Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bunglownya. Kira‐kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan bunglownya sambil menjerit. Semua pekerja ladangnya menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown. Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan bunglownya dengan rotan seni. Dan datuk terpaksa menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut. Mr.Anadurai terus menghubungi Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. Mr.Brown yang masih menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital Lumut dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh. Lepas itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh. "Orang putih tu tak jujur," datuk mengadu pada saya. "Kenapa tok kata macam tu ?" "Aku yakin dia tak jujur," suara datuk merendah. Saya bertambah binggung kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara tersebut. Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat. "Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang‐orang dari England ni, satu bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita sendiri," datuk merunggut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya. "Buat apa datuk ke rumah dia ?" Dia bukan ada." [49]

"Kau mana tau, ini urusan aku." Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di bawah rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar Mr.Brown. Lebih kurang pukul lima petang datuk pun pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk menongkat basikal saya terus menghampirinya. "Jangan pegang bungkusan tu." "Apa bendanya tok ?" "Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg." "Tok nak buat apa dengan tanah itu." "Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya. Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur. Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas upih pinang, kemudian dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau bersuara cuma lulutnya saja yang kelihatan kumat‐kamit membaca sesuatu. Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari kerani besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke England. Tempat Mr.Brown segera diganti oleh J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak berani duduk di bunglow. Setiap kali dia tidur di bunglow tersebut. Dia selalu saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr.Brown. Kadang‐kadang pengurus baru tiu diangkat dari bilik tidur ke ruang dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bunglow. Jadi, bunglow besar yang serba lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bunglow besar itu dibakar oleh seorang pekarja ladang getah yang naik darah kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bunglow tersebut. Sebaik saja bunglow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari dalam bunglow itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok‐pokok hutan. Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini : Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga diri manusia yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri, pada janji dan sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiannya. Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu. Beberapa bulan berselang, datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam. Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut. "Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi," datuk mengingatkan saya. "Baguslah tu tok, barang‐barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik." [50]

"Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?" tanya datuk. "Saya malaslah datuk." Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang‐kadang dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian. Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat‐cepat saya menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga. "Ada apa datuk ?" "Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit." "Habis datuk nak pergi ke sana ?" "Hajat tu memanglah begitu." "Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang." "Itu tak mustahak yang penting adik beradik." Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947. Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang. Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam, (sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang‐alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana hal‐hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga. Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang. Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi. Suara Harimau Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk tidur di masjid Chemor. Sesudah memberikan butir‐butir mengenai diri kami kepada pihak polis, kami dibenarkan tidur di masjid tersebut. Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua malam, datuk mengejutkan saya. "Bangun kita pergi ke Hulu Kuang." "Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar." "Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah," suara datuk keras. Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti. "Sebentar lagi dia datang," Datuk beritahu saya.

[51]

"Apa yang datang tok ?" tanya saya ingin tahu. "Kau jangan banyak cakap," Datuk menyergah saya. Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman dharurat. "Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai. Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan tujuh biji batu bertih ke tengah laman masjid. Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke tapak tangan kiri tujuh kali berturut‐turut. Tiba‐tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya mengeletar. Dengan tiba‐tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil menguit‐guitkan ekornya. "Makanlah kau lapar," suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk segera merapatinya. Datuk menggosok‐gosok kepala harimau itu dengan tangannya. Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk. Harimau itu berguling‐guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk mengosok perut harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. Datuk bermain‐main dengan harimau macam bermain dengan anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula menjilat telinga kanan datuk tujuh kali. "Bangun, kau dah kenyang." Mendengar cakap datuk itu , harimau besar segera bangun sambil menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu menggaum lagi. Datuk memanggil saya. Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar. Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar. "Ini cucu aku," datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali berturut‐turut. Harimau itu melunjukan kaki depannya. Badannya direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal tengkuk harimau berbadan besar serta berbelang tebal. Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau. Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu mengerak‐gerak badannya saya juga ikut bergerak. "Peluk tengkuknya kuat‐kuat," datuk mengigatkan saya. Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk‐nepuk punggung harimau, macam gembala lembu menepuk punggung lembu.

[52]

"Ke Hulu Kuang," saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi. Melayang‐layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan keretapi. Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang ke arah kami. Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki tangga rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang harimau. Toyol Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk. Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali datuk menepuk‐nepuk dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak‐gerak. "Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita," suara datuk meninggi. Harimau itu mengguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan saya. Datuk tidak segera mengejutkan adik bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga. Adik bongsu datuk terkejut , bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah berkurung berakhir pada jam enam pagi. Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain. Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu. Saya tidak banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka tingkap melihat daun‐daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis. "Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni," saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus. "Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula," jawab adik bongsu datuk. "Hai, musim dharurat pun kena berjaga malam ?" "Berjaga dalam rumah ?" sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya tertarik hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat mengkerutkan keningnya. "Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?" Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.

[53]

"Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain untuk menolongnya," datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang. "Susah orang nak menolongnya," begitu hampa nada suara adik bongsu datuk. "Susah macam mana ?" tanya datuk. "Kerja iblis." "Kita lawan cara iblis." "Begini, di kampung ni ada toyol jadi‐jadian , sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus." Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung. Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali. "biasanya toyol jadi‐jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang ada jantan betinanya. Rumah kau ada dia masuk ?" "Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia menghilangkan diri." Dengan penerangan adik bongsunya itu datuk dapat menduga bahawa toyol jadi‐jadian itu masih belum mempunyai pasangan lagi. Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit. Untuk mencari tuan punya toyol jadi‐jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat yang tertentu. "Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi," jelas datuk dengan tenang. "Macam mana caranya ?" soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan itu datuk tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu. "Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya. " Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan. Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan‐perempuan di Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya. Atas persetujuan orang‐orang Kampung Hulu Kuang datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk menghalau toyol jadi‐jadian yang menganggu kampung mereka. Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung. Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah kubur. Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam. Dia didatangi dengan berbagai‐bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat yang [54]

dibawanya. Waktu dia membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak yang menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik ke udara dari tanah perkuburan. Datuk pun mengejutkan saya. Kalaulah, bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa‐apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, mestipun hati meradang dengan perbuatannya. "Kenapa tok?" tanya saya sambil mengesel‐gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba‐raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali‐kali misainya turut bergerak. "Kita sudah hampir pada matlamatnya." "Matlamat apa tuk?" "Mencari orang yang jadi tuan toyol." "Kalau kau faham baguslah." Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu. Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu‐batu sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin. Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair embun. Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau‐kilauan di celah‐celah pokok besar. Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik‐manik dan sungguh menarik sekali. Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama‐nama burung yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah [55]

jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman pondok itu datuk berhenti berjalan. "Kenapa datuk?" tanya saya ragu‐ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum. "Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini, "dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu‐manggu. "Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya," datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk. Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain. Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan. "Jauh berjalan pagi ni," soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang. "Macam biasa," balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah. MAKAN UBI REBUS Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut. "Rumah siapa dekat belukar tu," datuk mengkemukakan soalan. Adikdatuk terdiam mengingati sesuatu. "Rumah Kidon." "Orang sini jati?" "Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang." "Orang padang ke orang Jambi." Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang. [56]

"Dari sumatera katanya dari keturunan Batak," tiba‐tiba saja adik datuk bersuara. "Ada bini tak?" cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya. "Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar" terang adik datuk dengan jujur. "Ada anak?' cepat‐cepat datuk meningkah. "Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung," "Hummmm…," suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus‐terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi‐jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya. Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara gotong‐royong oleh penduduk‐penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru. Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau‐harimau itu. Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau‐harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut‐urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau‐harimau perliharaannya pulang. "Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan ke dinding," datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu. Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira‐kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati. Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk‐liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi. Tiba‐tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tualng‐tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang‐tulang ikan kering itu pada kucing hitam. Dengan tiba‐tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk. [57]

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar‐samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup‐sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak‐gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu‐sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok. "Suara langsuri, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat," bidik datuk ke telinga saya. Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ. Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut‐ sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik. "Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri," kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa. Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman. Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Bdannya kelihatan berpeluh. "Itulah Kidon mengorek kubur anaknya," datuk memberi tahu saya. Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar. Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir‐hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok. Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar. Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.

[58]

"Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai," beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena. Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali. "Air itu diambil ketika remang‐remang senja, bersama bunyi gagak," ujur datuk. Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi. Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki. Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing. Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk‐habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar. "Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni," datuk membisikkan ke telinga saya. Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan. Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi. Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini : "Dengarlah anakku, Perasaan dan hatimu, Bersatu dengan aku, Dua tubuh Satu harapanku, Kaulah yang mengerjakannya, Tujuh lapis bumi, Tujuh lapis langit, Bersatu di bukit Kaf, Bersemadi dalam diri kita.

[59]

Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang‐panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri. Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun‐ubun bayi kering itu. Tiba‐tiba ubun‐ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat‐jilat tapak tangan Kidon. Kidon pun menepuk‐nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu. "Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari," Kidon memerintah kucing hitam. Kucing itu menggaru‐garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih. "Ilmunya sudah aku tawarkan," suara datuk keras. Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul‐kepil. Tulang‐tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu. "Kau lihat," ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ. "Kau pulangkan pada yang berhak," datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak‐gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis. "Kau datang Kidon," lantang suara datuk. "Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.

[60]

"Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon." "Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau." "Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?" "Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebuhkan." "Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga." Datuk memberi keputusan muktamad. Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya. Datuk terus berbisik kepada saya, "tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi," saya angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. Datuk tahu dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saay, kemudian memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena. Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan. "Aku harap kau akan jadi orang islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam aku," ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum. "Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita tidak sembahyang," tambahnya sambil bangun. Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Datuk turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan. "Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?" tanya saya. "Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu." "Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh." " Baiklah Tok."

[61]

Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun segera saya panggil. "Kenapa ?" soal datuk "Mayat." "Mayat," suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan anak‐anak pokok lalu menutup mayat Kidon. "Kita mandi embun dulu," kata datuk dengan senyum. "Mayat ni macam mana tok ?" "Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung." "Saya faham tok." Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila mandi embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara, urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian kampung itu. Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara yang serupa itu juga dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tidak lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang‐barang yang berharga. Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya orang‐orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi‐jadian. Mereka datang mengucapkantahniah atas kejayaan datuk. "Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol jadi‐ jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang," kata datuk pada pada orang‐orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu. Waktu datuk mengkais‐kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan orang‐orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang‐oang kampung terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak kedengari oleh orang‐orang kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi. Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau terkeluar dari hukum‐hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.

[62]

"Orang‐orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi pelajaran pada kita semua." Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai. Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di rumah isteri mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap‐siap pada petang Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta. "Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat," datuk bertanya pada orang yang mengajaknya. Orang itu ketawa. "Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain‐lain di hutan Hulu Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja," "Jadi." "Kita boleh pergi pada waktu siang." "Hum begitu." "Tentu Setuju." Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki menuju ke batu lapan. Belumpun pukul sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu kami melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam hutan. Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain. Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan‐dahan dan pokok‐pokok yang dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba‐tiba muncul dari balik rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak‐gerak. "Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain," begitulah datuk berdialog dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan‐lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalamhutan yang tebal itu. "Berhenti," datuk memamaut bahu saya. "Kenapa tok ?"

[63]

"Sembunyikan diri balik pokok." saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal pokok besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk tajam melihat pada rimbun anak‐anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni. Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan‐ Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang bertingkat‐tingkat. Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dnegan bermacam‐ macam bunyi burung hutan. Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan semacam ini. Bila saya fikirkan dalam‐dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering, "Saya dahaga tok." "Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut." "Jahanam." Datuk merungut panjang sambil menyambung, "jalan ke depan lagi kalau‐kalau ada paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut," datuk terus menolak saya. Ramalan datuk tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih. Bila saya mahu minum datuk segera menahan. "Jangan minum." "Saya haus tok." "Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang. Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak‐gerak . Di tengah perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan. "Ada suara tok." "Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya." "Kita balik saja tok." "Tak usah kita tengok apa yang terjadi." Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok‐pokok hutan. Sya lihat seorang perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang [64]

ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba‐tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya ialah gelombang air yang beralun‐alun memburu tepi paya. "Siapa tu tok," saya menyoal. "Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ," datuk dan saya mula mengubah haluan, kami berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi. Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula menjumpai orang‐orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah‐olah kenalan baru datuk itu wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya. "Keganjilannya baru aku sedar sekarang," rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya. "Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar‐benar manusia atau jin atau syaitan," sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan terkunci. Tidak terlahir kata‐kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya. Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi. Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan datuk. Datuk dan saya tidak berkata walau sepatahpun kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam. Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya terus membasuh muka. Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad untuk berkelah. "Ke mana kita nak pergi tok, " saya menyoal datuk. "Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan . Allah yang tahu hati aku," datuk bagaikan mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi datuk tukar pakaian, memeng datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai waktu berjalan dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang.

[65]

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga menjelma. Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai. "Kita balik saja," datuk memberitahu saya. Cepat‐cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk berpusing‐pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi, yang anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali‐kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar‐legar di kawasan tepi sungai itu juga. Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk tidak berguna sama sekali di dalam hutan Hulu Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di tepi tebing sungai tersebut. Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan seekor ular, sebesar batang kelapa. Saya menjerit. Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut melihat ular besar itu. Lama juga datuk menenung mata ular itu. "Matanya berkedip." Kata datuk dengan penuh semangat. "Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk ?" "Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa." Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi yang amat sangat. Hari bertambah gelap. Fikiran saya bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar. Perlahan‐lahan ular itu membuka lingkarannya. Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke dalam sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan. Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas terbing. Menenggelamkan batu‐batu besar di tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir sungai, saya lihat air tidak mengalir. Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengahkiri percakapannya, ular itu mengerakkan kelopak matanya. Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk cakapkan. Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patut pada cakapnya. Masa saya menutup mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah dirempuh angin. Bumi yang saya pijak saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup dahsyat. "Buka mata," ujar datuk. [66]

Saya pun membuka mata. Saya dapat diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya terdengar suara Azan. Seorang lelaki berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk mengambil air sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib. Selepas membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke perkampungan orang asli. Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi. Dia juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung Rambutan ‐ Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat apa yang diperintahnya. Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa orang tua itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu. Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membinasakan Kidon. Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa menemuinya terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk. "Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kami tidak akan sesat di sini," katanya dengan senyum. "Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu ?" "Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain," katanya dengan senyum. "Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu," tingkah datuk. Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali mereka, tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi," tambah lelaki serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri. Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya dan datuk dia telah memeluk agama Islam. Orang bertanggung jawab mendorong dia memeluk agama islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya menggigit lidah mendengar cakapnya. Datuk pun menceritakan semua peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya ular besar memang selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak pernah membinasakan orang. "Kalau dia lahu di depan rumah kami, waktu senja menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan berlaku, tiga bulan dulu dia melintas waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati lemas," kata penghulu orang asli. Saya dan datuk anggukkan kepala. "Lelaki serban hijau tu siapa tok batin ?" tanya saya "Haji Lokman," jawab penghulu orang asli. Selepas tida ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian depan rumah penghulu itu. Pagi esoknya atas permintaan datuk penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda kawasan itu pernah didiami oleh sesiapa pun.

[67]

"Di tempat ni tak ada apa‐apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini," tanpa diminta penghulu orang asli menerangkan. Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira‐kira dua batu saja. Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat, kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan. Tanpa bertangguh‐tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutan Ulu Kinta pada orang‐orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan Balai Polis Tanjung Rambutan. Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di pangkal pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru. "Pelik juga ceritanya, betul ke ni?" Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu. "Terpulanglah pada awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa dan mengalaminya." "Apa yang orang tu berikan pada awak." "Beri apa? Awak gila ke." Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam. Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk lalu bertanyakannya: "Apa halnya ni." "Orang hilang ni dah jumpa di sini," seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis yang sudah berusia hampir lima puluh tahun itu. Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota polis itu. Kemudian anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa orang penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu. "Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya," suara anggota polis itu merendah. Menurutnya, dalam waktu‐waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah muncul di Market Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja. "Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa," anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan datuk. Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu. "Biasa macam mana?' Datuk mendesak Anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai berpatah balik. [68]

Dia berdiri betul‐betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian dia senyum sinis. "Awak orang luar, mana awak tahu." Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis itu. "Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu."datuk merendah diri. "Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu." "Itulah yang mahu saya dengar." "Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang askar Jepun di Pekan Tambun." "Sebabnya?" "Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar‐askar Jepun pada orang kampung." "Jepun tak tangkap dia?" soal datuk lagi. Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening lebatnya. "Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan sembahyang Zohur. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan diri, sejak itu dia tidak pulang ke rumahnya." "Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada‐adakan," celah datuk. "Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini." "Betul juga cakap awak tu." "Tapi awak jumpa dia bukan?" soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala. "Lupakan saja perkara itu," tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk, Orang‐orang dari Ulu Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri. "Sudah, anggaplah ini pengalam yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau tidak itu bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakpa dengannya," salah seorang penduduk Kampung Ulu Kuang membisikan ke telinga dautk. "Betul cakap awak tu," balas datuk. Datuk dan orang‐orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan menaiki bas menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju ke Kampun Ulu Kuang.

[69]

Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang. Pengalam‐pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman yang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup. Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar dan maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginnya dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan. "Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk manusia," kata datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan Menglembu. "Aku harap," tambah datuk lagi, "Kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama selalu sesat." "Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah." "Bagus tu, kau mesti patuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan apa yang ditetapkanoleh rukun kerana Islam itu tiang agama." "Saya faham tok." "Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna." "Saya tahu tok," tekanan suara saya merendah. Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak rambut saya denga mesranya. MENEMUI ISTERI MUDA Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek. Sayalah yang jadi tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang pendapat tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu apakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan. "Saya nak pergi," tiba‐tiba datuk muncul di ambang pintu tengah. Perbualan saya terhenti. Saya lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belangga hitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam. "Ke mana ?" tanya nenek. "Ke rumah bini muda," balas datuk selamba. Nenek mengizinkan datuk pergi.

[70]

Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi memenuhi jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut. Saya terpilih dan ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya. "Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadi petani atau peniaga," kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah. Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah‐buahan hasil dusun datuk di Cangkat Beranagan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk menembak rusa atau kijang di mana‐mana yang disukainya. DIPANGGIL PULANG Pagi itu, seperti biasa saya pergi kedusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual pada peraih yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya. "Banyak yang kau dapat langsat?" "Kira dua pikul ada tuk." "Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni." "Kenapa ?" "Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput aku." "Apa halnya." "Usah tanya, ikut cakap aku." Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk ke kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh ‐ Lumut. Masa itu, lebuh raya masih belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan tanah merah. Sejak adanya lebuh raya, orang‐orang di Cangkak Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah yang lama itu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan datuk ditempatkan di satu bilik khas. "Apa salahnya Tok Sidang memanggil saya ?" soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut itu. Ketua Kampung mengerutkan keningnya. "Ada hajat besar." "Apa hajatnya?"

[71]

"Anak buah saya berlakikan hantu raya." "Ha…," mulut datuk ternganga. Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang malang itu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh hantu raya. Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra dengannya hingga menjelang subuh. "Siapa nama perempuan itu?" datuk mula menyoal. "Timah." "Bila suaminya mati?" "Kira‐kira enam bulan yang lalu." "Ada anak?" "Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar." "Ini kerjanya sulit sikit." Datuk separuh mengeluh. "Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang‐kadang mengacau orang kampung," tambah Ketua Kampung. Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba‐tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua Kampung. "Saya perlu jumpa dengannya," itu yang terkeluar dari mulut datuk. "Bila ?" "Kalau boleh sekarang juga." Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah Timah dengan melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak di sebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah‐rumah penduduk di situ. Di kawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu terdapat sebatang pokok pulai. Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi. Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut. Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu‐talu, beberapa ekor burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak itu agak berbeda dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar. [72]

Tiba‐tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersila kan kami naik ke rumah. "Minta maaf ye," kata datuk sambil memandang ke wajah Timah. "Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?" "Untuk …," Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak mengemukakan pertanyaan lagi. "Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah suaminya dulu," kata Ketua Kampung memberi penjelasan. Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu melihat kedua‐dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah tidak senang dengan sikap datuk itu. "Itu bilik saya ! jangan masuk," jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah. Datuk angguk kepala sambil meraba‐raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi. Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua‐dua belah tangannya memegang perut. Saya segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasa pangkal lehar saya dipukul oleh sesuatu. Pandangan saya berpinar. "Jangan datang," pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya. Ketua Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut. "Merbahaya, kita mesti balik sekarang," kata datuk. Ketua Kampung tergamam, bagitu juga dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah, "Bilik siapa itu?" "Bilik suami saya," Jawab Timah "Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya." "Saayyyya…," suara Timah terputus. Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan rumah Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk meminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan pada sesiapa yang memiliki senapang. "Buat apa?" Ketua Kampung menyoal penuh ragu,. "Nak menembak gagak untuk menolong Timah."

[73]

"Begitu," suara Ketua Kampung menurun. Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali dengan senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk. Datuk membidik‐bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan. Dengan tenang datuk memasukkan peluru kedalam laras senapang, kemudian dia meludah tapak tangan kanan dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air liur itu. Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari ulat daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segera mengambilnya segera. Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung. Datuk naik ke rumah. Waktu hari mula remang‐remang senja datuk menuju ke pangkal pokok mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung. "Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya. Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya. Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah , antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang‐orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana‐mana, berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya. Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat kerja‐kerja itu. Malah menuduh orang‐orang kampung mengadakan cerita yang bukan‐bukan kerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung tidak menyoalnya lagi. Setelah menunaikan sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan tebal. Dia mengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk meletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk menghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh. Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk. Serentak saya terdengar bermacam‐macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis dan mengilai. Ada suara gendang dipalu. "Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari manusia. Tidak serupa cara hidupnya," suara datuk meninggi. Lembaga hitam itu bertambah besar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.

[74]

Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengan bunyi burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju ke lembaga itu. suasana menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan saya. Datuk segera bangun dan mendapatkan saya. "Kita ke rumah Timah," perintah datuk. Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara yang mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula. Akhirnya kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang dapat kami lihat. Semuanya macam biasa. Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Ishak. Sesudah makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datuk menyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan masing‐masing. Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tiga puntung kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku. Datuk tidak memakai seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya dengan kain putih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malam yang bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu. Bunyi katak bersahut‐sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan bunyi suara burung hantu dan jampok. Saya lihat pintu rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyak tanah menerangi sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang‐bayang hitam berdiri di muka pintu. Serentak dengan itu terdengar bunyi suara orang lelaki batuk bertalu‐talu. Saya berlari mendapatkan datuk. Saya duduk di sisinya, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya terduduk. BERSABAR "Jangan dekati aku," katanya. Saya pun segera menjauhkan diri darinya. Datuk membakar kemayan dan membakar sesuatu. Dari rumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian kuat melolong. Saya terdengar kicau burung murai ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datang ke tempat saya dan datuk. Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat seorang lelaki sedang duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidak berapa jelas kelihatan. Angin malam terus bertiup. "Kau kenal siapa tu?" tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung terdiam. Dia terus menumpu perhatian pada rumah Timah. "Latif, laki Timah," katanya pendek. Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di depannya. Tangannya menggenggam paku. "Itu bukan latif, Itu hantu raya," kata datuk. Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris pintu rumah [75]

Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan. "Hantu tu sedang berkasih dengan Timah," datuk memberitahu Ketua Kampung. Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris rumah Timah bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timah menjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu. Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan saya turut sama ke situ. "Berhenti, kau syaitan.," jerit datuk. Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk. "Latif…," pekik Ketua Kampung. Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat. "Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh kita berjaya membunuhnya selama‐lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari kampung ini," ujar datuk. Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang hitam sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan cahaya. Datuk mengambil tiga batang surai sambil mengacu‐ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu di lihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan jeritannya yang amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matannya dari melihat batang serai. Datuk lalu menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling‐guling di atas tanah bagaikan menahan kesakitan. "Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu kerana engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali," kata datuk. Lembaga itu terus berguling‐guling. "Dia bini aku," secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun. Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua‐dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk.

[76]

Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembaga yang berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuk tidak mudah mengaku kalah. Dia terus bergelut. Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar. Pokok‐pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu mengiringi petarungan datuk dengan lembaga itu. Tiba‐tiba,saya lihat berpuluh‐puluh ekor burng gagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi bersahut‐ sahutan. Kemudain burung‐burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah tiu jadi gelap dengan burung gagak. Saya benar‐benar berada dalam keadaan cemas.Lembaga yang berbulu lebat terus mencampakkan tubuh datuk kepangkal pokok pisang. "Bacalah ayat al‐Qurshi," bisik keuta kampung pada saya. Saya terdiam, dalam saat‐saat cemas begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bila saya cuba, pembacaan saya banyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangun dari perdu pikok pisang. Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al‐Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada cara lain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari musuh dengan bertawakal pasa Allah yang maha besar. Jadi, al‐Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca saya mula terasa semacam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yng lebih gagah dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca ayat al‐Qurshi. Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta‐juta burung gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau‐kilau. Benda itu seakan‐akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda semacam tali, berwarna merah. Benda itu berlegar‐legar atas bumbung rumah Timah dan akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja. Saya raba telinga, hidung dan mata bagi mempastikan apakah perkara yang saya alami, satu khayalan saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berhhayal, saya berhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali. Dalam samar‐samar malam itu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Saya lihat datuk bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batan serai dan bulu burung gagak. "Hebat," sepatah perkataan kelaur dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudain mencangkung, macam orang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke daepan, kaki diluruskan ke belakang. Dengan perintah datuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai di depannya.

[77]

Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar‐cakar tanah. Dia pejamkan matanya lalu mulutnya bergerak‐gerak. Saya terdengan datuk memebaca sepotong ayat dari al‐Quran. Saya amati pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah Yunus ketika ia berada dalam perut ikan. Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk terus berdiri. Bulu gagak diangaktnya. Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah menyala. Ketua kampung lalu menghimpunkan daun‐daun kering atas api yang membara itu. Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat sja kawasan kami penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi pokok‐pokok di sekeliling kami dirempuh angin, dahan‐dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi bili dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut‐sahutan. Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah. Semua burung gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang. Lebi\h kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali berturut‐turut. "Kau," tempik ketua kampung, bila di depan kami wuduj batang tubuh suami Tiamh. Bila datuk mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan dengan kain putih. Kain itu bergerak dan mengelumbung. Saya, ketua kampung dan datuk terus melihatnya dengan penuh teliti. "Mayat," kata saya "Ya," memang dalam kain itu mayat," jawab datuk. "Mayat siapa?" tanya ketua kampung. "Mayat suami Timah ," pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju. Mayat yang terbujur itu begerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kainkapan berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulah mayat suami Timah yang telah ditanam oleh orang‐orang kampung saya dulu. Mayat itu memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan mahu terkeluar isi perut. Angin malan terus bertiup. Macam‐macam bunyi yang kami dengan. Dalam suasana yang begitu, saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana suara itu datang.

[78]

"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama‐lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna. Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing‐pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.:"Kau suami Timah." Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya dengan kain kapan semula. "Kau kenal ketua kampung," tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka ketua kampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa cukup seram. Datuk menggawang‐gawangkan tangan di depan matanya. Mayat itu berpusing ke arah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh kawasan., pokok‐pokok kecil bagaikam mahu tercabut. Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh. Punggungnya seperti melekat pada bumi. Datuk pun mengangkat kedua belah tangannya ke ats. Lalu diturunkan perlahan‐lahan. Berhenti separas dada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu. Saya perhatikan kaki kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya terus berhempas pulas. Mulut datuk berkumat‐kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan mayat. Kerana selalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhluk ganjil. Saya dapat membaca dan mentafsir apa yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya. Lebih hirang datuk berbicara : "Kenapa kau datang ke dunia ini?" "Menuntut sesuatu." "Apa yang kau tuntut?" "Isteriku." "Engkau dengannya tidak boleh bersama." "Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan." "Kalau dia tidak mahu bagaimana?" [79]

"Aku akan mencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan." Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu masih terkapai‐kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung. "Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?" Dengan mendadak saja datuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak mengingati sesuatu. "Tak ada apa‐apa," sahut Timah. "Mesti ada, kalau tidak hantu suami kau tidak pulang," sanggah datuk. Timah mengigit bibir. Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu boleh bangun, datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya. "Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacau semua penduduk kampung," ujar datuk pada ketua kampung. Serentak saya dan ketua kampung angguk kepala Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba‐tiba Timah bersuara : "Dia ada pesan, sebelum dia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya dengan jarum." "Kau buat apa yang disuruhnya," datuk memotong cakap Timah. "Tidak." "Sebab?" "Tak sampai hati." "Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi." "Saya tak faham." "Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah kapitnya ." "Maksudnya," soal Timah macam orang bodoh. "Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu mencari tuan yang lain." Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula faham, kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habis ditebas dan dicuci orang. Bila ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapat jawapan begini : Sahabat kita yang mengerjakannya.

[80]

Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah sahabat suaminya yang sebenar. Dia juga mula faham kenapa suaminya selalu bercakap seorang diri waktu dinihari. Ketua kampung terus tercenggang melihat keadaan yang tidak pernah dimimpikan untuk melihatnya. Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila dipijak, tapak kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus meluru ke arah mayat. Datuk merentap kain kapan yang membalut bahagian kaki mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah tangannya pada datuk, seolah‐olah minta tolong. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia memasukkan sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila gema jerit mayat itu berakhir, saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas kepala saya terdengar bunyi sesuatu yang berat dan keras melanggar pokok. Saya terus meniarap. Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat mayat suami Timah sudah tidak ada lagi di situ, tetapi bau busuk tidak juga hilang dari tempat yang kami duduki. Datuk datang ke arah kami. Di kaki langit cahaya kemerah‐merahan mula naik. Tidak lama sepelas itu, terdengar suara beduk dipalu orang bertalu‐talu dan diikuti dengan suara Azan memecahkan kedamaian subuh hening. Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau. Selepas mandi dan menunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening. Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang‐orang kampung mengusung datuk ke rumah ketua kampung. Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau nipis, sakit kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datuk hingga pulih. "Angin," kata dukun itu pada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu‐talu. Semua orang yang berada di rumah riuh rendah. Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampung menceritakan apa yang kami alami malam semalam. Ada yang mengkerutkan muka dan ada pula yang geleng kepala. Tetapi, mereka tidak menolak untuk diajak pergi tempat kejadian malam semalam. Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di rumahnya. Kira‐kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketua kampung terpaksa duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus pisang pagi itu. Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur perjalanan. Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua kampung. Sepanjang perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripada datuk atau saya, semuanya melangkah dengan tenang. Kira‐kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung. Bau busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka muntah dan terus pulang.

[81]

"Bau bangkai apa?" saya terdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan itu tidak segera dijawab oleh datuk. Dia cuma tersenyum. "Entah, cuba tanya ketua kampung," sebaik saja datuk habis bercakap dia berdehem dua tiga kali. "Itulah bau yang kami cium sepanjang malam." Sahut ketua kampung sebelum orang yang bertanya mengemukakan pertanyaan padanya. Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk terus menunjukkan pada orang‐orang kampung tempat mayat itu duduk. Tanah di situ kelihatan berlubang. Di sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti hampas kelapa. Bau busuk yang cukup meloyakan tekak itu berpunca dari situ. Tiba‐tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia bertukar menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ke tapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di tapak tangannya. "Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak adam mengikut keadaan," ujar datuk tenang. Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah Timah. Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh duduk di dalam rumah peninggalan suaminya. "Kenapa?" Ketua kampung menyoal. "Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau busuk tok," suara Timah sayu. Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja saya berada di muka pintu , saya terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis keluar. Cepat‐cepat saya turun. Atas persetujuan orang‐oarng kampung sebuh rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah lamanya ditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketua kampung, dengan usaha ketua kampung itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timah dijodohkan dengan seorang nelayan yang tinggal di Telok Gadung ‐ Pulau Pangkor. Habis dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977, anak lelaki Timah itu telah ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke Bank Bumiputra Batu Pahat ‐ Johor dan sekarang bertugas di Kuala Lumpur. Masa orang‐orang kampung mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut membantunya. Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur di situ. Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi oleh sebarang hantu syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.

[82]

Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang‐kurang satu malam mesti ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dan segenggam beras. Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih. Sebaik‐baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dari Allah atau memohon padaNya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetap selamat serta melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta kuat beribadat. Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang‐orang kampung telah mengadakan pembacaan doa selamat. Dua hari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Cangkat Cermin. Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari pengsan seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri. Datuk terpaksa merangkak dari muka pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh sendinya tersa sakit, macam ditikam‐tikam dengan jarum. Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya datuk saya, bila dibawa ke doktor ternyata dia tidak mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah, sakitnya datang semula. Dan datuk tidak mengizinkan saya atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya. Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat meneruskan puasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggil saya dan nenek. Dia menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah ke matahari terbit. Limau itu harus dipetik sendiri tanpa mengunakan galah atau tangga. Akhirnya apa yang dikehendaki oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu di atas pinggan putih bersama pinang kering. Lebih kurang pukul dua belas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya lihat pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya terdengar bunyi suara orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari tempat tidur datuk. Perkara itu berlaku tiga malam berturut‐turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek isteri muda datuk datang mengubatnya. Kadang‐kadang saya terdengar orang bercakap dengan datuk. Pernah saya terdengar orang itu bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir suasanan menjadi sepi. Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan barkata begini pada datuk : Al‐Quran yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnya tersembunyi seribu rahsia perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat‐ayat darinya untuk penawar. Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun saya merasa gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangun pagi‐pagi dan membaca al‐Quran sebelum pergi sembahyang hari raya. Di masjid datuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama orang ramai.

[83]

Setelah selesai sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh penduduk kampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah , saya terkejut melihat dua orang perempuna duduk di anjung ruamh. Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada saya bila saya melintas di depannya, manakala perempuan muda yang berselindang lingkup itu wajahny terlalu manis air mukanya cukup bersih. Siapa bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu?" Dalam keadaan yang kebingungan itu saya lihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengan diperhatikan oleh perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja. Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selindangnya yang jatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik. Kerlingnya cukup tajam. Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras wanita muda di depannya. Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh sekali‐kali terdengar juga memecah kesunyian kampung. Tiba‐tiba saya terkejut, perempuan tua bangun serentak, tanpa menjamah barang‐barang yang dihidangkan oleh nenek. Mereka menuju ke muka pintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke arah nenek dan datuk sambil melambaikan tangan. Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan perempuan muda memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke wajah mereka. Datuk, tiba‐tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh perempuan muda dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke mana. "Ke mana mereka pergi tok?" saya bertanya. Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum lalu datuk menghadapi hidang yang tersedia. "Siapa mereka tok?" Datuk terus menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata : "Itulah nenek muda kau," suara datuk menendang gegendang telinga saya. Wajah datuk saya lihat, terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati. DATUK NENEK "Sudahlah tu, mari minum," datuk menarik tangan saya. Nenek ketawa melihat telatah saya yang menurut perintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya. Selesai makan ketupat dan rendang datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat pusara datuk nenek. Selesai menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkan al‐Fatihah atas roh, mereka, datuk terus mengheret saya bertandang ke rumah kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi. Menyusurlah sayadi bawah pepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keras petang itu memaksa badan saya [84]

mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasa bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadi kain selipang. "Ke mana kita tok, saya dan tak tahan ni," saya mengadu. "Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat." "Jauh lagi ke ?" "Lepas pokok asam kumbang sampailah kita." Suara datuk mula keras. Matanya, tajam memandang muka saya. Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir bukit Paya Takung . Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulah rumah Ujang Selamat ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling cantik dan besar di dalam kampung tersebut. Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam mempersilakan saya dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat ketawa menampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu. Data datuk, Ujang Selamat berasal dari negeri Petani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannya sesudah tercetus peperangan antara rakyat Petani yang menuntut kemerdekaan dari kerajaan Siam. Dalam pertempuran itu, banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang Selamat melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuk tanam hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan orang di situ hingga beranak cucu. Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba‐tiba rumah Ujang Selamat didatangi tetamu. Lima orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama‐sama menjamu selera. Selesai mengisi perut. Kelima‐lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas, duduk kat bendul. "Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah," kata Ujang Selamat pada datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar. "Apa halnya?" "Awak pawang besar tentu tau atau dapat tanda‐tanda," "Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong." "Begini." Ujang Selamat memperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan bergerak‐gerak. Angin dari tengah wawah terasa menyapu wajah. [85]

Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya. "Ada saudara mara awak yang sakit?" tanya datuk. "Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut buncit." "Tidak, dia sakit," biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan badan ke dinding. Matahari petang kian condong. "Kaum awak Ujang?" soal datuk. "Ada kena mengena dengan bini saya." "Jadi apa ikthiar kau?" Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha." BERUSAHA Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senag kalau dia dipanggil pawang atau bomoh. Itu bukanlah cita‐citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang tak menolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian. Datuk termenung panjang. Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaan Ujang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datuk yang suka menolong orang itu. Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput‐rumput padi sudah tidak berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang memagari batas sawah. "Bagaimana?" soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga. Datuk terdiam. Ujang Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk. "Kena tengok macam mana jenis penyakitnya." "Bila agaknya, kita boleh pergi." "Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas." "Baiklah," suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan. Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit. Nenek membantah dengan alasan, sejak akhir‐akhir ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya. Dan hal bigini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik mana hatinya, raca cemburu itu tetap wujud dalam dirinya. Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya. [86]

Pertama memburu binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri. Seperti biasa sebelum datuk pergi ke suatu tempat untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat. Mohon restu dari Allah yang maha besar. Dan malam itu datuk pun melakukan sembahyang hajat. Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari pekan kecil itu kami menaiki perahu menyemberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung. Belanja Kiri namanya. Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah rumah yang dikelilingi dengan pokok buah‐buahan seperti durian, langsat, manggis dan rambutan. Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang itu tersemyum. Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami naik ke rumahnya. Kami duduk di bahagian anjung rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya untuk mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan orang Asli ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan. Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya untuk mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia benar‐benar kecewa. Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji Azhar sambil mulutnya membaca sesuatu. Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar‐sinar merenung ke wajah datuk. Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan. Nafasnya kelihatan tersangkut‐sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di bawah kepalanya. Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka mengizinkan. Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata : "Dah berapa lama kena sakit ni?" "Dah dekat setahun , tapi baru dua bulan ni yang teruknya." "Berjalan ke bilik air pun kena pimpin," celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala. Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada . Dada saya berdebar. Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datuk selain daripada berubat cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut. Setelah diperiksa didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung. Phak rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air. Dan mereka pun [87]

berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal. Perut anaknya tidak juga mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang. Dua bulan sesudah itu lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar ‐ Ipoh. Perut anaknya di X‐ray. Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya tidak menghidap sebarang jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah menasihatkan Haji Azhar supaya berubat cara kampung. (Dan Megat Khas sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan setip kali Haji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk, seolah‐olah dia mengharapkan sangat‐sangat datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai oleh anaknya itu. "Siapa nama anak tuan Haji itu?" "Latifah." "Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?" "Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada." "Jadi bertunang." "Tidak, saya tolak." "Sebab." "Belum masanya." DENDAM Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya, dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan tulang kucing hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamat semua benda‐benda tiu dapat diadakan. Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya denga penuh teliti. Sedang datuk membaca mentera, tiba‐tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah. Jatuh di hujung kepala anak dara Haji Azhar. Dengan sekelip mata saja batu kecil itu, mengeluarkan asap yang berkepul‐ kepul penuh satu ruang rumah. Semua orang dalam rumah itu habis terbatuk. Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskan kain lilit kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu pun ghaib. Tempat batu itu jatuh nampak berlubang dan hangus. Datuk berhenti dari meneruskan kerjanya. "Nampaknya sakit anak tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan keluarga tuan haji. Ini semua kerja syaitan," rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar. [88]

"Orang yang membalas dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk mengubatnya," sambung datuk. Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh. Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga Haji Azhar. "Tangguh dulu, kita ikhtiar cara lain malam, esok," kata datuk. "Saya mengikut saja, asalkan sakit anak saya baik." "Saya tahu, sakit anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan." "Habis apa yang mesti saya buat?" "Bersabar dan berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada penyakit yang tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah." Mendengar cakap datuk itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha. Ujang Selamat juga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar. Sepanjang malam itu, saya dan datuk tidak dapat tidur dengan cukup lena, kerana bermacam‐macam bunyi yang kami dengar di luar rumah Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada Haji Azhar pagi esoknya, dia mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit. Bunyi begitu memang selalu didengarnya. Datuk membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam ‐ Ipoh. Menurut datuk kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh anak Haji Azhar itu. Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengan sebuah kereta kepunyaan anak buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan Kampung Belanja Kiri di tepi tebing Sungai Perak itu, kira‐kira pukul lapan setengah pagi. Dan pukul lima petang dia pun pulang dengan seorang wakil yang berbadan kurus. "Ini kawan saya, namanya Wansi, dah dua kali ke Mekah," datuk memperkenalkan kawannya pada Haji Azhar dan orang‐orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah. Datuk terus bercerita tentang kawannya tiu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu bekerja dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dan kaki perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan terlantar di rumah membuat dia insaf, bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan meninggalkan kerja‐ kerja yang ditegah oleh Allah. Sebelum mengubati anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja yang boleh berada di tempat dia akan lakukan kerjanya. Semua permintaannya itu dipenuhi. Dia juga meminta pada Haji Azhar semua kerja yang dilakukannya jangan diberitahu pada orang ramai. Satu syarat yang agak ganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat sebuah pondok kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu. Orang yang boleh mendiami pondok itu ialah saya, datuk dan dirinya sendiri. Hari yang dipilih oleh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu, mulai pukul satu tengahari. [89]

Sebelum itu, kami tidak diberkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami tidak boleh memijak tanah, tidak buang air kecil dan besar. Satu kerja yang cukup siksa saya rasakan, kerana datuk mahu saya mengenali berbagai ragam kehidupan yang ganjil atas dunia ini, saya terpaksa mematuhinya. Tengahari Rabu, matahari sudah agak tergelincir dari ubun‐ubun kepala. Saya dan datuk serta Wansi menghadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan kerana semua tingkap di pondok itu ditutup, badan terasa panas. "Sedia," kata Wansi yang sebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap dalam bahasa Bawean, terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk kepala. Datuk juga angguk kepala. Datuk menghampirinya. "Ada apa Wansi?" tanya datuk. "Kita baca ayat Quran dulu," jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang mesti dibaca. Sedang mereka asyik membaca ayat‐ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegar orang, serentak dengan itu api menyala dengan tiba‐tiba di tengah pondok. Bila api itu dipadamkan, menyala pula di bahagian lain. Saya jadi kelam‐kabut di buatnya. Dengan tenang Wansi mencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba‐tiba api itu padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok. Saya diberitahu oleh datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu di depan dupa. Muka Wansi kelihatan berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh di situ. Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari kain hitam. Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar pondok, ikut tingkap. Saya dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami bertiga memijak bumi, dua tiga titik darah jatuh atas pipi kami, dari mana datangnya saya pun tidak tahu. Wansi naik ke rumah Haji Azhar terus masuk ke dalam bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar. Saya terkejut, bila Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak dara itu kelihatan berkilat dengan urat‐urat yang timbul sekali imbas macam buah tembikai. Wansi menekan perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya. Jeritan anak dara itu menguasai seluruh Kampung Belanja Kiri. Saya dengan datuk hanya melihat saja. Jeritan anak dara yang kuat itu, makin lama, makin beransur kurang dan akhirnya berhenti terus. Dari hidung anak dara itu keluar darah. Wansi terus menekan perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke dalam perut anak dara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah. Tiba‐tiba Wansi berpaling pada datuk dan berkata: "Sudah dapat." "Apa dia?"

[90]

Wansi tidak menjawab pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara. Saya lihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengan segera perut anak dara yang buncit itu terus kempis dan rata. Wansi melihat lilihan darah di perut anak dara itu. Dia membaca susuatu, kemudian perut anak dara itu digosoknya dengan tapak tangan kanan tiga kali berturut‐turut. Dalam sekelip mata saja perut itu bercantum kembali tidak terdapat sebarang kesan luka atau darah di situ Anak dara Haji Azhar sedar dari pensan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk. Anak dara Haji Azhar bangun dan terus duduk. "Kenal, kain siapa ni?" tanya datuk pada anak dara Haji Azhar. "Saya punya, tapi sudah lama hilang dalam simpanan saya." "Di mana hilangnya?" Wansi pula menyoal." "Kain batik tu, saya jemur di ampai, tiba‐tiba hilang, itu saja yang saya ingat," terang anak dara Haji Azhar dengan jujur. Datuk pun memanggil Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu dibeli oleh Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung‐Indionesia, bila pulang ke rumah kain itu dihadiahkan pada Latifah anaknya. Dan pada suatu hari Latifah mendapati kain batik itu hilang di ampaian sesudah basuh. TOLAK Pada petang Rabu itu juga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di tepi tebing Sungai Perak oleh Wansi, Menjelang waktu Maghrib Latifah di letakkan di atas pelantar yang dibina berhampiran dengan ampai tempat kain batiknya hilang. Semua kerja dilakukan oleh Wansi. Pada sebelah malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang lengan manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila tulang lengan itu dijamah oleh datuk, tulang itu terus menjadi arang. "Sekarang, kita mesti menangkap orang yang mensihirkan kain batik ke dalam perut anak dara Haji Azhar," ujar datuk pada Wansi. "Ya, tapi aku tak mahu orang itu dibalas memadai saja dia disuruh bertaubat," sebaik saja Wansi habis bercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan malam itu, bila datuk mengamati wajah pemuda itu ternyata dia adalah pawang orang asli yang terkenal dari batu enam belas jalan Tapah ke Cameron Highland, Pahang. Wajah lelaki yang bengis itu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke arah datuk dan Wansi…

[91]

Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah. Latifah Berguling‐guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa‐apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling‐guling atau meronta‐ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Dtuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut‐ turut. Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk. "Apa yang kau nampak nak?" tanya Wansi. "Orang hitam mengajak saya keluar," sura Latifah merendah. "Lagi apa yang dibuatnya pada kau," sanggah datuk. "Dia lari dengan tiba‐tiba," jawab Latifah tenang. Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di tangannya. Dia menulis sepotong ayat al‐Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkan pada Haji Azhar. "Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus mengamalkannya," ujar Wansi. "Caranya?" tanya Haji Azhar. "Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan." Cukup lebut nada suara Wansi. Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas. "Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik," tambah Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar. "Untuk apa?" "Untuk mengubat penyakit anak kau," sahut datuk. "Kalu dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?"

[92]

"Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya," Wansi memberikan sebuah keyakinan dan harapan pada Haji Azhar. Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar angguk kepala. Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja‐kerja untuk mengubati Latifah. Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat tidur. Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu‐talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam. Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi dua kali berturut‐turut. Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan, seperti angka lima. Sayup‐sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur. Tiba‐tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanah kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah. Batang pisang itu seolah‐olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang tersebut, cepat‐cepat Wansi menyepak tangan datuk. "Jangan dipegang," kata Wansi. Saya mengeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar samar‐samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum. "Kau pergi ke sana," katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyak bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari batang pisang itu keluar asap berkepul‐kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan dengan bebasnya di anjung ruamh, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam darah. Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam kawasan anjung dan [93]

hilang betul‐betul di tengah‐tengan batang pisang. Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakkan anjing dan suara jampuk bersahut‐sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya. Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan‐syaitan ini akan meragut nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al‐Quran yang saya kira dapat menghalau syaitan‐syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap itu. Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit. Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean, selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung ruamh. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai‐tupai itu ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi. Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan‐syaitan itu. Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam gelap. Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar‐legar dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi beranung dulu. Pondok itu terbakar. "Orang ni benar‐benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita," kata Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat‐cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan‐syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya. Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar‐legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.

[94]

Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk belakang datuk. Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya terkedip‐kedip merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan. "Saya kenal dia Wansi," kata datuk. "Siapa manusia ni?" "Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali," terang datuk dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang seoah‐olah melekap pada papan lantai itu. "Kenapa kau buat jahat dengan orang?" tanya Wansi. "Saya dapat upah encik," jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanya terkelip‐kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan mereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya. "Siapa yang mengupah kau?" datuk menyoal. "Orang kampung ini juga." "Siapa namanya." "Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya," "Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain," kian keras nada suara Wansi. Datuk mula resah. Dia berpusing‐pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai. "Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik‐usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia." Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap, cukup siksa. Datuk dan Wansi berbisik, Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak‐gerak. Mukanya berpeluh‐ peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agak gawat sekarang sudah cukup tenang. "Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini," Wansi mula mengugut. Datuk mengigit bibir. [95]

"Jangan buat jahat dengan orang encik." "Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu." "Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?" "Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?" "Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam." "Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja." "Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik," "Bila?" potong datuk dengan cepat. "Dua hari lagi." Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali berturut‐turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan merbah sudahpun berhenti berkicau. Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya. "Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar," itulah pertanyaan pertama pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum. "Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan," balas datuk. Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian‐kejadian itu sendiri. Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya lihat itu, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang maha besar. "Allah itu maha pemurah dan panyayang." "Jadi," tingkah saya. "Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik." "Kalau minta jahat bagaimana?" [96]

"Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiran untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat." MENGAKU Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya. "Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan datang ke sini?" Saya lihat wajah Wansi cukup tenang. "Siapa?" soal Haji Azhar. "Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi membuat persiapan untuk…'" suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang. "Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?" "Saya nak berangkat ke Tanah Suci," jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang sebelum ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum dengan datuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi pada Haji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah‐olah mereka sepakat merahsiakan perkara itu. Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan Cangkat Melintang mencari akar‐akar kayu dan pucuk‐pucuk hutan. Akar‐akar kayu yang dipilih itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk‐pucuk kayu dijadikan air pembasuh muka selepas menunaikan sembahyang subuh. Menurut Wansi akar‐akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi. Pucuk‐ pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan wajah supaya kelihatan muda dan merah. PAGI JUMAAT Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia akan membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin. Kelam‐ kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah bila datuk menyuruh saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat saya dalam keadaan cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya. "Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku," ujar Wansi. "Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit," tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang memanjang dari Wansi.

[97]

Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang pemuda berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki tangga pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik. "Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat sampai ke pagi," terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikal itu meluah kan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan. "Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasanan di Kampung Belanja kiri pagi itu terasa cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan. "Apa sebabnya awak datang ke sini?" datuk bersuara parau. "Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji Azhar," sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya. "Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya," terang Wansi. "Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu." Sebaik saja pemuda itu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera datang. Duduk bersila di antara datuk dan Wansi. "Inilah orang yang saya tunggu," kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia kenal benar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu bot penambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak, Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam dan bersopan‐santun. "Apa, dia keluarga awak?" Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar. "Tidak tuanHaji," pendek jawab Wansi. "Habis kenapa dia jumpa awak." "Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan dipukul atau membalas dendam." "Saya tak faham." "Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah oleh agama kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnya dan pemuda ini akan tenteram jiwanya." "Saya berjanji," satu keputusan tegas dari Haji Azhar.

[98]

Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman, waktu salam keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhar tidak akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar itu dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu terhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah. Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada keesokan harinya kami bertiga pun berangakat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua bulan lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk menyaksikan Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar. Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah menetap di Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifah sudah melahirkan dua orang anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri kerana sakit tua, isterinya masih lagi hidup dan tinggal bersama Latifah. Pemuda yang mengupah bomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja Kiri, sesudah meminta ampun dan maaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup merah tetapi datuk tetap berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga Haji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci. JUMPA BOMOH ORANG ASLI Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengan datuk pergi ke Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun. Dua malam tidur di rumah ketua Kampung Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah. Di Tapah datuk menginap dua hari di rumah kawannya di Lubuk Katak kira‐kira suku batu dari Pekan Tapah. Pada keesokan harinya saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameran Highlands. Sampai di Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigi jalan kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok‐pokok hutan. Di hujung lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli. Tidak jauh dari kampung ornag asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan pekerja‐pekerja yang terlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik. Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada pemuda‐pemuda Melayu terutama di bahagian buruh kasar seperti menebuk terowong dan meratakan batu. Pergerakkan pekerja‐pekerja itu dapat dilihat dengan mudah dari perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yang tinggi. Sekarang projek itu sudah siap. Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu. Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang mendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya berkeliaran dalam rumah. Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadi lagu top ketika itu. [99]

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk. Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu tidak bercanggah dengan hukum‐hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu ayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam, beras disediakan oleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit. . Di luar hujan turun mencurah‐curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang masuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan. Api pelita melintuk‐ liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam, Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekelilingi badan pelita. Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya dari pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali‐sekala terdengar lolongan anjing hutan sayup‐sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang bertali tembaga di hujung lututnya. Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau cukup nyaring bersama tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan pemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa yang di alami oleh pemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya. “Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina,” nada suara Bah Lanjut penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa tersebut. “Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain,” ujur datuk sambil melagakan gigi bawah.

Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung. [100]

“Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang,” keluh Bah Lanjut. “Ilmu kita pun begitu juga,” tingkah datuk. Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu menuju ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk‐nyamuk jatuh atas tapak tanganya. “Pulanglah,jangan kacau kami,” kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan segera terbang menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar. Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap. “Mahu awak menuntut ilmu pengasih?” kelopak mata saya terasa ringan, mata saya bersinar merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga. “Caranya?” soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya. Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati. Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya. “Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu‐ilmu lain,” ujur datuk secara tidak langsung membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam dada saya. “Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak,” Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir. “Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar,” datuk menepis cakap Bah Lanjut. “Kita disuruh berusaha.” “Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk baiknya, terutama kalau terlepas ketangan orang muda.” “Tujuannya baik ”

[101]

“Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya.” “Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit dan guna mencari ibu minyaknya.” “Terima kasih sajalah tok batin,” suara datuk merendah. Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk bersahut‐sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya. Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu, terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu lama‐lama. Bentuknya macam seekor monyet besar. Tiba‐tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buah kelubi. Lembaga itu menggawang‐gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya yang berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca. Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu. Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang membakar kain pelikat datuk dipadamkan. “Apa bendanya tu tok batin?” soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung liar ke kiri dan ke kanan. “lnilah masalah yang kami hadapi sekarang,” bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk kepala. macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu datang lagi. “Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?” Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.

[102]

“Benda tu, cuma takut pada api saja,” sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal. Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumah mereka. Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik ‐ nakik kayu bendul dengan parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut. Dari gerak‐geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu di amok rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung. “Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak‐anak dara,” Bah Lanjut mengeluh. “Sebab?” “Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit sebelah mati kerananya.” “Dahsyat tu.” “Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi dalam hal ni, saya mengaku kalah,” Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat pada dirinya. Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya. “Selimut badan kau, sejuk ni,” ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terns mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejam rapat. Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari‐nari dalam kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa saya ke tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan dibahamnya? Semuanya berlegar‐Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut. Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi kiuk‐kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut‐turut kali,saya terasa seronok,macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa penciptanya. Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas lembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung hantu atau salakan anjing hutan.

[103]

Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya,” datuk memberi satu keputusan yang muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu. “Sampai ke mana?” soal Bah Lanjut. “Sehingga mana yang boleh kita cari,” batas datuk . Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok. Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu, sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi di perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di puncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan ayam hutan bersahut‐sahutan. Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah meninggi, sayup‐sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro‐elektrik dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat. “Apa benda tu tok?” tanya saya. “Dia orang tebuk bukit buat terowong air,” begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara. Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi. “Boleh, nanti saya tukar pakaian,” jawab datuk. Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya tersandang di belakang. Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu datuk dan Bah Lanjut. “Memang inilah tapak kakinya,” kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah. “Inilah bulunya,” pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk. Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami [104]

bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli. Matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir lembaga hitam itu. Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan belakang, seakan‐akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama sendiri. “Apa halnya ni,” tanya Bah Lanjut. Kelima‐lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya. “Awak orang asli atau orang Melayu?” tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli. “Saya orang Melayu,” jawab saya. “Itu datuk saya,” muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah. Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk . “Saya Zamri,” katanya pada datuk . “Awak orang mana?” “Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini.” Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung. Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ. “Apa halnya?” tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba‐raba batang hidungnya. “Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas,” katanya. Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja‐pekerja di situ memang selalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.

[105]

“Kenapa tak bawa jumpa doktor?” datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut menggosok‐gosok ulu parang kontotnya. “Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta. “Dia mana kawan awak tu?” saya pula bertanya. “Ada dekat setor, menanti kereta.” Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima‐lima pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor. Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain kuat‐kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang sudah diikat itu. Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang Jerman menghampiri datuk. “Migiteis,” ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya. “Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu, mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit Tapah,” Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut. Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabat kecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan‐kawannya mencari batang tepus dan pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin. Tidak sampai dua puluh minit, barang‐barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang‐barang yang di kehendaki di sekeliling pangkin. “Pukul berapa?” tanya saya pada Zamri. “Dekat pukul dua petang,” jawabnya, tiba‐tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam. Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali.

[106]

Manakala pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya. Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar. Muka Zamri dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin. Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa berhenti‐henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba‐tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan. Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti‐henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu, sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ. Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular‐ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar‐benar jadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka daluk. Saya lihat wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang. Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul‐betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut. Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu mematuk leher atau kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali berturut.Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang agak sayu sedikit. Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul‐betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang. [107]

Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ. Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lama juga ular itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut bertambah perlahan. Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke arahnya. “Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya,” kata Bah Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan‐kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain tanpa memberitahunya. Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya. “Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi,” kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher. “Buat apa?” tanya duduk penuh ragu. “Mesti ditanam,” jawabnya.Datuk dan saya berpandangan. “Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak,” datuk menyatakan hasratnya. “Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu.” “Saya cuba tok batin.” Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya. Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya segera mendapatkan mereka. “Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung Raja di Tanah Rata,” datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya. [108]

“Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam.” Bah Lanjut menerangkan kepada saya. “Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang,” terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala. Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah‐Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya. “Sudah dinihari,” keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya mere‐nung tajam ke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya terus mencam‐pakkan puntung‐puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara. Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup‐sayup di kaki bukit. Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka. Tiba‐tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bila saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma. “Dia bagaikan tahu kita menantinya,” kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh bangun di kaki langit. “Dia takut agaknya,” sahut Bah Lanjut. “Boleh jadi juga,” balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang kerumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah. Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ. “Supaya jangan hilang bila dicari,” datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil angguk kepala dua tiga kali. Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.

[109]

“Kita kena bertolak pergi ke sana,” katanya. “Jalan kaki,” sahut Bah Lanjut. “Susah tu,” celah saya. “Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana.” Bah Lanjut memberikan satu keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok. Berhenti betul‐betul di depan kaki tangga pondok. “Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian.” “Nanti sesat, susah.” “Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan itu dengan kain merah,” datuk mengemukakan cadangan. “Cara?” “Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang.” “Baiklah.” Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok‐pokok hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat pokok‐pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar‐ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali. “Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?” tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk‐ nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok. “Bila kita nak pergi,” tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan mukanya. “Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana,” nada suara datuk membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut‐sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu. Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut. Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba‐tiba saya lihat beberapa ekor mo‐nyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet‐monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor dari pada harimau itu ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri. [110]

Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya, salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk dengan ekornya. Datuk membiarkan ha‐rimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk‐nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang. “Kau rindukan aku,” terdengar suara datuk. Harimau menggerak‐gerakkan ekomya. Manakala harimau yang lagi seekor berguling‐guling di atas tanah sambil keempat‐empat kakinya menghala ke langit. “Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini,” selesai saja datuk bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Ha‐rimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri. “Pulanglah,” tambah datuk lagi sambil menepuk‐nepuk belakang harimau. Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal. Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan. Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasak nasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api. Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala, saya dan datuk terus makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi. “Sudah masuk sekarang,” pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, ba‐hawa datuk menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak tahu. “Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju,” datuk memberitahu sa‐ya. Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang‐barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan. Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat‐jilat kedua belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau. “Kau tunggang dia sendirian,” kata Datuk.

[111]

“Aku naik belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau tak akan melihat dunia lagi,” sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya. “Saya faham tok.” “Faham saja tak mahu, tapi mesti taat,” tengking datuk. “Saya taat datuk” “Hum … bagus.” Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan‐lahan, kemudian laju dan terus laju saya terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya berfikir‐fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya. “Bagus, kau dah berani sekarang,” serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit. “Kaudah berani sekarang,” ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang‐goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan iapun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang. “Di mana kita sekarang ni tok?” “Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik.” Datuk dan saya pun melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup‐sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing. Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit kecil. “Berhenti,” datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah kiri, saya lihat pokok‐pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ. “Bagaimana cepat awak sampai,” kata Bah Lanjut kehairanan. “Kita belum lagi memacak kain,” tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung Raja. “Mari,” ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.

[112]

Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuanpunya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai. Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan barang‐ barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula‐mula di temui.Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan rumah itu. Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu. Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk‐tanam. Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padi di lereng bukit. Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di pangkal pokok bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung‐raung tidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana‐mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas. Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa‐apa. Dia boleh memasak, membaca dan menyanyi. Kadang‐kadang turun ke tengah ha‐laman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan. Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum. Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk sekedar menyatakannya. Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya berdebar, belum pernah datuk menyuruh. “Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang‐orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami,” beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit hibir. [113]

“Jadi sekarang bagaimana?” tanya datuk. “Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa‐apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini,” secara jujur Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya. Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai. “Bangun,” sergah datuk pada saya. Kelam‐kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya. “Bawa damar,” ujar datuk. Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip‐kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya. “Datuk,” jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat‐cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu. Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam. Datuk terus bersilat. Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok‐pokok kecil di sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk. Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling. Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.

[114]

Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak ‐ombak menahan penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk. Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk. Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya ke‐napa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu. Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya me‐mulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah Kuntum. “Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka,” suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul tiba‐ tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam‐macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah. Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk meneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan. Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demi‐kian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk. Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak. Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba‐tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur. “Berikan aku damar,” datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan hati‐hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya. [115]

Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,mata saya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura‐pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura‐pura berdengkur. Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara “Heh … heh heh … heh … hum”. Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ketempat tidur. Saya dan datuk menggolek‐golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.Lembaga hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi‐tubi. Kuntum mengerang kepuasan. Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya. “Kau pergi kesana, jangan lihat,” ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura‐pura tidur lagi. Saya buka mata. Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kun‐tum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing‐masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang. Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mem‐pertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam. Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat. Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya. Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis. Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat‐kuat. Saya lihat dari celah‐‐celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.

[116]

Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu. Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang‐layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir. Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga. Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar. “Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum,” kata datuk. Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas. Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat. Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas. Kami terus berjalan sambil memotong anak‐anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul‐betul di hadapan sebuah gua. Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan or‐ang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu. Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok. Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

[117]

“Itu cara kebetulan saja tok batin,” kata datuk. “Kita tak percaya, awak memang handal.” “Terpulanglah pada tok batin sendiri,” jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut. Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya. “Ke mana?” balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan. “Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap,” jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu. Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri. Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali. “Kita masuk,” kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas. “Ini kerja mati,” Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, “Kau jangan banyak kere‐nah,” cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mem‐punyai kesan yang amat pahit bagi diri saya. “Sediakan mancis,” datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka‐wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain. “Kita berada betul‐betul di tengah antara dua gunung,” beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia. Tiba‐tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan‐Iahan pada akar‐akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

[118]

“Pedulikan,” kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah‐celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang. Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun‐daun kayu yang di bawanya. Gerak‐geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan‐dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira‐kira lapan kaki. Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga‐tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut. Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat ‐cepat datuk mengelak. “lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini,” kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah. “Apa yang harus kita buat,” datang pertanyaan dari Bah Lanjut. “Kita halau saja dari sini,” jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh‐puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung. “Dia akan meninggalkan tempat ini terus,” datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya. “Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam,” sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut. Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja‐Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat‐‐ayat al Quran. Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Is‐lam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam.

[119]

Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang. Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya. “Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang‐‐orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan,” begitulah datuk memberitahu bebe‐rapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang ma‐hukan tempat yang dingin. Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong. Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came‐ron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai‐land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan. Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis. Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya. Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda‐tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan. Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya. Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang pa‐ling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. [120]

Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan. Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu‐ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke‐hilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita me‐ngenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi. Pengalaman‐pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan‐keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya. Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini. “Kau jangan ikut macam datuk kau,” kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali‐kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan. “Ada motosikal masuk ke mari tu,” datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, “Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?” “Sudah.” “Sudah bagaimana?” balas datuk lagi. “Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama.” “Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?” “Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, ber‐judi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna”, begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut. Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah hala‐man. Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya. Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah mem‐bunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dija‐dikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira‐kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas. [121]

“Apa hajatnya’?” tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Mai‐din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya. Datukpun mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka. Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi‐jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah. “Perkara yang benar‐benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang‐orang kita yang susah”, Din Kerani memberitahu datuk. Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama. “Habis apa yang patut saya buat’?” soal datuk. “Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup.” “Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai se‐minggu berada di rumah.” “Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba,” sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang. “Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang,” cukup cepat datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus. “Tinggalkan alamat rumah awak pada saya,” datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, “Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya.” “Betul juga,” Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melu‐kiskan rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang. “Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?”, soal datuk.

[122]

“Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya,” Din Kerani memberikan penerangan. Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu. Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah‐rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya. “Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian,” datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding. “Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang,” rungut datuk. Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu. “Kenapa pula?” “Saya sudah malas dengan kerja ini.” “Orang minta tolong, mestilah ditolong.” “Saya faham, tapi … ,” datuk tidak meneruskan kata‐kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain. Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ. “Kenapa tok?” tanya saya. datuk renung muka saya. “Perkara ini berat,” jawabnya. “Sebab?” “Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya,” nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat. [123]

“Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini,” tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur. Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh ka‐wasan kampung itu sudah dijalaninya. Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau. Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya. Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan. Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani. “Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin”, kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia. Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai. “Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa,” datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak‐gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ. Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki. “Sudah jangan lihat,” jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa‐apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh‐peluh halus.

[124]

“Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.”, ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang. “Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung,” tambah datuk. Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya o‐rang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek. “Kita akan menolong orang di sini,” kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok. “Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang‐barang yang di rumah,” tambah datuk lagi. “Kenapa jadi begitu tok?” “Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji.” “Siapa yang handaI dalam hal ni tok?” “Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu.” Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya. Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung. Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak‐geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga‐tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali. Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam‐hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak. Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih‐buih dan bergerak‐gerak. Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.

[125]

“Pukaunya sudah menjadi,” bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang. Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar‐samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan‐‐akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan panas. Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa ujian yang tertentu. Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya. Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang‐orang yang tahu dengan kerja‐kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut. “Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam‐macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu‐‐ilmu pukau yang lain”, begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas. “Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah,” kata datuk dengan nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati‐hati. Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki‐kaki pukau memijak lantai rumahnya . “Kau tidurlah, kami tak ganggu kau”, cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu. “Bukan di situ, tempat kau dibilik”, mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil teng‐korak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata: “Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah.” Habis saja ketua pukau berkata‐kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang‐barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka [126]

menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang‐ barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang‐barang kemas dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri. “Dah selesai?” tanyanya pada anak buah. “Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua”, ketua pukau membe‐ritahu anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ. “Apakah yang mesti kita buat sekarang tok”, saya menyoal datuk bila me‐lihat ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi. “Biarlah mereka pergi”, pendek saja datuk memberikan jawapan. Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ran‐ting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua benda‐benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya. Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah‐ patahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api. Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya. “Aku harap orang‐orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok,” kata datuk dengan nada suara yang tenang. Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung. Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang‐barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah. Secara terang‐terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain. “Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?”, tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata. “Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu.” [127]

“Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?” Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang. Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang. “Buat apa?” “Untuk melihat ketua pukau” Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak di‐tangkap. Fikir Din Kerani. “Benar atau berjenaka?”, Din Kerani meminta kepastian. “Benar”, jawab datuk dengan tegas. Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua pukau yang diharapkan itu ti‐dak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tu‐gas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan. “Orang ini benar‐benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa,” keluh datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab. Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk sembah‐yang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama‐sama orang kampung di surau. Di surau orang‐orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak. Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang‐orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula‐mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu ber‐tindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang‐‐orang kampung dengan baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira‐kira pukul satu malam. [128]

Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan me‐neruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal. Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut. Datuk berdiri tegak menghadapi benda‐benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al‐Iqra’ hingga tamat. Lepas itu dia membaca Al‐Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba‐tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul dengan tiba‐tiba di dahi luasnya. “Orang ini mencabar aku”, kata datuk pada saya. Cepat‐cepat datuk mem‐buka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia menge‐luarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu‐ satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh. “Besinya dikutip dari besi‐besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh”, kata datuk pada saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus‐ratus tentera Belanda. Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya. Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merah‐siakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah‐merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf‐‐huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak. “Kau memang mahu menghancurkan aku”, tiba‐tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam. “Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku”, lelaki itu bersuara lemah.

[129]

Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah. Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama‐ sama datang dari Jambi. Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi. “Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau”, kata datuk sambil membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit. “Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah”, beritahu lelaki itu. Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai – Kulub Mohd Diah. Dan orang‐orang kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar. Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi. “Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku” “Maksud kau?” “Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman.” “Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?” “Itulah silapnya aku.” “Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar.” “Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah‐rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya.” “Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Ke‐napa kau menyempitkan ajaran Islam?” “Aku tahu..”, belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang. “Ke mana tok?” “Ke surau.” [130]

Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau. “Hei kalau kau benar‐benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?”, cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar‐samar cahaya bulan malam itu. “Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta,” ketua pukau terus mengugut. Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga‐tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak‐gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam. “Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?”, datuk terus menyergah ketua pukau. Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan‐akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk. Ketua pukau angkat senjata, tiba‐tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak. Dengan tiba‐tiba golok perak itu patah dua. Ba‐hagian atas yang patah jatuh betul‐betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas. “Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan boleh ke mana‐mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal”, datuk memberitahu ketua pukau. Dengan mendadak saja ketiga‐tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga‐tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri. “Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan bertaubat”, kata datuk. “Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta‐bendanya. Jangan hukum kami.” “Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil” “Kami bertaubat”

[131]

“Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku”, datuk mengemukakan permintaan secara jujur. Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk. “Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya”, itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani. Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri. Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung. Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan me‐nguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya. Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih‐lebih lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang tersendiri. Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh dengan nenek, tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan pukau. Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat ditum‐paskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum mengikut undang‐undang yang telah di tetapkan. Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang me‐reka bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus berpesan padanya:

[132]

“Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya” “Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini” “Sama‐samalah kita berdoa”, sahut datuk dari muka pintu. Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja tersebut. “Kerja dia orang licin”, kata ustaz. “Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman.” “Macam mana Wak tahu hal itu?” “Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak” “Saya paham” Cuma setakat itu saya dengar kata‐kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing‐masing masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang bertalu‐talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul. “Apa halnya?”, soal datuk. “Semuanya dapat kami tangkap.” ”Dimana?” “Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor.” “Sekarang dia orang di mana?”, tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas. “Di Balai Polis Langkap” “Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?”, celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata putih. “Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar” “Begitu”, suara datuk lemah. Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap. [133]

“Kenapa kamu tak insaf?”, soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan. Ketiga‐tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk terus meminta tengkorak kering dari ketua pukau. Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka. “Dia sudah mati”, meletus jawapan dari ketua pukau. “Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku”. Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi apa‐ apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya, kecuali meng‐gunakan beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di sembunyikan dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak. Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak datuk mengingatkan polis yang me‐ngawalnya supaya berhati‐hati dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke Kampar. Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Lengkap. Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang. Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik, malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya melepaskan diri. Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula di‐datangi oleh peluh‐peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh darinya. “Dia berjaya membuka garinya”, tiba‐tiba datuk bersuara agak keras. Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini). “Dia akan terjun ke dalam sungai”, kata datuk lagi. [134]

Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun keatas jalan raya, ke‐mudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut kereta. “Dia agak handal orangnya”, ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang berbuih. Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai. “Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair”, kata Datuk. Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih. Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di lambung ke atas. Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, kemudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih‐buih, kemudian tempat ketua pukau terjun itu berpusing‐pusing menjadi semacam lubuk. Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih. Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil tengkorak tersebut. Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk. Datuk cepat‐cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk muntah darah. Seluruh badan datuk menjadi biru. Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan‐Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang. “Campakkan ke air”, kata Datuk. Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas. Cepat‐cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia [135]

bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam‐kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar. “Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya”. “Saya cuba,” itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan‐arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ. “Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun‐daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia boleh bangun. Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat situ. “Badan aku terasa bisa‐bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya sambil meraba batang pokok di belakangnya. “Apa yang mesti saya buat tok?” “Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah” “Tapi kita harus berikhtiar” “Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini” “Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?” Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk. “Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah” Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.

[136]

Saya perhatikan dalam saat‐saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar. Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh. “Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya. “Maksudnya?” ”Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya. “Apa yang mesti saya buat?”, tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya. “Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?”, Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum. “Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya” “Sebab?” “Doktor nak tanya sikit”, beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk kedalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali duduk. “Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin”, ujar doktor itu sambil menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. “Saya kurang faham dengan cakap tuan” , suara Mat Jali tenang. “Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak” “Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besii. Suruh dia buka”, doktor itu merenung muka saya. Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk. Saya membisikan ke telinganya: [137]

“Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk.” “Buka apa?”, sergah datuk pada saya. “Tahan besi.” ”Tahan besi?”, ulang datuk. “Ya tok.” Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah‐olah dari sinar matanya terucap perkataan ini: “Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja” Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri. Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum. “Sudah”, pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira‐kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun‐ tahun itu di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat. Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya. Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri. [138]

Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia menolongnya. “Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus”, jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit. “Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal”, jawap datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk. “Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja”, nada suara jutawan itu mula menurun. “Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim”, tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala. “Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?”, Mohd Zain memotong percakapan. Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah. “Saya terpaksa pergi ke sana setidak‐tidaknya tiga senja saya mesti ke sana” “Kalau begitu duduk saja dirumah saya” “Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya kerumah Tok Kaya” “Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok Kaya (jutawan) sambil tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar. Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar. “Buat apa ke sana pak?” tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti. “Nak cari buluh tumpat.” “Buat apa?”, sahut Mohd Zain. ”Untuk menolong Tok Kaya”, jawap datuk. Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu kaki.

[139]

Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk. Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya. Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang. “Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik”, itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya lidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya terlena. Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda‐tanda yang menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkor saya. “Kau sudah mula mengenali perangai aku”, katanya menyindir ketika saya mengaambil air sembahyang bersamanya. “Belajar dari pengalaman”, balas saya. “Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi. Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh. Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung atau darah tinggi. Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami di sambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub Naim. “Saya balik dulu pak”, Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim [140]

orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya. Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu saja. Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja. Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja. Saya dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung. Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah‐olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan‐akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan membaca sesuatu. “Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan ikut perintahnya. “Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu dengan kayu. “Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan macam tadi juga” Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah. “Cukuplah tu, agak‐agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni berpagar”, datuk bercakap seorang diri. Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar. “Macam mana, sudah selesai?”, iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk. “Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh”, balas datuk. Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan di hantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa.

[141]

Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan zikimya. Saya keluar dari bilik mundar‐mandir ruang tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik. “Kenapa, macam kena kejar syaitan.” “Ada puteri raja di sini tok” “Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus”, datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah. Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba‐tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya. Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta padang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup. “Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat datang”, katanya dengan berketawa pada Datuk. “Orang lelaki itu siapa?”, soal saya. “Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan mengganggu”, jawabnya. Ternyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur. Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi dirumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara‐perkara aneh bila dia membuat kira‐kira pemiagaan di bilik khasnya. Kadang‐kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pemah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil disampang isterinya. Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya. “Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan”, adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang tamu bawah. “Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga”, tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya. [142]

“Saya cuma boleh menolong saya”, kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua‐dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas. Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas. “Itu jeritan Norlin”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Kamipun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat benar. “Ada apa Norlin?”, tanya Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu. “Ada apa nak?”, soal isterinya pula. Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak‐ gerak dengan hebatnya. “Ada apa Norlin? Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu‐mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang. “Kau nampak manusia di sini”, Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z. Kira‐kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan‐dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno. Tiba‐tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar‐samar masuk [143]

kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh. Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba‐ tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu. “Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas. “Kenapa?”, soal datuk. “Berjalan dan menari sendirian” “Allah”, keluh datuk. Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali. Hujan kian menjadi ‐jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing beratus‐ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku‐buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin. Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh‐peluh halus membintit di kening. Seolah‐olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum. “Norlin, Norlin emak ada di sini”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak. “Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!” jeritnya sekuat hati. “Siapa dia nak? Cakap dengan saya”, rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ. Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. "Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk dengan nada suara yang cukup lembut. "Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus menghentak‐hentakkan kaki ke lantai sambil meronta‐ronta. Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus di buatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang [144]

tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya: "Apa yang dah jadi Norlin?" "Saya takut makcik", suara Norlin terketar‐ketar. Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat‐ayat suci, tiba‐tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan. "Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya: "Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing‐pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk. "Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya", tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus menyambung: "Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan. Isteri Pak Ayub Naim secara tiba‐tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin. "Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi korban", nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri. "Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja. "Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim. "Baik", tiba‐tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik. Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk putih. "Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih. "Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena. Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang [145]

panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja. "Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya”, ujar datuk. "Saya faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja. "Mencuba apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah. Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin. Menurut datuk Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik Norlin. "Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. ”Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul‐betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan. Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin. Tiba‐tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin. Mulut datuk terus terkumat‐kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk‐anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu. Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan. "Jangan” "Kenapa?" "Barangkali dia mahu menguji kita" [146]

"Apa yang patut kita lakukan?" "Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia. Gegarannya menjatuhkan botol‐botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah‐olah berada di dunia lain. Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya. "Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk. Datukpun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik: "Memang ada yang mengacaunya." "Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?" Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit itu. Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan. "Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri." "Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?" "Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya. "Ada apa tok?" "Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja. "Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain‐lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung. Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya. Tiga kuntum buang yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di

[147]

tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah bertambah suram. Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut. Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut‐turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan‐lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam oleh datuk. "'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk. "Bila?", soal saya tidak sabar. "Malam ini, kira‐kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan. "Dimana?" "Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba‐tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk. "Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”, datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin. "Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. "Silakan." "Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga." "Mesti”, datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa. Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik. "Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan. Pak Ayub Naim tersenyum.

[148]

"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah." "Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu. Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu. Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh‐tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata. "Siapa yang tanam pokok‐pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar. "Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan penuh." "Buat apa dia ke sini?" "Itu saya kurang periksa pula." Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya. Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing? Apakah pokok‐pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu. Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai. Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja. Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim. "Kenapa?" "Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim" "Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?" [149]

"Boleh, apa salahnya” Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya. Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bunga‐ bungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana. Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening. Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga batang liIin sahaja yang di pasang menjadikan suasana agak samar‐samar. Datuk pun duduk lurus‐Iurus. Mulut datuk terkumat‐kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba‐tiba terdengar sayup‐ sayup suara lolongan anjing. Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing. Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apa terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba‐tiba bangun lalu memandang wajah ibunya. "Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang”, ujar datuk perlahan‐lahan tetapi cukup tegas. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan, secara perlahan‐lahan muncul semacam gumpalan kabus, bergulung‐gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan‐Iahan. Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat begitu juga dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi terapung‐apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke muka Norlin. "Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk. "Saya belum ada nama”, jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk terus merenung ke arah bayi itu. "Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk. Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu. "Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi. "Tidak”, terdengar suara gema yang agak jauh. [150]

"Kenapa kau ganggu Norlin?" "Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja" Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan‐tahan. Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertentang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. "Apa fasal kau mahu menemui ibumu?" "Saya minta di pertanggungjawabkan" "Maksudmu aku faham" "Kenapa saya dibunuh?" "Jadi ibumu telah membunuhmu?" "Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya di keluarkan dari rahim secara paksa" Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup‐sayup dan amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya di padamkan. "Kau mahu membalas dendam datang ke sini?" "Bukan itu maksud saya" "Jadi apa tujuan mu yang sebenar?" "Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga" "Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga mereka”,ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri serta‐merta anggukkan kepala. Datuk mengigit bibir lalu bertanya: "Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?" Bayi itu kelihatan berpusing‐pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan‐akan ketawa menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api lilin yang tidak jadi padam. "Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku. Dan merekalah yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar." Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.

[151]

"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin”, datuk terus bersuara. "Aku mahu bersalam dengan mereka”,minta bayi itu. "Silakan” Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan bayi itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang mengenai jari‐jemari mereka. Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis, dan akhimya terus menghilang. Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu. Dengan nada suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk bersuara: “Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami" Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja. ”Saya tak tahu masa bila dia pengsan”, kata Tok Kaya Sendi Diraja. "Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik”, balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang panjang dua belas. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya merenung mata datuk. "Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh nafsu?", tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu. "Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?" Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala. "Kenapa kau berlaku sekejam itu?" "Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam dibahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang doktor swasta di Kuala Kangsar" Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja. "Awak berdua sudah melakukan dosa”, ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat [152]

keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya. "Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu berdua”, tambah datuk. Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan. Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata. "Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap”, kata datuk pada lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang. Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati. "lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal” Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata‐kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah. "Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah‐merahan dari anjung rumah. ”Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya” ”Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya” "Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua” Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap. "Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk. Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi. [153]

"Apa lagi yang mahu saya tolong?” ”Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain" "Maksud Tok Kaya?” "Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya" Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok‐pokok pisang di dada jalanraya Ipoh‐Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan. Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman. "Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?" "Menghalau penunggu rumah ini" "Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah” "Sebabnya?" "Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya" Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja. Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati. "Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan. Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat. Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali. Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara: "Bawa perasap itu ke tengah ruang”

[154]

Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja. "Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk. "Di tengah rumah" Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata: "Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya" Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru‐biruan. "Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas datuk. "Saya tak tahu" "Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya. "Duduk”, kata datuk. Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah‐olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata: "Ada tanda kejayaannya” Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.

[155]

Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu. "Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”, ujar datuk dengan tenang. "Maksud awak?" "Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal‐usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya” "Saya mahu tengok" "Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya" Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang. "Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat menyenangkan hati datuk. Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang‐barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja‐raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik. Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup‐sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu. Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar‐samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil celah‐celah tanah. Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang [156]

kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri. "Apa hajat?", terdengar suara parau. "Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk. "Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal" "Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta” ”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik" "Maksud tuan hamba?" "Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama‐sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk" ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu. Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya. Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab‐kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum‐hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah. Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut. Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu‐kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu‐kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk. Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu‐kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi [157]

Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja‐kerja melombong bijih timah. "Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. "Sayang, itu rumah pusaka" "Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati‐hati jangan membuat kerja yang tak baik. Tiap‐tiap malam Jumaat panggil orang‐orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya" "Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit. Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru‐guru pelatih perempuan yang gagaI ke Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru‐guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu. Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru‐guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur. Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira‐kira 60 km dari London. Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok

[158]

Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh‐Kuala Kangsar). Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari‐hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali. Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat‐ubat dari akar kayu, ternyata ubat‐ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu‐cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun. "Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang. "Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya. Datuk ketawa terkekeh. Secara terang‐terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh. "Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk. Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah‐dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara‐cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu. "Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap‐tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya. Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira‐kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.

[159]

"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ. "Sekarang kita pergi Tok?" "Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya. Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira‐kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar‐mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu. Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras. "Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk. "Malas nak pindah" "Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat. Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua‐dua biji mata kawannya lama‐lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu. "Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah‐merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain. "Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk. "Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja‐kerja menolong orang bukan?" "Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak." "Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan. Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa [160]

lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi‐mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam. "Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara menurun. Wajah kawannya itu direnungnya tepat‐tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya. "Kau aku harapkan menolong dalam hal ini" "Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas. "Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu datuk pada kawannya. Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja‐kerja yang bertentangan hukum agama. "Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”, pendek saja datuk memberi tahu saya. Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja‐kerja yang ditunjukkan oleh syaitan. "Orang perempuan atau lelaki tok?" "Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri”, beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita. "Kau ikut aku ke sana" Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

[161]

Related Documents


More Documents from "NOVA CHALLENGE"