Surat Pertukaran[1]

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Pertukaran[1] as PDF for free.

More details

  • Words: 317
  • Pages: 2
Daripada : Siti Hajar bt Ramli Bahagian Perancangan dan Penilaian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Aras 7, Blok Menara No.18, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62652 PUTRAJAYA. 29 Jun 2009 Kepada : Ketua Pengarah Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Perkhidmatan Tingkat 1, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62250 PUTRAJAYA (u.p. : Cari peg Bahagian Perkhidmatan yang jaga PT N 17) Melalui : Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian // Tukar Alamat Bahagian SM MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Aras 7, Blok Menara No.18, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62652 PUTRAJAYA. Tuan, PERMOHONAN PERTUKARAN DARI KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI KE MANA-MANA JABATAN KERAJAAN DI SEKITAR PUTRAJAYA - PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI) GRED N17 Adalah saya seperti nama dan alamat yang tersebut di atas kini berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di Bahagian Perancangan dan Penilaian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Putrajaya (MITI).

2. Untuk makluman tuan, Bahagian ini dahulunya merupakan satu Bahagian di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan telah diserap masuk ke dalam MITI selepas pembubaran MECD pada 8 April 2009. Kini Bahagian ini masih lagi melaksanakan peranan dan fungsi yang sama di bawah MITI. Sehubungan dengan itu, saya memohon untuk bertukar dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke mana-mana Jabatan Kerajaan Persekutuan lain di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya memandangkan saya telah berkhidmat selama 3 tahun 2 bulan bermula dari 20 Mac 2006 hingga sekarang. 3. Semoga dengan pertukaran ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tugas jawatan saya serta mencari pengalaman yang baru dalam suasana yang berlainan. Ini akan membantu meningkatkan prestasi dan kerjaya saya di masa hadapan. Diharapkan permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya dari pihak tuan. Pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang Benar,

.......................................... ( SITI HAJAR BT RAMLI ) 800402-04-5240

Related Documents

Surat-surat
June 2020 73
Surat
August 2019 101
Surat
June 2020 41
Surat
June 2020 37
Surat
May 2020 42
Surat
December 2019 50