Syarat Dan Format Futsal

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syarat Dan Format Futsal as PDF for free.

More details

  • Words: 371
  • Pages: 1
1.

Karnival Futsal ini terbahagi kepada dua (2) kategori utama bagi merebut PIALA ANAK MUDA KLANG 2009 a) Kategori LELAKI TERBUKA (64 Pasukan) b) Kategori WANITA TERBUKA (24 Pasukan) * Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tujuh (7) orang pemain sahaja termasuk dua (2) orang pemain dan seorang Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan. Pengurus / Jurulatih hendaklah berumur 21 tahun ke atas.

2.

Kategori Lelaki dan Wanita terbuka DIBENARKAN mendaftar hanya SATU PEMAIN KEBANGSAAN SAHAJA.

3.

Yuran Penyertaan : a) LELAKI TERBUKA - RM 150.00 SAHAJA b) WANITA TERBUKA - RM 100.00 SAHAJA * Bayaran boleh dibuat melalui cek atas nama TINTA PERMATA MANAGEMENT & CONSULTANT atau melalui wang tunai dan dihantar kepada Mohd Izuwan bin Hayat, REAL SPORTS ARENA, Lot 2156, 1¼ Mile, Jalan Sungai Bertih off Jalan Telok Gadong, 41100 Klang Selangor DE, FAKS : 03 – 3373 0811 atau hubungi 019 – 288 0566 (Dahlan), 017 – 699 7031 (Along), 017 – 349 3630 (E-mal), 012 – 546 6224 (Nizam), 012 – 215 6659 (Junidi) atau 019 – 399 3202 (Jaff) * Sila daftar sebelum tarikh tutup penyertaan 23 Januari 2009. Semua pemain akan menerima t-shirt Karnival Futsal Piala Anak Muda Klang Edisi 2008.

4.

Penyertaan adalah terhad. Ia mengikut “SIAPA CEPAT DIA DAPAT”. Semua peraturan adalah mengikut undang-undang futsal FIFA. PENGARAH KEJOHANAN MEMPUNYAI KUASA membuat sebarang keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

5.

Format karnival adalah mengikut pusingan liga berkumpulan. Dua kumpulan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua mengikut sistem kalah mati. Masa perlawanan adalah 5 minit setiap separuh masa. Jika dua pasukan mempunyai mata sama, perbezaan jaringan akan diambil kira dan jika masih sama, pasukan yang menjaringkan gol lebih dikira sebagai pemenang. Jika masih sama, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

6.

Setiap pasukan mesti bermain dengan penuh semangat kesukanan dan hormati setiap keputusan pengadil yang muktamad.

7.

Setiap bantahan mesti menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh penganjur dengan bayaran deposit RM300 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja), TIDAK LEWAT DARIPADA 15 MINIT selepas tamat perlawanan. Deposit tidak dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

8.

Bagi memudahkan perjalanan Karnival Futsal Piala Anak Muda Klang, 6 gelanggang futsal disediakan kepada pasukan yang menyertai.

9.

Tarikh tutup penyertaan adalah23 JANUARI 2009 (JUMAAT). Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Related Documents

Futsal
November 2019 26
Futsal
December 2019 20
Futsal
May 2020 21
Futsal
October 2019 32
Futsal
November 2019 25