Surat Panggilan Kemas

  • Uploaded by: Nassau
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Panggilan Kemas as PDF for free.

More details

  • Words: 316
  • Pages: 3
Ruj.Kami : KKJS/400-12/4 ( ) Tarikh : 1 Februari 2009 Pejabat KEMAS Parlimen Jasin Pusat Kegiatan KEMAS Serkam KM18, Merlimau Pos 77300 Melaka Y. Bhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan, PERMOHONAN PESERTA MENGHADIRI KURSUS MEMBINA LAMAN WEB KAMPUNG Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas 1. Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Komuniti Jasin sedang menjalankan satu projek khidmat komuniti yang dikenali sebagai Portal e-Komuniti.Portal tersebut merupakan khidmat komuniti yang diwujudkan untuk kampung-kampung, felda dan taman di daerah Jasin. Portal ini di bawah kelolaan portal Kolej Komuniti Jasin www.kkjs.edu.my akan diselenggara oleh penduduk kampung sendiri. Sehubungan itu, satu Kursus Membina Laman Web Kampung akan diadakan seperti butiran berikut : Tarikh : 18 Februari 2009 Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang Tempat: Makmal Aplikasi Kolej Komuniti Jasin

2.

Sehubungan itu, pihak kolej memohon kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan untuk menjemput 2 orang peserta dari JKKK kampung di sekitar daerah Jasin untuk menghadiri kursus tersebut bagi memastikan perlaksanaan Portal E-Komuniti di Kolej Komuniti Jasin dapat disempurnakan dengan berkesan.

3.

Kerjasama Y. Bhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan juga adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran melalui Borang Pengesahan Kehadiran (seperti di Lampiran 1) dan difaks ke talian 06-2631717 selewat – lewatnya 16 Februari 2009. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh diajukan kepada En. Firdaus bin Ibrahim di talian 06-2631616 / 017-2591354. Sekian, Terima Kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (MOHD HATTA BIN ZAINAL) Pengarah Kolej Komuniti Jasin

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

s.k 1) Pegawai Daerah Pejabat Tanah dan Daerah Jasin 2) Penghulu JAPERUN Sungai Rambai 3) Penghulu JAPERUN Serkam 4) Penghulu JAPERUN Merlimau

LAMPIRAN 1) Pengerusi JKKK Merlimau Timur 2) Pengerusi JKKK Merlimau Tengah 3) Pengerusi JKKK Merlimau Utara 4) Pengerusi JKKK Merlimau 5) Pengerusi JKKK Merlimau Barat 6) Pengerusi JKKK Sungai Rambai Tengah 7) Pengerusi JKKK Batu Gajah Pasir 8) Pengerusi JKKK Pulai 9) Pengerusi JKKK Serkam

Related Documents


More Documents from "Suzana Md Zahir"

E_komuniti
December 2019 25
Senarai Dun Serkam
December 2019 38
Bahagian Akademik Upm
December 2019 28
Surat Panggilan Kemas
December 2019 28