Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas. Rumah PEKAPS, Flat Persekutuan Km. 5, Jalan Kompleks Sukan Likas, 88400 Kota Kinabalu.
Pengerusi: 019-8612758 Setiausaha: 019-3564003 Email:
[email protected] Web: http://myrtksl.wordpress.com
Rujukan Kami : Rujukan Tuan : Tarikh :
Pengarah JAKIM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Cawangan Sabah Aras 6, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS, Peti Surat 14725 88854. Kota Kinabalu.
RTKSL / B / 002(0209) 20 Safar 1430H 16 Februari 2009
U/P : En. Abd. Aziz @ Aziz Bin Che Yaacob. Tuan,
PERMOHONAN BANTUAN PERALATAN KELENGKAPAN SURAU. Dengan segala hormatnya, sukacita saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Berhubung perbincangan secara lisan (diantara Mejar Hj. Mohd. Zain Bin Daud / Tuan Pengarah dan Ustadz Nasrum pada 3Hb. Februari 2009 adalah berkaitan). Antara keperluan yang amat mendesak bagi kami sekarang iaitu set pembesar suara seperti amplifier, mikrofon, dan lain – lain, peralatan yang sedia ada sekarang berada dalam keadaan uzur dan kurang sempurna (bersama ini kami lampirkan senarai keperluan tersebut). Lihat lampiran A. 3. Untuk makluman Jabatan JAKIM , Jawatan Kuasa RT KSL dengan kerjasama Jawatan Kuasa Surau Flat Persekutuan telah dan sedang giat menjayakan pelbagai aktiviti pendidikan, program keagamaan dan mahupun perpaduan melalui riadah dan senaman di kawasan komuniti Flat persekutuan ini. Antara aktiviti yang telah dan sedang berjalan ialah ceramah – ceramah agama, Bacaan Yasin, Usrah dan Tazkirah (pada setiap malam Jumaat), riadah Badminton dan PingPong (selepas Isyak malam Sabtu dan Ahad) dan yang terakhir ini adalah Kelas mengaji Al Quraan untuk kanak – kanak di kawasan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (pada setiap malam Isnin, Selasa dan Rabu), segala program dan aktiviti ini tidak mendapat sebarang bentuk bantuan dana dari mana - mana agensi kerajaan (RT KSL hanya menggunakan geran tahunan pengurusan Rukun Tetangga) untuk kami menjayakan sebarang majlis atau program dan juga melalui sumbangan derma ikhlas individu. (pihak tuan bolehlah melayari laman web RT KSL dan Surau Flat Persekutuan http://myrtksl.wordpress.com untuk melihat aktiviti dan program anjuran bersama kami). 4. Segala bantuan bolehlah disalurkan melalui akaun Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (No. Akaun : 10016-02-0325813. Bank Islam Malaysia Berhad Kota Kinabalu) segala pertanyaan dan maklumat lanjut pihak tuan bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 012-8290297 (Mejar Hj. Mohd. Zain Bin Daud) atau Pengerusi RT KSL seperti yang tertera di atas. Perhatian dan kelulusan yang diberikan amat kami hargai. Sekian. Terima Kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah,
( MEJAR HJ. MOHD. ZAIN BIN DAUD) Ketua Biro Agama dan Kebajikan RT KSL. Timbalan Pengerusi Surau Flat Persekutuan Km.5 s/k: JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Fail.