Tajuk_impak_bimbingan_native_speaker_dis.docx

  • Uploaded by: Syedzanina Amin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk_impak_bimbingan_native_speaker_dis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,328
  • Pages: 6
Program HLP Sarjana sesi 2015 TAJUK : IMPAK BIMBINGAN NATIVE SPEAKER DISEKOLAH RENDAH – SATU KAJIAN TERHADAP PENINGKATAN PROFISIENSI GURU. 1.1 BIDANG PENYELIDIKAN – Program HLP Sarjana sesi 2015 1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pemerhatian,pencerapan ,penyeliaan atau pemantauan merupakan istilah terjemahan Bahasa Melayu yang diterima umum daripada perkataan atau istilah observation. Namun dari segi tugasan yang ingin saya buat saya menjurus kepada maksud pemantauan. Pemantauan yang saya buat adalah pemantauan klinikal Observation boleh didefinisikan pemerhatian mengikut Oxford Compact Advanced Learner’s Dictionary ,ms. 977. Ia boleh didefinasikan sebagai proses mengutip maklumat dengan cara melihat dan membuat catatan tentang tingkahlaku yang kita perhatikan. Pemilihan pemantauan klinikal menurut pakar Homeo , Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD menyatakan pemantauan klinikal merupakan proses jangka panjang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menerangkan apa sebenarnya yang berlaku dalam bilik darjah bertujuan untuk menambahbaik kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program daripada di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 . Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah: 1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan kluster atau zon 2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurangkurangnya sekali setiap dua minggu 3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Program penutur jati dilihat sebagai program berjaya namun adakah bimbingan secara menyeluruh oleh penutur jati ini ini dapat meningkatkan profisiensi guru bahasa inggeris di sekolah rendah.

1

Program HLP Sarjana sesi 2015

1.4

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dibuat bagi mencapai tujuan berikut : a. Melihat keberkesanan pemntauan program ini keatas profisiensi guru yang menjalani program ini. b. Melihat impak kejayaan program ini keatas kemahiran guru berbahasa Inggeris. c. Melihat impak prestasi murid setelah guru menjalani program ini. d. Melihat adakah instrument yang diguna pakai dalam pemantauan berkesan dalam peningkatan profisiensi guru yang terlibat. e. Melihat kepada hubungan kesan pemantauan program terhadap penggunaan bahasa dalam P & P guru.

1.5

BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan para guru yang menjalani program tersebut. Guru-guru ini terdiri daripada Ketua Panitia,guru prasekolah serta guru yang bukan opsyen yang terpilih setelah sekolah yang dipilih wajib menyertai program tersebut. 1.6

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi adalah merangkumi segala kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini termasuk kaedah pengumpulan dan penganalisaan data. Di antara kaedah yang dijalankan adalah seperti rekabentuk kajian ,mengenalpasti sampel, instrument kajian dan prosedur pengumpulan data. 1.6.1 REKABENTUK KAJIAN Rekabentuk kajian lebih kepada soal selidik. Kaedah kajian soal selidik yang akan digunakan dinamakan kaedah kajian kuantitatif. Kaedah ini adalah satu kajian bernombor kepada objek, peristiwa atau pemerhatian yang berasaskan kepada beberapa peraturan. Di antara kebaikan menggunakan kaedah ini ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan. Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada data primer iaitu hasil daripada borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.

2

Program HLP Sarjana sesi 2015

1.6.2

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

200 orang guru yang menyertai program penutur jati sekolah rendah dipilih sebagai sampel kajian dalam melakukan kajian ini. 1.6.3

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan guru dan diubahsuai mengikut kehendak kajian. Soal selidik yang diubah suai mengandungi 4 bahagian : Bahagian A : Latar belakang responden. Bahagian B : Sikap responden terhadap program penutur jati. Bahagian C : Penggunaan Kemahiran yang telah dipelajari didalam program. Bahagian D : Penggunaan Kemahiran dalam P & P. Bahagian E : Masalah yang dihadapi guru dalam program ini.

1.6.4

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

1.6.5 ANALISIS DATA Analisis data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistic. Dalam kajian ini analisis data dibuat menggunakan SPSS 12.0 ( Statistical Package For Social Science ). Pada peringkat awal statistic deskriptif digunakan bagi menghasilkan taburan kekerapan ,peratus ,min,max dan sisihan piawai bagi latar belakang demografi dan persoalan kajian yang disediakan. Statistik deskriptif digunakan untuk menerang dan merumuskan tentang aspek aspek lain. Pada peringkat kedua ,analisis inferensi akan dijalankan bagi merumuskan kajian. 1.7

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dibuat untuk melihat adakah profisien guru meningkat dengan adanya bimbingan penutur jati ini. Para penutur jati yang dipertanggungjawab perlu berusaha dalam memastikan para peserta dapat segala input yang diperlukan dan bukan sekarar memenuhi tuntutan program. Impak dari program ini harus dapat dilihat menerusi sumbangan guru tersebut dalam pembangunan bahasa inggeris di sekolah sekolah yang terlibat. Pemantauan yang berkesan membolehkan data yang diperoleh boleh diguna pakai bagi mencapai pembangunan berkesan para guru agar program penutur jati boleh diteruskan dan diperluas di seluruh sekolah dan bukan hanya untuk sekolah terpilih. Kajian ini juga dibuat bagi memastikan kredibiliti penutur jati yang dipertanggungjawabkan memikul amanah melatih guru guru tersebut agar aplikasi daripada ilmu yang dicurah boleh diguna pakai untuk membangunkan sekolah. Jika dilihat secara ringkas kepentingan kajian boleh dibahagikan kepada yang berikut :

3

Program HLP Sarjana sesi 2015

1.7.1

Kepentingan kepada KPM a. Maklumat tentang impak keberadaan penutur jati. b. Merangka penambahbaikan program. c. Memilih penutur jati yang benar-benar akauntabiliti terhadap tugas dan mempunyai kemahiran yang bersesuaian. d. Menyediakan modul yang standard dalam program. e. Menyediakan ujian yang sumatif sebelum sijil dikeluarkan kepada guru. f. Menggalakkan penglibatan lebih ramai guru dalam program. g. Meneruskan program jika didapati ia benar berkesan dalam membangunkan profisiensi guru.

1.7.2

Kepentingan kepada sekolah a. b. c. d.

1.7.3

Kursus dalaman diperbanyakkan dengan mengadakan perkongsian ilmu dikalangan guru. Menggalakkan budaya bahasa disekolah. Pihak sekolah dapat memotivasi guru dalam P&P Meningkatkan integriti guru dalam meningkatkan prestasi subjek Bahasa Inggeris di sekolah.

Kepentingan kepada pihak guru a. Menggunakan peluang yang ada dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. b. Guru dapat menyumbangkan tenaga dan usaha dalam membangunkan Bahasa Inggeris di sekolah. c. Guru dapat memilih bahan yang sesuai digunapakai setelah menjalani program yang benar membantu guru. d. Melahirkan guru yang berdaya saing, guru yang kreatif dan berinovasi.

1.7.4

Kepentingan kepada masyarakat a. Ibubapa boleh yakin akan kemampuan guru yang mengajar murid. b. Murid dapat ilmu yang meluas bukan sekadar didalam silibus tetapi masih terdapat penerapan nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. c. Murid menjadi kreatif dan inovatif. d. Murid dapat menguasai subjek Bahasa Inggeris dengan berkesan. e. Kerjasama dapat dijalin antara guru ,murid dan ibubapa dalam melaksanakan program panitia.

4

Program HLP Sarjana sesi 2015

1.8

Bil.

RANGKA JADUAL KERJA/CARTA GANTT

S Penerangan/Subjek e m Bulan

1. 2.

1

3. 4. 5. 2 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

3

14 15. 16. 4 17. 18. 19. 20. 21.

2015/2016

6 7

8

9 1 0

1 1

Instructional Design Theory Analysis of Technological, Pedagogical Content Knowledge Kaedah Penyelidikan Pendidikan Object Oriented Analysis and Design Information System Development Multivariate Analyis of Variance (MANOVA) Pemilihan tajuk dan penulisan cadangan kajian (7 m/s) Penghantaran borang & proposal untuk lantikan penyelia ke fakulti Penulisan cadangan kajian Bab 1-3 Pembentangan proposal Penambahbaikan Bab 1-3 Pembinaan item kajian Penilaian item (Kesahan & Kebolehpercayaan) Kajian rintis EPRD – Permohonan Kajian Mengumpul data / Kerja Lapangan Pentadbiran soal selidik Menganalisis dan Interpretasi Data Menulis Laporan Analisis (Bab 4) Menulis Bab 5 Serah notis penghantaran tesis ke IPS Semakan tesis bersama penyelia & rakan Mengemukakan disertasi awal VIVA

5

1 2

2016/2017

1 2 3 4 5 6 7

8

9

1 0

1 1

1 2

1 2 3 4 5 6

Program HLP Sarjana sesi 2015

1.9

BIBLIOGRAFI RINGKAS

A.S Hornby,Oxford Compact Advanced Learner’s, Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2007,ms. 977 http://studentsrepo.um.edu.my/1154/6/BAB_3.pdf http://eprints.utm.my/2770/1/75017.pdf http://www.slideshare.net/mohdkhamdani/cara-analisis-data http://www.cikgudahlia.com/ https://ms-my.facebook.com/MBMMBI/posts/317392444972259

6

More Documents from "Syedzanina Amin"