Syaffa 2nd Edition

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syaffa 2nd Edition as PDF for free.

More details

  • Words: 1,268
  • Pages: 3
Mangkuk cantik, madu, dan sehelai rambut Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a. & Uthman r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu mangkuk yang cantik,

DARI MEJA EDITOR..

madu, dan sehelai rambut.

Sekali lagi, bertemu lagi dalam As-Syaffa’ buat kali kedua. Setinggi-tingi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t. pentadbir sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kesinambungan As-Syaffa’ dapat diteruskan. Bahang UPS kian terasa, sudahkah diri bersedia? Dalam kita sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu duniawi, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya..Sesungguhnya, Allah s.w.t yang menentukan kejayaan kita, sejauh mana kita berusaha semuanya terletak ditanganNya.. Bersama-samalah kita berjuang hinga tertegaknya Islam di dunia ini… Sekian buat kali ini..semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.. wallahu’alam..

Abu Bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Uthman r.a.berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Ali r.a. berkata,"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

PERHATIAN!!!! KEPADA WARGA KMPP YANG INGIN MENGAJUKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN SERTA INGIN MENYUMBANGKAN KARYA UNTUK DIMUATKAN DALAM KELUARAN SETERUSNYA,SILA HANTARKAN KEPADA AJK SURAU AN-NUR ATAU MELALUI EMAIL [email protected]

As-Syaffa’

pilar-pilar agama itu lebih cantik P E N EMalaikat R B I T A Jibril N &ASMberkata, U LT I M"Menegakkan EDIA

LUJ NA H

dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkn diri; harta; dan waktu

E

D

I

S

U

I

A

K

E

D

untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-

Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, danlayarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Kali ni aku nak share ttg KEKASIH aku,bleh? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya!Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA. Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah... KEKASIH, kan? Ish!Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA.Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash cam tu je. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam...area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa!Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya ...millionaire billionaire...dan ntah apa-apa naire lagi... Tu yang pemurah sangat tu.Semua keperluan hidup aku, DIA yang support...caya tak? Free of charge...Tapi aku tak sedap hatila...mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka,amik aje la...pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...cheewah! DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm...aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni! P/S: Berapa ramaikah dari kalangan kita melahirkan rasa kasih dan cinta kita kepada-Nya seperti artikel di atas??

“I LOVE U!! I MISS U!!”

Aku mencari 5 perkara… Aku mendapatinya dalam 5 perkara :Aku Mencari Keberkatan Keperluan Hidup, Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA… Aku Mencari Penerang Untuk Alam Kubur, Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM.., Aku Mencari Jawapan

Untuk Menjawab Soalan Malaikat, Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN… Aku Mencari Alat Untuk Berpegang Ketika Menyeberang Titian Sirat, Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH… Aku Mencari Naungan ‘Arasy, Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA…

“SYAQIQ AL-BALKHI” .::DESTINASI CINTA::. Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan Tiap jejak nan bertapak Debu kejahilan Akan ku jirus dengan madu keimanan Tak ternilai airmata dengan permata Yang bisa memadamkan api neraka Andai benar mengalir dari nasuha nurani Tak kan berpaling pada palsu duniawi Destinasi cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati Telah ku redah daerah cinta Yang lahir dari wadah yang alpa Tiada tenang ku temui Hanya kecewa menyelubungi Ku gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhenti Durjana syaitan kan cuba menodai Segumpal darah bernama hati (Destinasi cinta Ilahi) Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku Leraikan aku dari pautan nafsu Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu Namun masihku mengharap ampunan-Mu Wahai Tuhanku… Ya Allah

Related Documents